Ahad, 5 Jun 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Video klip separa lucah : Gambit mengamuk

Posted: 05 Jun 2011 10:12 PM PDT



Motif maki hamun masih tidak diketahui. Namun, kami syaki Gambit Saifullah mengeluarkan kata-kata yang keras terhadap komuniti blogger ekoran daripada kontroversi video klip Prema Yin tempoh hari. Daripada kenyataan Gambit di Twitter, kami percaya ramai blogger-blogger yang terasa hati dengan sikapnya yang kekwat.

Mungkin, Gambit Saifullah tidak sedar bahawa sebagai seorang selebriti, setiap kenyataannya mempunyai kapasiti yang memberikan impak kepada kerjayanya. Hasil daripada situasi ini, kami percaya Gambit akan hilang lebih ramai peminat, dan penghormatan daripada orang ramai.

Daripada konteks public relation, selagi boleh kita ingin meminimumkan krisis yang dihadapi dengan mengambil kira pelbagai kemungkinan. Berbudi bahasa tidak semestinya mengaku kalah, sebaliknya boleh membuatkan orang luar lebih menghormati kita.

Dalam kes Gambit, hasil analisis kami mendapati kata-kata berbunyi, "To all the sincere supporters, thank you. To the assholes/bloggers who have nothing else better to do, middle finger on your face bitch!" memberikan impak yang besar kepada komuniti blogger secara umumnya. Ini amat bertentangan dengan konteks public relation, Gambit telah mewujudkan krisis yang tidak disenangi, dan amat susah untuk diperbaiki.

Kenyataan keras Gambit tidak berakhir di situ, dia terus mengeluarkan kata-kata kesat terhadap blogger seperti, "Aku ckp bloggers yg cibai, yg x de kerja. Yg x tau menahu tu asal nak kena terasa? Sbb bloggers yg cibai tu hasut korang?"

Dan, banyak lagi kata-katanya yang lain di akaun twitter @GambitSaifullah, bisa menguris hati ramai peminat. Apa pula pendapat anda?

Artikel awal yang buat pengarahnya mengamuk DI SINI

"Saya dijadikan pemuas nafsu hingga melahirkan anak luar nikah di Lombok," kata Zarina

Posted: 05 Jun 2011 08:09 PM PDT

KUALA NERANG: "Saya tidak akan percaya lagi dengan lelaki Indonesia, saya menyesal kerana dijadikan pemuas nafsu hingga melahirkan anak luar nikah di Lombok," kata Zarina Abu Bakar, 30, ibu tunggal yang menderita selepas melarikan diri ke Lombok mengikut teman lelakinya dua tahun lalu.

Kepulangan Zarina di rumahnya kira-kira jam 1 pagi semalam, adalah hasil bantuan dan sumbangan penduduk setempat di Kubur Panjang, Pendang yang bersimpati dengan nasibnya sebelum sepakat mengumpul wang berjumlah RM3,000 untuk membawa balik ibu beranak empat berkenaan.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Pai, di sini, semalam, Zarina turut menasihatkan wanita tempatan supaya jangan terpedaya dengan lelaki Lombok kerana kebanyakan mereka hanya berniat untuk memperdaya serta mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita.

"Jangan berkawan dengan lelaki Lombok kerana akhirnya akan menimbulkan masalah. Pada mulanya saya percaya lelaki itu boleh dijadikan tempat bergantung hidup, tetapi rupa-rupanya anggapan itu meleset," katanya.

Menceritakan pengalaman dua tahun tinggal di Lombok, Zarina berkata, dia hidup menderita kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan, selain terpaksa makan ubi kayu empat kali seminggu kerana kesempitan hidup.

Malah, sepanjang tinggal bersama dengan lelaki itu dan hasil hubungan sulit mereka, dia melahirkan seorang anak perempuan yang kini berusia lima bulan.

Zarina berkata, dia percaya Suhelmi menggunakan pukau atau ilmu hitam kerana dia hanya mengikut saja apa yang diarahkan lelaki itu, termasuk mengikutnya ke Lombok.

Di Lombok, katanya, Suhelmi bekerja sawah dengan pendapatan Rp10,000 sehari (kira-kira RM2.50).

"Dengan pendapatan sebanyak itu memang tidak dapat menampung hidup. Malah bukan saja sering makan ubi kayu, tetapi sambutan Aidilfitri juga tidak dapat diadakan kerana kesempitan hidup," katanya.

Zarina berkata, dia pulang ke tanah air dengan menaiki pesawat dari Lombok ke Batam sebelum menaiki bot pancung hingga ke Sungai Tiram, Johor.

Sementara itu, ibunya, Maryam Kasim, 49, bersyukur dan gembira kerana Zarina selamat kembali ke pangkuan keluarga - BH

STONE : Untuk adik-adik, ibu-ibu tunggal, atau bini orang sekali pun hati-hati lah dengan Mat Indon ni. Bukan bermakna kita anti mereka, mereka boleh bebas mencari rezeki di negara kita, tapi cukup untuk mencari rezeki, bukan mencari benda lain. Kes Zarina ini bukanlah merupakan kes pertama wanita Msia lari ke Lombok malahan sebelum ini sudah banyak kita dengar dan baca melalui akhbar cerita yang sama, tapi seolaholeh kes ini berterusan.
Pesanan : Jauhi lelaki Lombok ...

Santai malam : Mati kerana Facebook

Posted: 05 Jun 2011 08:51 AM PDT

Mengimbau kembali : Perhimpunan Anti ISA 2009 (video)

Posted: 05 Jun 2011 07:55 AM PDT

Jika anda benci BN, sertai ...

Posted: 05 Jun 2011 02:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Jun: PAS meluluskan usul menggesa seluruh rakyat Malaysia menyertai Himpunan Bersih II pada 9 Julai di ibu negara dengan sasaran 300,000 peserta dari PAS sahaja.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu ketika membentangkan usul tersebut berkata, seluruh ahli PAS di semua peringkat harus menyertai himpunan tersebut kerana empat tuntutan Bersih 2007 lalu tidak dipenuhi kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya juga, usaha mendaftarkan warga asing sedang berleluasa di Selangor dan turut berlaku di negeri-negeri lain.

"Satu pun tuntutan Bersih pada 10 November 2007 tak ditunai pemerintah.

"Daftar automatik tak ditunai walaupun kes di Likas Sabah yang dibuktikan di mahkamah oleh Hakim Datuk Kamil Awang adanya kes pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata beliau yang merupakan salah seorang penggerak Bersih.

Tambah beliau juga, amat menghairankan apabila daftar pengundi di Terengganu meningkat secara mendadak sejak 1999 hingga 2004.

Perkara ini katanya mustahil berlaku tanpa bantuan SPR dan Jabatann Pendaftaran Negara (JPN).

"Kalau aktif daftar pemilih boleh naik dari 4 hingga 7 peratus sahaja tapi di Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 daftar pemilih naik 17 peratus.

"Ini tidak mampu dilakukan parti politik melainkan bantuan SPR, polis dan Jabatan Pendaftaran Negara yang lakukan kerja itu," katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai undi pos yang meragukan seperti yang berlaku dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.

"Undi pos terus kita ragu bayangkan di Tenang (PAS) hanya dapat undi pos 3 undi BN 115. Undi Senadin Pakatan mendahului lebih 1000 undi tapi bila datang undi pos calon Pakatan kalah 58 undi," katanya.

Tambahnya juga, media di Malaysia masih berada di zaman Tok Kadok (kuno) apabila hanya menyiarkan berita sebelah pihak sahaja.

"Kita lihat di muktamar, kita ditemubual, pelbagai pandangan kita beri, kamera berkelip di depan mata sampai kelabu tapi bila tengok berita tak ada (keluar).

"PRU di Singapura walaupun Singapura sama dengan Malaysia dari segi kongkongannya tapi semua pemimpin pembangkang boleh bercakap di radio dan televisyen.

"Di Malaysia media masih di zaman Tok Kadok tak ada kebebasan diberi kepada pemimpin walaupn dalam saluran kerajaan," katanya.

"Saya rasa syaitan pun respect mereka" Hanipa Maidin

Posted: 05 Jun 2011 12:47 AM PDT

Fitnah menggunakan video seks memperlihatkan bagaimana teruknya Barisan Nasional berpolitik, namun PAS seharusnya menjadikan ia satu peluang untuk menonjolkan kehebatan Islam.

AJK Pusat PAS Hanipa Maidin (gambar kanan), ketika menyokong usul "Mengutuk Fitnah Menggunakan Video" yang dibawa Dewan Ulamak, menerangkan bagaimana UMNO-BN cuba "solehkan, hiaskan video dengan sumpah", kerana sedar bahawa ia tidak akan berkesan jika sekadar menggunakan video seks.

Maka, sumpah itu dijalankan, pertama, atas nama Allah; kedua, dengan al-Quran; dan ketiga, dalam masjid, dan mungkin orang akan tertanya-tanya, "Takkanlah tak betul?"

"Kita berlawan dengan satu golongan yang mereka ini ... Saya rasa syaitan pun respect mereka." Kata-kata Hanipa Maidin ini menggelakkan perwakilan dalam dewan.

Sebelum ini, beliau menyentuh paparan Utusan Malaysia pada hari ini, dengan tajuk "Ulama Tersingkir" di muka surat depan. Hanipa mempersoalkan sejak bila Utusan dan UMNO suka ulama, "Kita dalam PAS, kita profesional ganding, kawan dengan ulama; dalam UMNO, ulama kawan dengan penyangak!"

Hanipa Maidin juga memetik ayat untuk menjelaskan rasional mengapa Islam mensyaratkan empat orang saksi dalam tuduhan berzina. "Kenapa Allah memperbanyakkan jumlah kesaksian dalam kes zina, tidak seperti gejala lain? Kerana Allah amat suka untuk kita melindungi, menyembunyikan apa saja rahsia hamba-nya, atau mahkluk."

Sebelum ini, terdapat perwakilan yang turut menyokong usul ini kerana mendapati dirinya sukar untuk menjelaskan apa itu "liwat" kepada anaknya, yang membaca liputannya melalui Utusan Malaysia.

Usul Mengutuk Fitnah Menggunakan Video yang dibawa Dewan Ulamak berbunyi:

•Menyedari bahawa fitnah adalah salah satu daripada dosa besar yang dikutuk oleh Allah SWT kerana ia melibatkan maruah dan jati diri seorang.

•Menyedari bahawa tindakan ini adalah tindakan yang tidak bermoral setelah tidak mampu berhadapan dengan hujah fakta dan data.

•Menginsafi bahawa tindakan menggunakan video dan media baru sebagai saluran untuk menyebarkan fitnah untuk kepentingan politik adalah lambang keruntuhan tamaddun sebuah negara dan bangsa.

Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011
•Mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah di dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan ini dilesenkan oleh kerajaan.

•Mengutuk sikap membisu di kalangan ulamak rasmi kerajaan yang tidak tegas mengutuk tindakan yang tidak berakhlak, seolah-olah penayangan video ini mendapat restu daripada mereka. - Merdeka Review

PAS : Kecewa - Geng Ulama mahu tubuh parti baru?

Posted: 04 Jun 2011 11:09 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Satu  blog pro ulama melaporkan terdapat usaha dari kem ulama yang mahu menubuhkan parti baru. Parti Sunnah Wal Jamaah. Mereka kecewa kerana kononnya dominasi ulama sudah pudar dalam PAS.

Apabila gua lahirkan ini di FB, terdapat seorang yang mempelawa Hizbut Tahrir kepada golongan ulama PAS yang kecewa. www.mykhilafah.com

Persoalannya, adakah Hizbut Tahrir menyediakan doktrin atau jaminan secara perlembagaan bagi kedudukan mereka (ulama) seperti 'Kepimpinan Ulama'? Jaminan itu penting kerana walau mereka pemalas, walau mereka elit, walau mereka tak pandai dalam pengurusan, walau mereka hanya jenis air liur memberi kuliah, walau mereka naive, walau mereka sering ditipu musuh, walau mereka tidak bersedia mengotorkan pakaian berlumpur bersama rakyat, tetapi kedudukan mereka tidak boleh dicabar dan kekal.

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Saf kepimpinan baru PAS mampu sumbat Umno ke Muzium Negara!

Posted: 05 Jun 2011 05:52 PM PDT

WAN NORDIN WAN YAACOB
(Analisis)

Perwakilan pada Muktamar PAS ke-57 telah melunaskan impian untuk membentuk satu pasukan yang baru dalam kepimpinan tertinggi PAS Pusat bagi sessi 2011-2013 yang dikepalai Presiden, Dato' Seri Tuan Guru Abdul HAdi Awang.

Pemilihan aktivis dan golongan profesional serta gandingan mantap ulama dalam saf kepimpinan PAS mencerminkan satu wajah baharu setelah aktivis berjaya mendominasi pucuk kepimpinan tertinggi di peringkat Timbalan dan Naib-naib Presiden.

Malah keputusan pemilihan kali ini memperlihatkan bahawa perwakilan PAS tidak mudah termakan dengan propaganda Umno melalui media mereka seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Perwakilan lantas bangkit untuk menuntut perubahan yang jelas dalam PAS dengan kepimpinan yang sentiasa merasai perjuangan dan denyutan nadi masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Walaupun Timbalan Presiden yang baru, Mohammad Sabu (Mat Sabu) akan dilabel dengan pelbagai tuduhan oleh media Umno, namun ia sebenarnya menunjukkan naiknya Mat Sabu akan membuatkan Umno 'pening kepala'.

Semasa muktamar berlangsung, terutamanya apabila ada sidang media, maka ada sahaja wartawan akhbar arus perdana yang datang dengan soalan yang jelas mahu menjerat kepimpinan PAS.

Dakwaan demi dakwaan dilontarkan, kononnya Presiden PAS 'pening kepala' dengan saf baharu yang dipilih perwakilan kononnya akibat tidak sehaluan.

Apa yang pasti, soalan demikian telah dirancang oleh kehendak 'pemilik' akhbar iaitu Umno-BN agar apa yang bakal disiarkan dalam laporan mereka akan berjaya memupuk minda masyarakat kononnya PAS menuju kepada detik mencemaskan.

Tidak kurang komen-komen kepimpinan Umno termasuk Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin; menteri-menteri yang kononnya melihat PAS meninggalkan kepimpinan Ulama.

Walhal seperti kata Presiden PAS, kepimpinan yang ada hari ini adalah saf terbaik dan kabinet yang mantap untuk berdepan Umno pada pilihan raya umum ke-13.

Barangkali telahan Dato' Mahfuz Omar ada benarnya, bahawa Umno cukup bimbang dengan keputusan pemilihan PAS kali ini yang mana bakal menunjukkan jalang penamat kepada parti nasionalis itu daripada terus menerajui pentadbiran negara.

Kebimbangan ini jelas ketara dengan akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki Umno setiap hari sebelum, semasa dan selepas pemilihan menyerang Mat Sabu.

Lebih menghairankan, Utusan Malaysia seolah-olah cukup lunak dengan Ulama, sedangkan majikan (Umno) merekalah yang mencaci, menghina golongan Ulama setiap kali pilihan raya berlangsung.

Tuan Guru Nik Aziz sering menjadi bahan hinaan mereka, malah ulama berkecuali seperti Dr Mohd Asri Zainul Abidin pernah menjadi sasaran Umno untuk dihentam.

Umno sebenarnya 'rimas' dengan ulama, namun terpaksa menggunakan jalan berpura-pura memuji ulama bagi memecahbelahkan perpaduan jitu dalam PAS.

Pada pemilihan kali ini, nyata usaha itu gagal kerana bak kata Mahfuz, PAS memiliki dinamisme baru dalam menentukan kepimpinan dengan sikap perwakilan yang jauh lebih terbuka.

Utusan dan Umno barangkali terlupa, Mat Sabu adalah antara pihak yang mengagaskan konsep "kepimpinan ulama" diketengahkan pada zaman 1980-an.

Mat Sabu adalah pemimpin veteran yang sudah 34 tahun melibatkan diri dalam PAS, yang masak dengan ujian perjuangan termasuk dihumban ke tirai besi melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Operasi Lalang bersama Mahfuz yang juga Naib
Presiden PAS.


Mat Sabu dan rakan-rakannya akan menjadi pemimpin yang turun ke bawah kerana latar belakang perjuangannya yang sentiasa bersama 'rakyat marhaen' adalah aset utamanya.

Beliau cukup terkenal untuk mengatur demonstrasi jalanan dan memiliki hubungan yang erat dengan badan bukan kerajaan (NGO).Lebih penting, pasukan yang terbentuk pada muktamar kali ini akan menggegarkan dunia politik tanahair dengan himpunan BERSIH
2.0 9 Julai ini bersama Jawatankuasa BERSIH 2.0 yang dipimpin Dato' Ambiga Sreenevasan.

Kepetahan beliau berceramah, keupayaan beliau mengatur demonstrasi jalanan, malah kebolehannya untuk menterjemahkan perjuangan Islam kepada nilai sejagat, menjelmakan Islam dalam dasar pentadbiran ditaruh harapan tinggi untuk mempercepatkan langkah PAS dalam arus perubahan ini.

Seandainya Mat Sabu berjaya menunjukkan prestasi yang terserlah dalam tempoh jawatannya, maka PAS akan berubah menjadi parti politik yang lebih terbuka dan inklusif untuk seluruh rakyat Malaysia.

Selain itu kemasukan semula Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa juga membawa satu senario yang menarik dalam saf baru kepimpinan PAS Pusat kali ini.

Husam yang tewas dalam persaingan tiga penjuru jawatan Timbalan Presiden bersama Mat Sabu dua tahun lalu di Shah Alam kembali mewarnai politik PAS dengan berada di barisan depan kepimpinan.

Dengan watak 'brilliant' yang dimilikinya, serta mempunyai iltizam yang kuat, Husam mampu menjadi tulang belakang kepada Mat Sabu dan rakan-rakan lain termasuk Salahuddin Ayub untuk menelanjangkan Umno pada pilihan raya umum ini.

Kemenangan besar Mazlan Aliman yang terkenal dengan perjuangan NGO Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) memangkin kekuatan PAS, kerana beliau cukup digentari oleh Umno.

Resepi lengkap ditambah dengan kemenangan Siti Zailah Mohd Yusof selaku Ketua Muslimat, kewarakan Ustaz Nasrudin Hassan selaku Ketua Pemuda; dan 'keulamakan' Dato' Harun Taib mampu memandu PAS ke lapang sasar yang menjanjikan agenda PAS menggantikan Umno akan tercapai.

Saf pimpinan yang dibariskan perwakilan kali ini cukup ampuh untuk PAS berdepan dengan Umno dan yang jauh lebih penting ialah untuk mengusung Umno ke Muzium Negara seperti kata Husam.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PAS PERLU BERHATI-HATI DENGAN RAJA PETRA

Posted: 05 Jun 2011 08:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

DIBERITAKAN bahawa Raja Petra Kamarudin (RPK) seorang yang penuh kontroversi dan `misteri' itu ingin menjalinkan kerjasama dengan PAS. Ini satu berita baik buat kita semua kerana semua tahu akan keberanian RPK di dalam mendedahkan beberapa isu dan skandal di dalam negara ini.

Di sebalik kita bergembira dengan perkhabaran itu, kita jangan lupa bahawa masih ada musuh yang sedang memasang berbagai strategi untuk memusnahkan kita semua. PKR khususnya DS Anwar pernah dikejutkan dengan kenyataan RPK melalui wawancara beliau di TV 3 berkaitan isu melibatkan Altantuya dan Najib. Sehingga ke hari ini ramai yang tertanya mengapa begitu mudah TV 3 dapat menemubual RPK sedangkan pihak Polis begitu lama mencari RPK atas beberapa kes tetapi tidak dapat menemuinya. Lebih lagi orang bertanya mengapa RPK juga begitu mudah mempercayai TV 3 untuk menemubualnya sedangkan satu dunia tahu perangai TV 3 terhadap Pembangkang lebih-lebih lagi DS Anwar.

Sehubungan itu, ada sebab dan munasabah jika kita peringatkan PAS agar berhati-hati jika ingin menggunakan RPK sebagai `jentera' atau `peluru' kita untuk menghadapi Umno/Bn. Memang kita mesti bersangka baik dengan sesiapa sahaja kerana itu yang Allah ajarkan kepada kita, tetapi Allah juga mengajar kita agar lebih berhati-hati dan bijaksana ketika berada di medan. Kita sekarang sedang menuju ke medan Pilihanraya Umum dan pada ketika ini kita tahu musuh kita di dalam keadaan `sakit tenat', namun kita jangan alpa barang sedikitpun. Mereka akan terus berusaha untuk `membunuh' kita, jika tidak berupaya menghancurkan kita dari luar mereka akan mengirim wakil untuk menghancurkan kita dari dalam.

Mudah-mudahan Allah pelihara jamaah kita agar musuh tidak menembusi benteng kita. Jangan terlalu ghairah melihat kelemahan musuh kita kerana mereka sanggup lakukan apa saja untuk mempertahankan Putrajaya seperti yang pernah Najib ikrarkan. /wfauzdin.blogspot.com

VIDEO - UMNO TIDAK LENA TIDOR KERANA MAT SABU, KATA NIK AZIZ

Posted: 05 Jun 2011 09:28 AM PDT

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Politik Kotor Dan Lucah Tanda BN Diambang Kiamat

Posted: 05 Jun 2011 04:02 PM PDT

Isu Semasa

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) bukanlah kambing hitam dalam isu penyebaran video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"BN adalah parti yang jelas, telus. BN akan siasat apakah sebabnya sesuatu perkara itu berlaku, itu pendekatan yang kita ambil. Kita awal-awal lagi pun sudah katakan yang ini bukan permainan kita, ia dilakukan oleh pihak tertentu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sempena program turun padangnya ke sekitar Kuala Lumpur, Ahad.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usul yang diluluskan oleh Muktamar PAS hari ini yang mendakwa BN bertanggungjawab dalam penyebaran video seks itu.

Beliau berkata PAS sebagai parti yang memperjuangkan masalah Islam, seharusnya membahaskan mengenai kebenaran berhubung siapa pelaku dalam video seks itu, sekali gus menyatakan pendirian mereka dalam isu itu.

"Parti yang kata memperjuangkan masalah Islam sudah lari dari landasan Islam, mereka membicarakan mengenai soal kepentingan politik, langsung tidak mengambil kira soal hak, tuntutan agama dan soal mencari keredhaan Allah.

"Semuanya permainan politik yang tidak menyelesaikan masalah dan tidak membantu dalam memberikan imej baik bagi parti PAS," katanya

Siapa yang bermain politik sebenarnya,jika UMNO bukan dalang disebalik pengedaran video lucah ini kenapa blog-blog pro umno dengan muka tak malunya dan dengan tanpa rasa bersalah dari segi adat ,akhlak dan hukum agama menjaja video lucah ni di blog masing-masing

Soal siapa pelaku video itu tidak timbul ,prinsip Islam kita mesti menutup aib sesama islam walaupun betul dia melakukan perkara itu ,kecuali dia melakukan ditempat terbuka.Jika dia melakukan ditempat tersembunyi ,itu masaalah dia dengan tuhan,kita dikira berdosa jika dengan sengaja mendedahkan keaiban sesama islam apatah lagi dengan niat politik kotor,

Soal kedua,jika betul nak buktikan dia bersalah,bawak bukti dimahkamah dan hanya ditunjukkan pada hakim dan pihak-pihak berkenaan bukannya dijaja pada semua rakyat.kalau betulpun itu video asli dalam hukum Islam kes-kes melibatkan zina(Jenayah hudud) mestilah mendatangkan 4 orang saksi yang adil  yang melihat dengan mata sendiri ,saksi video tidak boleh dijadikan bukti.Jika si penuduh tidak dapat membawa 4 orang saksi adil dia yang akan dikenakan hukuman kazaf(Sebat ) kerana melakukan tuduhan zina tanpa saksi.(Berapa kali nak cakap ni ,tak reti-reti lagi  puak-puak ni)

Sekarang  sudah cukup jelas UMNO dan kerajaan Malaysia adalah dalang dalam isu ni,sebab ada laporan bahawa video ini ditayangkan dikursus yang buat oleh pihak kerajaan sendiri kepada cikgu-cikgu dan ustaz-ustazah seluruh Malaysia yang mana antara penceramahnya ialah seorang pegawai tinggi polis.
Polis duduk bawah arahan siapa,lu pikirlah sendiri.

Saya yakin,dengan politik kotor dan lucah yang diamalkan sekarang,UMNO benar-benar diambang kiamat

Kata seorang ulama'
"Semakin gelabnya malam menandakan semakin dekatnya dengan cahaya fajar,semakin kuatnya islam ditekan menandakan semakin dekatnya dengan kemenangan islam"

baca lagi berita menarik disini
Cari N3 lama-lama disini

SPRM Sudah Jadi Kuda Tunggangan UMNO

Posted: 05 Jun 2011 02:33 AM PDT

Isu Semasa
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus menyiasat dakwaan beberapa pihak terhadap penulis blog, Syed Azidi Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella yang dakwa menerima wang RM350,000 dari Exco Kelantan, Datuk Husam Musa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, pihaknya sudah lama menyiasat kes itu dan akan meneruskannya hingga selesai.


"Kita akan lengkapkan siasatan," katanya pada sidang media selepas merasmikan penutupan Latihan Asas Suruhajaya Anti Rasuah Bhutan, di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Zakaria Jaafar; Pengarah MACA, Datuk Samarajoo Manikam dan Ketua Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Anti Rasuah Bhutan, Dorji Thinlay.

Semalam, akhbar melaporkan, Kickdefella mengaku menerima wang terbabit secara berperingkat pada 2009 melalui 'orang tengah'.

Beliau juga mengaku wang itu bukan dibayar untuk berkempen bagi pihak Husam merebut jawatan Naib Presiden untuk pemilihan pada Muktamar Pas kali ke-57 ini.

Katanya, RM50,000 daripada jumlah wang itu adalah berkaitan pembayaran kos tertunggak selepas kontraknya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ditamatkan pada 10 November 2009, manakala selebihnya dipercayai sebagai wang pampasan.

Antara blog yang mendedahkan bayaran diterima Kickdefella daripada Husam itu adalah Selangor Bangkit di http://medan-info-kita.blogspot.com; dan Lydia USM di http://lydiausm72.blogspot.com dan Papa Gomo di http://www.papagomo.com.

Mengenai program latihan asas dijalankan pihak MACA itu, Abu Kassim berkata, program itu adalah kursus asas pertama dianjurkan pihaknya di sini, sejak tiga minggu lalu.

"Mereka didedahkan tentang perkara asas dalam siasatan, risikan dan aktiviti berkaitan.

"Sebelum ini, kita sudah banyak jalankan kursus khas yang tajuknya ditentukan negara masing-masing antaranya Vietnam dan Fiji," katanya. 

sinarharian.com.my

kalau laporan dari blog  merapu macam Papagomo tupun dahdikira setaraf macam laporan peguam negara ,tak ada yang tak betul melainkan betul semata-mata ,nampak sangatlah SPRM betul-betul dah jadi kuda UMNO.
Adakah tidak ada kemungkinan bahawa itu hanyalah mainan politik papagomo dan kickdefeller untuk memburukkan nama Husyam

Kenapa setiap tulisan dalam blog -blog pro kerajaan sedah dikira laporan rasmi tapi tuduhan kepada pemimpin kerajaan dalam blog-blog pro pembangkang tidak disiasat ,kalaupun disiasat tuan punya blog yang akan kena siasat sebab lakukan fitnah,sedangkan jika nak berlaku adil,kedua-dua pihak perlu disiasat,orang yang kena tuduh dan blogger yang menuduh.SPRM sepatutnya bebas dari pengaruh mana-mana parti politik tapi apa yang kita lihat semakin hari SPRM dilihat semakin berat sebelah dan jika ini terus berlaku kepercayaan rakyat terhadap intergriti SPRM akan hilang.
Cari N3 lama-lama disini

KARPET KUNING

KARPET KUNING


Kepimpinan baru sebagai satu pasukan yang baru muncul untuk membantu Presiden PAS.

Posted: 05 Jun 2011 04:51 PM PDT



KUALA LUMPUR: Naib Presiden baru Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Husam Musa, semalam berkata pihaknya akan merangka satu pelan kemenangan ke arah mempersiapkan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13.


Ia adalah antara beberapa rangka merealisasikan tema muktamar PAS, 'Membangun Negara Berkebajikan', yang tamat kelmarin, lapor laman berita rasmi PAS, semalam.


Ketika ditemui sejurus selepas diumumkan menang jawatan naib presiden itu, Datuk Husam dipetik oleh laporan laman berita Harakah Daily sebagai berkata bahawa perkara tersebut akan diperincikan di peringkat semua dewan yang sesuai dengan peranan masing-masing.


'Kita akan adakan pelan kemenangan, iaitu setiap dewan akan diberikan peranan dan tugas masing-masing seperti Dewan Pemuda, yang dicadangkan agar lebih fokus kepada daftar pemilih pengundi muda secara berstrategi,' katanya di Kolej Universiti Zulkifli Muhamad, Taman Melewar, Gombak, dekat sini, baru-baru ini.


Mengulas kemenangannya pada pemilihan pemimpin PAS kali ini, beliau menganggap ia sebagai satu kemenangan yang bersifat kolektif.


'Kemenangan ini turut memperlihatkan bahawa tidak timbul isu ulama terhakis kerana dalam PAS tidak berlaku perbezaan dan kami tidak merasakan ada keganjilan. Isu ini sengaja diada-adakan pihak luar yang ada agenda,' jelasnya.


Datuk Husam, yang juga exco kanan kerajaan Negeri Kelantan, menyifatkan saf kepimpinan baru ini sebagai satu pasukan yang baru muncul untuk membantu Presiden PAS.


'Kami semua adalah satu pasukan yang mahu bersama Presiden kerana kelebihan dan kekuatan pasukan ini adalah performance atau prestasi mereka sebelum ini. Mahfuz (Omar) dari Utara, Salehudin (Ayub) dari Selatan dan saya dari Timur.


'Kami perlukan pembetulan kerana PAS mempunyai tanggung jawab yang besar dan ia satu pasukan yang boleh diterima - saya berharap kami mempunyai kesempatan berbincang di semua peringkat bagi membantu kemenangan,' katanya lagi.


Beliau turut menekankan peranan dan kemampuan media dalam memastikan pelan kemenangan itu terlaksana. --Agensi

dollah yankee

dollah yankee


Parti PAS semakin menarik

Posted: 05 Jun 2011 06:05 AM PDT

TG Hj.Hadi kata.." ini barisan kabinet pilihanraya PAS".
Gurkah-gurkah politik di'port' pula kata... barisan kepimpinan PAS yang baru di-pilih ini ada lah barisan yang mampu membawa pembaharuan untuk orang melayu yang boleh menggantikan umno, dan sudah tentu juga akan mengetuai tim Pakatan Rakyat.

Pemilihan yang telah di-buat olih para perwakilan kelmarin, telah menjadikan barisan ini adalah barisan kepimpinan yang di-inginkan bukan sahaja olih ahli-ahli PAS, tetapi juga kepada yang bukan ahli PAS macam gurkah-gurkah, tetapi malangnya keputusan pemilihan ini juga adalah merupakan satu mimpi ngeri kepada barisan kepimpinan yang dalam geng-geng yang bergelar ulamak.

Masa proses pencalunan sebelum muktamar ini, sudah dengar ada kata-kata mengatakan kepimpinan Ustaz Nasharudin ini tak berapa dinamik lagi. Ustaz Nasha juga di-katakan sudah tak sesuai jadi orang nombor 2 dalam PAS, atau senang cakap lah... ustaz Nasha ni semakin hari di-lihat semakin menjadi seorang yang lemah.

Ketika masuk ke penghujung proses pencalunan, kemaraan Mat Sabu sudah nampak cukup jelas sehinggakan ada penasihat-penasihat ustaz Nasha sudah nasihat dia agar tarik diri.

Apa yang buat gurkah-gurkah ini respek habis ialah dekat ustaz Nasha ialah bila dia menjawab kepada penasihat-penasihat dia.. "pernah tengok Kirk Douglas dalam filem Viking?.. kemuncak filem itu ialah bila Kirk Douglas ada kata... 'i am a Viking. If i want to die, i will die as a Viking'.., i menang jawatan nombor 2  dengan bertarung dalam gelanggang, jadi kalau i nak kalah, i nak kalah dalam gelangang ketika bertarung..!".

Wow!! foohhh... kat sini gurkah-gurkah semua bangun dan minum ucap selamat sebagai tanda hormat pada ustaz Nasha.

Mat Sabu pula dah buat satu sejarah dalam perjuangan politik PAS. Dia ada lah orang pertama yang bukan ulamak yang jadi orang nombor 2 dalam PAS sejak dasar PAS dengan 'ulamak sebagai ketua' di-perkenalkan sekitar 25-30 dulu. Mat Sabu yang di-kenali sebagai pemimpin yang paling lantang bersuara dengan ucapan-ucapannya yang panas berapi-api yang boleh membakar semangat orang ramai pula, telah berjaya memecahkan halangan ini yang merupakan tembok besar dalam parti PAS.

Mat Sabu pun hampir-hampir, nyaris-nyaris dan sikit saja lagi... dia nak tarik diri bila Datuk Haron Din dengan Datuk Harun Taib telah memperkudakan barua umno utusan malaysia, untuk berkempen bagi pihak ulamak untuk jawatan nombor 2 itu. Tetapi penasihat-penasihat Mat Sabu pula sudah nampak yang mood para perwakilan parti pada hari ini telah terbuka minda mereka, dan yakin yang perwakilan akan memberikan kepercayaan dan peluang kepada kumpulan bukan ulamak untuk memimpin dan membawa hala tuju parti.

Mat Sabu memang seorang yang 'champion' dalam bercakap dan berucap. Selepas dia di-pileh sebagai Timbalan Presiden, Mat Sabu dengan pantas telah mengubat kecewa hati kumpulan ulamak ini dengan berkata yang.."kita bukan macam parti umno yang telah membisukan ulamak. Dalam PAS ulamak masih lagi mengawal parti melalui Majlis Syura yang akan menjaga disiplin parti dan dasar-dasar parti."

dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' tetap ada perasaan mereka yang... silap haribulan Mat Sabu jadi PM ! 

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Masa untuk mengotakan kata-kata....

Posted: 05 Jun 2011 05:55 AM PDT

Muktamar PAS kali ke 57 baru saja berakhir petang tadi.

Dalam sejarah hidup aku, inilah muktamar yang paling havoc dan bersejarah yang pernah aku ikuti. Aku tak pernah pergi muktamar sebelum ini (kerana siapalah aku) tetapi pada masa keputusan pemilihan diumumkan semalam, aku sama2 mengikutinya secara live dengan Dato' MSY di Melewar. Rata2 perwakilan dan pemerhati tersenyum puas.

Namun itu bukanlah satu2nya kemuncak kegembiraan aku di dalam muktamar kali ini.

Ucapan dasar Tuan Guru Haji Hadi Awang pada aku adalah ucapan terbaik beliau sebagai Presiden PAS. Walaupun Agenda Negara Berkebajikan bukanlah suatu yang baru dalam PAS (Dr. Dzul pernah menulis tentang agenda ini beberapa bulan yang lalu), namun penegasan TGHA di dalam ucapan dasarnya adalah sesuatu yang amat bermakna kepada masa depan parti kita.

Lebih significant ialah penerimaan cerdik pandai yang menjadi rakan PAS di luar sana seperti Dr. Asri dan Dr. Aziz Bari mengenai agenda ini. Aku mempunyai keyakinan penuh, ramai lagi di luar sana yang akan lebih 'excited' untuk bersama-sama PAS selepas ini. Tidak dilupakan justifikasi ketepatan penegasan TGHA ini dikuatkan lagi dengan penolakan dan kecaman dari musuh PAS, Umno/Barisan Nasional dan juak-juak serta pencacai mereka seperti Ibrahim Ali, Zulbabwe dan lain2.

Satu lagi perkara yang menggembirakan aku ialah kebesaran jiwa TGHA menerima sesiapa sahaja yang dipilih oleh majoriti perwakilan sebagai pembantu2 beliau. Walaupun DS Nizar tewas, aku tetap gembira majoriti pemimpin yang aku lihat boleh buat kerja (dan rajin buat kerja) telah terpilih untuk membantu Tuan Presiden.

Teringat aku akan perbualan dengan Dato' Ir. Hj. Ghazali Omar, AJK MBI baru2 ini. Katanya dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh beliau dan dipengerusikan oleh Che Det (masa tu orang tua ni masih jadi PM), Che Det pernah cakap....

"Ni figure2 ni semua betul ke? Nanti Husam pick up dan timbulkan dalam parlimen susah kita.!"

Maknanya Che Detpun bimbang kat Husam. Apatah lagilah pencacai2 dia sekarang ni.

Dan TGHA amat bertuah kerana pemimpin sehebat Husam (yang terkenal buat homework) ada dalam barisan depan kepimpinannya untuk memastikan perjalanan ke Putrajaya berada di atas landasan yang betul.

Abang Mat Sabu juga betul apabila mengingatkan bahawa Selangor tidak mudah dipertahankan kerana tipu helah BN memang berbisa. Apa tidaknya? Semua instruments kerajaan yang telah dimandolkan seperti JPN, PDRM, tentera, SPR dan lain2 semuanya berada di dalam kocek mereka.

Justeru itu, satu aspek penting yang wajib dinilai dan diambil perhatian serius oleh Tuan Presiden selepas ini ialah siapakah yang layak untuk memenuhi kerusi atau jawatan perlantikan parti selepas ini?

Jawatan2 penting seperti Setiausaha Agong, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pesuruhjaya2 Negeri mestilah diisi oleh mereka yang benar2 layak, berkemampuan dan boleh berkerja dengan effektif bersama barisan kepimpinan PAS yang baru. Aku percaya, sebagai presiden yang berpengalaman dan mempunyai sikap konsensus, Insya'Allah beliau akan meminta pandangan kepimpinan kanan beliau iaitu Timbalan Presiden dan Naib2 Presiden parti.

Di Selangor, aku amat berharap seorang Pesuruhjaya yang lebih bersifat inklusif sikap dan pentadbirannya dipilih bagi memastikan PAS Selangor duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kepimpinan parti2 kawan yang lain di peringkat negeri dan barisan kepimpinan parti di peringkat pusat.

Ini amat penting kerana PJ sedia ada kelihatannya agak ketinggalan dan sering bertindak melawan arus kepimpinan dan ini meletakkan ahli di bawah di dalam keadaan sukar. Kita perlu kepada kepimpinan yang mempunyai visi yang jelas, yang berani menyatakan kebenaran dengan hujah yang jelas serta friendly dan konsisten.

Ini bukan masa untuk bermelankolik dengan nasib individu2 tertentu tetapi masa untuk mengkotakan kata2 dan janji. Kini, kita sudah tahun ke 3 pemerintahan. Time to deliver.

Mudah2an dengan visi kita yang jelas, pemimpin yang mampan serta ahli2 yang komited, Insya'Allah bukan sahaja Selangor dapat kita pertahankan malah Putrajaya boleh kita kuasai.

Jadi ahli Umno tak cool lah bro...hehe!!

Posted: 05 Jun 2011 05:40 AM PDT

Bukan apa. Punyalah besar parti dan berjuta ahli...nak buat pemilihan partipun takut.

Dah lah tak berani buat pemilihan...nak tukar pemimpin pun takut. Apa punya turrrr??

Orang muda...ayuhlah masuk PAS.

Nak tukar presiden boleh. Nak tukar ketua pemuda lagi lah boleh...tak perform ahli boleh tendang keluar. Tak de hal.

Jom join PAS.....!!

Berani pilih sedia berjuang

5 JUN — Ulama tidak kalah, profesional tidak menang dalam pemilihan PAS. Yang membentuk wajah PAS sekarang ialah gabungan kedua-dua kumpulan di samping mereka yang bukan ulama dan bukan profesional — guru, pegawai perkhidmatan awam, peniaga dan aktivis.

Pemisahan antara kumpulan-kumpulan itu yang wujud lebih sedekad lalu tidak lagi menjadi isu dalam PAS kerana latar belakang mereka disatukan atas kesetiaan perjuangan mereka berlandaskan perlembagaan parti.

Yang menang adalah para perwakilan yang dilihat kecewa dengan kelembapan kepimpinan PAS dalam Pakatan Rakyat yang selama ini terganggu dek pujuk rayu Umno yang kononnya mahu mewujudkan perpaduan Melayu.

Yang kalah adalah mereka yang ditolak oleh para perwakilan kerana dianggap:

•Tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh, termasuk gagal memastikan kemenangan PAS dalam semua pilihan raya kecil sepanjang 2010 dan pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini;

•Tidak mampu menggerakkan PAS dengan lebih cergas untuk sama-sama aktif dengan komponen-komponen Pakatan Rakyat; dan

•Di segi teknikal, terlalu ramai calon dari pelbagai latar belakang merebut jumlah jawatan yang terhad — 6 calon untuk 3 jawatan naib presiden dan 53 calon untuk 18 jawatan ahli jawatankuasa pusat.

Kepimpinan PAS yang baru dipilih pada muktamat parti ke-57 ini adalah lebih seimbang berbanding dengan yang sebelumnya.

Dengan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kekal sebagai presiden, sokongan daripada timbalan yang baru dipilih Mohamad Sabu akan diperkukuhkan dengan tiga naib presiden — Datuk Husam Musa yang kembali menjawat (beliau adalah naib presiden 2005—09) bersama dua penyandang Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Walau pun media massa menggambarkan kumpulan profesional kini menguasai PAS, ia lebih menjurus kepada latar belakang para pemenang dan tidak dilihat di segi komitmen mereka kepada perjuangan PAS dalam era abad ke-21.

Dalam sidang akhbar selepas perasmian muktamar, Hadi apabila ditanya wartawan, menjelaskan: "Perpecahan dalam PAS tidak berlaku…Dr Haji Abas adalah Yang Dipertua PAS, Aminudin Baki (tokoh pendidikan Malaysia) dan juga Datuk Asri Muda (bekas Presiden PAS) semuanya bukan ulama, namun PAS kukuh kerana kepimpinannya secara kolektif untuk laksanakan Islam yang luas, bukan fahaman barat yang sempit".

Semalam presiden PAS itu menambah bahawa jawatankuasa pusat parti kini diwakili oleh lapan ulamak, dua doktor, dan selebihnya jurutera serta pemimpin masyarakat.

Lagi pula, jika benar pun profesional dikatakan mendominasi parti, mereka tidak mempunyai agenda lain kecuali tekad dengan perjuangan PAS yang selaras dengan dasar-dasar bersama Pakatan Rakyat.

Pendirian itu juga telah banyak kali diulangi oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bukan sahaja komited kepada Islam tetapi juga teguh pendirian beliau dengan dasar-dasar bersama Pakatan Rakyat yang dilihatnya selaras dengan usaha Islam mebanteras gejala-gejala buruk yang dibawakan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Lebih dari itu, sayap ulama yang — kekal dipimpin oleh Datuk Harun Taib — dilihat lebih konservatif, dan walau pun mungkin ada antara mereka yang bernostalgia "perpaduan Melayu", akan memastikan usaha kepimpinan baru tidak lari dari landasan asas PAS.

Begitu juga kepimpinan sayap pemuda — kekal diterajui oleh Nasrudin Hassan — yang dilihat pro-ulama; mereka akan memastikan para pemimpin "dewasa" tidak terlampau ghairah untuk menang sehingga melupakan asas-asas perjuangan parti. Dalam masa yang sama, sayap pemuda juga mempunyai para pemimpin yang komited kepada dasar-dasar bersama Pakatan.

Sayap muslimat yang kini dipimpin oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof juga dilihat menjadi seimbang dan mahu penglibatan wanita yang lebih serius dan penting dalam parti.
Keseimbangan ini yang amat diharapkan oleh PKR dan DAP serta rakyat prihatin yang mahu melihat Umno dan BN diberi cabaran paling hebat dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini bukan soal Pas kemaruk mahu menang tetapi perlu bersama dengan rakan-rakan Pakatan untuk memulihkan pemerintahan negara yang terlalu lama dikuasai oleh Umno dan BN yang melahirkan budaya buruk seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, perkauman dan keagamaan yang sempit.

Adu domba Umno terutamanya melalui lidah rasminya Utusan Malaysia yang berkempen untuk "golongan ulama" termasuk secara terang-terang menyokong timbalan presiden yang kalah, Nasharudin Mat Isa, ternyata gagal mempengaruhi para perwakilan PAS dalam muktamar tahun ini.

Para perwakilan tidak terperangkap dengan dakyah Umno, sebaliknya tekad dengan perjuangan parti mereka walau sentiasa ditekan oleh pemerintah sejak zaman Merdeka lagi (kecuali sewaktu PAS berada dalam BN pada 1973-78).

Ucapan dasar presiden PAS juga menyusuri naluri perwakilan dan para ahli PAS yang mahu parti itu bergerak cergas setelah agak malap dirundung gangguan minda Umno sejak 2008.

Mereka menerima ketegasan ucapan Hadi yang menolak pakatan dengan Umno, yang mengulangi pendirian parti tentang negara Islam-negara berkebajikan dan yang mengingatkan semua tentang pentingnya pelaksanaan, dan bukannya cakap-cakap sahaja.

Hadi apabila yang ditanya wartawan mengenai negara Islam telah menjelaskan bahawa PAS lebih mementingkan isinya.

"Tema kita negara berkebajikan, ia sememangnya dah ada dalam Islam. Dalam al-Quran tak sebut negara Islam, dia sebut negara kebajikan, jadi kita laksanakan iaitu kita dahulukan yang ada persamaan," katanya.

Walau pun tidak diharapkan sebarang perubahan radikal dari PAS, sekurang-kurangnya rakan-rakan dalam Pakatan serta rakyat prihatin kini lebih yakin dengan komitmen PAS yang sebelum ini sentiasa dihujani kata-kata manis dan godaan Umno.

Pakatan Rakyat juga lebih selesa sekarang apabila PAS, sebagai parti yang terbesar dalam gabungan itu, akan mula menggerakkan jentera penerangan dan pilihan raya parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

The demise of Umno....

Posted: 05 Jun 2011 02:24 AM PDT

Umno's nightmares are becoming reality — Sakmongkol AK47

JUNE 5 — Umno's worse nightmares are now becoming a reality. PAS is transforming itself into a credible and viable alternative. If it links up with likeminded people from other parties and the combined forces are led by someone with stature, they will form the next government.

Will PAS implode? It will only if it has the Umno culture. What differentiates PAS from Umno is the existence of an eternal idealism. To see the application of more Islamic content in the running of the country wherever and whenever they are applicable.

The recent victory of the Erdogan faction in PAS is also a reflection that PAS has succeeded in attracting more libertarian members into the party. The change in leadership character in PAS can only be possible as a result of a change in the character of the men and women who have become PAS members. If they have enlisted into the PAS army, then Umno has lost people of this calibre from its ranks.

What will happen to Umno? Very soon, Umno members will consist of the riff-raffs and contract hungry divisional leaders and class F contractors. Umno will continue to be dominated by leaders and followers who make high pitched noises when they can't get something out of the MRT and Pudu Jail redevelopment projects.

PAS is showing it's ready to take the bull by its horns. It shines where Umno leadership falters. PAS doesn't fear leadership transformation. Umno shows it does.

Umno talks but its PAS who walks. The party is now made up of more professionals. They are trained in the secular skills but the people with the skills have spiritual credentials. Plus, they are younger and are being groomed to take over PAS leadership.

Umno reins in its young fearing backlash from powerful warlords in the party. It doesn't even have the stomach to fill in positions with elected members. Some who lost in the last elections continue to be given positions in government. For all the talk about transformation, the party has shown it's all just rhetoric.

The Umno president can only offer a meek excuse that Umno members do not want Khairy and therefore he is let out to pasture. Which members?

In the meantime, the young and restless will continue to be drawn to PAS now that more people with libertarian views are going to PAS. Those not moved by PAS will continue to shy away from Umno. Because Umno hasn't shown it's ready to jive in with young. It misleads itself into believing giggly young girls rushing to shake the hand of the PM will convert into votes that will ensure Umno stays in Putrajaya.

Who in Umno can speak to the young with credence? Let's be realistic enough. Khaiiry Jamaludin with all his imperfections and perhaps impetuousness can link up with the young. No other Umno leader can provide the emotional tie up. He is articulate and highly intelligent. His character flaws can be corrected if the Umno leadership shows more maturity and coolness in decision making. The Umno president underestimates his own influence on Umno psychology. If he decides KJ to be given a position in government, the others will follow.

Instead he follows the whispers that blow in the wind. They come from Pro Umno bloggers who may not be and are not even Umno members and whose Malayness are questionable. These people continue to berate and cast aspersions on the character on the one person capable of galvanizing the young and capturing their emotions.

Instead the Umno president relies on people like Mukhriz Mahathir whose support comes mainly from conceited MRSM alumnus who think the hell about themselves. The only semblance of intelligence that Mukhriz has is his receding hairline, fitting the conventional description of professors with balding heads. Well, you can get balding heads by placing your head consistently on a strategic location of the human anatomy of the opposite sex.

Umno talks about transformation but PAS is the party that converts that into action. Umno does not even dare hold its party elections fearing that the party will be more divided. Umno hasn't got the stomach to get rid of its old blood. If PAS doesn't break up despite having party elections, the Umno leadership will have a tough time defending why its postponing party elections.

Even Umno people will go away convinced that holding back elections is really an excuse by the Umno leadership to self-perpetuate. Hence all the cock and bull story about disunity and all that.

It's strange to get the impression that Umno can stay in power provided the ulamas dominate PAS. Since when is Umno so chummy to people of the robes? Such reversal of affection can only suggest that Umno hasn't got a soul. Or it can also suggest the plight of a person going into old age and conscious of his mortality and who now mourns for spiritual salvation.

Does ageing Umno see spiritual salvation in PAS? If it does, there's no future for people like Ibrahim Ali. — sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).