Nuffnang

Pengikut

Kami Sokong Tokguru

0
sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Peringatan Untuk Blogger yang Mengaku Muslim

Posted: 26 May 2011 08:37 PM PDT

Isu Semasa
Gambar hiasan
Assalamualaikum dan salam blogger,
Terlebih dahulu saya nak minta maaf jika ada yang tersinggung dengan N3 saya kali ini.
Akhir-akhir ini saya lihat semakin banyak blog-blog yang tumbuh di malaysia ni.Itu satu perkembangan yang sihat.tapi ada juga yang tidak sihatnya  ,ramai juga yang lupa etika kita sebagai seorang muslim.saya tak kisah jika tuan punya blog bukan beragama Islam.Saya cuma nak menegur saudara seislam saya.

Sebagai orang Islam kita tahu tentang kemulian ayat-ayat suci Al-Qur'an dan tahu macammana nak menjaga kemuliaannya.Kita tidak akan meletakkan bahan-bahan yang ada tulisan ayat-ayat suci di tempat-tempat yang kotor.kalau ada cd bacaan alquran di rumah masing-masing tentu anda akan meletakkan di tempay yang tinggi dan memang kurang ajarlah kalau ada orang yang letakkan kitab-kitab yang ada ayat-ayat Al-qur'an bersekali dengan majalah hiburan.

Bagaimana dengan ayat-ayat suci yang anda letakkan dalam blog,Jika anda letakkan ayat-ayat suci dalam blog masing-masing,tolong jaga setiap isi kandungan log anda jangan pula ada unsur-unsur haram dlam blog anda.

Bukankah janggal jika dalam blog anda diletakkan ayat-ayat suci tapi dalam masa yang sama kandungan blog anda di isi dengan gambar-gambar seksi ,kata-kata makian bahkan lebih teruk lagi di penuhi dengan video lucah.Jangan kerana nak tarik perhatian pembaca kita lupa etika sebagai seorang Islam

Kalau ya pun nak tarik orang dengan politik kotor kamu tu janganlah menghina ayat-ayat suci dengan meletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.kalau dah tahu blog kamu tu di isi dengan bahan-bahan lucah,janganlah letak ayat-ayat Qur'an sebagai hiasan semata-mata.Kan lebih baik kamu isi dengan gambar-gambar artis porno saja untuk hiasan.Senang orang nak nilai.Wasalam...
Cari N3 lama-lama disini

Politiksukusakat

0
sumber :-

Politiksukusakat


Menilai untuk memilih kepimpinan untuk berdepan Umno...

Posted: 26 May 2011 05:55 PM PDT

WAN NORDIN WAN YAACOB

Terkini, bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammed Nizar Jamaluddin pula mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden PAS, sementara Dato' Nik Amar Nik Abdullah juga mahu mencuba nasib kali kedua.

Setakat ini hampir pasti enam tokoh akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden iaitu, Dato' Mahfuz Omar; Dato' Husam Musa; Salahuddin Ayub, Dato' Seri Nizar Jamaluddin: Nik Amar dan Ustaz Idris Ahmad.

Idris dan Nizar kali pertama menyertai pemilihan bagi jawatan ini.Sementara Mahfuz, Salahuddin penyandang jawatan, sementara Husam pernah menyandang jawatan ini pada sessi 2007/2009.

Di peringkat Timbalan Presiden, pastinya Mohammad Sabu tidak akan berganjak dengan keputusan menyertai pemilihan meskipun berdepan dua ulama Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasharudin Mat Isa yang juga selaku penyandang jawatan.

Tuan Ibrahim membuat keputusan juga setelah sebelum ini menyatakan tidak akan menyertai pemilihan Timbalan Presiden sebanyak dua kali, namun mengubah pendirian dengan menyatakan pencalonan sebagai faktor beliau menyertainya.

Ada rakan-rakan melihat, dengan pengumuman ini, memberi kesan imej sedikit kepada Tuan Ibrahim, walaupun ada yang menyebut beliau calon favourite kelompok ulama untuk menggantikan Nasharudin yang telah mula dipertikai kepimpinannya.

Namun, perlu dilihat, pencabar Mohammad Sabu bukanlah calang2 orang yang boleh diremehkan oleh kumpulan ulama kerana Mohamamad memiliki kekuatan 'grass root' yang jauh lebih kuat.

Himpunan yang dianjurkan Bersih pada tahun 2007 adalah hasil kerja keras Mohammad Sabu dan kumpulannya.Pelbagai himpunan aman yang lain, dan lebih-lebih lagi Mohammad pernah ditahan di bawah ISA oleh kerajaan Umno-BN semasa Operasi Lalang.

Mohammad sering disumbat ke penjara kerana memperjuangkan hak rakyat, meringkuk semata-mata menegakkan asprasi rakyat.Beliau cukup lama dalam PAS, dan ketokohannya menentang Umno BN sudah terbukti.

Penglibatan awal Hj. Mohamad dalam gerakan Islam ialah dengan menyertai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada tahun 1975 selepas dipecat dari Institut Teknologi Mara (ITM) kerana penglibatannya dalam tunjuk perasaan menentang Akta Universiti. Pada tahun 1978, Hj. Mohamad menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Pada tahun 1981, beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pada tahun 1982, ketika baru berumur 28 tahun, beliau meletakkan jawatannya di dalam sebuah syarikat swasta untuk bertanding dalam pilihanraya. Beliau menjadi calon PAS di Kepala Batas menentang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga di DUN Penanti. Pada tahun yang sama juga beliau meninggalkan ABIM sebagai memprotes penyertaan presidennya pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke dalam Umno.

Pada tahun 1983, Hj. Mohamad dilantik sebagai Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat hinggalah tahun 1985. Dalam pilihanraya 1986 pula, Hj. Mohamad bertanding menentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, yang dianggap oleh banyak pihak sebagai pertandingan "dua seteru politik yang sukar didamaikan" pada ketika itu.

Pada tahun 1989, beliau dipilih sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda PAS pusat hinggalah beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan itu pada tahun 1997. Beliau mula menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada tahun 1991. Semasa menjadi Naib Ketua Dewan PAS Pusat, beliau dihantar untuk bertanding di Nilam Puri dalam Pilihanraya Umum 1990 yang penuh bersejarah di mana PAS berjaya menerajui semula kerajaan negeri itu. Dalam pilihanraya itu, beliau mengalahkan Datuk Annuar Musa dengan majoriti hampir 8,000 undi, dan menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri pada masa itu.

Dalam Pilihanraya Umum 1995, beliau memenangi kerusi Parlimen Kubang Kerian dengan majoriti lebih 10,000 undi, antara majoriti terbesar di Kelantan pada masa itu.

Dalam Pilihanraya Umum 1999 pula, ketika masih menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Kubang Kerian, beliau menerima tawaran PAS Kedah khususnya Presidan PAS, Ustaz Fadzil Noor sendiri, untuk bertanding di Kuala Kedah. Beliau memenangi kerusi Kuala Kedah dengan majoriti 991 undi, dan menjadi Ahli Parlimen Kuala Kedah untuk terus menyumbang baktinya kepada masyarakat di sana pula.

Manakala dalam Pilihanraya Umum ke 11 , pada tahun 2004 setelah beliau menjadi Ahli Parlimen sebanyak 3 penggal, beliau kalah bertanding di kawasan Parlimen Kuala Kedah dengan kekalahan majoriti sebanyak 10,214 undi.

Tahun 2008 pula, di mana gelombang rakyat yang memenangkan Pakatan Rakyat (dalam gabungan PAS, PKR dan DAP) untuk memerintah di lima buah negeri, iaitu melalui Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008 , Hj Mohamad telah mengalami kekalahan sekali lagi ketika bertanding di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, dengan kekalahan yang tipis sebanyak 628 undi sahaja.

Perjuangan Hj. Mohamad di dalam PAS menghadapi pelbagai cabaran. Antaranya, beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1984 semasa beliau menjadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat. Selepas ditahan selama 60 hari di Kuala Lumpur, beliau dibuang daerah ke Kuala Pilah pada September 1984 hinggalah September 1986 dengan pergerakan terhad selama dua tahun. Sebelum ditahan di bawah ISA, beliau pernah dikurung di dalam lokap selama dua minggu pada tahun 1975 kerana penglibatannya dalam tunjuk perasaan pelajar ITM menentang Akta Universiti.

Dalam tahun 1987 pula, iaitu dalam Operasi Lalang, Hj. Mohamad sekali lagi ditahan di bawah ISA (penahanan kali kedua). Beliau di kurung di Kamunting sehingga Januari 1990. Beliau ditahan bersama ramai anggota pembangkang dari PAS dan DAP di bawah Operasi Lalang. Semasa dalam tahanan beliau berkenalan dengan YAB Lim Guan Eng kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Bagi Mohamad Sabu ketegangan itu berpunca dari memarakkan api perkauman di antara MCA yang melibatkan Tan Sri Lee Kim Sai dan Pemuda UMNO yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak kini adalah Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor ketika itu berhubung isu tuntutan Timbalan Perdana Menteri yang dimainkan oleh MCA. Walaupun dibebaskan dari Kamunting, beliau terus dikenakan perintah tahanan daerah di Shah Alam hinggalah April 1990. Beliau selalu mengulas penahanannya di bawah Operasi Lalang itu. "Umno berkelahi dengan MCA, aku yang ditangkap," kata beliau.

Setelah dilantik sebagai Ketua Lujnah Buruh dan Setinggan PAS, Hj. Mohamad mempertingkatkan lagi usahanya untuk membela nasib kaum buruh dan setinggan yang memang menjadi minat beliau. Antara lain, beliau pernah berusaha untuk mendapatkan pam air dan janakuasa elektrik untuk penduduk setinggan Kampung Chubadak di Kuala Lumpur setelah dikenakan tindakan zalim melalui pemotongan bekalan air dan elektrik untuk menghalau mereka. Dalam membela nasib setinggan, beliau sanggup bergaduh dengan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mengambil sikap berlepas tangan dan memimpin rombongan setinggan untuk berhadapan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau juga berusaha membela nasib Orang Asli di Tapah Perak sehingga akhirnya bantuan untuk mereka termasuk pakaian sekolah anak-anak mereka diberikan semula. Pada beliau, kejayaan yang paling manis ialah penglibatannya sebagai salah seorang peneraju utama perhimpunan rakyat untuk menentang pembinaan Jerai International Park yang melibatkan kawasan kira-kira 4,000 hektar termasuk sawah para petani. Perhimpunan itu disertai kira-kira 100,000 rakyat dan akhirnya projek tersebut dibatalkan.

Manakala jawatan tertinggi di dalam di dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) , beliau telah menjadi Naib Presiden selama 2 penggal berturut-turut, iaitu Sessi 2005-2007 dan Sessi 2007-2009.

Sekarang ini juga, beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi & Mobilisasi (Penggerak Demokrasi) , beliau juga adalah antara salah seorang peneraju utama yang memainkan peranan dalam menggerakkan rakyat dalam himpunan BERSIH pada 10 November 2007 itu, di mana melebihi 100,000 orang hadir di sekitar tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Diperingkat antarabangsa, Hj. Mohamad pernah menyertai rombongan lapan Ahli Parlimen Islam dari seluruh dunia yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Turki, Necmettin Erbakan, menemui Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ketika itu, Boutros Boutros Ghali. Beliau juga menyertai pelbagai seminar di peringkat antarabangsa termasuk Seminar Buruh di Pakistan, Seminar Mengenai Bosnia Herzegovina di London dan Seminar Gerakan Islam di Afrika Selatan. Beliau juga pernah menjadi tetamu dan bercakap di Radio 786 di Afrika Selatan. Beliau juga aktif memperjuangkan nasib umat Islam Palestin, Acheh, Pattani, Selatan Filipina, Kashmir dan lain-lain.

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Pelakon Razak Ahmad ditangkap di tempat terselindung

Posted: 26 May 2011 08:08 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Razak Ahmad yang menghadapi pertuduhan berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang dikatakan telah ditangkap di tempat yang terselindung di sebuah rumah.

Pelakuan tersebut yang membawa watak sebagai Tok Imam dalam drama bersiri Geng Surau itu dan wanita terbabit, Selamah Sahudin adalah dihujahkan boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

Itu adalah sebahagian daripada intipati hujahan bertulis oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli yang difailkannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.

Selain itu, Shafezan juga menghujahkan bahawa pihaknya telah membuktikan eleman yang diperlukan seperti pertuduhan khalwat, iaitu tertuduh adalah seorang lelaki yang bukan suami atau mahram kepada Selamah.

Hujah beliau lagi, semasa pasukan penguat kuasa Jais membuat serbuan, hanya Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad, 44, yang berada di rumah terbabit bersama Selamah, 45 tahun.

Razak dan Selamah didakwa melakukan kesalahan tersebut pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006, di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Razak yang dihadapkan ke mahkamah untuk kali pertama pada 27 Julai 2006 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut manakala Selamah dijatuhkan hukuman denda RM2,850 selepas mengaku bersalah.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Pagar Padi dan tersenarai pada peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1992 itu akan mengetahui nasibnya, sama ada akan dipanggil untuk membela diri ataupun dilepaskan daripada pertuduhan itu pada 30 Jun ini.

Tarikh keputusan telah ditetapkan oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad pada prosiding sebelum ini.

Sepanjang perbicaraan yang melibatkan tiga saksi pendakwaan, Razak diwakili oleh peguam syarie Mohamad Azman Karim.

Fakta kes yang diakui oleh Selamah yang merupakan seorang ahli perniagaan menyatakan bahawa pintu rumah dan jeriji besi rumah tersebut berada dalam keadaan berkunci manakala rumah dalam keadaan yang agak gelap.

Pintu rumah dibuka selepas beberapa minit diketuk.

Semasa itu, Selamah yang membuka pintu berpakaian lengkap dan pemeriksaan di bilik pertama rumah mendapati Razak sedang tidur dengan hanya berseluar jeans dan tidak berbaju. - mStar

Gara-gara pikat isteri orang telinga dipotong

Posted: 26 May 2011 07:41 PM PDT

May 27, 2011

NIBONG TEBAL, 27 Mei — Seorang lelaki berusia 47 tahun cedera parah apabila kedua belah telinganya dipotong kerana dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang.

Lelaki yang bekerja sebagai peniaga daging khinzir itu dipercayai diserang dengan menggunakan senjata tajam hingga mengakibatkan kedua-dua telinganya terputus.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat dipetik Bernama Online berkata mangsa ditemui terbaring oleh anaknya dalam longkang berhampiran rumah mereka di Taman Kasawari, Simpang Ampat pada 8 pagi semalam.

"Hasil siasatan mendapati kejadian itu berpunca akibat perasaan cemburu berikutan mangsa dipercayai telah menjalin hubungan sulit dengan isteri orang," katanya.

Polis telah menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori kira-kira dua jam kemudian selepas gerakan mencari suspek giat dijalankan setelah identiti lelaki itu dikenal pasti.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat   - FMT

Nurul AF2 bernikah di Thailand

Posted: 26 May 2011 08:00 AM PDT

KAJANG: Penyanyi Nurul, yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) telah berkahwin dengan seorang pensyarah, Mohd Munzil Muhamad di Narathiwat, Thailand.

Menurut Nurul, pernikahan itu berlangsung pada 23 Mei lalu. Dia menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 pada majlis yang dilakukan dengan berwalikan seorang lelaki Thailand, Wan Husin Wan Ab Rahman.

Katanya lagi, dia, suami dan ibu bapa mertuanya masuk ke Narathiwat menerusi Kota Bharu, Kelantan pada hari tersebut dengan menaiki kereta dan terus ke pejabat agama itu untuk mengisi borang pernikahan.

"Bagaimanapun, akad nikah dilakukan di rumah Wan Husin kerana semasa itu adalah hari cuti, iaitu Sabtu. Wan Husin adalah seorang wali bertauliah yang disyorkan oleh majlis agama," katanya.

Nurul atau nama sebenarnya Nurullah Abdul Hamid, 29, berkata demikian semasa memberi keterangan pada permohonan Mohd Munzil, 28, untuk mengesahkan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini pada Khamis.

Permohonan tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah dan mereka diwakili oleh peguam-peguam syarie, Mohamad Azlin Mohamad Razali dan Mohammad Fauzi Abdullah.

Pada keterangan lain, Nurul berkata, pernikahan itu diadakan di Thailand kerana timbul masalah wali ekoran keengganan bapa kandungnya, Zawawi untuk menjadi wali.

"Saya ada berjumpa dengan bapa kandung saya, tapi dia tidak mahu menjadi wali. Ini kerana masalah yang berlaku antara bapa dengan keluarga angkat saya sewaktu saya masih kecil," tambahnya.

Nurul juga menambah, dia dan suami ada mencuba untuk mendapatkan wali hakim daripada Majlis Agama Islam Sarawak, tetapi ia akan mengambil masa yang lama, sedangkan tarikh majlis pernikahan telah ditetapkan berlangsung pada Sabtu ini.

"Selepas perkahwinan itu, jika orang tanya siapa Mohd Munzil, saya akan jawab dia sebagai tunang saya, sebab tidak ramai yang tahu (berkahwin), hanya orang terdekat sahaja.

"Tetapi, dia sebenarnya suami saya. Selepas berkahwin saya tinggal dengan dia," katanya.Selepas mendengar keterangan itu, Abdul Halim memutuskan pernikahan tersebut sah di sisi hukum syarak kerana telah memenuhi hukum nikah, walaupun tidak menggunakan wali sebenar ekoran bapa kandung Nurul berada jauh di Kuching, Sarawak.

Beliau seterusnya mengarahkan pasangan tersebut untuk mendaftarkan pernikahan tersebut di Pejabat Majlis Agama Islam.

Sementara itu, Nurul yang ditemui di luar mahkamah berkata, dia berasa lega kerana masalah pernikahannya telah selesai.

"Saya rasa lebih berdebar dengan kes mahkamah berbanding dengan majlis persandingan Sabtu ini," katanya yang mengenakan baju kurung merah jambu dan selendang kelabu.

Selain itu, dia yang mengenali Mohd Munzil sejak Julai tahun lepas sebelum mengikat tali pertunangan pada 4 Februari lalu juga memberitahu akan berlepas ke Kuching pada malam Khamis untuk menyiapkan persiapan majlis perkahwinan.

Pasangan tersebut dijangkakan akan mengadakan majlis resepsi sebelah lelaki di De Palma Hotel Ampang, dekat sini pada 3 Jun depan.

Ditanya mengenai lokasi berbulan madu, Nurul memberitahu mereka mungkin ke Bali, Indonesia sebelum berlepas ke New Zealand seminggu selepas raya kerana Mohd Munzil akan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) selama tiga tahun

Royalti : Kerajaan Kelantan akan buat rayuan

Posted: 26 May 2011 07:42 AM PDT

Hazayani Zakaria
PUTRAJAYA, 26 Mei: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Kerajaan Negeri Kelantan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kerajaan persekutuan menjadi pencelah dalam samannya ke atas Petronas berhubung royalti minyak.

Keputusan itu dibuat Hakim Low Hup Beng setelah mendengar penghujahan daripada peguam yang mewakili kedua-dua pihak.

Kerajaan Kelantan diwakili peguam Tommy Thomas.

Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Paduka Husam Musa berkata, beliau meminta Tommy memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan itu.

"Saya telah minta peguam kita untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan di atas kedua-dua keputusan tadi," kata beliau kepada pemberita di luar kamar mahkamah selepas mendengar keputusan berkenaan.

Menurutnya, Kelantan tetap berpendapat bahawa Kerajaan Persekutuan tidak perlu campur tangan dalam kes ini kerana tidak memberi sebarang impak kepada mereka.

"Kes ini sebenarnya begitu simple. Jika kerajaan Kelantan menang dalam kes ini, lima peratus bahagian (royalti) Kerajaan Pusat tidak akan berkurangan.

"Kalau Kerajaan Kelantan ditakdirkan kalah dalam kes ini bahagian lima peratus Kerajaan Pusat tak bertambah. Jadi tidak ada apa-apa kesan negatif dan positif kepada Kerajaan Pusat.

"Dan kerana itulah kita masih berpendapat bahawa Kerajaan Pusat tidak perlu campur tangan dalam kes ini kerana kes ini adalah kontrak antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Tambahnya Kelantan berharap agar rayuan di Mahkamah Persekutuan nanti akan diterima.

"Kita berharap Mahkamah Persekutuan mempertimbangkan dan memberi keputusan sebaliknya daripada apa yang diputuskan hari ini," katanya.

Rayuan di Mahkamah Persekutuan boleh dibuat dalam masa 30 hari daripada hari ini.

Sementara itu Mahkamah Rayuan hari ini turut menolak satu lagi rayuan oleh kerajaan negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan permohonan bagi kes saman itu dipindahkan semula ke Mahkamah Komersial Baru (NCC).

Kerajaan negeri mahu kes itu dipindahkan semula memandangkan saman berkenaan pada mulanya difailkan di NCC, tetapi kini akan didengar di Mahkamah Sivil Baru (NCvC).

Pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti yang dianggarkan RM800 juta setahun sejak 2005.

Menurut kerajaan negeri, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pernyataan tuntutannya, kerajaan negeri antara lain memohon perintah untuk mendesak Petronas supaya mendedahkan kesemua fakta berkaitan pembayaran tunai yang patut dibayar kepada Kelantan.

Ia termasuk tempoh petroleum dikeluarkan, dijumpai atau diperoleh di pesisir Kelantan; kawasan atau blok tempat petroleum dijumpai dan diperoleh; dan jumlah keseluruhan pembayaran tunai yang patut dibayar kepada Kelantan.

Kerajaan negeri turut mendesak agar semua pembayaran tunai tertunggak yang ditetapkan oleh mahkamah mesti dibayar dalam tempoh satu bulan daripada perintah mahkamah dikeluarkan - HD

"Gajah Tidak Berkepala" hangatkan forum pemilihan PAS

Posted: 26 May 2011 07:22 AM PDT

Senario yang berubah selepas "tsunami politik" memberi impak kepada semua parti. Masing-masing berlumba-lumba untuk menawarkan sesuatu agar terus mendepani, dan bukannya tenggelam dalam arus perubahan. PKR misalnya, mengambil langkah yang berani dengan memperkenalkan sistem pemilihan langsung dalam parti, kini cuba ditiru UMNO yang tidak mahu dilihat ketinggalan. DAP pula, semakin proaktif untuk menembusi masyarakat Melayu/Muslim, antara usaha terbarunya, perlancaran laman bahasa Malaysia-nya, Roketkini

Tidak kurang pemerhati politik yang gusar dengan perkembangan PAS - parti yang memainkan peranan kunci ketika politik Malaysia berada di persimpangan jalan. Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, PAS dihantui isu rundingan bersama UMNO. Pendekatan untuk menggarap imaginasi rakyat Malaysia pula sering ditambat langkahnya apabila "kepimpinan ulamak" diketengahkan, meletakkan PAS di jurang antara "harapan rakyat Malaysia" dengan "sentimen akar umbi PAS". --- SETERUSNYA

Royalti : Kerajaan Kelantan kalah ... dah boleh agak !!!

Posted: 26 May 2011 05:08 AM PDT

PUTRAJAYA: Kerajaan Kelantan gagal dalam rayuan untuk menghalang Kerajaan Persekutuan menjadi pencelah dalam samannya ke atas Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berhubung royalti minyak.

Panel hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Wira Low Hop Bing memutuskan bahawa kehadiran Kerajaan Persekutuan dalam saman sivil adalah perlu bagi memastikan perkara yang menjadi pertikaian dalam kes itu benar-benar diputuskan.

Katanya panel hakim berpuas hati bahawa ada isu berbangkit daripada relif yang dituntut oleh kerajaan Kelantan dan ia "adil dan sesuai" bahawa isu-isu itu ditentukan antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Petronas. "Kami dapati tiada merit dalam rayuan kedua kerajaan negeri, " kata Hakim Low dalam mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Kerajaan Persekutuan untuk menjadi pencelah dalam saman itu.

Panel hakim itu terdiri daripada Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak rayuan kedua kerajaan negeri dan mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi bahawa saman itu dibicarakan di Mahkamah Sivil Baru (NCvC), dan bukan di Mahkamah Komersial Baru (NCC) di mana saman itu difailkan. Hakim Low memutuskan bahawa pertukaran ke mahkamah NCvC oleh hakim yang mengurus adalah konsisten dengan arahan amalan No 1/2008. Katanya pertukaran itu bukan satu pertukaran tindakan dari satu mahkamah ke mahkamah yang lain tetapi satu pertukaran antara satu bahagian di mahkamah yang sama.
Kerajaan negeri mahu saman itu dipindahkan semula ke NCC.
Mahkamah juga tidak membuat sebarang keputusan berhubung permohonan kerajaan negeri Kelantan untuk menangguhkan prosiding di Mahkamah Tinggi yang sebutannya dijadual Isnin ini.
Panel hakim memerintahkan peguamnya Tommy Thomas untuk memfailkan permohonan rasmi.
Thomas berkata kerajaan negeri menuntut perintah penangguhan kerana ia mahu memfailkan kebenaran untuk merayu dengan Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan hari ini.
Kerajaan negeri menyaman Petronas kerana didakwa melanggar kontrak berkaitan pembayaran tunai yang patut dibayar kepada kerajaan negeri berhubung royalti minyak.
Dalam pernyataan tuntutannya, kerajaan negeri menuntut supaya Petronas membayar tunggakan dan pembayaran tunai masa depan bagi petroleum dikeluarkan di pesisir Kelantan seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian Petroleum. Sebelum itu, Thomas berhujah bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kepentingan dalam saman sivil itu kerana tuntutan dan relif yang dituntut kerajaan negeri itu adalah terhadap Petronas.
Katanya Akta Pembangunan Petroleum 1974 menetapkan bahawa Petronas menerima 90 peratus daripada pembayaran tunai dan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri masing-masing menerima lima peratus daripada pembayaran tunai bagi petroleum yang diperoleh di pesisir dan di luar pesisir.
Thomas berkata kerajaan negeri Kelantan bukan mempersoalkan hak Kerajaan Persekutuan menerima lima peratus pembayaran tunai dari petroleum yang diperoleh di pesisir dan luar pesisir.
Katanya Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya menjadi pencelah dalam saman sivil ini kerana ia (Kerajaan Persekutuan) mempunyai kontrak berasingan dengan Petronas berhubung pembayaran tunai dan bahawa Petronas tidak menghentikan pembayaran kepada Kerajaan Persekutuan.
Peguam Kanan Persekutuan Datin Azizah Nawawi yang mewakili Kerajaan Persekutuan membantah kerana perkara yang dipertikai itu adalah berhubung hak ke atas petroleum dalam pentas benua luar pesisir pantai Kelantan.
Katanya, Kerajaan Persekutuan perlu dijadikan satu pihak dalam saman itu kerana petroleum di pentas benua itu adalah milik Kerajaan Persekutuan.
Petronas diwakili Tan Sri Cecil Abraham dan Rishwant Singh - BERNAMA

BERSIH pelawa BN sertai Perhimpunan Rakyat

Posted: 26 May 2011 01:02 AM PDT

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini mempelawa semua parti komponen BN menyertai perhimpunan besar-besaran 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

"Saya jamin menteri dan parti politik bahawa ini adalah insiatif masyarkat madani dan bukannya inisiatif mana-mana parti politik," kata pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Beliau merujuk amaran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin, sebelum ini yang mahu BERSIH 2.0 sebagai penhanjur membatalkan perhimpunan jalanan itu.

"Saya ingin menjemput semua parti politik termasuk BN dan NGO lain supaya bersama kami pada perhimpunan ini untuk bersama dengan rakyat."

Pengumuman pertama perhimpunan itu dibuat oleh ahli jawatankuasa pusat PAS Mohamad Sabu pada Sabtu lalu. Tetapi jelas Ambiga, PAS dimaklumakan berhubung inisiatif berkenaan melalui mesyuarat BERSIH 2.0 baru-baru ini, di mana wakil beberapa kumpulan turut dijemput.

"Kami bermesyuarat dengan beberapa NGO dan kumpulan lain termasuk PAS kerana mereka mempunyai pengalaman menganjurkan perhimpunan seumpama ini," katanya.

Mengulas reaksi dingin daripada Hishammuddin, yang menganggap perhimpunan itu sebagai cubaan menimbulkan huru-hara dan memburukkan imej antarabangsa Malaysia, Ambiga berkata pemimpin politik yang berkuasa mesti menukar tanggapan mereka berhubung perhimpunan aman yang menjadi hak perlembagaan setiap rakyat.

"Kami tidak akan berundur. Ia pada 9 Julai dan ia akan diadakan," katanya lagi

Salahuddin Ayub, Nizar sah bertanding Naib Presiden

Posted: 26 May 2011 12:56 AM PDT

Jamilah Kamarudin and Fazy Sahir | May 26, 2011

Penyandang itu menyerahkan borang maklum balas pencalonan kepada Jawatankuasa Pemilihan di pejabat agung PAS di Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur kira-kira pukul 1 petang tadi.

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini membuat keputusan untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak penggal lalu dalam muktamar pemilihan Jawatankuasa Kerja Pas usat 2011-2013.

Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian mengesahkan dirinya sudah pun menyerahkan borang maklum balas pencalonan kepada Jawatankuasa Pemilihan di pejabat agung PAS di Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur kira-kira pukul 1 petang tadi.

"Saya hanya menghantar satu borang jawapan sahaja," katanya ketika dihubungi FMT sekaligus mengesahkan menarik diri daripada bertanding merebut kerusi Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.

Katanya, keputusan itu diambil setelah mengambil kira sokongan ahli PAS daripada beberapa kawasan dan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk akar umbi.

Beliau sebelum ini tersenarai sebagai calon yang layak bertanding Timbalan Presiden namun mengambil keputusan pada 19 Mei lalu enggan bertanding kerana menganggap diri masih belum layak menggalas tanggungjawab nombor dua dalam parti itu.

Turut mengesahkan bertanding merebut jawatan Naib Presiden adalah AJK Pas Pusat yang juga bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin.

Talk show Nizar

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Khasnya Amran Harun sebentar tadi sebelum Nizar memulakan satu rakaman 'talk show' berkaitan Pakatan Rakyat Perak dan persiapan pilihan raya umum ke 13 serta perbincangan mengenai isu Perak versi bahasa Inggeris di pejabat Harakah.

Pengesahan kedua-dua pemimpin itu sekaligus menjadikan setakat ini tujuh orang daripada 14 calon yang layak mengesahkan untuk bertanding.

Calon lain ialah penyandang Datuk Mahfuz Omar, Exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan Datuk Nik Mohd Amar Abdullah, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad, Bendahari Dr Hatta Ramli.

Mengulas mengenainya, Salahuddin berkata beliau tidak berasa tergugat malah mengalu-alukan persaingan sihat daripada ramai calon berwibawa yang bersedia menerajui kepimpinan baru PAS.

Harga barang : BN takut Pakatan - Guan Eng

Posted: 26 May 2011 12:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan menangguhkan kenaikan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) bukti kerajan takut berdepan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya umum akan datang.

Guan Eng berkata, BN memutuskan untuk tidak meneruskan cadangannya ekoran kemampuan PR untuk memobilisasi usaha membantah kenaikan tersebut.

Pakatan, katanya berjaya mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam pemberian subsidi kepada syarikat besar seperti Tenaga Pengeluar Bebas/swasta (IPP) sebanyak RM19 bilion setahun, ketika 27 juta rakyat Malaysia berdepan kenaikan harga barang akibat penarikan subsidi.

"Kedua, BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah ini tidak bersependapat dengan para pengundi.

"Ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa PR sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat," kata Guan Eng dalam kenyataannya hari ini.

Bagaimanapun katanya, BN masih berusaha untuk menaikkan harga barangan berikutan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menyatakan kajian semula dasar subsidi adalah perlu.

Sementara Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula, katanya, menolak untuk menyatakan berapa lama kerajaan akan mengekalkan harga semasa.

"Dalam erti kata lain, sebaik BN memenangi pilihan raya umum yang akan datang, tiada siapa yang akan dapat menghalang BN untuk menghapuskan subsidi dan menaikkan harga barang," ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan pemberian subsidi kepada IPP, yang menerima sokongan padu Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.

"Peter Chin ternyata sedang bermain dengan kata- kata kerana akhirnya IPP (60 %) dan TNB (40%) akan menikmati faedah daripada RM19 bilion subsidi tahunan.

"Chua pula harus menjelaskan mengapa kerajaan BN termasuk dirinya, menyokong dan menjeratkan diri mereka dalam perjanjian yang ternyata bertentangan dengan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia," ujarnya.

Tambah Guan Eng, tidak ada cara lain bagi kerajaan untuk mencapai 5.4 peratus defisit fizikal tanpa pemotongan subsidi melainkan kerajaan BN mengamalkan dasar anti –rasuah.

"Menteri- menteri BN sendiri mengaku bahawa kos rasuah negara melibatkan sekurang- kurangnya RM28 bilion setahun dan ada yang menganggarkan sebanyak USD 100 bilion kehilangan secara kumulatif akibat rasuah sejak tahun 1980- an," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14220

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


IBU PEJABAT PARTI MAHU DILELONG, JANGAN BUAT TIDAK KISAH

Posted: 26 May 2011 07:31 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BERMACAM dugaan yang dihadapi oleh PKR sejak ianya ditubuhkan. Dugaan paling hebat dan masih dibelenggu adalah fitnah jahat ke atas Ketua Umumnya DS Anwar, kemudian mula berjangkit kepada ahli keluarga beliau sehingga laporan Polis terpaksa dibuat.

Dugaan seterusnya adalah terdapat cubaan untuk mengharamkan PKR itu sendiri seolah-olah PKR ini seperti satu kumpulan gerila atau pemberontak. Paling memalukan, cubaan untuk mengharamkan PKR ini cuba dibuat kununnya melalui tatacara profesional oleh kerajaan tetapi apa yang mereka lakukan memperlihatkan kecuaian mereka sendiri di dalam melaksanakan tugas sebagai kakitangan kerajaan. Sama seperti pihak Polis menyaman pejalan kaki yang tidak memakai topi kaledar.

Baru-baru ini terbaca pula laporan bahawa bangunan Ibu Pejabat PKR di Tripocana, Petaling Jaya bakal dilelong kerana pemiliknya dikatakan tidak membayar ansuran kepada Bank.

Bendahari PKR, YB William menjelaskan, " NONEBuat masa ini PKR menyewa bangunan lima tingkat itu daripada sebuah syarikat dengan sewa bulanan antara "RM10,000 hingga RM20,000". "Kami hanya menyewa. Tuanpunya tidak bayar. Ini bukan pinjaman kami dan kami tidak berhutang dengan bank. Kami cuma penyewa. "Saya tidak tahu mengapa mereka tidak bayar. Mungkin (pemiliknya) ada masalah perniagaan dan tidak dapat membayar pinjaman mereka," katanya (Malaysiakini)

Tidak mustahil jika ada tekanan dari atas, maka pihak bank akan mempercepatkan usaha melelong bangunan tersebut sebelum Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang. Jika ini berlaku, maka sudah pasti PKR akan menghadapi masalah untuk menggerak dan menguruskan parti berkenaan. Sehubungan itu, PKR mulai sekarang harus berfikir sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Negeri Selangor adalah sebuah kerajaan yang diperintah oleh PR, bahkan MB Selangor adalah pimpinan di dalam PKR. Tergamakkah kita melihat PKR diusir umpama `binatang' angkara tuan punya bangunan itu berhutang dengan pihak lain? Bukan tujuan kita mahu Kerajaan Selangor menggunakan wang rakyat untuk membiayai atau membeli bangunan pejabat untuk PKR, tetapi apakah salah jika PKR dapat menyewa atau lebih baik lagi dapat membeli mana-mana bangunan kepunyaan Kerajaan Negeri Selangor?

NONEMemang kita akui PKR bukan parti kaya raya seperti parti di sebelah sana yang hidup mereka penuh dengan korupsi. Tetapi kita harus ingat, untuk menunjukkan kita mampu ke Putrajaya kita mesti juga menunjukkan ketrampilan parti kita. Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau bermewah dengan pejabat yang besar, tetapi memadai kita tidak lagi dihina dan diusir sesuka hati dan pada bila-bila masa.

Kita berharap pimpinan parti dapat melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh parti. Jangan kesemua ini mahu dibebankan ke atas kepala DS Anwar semata-mata sedangkan kita tahu beliau sekarang sudah banyak menanggung beban akibat fitnah musuh-musuh disekelilingnya.

Jangan lupa berbakti kepada parti sendiri yang telah memberikan peluang untuk kita berkuasa di sebuah negeri yang kaya raya./wfauzdin.blogspot.com

CUCU MAT KILAU MAHU BERTANDING, BIAR BETUL !!

Posted: 26 May 2011 02:02 AM PDT

Penulis bersama CMK (tengah) ketika di Program
Maqasid Syariah di Kuantan baru-baru ini


Oleh: WFAUZDIN NS


PAHANG Daily Online hari ini menyiarkan berita yang dipetik dari Blog Cucu Mat Kilau (CMK) bahawa bekas ahli PKR itu berhasrat untuk bertanding di dalam PRU ke 13 nanti. Kita sedia maklum bahawa CMK setakat ini masih belum berparti tetapi dari gerak kerja beliau seolah-olah menjurus kepada perjuangan Pakatan Rakyat (PR).

Di dalam PR, kita ada PKR, PAS dan DAP dan kesemua parti ini memperjuangkan hak dan keadilan buat rakyat jelata tidak mengira kaum dan agama. CMK pun di dalam alasannya untuk bertanding di dalam PRU akan datang nanti adalah juga untuk memperjuangkan nasib rakyat. Jika kita bertanya kepada Umno pun, itu lah juga tujuan mereka menyertai pilihanraya. Alasan sedemikian adalah perkara biasa buat parti-parti politik.

Bezanya, CMK mahu mencuba memperjuangkan nasib rakyat tanpa melalui jemaah atau parti. Jika mahu disamakan boleh lah juga disamakan dengan MP Pasir Mas, Ibrahim Ali yang sentiasa menyebut untuk memperjuangkan rakyat bawahan. Tetapi, CMK jauh lebih mulia dari Ibrahim Ali yang sinonim disebut Ibrahim `al-kataki' atau raja katak itu kerana MP Pasir Mas ini `khianat' kepada amanah yang diberi oleh PAS yang meminjamkan kerusi kepadanya. CMK tidak begitu, beliau keluar parti dan tidak pernah khianat kepada sesiapa.

Sebelum ini saya ada menulis bahawa CMK bakal bertanding di Parlimen Pekan untuk menentang Najib. Mungkin di atas faktor-faktor kewangan yang agak tinggi untuk bertanding di Parlimen, CMK mula berfikir hanya untuk bertanding di Dun sahaja. Masalahnya, apakah CMK akan memulakan `khianat' kepada bekas partinya dahulu mahupun kepada rakan sekutu di dalam PR? Ini adalah kerana difahamkan kesemua Dun di Negeri Pahang akan ditandingi oleh salah satu parti di dalam PR. Ertinya, jika CMK ingin juga bertanding mahu atau tidak, CMK terpaksa berdepan juga dengan rakan-rakan beliau di dalam PR. Di dalam politik, inilah satu `pengkhianatan'.

Jadi, jalan terbaik dan untuk menjaga namanya yang selama ini dilihat `bersih', wajar rasanya CMK memasuki mana-mana parti samada PAS atau DAP. Kita tahu, beliau sememangnya aktif di dalam beberapa program ceramah anjuran PR di negeri ini termasuk juga di dalam beberapa perhimpunan atau demontrasi anjuran NGO atau PR. Tentulah janggal rasanya CMK secara tiba-tiba ingin `berlengan' dengan rakan-rakannya itu. Walaupun CMK bukan berniat untuk `khianat' rakan sendiri, tetapi tindakan beliau nanti dibimbangi akan mengubah persepsi orang terhadapnya.

Saya menyatakan sedemikian bukan kerana saya bimbang PR akan tewas akibat pecahan undi jika CMK bertanding, tetapi saya merasa bimbang jika segala perjuangan CMK selama ini mula dianggap oleh rakyat sebagai `tidak ikhlas' angkara tergamaknya CMK menentang rakan-rakan di dalam PR. Mungkin ada cara untuk mengelakkan anggapan ini iaitu dengan PR memberi laluan kepada CMK untuk bertanding di mana-mana kerusi Dun yang bersesuaian buatnya. Tetapi, adakah PR bersedia untuk berbuat demikian di saat PR komited untuk merampas Pahang dari Umno/Bn? Saya rasa tidak mungkin, kerana pada waktu ini pun di kalangan PR masih berusaha memancing untuk mendapatkan kerusi yang lebih untuk parti masing-masing. Tentulah tidak lojik jika PR boleh menyerahkan satu kerusi kepada CMK.

Ada rakan bertanya kepada saya, mungkinkah CMK mengistiharkan dirinya untuk bertanding di dalam PRU nanti semata-mata mahu bikin `gempak' dan menguji `pasaran' nilainya? Rakan saya memberi andaian bagaimana jika ada parti yang sanggup menawarkan `habuan' kepada CMK agar menarik diri dari bertanding? Saya tidak mahu memberi komen kerana setakat saya kenal CMK, maruah beliau tidak akan menjadi `semurah' itu.

Kesimpulannya, secara peribadi elok sangatlah CMK sertai mana-mana parti di dalam PR terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk bertanding. Mungkin ada parti yang bersedia untuk memberi peluang kepada CMK menjadi calon kerana beliau memang layak dan boleh menjadi calon, tetapi bukan calon Bebas./wfauzdin.blogspot.com

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Video : Yb Dr Dzulkefly (Part 3 of 3)

Posted: 26 May 2011 09:44 PM PDT

Video : Yb Dr Dzulkefly (Part 2 of 3)

Posted: 26 May 2011 09:43 PM PDT

Video : Yb Dr Dzulkefly (Part 1 of 3)

Posted: 26 May 2011 09:42 PM PDT

Mysterious silence by police over Ahmad Sarbani deathfall case

Posted: 26 May 2011 09:38 PM PDT

Mysterious silence by police over Ahmad Sarbani deathfall caseThe family of Ahmad Sarbaini Mohamed wants police to reveal the result of their probe into the Customs officer's mysterious death, fearing the case will "disappear" if the police are allowed to remain silent about the case.
"Don't leave us twisting in the wind. How long do you want us to wait? It's been two months since it happened, surely there must be some development?" said a source close to the family.
"I myself wonder what the status of the case is now because nothing seems to be happening... It has just gone quiet."
The source pointed out that while the police have kept mum, it was Ahmad Sarbaini's family who were suffering the most waiting for news about latest developments in the case.
Read More / Baca Lagi >>

Lynas: Panel bebas tidak bebas

Posted: 26 May 2011 09:35 PM PDT

Ramai pihak ragu-ragu dengan ketelusan 9 orang Jawatankuasa Panel Bebas yang dilantik oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya oleh Kementerian Industri Dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) yang diketuai oleh menterinya Dato' Seri Mustapha Mohamed dan timbalannya Dato' Mukhriz Tun Mahathir.
Keraguan yang pastinya akan menjejaskan integriti atau ketelusan laporan keselamatan, kesihatan dan persekitaran 'panel bebas' itu kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya akan terus dipertikaikan malah ditolak.
Dan jika laporan yang tidak telus itu digunapakai sebagai panduan atau rujukan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional(BN) untuk membenarkan Lynas untuk terus beroperasi pada bulan September atau November ini, hampir 800-850 ribu nyawa manusia termasuk keturunan mereka akan diperjudikan sampai bila-bila demi keuntungan ekonomi pihak tertentu semata-mata.
Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata badan binasa.
Read More / Baca Lagi >>

Tony: Water bonds bailout same as Tajudin Ramli's MAS shares

Posted: 26 May 2011 09:33 PM PDT

Tony: Water bonds bailout same as Tajudin Ramli's MAS sharesThis rescue deal for the private concessionaires is reminiscent of the Malaysian Airlines System (MAS) bailout when the Federal Government paid RM8.00 per share, or 121% higher than the market price of RM3.62 per share to Naluri Bhd, owned by Tan Sri Tajuddin Ramli in December 2000. In fact, the Government has yet to see any returns on its "investment" for the stock price has slumped to RM1.59 (as at yesterday) or a 80.1% decline for its investment after 10 years. MAS continues to be troubled as it made RM242.3 million in losses for its first quarter this year in its financial results released this week with no end in sight to its problems.
Read More / Baca Lagi >>

Whether BN or Pakatan is ready, fed-up Malaysians can't wait for GE-13

Posted: 26 May 2011 09:32 PM PDT

Whether BN or Pakatan is ready, fed-up Malaysians can't wait for GE-13Malaysia is 54-years old. But to many of its citizens, the country sure doesn't seem to be as matured as it should be. And Prime Minister Najib Razak - who at 58 is 4 years older - sure doesn't behave his age either.
His policies have created the impression that Malaysia is little more than a flighty teenager, pimply and full of adolescent urges that have destabilised both public and investor confidence, from within and overseas.
Najib's Barisan Nasional has been the government of the day since independence from colonial rule in 1957. BN is a coalition of 14 race-based political parties where communal lines are sharply defined.
Pakatan Rakyat, the opposition alliance led by Anwar Ibrahim, is structured more along multiracial lines where communal groupings are not encouraged.
Read More / Baca Lagi >>

Tazkirah Jumaat : Sifat Yang Menghapuskan Amalan Baikmu

Posted: 26 May 2011 09:14 PM PDT

Oleh: mutiarakecil

"Pernah tak kita lihat dalam masyarakat kita budaya santau-menyantau, fitnah-memfitnah, berburuk sangka, saling menjatuhkan antara satu sama lain dan pelbagai lagi budaya yang sama waktu dengannya??? Rasanya perkara seperti ini sudah tidak perlu dipersoalkan kerana ianya perkara yang sering terjadi di kalangan masyarakat kita. Semua perkara ini terjadi hasil daripada suatu sifat atau penyakit hati yang dipanggil hasad dengki. Apa makna hasad dengki ini? Saya pinjam makna hasad dengki ini dari sebuah buku yang mana buku itu menyebut

Hasad adalah satu perkataan yang diambil dari perkataan bahasa arab yang membawa erti dengki. Ramai orang yang menyamakan iri hati dan dengki. Padahal kedua-dua perkara ini berbeza. Iri ertinya cemburu melihat nikmat atau kelebihan yang diperoleh orang lain dan dia ingin seandainya dialah yang mendapatkan nikmat itu dan bukan orang lain. Sedangkan dengki pula adalah benci melihat nikmat yang diterima orang lain dan berusahasupaya nikmat itu hilang.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Jual Minyaklah. Apa Cerita Subsidi-Subsidi Ni?

Posted: 26 May 2011 09:12 PM PDT

Oleh: mazwandi

"Sistem akal tapak kaki.

Malaysia jual minyak. Dan Malaysia juga beli minyak. Jual minyak untung bilion-bilion. Beli minyak kena keluar duit. Jual tolak beli, yang untung bilion-bilion itu menunjukkan jual lebih tinggi dari beli. Sebab itu namanya untung.

Tapi pelik bin ajaib, sebab beli ikut harga pasaran, jual kepada rakyat ikut harga pasaran. Tetapi konon untuk menunjukkan KERAjaan bn ini baik, depa buat 'subsidi' minyak dengan potong harga jualan. Padahal, ikut logik dan memang benarpun, KERAjaan tidak keluar satu sen pun duit untuk beli minyak, sebab kita untung dari hasil jualan.

Read More / Baca Lagi >>

Subsidi: Apa pilihan Najib?

Posted: 26 May 2011 09:10 PM PDT

Komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pembaharuan ekonomi yang dijanjikannya dipersoalkan apabila kerajaan gagal mengurangkan subsidi bahan api yang dikhuatiri menjejaskan kewangan negara dan menguji kesabaran pelabur yang mahukan perubahaan.

NONEKeputusan Najib pada Rabu lalu untuk tidak mengurangkan subsidi adalah siri terbaru pusingan 'U' yang dibuat kerajaannya yang berusia dua tahun. Dalam usahanya menarik pelabur asing, sebelum ini, beliau berjanji akan memperbaharui ekonomi negara dan pada masa yang sama cuba menggembirakan pengundi.

Kerajaan juga memberi amaran bahawa harga minyak mentah yang terus melambung akan memaksa kerajaan menyemak semula subsidi tetapi gagal berbuat demikian dengan alasan mengambil kira kepentingan rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim semalam dipetik berkata Malaysia akan menyemak harga bahan bakar jika harga minyak mencecah dalam lingkungan US$110-US$120 setong.

Berikut beberapa soalan dan jawapan mengenai implikasi politik dan ekonomi berhubung subsidi yang dijangka berganda kepada hampir RM21 bilion tahun ini kerana harga minyak yang tinggi.Read More / Baca Lagi >>

Skandal Scorpene: Peguam Perancis akan tiba ke Malaysia

Posted: 26 May 2011 09:09 PM PDT

KUALA LUMPUR: Peguam Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dijangka tiba ke Kuala Lumpur lewat Jun atau Julai untuk memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.
Suaram mewakili rakyat Malaysia memfailkan aduan terhadap DCNS pada Disember 2009, di mahkamah Paris kerana aktiviti rasuah dalam urusan pembelian berkenaan.
Suaram juga mengesyaki wang sogokan berjumlah ratusan juta di sebalik transaksi berkenaan, yang butirannya cuba disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Read More / Baca Lagi >>

Tak Da Inflasi : Makanan Makin Mahal di Terengganu?

Posted: 26 May 2011 09:08 PM PDT

Oleh: LensaHandphone

"Selalu makan di kedai Pak Awi Selera Asli, Kuala Terengganu. Sebelum ini harganya biasa aje. Tapi sekarang boleh dikatakan agak mahal. Tak pasti kenapa membuatkan saya macam tak nak lagi ke kedai makan ini.

Beberapa hari lepas Dato' Hj Rosol Wahid ADUN UMNO Ajil, Hulu Terengganu ada menulis dalam blognya tentang harga makanan yang mahal berbanding dengan harga di Kuala Lumpur. Tergelak, dan macam meludah pada diri sendiri sahaja tulisan berkenaan.

Read More / Baca Lagi >>

Sebuah kajian terhadap video sex fitnah

Posted: 26 May 2011 08:36 PM PDT

1.Dato' T disuruh Anwar Mencari jam Omega di Hotel tapi tidak menjumpainya. Jam yang dicari tidak dijumpai, jadi jam mana pula dimiliki oleh Datuk T dan ditunjukkan kepada wartawan..? Maka jam Omega yang diserahkan kepada polis itu milik siapa pulak?

2.Ketika mencari jam di meja solek Eskey terkejut apabila ternampak wayar berselirat. Dia cari jam jadi apa dia kisah dengan wayar berselirat?

3.Apakah semasa proses mencari jam tangan, Datuk T ada membawa apa-apa peralatan samada skru driver, pisau, kayu, besi atau apa-apa peralatan pertukangan yang membolehkan Datuk T menyungkil laci tersebut yang berkunci..?

Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan sementera Mesir yang menakjubkan

Posted: 26 May 2011 08:35 PM PDT

27 MEI — Adalah biasa bagi kebanyakan kerajaan diktator, seperti regim Hosni Mubarah di Mesir dijatuhkan dengan cara yang terhina. Baik di zaman purba mahu pun di zaman modern sekarang.
Dinasti purba Firaun Mesir dulu bukan saja jadi diktator paling kejam dan paling berkuasa di dunia, bahkan mendakwa dirinya tuhan, dimusnahkan secara mukjizat tenggelam bersama bala tentera di laut gara-gara politik Nabi Musa, meninggalkan nama yang keji hingga akhir zaman..
Di abad kita ini Shah Iran hingga mendakwa takhtanya sebagai raja segala raja, timbang secara terhina.
Read More / Baca Lagi >>

PRU-13: PKR siap sedia, jentera parti diaktifkan

Posted: 26 May 2011 08:22 PM PDT

Meskipun cakap-cakap bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan seawal Jun ini hanya spekulasi, namun ini tidak menghalang PKR membuat persiapan rapi jika benar-benar parlimen dibubarkan.

Parti pembangkang itu mengadakan perbincangan tertutup selama dua hari di Port Dickson yang dihadiri pemimpin kanannya dengan fokus pada kempen pilihan raya umum akan datang.Read More / Baca Lagi >>

Benarkah PAS parti boneka Cina-DAP? atau UMNO boneka Yahudi.....

Posted: 26 May 2011 08:20 PM PDT


Wajar diperingatkan PAS adalah satu-satunya parti politik di Malaysia yang secara tegas, tidak berselindung dan istiqamah mengaku sebagai sebuah parti Islam yang bercita-cita di negara Malaysia ini terlaksana hukum-hakam dan nilai-nilai hidup yang berteraskan al-Quran dan As-sunnah

Dengan kata lain akidah perjuangan PAS adalah Islam dan matlamat keberadaan ahli-ahli PAS dalam politik adalah demi mencari keredaan Allah. Wajar juga diperingatkan dasar Islam PAS tidak pernah berganjak dan tidak akan dikorbankan. Adapun cara, kaedah dan pendekatan mencapai matlamat PAS ataupun istilah yang selalu digunakan – Strategi - akan diubahsuai dari semasa ke semasa berdasarkan suasana, keperluan dan mengambil kira faktor untung-rugi. Namun strategi yang PAS gunakan tidak akan menyalahi prinsip-prinsip al-Quran dan As-sunnah. Bahkan banyak disandarkan dengan sirah (perjalanan perjuangan Rasulullah) dan iktibar gerakan-gerakan Islam lain yang lebih awal.

Read More / Baca Lagi >>

Hubungan Pemuda UMNO Dan PERKASA Rapat.......

Posted: 26 May 2011 08:18 PM PDT


SHAH ALAM 27 MEI : Penglibatan bersama antara Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda UMNO berhimpun di hadapan pejabat akhbar Utusan Malaysia minggu lalu jelas mengambarkan mereka mempunyai hubungan rapat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata gambaran itu mudah dibaca rakyat sekaligus menolak dakwaan terdahulu dimana mereka menafikan perkara tersebut.
 
"Rakyat sudah sedia maklum bahawa mereka (Pemuda UMNO & PERKASA) bersama, sebelum ini UMNO mahupun pemudannya menafikan PERKASA bukan pro mereka. 
Read More / Baca Lagi >>

Anak Jantan Zahid Hamidi

Posted: 26 May 2011 08:17 PM PDT

Oleh: ruhan

"Suatu ketika dahulu, UMNO suruh PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.  Alasannya ialah PAS hanya menjadi kuda tunggangan DAP.  PAS bekerja keras, DAP yang dapat untung.  Sandaran yang dijadikan fakta ialah Pilihan Raya Negeri Sarawak yang berlangsung baru-baru ini.  PAS dapat zero.  UMNO sememangnya nampak kuman di seberang laut.

Mengapa tidak disebut bantuan DAP yang memenangkan PAS di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, dan Permatang Pasir ?  Mengapa tidak disebut bantuan PAS yang memenangkan DAP di Sibu? 

Read More / Baca Lagi >>

Umno cuba tawan Kedah ulangi taktik Terengganu 2004

Posted: 26 May 2011 08:06 PM PDT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
 ALOR SETAR: Usaha BN merampas kembali tampuk pemerintahan daripada Pakatan Rakyat melalui manipulasi daftar pemilih dilihat mulai rancak di Kedah selepas ianya di kesan di Selangor sebelum ini. Terbaru, Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Pertama 2011 iaitu bagi bulan Januari hingga Mac yang dipamerkan menunjukkan pertambahan luar biasa melibatkan kemasukan 26,384 pengundi baru.
Read More / Baca Lagi >>

Kanak-kanak Ribena dalam Umno

Posted: 26 May 2011 08:04 PM PDT

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
KEPADA minda ahli politik Umno, parti mereka boleh hancur akibat serangan daripada pembangkang. Pemikiran seperti ini adalah unik dan secara eksklusif cuma dipupuk dan tertanam dalam minda pemimpin dan ahli parti tersebut sahaja.
Berbanding dengan parti lain dalam sejarah negara masing-masing di seluruh dunia ini, deduksi dan rumusan serupa tidak pula dikongsi. Lebih lazim daripada tidak, kehancuran sesebuah parti politik adalah akibat ia tidak lagi mendapat sokongan rakyat kerana gagal menyelesaikan isu bersabit kehidupan rakyat dan beransur-ansur hilang populariti sebelum akhirnya berkubur.
Read More / Baca Lagi >>

Program MyDaftar di Tumpat, rancangan Umno-BN rampas Kelantan

Posted: 26 May 2011 08:02 PM PDT

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR: Program Pendaftaran MyKad (MyDaftar) yang dianjurkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kelangan cawangan Tumpat dibimbangi menjadi platform Umno-BN untuk membawa bukan warganegara menjadi pengundi di Kelantan khususnya di Tumpat.
Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar berkata, ia berdasarkan satu maklumat yang diberikan secara bersurat kepadanya baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Operasi sulit di Salah Tinggi ....

Posted: 26 May 2011 08:01 PM PDT

 Oleh Mohamad Shafri Shamsudin
SEPANG: Penglibatan seorang pemuda yang mengaku ahli Umno dari Melaka dalam sindiket membuat kad pengenalan menimbulkan persoalan adakah benar Umno terlibat dalam kerja yang menyalahi undang-undang itu.
Lelaki itu mengaku mempunyai hubungan yang rapat dengan seorang wakil rakyat BN di Melaka dan perkara itu turut menambahkan keraguan sama, ada benarkah ada penglibatan parti politik pemerintah dalam hal itu.
Read More / Baca Lagi >>

BN sanggup gadai keselamatan negara asal berkuasa

Posted: 26 May 2011 08:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pemberian besaran-besaran  mykad kepada warga asing bukan sekadar menyalahi Perlembagaan Persekutuan bahkan mengundang bahaya pada keselamatan negara.
Demikian ditegaskan Pengerusi Jawatankuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, Mohamad Sabu sewaktu diminta mengulas mengenai strategi Umno/BN  untuk merampas Selangor melalui projek kad pengenalan kepada warga asing.


Beliau melahirkan rasa kesal  dengan sikap pemimpin BN yang hanya ghairah untuk menguasai negara dan menang dalam pilihan raya  sehingga sanggup menggadai keselamatan negara.
"BN hanya memikirkan untuk kekal berkuasa dan mempengaruhi rakyat tanpa memikirkan kesan kepada rakyat apabila memberi kerakyatan palsu kepada warga asing.
Read More / Baca Lagi >>

Nilai Sebuah Perubahan pada Jamaah Islam

Posted: 26 May 2011 07:59 PM PDT

Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi  
Perubahan adalah suatu yang bersifat sunatullah. Namun perubahan mesti dipimpin agar menepati tuntutan Amal Islami, sementara jamaah atau parti ini memperjuangkan Islam. Malah perubahan mesti didokong oleh penggeraknya [Rijaalut taghyir] yang memahami matlamat dan objektif Jamaah Islam yang didokong ini.
Sifat positif pada sebuah perubahan yang digerakkan ialah untuk menganjak prestasi dan kualiti jamaah ke suatu tahap yang lebih baik dan cemerlang.
Read More / Baca Lagi >>

Antara fitnah dan fakta

Posted: 26 May 2011 07:56 PM PDT

oleh Muhammad Zir

27 MEI – Orang Melayu yang menyertai DAP adalah pengkhianat bangsa. Ini fitnah. DAP mahu menghancurkan bangsa Melayu. Ini juga fitnah.
Selepas apa yang disebut sebagai tsunami politik pada pilihan raya umum 2008, sejarah Malaysia seolah-olah sedang ditulis semula. Apa tidaknya, zaman 1940 – 50-an dahulu, kita dihantui dengan sentimen perkauman, komunis, cauvinis dan agama – walau ada sedikit sebanyak kebenarannya, terlalu banyak pula berbalut fitnah. Kini, ia kembali seperti zaman-zaman gelap itu.
Sekarang, penghinaan UMNO-Barisan Nasional ke atas DAP hanya bertujuan mencipta persepsi buruk masyarakat kepada DAP, dengan impian untuk terus berkuasa. Tidak lebih dari itu. Kita tidak hairan, malah boleh maafkan, jika UMNO tidak tahu atau tidak memahami prinsip serta perjuangan DAP.
Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT