Khamis, 7 Julai 2011

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


PELUDAH WARNA

Posted: 07 Jul 2011 07:30 PM PDT


Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

bumiperak

bumiperak


Kotakan yang telah dikatakan PM Najib seperti dilaporkan TV3

Posted: 07 Jul 2011 05:51 AM PDT

"Kita bersedia berjumpa dengan pihak berkenaan (Bersih) supaya perhimpunan ini diadakan di stadium dengan syarat bahwa mereka akan pergi dengan aman, mereka akan mengadakan perhimpunan dengan aman dan mereka akan balik dengan aman.
Saya nak melahirkan ucap menjunjung-kasih kepada Seri Paduka Baginda YD Pertuan Agong di atas keperihatinan yang amat berat, untuk memastikan tiada sebarang kejadian yang boleh mengganggu-gugat keamanan dan keselamatan negara kita".

1. BERSIH must organise the rally in the stadium, says Najib

2. Government is prepared to meet BERSIH to discuss organising the rally in a stadium, says Najib
3. PERKASA and UMNO must not also organise rallies, says Najib
4. Najib thanks His Majesty the Agong for helping to ensure that there is no disruption to public order and security

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


BERSIH 2.0 : Dah mula dah ....

Posted: 07 Jul 2011 09:30 PM PDT

Dua orang polis trafik mengawal penutupan jalan menghala ke Dataran Merdeka hari ini

BERSIH 2.0 : Kau orang baca dan buat tafsiran sendiri ...

Posted: 07 Jul 2011 08:55 PM PDT

Polis Perak temui bahan buat letupan
2011/07/08

IPOH: Polis merampas beberapa kelengkapan dan peralatan membuat bahan letupan dipercayai untuk digunakan sebagai persediaan perhimpunan haram BERSIH esok.

Peralatan itu dirampas ketika polis membuat pemeriksaan ke atas sebuah teksi yang dipandu seorang lelaki Kemboja berusia 41 tahun di pintu masuk plaza tol Tapah, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari semalam. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata hasil sekatan jalan raya Ops Padam BERSIH yang dilakukan polis menemukan empat guni disyaki simen bercampur kapur, satu guni kecil serbuk hitam disyaki sekam padi, dua guni plastik jenama Borax Decahhydrate mengandungi serbuk putih. "Turut ditemui satu guni berisi paip bercampur getah paip, lima biji mangkuk tanah, satu beg mengandungi pasir dan satu tong mengandungi cecair dipercayai asid," katanya pada sidang akhbar di sini, pagi ini.

Dalam kes berasingan, polis turut menemukan 21 botol air mineral berisi petrol dan sumbu di perkuburan Cina, Sitiawan beserta nota bertulis tulisan Cina, 'Bos, order sume 20 nak buang ke pejabat UMNO'. - BH

BERSIH 2.0 : Penutupan jalan sekitar KL pada 9/7

Posted: 07 Jul 2011 05:31 PM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Polis akan menutup hampir 30 jalan utama di ibu negara Sabtu ini menjelang tiga perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata pihaknya menerima laporan bahawa beberapa kumpulan merancang untuk berkumpul di beberapa lokasi di kawasan panas dan menasihatkan publik agar menjauhkan diri dari Kuala Lumpur pada hari Sabtu jika tiada urusan di bandar raya.

Bagaimanapun katanya, mereka yang kerja dan tinggal di kawasan terbabit akan dibenarkan.

Kawasan-kawasan yang akan ditutup kepada trafik pada Sabtu ialah:

— Jalan Syed Putram Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara

— Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara

— Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

STONE : Peniaga dan pemandu teksi mesti bertepuk tangan gembira dengan penutupan jalan-jalan ini. Harap pendapatan mereka pun berlipat ganda lah.

BERSIH 2.0 : Najib hang buka mulut sat, nak tengok lidah jenis apa ...

Posted: 07 Jul 2011 05:05 PM PDT

Buka mulut luas-luas, nak tengok lidah jenis apa — Aspan Alias

8 JULAI — Sebelum ini isu rally di jalanraya. Isu itu berlarutan berminggu minggu. Dulu pihak kerajaan berkata supaya mengadakan rally itu di stadium supaya tidak menghalang lalu lintas dan mengganggu orang ramai. Kerajaan bertindak mengharamkan Bersih sebagai satu pertubuhan. Keadaan berubah kerana campur tangan Kebawah Duli Tuanku YDPA dan kerajaan Bersih bersetuju untuk mengadakan perhimpunan di stadium. Perdana Menteri Najib sendiri berkata supaya mengadakan perhimpunan itu di stadium.

Semalam Najib berkata pula yang Bersih mesti mendaftarkan pertubuhan itu dengan pendaftar pertubuhan kerana Bersih telah diharamkan. Mudah sangat mengharamkan pertubuhan. Dulu apabila ada seorang pemimpin takut kepada parti yang dipimpinnya sekelip mata dibunuhnya parti pimpinannya dan tubuh parti baru.. Persoalannya bagaimana kebawah Duli Tuanku berjumpa dengan pertubuhan haram. Bukankah itu campur tangan Raja dan Bersih telah pun bersetuju untuk mengadakan perhimpunan itu di stadium.

Polis pula berkata Bersih mesti memohon permit sedangkan perundingan dengan Tuanku telah bersetuju untuk perhimpunan itu di adakan. Jika PM Najib benar-benar jujur beliau sepatutnya membenarkan rally itu di adakan pada 9 Julai ini. Dalam pada itu rupa-rupanya Stadium Merdeka yang dipersetujui itu telah ditempah oleh Perkasa pula. Nampaknya kita sudah dapat kepastian sebenarnya siapa yang jujur dan siapa yang main "kongkalikong".

Apa pelajaran yang kita dapat dengan keadaan ini?

Pertamanya Bersih benar-benar mahu mengadakan rally secara aman. Tujuan dan matlamatnya jelas dan Bersih telah menunjukan sikap keterbukaan itu dengan jelas. Bersih bersetuju untuk berunding dan perundingan itu telah pun membuahkan keputusan bagi kedua-dua belah pihak.

Pelajaran kedua yang kita dapati ialah pihak kerajaan pimpinan BN berubah-ubah dan sekarang bermacam-macam pula helah untuk menggagalkan perhimpunan itu. Najib kata begini tetapi sekarang berkata begitu pula. Hishammuddin pula masih mahukan tindakan undang-undang di ambil terhadap yang ditahan sebelum pertubuhan itu diharamkan kerana terdesak.

Pihak kerajaan tidak jujur dan rakyat melihatnya dengan jelas. Mungkin pihak kerajaan merasakan berjaya melakukan "intrigue" terhadap rakyat yang ingin turut serta dalam rally itu. Kerajaan tahu jika di adakan di stadium atau di jalanraya kehadziran mungkin mencapai satu juta orang. Inilah yang ditakuti oleh pihak kerajaan dan parti yang memerintah.

Berminggu-minggu lamanya baik Najib, baik Hishammuddin serta Muhyiddin Yassin mengkritik Bersih kerana ingin mengadakan rally itu di jalanraya dan menyeru Besih untuk mengadakan tunjuk perasaan itu di stadium. Apabila Bersih sudah bersetuju untuk mengadakannya di stadium berbagai-bagai alasan lain pula diberikan untuk menggagalkan rally ini. Muhyiddin berkata yang Bersih sedang cuba untuk mencemarkan stadium itu sebagai tempat sambutan kemerdekaan pada 1957 dahulu.

Saya ingin bertanya kepada Muhyiddin, kenapa beliau menyembunyikan diri apabila Dr Mahathir pernah hendak meruntuhkan stadium itu untuk dibangunkan projek pembangunan baru di situ? Ingat kah tidak banyak pihak telah mengkritik kerajaan kerana niatnya untuk merobohkan stadium tersebut.

Dengan perkembangan yang terkini maka kita boleh membuktikan yang pihak BN lah yang cuba melakukan "intrigue" terhadap rakyat melalui Bersih ini. Rally boleh di gagalkan tetapi perasaan rakyat yang melihat perlakuan ini bertambah parah. Jadi apakah kejayaan BN sebenarnya? Jawapannya ialah TIADA kejayaan. Kerajaan tidak menyedari yang rakyat akan memberikan sokongan kepada pihak yang bertentangan.

Kejujuran seseorang pemimpin itu mudah dinilai dari kata-kata mereka. Sesungguhnya sebab untuk mengagalkan rally ini hanya satu sahaja. BN takut tidak terhingga kerana jika rally ini diberikan kelulusan untuk di adakan dimana-mana sekali pun, mereka (BN) tahu lautan manusia akan hadzir dan ini merupakan ketakutan BN yang sebenarnya

Bersih itu tidak penting. Yang penting itu ialah jumlah keramaian yang datang itu akan menjadi bukti yang boleh dilihat dengan mata kepala kita yang rakyat ramai begitu kuat untuk menunjukan manifestasi mereka terhadap kerajaan. Itu sahaja. Saya suka mengulangi yang Bersih lebih berjaya jika digagalkan niat mereka untuk mengadakan rally itu dari membenarkan rally itu di adakan dimana-mana.

Kerajaan tidak berjaya mengendalikan isu ini. Kalau ada pun, ialah kejayaan pemimpin-pemimpin kita menunjukan membuktikan yang lidah mereka bercabang-cabang. Mungkin ada sesiapa yang berani untuk bertanya kepada pemimpin-pemimpin yang bersangkutan samada boleh atau tidak menambah satu lagi tuntutan selain dari lapan tuntutan asas Bersih ini.

Tuntutan tambahan ini ialah menuntut supaya pemimpin-pemimpin kita membuka mulut mereka lebar-lebar sebab nak tengok lidah yang ada di dalam mulut mereka itu lidah jenis apa? Tentu lain dari lidah yang rakyat ada. Ia tidak mungkin sama.

Inilah dia rupanya pemimpin yang berjanji hendak membawa transformasi politik dan ekonomi. Kalau isu stadium pun dia berbohong, tentu banyak perkara lagi yang beliau berbohong. "Once he lies he will remain a liar.". — aspanaliasnet.blogspot.com

Panduan aliran trafik di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini:

Posted: 07 Jul 2011 05:29 AM PDT

Berikut adalah panduan untuk aliran trafik di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini:

1. Trafik dari Lebuhraya Persekutuan ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Jalan Kelang Lam, Sungai Besi, dan Lebuh Raya Seremban

2. Trafik dari Jalan Kelang Lama ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Lebuh Raya Seremban atau Petaling Jaya

3. Trafik dari Jalan Bangsar/Jalan Travers ke pusat bandar akan dilencongkan ke Jalan Mahameru

4. Trafik dari Jalan Mahameru ke pusat bandar melalui laluan Muzium Negara akan dilencongkan ke Jalan Bangsar

5. Jalan dari Sungai Besi ke Istana Negara akan ditutup.

BERSIH 2.0 : 91 individu yang dihalang memasuki KL

Posted: 07 Jul 2011 04:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 7 — The police obtained a restriction order from the magistrate's court yesterday under Section 98 of the Criminal Procedure Code to prevent 91 individuals from entering the city.

Below are the names:

PerkasaDatuk Ibrahim Ali

Datuk Ab Rahman bin Abu Bakar

Syed Hassan bin Syed Ali

Irwan Fahmi bin Ideris

Roslan bin Kassim

Sharifuddin bin Abd Hamid

Dr Zubir bin Harun

Hj Ameir bin Hj Hassan

Datuk Ahmad bin Saad

Ahmad Zaini bin Ismail

Muhammad Zaid Md Arip

Abdullah Mansor

Zaira bte Jaafar

Norkhaila binti Jamaludin

Pemuda UmnoKhairy Jamaluddin Abu Bakar

Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Megat Zulkarnaian Dato' Omardin

Rizalman Dato' Mokhtar

Tengku Azman bin Tengku Zainol Abidin

Lokman Noor Adam

Datuk Abdul Azeez bin Rahim

Ungku Saleh bin Ungku Jamal

Arman Azha bin Abu Hanifa

Tun Faisal Ismail bin Aziz

BersihDatuk Ambiga Sreenevasan

Mohamad bin Sabu

Hishamuddin bin Md Rais

Khairul Anwar bin Ahmad Zainuddin

Maria Chin Abdullah

Chua Tian Chang

Kamarulzaman bin Mohamad

Dr Mohd Hatta bin Md Ramli

Syed Shahir bin Syed Mohamud

Syed Ibrahim bin Syed Noh

Teresa Kok Suh Sim

Badrul Hisham Shaharin

Shamsul Iskandar bin Mohd Akin

Arutchelvam A/L Subramaniam

Wong Chin Huat

Ong Boon Keong

Enalini A/P Elumalai

Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim

Datuk Khalid Yunus

Datuk Zulkifli Noordin

Dr Zubir bin Harun

Datuk Seri Abd Hadi Awang

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Lim Kit Siang

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Nurul Izam bin Nurul Anuar

Kohila A/P Yanasekaran

Zaid bin Kamaruddin

Khoo Teng Swee

Fadiah Nadwa binti Fikri

Yap Swee Seng

Salahuddin Ayub

Datuk Mahfuz Omar

Nasarudin Hasan

Mazlan Aliman

Dr Syed Azman Syed Nawawi

Dr Dzulkifli Ahmad

Dr Mujahid Yusof

Khalid Abd Samad

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Azman Shapawi Abd Rani

Suhaizan Kaiat

Nor Azli bin Musa

Mohd Firdaus Jaafar

Loke Siew Fook

Lau Wen San

Mohd Azmin Ali

Mat Shuhaimi Shafie

Satipul Bahari bin Amamt

Wan Hassan bin Mohd Ramli

Mohamad Izzudin Hilmi bin Mohd Zaini

Mohd Shazni Munir bin Mohd Ithnin

Muhammad Hilman bin Idham

Mohd Shukri bin Che Ab Razab

Mohd Syukri bin Kamaruddin

Ahmad Syazwan bin Muhammad Hasan

Choo Chon Kai

Sarasvathy A/P Muthu

Soh Sook Hwa

Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim

Abd Rahim bin Osman

Mohd Sibri bin Ismail

Mohd Lukam bin Muda

Datuk Prof Kamaruddin bin Kachar

Datuk Hj Mohd Noor Nordin bin Abdullah

BERSIH 2.0 : DSAI, TGNA, Kit Siang, Ambiga antara yang dilarang memasuki KL pada 9/7

Posted: 07 Jul 2011 02:15 AM PDT

Polis Kuala Lumpur telah mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.

"Ini bermakna sesiapa yang ditangkap pada kawasan ini akan ditangkap," kata timbalan ketua polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh.

Antara dalam senarai itu adalah pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatankuasa pemandunya, Wong Chin Huat dan Maria Chin Abdullah.

Turut disenaraikan adalah pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang - mkini

KJ dan Ibrahim Ali juga dilarang DI SINI

BERSIH 2.0 : IGP : Pi buat di luar KL la ....

Posted: 07 Jul 2011 01:46 AM PDT

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mencadangkan BERSIH 2.0 bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Melawati di Shah Alam dan memohon permit polis secepat mungkin di bawah nama sebuah pertubuhan berdaftar ataupun individu.

"Saya cadangkan kepada mereka untuk berhimpun di luar Kuala Lumpur kerana Kuala Lumpur sesak. Ia boleh menggangu lalu-lintas, perniagaan dan orang awam yang tidak terbabit dengan perhimpunan itu.

"Saya cadangkan Stadium Melawati. Menteri Besar Selangor juga telah membuat tawaran," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman selepas pertemuan dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.

Namun katanya, Ambiga adalah "degil" dan menolak tawarannya itu.

"Malaysia besar, mengapa anda mahu memilih di tengah bandar dan menggangu orang lain?

"Berapa banyak stadium di negara ini? Tiga puluh, empat puluh? Jadi pilih tempat lain, asalakan mesej anda dapat disampaikan.

"Kerajaan kata berikan mereka sebuah stadium tetapi tidak berkata ia adalah Stadium Merdeka.

"Jika ingin menyampaikan mesej, katakan anda berada di stadium di Pahang, ia tidak bermakna anda tidak boleh menyampaikan mesej?"

Menurut Ismail, pihak penganjur juga mesti mendapatkan kelulusan pemilik stadium sebelum polis boleh memberikan permit.

Ketua polis negara itu juga mengulangi kenyataan timbalannya, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang semalam berkata BERSIH 2.0 tetap merupakan pertubuhan haram dan tindakan akan diambil ke atas mereka yang mempunyai kaitan dengannya.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


COVER IT LIVE

Posted: 07 Jul 2011 05:50 AM PDT


TEAM WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI AKAN MENGADAKAN COVER IT LIVE SITUASI DI SEKITAR IBU NEGARA ESOK.

Silapkah Seri Paduka Baginda Terima Wakil 62 NGO Berdaftar Mengadap?

Posted: 07 Jul 2011 03:57 AM PDT

KOMENTAR : "Hanya kerana Yang Di-Pertuan Agong menemui mereka (Bersih) tidak bermakna mereka tidak lagi diharamkan." Itu kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Dalam keghairahan untuk terus menyerang Bersih 2.0, Hishamuddin mencadangkan bahawa Tuanku Mizan Zainal Abidin telah sanggup berjumpa dengan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan.

Pendapat ini kemudiannya turut disokong oleh sepupu beliau – Perdana Menteri Najib Razak sebagai alasan untuk menafikan Bersih permit bagi mengadakan perhimpunan amannya di sebuah stadium pada Sabtu ini.

Tindakan kedua-dua pemimpin itu dikecam kerana Najiblah yang mencadangkan kepada Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan itu di sebuah stadium.

Apabila dipersetujui Bersih, beliau tampil pula mengingatkan Bersih bahawa rangkaian kerjasama itu sudah diharamkan kerajaan dan tidak layak memohon permit untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

Inilah urutan perkembangan dalam tempoh 48 jam yang menyerlahkan kualiti kepemimpinan negara ini dan tahap "kesetiaan" Umno kepada institusi raja khususnya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Nasihat" baginda kepada Bersih untuk membatalkan perarakan di atas sebab keselamatan dijunjung oleh Bersih yang kemudiannya menerima tawaran Najib untuk mengadakan perhimpunan itu di sebuah stadium.

Tuanku Mizan kemudian sudi menerima menghadap rombongan Bersih iaitu Pengerusinya Ambiga Sreenevasan, Presiden Jamaah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin dan Sasterawan Negara A Samad Said.

Pertemuan itu dan titah baginda membuka laluan untuk Bersih membatalkan tunjuk perasaan yang amat digeruni oleh BN.

Perbincangan di Istana Negara dan kenyataan susulan Bersih akhirnya meleraikan ketegangan yang diwarnai dengan tangkapan-tangkapan polis dan kenyataan-kenyataan menghasut dan berbaur perkauman oleh kumpulan-kumpulan tertentu dan Najib sendiri.

Apakah respon kerajaan pula? Malangnya, Najib dan Hishamuddin membawa mesej bahawa pertemuan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan jawatankuasa Bersih tidak memberi apa-apa makna kerana Bersih masih pertubuhan haram dan justeru tidak boleh diberikan permit mengadakan perhimpunan di stadium.

Tangkapan-tangkapan polis ke atas sesiapa yang memakai baju berlogo Bersih diteruskan dan penahanan enam orang di bawah Ordinan Darurat juga diteruskan.

Pada ketika kerajaan dan polis berpeluang tampil memberi kerjasama untuk membolehkan suara rakyat didengar di sebuah persekitaran yang dikawal dan dijamin keselamatannya, Najib dan sepupunya Hishamuddin meremehkan pertemuan Yang di-Pertuan Agong dengan penganjur Bersih dan terus menekan kumpulan itu.

Di manakah kesetiaan tidak berbelah bahagi Umno kepada institusi raja dan kerelaannya untuk mengikut pedoman yang diberikan oleh Tuanku Mizan?

Amat mudah untuk pemimpin-pemimpin Umno mengeluarkan madah-madah indah mengenai kesetiaan kepada Raja dan Negara menerusi media arus perdana, dan menuduh semua yang lain sebagai pengkhianat bangsa, agama dan negara.

Rujukan mudah adalah krisis perlembagaan Perak tahun 2009 yang akhirnya menguntungkan Umno apabila calon lantikannya dinobat sebagai Menteri Besar .

Namun apabila tiba saat untuk Umno membuktikan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Istana dengan menghayati semangat perlakuan Tuanku Mizan, parti itu yang ditunjangi oleh Najib gagal dari segala sudut.

Sepupu beliau, Hishamuddin begitu biadap meremehkan titah dan semangat tindakan susulan yang diambil oleh Seri Paduka Baginda.

Justeru hari ini, negara masih berdepan dengan kemelut Bersih – kerana kerajaan yang memerintah enggan menghormati petunjuk-petunjuk jelas daripada Seri Paduka Baginda dan menghayati semangat Baginda.

Sebaliknya Najib dan Hishamuddin mahu menguatkuasakan undang-undang zalim ke atas Bersih, demi agenda sempit masing-masing.

Apakah benar Bersih sebuah pertubuhan haram? Soalan yang lebih tepat adalah sama ada Bersih itu sebuah pertubuhan.
Jawapannya Tidak. Bersih adalah hanya satu bentuk kerjasama antara 62 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) YANG SAH dan berdaftar.

NGO-NGO ini memupuk kerjasama untuk mengatur sebuah majlis bagi mendesak pilihanraya yang adil dan telus.
Mereka melakukan usaha ini setelah usaha mereka berunding dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) gagal.

Apakah kerjasama Bersih ini memerlukan pendaftaran rasmi di negara ini? Tentunya tidak, jika keluhuran undang-undang dan semangat Perlembagaan didokong oleh pihak berkuasa.

Anehnya, kerajaan tidak pun merungut mengenai mengenai status Bersih sebelum ini, walhal Bersih 2.0 dilancarkan pada 10 November 2010 dan hanya terdiri daripada ahli-ahli dari golongan masyarakat madani.

SPR pula bebas mengadakan mesyuarat dengan Bersih sebelum ini sungguhpun hasilnya tidak ke mana.
Hanya apabila Bersih mula mengatur perhimpunan aman, yang kemudiannya disokong sepenuhnya oleh parti pembangkang, kerajaan mencengkam pergerakan itu dengan tafsiran undang-undang yang sempit.

Najib pula melabelkan Ambiga sebagai musuh Islam hanya kerana membela seorang anak guamnya dalam kes murtad Lina Joy.

Tiba-tiba daripada sebuah pergerakan masyarakat madani, Bersih digambarkan oleh kerajaan sebagai berhaluan militan dan komunis yang mahu menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Tidak cukup dengan itu, perhimpunan aman Bersih juga didakwa akan merugikan negara pada kadar RM1 bilion sehari!

Dalam jangka masa singkat dua minggu, rakyat dipertontonkan watak sebenar Perdana Menteri dan Hishamuddin terhadap sistem demokrasi berparlimen, keluhuran undang-undang dan perlembagaan serta institusi Raja Berdaulat.

Tindakan mereka harus menimbulkan rasa gusar kepada sesiapa sahaja yang mendokong keadilan, prinsip-prinsip hak asasi manusia serta mahu melihat institusi-institusi seperti SPR diperkasakan demi manfaat rakyat.

Bersih 2.0 : Polis Perak Tahan 41 Orang

Posted: 07 Jul 2011 01:03 AM PDT

IPOH 7 JULAI : Polis Perak menahan 41 orang di beberapa daerah di negeri ini sejak Jumaat lalu hingga semalam kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penganjuran perhimpunan aman anjuran BERSIH 2.0 yang dijadual pada Sabtu ini.

Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahalan berkata mereka yang ditahan turut membabitkan beberapa wakil rakyat Pakatan, individu dan seorang guru agama.

Mereka ditahan kerana didapati berkumpul dan memakai baju dengan lakaran 'BERSIH' serta mengagihkan baju-T 'BERSIH 2011' dan risalah mengenai perhimpunan itu, katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ipoh hari ini.

Shukri berkata kepada Bernama Online, kesemua mereka ditahan di Sungai Siput, Kuala Kangsar, Batu Gajah dan Ipoh mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis serta Seksyen 108 Kanun Keseksaan dan dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Sehubungan itu, polis mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dalam perhimpunan itu kerana perbuatan tersebut menyalahi undang-undang dan polis tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang masih meneruskan kegiatan itu.

Dalam perkembangan lain, Shukri mempelawa orang ramai mengunjungi program Hari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Pelanggan, yang akan diadakan setiap bulan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, untuk mendapatkan maklumat serta pertanyaan mengenai masalah yang mereka hadapi di kaunter yang disediakan.

Progam Hari PDRM bersama pelanggan turut diadakan di semua Ibu Pejabat Polis Daerah pada Khamis setiap minggu, katanya.

Beliau berkata sepanjang enam bulan pertama tahun ini, Polis Perak berjaya menurunkan indeks jenayah sebanyak 7.6 peratus.

Laporan kes jenayah yang direkodkan bagi tempoh berkenaan ialah 4,979 kes berbanding 5,363 kes bagi tempoh yang sama tahun 2010, yang memperlihatkan penurunan sebanyak 384 kes, katanya.

Teresa Desak Bebas Tahanan Bersih 2.0

Posted: 07 Jul 2011 12:53 AM PDT

SHAH ALAM 7 JULAI : Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok Suh Sim, mendesak kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) membebaskan kesemua tahanan yang ditahan berkaitan Bersih 2.0 sekali gus menghormati titah Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Teresa berkata, sehingga kini, seramai 180 orang telah disoal, ditahan atau didakwa oleh pihak polis termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Rakyat dan Ahli Majlis serta aktivis.

Menurut Teresa, kebanyakan mereka didakwa kerana berhimpun tanpa permit, memakai baju T berlambang Bersih 2.0 berwarna kuning selain memiliki risalah kempen.

"Ahli Majlis Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Michael Tamil dan rakannya telah dipanggil untuk memberi keterangan mengenai Bersih 2.0 di Balai Polis USJ8 dan ditahan apabila mereka tiba di balai polis itu.

"Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) juga didakwa di Mahkamah Majistret kerana memakai baju T berlogo Bersih ketika menghadiri mesyuarat mereka," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga berharap kerajaan akan membebaskan tahanan Bersih yang ditahan di bawah Ordinan Darurat atas dakwaan memerangi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin melibatkan lima aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj.

"Saya gesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membebaskan semua tahanan bagi menghormati titah Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


I don't think the Late Tun Razak taught his son to "chicken out"...sigh!

Posted: 07 Jul 2011 09:37 PM PDT

PM: Father taught me patience

Jauhlah kalu nak banding anak dengan bapak...sorrylah Najib!!

Spot on YB Khalid Samad...

Posted: 07 Jul 2011 07:15 PM PDT

Khalid Samad: MemBERSIHkan Pencuri, Perkuda, Penipu dan Penakut: "Ada yang menghebohkan bahawa BERSIH adalah pertubuhan haram yang di pimpin oleh Dato' Ambiga, seorang peguam Hindu yang membela golongan mur..."

Umno jadi bengong....!!

Posted: 07 Jul 2011 06:59 PM PDT



Bersih 2.0: Titah nasihat Agong kejutkan pemimpin Umno


KUALA LUMPUR, 8 Julai — "Kebebasan" Yang di-Pertuan Agong dalam isu berkaitan Bersih 2.0 dan perkenan menerima pertemuan wakil gabungan itu awal minggu ini telah mencetuskan kebingungan di kalangan ahli politik Umno termasuk beberapa menteri pentadbiran Najib, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, mereka kecewa dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (gambar) perkenan menerima rombongan diketuai Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan menghadap atas alasan ia berlaku di luar kuasa perlembagaan.

Pegawai-pegawai kerajaan juga mengesahkan wujud siri "tarik tali" dalam urusan menyediakan titah kenyataan antara istana dan pentadbiran Najib sebelum Istana Negara mengeluarkan pendiriannya lewat Ahad lalu.

"Beberapa ahli politik merasakan bahawa kenyataan Agong seharusnya telah menggunakan perkataan-perkataan yang sangat tegas terhadap Bersih 2.0. Dan, beberapa menteri juga kecewa apabila Agong menerima (kehadiran) Ambiga," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Seorang menteri Kabinet mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa perbezaan pandangan wujud ketika mesyuarat Kabinet mingguan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Mereka merasakan Agong bukan merupakan sayap eksekutif dan Agong tertakluk kepada sistem raja berperlembagaan di mana beliau bertindak atas nasihat perdana menteri.

"Jadi, kebanyakan menteri merasakan bahawa ini dilakukan tanpa pengetahuan perdana menteri. Tetapi perdana menteri tahu, jadi sebenarnya, ia satu tanggapan salah," kata menteri berkenaan.

Menteri itu menambah mereka merasakan sedemikian memandangkan sehari sebelum itu Putrajaya telah memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.

Malah menteri itu menambah, persetujuan Agong untuk bertemu dengan Ambiga seolah-olah memberi gambaran bahawa baginda tidak mengiktiaf kedudukan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.

"Tetapi jika anda melihat dari sudut lain, Agong tidak bertemu dengan Bersih 2.0. Baginda membenarkan Ambiga sebagai seorang individu untuk bertemu . . . bukan sebagai wakil Bersih, sebab ia satu pertubuhan haram.

"Jadi, pertemuan Agong dengan Ambiga tidak menjadi Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang sah . . . ia tidak bermakna Bersih 2.0 kini sebuah pertubuhan yang sah. Tiada mekanismes sedemikian, anda masih perlu mendaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu," katanya.

Menteri itu mengesahkan kerajaan sebenarnya telah menyediakan titah campur tangan minggu lalu tetapi tidak bersetuju bahawa baginda telah meminda dan mengeluarkannya tanpa memberi notis kepada pentadbiran Najib.

"Tidak benar. Ia telah diteliti dan perdana menteri sedar (tentang teks titah)," kata menteri itu.

Dalam titah kenyataan Ahad lalu, Tuanku Mizan bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 — diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya."

"Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik," titah baginda dalam satu kenyataan.

Titah baginda itu muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.Himpunan Bersih 2.0 dirancang untuk diadakan esok.

Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.

"Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora," titah baginda.

"Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara," titah baginda.

The greatest joke of all times...

Posted: 07 Jul 2011 08:38 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Bersih 2.0 : King’s ‘independence’ surprises Umno leaders, say sources

Posted: 07 Jul 2011 05:06 PM PDT


KUALA LUMPUR, July 8 — The Yang di-Pertuan Agong's "independence" over the Bersih issue through his edict and meeting the electoral reform group is causing some consternation among Umno politicians, including several ministers, sources say.
The Malaysian Insider understands that they are upset by Tuanku Mizan Zainal Abidin's decision to grant an audience to Bersih 2.0 chairman Datuk Ambiga Sreenevasan last Tuesday, arguing that it is outside his constitutional powers.
File photo of Tuanku Mizan receiving a scroll containing the royal address from Najib (left) at Parliament House in Kuala Lumpur on March 7, 2011. The King stepped in to diffuse the heightened tension over Bersih 2.0's planned rally last Sunday. — Reuters pic
Government officials also confirmed that there has been a series of tooing and froing of the draft of the King's statement between the palace and the Najib administration before Istana Negara issued what amounted to measured advice late Sunday. "Some Umno politicians felt that the King's statement should have been more strongly worded against Bersih. And some ministers are also upset that the King met Ambiga," a source told The Malaysian Insider.
A Cabinet minister confirmed with The Malaysian Insider that dissenting views were raised during the weekly Cabinet meeting chaired by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
"They felt that the Agong is not the executive arm of the administration and the Agong must subscribe to the constitutional monarchy system where he acts on advice of the PM.
Read More / Baca Lagi >>

In S'wak on July 9, breakfast with DAP in yellow, shopping with PKR also in yellow

Posted: 07 Jul 2011 05:03 PM PDT

In S'wak on July 9, breakfast with DAP in yellow, shopping with PKR also in yellowKUCHING - There has never been in the history of the state that a colour has caused so much controversy. Yellow is certainly the color of the month, a color that has been so talked about.
The opposition parties here, the DAP and the PKR, are going all out to show their support for the Bersih movement because they believe in the need to fight for a just and fair general election.
And while the police are warning the people not to wear this colour on Saturday, supporters of Bersih and Pakatan are saying, don anything that is yellow to show support for Bersih, an elections watchdog body that is championing the cause for a free and fair election.
Police action: Even talking about Bersih is disallowed
In Kuching, OCPD Mun Kock Keong said he is fully prepared for any eventuality. He is all ready to get anyone who breaks the law and according to him, that would include anyone or group wearing yellow and talking. Talking? Yes, even talking, Mun confirmed. Anyone talking about Bersih or holding any banner with the word 'Bersih' will be arrested as it is an outlawed society.
Read More / Baca Lagi >>

Umno-APCO Lancar "Perang Dingin" Dengan Yang di-Pertuan Agong??

Posted: 07 Jul 2011 05:01 PM PDT


"Hanya kerana Yang di-Pertuan Agong menemui mereka (BERSIH 2.0) tidak bermakna mereka tidak lagi diharamkan."

Itu kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Arrogant Umno now the enemy of the people and Monarchy

Posted: 07 Jul 2011 04:58 PM PDT

Arrogant Umno now the enemy of the people and MonarchyBersih 2.0 is a national milestone on the road to better governance. It is obviously an international concern drawing global attention and even support. But UMNO's persistence in adamantly clinging to its high and mighty pole of pedestal politics is only driving the rakyat into a tight corner.
And that in itself is very volatile – an eventuality that would have been no fault of the masses.
The developments surrounding Bersih 2.0's determined struggle is common knowledge that even the cheaply hired immigrant laborer is able to hold coherent conversation on the subject. But what is most significant is that despite the country's constitutional monarch welcoming the representatives of the rakyat's Bersih 2.0 rally plan to an extremely rare audience, UMNO is still walking the streets with guns drawn.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Running Scared in Malaysia

Posted: 07 Jul 2011 04:56 PM PDT

Running Scared in MalaysiaThe Malaysian government has pulled out all the stops to prevent an opposition rally this weekend. This week, army units conducted crowd control exercises with banners that said, "Disperse or we will shoot!" The police set up roadblocks and arrested Malaysians simply for wearing yellow T-shirts, the signature color of Bersih, a coalition of 62 nongovernmental organizations that demands changes in Malaysia's electoral system. To date, the police have arrested over 250 supporters of Bersih, claiming that they are "waging war against the king."
Then something unprecedented happened. Malaysia's King Tuanku Mizan Zainal Abidin, allegedly the target of Bersih's campaign, intervened. He called on both Prime Minister Najib Razak and Bersih to resolve their differences in a spirit of harmony and cooperation, for the good of the nation.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Buka mulut luas-luas, nak tengok lidah jenis apa

Posted: 07 Jul 2011 04:54 PM PDT

Aspan Alias

8 JULAI — Sebelum ini isu rally di jalanraya. Isu itu berlarutan berminggu minggu. Dulu pihak kerajaan berkata supaya mengadakan rally itu di stadium supaya tidak menghalang lalu lintas dan mengganggu orang ramai. Kerajaan bertindak mengharamkan Bersih sebagai satu pertubuhan. Keadaan berubah kerana campur tangan Kebawah Duli Tuanku YDPA dan kerajaan Bersih bersetuju untuk mengadakan perhimpunan di stadium. Perdana Menteri Najib sendiri berkata supaya mengadakan perhimpunan itu di stadium.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0: Titah nasihat Agong kejutkan pemimpin Umno

Posted: 07 Jul 2011 04:51 PM PDT


KUALA LUMPUR, 8 Julai — "Kebebasan" Yang di-Pertuan Agong dalam isu berkaitan Bersih 2.0 dan perkenan menerima pertemuan wakil gabungan itu awal minggu ini telah mencetuskan kebingungan di kalangan ahli politik Umno termasuk beberapa menteri pentadbiran Najib, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan, mereka kecewa dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (gambar) perkenan menerima rombongan diketuai  Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan menghadap atas alasan ia berlaku di luar kuasa perlembagaan.
Pegawai-pegawai kerajaan juga mengesahkan wujud siri "tarik tali" dalam urusan menyediakan titah kenyataan antara istana dan pentadbiran Najib sebelum Istana Negara mengeluarkan pendiriannya lewat Ahad lalu.
"Beberapa ahli politik merasakan bahawa kenyataan Agong seharusnya telah menggunakan perkataan-perkataan yang sangat tegas terhadap Bersih 2.0. Dan, beberapa menteri juga kecewa apabila Agong menerima (kehadiran) Ambiga," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Senjata: Dedah siapa dalang

Posted: 07 Jul 2011 09:32 AM PDT

SHAH ALAM, 7 Julai: PAS mendesak pihak polis segera melakukan siasatan terperinci mengenai penemuan berbagai jenis senjata yang dikaitkan dengan Bersih seperti diumumkan polis di dalam siaran media, baru-baru ini.

AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang mendedahkan penemuan itu pada 6 Julai lalu.

Turut serta dalam laporan di IPD Shah Alam petang tadi adalah Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan dan Ketua Pemuda PAS Shah Alam, Mohd Hilmi Redzwan.
Read More / Baca Lagi >>

ISU BERSIH: APA PENDAPAT PEMERHATI POLITIK LUAR

Posted: 07 Jul 2011 09:30 AM PDT

ADAKAH ANDA BERFIKIR DARI SUDUT YANG SAMA


Ini adalah RUMUSAN yang saya dapati daripada hasil Perbincangan Tidak Rasmi dengan Rakan-Rakan Penganalisa Politik dan Ekonomi dari Luar Negara.
  • Terhadap Perkembangan ISU BERSIH 2.O yang sedang melanda Negara Malaysia beberapa minggu ini.
  • Dan semua Pendapat yang di bentangkan ini adalah Pendapat Peribadi mereka dan tidak di siarkan di mana-mana Media Cetak atau pun Elektronik kerana semua Pendapat ini adalah Permintaan daripada saya sendiri sebagai Editor TIPsNIAGA.COM
  • Dimana secara Peribadi juga, saya bersependapat dengan segala pandangan melalui penganalisaan mereka terhadap ISU BERSIH 2.O ini.
Read More / Baca Lagi >>

Sabah Bersih awaits police permit

Posted: 07 Jul 2011 09:21 AM PDT

Sabah Bersih is expecting a three-fold increase in rally participants if the police approves its application to hold the gathering in the Foochow Association Auditorium.

KOTA KINABALU: The organisers of the Bersih 2.0 campaign in Sabah are optimistic that the state police commissioner will give them the go ahead now that the prime minister has allowed Bersih to hold its rally in a stadium.
Sabah Bersih secretary Chester Pang said they submitted a fresh application yesterday for the July 9 campaign.
The police rejected their earlier application a few days ago.
The new application is for the Sabah rally to be held at the Foo Chow Association Auditorium instead of Padang Merdeka as planned earlier.
Pang said the time of the event remained as from 2pm to 4pm.
"We have paid for the rental of the venue and we are hoping that the police will consider our application this time since it will be held indoors," he said.
Read More / Baca Lagi >>

Tindakan Keras Bn terhadap Bersih 2.0 Akan Beri Kesan Kepada PRU:Dr Mahathir

Posted: 07 Jul 2011 09:20 AM PDT

Tindakan keras kerajaan terhadap Bersih 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Ahttp://maxcdn.fooyoh.com/files/attach/images/3004/790/464/004/dr-Mahathir.jpgdil) boleh menjejaskan peluang mereka untuk menang pada pilihan raya umum akan datang, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata bahawa pengundi mungkin berpaling menentang Umno-BN jika mereka merasakan bahawa kerajaan sedang mencabuli hak-hak mereka.

"Apa sahaja yang kerajaan lakukan (sekarang), ia akan dipantulkan pada pilihan raya. Jika mereka (pengundi) merasakan bahawa kerajaan ini menindas, mungkin kerajaan akan kehilangan undi," katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Read More / Baca Lagi >>

Benarkah ada pihak ketiga arah polis sekat Bersih?

Posted: 07 Jul 2011 09:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan 'agresif' polis menyerbu, memenahan, menyekat dan memenekan penyokong Bersih 2.0 mungkin kerana ada pihak ketiga yang mempengaruhi pasukan polis, dakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mohammmmad Sabu berkata demikian ketika ditemui 5 Julai lalu di Kuala Lumpur sebelum Timbalan Presiden PAS itu bertolak ke Merbok, Kedah.Beliau melontarkan pertanyaan kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar apakah pendedahan bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan dua minggu sebelum bersara daripada polis bahawa adanya campur tangan pihak ketiga terhadap polis masih lagi berlaku kini.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Bersih 2 0 Mazlan Bidas Polis

Posted: 07 Jul 2011 09:16 AM PDT

Video : Your Rights When Facing the Police: Part 3

Posted: 07 Jul 2011 09:15 AM PDT

Video : Your Rights When Facing the Police: Part 2

Posted: 07 Jul 2011 09:13 AM PDT

Video : Your Rights When Facing the Police: Part 1

Posted: 07 Jul 2011 09:12 AM PDT

Video : Message from PSM-6

Posted: 07 Jul 2011 09:11 AM PDT

Video -Bersih 2.0, weapons link 'questionable'

Posted: 07 Jul 2011 09:09 AM PDT

Muslimat PAS cabar Hisham buktikan Bersih haram

Posted: 07 Jul 2011 09:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membuktikan dakwaannya mengenai Bersih 2.0 adalah haram.

Ketua penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, kerajaan sendiri tidak faham dan keliru dengan istilah 'pertubuhan haram' yang digelar kepada Bersih 2.0.

Sedangkan katanya, sudah berkali-kali ditegaskan bahawa Bersih 2.0 bukan satu pertubuhan tapi satu kempen untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

"Pentadbiran (Datuk Seri) Najib (Razak) sudah terkeliru atau sengaja mengelirukan rakyat dengan memberikan nama pertubuhan haram kepada Bersih 2.0.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Stadium Shah Alam juga perlu permit, kata polis

Posted: 07 Jul 2011 09:04 AM PDT

SHAH ALAM, 7 Julai — Polis akan membenarkan perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini di Stadium Shah Alam di sini asalkan penganjurnya mendapat kebenaran untuk berbuat demikian.
Ketua Polis Shah Alam ACP Ahmad Zahedi Ayob bagaimanapun mengesahkan tiada permit dikeluarkan setakat ini kepada penganjur berkenaan.
"Kita tidak menerima sebarang permohonan mendapatkan permit daripada mereka setakat ini bagi mengadakan perhimpunan di stadium.
"Tetapi jika mereka mendapat permit, barulah mereka boleh meneruskannya dengan syarat perhimpunan itu diadakan dalam suasana aman dan mengikut undang-undang," katanya dipetik Bernama Online.

KEBENCIAN RAKYAT TERHADAP UMNO-BN DI TAHAP MAKSIMA

Posted: 07 Jul 2011 09:02 AM PDT

Bersih and the Fall of Reason

Posted: 07 Jul 2011 09:01 AM PDT

"I love those who can smile in trouble, who can gather strength from distress, and grow brave by reflection. 'Tis the business of little minds to shrink, but they whose heart is firm, and whose conscience approves their conduct, will pursue their principles unto death." : Thomas Paine
The events unfolding before our eyes in the past few weeks say a lot about us as a collection of individuals; as a society and as a people. What is clear  however is the sad fact that when we are faced with adversity, we tend to lose our head and retreat into the same old dark and cold cave of emotions, of irrationality and of convenient rhetoric.
Above all, we abandon the very faculty which differentiates us from all other primates, namely, our ability to reason. That is the saddest reflection of us, as a nation.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Tetap ke stadium walau berjalan kaki

Posted: 07 Jul 2011 08:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini tetap akan disertai PAS biarpun mereka terpaksa berjalan kaki ke Stadium Merdeka.

"Kita akan bergerak setakat yang boleh. Sekalipun kenderaan ditahan, kita akan berjalan kaki ke Stadium Merdeka," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian mengulas perkembangan terbaru bahawa permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur tidak akan dikeluarkan untuk hari Jumaat dan Sabtu ini.
Read More / Baca Lagi >>

From the BN viewpoint: Illegal rally, don't be fooled by it!

Posted: 07 Jul 2011 08:57 AM PDT

From the BN viewpoint: Illegal rally, don't be fooled by it!For weeks, they were under the media glare for wanting to organise an illegal rally.
Their demands for a so-called clean electoral process was publicised and heard all over the country.
In fact, they received more than sufficient publicity and some support for their cause in the new media, apart from considerable objections and condemnation from groups, non-governmental organisations (NGOs) and individuals opposed to the illegal rally.
They were even granted an audience by His Majesty, the Yang di-Pertuan Agong.
Now, if all those were still not enough, what more does the outlawed Bersih and its leader, Datuk S. Ambiga, want?, asked University Teknologi Mara (UiTM) political science lecturer Che Hamdan Mohd Razali.
Some 48 hours left to Saturday and the group of trouble-makers was said to want to continue with their illegal rally, albeit in a stadium but, still with no guarantee that it will be held in peace.
Now, many do not believe anymore in the reason Ambiga gave that her group -- not registered with the Registrar of Societies (RoS) -- was to present their unhappiness with the Election Commission (EC) running the elections, and allegedly pro-Barisan Nasional (BN) government.
Read More / Baca Lagi >>

Apabila Najib buat pusingan- U dan pengikutnya tidak sempat brek...

Posted: 07 Jul 2011 08:56 AM PDT

Ia seolah-olah kembali ke titik asal.  "Ketegangan yang diredakan" berikutan Titah Khas DYMM Yang di-Pertuan Agong kini ditegangkan semula.  Tidak cukup dengan ketegasan bahawa BERSIH 2.0 tetap HARAM, Kementerian Dalam Negeri dan polis yang menurut perintahnya terus mengambil langkah drastik untuk menghalang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.

Terbaru, polis telah mendapatkan perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada BERSIH 2.0 (66 orang), PERKASA (14 orang) dan Pemuda UMNO (11 orang) untuk hadir di beberapa kawasan komersial dalam wilayah Kuala Lumpur, yang dipercayai tempat perhimpunan pada 9 Julai 2011.

Malah, Ketua Polis Negara (KPN) Ismail Omar membidas Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan kerana "degil" untuk menolak tawarannya agar perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan dalam stadium di luar Kuala Lumpur.  Kenyataan ini dibuat selepas pertemuan antara KPN dengan wakil-wakil BERSIH 2.0, petang tadi.
Read More / Baca Lagi >>