MIMPI SENJA |
- Pensyarah ditipu RM122,000 oleh sindiket antarabangsa - anda mungkin mangsa seterusnya ...!!
- Ditahan kerana berbasikal dalam keadaan bogel
- Isteri tak perlu 'Kelab Jaga Suami' - Salih Yaacob
- Pelajar perempuan 15 dan 17 ditangkap khalwat
- Video seks: Umno jangan guna politik primitif
- Umno Selangor bagai 'tin kosong dipalu kencang'
- PIALA FA - Puluhan ribu penyokong Kelantan, termasuk TGNA di Stadium
- TGNA isytihar Kelantan cuti Ahad
- Peguam Muslim: Jangan layan daftar 'Anak Malaysia'
Pensyarah ditipu RM122,000 oleh sindiket antarabangsa - anda mungkin mangsa seterusnya ...!! Posted: 11 Jun 2011 10:09 PM PDT SEPERTI yang diceritakan oleh Aishah (bukan nama sebenar), 34, pensyarah dari Kuala Lumpur kepada Mingguan mStar. Mengenali warga Libya, Dr Musa, seorang duda menerusi laman sosial. Dr Musa mempunyai seorang anak perempuan. Saya hanya berhubung menerusi panggilan telefon dan emel. Wajahnya hanya dilihat berdasarkan gambar yang dikirim. Seminggu sebelum 21 Mac 2011: Dr Musa yang mula menaruh perasaan terhadap saya memberitahu untuk berhijrah ke Arab Saudi kerana pergolakan yang berlaku di Libya. Dia berhasrat untuk datang ke Kuala Lumpur menemui saya terlebih dahulu. Bagaimanapun, saya mengatakan pertemuan hanya sekadar kenalan kerana saya sudah berkahwin. 21 Mac 2011 - Malam: Saya menunggu ketibaan Dr Musa dan anaknya di KLIA. Bagaimanapun, Dr Musa tidak muncul di balai ketibaan selepas penerbangan tiba pada pukul 10.30 malam. Satu jam kemudian, saya terima panggilan daripada Siti yang mendakwa dirinya adalah Pegawai Imigresen. Katanya, Dr Musa telah ditahan kerana membawa masuk sejumlah wang yang besar tanpa diisytiharkan. Bayaran 'Permit Masuk' sebanyak RM20,000 harus dibayar bagi membebaskan Dr Musa. Saya panik. 22 Mac 2011 - Pagi: Saya masih boleh berhubung dengan Dr Musa sepanjang dia ditahan di KLIA (kononnya). Menerusi perbualan telefon, saya dapat mendengar tangisan anak Dr Musa. Sayu rasanya daripada naluri saya sebagai ibu. Saya akhirnya membayar RM10,000 menerusi pindahan wang di bank. Dr Musa dikatakan memberikan baki RM10,000 lagi kepada Siti. Saya bertanya kenapa dia tidak menggunakan wang di dalam bagasi itu untuk membebaskannya. Dr Musa memberi alasan tidak mahu Pegawai Imigresen mengetahui jumlah wang yang sebenar kerana bimbang akan diminta rasuah. Menurut Dr Musa, setiap bagasi mengandungi wang tunai berjumlah AS$5 juta. 22 Mac 2011 - Tengah hari: Siti menghubungi saya berhubung dua bagasi milik Dr Musa tidak mempunyai 'Sijil Anti Pengganas'. Katanya, sijil itu diperlukan bagi melepaskan Dr Musa dengan caj RM16,200 setiap satu. Siti memberitahu dua bagasi itu sudah diserahkan kepada George yang mendakwa dirinya sebagai pegawai di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. 23 Mac 2011: Aishah memindahkan wang RM16,200 ke dalam satu akaun atas arahan Siti. Bagasi pertama sudah boleh dituntut. Namun kata George, hanya mereka yang berkelayakan saja boleh melakukannya. Dr Musa meminta saya menghubungi saudaranya, Richard yang didakwa pernah berkhidmat di Kedutaan Libya supaya menjadi wakil. 24 Mac 2011: Bertemu dengan Richard dan Siti buat kali pertama di sebuah hotel di Serdang. Richard seperti warga Afrika manakala Siti bertubuh gempal dan berkulit sawo matang. Richard membawa saya dan Siti ke salah satu bilik di hotel bagi menunjukkan bagasi yang hendak dituntut. Di bilik hotel, saya menghubungi Dr Musa bagi mendapatkan kod kombinasi untuk membuka bagasi. Perasaan tergamam bercampur panik sebaik saja bagasi dan peti di dalamnya dibuka apabila melihat banyak wang kertas dolar Amerika Syarikat. Setiap wang kertas tertera dengan cop keselamatan. Menurut Dr Musa, penggunaan cop bagi mengelakkan ia dicuri. Selagi cop itu tidak hilang maka tidak sah untuk digunakan. Richard mengambil beberapa keping wang kertas dan mencuci di bilik air menggunakan satu cecair. Cop pada wang kertas itu hilang selepas dicuci. Bagaimanapun, terdapat masalah kerana bahan kimia untuk mencuci wang kertas itu beku dan tidak boleh digunakan. Richard akhirnya membawa balik bagasi itu bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu. Saya biarkan saja kerana tidak berani membawa pulang wang sebanyak itu ke rumah. 26 Mac 2011 - Pagi: Dr Musa menyarankan saya untuk menebus satu bagasi lagi kerana terdapat cecair kimia disertakan di dalamnya. Saya membayar RM16,200 lagi dan RM20,000 untuk permit masuk mewakili bagasi kedua. Jika tidak, saya perlu membayar AS$84,000 (kira-kira RM240,000) bagi sebotol cecair kimia bersaiz 1 liter. 26 Mac 2011 - Malam: Saya berjumpa Siti dan Richard sekali lagi di hotel yang sama. Di sebuah bilik, bagasi kedua dibuka mengandungi banyak wang kertas ASD dan satu kotak menyimpan satu botol cecair kimia. Malangnya, botol itu pecah menyebabkan cecairnya rosak. Saya menghubungi George. Katanya, akan cuba mencari jalan penyelesaian. 29 Mac 2011 - Pagi: George menghubungi saya dan memberitahu pihaknya tidak dapat membantu. Jalan terakhir adalah membeli cecair kimia berkenaan untuk mencuci wang kertas yang berjumlah AS$10 juta. Saya didesak beberapa kali supaya menyelesaikannya dengan segera. 30 Mac 2011: Siti memberitahu bahawa pihaknya sedang menunggu kelulusan untuk membebaskan Dr Musa. 'Pegawai atasannya' berada di luar negara dan hanya pulang pada 1 April. Kemungkinan Dr Musa akan dibebaskan pada hari tersebut. Saya diminta menunggu. 1 April 2011 - Pagi: Dr Musa masih tidak dapat dibebaskan. Menurut Siti, ini disebabkan oleh konflik antara pegawai atasan yang berkuasa untuk membebaskan Dr Musa dengan pegawai atasan yang meluluskan pengeluaran bagasi. Saya merayu kepada Siti memintanya untuk berbincang dengan pegawai atasan. Siti, menunjukkan reaksi serba salah. 1 April 2011 - Petang: Saya dihubungi Dr Musa dan dimaklumkan bahawa dia tidak dibenarkan masuk ke Malaysia dan terpaksa dihantar pulang. Bagaimanapun dia perlu dihantar ke negara lain disebabkan negaranya Libya masih bergolak. Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana kononnya keputusan pihak Imigresen sudah muktamad. Dr Musa kononnya dihantar ke London menerusi penerbangan pada waktu malam. 3 April 2011: Dr Musa memaklumkan bahawa dia kini di London. Dia dibantu oleh seseorang kerana dia tidak mempunyai sebarang wang. Malangnya, selepas itu dia dan 'kenalan baru'nya ditahan oleh pihak polis dan dihantar ke kem pelarian. Dr Musa merayu agar membantu membebaskannya dengan menggunakan wang miliknya dalam dua bagasi. Saya tidak dapat membantunya lagi kerana banyak wang sudah dibelanjakan. Wang simpanan sudah habis dan banyak yang dipinjam daripada rakan-rakan. Saya cuba jalan terakhir untuk membuat pinjaman bank meskipun berisiko. Saya fikir, semuanya pasti dapat dibayar balik selepas saya mendapatkan wang semula dari bagasi Dr Musa. 17 April 2011: Saya, George dan Richard masing-masing bersetuju berkongsi membeli cecair kimia bagi mencuci wang kertas milik Dr Musa. Bahagian saya adalah RM60,000. Saya bayar tunai kepada Richard. 18 April 2011: Saya menunggu Richard membawa dua bagasi berkenaan manakala George dengan botol cecair kimia. Bagaimanapun Richard dikatakan ditahan oleh pihak polis dalam perjalanannya untuk berjumpa kami. Saya menghubungi George dan Siti tetapi gagal. 25 April 2011: Saya dapat menghubungi George selepas beberapa kali dalam tempoh seminggu. Saya meminta untuk berjumpa dengannya kerana selama ini hanya bersemuka dengan Siti dan Richard. Namun George enggan dan memberi amaran agar tidak campur tangan. Jika tidak, saya akan menanggung kesannya seperti yang dialami oleh Richard. Saya berasa terancam. Saya menghubungi Siti tetapi gagal beberapa kali sejak minggu lalu. 26 April 2011: Ditemani oleh seorang rakan baik, saya ke Pejabat Imigresen KLIA untuk mencari Siti. Namun Siti yang dicari sebenarnya tidak wujud. Saya menjelaskan tentang perkara sebenar kepada Pengarah Imigresen KLIA, Mohd Zulfikar Ahmad. Saya dimaklumkan bahawa saya adalah mangsa penipuan bersindiket. Mohd Zulfikar menasihatkan agar saya melaporkan kejadian yang berlaku kepada pihak polis. Siapa Siti sebenarnya? Saya berasa tertipu dengan permainan Siti, Richard, Dr Musa dan George kerana sudah kehilangan RM122,400. - mStar |
Ditahan kerana berbasikal dalam keadaan bogel Posted: 11 Jun 2011 09:18 PM PDT Para penunggang berkenaan pada awal memakai pakaian lengkap ketika menunggang di kawasan perumahan, tetapi mula menanggal pakaian apabila sampai ke kawasan Plaza Italia sehingga sebahagian daripada mereka tidak memakai seurat benang sekalipun. Santiago salah sebuah bandar di seluruh dunia yang menyertai kempen berbasikal dalam keadaan bogel dimulakan sejak 2004 untuk membantah kebergantungan kepada minyak dan menuntut hak sebagai penunggang basikal. Para peserta berharap penduduk Chile sedar akan pentingnya keselamatan penunggang basikal berikutan aktiviti itu semakin popular di bandar yang paling tercemar di Amerika Latin itu. - AFP STONE : Ada sapa-sapa nak organize ke kempen naik basikal mcm ni sebab minyak dah mahal ni ... hahaha |
Isteri tak perlu 'Kelab Jaga Suami' - Salih Yaacob Posted: 11 Jun 2011 08:30 PM PDT Ketaatan bukan hanya ditempat tidur: Salih KUALA LUMPUR: "Isteri tidak memerlukan mana-mana kelab untuk menunjukkan ketaatan mereka kepada suami kerana mentaati suami adalah perintah Allah semata-mata untuk mendapat keredaan-Nya," kata pelawak dan pengacara, Salih Yaacob. Beliau yang baru kembali daripada bercuti di Beijing, selepas mengahwini isteri keempat, Samihah Sheikh Amy, 25, akhir bulan lalu, berkata isteri hanya diwajibkan untuk mentaati suami selagi suami tidak melanggar akidah, akhlak dan syariat Islam. Malah katanya, ketaatan kepada suami juga bukan hanya di tempat tidur semata-mata kerana nikmat kasih sayang dalam perkahwinan akan dirasai jika Allah reda dengan pasangan yang melaksanakan perintah-Nya. "Walaupun isteri adalah hak mutlak suami, haram untuk suami mengadakan hubungan kelamin jika tidak mendapat keredaan daripada isteri kerana golongan Hawa dilahirkan bukan sekadar untuk menjadi tempat golongan Adam memuaskan nafsu mereka. "Jika ada kelab yang ditubuhkan untuk mengawal tindak tanduk isteri, dibimbangi mereka yang menyertai kelab itu akan lebih mengikut peraturan dan garis panduan ditetapkan kelab berkenaan, sekali gus meminggirkan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah," katanya kepada Berita Minggu, semalam. Beliau mengulas kenyataan Presiden Kelab Taat Suami cawangan Malaysia, Fauziah Ariffin yang mengakui memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi yang juga cara terbaik memberi layanan kepada suami. Sebelum ini Naib Presiden Kelab Taat Suami, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan isteri supaya melayan suami seperti `pelacur kelas pertama' mendapat kecaman pelbagai pihak. Salih yang mengecam kenyataan menyamakan isteri dengan pelacur berkata penubuhan Kelab Taat Suami dan kenyataan pemimpin kelab itu akan memberi persepsi negatif terhadap golongan yang mengamalkan poligami sepertinya, sekali gus mengundang tanggapan tidak baik masyarakat. Beliau yang pernah ditawarkan untuk menyertai Persatuan Poligami iaitu persatuan yang difahamkan ada kaitan dengan Kelab Taat Suami berkata kehidupan berpoligami bersama empat isteri bukan berlandaskan kepada nafsu semata-mata sebaliknya kerana kehendak dan keizinan Allah untuk beliau berbuat demikian. "Saya tidak mengambil sebarang ubat-ubatan atau makanan tambahan untuk menaikkan nafsu syahwat, sebaliknya nafsu saya timbul daripada hati dan niat yang bersih kerana Allah yang membenarkan dan memberikan modal untuk saya menyampaikan nafkah zahir dan batin, barulah isteri dapat mentaati Allah dan suami dengan akidah, iman dan keyakinan," katanya. Katanya, perkahwinan yang dibina bersama empat isteri terutama isteri yang baru dikahwininya tidak berlaku secara sengaja kerana ia bukan bermula atas dasar cinta sesama manusia tetapi kerana cinta mereka kepada Allah. - BH |
Pelajar perempuan 15 dan 17 ditangkap khalwat Posted: 11 Jun 2011 07:24 PM PDT Sungai Kob - Dua pelajar perempuan berumur 15 dan 17 tahun di tahan di sebuah rumah bujang lelaki di Taman Mutiara kira-kira jam 12.30 pagi kelmarin. Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Mohd Ameer Dahari berkata, PADK menerima maklumat daripada orang ramai kira-kira jam 12.15 pagi dan sampai ke tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian. Menurutnya, ketika tiba, pintu rumah berkenaan bertutup dan PADK terpaksa menunggu beberapa minit sebelum ia dibuka. "Setelah memperkenalkan diri, PADK kemudiannya membuat pemeriksaan dan menemui sepasangan kekasih dalam bilik manakala satu lagi di ruang tamu. Mohd Ameer berkata, dari siasatan dijalankan, ke semua terlibat mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram. "Pelajar perempuan berusia 17 tahun itu pernah ditahan sebelum ini kerana berkelakuan sumbang bersama dua teman lelakinya di tepi tandas awam Taman Tasek Kulim kira-kira jam 1 pagi. Namun, dia dibebaskan setelah diberi kaunseling dan amaran. "Tidak sampai tiga minggu, PADK menangkapnya semula kerana bersekedudukan. Siasatan awal mendapati remaja lelaki terbabit bekerja sebagai pembantu kantin manakala seorang lagi penganggur, " katanya. Menurutnys, pasangan berkenaan kemudiannya di bawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan. Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Pasangan lelaki ditahan lokap di Balai Polis Kulim manakala pasangan perempuan ditahan di lokap Balai Polis Lunas. Pelajar berusia 17 tahun itu masih mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana keluarganya kurang berkemampuan. Selain itu, dia pernah membuat laporan polis kerana mendakwa dirinya dirogol dan liwat. - SH |
Video seks: Umno jangan guna politik primitif Posted: 11 Jun 2011 08:56 AM PDT Muhayat Jasmin @ Harakah Daily SEBERANG PRAI, 11 Jun: Sekiranya Umno dan BN dibiarkan terus berkuasa, tidak mustahil negara akan menjadi longgokan video seks secara berleluasa setelah melihat penularan tersebut berlaku secara mendadak kebelakangan ini. Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) ketika diminta mengulas mengenai isu penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui selepas sidang media di Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah, tengah hari tadi. Menurut beliau lagi, adalah malang bagi rakyat negara ini apabila video-video seks porno muncul sebagai fitnah politik setelah melihat kemunculan beberapa pemimpin politik khususnya dari Pakatan Rakyat (PR) menggugat kedudukan pemimpin Umno dan BN. "Budaya fitnah ini amat mengecewakan, kerana ia menggambarkan betapa jijik dan lucahnya politik Umno, sehingga mereka tidak berani untuk berdepan dengan hujah. Sebaliknya hanya berani untuk berhadapan dengan fitnah. "Seringkalinya ia berlaku, apabila Umno melihat adanya pemimpin tertentu yang mempunyai pengaruh politik yang besar dan menggugat kedudukan mereka. Oleh kerana itu cara untuk menjatuhkannya adalah melalui fitnah video seks dan seumpamanya. "Umno yang telah kering kontang dengan isu dan modal politik, akan mempermainkan isu seperti ini walaupun mahkamah telah membuat keputusan menggugurkan pertuduhan ini pada tahun 1995 kerana tidak mempunyai bukti," ujarnya lagi. Tegasnya lagi, kemungkinan pada hari ini Mohamad Sabu menjadi mangsa yang ada dalam senarai pihak tersebut. Namun begitu, katanya tidak mustahil bagi mereka yang seringkali membelakangkan tuntutan agama akan menjadikan kelucahan sebagai modal politik terdesak. "Maka itu sekiranya Umno ingin berpolitik, gunakan politik yang sihat dan berhemah serta bertamaduan bagi meyakinkan masyarakat, dan bukannya melalui politik yang jumud, kuno serta primitif," tambahnya lagi. |
Umno Selangor bagai 'tin kosong dipalu kencang' Posted: 11 Jun 2011 07:22 AM PDT UMNO Selangor hari ini bagaikan "tin kosong yang dipalu kencang" tetapi tiada keupayaan apabila mendepani asakan kempen KEADILAN Selangor dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Kempen "JELAS- Tawan Malaysia!" yang sudah pun masuk fasa kedua bermula malam ini di Sepang dan perasmian esok di Tanjong Karang mempamerkan kesediaan Pakatan Rakyat, khususnya KEADILAN Selangor bertempur dalam PRU ke-13 akan datang. UMNO Selangor ternyata masih lemah lesu dalam gerak kerja mereka kerana ketandusan pelapis kepimpinan muda berwibawa dari kalangan mereka, terutama di kalangan Ahli Dewan Negeri untuk membawa wadah perjuangan dalam era politik baru pasca 2008 di dalam dan luar Dewan Negeri. Barisan kepimpinan UMNO warisan Khir Toyo (gambar kanan) yang masih ada di Sepang contohnya, masih selesa dengan pendekatan provokasi seperti membuang kain rentang program kerajaan negeri Pakatan Rakyat malam tadi, sudah semakin kehilangan arah, cemas dan bungkam! KEADILAN Selangor melihat kepimpinan muda di dalam UMNO Selangor telah lama dipinggirkan dan terbiar hingga mereka kaku untuk bergerak. UMNO Selangor sebenarnya kian terkapai kelemasan memahami landskap politik baru budaya baru dan kini hanya bergantung harap pada retorik Noh Omar semata mata. Ketidakupayaan UMNO Selangor ini makin parah ditambah lagi dengan perpecahan yang semakin melebar di dalam organisasi UMNO Selangor itu sendiri. Tidak cukup dengan kewujudan dua kem besar dalam UMNO Selangor sebelum ini, di antara Noh Omar dan Khir Toyo, perencanaan politik bekas Menteri Kerja Raya; Md Zain dan Ketua Pembangkang "yang hanya bergigi dalam dewan" Satim Diman juga tidaklah dipandang sepi oleh Noh. Kehadiran kuasa baru dalam politik UMNO Selangor yang didokong oleh mereka yang kecewa "tidak banyak bersambut tangan" di kalangan akar umbi UMNO walaupun ada sedikit ombak kecil yang dibawa. Keadaan ini membuatkan UMNO Selangor terbahagi kepada empat kumpulan yang sukar bersatu. Masalah dan kemelut berterusan kepimpinan atasan UMNO Selangor ini juga sudah mula merebak ke peringkat Bahagian UMNO Selangor hingga kocakannya sampai di beberapa Bahagian; antaranya Sepang, Gombak, Sungai Besar, Hulu Langat, Ampang, Kota Raja, Kuala Langat dan Sabak Bernam. Rekahan kepimpinan di Sepang, Kota Raja dan Sungai Besar "sudah seperti empangan pecah" yang tidak mampu ditutup lagi. Bukan rahsia renggangnya hubungan Adun Tg Sepat dan Dengkil dengan Ahli Parlimen Sepang. Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim (gambar kiri) benar-benar membuatkan UMNO/BN Selangor "mati kutu". Apatah lagi dengan KEADILAN Selangor dipimpin dengan baik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Azmin Ali, mematikan terus langkah UMNO Selangor. Hanya sebaran video dan bahan lucah sahaja yang termampu mereka lakukan waktu ini. KEADILAN Selangor ingin menegaskan, UMNO Selangor usahlah bermimpi untuk mengambil alih semula pentadbiran Kerajaan Selangor ini kalau masalah dalaman UMNO Selangor yang "berkudis parah menjadi barah" masih belum dapat diselesaikan. Mana mungkin nasib rakyat akan terbela jika UMNO Selangor masih teraba-raba mencari calon Menteri Besar yang berwibawa yang mampu membuang arang di muka UMNO? Apatah lagi berhadapan dengan Menteri Besar Pakatan Rakyat yang terkenal dengan ketelusannya. Menteri Besar paling menonjol semasa zaman UMNO memerintah Selangor dahulupun kini sedang bergelut dengan palitan lumpur yang dicalit oleh rakan partinya sendiri. Selagi UMNO tidak mampu keluar dari kepompong politik zaman batu, KEADILAN Selangor yakin, UMNO Selangor tiada keupayaan kembali memegang kuasa di Selangor, bahkan cengkamannya akan hilang dari Putrajaya sedikit waktu lagi. *Kenyataan media oleh Shuhaimi Haji Shafiei (gambar kanan) selaku Ketua Penerangan KEADILAN Selangor/ADUN Sri Muda. |
PIALA FA - Puluhan ribu penyokong Kelantan, termasuk TGNA di Stadium Posted: 11 Jun 2011 06:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Puluhan ribu penyokong pasukan Kelantan dan Terengganu mula berkampung di perkarangan Stadium Nasional di Bukit Jalil sejak awal pagi ini untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA malam ini. Kebanyakan penyokong tiba dengan kenderaan sendiri, berkumpulan dan menyertai rombongan bas yang ditaja oleh persatuan bola sepak negeri masing-masing. Suasana di perkarangan Stadium Nasional riuh-rendah dengan kedua-dua penyokong pasukan melaungkan lagu-lagu pasukan masing-masing. Rata-rata mereka tiba dengan mengenakan jersi pasukan negeri masing-masing dan ada di antara mereka yang mengenakan rambut palsu mengikut warna yang melambangkan pasukan serta tidak keberatan untuk mewarnakan wajah mereka. Seorang penyokong Kelantan, Salmi Daud, 35, berkata beliau sampai ke Stadium Nasional sejak awal pagi tadi selepas bertolak dari Kota Bharu bersama rakan-rakan pada 12 tengah malam semalam. "Saya bertolak awal kerana bimbang tidak akan mendapat tempat untuk letak kereta," katanya. Salmi berkata, beliau berharap pasukan Kelantan mampu mencatat kemenangan pertama dalam Piala FA kali ini. Sementara itu, penyokong pasukan Terengganu, Fatimah Abdullah, berkata beliau dan keluarga berada di stadium sejak 9 pagi tadi. Fatimah, 34, berkata beliau bersama suami dan anaknya bertolak dari Kuala Terengganu pada tengah malam tadi. "Saya berharap pasukan Terengganu mampu menjadi johan pada kali ini sebagai hadiah buat semua rakyat Terengganu," katanya. Sementara itu, kebanjiran puluhan ribu penyokong Kelantan dan Terengganu di sekitar Stadium Nasional turut memberi rezeki kepada peniaga kecil. Selain menjual makanan ringan, peniaga juga menjual jersi kedua-dua pasukan. - BERNAMA |
TGNA isytihar Kelantan cuti Ahad Posted: 11 Jun 2011 02:04 AM PDT Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan esok sebagai cuti umum di negeri itu. Katanya, keputusan itu dibuat supaya anak Kelantan yang menonton perlawanan akhir Piala FA antara pasukan negeri dan Terengganu di Bukit Jalil malam ini dapat pulang dengan selesa. "Insya-Allah pada malam ini saya akan turut serta menyaksikan perlawanan akhir Piala FA Kelantan melawan Terengganu. "Esok diisytiharkan cuti umum di Kelantan sebagai memberikan peluang kepada anak-anak Kelantan pulang dengan selesa," kata di laman Facebook. Beliau juga menyeru semoga penyokong perlawan malam ini dapat menjaga tatatertib sepanjang menyaksikan perlawanan. - mkini - |
Peguam Muslim: Jangan layan daftar 'Anak Malaysia' Posted: 11 Jun 2011 01:36 AM PDT Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyokong tindakan Jabatan Pendaftaran Negara menolak permohonan mendaftarkan bangsa 'Anak Malaysia' kerana ia mengelirukan dan tidak sejajar dengan susun atur masyarakat yang sekian lama diamalkan. Presidennya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar (kiri) berkata, permohonan sebegitu akan meminggirkan hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. "Setiap warga negara perlu akur dan menerima bahawa terdapat perbezaan keistimewaan di kalangan rakyat Malaysia namun ia perbezaan tersebut tidak harus menjurus ke arah penindasan atau kezaliman terhadap mana-mana kaum," katanya. Dalam satu kenyataan hari ini, Zainul Rijal berkata, kerajaan perlu tegas menangani perkara itu kerana bangsa dan kaum ini bukan sahaja berkaitan pengenalan diri tetapi mempunyai hak dan kuatkuasa undang-undang yang berlainan. "Pihak kerajaan tidak seharusnya melayan permohonan yang didasarkan kepada populariti dan kepentingan tertentu sahaja," katanya. Katanya, PPMM gusar sekiranya permohonan sebegitu dibenarkan, ia akan membuka ruang yang luas kepada permohonan lain yang akhirnya akan menghakis jatidiri dan identiti masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia. Zainul Rijal berharap kerajaan tidak mengulangi tindakan "terlalu banyak bertolak ansur" dalam pelbagai isu sehingga tidak selari dengan perlembagaan, seperti penggunaan istilah Bahasa Malaysia dan bukannya Bahasa Melayu. Sementara itu, beliau juga berhujah, pembentukan bangsa bukan boleh dicipta sesuka hati tetapi ia berakar umbi dari susur galur sejarah dan peradaban sesuatu kaum itu. "Mencipta suatu bangsa yang baru pada masa ini amatlah tidak bertepatan kerana semua bangsa di dalam dunia ini telahpun dikenalpasti dan diketahui ciri-ciri, peradaban, bahasa dan budayanya," katanya. Beliau juga menolak usaha di kerajaan menghapuskan pengenalan etnik, kaum dan agama di dalam borang-borang rasmi ataupun maklumat rasmi kerajaan, sekiranya ada. "Ini adalah disebabkan di Malaysia adalah amat penting mengetahui kaum dan agama seseorang bukan untuk diskriminasi tetapi hak dan pelaksanaan undang-undang," katanya. STONE : Aku sokong PPMM. Aku setuju dengan apa yg JPN lakukan. Yang Berkhidmat Hannah Yeoh ni saja nak jadikan isu dengan anaknya yang baru berumur 11 hari tu. Kalau yer dia memperjuangkan 1Malaysia, hapuskan dulu SRJK (C) dan (I). Jangan nak cakap banyak. Hapuskan dulu kedua-dua sekolah tersebut baru barcakap pasal bangsa Malaysia. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan