Kopitiam Bang Nan |
Masa untuk mengotakan kata-kata.... Posted: 05 Jun 2011 05:55 AM PDT Muktamar PAS kali ke 57 baru saja berakhir petang tadi. Dalam sejarah hidup aku, inilah muktamar yang paling havoc dan bersejarah yang pernah aku ikuti. Aku tak pernah pergi muktamar sebelum ini (kerana siapalah aku) tetapi pada masa keputusan pemilihan diumumkan semalam, aku sama2 mengikutinya secara live dengan Dato' MSY di Melewar. Rata2 perwakilan dan pemerhati tersenyum puas. Namun itu bukanlah satu2nya kemuncak kegembiraan aku di dalam muktamar kali ini. Ucapan dasar Tuan Guru Haji Hadi Awang pada aku adalah ucapan terbaik beliau sebagai Presiden PAS. Walaupun Agenda Negara Berkebajikan bukanlah suatu yang baru dalam PAS (Dr. Dzul pernah menulis tentang agenda ini beberapa bulan yang lalu), namun penegasan TGHA di dalam ucapan dasarnya adalah sesuatu yang amat bermakna kepada masa depan parti kita. Lebih significant ialah penerimaan cerdik pandai yang menjadi rakan PAS di luar sana seperti Dr. Asri dan Dr. Aziz Bari mengenai agenda ini. Aku mempunyai keyakinan penuh, ramai lagi di luar sana yang akan lebih 'excited' untuk bersama-sama PAS selepas ini. Tidak dilupakan justifikasi ketepatan penegasan TGHA ini dikuatkan lagi dengan penolakan dan kecaman dari musuh PAS, Umno/Barisan Nasional dan juak-juak serta pencacai mereka seperti Ibrahim Ali, Zulbabwe dan lain2. Satu lagi perkara yang menggembirakan aku ialah kebesaran jiwa TGHA menerima sesiapa sahaja yang dipilih oleh majoriti perwakilan sebagai pembantu2 beliau. Walaupun DS Nizar tewas, aku tetap gembira majoriti pemimpin yang aku lihat boleh buat kerja (dan rajin buat kerja) telah terpilih untuk membantu Tuan Presiden. Teringat aku akan perbualan dengan Dato' Ir. Hj. Ghazali Omar, AJK MBI baru2 ini. Katanya dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh beliau dan dipengerusikan oleh Che Det (masa tu orang tua ni masih jadi PM), Che Det pernah cakap.... "Ni figure2 ni semua betul ke? Nanti Husam pick up dan timbulkan dalam parlimen susah kita.!" Maknanya Che Detpun bimbang kat Husam. Apatah lagilah pencacai2 dia sekarang ni. Dan TGHA amat bertuah kerana pemimpin sehebat Husam (yang terkenal buat homework) ada dalam barisan depan kepimpinannya untuk memastikan perjalanan ke Putrajaya berada di atas landasan yang betul. Abang Mat Sabu juga betul apabila mengingatkan bahawa Selangor tidak mudah dipertahankan kerana tipu helah BN memang berbisa. Apa tidaknya? Semua instruments kerajaan yang telah dimandolkan seperti JPN, PDRM, tentera, SPR dan lain2 semuanya berada di dalam kocek mereka. Justeru itu, satu aspek penting yang wajib dinilai dan diambil perhatian serius oleh Tuan Presiden selepas ini ialah siapakah yang layak untuk memenuhi kerusi atau jawatan perlantikan parti selepas ini? Jawatan2 penting seperti Setiausaha Agong, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pesuruhjaya2 Negeri mestilah diisi oleh mereka yang benar2 layak, berkemampuan dan boleh berkerja dengan effektif bersama barisan kepimpinan PAS yang baru. Aku percaya, sebagai presiden yang berpengalaman dan mempunyai sikap konsensus, Insya'Allah beliau akan meminta pandangan kepimpinan kanan beliau iaitu Timbalan Presiden dan Naib2 Presiden parti. Di Selangor, aku amat berharap seorang Pesuruhjaya yang lebih bersifat inklusif sikap dan pentadbirannya dipilih bagi memastikan PAS Selangor duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kepimpinan parti2 kawan yang lain di peringkat negeri dan barisan kepimpinan parti di peringkat pusat. Ini amat penting kerana PJ sedia ada kelihatannya agak ketinggalan dan sering bertindak melawan arus kepimpinan dan ini meletakkan ahli di bawah di dalam keadaan sukar. Kita perlu kepada kepimpinan yang mempunyai visi yang jelas, yang berani menyatakan kebenaran dengan hujah yang jelas serta friendly dan konsisten. Ini bukan masa untuk bermelankolik dengan nasib individu2 tertentu tetapi masa untuk mengkotakan kata2 dan janji. Kini, kita sudah tahun ke 3 pemerintahan. Time to deliver. Mudah2an dengan visi kita yang jelas, pemimpin yang mampan serta ahli2 yang komited, Insya'Allah bukan sahaja Selangor dapat kita pertahankan malah Putrajaya boleh kita kuasai. |
Jadi ahli Umno tak cool lah bro...hehe!! Posted: 05 Jun 2011 05:40 AM PDT Bukan apa. Punyalah besar parti dan berjuta ahli...nak buat pemilihan partipun takut. Dah lah tak berani buat pemilihan...nak tukar pemimpin pun takut. Apa punya turrrr?? Orang muda...ayuhlah masuk PAS. Nak tukar presiden boleh. Nak tukar ketua pemuda lagi lah boleh...tak perform ahli boleh tendang keluar. Tak de hal. Jom join PAS.....!! Berani pilih sedia berjuang 5 JUN — Ulama tidak kalah, profesional tidak menang dalam pemilihan PAS. Yang membentuk wajah PAS sekarang ialah gabungan kedua-dua kumpulan di samping mereka yang bukan ulama dan bukan profesional — guru, pegawai perkhidmatan awam, peniaga dan aktivis. Pemisahan antara kumpulan-kumpulan itu yang wujud lebih sedekad lalu tidak lagi menjadi isu dalam PAS kerana latar belakang mereka disatukan atas kesetiaan perjuangan mereka berlandaskan perlembagaan parti. Yang menang adalah para perwakilan yang dilihat kecewa dengan kelembapan kepimpinan PAS dalam Pakatan Rakyat yang selama ini terganggu dek pujuk rayu Umno yang kononnya mahu mewujudkan perpaduan Melayu. Yang kalah adalah mereka yang ditolak oleh para perwakilan kerana dianggap: •Tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh, termasuk gagal memastikan kemenangan PAS dalam semua pilihan raya kecil sepanjang 2010 dan pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini; •Tidak mampu menggerakkan PAS dengan lebih cergas untuk sama-sama aktif dengan komponen-komponen Pakatan Rakyat; dan •Di segi teknikal, terlalu ramai calon dari pelbagai latar belakang merebut jumlah jawatan yang terhad — 6 calon untuk 3 jawatan naib presiden dan 53 calon untuk 18 jawatan ahli jawatankuasa pusat. Kepimpinan PAS yang baru dipilih pada muktamat parti ke-57 ini adalah lebih seimbang berbanding dengan yang sebelumnya. Dengan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kekal sebagai presiden, sokongan daripada timbalan yang baru dipilih Mohamad Sabu akan diperkukuhkan dengan tiga naib presiden — Datuk Husam Musa yang kembali menjawat (beliau adalah naib presiden 2005—09) bersama dua penyandang Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. Walau pun media massa menggambarkan kumpulan profesional kini menguasai PAS, ia lebih menjurus kepada latar belakang para pemenang dan tidak dilihat di segi komitmen mereka kepada perjuangan PAS dalam era abad ke-21. Dalam sidang akhbar selepas perasmian muktamar, Hadi apabila ditanya wartawan, menjelaskan: "Perpecahan dalam PAS tidak berlaku…Dr Haji Abas adalah Yang Dipertua PAS, Aminudin Baki (tokoh pendidikan Malaysia) dan juga Datuk Asri Muda (bekas Presiden PAS) semuanya bukan ulama, namun PAS kukuh kerana kepimpinannya secara kolektif untuk laksanakan Islam yang luas, bukan fahaman barat yang sempit". Semalam presiden PAS itu menambah bahawa jawatankuasa pusat parti kini diwakili oleh lapan ulamak, dua doktor, dan selebihnya jurutera serta pemimpin masyarakat. Lagi pula, jika benar pun profesional dikatakan mendominasi parti, mereka tidak mempunyai agenda lain kecuali tekad dengan perjuangan PAS yang selaras dengan dasar-dasar bersama Pakatan Rakyat. Pendirian itu juga telah banyak kali diulangi oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bukan sahaja komited kepada Islam tetapi juga teguh pendirian beliau dengan dasar-dasar bersama Pakatan Rakyat yang dilihatnya selaras dengan usaha Islam mebanteras gejala-gejala buruk yang dibawakan oleh Umno dan Barisan Nasional. Lebih dari itu, sayap ulama yang — kekal dipimpin oleh Datuk Harun Taib — dilihat lebih konservatif, dan walau pun mungkin ada antara mereka yang bernostalgia "perpaduan Melayu", akan memastikan usaha kepimpinan baru tidak lari dari landasan asas PAS. Begitu juga kepimpinan sayap pemuda — kekal diterajui oleh Nasrudin Hassan — yang dilihat pro-ulama; mereka akan memastikan para pemimpin "dewasa" tidak terlampau ghairah untuk menang sehingga melupakan asas-asas perjuangan parti. Dalam masa yang sama, sayap pemuda juga mempunyai para pemimpin yang komited kepada dasar-dasar bersama Pakatan. Sayap muslimat yang kini dipimpin oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof juga dilihat menjadi seimbang dan mahu penglibatan wanita yang lebih serius dan penting dalam parti. Keseimbangan ini yang amat diharapkan oleh PKR dan DAP serta rakyat prihatin yang mahu melihat Umno dan BN diberi cabaran paling hebat dalam pilihan raya umum akan datang. Ini bukan soal Pas kemaruk mahu menang tetapi perlu bersama dengan rakan-rakan Pakatan untuk memulihkan pemerintahan negara yang terlalu lama dikuasai oleh Umno dan BN yang melahirkan budaya buruk seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, perkauman dan keagamaan yang sempit. Adu domba Umno terutamanya melalui lidah rasminya Utusan Malaysia yang berkempen untuk "golongan ulama" termasuk secara terang-terang menyokong timbalan presiden yang kalah, Nasharudin Mat Isa, ternyata gagal mempengaruhi para perwakilan PAS dalam muktamar tahun ini. Para perwakilan tidak terperangkap dengan dakyah Umno, sebaliknya tekad dengan perjuangan parti mereka walau sentiasa ditekan oleh pemerintah sejak zaman Merdeka lagi (kecuali sewaktu PAS berada dalam BN pada 1973-78). Ucapan dasar presiden PAS juga menyusuri naluri perwakilan dan para ahli PAS yang mahu parti itu bergerak cergas setelah agak malap dirundung gangguan minda Umno sejak 2008. Mereka menerima ketegasan ucapan Hadi yang menolak pakatan dengan Umno, yang mengulangi pendirian parti tentang negara Islam-negara berkebajikan dan yang mengingatkan semua tentang pentingnya pelaksanaan, dan bukannya cakap-cakap sahaja. Hadi apabila yang ditanya wartawan mengenai negara Islam telah menjelaskan bahawa PAS lebih mementingkan isinya. "Tema kita negara berkebajikan, ia sememangnya dah ada dalam Islam. Dalam al-Quran tak sebut negara Islam, dia sebut negara kebajikan, jadi kita laksanakan iaitu kita dahulukan yang ada persamaan," katanya. Walau pun tidak diharapkan sebarang perubahan radikal dari PAS, sekurang-kurangnya rakan-rakan dalam Pakatan serta rakyat prihatin kini lebih yakin dengan komitmen PAS yang sebelum ini sentiasa dihujani kata-kata manis dan godaan Umno. Pakatan Rakyat juga lebih selesa sekarang apabila PAS, sebagai parti yang terbesar dalam gabungan itu, akan mula menggerakkan jentera penerangan dan pilihan raya parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang. * The views expressed here are the personal opinion of the columnist. |
Posted: 05 Jun 2011 02:24 AM PDT Umno's nightmares are becoming reality — Sakmongkol AK47 JUNE 5 — Umno's worse nightmares are now becoming a reality. PAS is transforming itself into a credible and viable alternative. If it links up with likeminded people from other parties and the combined forces are led by someone with stature, they will form the next government. Will PAS implode? It will only if it has the Umno culture. What differentiates PAS from Umno is the existence of an eternal idealism. To see the application of more Islamic content in the running of the country wherever and whenever they are applicable. The recent victory of the Erdogan faction in PAS is also a reflection that PAS has succeeded in attracting more libertarian members into the party. The change in leadership character in PAS can only be possible as a result of a change in the character of the men and women who have become PAS members. If they have enlisted into the PAS army, then Umno has lost people of this calibre from its ranks. What will happen to Umno? Very soon, Umno members will consist of the riff-raffs and contract hungry divisional leaders and class F contractors. Umno will continue to be dominated by leaders and followers who make high pitched noises when they can't get something out of the MRT and Pudu Jail redevelopment projects. PAS is showing it's ready to take the bull by its horns. It shines where Umno leadership falters. PAS doesn't fear leadership transformation. Umno shows it does. Umno talks but its PAS who walks. The party is now made up of more professionals. They are trained in the secular skills but the people with the skills have spiritual credentials. Plus, they are younger and are being groomed to take over PAS leadership. Umno reins in its young fearing backlash from powerful warlords in the party. It doesn't even have the stomach to fill in positions with elected members. Some who lost in the last elections continue to be given positions in government. For all the talk about transformation, the party has shown it's all just rhetoric. The Umno president can only offer a meek excuse that Umno members do not want Khairy and therefore he is let out to pasture. Which members? In the meantime, the young and restless will continue to be drawn to PAS now that more people with libertarian views are going to PAS. Those not moved by PAS will continue to shy away from Umno. Because Umno hasn't shown it's ready to jive in with young. It misleads itself into believing giggly young girls rushing to shake the hand of the PM will convert into votes that will ensure Umno stays in Putrajaya. Who in Umno can speak to the young with credence? Let's be realistic enough. Khaiiry Jamaludin with all his imperfections and perhaps impetuousness can link up with the young. No other Umno leader can provide the emotional tie up. He is articulate and highly intelligent. His character flaws can be corrected if the Umno leadership shows more maturity and coolness in decision making. The Umno president underestimates his own influence on Umno psychology. If he decides KJ to be given a position in government, the others will follow. Instead he follows the whispers that blow in the wind. They come from Pro Umno bloggers who may not be and are not even Umno members and whose Malayness are questionable. These people continue to berate and cast aspersions on the character on the one person capable of galvanizing the young and capturing their emotions. Instead the Umno president relies on people like Mukhriz Mahathir whose support comes mainly from conceited MRSM alumnus who think the hell about themselves. The only semblance of intelligence that Mukhriz has is his receding hairline, fitting the conventional description of professors with balding heads. Well, you can get balding heads by placing your head consistently on a strategic location of the human anatomy of the opposite sex. Umno talks about transformation but PAS is the party that converts that into action. Umno does not even dare hold its party elections fearing that the party will be more divided. Umno hasn't got the stomach to get rid of its old blood. If PAS doesn't break up despite having party elections, the Umno leadership will have a tough time defending why its postponing party elections. Even Umno people will go away convinced that holding back elections is really an excuse by the Umno leadership to self-perpetuate. Hence all the cock and bull story about disunity and all that. It's strange to get the impression that Umno can stay in power provided the ulamas dominate PAS. Since when is Umno so chummy to people of the robes? Such reversal of affection can only suggest that Umno hasn't got a soul. Or it can also suggest the plight of a person going into old age and conscious of his mortality and who now mourns for spiritual salvation. Does ageing Umno see spiritual salvation in PAS? If it does, there's no future for people like Ibrahim Ali. — sakmongkol.blogspot.com * Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008). |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan