Khamis, 7 Julai 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


BERSIH 2.0 : Dah mula dah ....

Posted: 07 Jul 2011 09:30 PM PDT

Dua orang polis trafik mengawal penutupan jalan menghala ke Dataran Merdeka hari ini

BERSIH 2.0 : Kau orang baca dan buat tafsiran sendiri ...

Posted: 07 Jul 2011 08:55 PM PDT

Polis Perak temui bahan buat letupan
2011/07/08

IPOH: Polis merampas beberapa kelengkapan dan peralatan membuat bahan letupan dipercayai untuk digunakan sebagai persediaan perhimpunan haram BERSIH esok.

Peralatan itu dirampas ketika polis membuat pemeriksaan ke atas sebuah teksi yang dipandu seorang lelaki Kemboja berusia 41 tahun di pintu masuk plaza tol Tapah, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari semalam. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata hasil sekatan jalan raya Ops Padam BERSIH yang dilakukan polis menemukan empat guni disyaki simen bercampur kapur, satu guni kecil serbuk hitam disyaki sekam padi, dua guni plastik jenama Borax Decahhydrate mengandungi serbuk putih. "Turut ditemui satu guni berisi paip bercampur getah paip, lima biji mangkuk tanah, satu beg mengandungi pasir dan satu tong mengandungi cecair dipercayai asid," katanya pada sidang akhbar di sini, pagi ini.

Dalam kes berasingan, polis turut menemukan 21 botol air mineral berisi petrol dan sumbu di perkuburan Cina, Sitiawan beserta nota bertulis tulisan Cina, 'Bos, order sume 20 nak buang ke pejabat UMNO'. - BH

BERSIH 2.0 : Penutupan jalan sekitar KL pada 9/7

Posted: 07 Jul 2011 05:31 PM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Polis akan menutup hampir 30 jalan utama di ibu negara Sabtu ini menjelang tiga perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata pihaknya menerima laporan bahawa beberapa kumpulan merancang untuk berkumpul di beberapa lokasi di kawasan panas dan menasihatkan publik agar menjauhkan diri dari Kuala Lumpur pada hari Sabtu jika tiada urusan di bandar raya.

Bagaimanapun katanya, mereka yang kerja dan tinggal di kawasan terbabit akan dibenarkan.

Kawasan-kawasan yang akan ditutup kepada trafik pada Sabtu ialah:

— Jalan Syed Putram Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara

— Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara

— Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

STONE : Peniaga dan pemandu teksi mesti bertepuk tangan gembira dengan penutupan jalan-jalan ini. Harap pendapatan mereka pun berlipat ganda lah.

BERSIH 2.0 : Najib hang buka mulut sat, nak tengok lidah jenis apa ...

Posted: 07 Jul 2011 05:05 PM PDT

Buka mulut luas-luas, nak tengok lidah jenis apa — Aspan Alias

8 JULAI — Sebelum ini isu rally di jalanraya. Isu itu berlarutan berminggu minggu. Dulu pihak kerajaan berkata supaya mengadakan rally itu di stadium supaya tidak menghalang lalu lintas dan mengganggu orang ramai. Kerajaan bertindak mengharamkan Bersih sebagai satu pertubuhan. Keadaan berubah kerana campur tangan Kebawah Duli Tuanku YDPA dan kerajaan Bersih bersetuju untuk mengadakan perhimpunan di stadium. Perdana Menteri Najib sendiri berkata supaya mengadakan perhimpunan itu di stadium.

Semalam Najib berkata pula yang Bersih mesti mendaftarkan pertubuhan itu dengan pendaftar pertubuhan kerana Bersih telah diharamkan. Mudah sangat mengharamkan pertubuhan. Dulu apabila ada seorang pemimpin takut kepada parti yang dipimpinnya sekelip mata dibunuhnya parti pimpinannya dan tubuh parti baru.. Persoalannya bagaimana kebawah Duli Tuanku berjumpa dengan pertubuhan haram. Bukankah itu campur tangan Raja dan Bersih telah pun bersetuju untuk mengadakan perhimpunan itu di stadium.

Polis pula berkata Bersih mesti memohon permit sedangkan perundingan dengan Tuanku telah bersetuju untuk perhimpunan itu di adakan. Jika PM Najib benar-benar jujur beliau sepatutnya membenarkan rally itu di adakan pada 9 Julai ini. Dalam pada itu rupa-rupanya Stadium Merdeka yang dipersetujui itu telah ditempah oleh Perkasa pula. Nampaknya kita sudah dapat kepastian sebenarnya siapa yang jujur dan siapa yang main "kongkalikong".

Apa pelajaran yang kita dapat dengan keadaan ini?

Pertamanya Bersih benar-benar mahu mengadakan rally secara aman. Tujuan dan matlamatnya jelas dan Bersih telah menunjukan sikap keterbukaan itu dengan jelas. Bersih bersetuju untuk berunding dan perundingan itu telah pun membuahkan keputusan bagi kedua-dua belah pihak.

Pelajaran kedua yang kita dapati ialah pihak kerajaan pimpinan BN berubah-ubah dan sekarang bermacam-macam pula helah untuk menggagalkan perhimpunan itu. Najib kata begini tetapi sekarang berkata begitu pula. Hishammuddin pula masih mahukan tindakan undang-undang di ambil terhadap yang ditahan sebelum pertubuhan itu diharamkan kerana terdesak.

Pihak kerajaan tidak jujur dan rakyat melihatnya dengan jelas. Mungkin pihak kerajaan merasakan berjaya melakukan "intrigue" terhadap rakyat yang ingin turut serta dalam rally itu. Kerajaan tahu jika di adakan di stadium atau di jalanraya kehadziran mungkin mencapai satu juta orang. Inilah yang ditakuti oleh pihak kerajaan dan parti yang memerintah.

Berminggu-minggu lamanya baik Najib, baik Hishammuddin serta Muhyiddin Yassin mengkritik Bersih kerana ingin mengadakan rally itu di jalanraya dan menyeru Besih untuk mengadakan tunjuk perasaan itu di stadium. Apabila Bersih sudah bersetuju untuk mengadakannya di stadium berbagai-bagai alasan lain pula diberikan untuk menggagalkan rally ini. Muhyiddin berkata yang Bersih sedang cuba untuk mencemarkan stadium itu sebagai tempat sambutan kemerdekaan pada 1957 dahulu.

Saya ingin bertanya kepada Muhyiddin, kenapa beliau menyembunyikan diri apabila Dr Mahathir pernah hendak meruntuhkan stadium itu untuk dibangunkan projek pembangunan baru di situ? Ingat kah tidak banyak pihak telah mengkritik kerajaan kerana niatnya untuk merobohkan stadium tersebut.

Dengan perkembangan yang terkini maka kita boleh membuktikan yang pihak BN lah yang cuba melakukan "intrigue" terhadap rakyat melalui Bersih ini. Rally boleh di gagalkan tetapi perasaan rakyat yang melihat perlakuan ini bertambah parah. Jadi apakah kejayaan BN sebenarnya? Jawapannya ialah TIADA kejayaan. Kerajaan tidak menyedari yang rakyat akan memberikan sokongan kepada pihak yang bertentangan.

Kejujuran seseorang pemimpin itu mudah dinilai dari kata-kata mereka. Sesungguhnya sebab untuk mengagalkan rally ini hanya satu sahaja. BN takut tidak terhingga kerana jika rally ini diberikan kelulusan untuk di adakan dimana-mana sekali pun, mereka (BN) tahu lautan manusia akan hadzir dan ini merupakan ketakutan BN yang sebenarnya

Bersih itu tidak penting. Yang penting itu ialah jumlah keramaian yang datang itu akan menjadi bukti yang boleh dilihat dengan mata kepala kita yang rakyat ramai begitu kuat untuk menunjukan manifestasi mereka terhadap kerajaan. Itu sahaja. Saya suka mengulangi yang Bersih lebih berjaya jika digagalkan niat mereka untuk mengadakan rally itu dari membenarkan rally itu di adakan dimana-mana.

Kerajaan tidak berjaya mengendalikan isu ini. Kalau ada pun, ialah kejayaan pemimpin-pemimpin kita menunjukan membuktikan yang lidah mereka bercabang-cabang. Mungkin ada sesiapa yang berani untuk bertanya kepada pemimpin-pemimpin yang bersangkutan samada boleh atau tidak menambah satu lagi tuntutan selain dari lapan tuntutan asas Bersih ini.

Tuntutan tambahan ini ialah menuntut supaya pemimpin-pemimpin kita membuka mulut mereka lebar-lebar sebab nak tengok lidah yang ada di dalam mulut mereka itu lidah jenis apa? Tentu lain dari lidah yang rakyat ada. Ia tidak mungkin sama.

Inilah dia rupanya pemimpin yang berjanji hendak membawa transformasi politik dan ekonomi. Kalau isu stadium pun dia berbohong, tentu banyak perkara lagi yang beliau berbohong. "Once he lies he will remain a liar.". — aspanaliasnet.blogspot.com

Panduan aliran trafik di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini:

Posted: 07 Jul 2011 05:29 AM PDT

Berikut adalah panduan untuk aliran trafik di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini:

1. Trafik dari Lebuhraya Persekutuan ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Jalan Kelang Lam, Sungai Besi, dan Lebuh Raya Seremban

2. Trafik dari Jalan Kelang Lama ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Lebuh Raya Seremban atau Petaling Jaya

3. Trafik dari Jalan Bangsar/Jalan Travers ke pusat bandar akan dilencongkan ke Jalan Mahameru

4. Trafik dari Jalan Mahameru ke pusat bandar melalui laluan Muzium Negara akan dilencongkan ke Jalan Bangsar

5. Jalan dari Sungai Besi ke Istana Negara akan ditutup.

BERSIH 2.0 : 91 individu yang dihalang memasuki KL

Posted: 07 Jul 2011 04:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 7 — The police obtained a restriction order from the magistrate's court yesterday under Section 98 of the Criminal Procedure Code to prevent 91 individuals from entering the city.

Below are the names:

PerkasaDatuk Ibrahim Ali

Datuk Ab Rahman bin Abu Bakar

Syed Hassan bin Syed Ali

Irwan Fahmi bin Ideris

Roslan bin Kassim

Sharifuddin bin Abd Hamid

Dr Zubir bin Harun

Hj Ameir bin Hj Hassan

Datuk Ahmad bin Saad

Ahmad Zaini bin Ismail

Muhammad Zaid Md Arip

Abdullah Mansor

Zaira bte Jaafar

Norkhaila binti Jamaludin

Pemuda UmnoKhairy Jamaluddin Abu Bakar

Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Megat Zulkarnaian Dato' Omardin

Rizalman Dato' Mokhtar

Tengku Azman bin Tengku Zainol Abidin

Lokman Noor Adam

Datuk Abdul Azeez bin Rahim

Ungku Saleh bin Ungku Jamal

Arman Azha bin Abu Hanifa

Tun Faisal Ismail bin Aziz

BersihDatuk Ambiga Sreenevasan

Mohamad bin Sabu

Hishamuddin bin Md Rais

Khairul Anwar bin Ahmad Zainuddin

Maria Chin Abdullah

Chua Tian Chang

Kamarulzaman bin Mohamad

Dr Mohd Hatta bin Md Ramli

Syed Shahir bin Syed Mohamud

Syed Ibrahim bin Syed Noh

Teresa Kok Suh Sim

Badrul Hisham Shaharin

Shamsul Iskandar bin Mohd Akin

Arutchelvam A/L Subramaniam

Wong Chin Huat

Ong Boon Keong

Enalini A/P Elumalai

Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim

Datuk Khalid Yunus

Datuk Zulkifli Noordin

Dr Zubir bin Harun

Datuk Seri Abd Hadi Awang

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Lim Kit Siang

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Nurul Izam bin Nurul Anuar

Kohila A/P Yanasekaran

Zaid bin Kamaruddin

Khoo Teng Swee

Fadiah Nadwa binti Fikri

Yap Swee Seng

Salahuddin Ayub

Datuk Mahfuz Omar

Nasarudin Hasan

Mazlan Aliman

Dr Syed Azman Syed Nawawi

Dr Dzulkifli Ahmad

Dr Mujahid Yusof

Khalid Abd Samad

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Azman Shapawi Abd Rani

Suhaizan Kaiat

Nor Azli bin Musa

Mohd Firdaus Jaafar

Loke Siew Fook

Lau Wen San

Mohd Azmin Ali

Mat Shuhaimi Shafie

Satipul Bahari bin Amamt

Wan Hassan bin Mohd Ramli

Mohamad Izzudin Hilmi bin Mohd Zaini

Mohd Shazni Munir bin Mohd Ithnin

Muhammad Hilman bin Idham

Mohd Shukri bin Che Ab Razab

Mohd Syukri bin Kamaruddin

Ahmad Syazwan bin Muhammad Hasan

Choo Chon Kai

Sarasvathy A/P Muthu

Soh Sook Hwa

Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim

Abd Rahim bin Osman

Mohd Sibri bin Ismail

Mohd Lukam bin Muda

Datuk Prof Kamaruddin bin Kachar

Datuk Hj Mohd Noor Nordin bin Abdullah

BERSIH 2.0 : DSAI, TGNA, Kit Siang, Ambiga antara yang dilarang memasuki KL pada 9/7

Posted: 07 Jul 2011 02:15 AM PDT

Polis Kuala Lumpur telah mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.

"Ini bermakna sesiapa yang ditangkap pada kawasan ini akan ditangkap," kata timbalan ketua polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh.

Antara dalam senarai itu adalah pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatankuasa pemandunya, Wong Chin Huat dan Maria Chin Abdullah.

Turut disenaraikan adalah pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang - mkini

KJ dan Ibrahim Ali juga dilarang DI SINI

BERSIH 2.0 : IGP : Pi buat di luar KL la ....

Posted: 07 Jul 2011 01:46 AM PDT

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mencadangkan BERSIH 2.0 bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Melawati di Shah Alam dan memohon permit polis secepat mungkin di bawah nama sebuah pertubuhan berdaftar ataupun individu.

"Saya cadangkan kepada mereka untuk berhimpun di luar Kuala Lumpur kerana Kuala Lumpur sesak. Ia boleh menggangu lalu-lintas, perniagaan dan orang awam yang tidak terbabit dengan perhimpunan itu.

"Saya cadangkan Stadium Melawati. Menteri Besar Selangor juga telah membuat tawaran," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman selepas pertemuan dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.

Namun katanya, Ambiga adalah "degil" dan menolak tawarannya itu.

"Malaysia besar, mengapa anda mahu memilih di tengah bandar dan menggangu orang lain?

"Berapa banyak stadium di negara ini? Tiga puluh, empat puluh? Jadi pilih tempat lain, asalakan mesej anda dapat disampaikan.

"Kerajaan kata berikan mereka sebuah stadium tetapi tidak berkata ia adalah Stadium Merdeka.

"Jika ingin menyampaikan mesej, katakan anda berada di stadium di Pahang, ia tidak bermakna anda tidak boleh menyampaikan mesej?"

Menurut Ismail, pihak penganjur juga mesti mendapatkan kelulusan pemilik stadium sebelum polis boleh memberikan permit.

Ketua polis negara itu juga mengulangi kenyataan timbalannya, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang semalam berkata BERSIH 2.0 tetap merupakan pertubuhan haram dan tindakan akan diambil ke atas mereka yang mempunyai kaitan dengannya.

Tiada ulasan: