WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
PKR PAHANG WUJUDKAN KOBAT UNTUK BEKAS TENTERA Posted: 11 Jun 2011 11:17 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS SYABAS dan tahniah kepada Pengerusi Keadilan Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman kerana di atas usahanya mewujudkan satu lagi biro yang setaraf dengan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal yang telah diiktiraf di peringkat Pusat di dalam Parti Keadilan Rakyat. Biro yang baru ditubuhkan di peringkat Negeri Pahang ini di namakan `KOBAT' iaitu Kor Bekas Angkatan Tentera Malaysia. Meskipun biro yang baru diwujudkan ini dimulakan di peringkat Negeri Pahang, namun saya yakin biro ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari bekas anggota tentera atau perajurit dan dibuka juga kepada bekas-bekas anggota Polis dan keselamatan. Laman Rasmi KOBAT ini boleh anda kunjungi di sini (klik). KOBAT bertujuan untuk membela nasib dan kebajikan bekas perajurit dengan beberapa perancangan tertentu agar segala jasa dan pengorbanan mereka dihargai sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan selepas Pilihanraya Umum nanti. Di peringkat Negeri Pahang sendiri, Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk memberikan perhatian terhadap kebajikan semua bekas perajurit ini sekiranya Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Negeri. Sekiranya Pakatan Rakyat tidak menjadi kerajaan, suara-suara mereka dan permasalahan mereka tetap akan dibawa ke peringkat atasan samada di Dun Negeri mahupun di Parlimen. Menyedari bahawa badan atau persatuan seperti Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) sering menjadi mangsa politik kerajaan sekarang, maka KOBAT adalah alternatif bagi mereka. Kegagalan persatuan yang sedia ada untuk membela nasib bekas perajurit adalah kerana pemimpin persatuan yang terikut-ikut dengan rentak politik pemerintah. KOBAT akan memastikan suara bekas perajurit dihormati sejajar dengan jasa dan pengorbanan mereka kepada tanahair. Justeru itu, saya menyeru kepada semua bekas perajurit samada tentera, Polis atau pasukan keselamatan yang lain menjadi ahli agar kita boleh mendapat maklumat lengkap apakah fungsi KOBAT ini dan apakah faedahnya kepada kita. Sebarang keterangan lanjut, anda boleh mengunjung blog tersebut. |
UMNO SELANGOR TIADA MODAL UNTUK MERAMPAS SELANGOR Posted: 10 Jun 2011 11:17 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS ADA satu portal atau web pro Umno yang saya suka baca, bukan kerana kandungannya betul belaka tetapi isi kandungannya banyak yang berpijak di bumi nyata. Portal Umno-reform2 di sini mengulas tentang keupayaan Umno untuk merampas Selangor, dan kesimpulannya saya dapati mereka menyimpulkan Umno sukar untuk merampas Selangor dari PR. Umno di Selangor sekarang tiada modal lagi, isu pembangunan kini dijuarai oleh PR di bawah sikap profesionalisma MB Selangor, Tan Sri Khalid. Isu agama, Umno bukan orangnya yang sesuai dan layak untuk bercerita soal agama kerana semua mengetahui sikap Umno terhadap Islam. Apatah lagi, PAS di Selangor berjaya menangani isu agama di bawah Kerajaan PR Selangor. Isu minuman keras yang dijual di 7 Eleven berjaya ditangani dengan pebuh hikmah dan bijaksana. Arahan telah dikeluarkan tiada lagi 7 Eleven yang menjual sebarang minuman keras di kawasan atau seksyen yang majoritinya penduduk Islam. Banyak lagi idea PAS Selangor yang diterima oleh Kerajaan Negeri. Usaha ini akan berterusan diperjuangkan oleh PAS. Kerajaan Negeri juga serius di dalam membangunkan sistem pendidikan dan berbagai kemudahan serta peruntukan telah diberi kepada para pengajar dan sekolah termasuk murid-murid. Isu kununnya Kerajaan Negeri merampas tanah, meroboh rumah atau tapak perniagaan rakyat di Selangor, ternyata tuduhan palsu. Jika ada masalah pun, MB Selangor akan turun berunding dengan mereka yang terlibat walaupun memakan masa sedikit. Nasihat saya, jangan pula yang suka mengambil kesempatan di atas kebajikan Kerajaan Negeri. Oleh kerana tiada lagi modal puak sekutu Apco itu di Selangor, maka mereka membawa isu fitnah dengan menyebarkan video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar. Terbaru, dikatakan edaran video melibatkan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu juga dilakukan. Kadangkala kita merasakan negara kita tidak wujud pihak Polis atau mereka kurang cekap di dalam menangani isu begini. Jika sehelai `bulu' DS Anwar boleh dijumpai, agak mustahil untuk menyebut Polis gagal di dalam hal sebegini. Benar juga kata portal pro Umno itu, jika seseorang pencuri, perompak atau perogol sudah mengaku terlibat, susah sangatkah untuk pihak Polis menangkap dan mendakwanya? Bukankah Trio Datuk T sudah mengaku? Apa yang penting sekarang, PR di Selangor perlu lebih bekerja keras di Selangor. Mempertahan Selangor merupakan satu jihad agar Selangor tidak terlepas kepada puak yang zalim dan terbukti zalim sebelum ini. Rakyat Selangor harus melihat apa yang berlaku kepada mantan MB Selangor, Khir Toyo yang dahulunya memimpin Selangor. Adakah rakyat Selangor mahu lahirkan lagi pemimpin seperti itu?/wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan