Sabtu, 11 Jun 2011

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Laman Pirate Bay bidas sekatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Posted: 11 Jun 2011 08:46 AM PDT

Laman web perkongsian fail terkemuka Pirate private bay storyBay (TPB) menyuarakan perasaan tidak senangnya terhadap sekatan internet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kami sedih apabila Malaysia melampaui hak asasi manusia sekali lagi," kata wakil laman itu Winston Bay kepada Malaysiakini.


Beliau menegaskan kembali tentang penetapan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa internet merupakan sebahagian hak asasi manusia.


Bagaimanapun, tambahnya, dalam masa yang sama Malaysia menutup akses terhadapnya.

Bay juga berhujah, TPB sebagai "pertukaran budaya paling besar dalam sejarah manusia" dan tidak dapat dihentikan oleh "kerajaan yang korup" dan "ketololannya".

"Orang ramai sudah tentu mampu menggunakan TPB walau apa pun caranya, seperti di negara lain yang tidak menyekatnya, trafik akhirnya tetap meningkat.

"Ia menunjukkan bahawa tidak ada tolak ansur dengan kerajaan yang korup dan internet mampu mengelakkan ketololan itu," kata Bay.

SKMM semalam menjelaskan menyekat beberapa laman sesawang akhir-akhir ini bukan satu bentuk penapisan, sebaliknya tindakan pematuhan undang-undang Malaysia.

Kenyataan itu menyebut, SKMM menerima permintaan daripada Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987.

Selain ThePirateBay.org, turut disekat MegaUpload.com, FileServe.com dan DepositFiles.com. - http://malaysiakini.com

Aku cuma nak kata:

Sejak akhir akhir ini Kerajaan Malaysia @ Kerajaan BN ini makin merapu dalam banyak tindakan yang diambil. Dalam keadaan rakyat bergelut dengan kenaikan segala macam barangan, mereka disajikan dengan video lucah mirip DS Anuar Ibrahim. Dijaja kehulu dan kehilir tanpa rasa malu dan rasa bersalah. Semua nya jadi halal. Tidak ada lagi seorang pun yang ditangkap Polis atas isu video lucah tersebut. Pelik Malaysia ni.

Terbaharu, Kerajaan buang tebiat lagi dengan mengenakan sekatan terhadap internet kepada laman-laman 'upload & download'. Memang kerajaan buang tebiat sebab laman lucah tidak pulak disekat.

Entah lah, tapi setahu aku kalau orang buang tebiat ni umur dia tak panjang.....

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pensyarah ditipu RM122,000 oleh sindiket antarabangsa - anda mungkin mangsa seterusnya ...!!

Posted: 11 Jun 2011 10:09 PM PDT

SEPERTI yang diceritakan oleh Aishah (bukan nama sebenar), 34, pensyarah dari Kuala Lumpur kepada Mingguan mStar.

Dua minggu sebelum 21 Mac 2011:

Mengenali warga Libya, Dr Musa, seorang duda menerusi laman sosial. Dr Musa mempunyai seorang anak perempuan. Saya hanya berhubung menerusi panggilan telefon dan emel. Wajahnya hanya dilihat berdasarkan gambar yang dikirim.

Seminggu sebelum 21 Mac 2011:

Dr Musa yang mula menaruh perasaan terhadap saya memberitahu untuk berhijrah ke Arab Saudi kerana pergolakan yang berlaku di Libya. Dia berhasrat untuk datang ke Kuala Lumpur menemui saya terlebih dahulu. Bagaimanapun, saya mengatakan pertemuan hanya sekadar kenalan kerana saya sudah berkahwin.

21 Mac 2011 - Malam:

Saya menunggu ketibaan Dr Musa dan anaknya di KLIA. Bagaimanapun, Dr Musa tidak muncul di balai ketibaan selepas penerbangan tiba pada pukul 10.30 malam.

Satu jam kemudian, saya terima panggilan daripada Siti yang mendakwa dirinya adalah Pegawai Imigresen. Katanya, Dr Musa telah ditahan kerana membawa masuk sejumlah wang yang besar tanpa diisytiharkan.

Bayaran 'Permit Masuk' sebanyak RM20,000 harus dibayar bagi membebaskan Dr Musa. Saya panik.

22 Mac 2011 - Pagi:

Saya masih boleh berhubung dengan Dr Musa sepanjang dia ditahan di KLIA (kononnya). Menerusi perbualan telefon, saya dapat mendengar tangisan anak Dr Musa. Sayu rasanya daripada naluri saya sebagai ibu. Saya akhirnya membayar RM10,000 menerusi pindahan wang di bank. Dr Musa dikatakan memberikan baki RM10,000 lagi kepada Siti.

Saya bertanya kenapa dia tidak menggunakan wang di dalam bagasi itu untuk membebaskannya. Dr Musa memberi alasan tidak mahu Pegawai Imigresen mengetahui jumlah wang yang sebenar kerana bimbang akan diminta rasuah. Menurut Dr Musa, setiap bagasi mengandungi wang tunai berjumlah AS$5 juta.

22 Mac 2011 - Tengah hari:

Siti menghubungi saya berhubung dua bagasi milik Dr Musa tidak mempunyai 'Sijil Anti Pengganas'. Katanya, sijil itu diperlukan bagi melepaskan Dr Musa dengan caj RM16,200 setiap satu. Siti memberitahu dua bagasi itu sudah diserahkan kepada George yang mendakwa dirinya sebagai pegawai di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

23 Mac 2011:

Aishah memindahkan wang RM16,200 ke dalam satu akaun atas arahan Siti. Bagasi pertama sudah boleh dituntut. Namun kata George, hanya mereka yang berkelayakan saja boleh melakukannya. Dr Musa meminta saya menghubungi saudaranya, Richard yang didakwa pernah berkhidmat di Kedutaan Libya supaya menjadi wakil.

24 Mac 2011:

Bertemu dengan Richard dan Siti buat kali pertama di sebuah hotel di Serdang. Richard seperti warga Afrika manakala Siti bertubuh gempal dan berkulit sawo matang. Richard membawa saya dan Siti ke salah satu bilik di hotel bagi menunjukkan bagasi yang hendak dituntut.

Di bilik hotel, saya menghubungi Dr Musa bagi mendapatkan kod kombinasi untuk membuka bagasi. Perasaan tergamam bercampur panik sebaik saja bagasi dan peti di dalamnya dibuka apabila melihat banyak wang kertas dolar Amerika Syarikat.

Setiap wang kertas tertera dengan cop keselamatan. Menurut Dr Musa, penggunaan cop bagi mengelakkan ia dicuri. Selagi cop itu tidak hilang maka tidak sah untuk digunakan. Richard mengambil beberapa keping wang kertas dan mencuci di bilik air menggunakan satu cecair. Cop pada wang kertas itu hilang selepas dicuci.

Bagaimanapun, terdapat masalah kerana bahan kimia untuk mencuci wang kertas itu beku dan tidak boleh digunakan. Richard akhirnya membawa balik bagasi itu bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu. Saya biarkan saja kerana tidak berani membawa pulang wang sebanyak itu ke rumah.

26 Mac 2011 - Pagi:

Dr Musa menyarankan saya untuk menebus satu bagasi lagi kerana terdapat cecair kimia disertakan di dalamnya. Saya membayar RM16,200 lagi dan RM20,000 untuk permit masuk mewakili bagasi kedua. Jika tidak, saya perlu membayar AS$84,000 (kira-kira RM240,000) bagi sebotol cecair kimia bersaiz 1 liter.

26 Mac 2011 - Malam:

Saya berjumpa Siti dan Richard sekali lagi di hotel yang sama. Di sebuah bilik, bagasi kedua dibuka mengandungi banyak wang kertas ASD dan satu kotak menyimpan satu botol cecair kimia. Malangnya, botol itu pecah menyebabkan cecairnya rosak. Saya menghubungi George. Katanya, akan cuba mencari jalan penyelesaian.

29 Mac 2011 - Pagi:

George menghubungi saya dan memberitahu pihaknya tidak dapat membantu. Jalan terakhir adalah membeli cecair kimia berkenaan untuk mencuci wang kertas yang berjumlah AS$10 juta. Saya didesak beberapa kali supaya menyelesaikannya dengan segera.

30 Mac 2011:

Siti memberitahu bahawa pihaknya sedang menunggu kelulusan untuk membebaskan Dr Musa. 'Pegawai atasannya' berada di luar negara dan hanya pulang pada 1 April. Kemungkinan Dr Musa akan dibebaskan pada hari tersebut. Saya diminta menunggu.

1 April 2011 - Pagi:

Dr Musa masih tidak dapat dibebaskan. Menurut Siti, ini disebabkan oleh konflik antara pegawai atasan yang berkuasa untuk membebaskan Dr Musa dengan pegawai atasan yang meluluskan pengeluaran bagasi. Saya merayu kepada Siti memintanya untuk berbincang dengan pegawai atasan. Siti, menunjukkan reaksi serba salah.

1 April 2011 - Petang:

Saya dihubungi Dr Musa dan dimaklumkan bahawa dia tidak dibenarkan masuk ke Malaysia dan terpaksa dihantar pulang. Bagaimanapun dia perlu dihantar ke negara lain disebabkan negaranya Libya masih bergolak.

Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana kononnya keputusan pihak Imigresen sudah muktamad. Dr Musa kononnya dihantar ke London menerusi penerbangan pada waktu malam.

3 April 2011:

Dr Musa memaklumkan bahawa dia kini di London. Dia dibantu oleh seseorang kerana dia tidak mempunyai sebarang wang. Malangnya, selepas itu dia dan 'kenalan baru'nya ditahan oleh pihak polis dan dihantar ke kem pelarian. Dr Musa merayu agar membantu membebaskannya dengan menggunakan wang miliknya dalam dua bagasi.

Saya tidak dapat membantunya lagi kerana banyak wang sudah dibelanjakan. Wang simpanan sudah habis dan banyak yang dipinjam daripada rakan-rakan. Saya cuba jalan terakhir untuk membuat pinjaman bank meskipun berisiko. Saya fikir, semuanya pasti dapat dibayar balik selepas saya mendapatkan wang semula dari bagasi Dr Musa.

17 April 2011:

Saya, George dan Richard masing-masing bersetuju berkongsi membeli cecair kimia bagi mencuci wang kertas milik Dr Musa. Bahagian saya adalah RM60,000. Saya bayar tunai kepada Richard.

18 April 2011:

Saya menunggu Richard membawa dua bagasi berkenaan manakala George dengan botol cecair kimia. Bagaimanapun Richard dikatakan ditahan oleh pihak polis dalam perjalanannya untuk berjumpa kami. Saya menghubungi George dan Siti tetapi gagal.

25 April 2011:

Saya dapat menghubungi George selepas beberapa kali dalam tempoh seminggu. Saya meminta untuk berjumpa dengannya kerana selama ini hanya bersemuka dengan Siti dan Richard. Namun George enggan dan memberi amaran agar tidak campur tangan. Jika tidak, saya akan menanggung kesannya seperti yang dialami oleh Richard. Saya berasa terancam. Saya menghubungi Siti tetapi gagal beberapa kali sejak minggu lalu.

26 April 2011:

Ditemani oleh seorang rakan baik, saya ke Pejabat Imigresen KLIA untuk mencari Siti. Namun Siti yang dicari sebenarnya tidak wujud. Saya menjelaskan tentang perkara sebenar kepada Pengarah Imigresen KLIA, Mohd Zulfikar Ahmad.

Saya dimaklumkan bahawa saya adalah mangsa penipuan bersindiket. Mohd Zulfikar menasihatkan agar saya melaporkan kejadian yang berlaku kepada pihak polis. Siapa Siti sebenarnya? Saya berasa tertipu dengan permainan Siti, Richard, Dr Musa dan George kerana sudah kehilangan RM122,400. - mStar

Ditahan kerana berbasikal dalam keadaan bogel

Posted: 11 Jun 2011 09:18 PM PDT

SANTIAGO 12 Jun - Tujuh penunggang basikal ditahan kerana berbasikal dalam keadaan bogel yang merupakan satu kempen yang dilancarkan di seluruh dunia.

Para penunggang berkenaan pada awal memakai pakaian lengkap ketika menunggang di kawasan perumahan, tetapi mula menanggal pakaian apabila sampai ke kawasan Plaza Italia sehingga sebahagian daripada mereka tidak memakai seurat benang sekalipun.

Santiago salah sebuah bandar di seluruh dunia yang menyertai kempen berbasikal dalam keadaan bogel dimulakan sejak 2004 untuk membantah kebergantungan kepada minyak dan menuntut hak sebagai penunggang basikal.

Para peserta berharap penduduk Chile sedar akan pentingnya keselamatan penunggang basikal berikutan aktiviti itu semakin popular di bandar yang paling tercemar di Amerika Latin itu. - AFP

STONE :  Ada sapa-sapa nak organize ke kempen naik basikal mcm ni sebab minyak dah mahal ni ... hahaha

Isteri tak perlu 'Kelab Jaga Suami' - Salih Yaacob

Posted: 11 Jun 2011 08:30 PM PDT

Ketaatan bukan hanya ditempat tidur: Salih

KUALA LUMPUR: "Isteri tidak memerlukan mana-mana kelab untuk menunjukkan ketaatan mereka kepada suami kerana mentaati suami adalah perintah Allah semata-mata untuk mendapat keredaan-Nya," kata pelawak dan pengacara, Salih Yaacob. Beliau yang baru kembali daripada bercuti di Beijing, selepas mengahwini isteri keempat, Samihah Sheikh Amy, 25, akhir bulan lalu, berkata isteri hanya diwajibkan untuk mentaati suami selagi suami tidak melanggar akidah, akhlak dan syariat Islam.

Malah katanya, ketaatan kepada suami juga bukan hanya di tempat tidur semata-mata kerana nikmat kasih sayang dalam perkahwinan akan dirasai jika Allah reda dengan pasangan yang melaksanakan perintah-Nya.

"Walaupun isteri adalah hak mutlak suami, haram untuk suami mengadakan hubungan kelamin jika tidak mendapat keredaan daripada isteri kerana golongan Hawa dilahirkan bukan sekadar untuk menjadi tempat golongan Adam memuaskan nafsu mereka.

"Jika ada kelab yang ditubuhkan untuk mengawal tindak tanduk isteri, dibimbangi mereka yang menyertai kelab itu akan lebih mengikut peraturan dan garis panduan ditetapkan kelab berkenaan, sekali gus meminggirkan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah," katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Kelab Taat Suami cawangan Malaysia, Fauziah Ariffin yang mengakui memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi yang juga cara terbaik memberi layanan kepada suami.
Sebelum ini Naib Presiden Kelab Taat Suami, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan isteri supaya melayan suami seperti `pelacur kelas pertama' mendapat kecaman pelbagai pihak.

Salih yang mengecam kenyataan menyamakan isteri dengan pelacur berkata penubuhan Kelab Taat Suami dan kenyataan pemimpin kelab itu akan memberi persepsi negatif terhadap golongan yang mengamalkan poligami sepertinya, sekali gus mengundang tanggapan tidak baik masyarakat.

Beliau yang pernah ditawarkan untuk menyertai Persatuan Poligami iaitu persatuan yang difahamkan ada kaitan dengan Kelab Taat Suami berkata kehidupan berpoligami bersama empat isteri bukan berlandaskan kepada nafsu semata-mata sebaliknya kerana kehendak dan keizinan Allah untuk beliau berbuat demikian.

"Saya tidak mengambil sebarang ubat-ubatan atau makanan tambahan untuk menaikkan nafsu syahwat, sebaliknya nafsu saya timbul daripada hati dan niat yang bersih kerana Allah yang membenarkan dan memberikan modal untuk saya menyampaikan nafkah zahir dan batin, barulah isteri dapat mentaati Allah dan suami dengan akidah, iman dan keyakinan," katanya.

Katanya, perkahwinan yang dibina bersama empat isteri terutama isteri yang baru dikahwininya tidak berlaku secara sengaja kerana ia bukan bermula atas dasar cinta sesama manusia tetapi kerana cinta mereka kepada Allah. - BH

Pelajar perempuan 15 dan 17 ditangkap khalwat

Posted: 11 Jun 2011 07:24 PM PDT

Sungai Kob - Dua pelajar perempuan berumur 15 dan 17 tahun di tahan di sebuah rumah bujang lelaki di Taman Mutiara kira-kira jam 12.30 pagi kelmarin.

Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Mohd Ameer Dahari berkata, PADK menerima maklumat daripada orang ramai kira-kira jam 12.15 pagi dan sampai ke tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian.

Menurutnya, ketika tiba, pintu rumah berkenaan bertutup dan PADK terpaksa menunggu beberapa minit sebelum ia dibuka.

"Setelah memperkenalkan diri, PADK kemudiannya membuat pemeriksaan dan menemui sepasangan kekasih dalam bilik manakala satu lagi di ruang tamu.

Mohd Ameer berkata, dari siasatan dijalankan, ke semua terlibat mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.

"Pelajar perempuan berusia 17 tahun itu pernah ditahan sebelum ini kerana berkelakuan sumbang bersama dua teman lelakinya di tepi tandas awam Taman Tasek Kulim kira-kira jam 1 pagi. Namun, dia dibebaskan setelah diberi kaunseling dan amaran.

"Tidak sampai tiga minggu, PADK menangkapnya semula kerana bersekedudukan. Siasatan awal mendapati remaja lelaki terbabit bekerja sebagai pembantu kantin manakala seorang lagi penganggur, " katanya.

Menurutnys, pasangan berkenaan kemudiannya di bawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan.

Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pasangan lelaki ditahan lokap di Balai Polis Kulim manakala pasangan perempuan ditahan di lokap Balai Polis Lunas.

Pelajar berusia 17 tahun itu masih mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana keluarganya kurang berkemampuan. Selain itu, dia pernah membuat laporan polis kerana mendakwa dirinya dirogol dan liwat. - SH

Video seks: Umno jangan guna politik primitif

Posted: 11 Jun 2011 08:56 AM PDT

Muhayat Jasmin @ Harakah Daily

SEBERANG PRAI, 11 Jun: Sekiranya Umno dan BN dibiarkan terus berkuasa, tidak mustahil negara akan menjadi longgokan video seks secara berleluasa setelah melihat penularan tersebut berlaku secara mendadak kebelakangan ini.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) ketika diminta mengulas mengenai isu penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui selepas sidang media di Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah, tengah hari tadi.

Menurut beliau lagi, adalah malang bagi rakyat negara ini apabila video-video seks porno muncul sebagai fitnah politik setelah melihat kemunculan beberapa pemimpin politik khususnya dari Pakatan Rakyat (PR) menggugat kedudukan pemimpin Umno dan BN.

"Budaya fitnah ini amat mengecewakan, kerana ia menggambarkan betapa jijik dan lucahnya politik Umno, sehingga mereka tidak berani untuk berdepan dengan hujah. Sebaliknya hanya berani untuk berhadapan dengan fitnah.

"Seringkalinya ia berlaku, apabila Umno melihat adanya pemimpin tertentu yang mempunyai pengaruh politik yang besar dan menggugat kedudukan mereka. Oleh kerana itu cara untuk menjatuhkannya adalah melalui fitnah video seks dan seumpamanya.

"Umno yang telah kering kontang dengan isu dan modal politik, akan mempermainkan isu seperti ini walaupun mahkamah telah membuat keputusan menggugurkan pertuduhan ini pada tahun 1995 kerana tidak mempunyai bukti," ujarnya lagi.

Tegasnya lagi, kemungkinan pada hari ini Mohamad Sabu menjadi mangsa yang ada dalam senarai pihak tersebut.

Namun begitu, katanya tidak mustahil bagi mereka yang seringkali membelakangkan tuntutan agama akan menjadikan kelucahan sebagai modal politik terdesak.

"Maka itu sekiranya Umno ingin berpolitik, gunakan politik yang sihat dan berhemah serta bertamaduan bagi meyakinkan masyarakat, dan bukannya melalui politik yang jumud, kuno serta primitif," tambahnya lagi.

Umno Selangor bagai 'tin kosong dipalu kencang'

Posted: 11 Jun 2011 07:22 AM PDT

UMNO Selangor hari ini bagaikan "tin kosong yang dipalu kencang" tetapi tiada keupayaan apabila mendepani asakan kempen KEADILAN Selangor dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

Kempen "JELAS- Tawan Malaysia!" yang sudah pun masuk fasa kedua bermula malam ini di Sepang dan perasmian esok di Tanjong Karang mempamerkan kesediaan Pakatan Rakyat, khususnya KEADILAN Selangor bertempur dalam PRU ke-13 akan datang.

UMNO Selangor ternyata masih lemah lesu dalam gerak kerja mereka kerana ketandusan pelapis kepimpinan muda berwibawa dari kalangan mereka, terutama di kalangan Ahli Dewan Negeri untuk membawa wadah perjuangan dalam era politik baru pasca 2008 di dalam dan luar Dewan Negeri.

Barisan kepimpinan UMNO warisan Khir Toyo (gambar kanan) yang masih ada di Sepang contohnya, masih selesa dengan pendekatan provokasi seperti membuang kain rentang program kerajaan negeri Pakatan Rakyat malam tadi, sudah semakin kehilangan arah, cemas dan bungkam!

KEADILAN Selangor melihat kepimpinan muda di dalam UMNO Selangor telah lama dipinggirkan dan terbiar hingga mereka kaku untuk bergerak. UMNO Selangor sebenarnya kian terkapai kelemasan memahami landskap politik baru budaya baru dan kini hanya bergantung harap pada retorik Noh Omar semata mata.

Ketidakupayaan UMNO Selangor ini makin parah ditambah lagi dengan perpecahan yang semakin melebar di dalam organisasi UMNO Selangor itu sendiri. Tidak cukup dengan kewujudan dua kem besar dalam UMNO Selangor sebelum ini, di antara Noh Omar dan Khir Toyo, perencanaan politik bekas Menteri Kerja Raya; Md Zain dan Ketua Pembangkang "yang hanya bergigi dalam dewan" Satim Diman juga tidaklah dipandang sepi oleh Noh. Kehadiran kuasa baru dalam politik UMNO Selangor yang didokong oleh mereka yang kecewa "tidak banyak bersambut tangan" di kalangan akar umbi UMNO walaupun ada sedikit ombak kecil yang dibawa. Keadaan ini membuatkan UMNO Selangor terbahagi kepada empat kumpulan yang sukar bersatu.

Masalah dan kemelut berterusan kepimpinan atasan UMNO Selangor ini juga sudah mula merebak ke peringkat Bahagian UMNO Selangor hingga kocakannya sampai di beberapa Bahagian; antaranya Sepang, Gombak, Sungai Besar, Hulu Langat, Ampang, Kota Raja, Kuala Langat dan Sabak Bernam. Rekahan kepimpinan di Sepang, Kota Raja dan Sungai Besar "sudah seperti empangan pecah" yang tidak mampu ditutup lagi. Bukan rahsia renggangnya hubungan Adun Tg Sepat dan Dengkil dengan Ahli Parlimen Sepang.

Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim (gambar kiri) benar-benar membuatkan UMNO/BN Selangor "mati kutu". Apatah lagi dengan KEADILAN Selangor dipimpin dengan baik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Azmin Ali, mematikan terus langkah UMNO Selangor. Hanya sebaran video dan bahan lucah sahaja yang termampu mereka lakukan waktu ini.

KEADILAN Selangor ingin menegaskan, UMNO Selangor usahlah bermimpi untuk mengambil alih semula pentadbiran Kerajaan Selangor ini kalau masalah dalaman UMNO Selangor yang "berkudis parah menjadi barah" masih belum dapat diselesaikan.

Mana mungkin nasib rakyat akan terbela jika UMNO Selangor masih teraba-raba mencari calon Menteri Besar yang berwibawa yang mampu membuang arang di muka UMNO? Apatah lagi berhadapan dengan Menteri Besar Pakatan Rakyat yang terkenal dengan ketelusannya.

Menteri Besar paling menonjol semasa zaman UMNO memerintah Selangor dahulupun kini sedang bergelut dengan palitan lumpur yang dicalit oleh rakan partinya sendiri.

Selagi UMNO tidak mampu keluar dari kepompong politik zaman batu, KEADILAN Selangor yakin, UMNO Selangor tiada keupayaan kembali memegang kuasa di Selangor, bahkan cengkamannya akan hilang dari Putrajaya sedikit waktu lagi.

*Kenyataan media oleh Shuhaimi Haji Shafiei (gambar kanan) selaku Ketua Penerangan KEADILAN Selangor/ADUN Sri Muda.

PIALA FA - Puluhan ribu penyokong Kelantan, termasuk TGNA di Stadium

Posted: 11 Jun 2011 06:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Puluhan ribu penyokong pasukan Kelantan dan Terengganu mula berkampung di perkarangan Stadium Nasional di Bukit Jalil sejak awal pagi ini untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA malam ini.

Kebanyakan penyokong tiba dengan kenderaan sendiri, berkumpulan dan menyertai rombongan bas yang ditaja oleh persatuan bola sepak negeri masing-masing. Suasana di perkarangan Stadium Nasional riuh-rendah dengan kedua-dua penyokong pasukan melaungkan lagu-lagu pasukan masing-masing. Rata-rata mereka tiba dengan mengenakan jersi pasukan negeri masing-masing dan ada di antara mereka yang mengenakan rambut palsu mengikut warna yang melambangkan pasukan serta tidak keberatan untuk mewarnakan wajah mereka.

Seorang penyokong Kelantan, Salmi Daud, 35, berkata beliau sampai ke Stadium Nasional sejak awal pagi tadi selepas bertolak dari Kota Bharu bersama rakan-rakan pada 12 tengah malam semalam.

"Saya bertolak awal kerana bimbang tidak akan mendapat tempat untuk letak kereta," katanya.

Salmi berkata, beliau berharap pasukan Kelantan mampu mencatat kemenangan pertama dalam Piala FA kali ini.
Sementara itu, penyokong pasukan Terengganu, Fatimah Abdullah, berkata beliau dan keluarga berada di stadium sejak 9 pagi tadi.

Fatimah, 34, berkata beliau bersama suami dan anaknya bertolak dari Kuala Terengganu pada tengah malam tadi.

"Saya berharap pasukan Terengganu mampu menjadi johan pada kali ini sebagai hadiah buat semua rakyat Terengganu," katanya.

Sementara itu, kebanjiran puluhan ribu penyokong Kelantan dan Terengganu di sekitar Stadium Nasional turut memberi rezeki kepada peniaga kecil.

Selain menjual makanan ringan, peniaga juga menjual jersi kedua-dua pasukan. - BERNAMA

TGNA isytihar Kelantan cuti Ahad

Posted: 11 Jun 2011 02:04 AM PDT

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan esok sebagai cuti umum di negeri itu.

Katanya, keputusan itu dibuat supaya anak Kelantan yang menonton perlawanan akhir Piala FA antara pasukan negeri dan Terengganu di Bukit Jalil malam ini dapat pulang dengan selesa.

"Insya-Allah pada malam ini saya akan turut serta menyaksikan perlawanan akhir Piala FA Kelantan melawan Terengganu.

"Esok diisytiharkan cuti umum di Kelantan sebagai memberikan peluang kepada anak-anak Kelantan pulang dengan selesa," kata di laman Facebook.

Beliau juga menyeru semoga penyokong perlawan malam ini dapat menjaga tatatertib sepanjang menyaksikan perlawanan. - mkini   -

Peguam Muslim: Jangan layan daftar 'Anak Malaysia'

Posted: 11 Jun 2011 01:36 AM PDT

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyokong tindakan Jabatan Pendaftaran Negara menolak permohonan mendaftarkan bangsa 'Anak Malaysia' kerana ia mengelirukan dan tidak sejajar dengan susun atur masyarakat yang sekian lama diamalkan.

Presidennya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar (kiri) berkata, permohonan sebegitu akan meminggirkan hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Setiap warga negara perlu akur dan menerima bahawa terdapat perbezaan keistimewaan di kalangan rakyat Malaysia namun ia perbezaan tersebut tidak harus menjurus ke arah penindasan atau kezaliman terhadap mana-mana kaum," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Zainul Rijal berkata, kerajaan perlu tegas menangani perkara itu kerana bangsa dan kaum ini bukan sahaja berkaitan pengenalan diri tetapi mempunyai hak dan kuatkuasa undang-undang yang berlainan.

"Pihak kerajaan tidak seharusnya melayan permohonan yang didasarkan kepada populariti dan kepentingan tertentu sahaja," katanya.

Katanya, PPMM gusar sekiranya permohonan sebegitu dibenarkan, ia akan membuka ruang yang luas kepada permohonan lain yang akhirnya akan menghakis jatidiri dan identiti masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

Zainul Rijal berharap kerajaan tidak mengulangi tindakan "terlalu banyak bertolak ansur" dalam pelbagai isu sehingga tidak selari dengan perlembagaan, seperti penggunaan istilah Bahasa Malaysia dan bukannya Bahasa Melayu.

Sementara itu, beliau juga berhujah, pembentukan bangsa bukan boleh dicipta sesuka hati tetapi ia berakar umbi dari susur galur sejarah dan peradaban sesuatu kaum itu.

"Mencipta suatu bangsa yang baru pada masa ini amatlah tidak bertepatan kerana semua bangsa di dalam dunia ini telahpun dikenalpasti dan diketahui ciri-ciri, peradaban, bahasa dan budayanya," katanya.

Beliau juga menolak usaha di kerajaan menghapuskan pengenalan etnik, kaum dan agama di dalam borang-borang rasmi ataupun maklumat rasmi kerajaan, sekiranya ada.

"Ini adalah disebabkan di Malaysia adalah amat penting mengetahui kaum dan agama seseorang bukan untuk diskriminasi tetapi hak dan pelaksanaan undang-undang," katanya.

STONE : Aku sokong PPMM. Aku setuju dengan apa yg JPN lakukan. Yang  Berkhidmat Hannah Yeoh ni saja nak jadikan isu dengan anaknya yang baru berumur 11 hari tu. Kalau yer dia memperjuangkan 1Malaysia, hapuskan dulu SRJK (C) dan (I). Jangan nak cakap banyak. Hapuskan dulu kedua-dua sekolah tersebut  baru barcakap pasal bangsa Malaysia.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PKR PAHANG WUJUDKAN KOBAT UNTUK BEKAS TENTERA

Posted: 11 Jun 2011 11:17 AM PDT


Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS dan tahniah kepada Pengerusi Keadilan Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman kerana di atas usahanya mewujudkan satu lagi biro yang setaraf dengan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal yang telah diiktiraf di peringkat Pusat di dalam Parti Keadilan Rakyat. Biro yang baru ditubuhkan di peringkat Negeri Pahang ini di namakan `KOBAT' iaitu Kor Bekas Angkatan Tentera Malaysia.

Meskipun biro yang baru diwujudkan ini dimulakan di peringkat Negeri Pahang, namun saya yakin biro ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari bekas anggota tentera atau perajurit dan dibuka juga kepada bekas-bekas anggota Polis dan keselamatan. Laman Rasmi KOBAT ini boleh anda kunjungi di sini (klik).

KOBAT bertujuan untuk membela nasib dan kebajikan bekas perajurit dengan beberapa perancangan tertentu agar segala jasa dan pengorbanan mereka dihargai sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan selepas Pilihanraya Umum nanti. Di peringkat Negeri Pahang sendiri, Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk memberikan perhatian terhadap kebajikan semua bekas perajurit ini sekiranya Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Negeri.

Sekiranya Pakatan Rakyat tidak menjadi kerajaan, suara-suara mereka dan permasalahan mereka tetap akan dibawa ke peringkat atasan samada di Dun Negeri mahupun di Parlimen. Menyedari bahawa badan atau persatuan seperti Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) sering menjadi mangsa politik kerajaan sekarang, maka KOBAT adalah alternatif bagi mereka. Kegagalan persatuan yang sedia ada untuk membela nasib bekas perajurit adalah kerana pemimpin persatuan yang terikut-ikut dengan rentak politik pemerintah.

KOBAT akan memastikan suara bekas perajurit dihormati sejajar dengan jasa dan pengorbanan mereka kepada tanahair. Justeru itu, saya menyeru kepada semua bekas perajurit samada tentera, Polis atau pasukan keselamatan yang lain menjadi ahli agar kita boleh mendapat maklumat lengkap apakah fungsi KOBAT ini dan apakah faedahnya kepada kita.

Sebarang keterangan lanjut, anda boleh mengunjung blog tersebut.

UMNO SELANGOR TIADA MODAL UNTUK MERAMPAS SELANGOR

Posted: 10 Jun 2011 11:17 PM PDT

Ezam `pembawa sumpah' dan Umi `pemilik video seks' harapan Umno Selangor?

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA satu portal atau web pro Umno yang saya suka baca, bukan kerana kandungannya betul belaka tetapi isi kandungannya banyak yang berpijak di bumi nyata. Portal Umno-reform2 di sini mengulas tentang keupayaan Umno untuk merampas Selangor, dan kesimpulannya saya dapati mereka menyimpulkan Umno sukar untuk merampas Selangor dari PR.



Umno di Selangor sekarang tiada modal lagi, isu pembangunan kini dijuarai oleh PR di bawah sikap profesionalisma MB Selangor, Tan Sri Khalid. Isu agama, Umno bukan orangnya yang sesuai dan layak untuk bercerita soal agama kerana semua mengetahui sikap Umno terhadap Islam. Apatah lagi, PAS di Selangor berjaya menangani isu agama di bawah Kerajaan PR Selangor. Isu minuman keras yang dijual di 7 Eleven berjaya ditangani dengan pebuh hikmah dan bijaksana. Arahan telah dikeluarkan tiada lagi 7 Eleven yang menjual sebarang minuman keras di kawasan atau seksyen yang majoritinya penduduk Islam.

Banyak lagi idea PAS Selangor yang diterima oleh Kerajaan Negeri. Usaha ini akan berterusan diperjuangkan oleh PAS. Kerajaan Negeri juga serius di dalam membangunkan sistem pendidikan dan berbagai kemudahan serta peruntukan telah diberi kepada para pengajar dan sekolah termasuk murid-murid. Isu kununnya Kerajaan Negeri merampas tanah, meroboh rumah atau tapak perniagaan rakyat di Selangor, ternyata tuduhan palsu. Jika ada masalah pun, MB Selangor akan turun berunding dengan mereka yang terlibat walaupun memakan masa sedikit. Nasihat saya, jangan pula yang suka mengambil kesempatan di atas kebajikan Kerajaan Negeri.

Oleh kerana tiada lagi modal puak sekutu Apco itu di Selangor, maka mereka membawa isu fitnah dengan menyebarkan video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar. Terbaru, dikatakan edaran video melibatkan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu juga dilakukan. Kadangkala kita merasakan negara kita tidak wujud pihak Polis atau mereka kurang cekap di dalam menangani isu begini. Jika sehelai `bulu' DS Anwar boleh dijumpai, agak mustahil untuk menyebut Polis gagal di dalam hal sebegini.

Benar juga kata portal pro Umno itu, jika seseorang pencuri, perompak atau perogol sudah mengaku terlibat, susah sangatkah untuk pihak Polis menangkap dan mendakwanya? Bukankah Trio Datuk T sudah mengaku?

Apa yang penting sekarang, PR di Selangor perlu lebih bekerja keras di Selangor. Mempertahan Selangor merupakan satu jihad agar Selangor tidak terlepas kepada puak yang zalim dan terbukti zalim sebelum ini. Rakyat Selangor harus melihat apa yang berlaku kepada mantan MB Selangor, Khir Toyo yang dahulunya memimpin Selangor. Adakah rakyat Selangor mahu lahirkan lagi pemimpin seperti itu?/wfauzdin.blogspot.com

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Video : 'PAS-led states should follow Penang's example'

Posted: 11 Jun 2011 02:54 PM PDT

Video : Group mulls court injunction to stop rare earth plant

Posted: 11 Jun 2011 02:53 PM PDT

Laman Pirate Bay bidas sekatan SKMM

Posted: 11 Jun 2011 02:52 PM PDT

Laman web perkongsian fail terkemuka Pirate Bay (TPB) menyuarakan perasaan tidak senangnya terhadap sekatan internet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kami sedih apabila Malaysia melampaui hak asasi manusia sekali lagi," kata wakil laman itu Winston Bay kepada Malaysiakini.

Beliau menegaskan kembali tentang penetapan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa internet merupakan sebahagian hak asasi manusia. Read More / Baca Lagi >>

Najib ‘uncivilised’ for seeking Selangor at any cost, says Azmin

Posted: 11 Jun 2011 02:50 PM PDT

Boo Su-Lyn
Azmin speaking at the launch of PKR's 'Jelajah Selangor Tawan Putrajaya' (Jelas) campaign on June 11, 2011. — Picture by Choo Choy May
TANJONG KARANG,— PKR deputy president Azmin Ali called Datuk Seri Najib Razak "uncivilised" today for urging Umno to recapture the country's wealthiest state, Selangor, with whatever "weapon was at their disposal". The prime minister said last month that Umno must forget it lost the central state to Pakatan Rakyat (PR) in 2008, but rise to win it back.
"I want to ask Najib, what does he mean 'at all cost'?" said Azmin at the launch of PKR's "Jelajah Selangor Tawan Putrajaya" (Jelas) campaign here today.
"Kill? C4 (bombs)? Rob? Snatch? Blow up? Bribe? This is a statement of an uncivilised prime minister who doesn't believe in democracy," he added.
Azmin also pointed out that PR only needed swing votes of 2.8 per cent in Sabak Bernam and 3.1 per cent in Pandan to win the parliamentary seats.
Umno's Datuk Abdul Rahman Bakri is the Sabak Bernam MP while MCA's Datuk Seri Ong Tee Keat is the Pandan MP.
Azmin said PR was ready to wrest the Tanjong Karang parliamentary seat from Selangor Umno deputy chief Datuk Seri Noh Omar in the next general election that is expected to be called within a year.
"Even though Tanjong Karang is not represented by Keadilan but PAS, we want to tell Najib that our ties in Pakatan Rakyat are strong enough," said the Gombak MP at a hall packed with some 200 PKR members.
"Our goal is one: Umno must be buried in the coming election," he added.
Noh, who is the minister of agriculture and agro-based industry, retained the Tanjong Karang constituency by defeating PAS's Mohamed Hanipa Maidin with a 3,820-vote majority.
Umno won the Sungai Burung and Permatang state seats in the Tanjong Karang constituency.
PKR also launched its election machinery in Selangor and its Wanita wing's "Jelajah Kampung" (Wajah) campaign today.
Selangor PKR Wanita chief Haniza Talha said there was poor response among women to the party's programmes during the first phase of the Jelas campaign.
"We want to find new voters, especially women... in rural areas... who do not support us because our message hasn't reached them," said Haniza.

Video : Exco Ingatkan Rakyat Jangan Terpedaya Laporan Media Kawalan Umno

Posted: 11 Jun 2011 02:46 PM PDT

Video : Bersih 2 0 Jalan Terbaik Pastikan PRU Yang Adil

Posted: 11 Jun 2011 02:44 PM PDT

Video : Dalang Video Seks Dapat Perlindungan Khas

Posted: 11 Jun 2011 02:43 PM PDT

Video : Pemimpin Yang Bagus, Di Belakangnya Ada Pegawai Yang Cekap

Posted: 11 Jun 2011 02:40 PM PDT

Video seks: Umno jangan guna politik primitif

Posted: 11 Jun 2011 02:37 PM PDT

Sekiranya Umno dan BN dibiarkan terus berkuasa, tidak mustahil negara akan menjadi longgokan video seks secara berleluasa setelah melihat penularan tersebut berlaku secara mendadak kebelakangan ini.
Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) ketika diminta mengulas mengenai isu penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui selepas sidang media di Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah, tengah hari tadi.
Menurut beliau lagi, adalah malang bagi rakyat negara ini apabila video-video seks porno muncul sebagai fitnah politik setelah melihat kemunculan beberapa pemimpin politik khususnya dari Pakatan Rakyat (PR) menggugat kedudukan pemimpin Umno dan BN.
"Budaya fitnah ini amat mengecewakan, kerana ia menggambarkan betapa jijik dan lucahnya politik Umno, sehingga mereka tidak berani untuk berdepan dengan hujah. Sebaliknya hanya berani untuk berhadapan dengan fitnah.
Read More / Baca Lagi >>

Hisham, Haris and the business linkages between the Umno families

Posted: 11 Jun 2011 06:15 AM PDT

Hisham, Haris and the business linkages between the Umno familiesYou cannot fault Hishamuddin Hussein for stating that he did not know what his brother is doing. As Home Minister, Hishamuddin is not obliged to track the going-ons of his own brother, yet it still is illogical for someone in his position to "not know" what his own brother is doing especially when it involves dealings with another government.
Haris Onn Hussein is no small time businessman. A Cambridge graduate with a Bachelor of Arts in Economics, he knows how to do business. This former accountant returned to Malaysia in 1992 and started work at DCB Sakura Merchant Bankers Berhad.
He has since moved on from being a salary earner to one who is paying out salaries. He is Managing Director of Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (Kesturi), a partnership with Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) and Ekovest Bhd. Kesturi had successfully bid for the Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) project on a build-and-operate basis over a concession period of 34 years.
Read More / Baca Lagi >>

Kazakh trip, IPPs, Khir Toyo and Rosmah's handbag to dominate Parliament

Posted: 11 Jun 2011 06:13 AM PDT

Kazakh trip, IPPs, Khir Toyo and Rosmah's handbag to dominate ParliamentPrime Minister Najib Razak's recent Kazakhstan trip, lop-sided IPP agreements and former Selangor mentri besar Khir Toyo's RM6.5 million cash renovations are likely to top the list of questions to be asked when the mid-year Parliament session starts on Monday.
The seesion will last from June 13 to June 28, and Malaysians can expect a lively debate from the Pakatan Rakyat lawmakers led by Opposition Leader Anwar Ibrahim. However, whether Prime Minister Najib Razak's government will be as forthcoming with credible answers is less likely, gauging from past records.
Nonetheless, Pakatan MPs have vowed to get to the bottom of allegations that Najib and his wife had abused public money by timing an official visit with the engagement of their youngest daughter to the son of a wealthy and powerful Kazakh official.
Read More / Baca Lagi >>

What about a ‘Responsible Husbands Club’? So What...

Posted: 11 Jun 2011 06:10 AM PDT

Women are not sex slaves to be forced into submission and there is more to a marriage than just sex.
If Global Ikwan Sdn Bhd can form the "Obedient Wives Club" (OWC) to train wives to satisfy their husbands, then why not a club to teach husbands how to be responsible?

The aim of the OWC is to "make wives obedient and submissive". But blaming the wives for the "infidelity and other weaknesses of men" is wrong. It is degrading for women and makes husbands appear insecure.
Some sections of the Malaysian community focus on the needs of men only, and ignore the well-being of women and children of society.
Why is the woman at fault when her husband misbehaves? Why should wives be "made" obedient and kept submissive? Wives are neither circus animals trained to perform tricks nor are they sex slaves to keep husbands happy.
Read More / Baca Lagi >>

Akta Kampung Baru: Pemilik masih ragu, Putrajaya jamin tidak abai mereka

Posted: 11 Jun 2011 06:06 AM PDT


KUALA LUMPUR, 11 Jun — Sementara pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru masih kelihatan ragu, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar memberi jaminan Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru yang sudah dipinda — bakal dibawa ke Parlimen bulan ini tidak akan mengabaikan kebajikan mereka.
Ketua setiausahanya Datuk Ahmad Phesal Talib berkata kebanyakan bantahan dikemukakan pemilik dan pewaris telah pun diambil kira dan ditambah baik melalui pindaan dibuat.
Pindaan baru yang telah dipersetujui Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) dikekalkan, kekebalan perbadanan dari segi perundangan dalam Seksyen 51 telah dipinda dan keanggotaan dalam perbadanan ditambah untuk menambah penyertaan wakil penduduk.
"Kita telah pinda klausa yang dibantah pemilik dan pewaris tanah setelah kita mengadakan perbincangan dengan tiga badan utama Kampung Baru sebelum buat keputusan ini.
"Rang undang-undang dulu kini sudah dipinda, yang baru ini kita akan bentangkan di Parlimen... dulu bacaan kali pertama kita hanya baca tajuk (rang undang-undang) tetapi bacaan kali kedua kita baca tajuk dan kandungan sekali," kata Ahmad Phesal kepada The Malaysian Insider selepas sesi penerangan rang undang-undang kepada pemilik dan pewaris tanah Kampung Atas A, Kampung Baru di sini.

Penduduk Kampung Baru memprotes rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru — Gambar fail
Terdapat lebih 4,000 pemilik tanah Kampung Baru melibatkan tujuh kampung dengan kawasan seluas 90.2 hektar. Selain Kampung Atas A, enam kampung lain adalah Kampung Atas B, Kampung Masjid, Kampung Hujung Pasir, Kampung Pindah, Kampung Paya dan Kampung Periok.
Hari ini merupakan hari terakhir sesi penerangan itu diadakan.
Justeru kata Ahmad Phesal, pemilik dan pewaris tanah tidak perlu bimbang akan kewujudan perbadanan kerana ia hanya membantu untuk menyelaras pembangunan di kawasan tanah milik eksklusif orang Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Menghimpit politikus terdesak menjelang PRU-13

Posted: 11 Jun 2011 05:58 AM PDT

Tanpa mengira parti politik, bagi segelintir pemain-pemain politik yang sebelum ini yang cuma tenggelam timbul, mulai kelihatan semula di dalam 'saf' paling hadapan-cuba meraih perhatian 'imam' masing-masing.
PETALING JAYA: Tatkala Presiden Umno yang juga Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun ABd Razak mengarahkan partinya itu mula mengadakan simulasi pilihan raya untuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13), maka mengelupurlah politikus-politikus politik negara ini.
Bertambah meresahkan mereka, apabila spekulasi tarikh sebenar PRU 13 yang dikatakan akan diadakan tidak lama sahaja lagi iaitu pada Julai ini semakin bertiup kencang.
Tanpa mengira parti politik, bagi segelintir pemain-pemain politik yang sebelum ini yang cuma tenggelam timbul, mulai kelihatan semula di dalam 'saf' paling hadapan-cuba meraih perhatian 'imam' masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

Wang Felda untuk aktiviti politik

Posted: 11 Jun 2011 05:56 AM PDT

"Apa guna aktiviti politik kepada peneroka Felda? Melainkan supaya peneroka menyokong dan mengundi Umno," kata presiden anak peneroka Felda.
PETALING JAYA:  Beratus juta ringgit dibelanjakan pengurusan Felda untuk pelbagai aktiviti politik Umno, dakwa Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
"Saya boleh kata perbelanjaan untuk aktiviti politik di kawasan-kawasan Felda di seluruh negara  membabitkan perbelanjaan RM200 juta.
"Aktiviti politik begini antara menjadi punca Felda selalu tidak cukup wang untuk membantu peneroka.
"Apa guna  aktiviti politik kepada peneroka Felda? Melainkan supaya peneroka menyokong dan mengundi Umno," katanya.
Kata Mazlan, sesetengah program tersebut tidak sepatutnya diadakan dan membabitkan peneroka Felda.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Hormati & Muliakan Ulamak, UMNO Perbodoh & Pergunakan Ulamak

Posted: 11 Jun 2011 05:55 AM PDT


Mahfuz : Sayap Ulama Umno Hanya Retorik

SHAH ALAM 11 JUN : Cadangan pengarang Utusan Malaysia, Zaini Hassan supaya parti pemerintah menubuhkan sayap ulama Umno bagi mengembalikan sokongan pengundi Melayu Islam yang kononnya hilang keyakinan terhadap PAS dilihat bersifat retorik semata-mata.

Naib presiden PAS, Mahfuz Omar berkata, selama ini kerajaan Umno-Barisan Nasional hanya menggunakan institusi agama untuk menghalalkan setiap tindakan mereka dan bukannya atas tujuan menjaga kebajikan rakyat.Read More / Baca Lagi >>

Rasuah balak: Taib perlu ambil cuti hingga siasatan SPRM selesai

Posted: 11 Jun 2011 05:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Jun — Penasihat DAP Lim Kit Siang menasihatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud "mengambil cuti" sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menyiasat tuduhan rasuah balak yang dikaitkan dengan pemimpin veteran itu.
Lim berkata tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap Taib disifatkan beliau sebagai "rasuah luar biasa" berhubung perkara itu.
Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengesahkan pihaknya sedang menyiasat Taib (gambar) berhubung dakwaan rasuah balak.
Beliau berkata, SPRM kini dalam proses mengumpul maklumat berhubung perkara itu.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar turut serta Bersih 2.0 pada 9 Julai

Posted: 11 Jun 2011 05:30 AM PDT

PORT DICKSON: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau akan turut serta bersama-sama rakyat dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai hadapan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur.
"Saya nak pesan tentang Bersih 9 Julai. Saya, Tuan Guru Haji Hadi dan YB Lim Kit Siang akan turut serta bersama-sama (berhimpun) menyatakan pandangan kita," kata Anwar.
Beliau membuat kenyataan itu sewaktu berucap di hadapan kira-kira 2,000 hadirin pada Ceramah Perdana di Kampung Si Rusa, Batu Empat, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bersih 2.0 yang akan berlangsung 9 Julai ini di sekitar ibu negara diadakan kerana tuntutan Bersih terdahulu yang antaranya mahukan satu reformasi pilihan raya yang adil dan pembersihan daftar pengundi masih lagi belum dipenuhi SuruhanJaya Pilihan Raya (SPR).
Read More / Baca Lagi >>

Dr M: Lihatlah PAS permainkan Islam

Posted: 11 Jun 2011 05:29 AM PDT

NONETun Dr Mahathir Mohamad meminta orang Melayu membuka mata melihat PAS "mempermainkan Islam" dengan "menggugurkan" perjuangan negara Islam kerana ingin mendapat undi bukan Islam.

"Wahai orang Melayu yang semuanya beragama Islam. Bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana PAS mempermainkan Islam. Bukan surah Al-Baqarah yang mendorong PAS menggugurkan negara Islamnya," katanya.

Menurut Dr Mahathir (kiri), Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz sendiri yang berkata, yang mendorong PAS ialah ketakutan orang bukan Islam kepada negara Islam.

"(Justeru) untuk kemenangan pilihan raya ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam PAS," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Usaha Najib nak lagakan PAS-DAP akan gagal, kata Guan Eng

Posted: 11 Jun 2011 05:27 AM PDT


KUALA LUMPUR, 11 Jun — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai "batu api" kerana cuba melaga-lagakan PAS dengan parti itu ekoran keputusan pemilihan parti Islam itu minggu lalu.
Semalam Najib berkata keputusan pemilihan PAS yang memihak kepada golongan profesional adalah kemenangan kepada DAP kerana parti itu berjaya "mempengaruhi" parti Islam itu mengubah dasar memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan.
"DAP telah berjaya dalam mengubah perjuangan PAS," kata perdana menteri .
Read More / Baca Lagi >>

Teladan: Tun M tak layak jadi contoh

Posted: 11 Jun 2011 05:26 AM PDT

KEPALA BATAS, 11 Jun: Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak layak untuk dijadikan contoh dan pemimpin teladan walaupun telah memimpin negara selama 22 tahun.
Malah beliau juga bukan saja menolak hukum Islam yang cuba dilaksanakan oleh kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan, tetapi memperlekehkan hukum Islam apabila mengugut akaan menggunakan pelbagai cara serta peruntukan bagi menghalang pelaksanaan hukum itu.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamamd Nizar Jamaluddin (gambar) berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di padang awam, Penaga, Kepala Batas malam tadi.
Katanya lagi, ini juga membuktikan Umno yang diterajui oleh Tun Mahathir ketika itu, jelas menolak hukum Islam dan sekaligus membuktikan kepimpinan mereka bukan saja memperkecilkan kemampuan undang-undang yang menjadi tuntutan syarak sepertimana yang terkandung dalam Al Quran.
Read More / Baca Lagi >>

'Lu apa kuasa ambil gua punya IC?'

Posted: 11 Jun 2011 05:26 AM PDT

Pengurus bank Hiew Kok Ming, ditahan, digari dan ditahan tiga hari di lokap ibu pejabat trafik Melaka Tengah akhir bulan lalu hanya kerana tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu.

Bagaimanapun, beliau dituduh menghalang polis daripada menjalankan tanggungjawabnya.Read More / Baca Lagi >>

Negara Berkebajikan: Umno tidak lena tidur

Posted: 11 Jun 2011 05:23 AM PDT

Najib tak faham negara berkebajikan PAS

Posted: 11 Jun 2011 05:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Jun: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perdana menteri sebenarnya tidak faham konsep 'negara berkebajikan', apabila mendakwa PAS mahu meniru BN.

Tegasnya, negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS jauh berbeza dengan apa yang didakwa oleh Umno BN bahawa mereka sudah mengamalkannya sejak sekian lama.

Malah PAS tidak pernah menganggap Umno BN mengamalkan konsep itu dengan tekanan ekonomi termasuk kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi yang terpaksa ditanggung rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Negara berkebajikan: Siapa nak tiru siapa

Posted: 11 Jun 2011 05:20 AM PDT

TASEK GELUGOR, 11 Jun: PAS tidak akan meniru Barisan Nasional (BN) melaksanakan program kebajikan pada rakyat yang di dalamnya mengandungi unsur rasuah, penyelewengan dan penipuan.
Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) ketika ditemui di majlis minum pagi di perkarangan Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Komoniti (JKKK) Sungai Dua pagi tadi sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib menyaran PAS agar tidak meniru Umno untuk mewujudkan negara berkebajikan kerana perkara itu telah dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Sebaliknya, kata Tuan Ibrahim, Negara Berkebajikan yang disarankan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar muktamar baru-baru ini mempunyai agenda tersendiri dan jauh daripada anasir buruk sepertimana yang dilakukan kerajaan pimpinan Najib.
Read More / Baca Lagi >>