Khamis, 26 Mei 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


IBU PEJABAT PARTI MAHU DILELONG, JANGAN BUAT TIDAK KISAH

Posted: 26 May 2011 07:31 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BERMACAM dugaan yang dihadapi oleh PKR sejak ianya ditubuhkan. Dugaan paling hebat dan masih dibelenggu adalah fitnah jahat ke atas Ketua Umumnya DS Anwar, kemudian mula berjangkit kepada ahli keluarga beliau sehingga laporan Polis terpaksa dibuat.

Dugaan seterusnya adalah terdapat cubaan untuk mengharamkan PKR itu sendiri seolah-olah PKR ini seperti satu kumpulan gerila atau pemberontak. Paling memalukan, cubaan untuk mengharamkan PKR ini cuba dibuat kununnya melalui tatacara profesional oleh kerajaan tetapi apa yang mereka lakukan memperlihatkan kecuaian mereka sendiri di dalam melaksanakan tugas sebagai kakitangan kerajaan. Sama seperti pihak Polis menyaman pejalan kaki yang tidak memakai topi kaledar.

Baru-baru ini terbaca pula laporan bahawa bangunan Ibu Pejabat PKR di Tripocana, Petaling Jaya bakal dilelong kerana pemiliknya dikatakan tidak membayar ansuran kepada Bank.

Bendahari PKR, YB William menjelaskan, " NONEBuat masa ini PKR menyewa bangunan lima tingkat itu daripada sebuah syarikat dengan sewa bulanan antara "RM10,000 hingga RM20,000". "Kami hanya menyewa. Tuanpunya tidak bayar. Ini bukan pinjaman kami dan kami tidak berhutang dengan bank. Kami cuma penyewa. "Saya tidak tahu mengapa mereka tidak bayar. Mungkin (pemiliknya) ada masalah perniagaan dan tidak dapat membayar pinjaman mereka," katanya (Malaysiakini)

Tidak mustahil jika ada tekanan dari atas, maka pihak bank akan mempercepatkan usaha melelong bangunan tersebut sebelum Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang. Jika ini berlaku, maka sudah pasti PKR akan menghadapi masalah untuk menggerak dan menguruskan parti berkenaan. Sehubungan itu, PKR mulai sekarang harus berfikir sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Negeri Selangor adalah sebuah kerajaan yang diperintah oleh PR, bahkan MB Selangor adalah pimpinan di dalam PKR. Tergamakkah kita melihat PKR diusir umpama `binatang' angkara tuan punya bangunan itu berhutang dengan pihak lain? Bukan tujuan kita mahu Kerajaan Selangor menggunakan wang rakyat untuk membiayai atau membeli bangunan pejabat untuk PKR, tetapi apakah salah jika PKR dapat menyewa atau lebih baik lagi dapat membeli mana-mana bangunan kepunyaan Kerajaan Negeri Selangor?

NONEMemang kita akui PKR bukan parti kaya raya seperti parti di sebelah sana yang hidup mereka penuh dengan korupsi. Tetapi kita harus ingat, untuk menunjukkan kita mampu ke Putrajaya kita mesti juga menunjukkan ketrampilan parti kita. Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau bermewah dengan pejabat yang besar, tetapi memadai kita tidak lagi dihina dan diusir sesuka hati dan pada bila-bila masa.

Kita berharap pimpinan parti dapat melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh parti. Jangan kesemua ini mahu dibebankan ke atas kepala DS Anwar semata-mata sedangkan kita tahu beliau sekarang sudah banyak menanggung beban akibat fitnah musuh-musuh disekelilingnya.

Jangan lupa berbakti kepada parti sendiri yang telah memberikan peluang untuk kita berkuasa di sebuah negeri yang kaya raya./wfauzdin.blogspot.com

CUCU MAT KILAU MAHU BERTANDING, BIAR BETUL !!

Posted: 26 May 2011 02:02 AM PDT

Penulis bersama CMK (tengah) ketika di Program
Maqasid Syariah di Kuantan baru-baru ini


Oleh: WFAUZDIN NS


PAHANG Daily Online hari ini menyiarkan berita yang dipetik dari Blog Cucu Mat Kilau (CMK) bahawa bekas ahli PKR itu berhasrat untuk bertanding di dalam PRU ke 13 nanti. Kita sedia maklum bahawa CMK setakat ini masih belum berparti tetapi dari gerak kerja beliau seolah-olah menjurus kepada perjuangan Pakatan Rakyat (PR).

Di dalam PR, kita ada PKR, PAS dan DAP dan kesemua parti ini memperjuangkan hak dan keadilan buat rakyat jelata tidak mengira kaum dan agama. CMK pun di dalam alasannya untuk bertanding di dalam PRU akan datang nanti adalah juga untuk memperjuangkan nasib rakyat. Jika kita bertanya kepada Umno pun, itu lah juga tujuan mereka menyertai pilihanraya. Alasan sedemikian adalah perkara biasa buat parti-parti politik.

Bezanya, CMK mahu mencuba memperjuangkan nasib rakyat tanpa melalui jemaah atau parti. Jika mahu disamakan boleh lah juga disamakan dengan MP Pasir Mas, Ibrahim Ali yang sentiasa menyebut untuk memperjuangkan rakyat bawahan. Tetapi, CMK jauh lebih mulia dari Ibrahim Ali yang sinonim disebut Ibrahim `al-kataki' atau raja katak itu kerana MP Pasir Mas ini `khianat' kepada amanah yang diberi oleh PAS yang meminjamkan kerusi kepadanya. CMK tidak begitu, beliau keluar parti dan tidak pernah khianat kepada sesiapa.

Sebelum ini saya ada menulis bahawa CMK bakal bertanding di Parlimen Pekan untuk menentang Najib. Mungkin di atas faktor-faktor kewangan yang agak tinggi untuk bertanding di Parlimen, CMK mula berfikir hanya untuk bertanding di Dun sahaja. Masalahnya, apakah CMK akan memulakan `khianat' kepada bekas partinya dahulu mahupun kepada rakan sekutu di dalam PR? Ini adalah kerana difahamkan kesemua Dun di Negeri Pahang akan ditandingi oleh salah satu parti di dalam PR. Ertinya, jika CMK ingin juga bertanding mahu atau tidak, CMK terpaksa berdepan juga dengan rakan-rakan beliau di dalam PR. Di dalam politik, inilah satu `pengkhianatan'.

Jadi, jalan terbaik dan untuk menjaga namanya yang selama ini dilihat `bersih', wajar rasanya CMK memasuki mana-mana parti samada PAS atau DAP. Kita tahu, beliau sememangnya aktif di dalam beberapa program ceramah anjuran PR di negeri ini termasuk juga di dalam beberapa perhimpunan atau demontrasi anjuran NGO atau PR. Tentulah janggal rasanya CMK secara tiba-tiba ingin `berlengan' dengan rakan-rakannya itu. Walaupun CMK bukan berniat untuk `khianat' rakan sendiri, tetapi tindakan beliau nanti dibimbangi akan mengubah persepsi orang terhadapnya.

Saya menyatakan sedemikian bukan kerana saya bimbang PR akan tewas akibat pecahan undi jika CMK bertanding, tetapi saya merasa bimbang jika segala perjuangan CMK selama ini mula dianggap oleh rakyat sebagai `tidak ikhlas' angkara tergamaknya CMK menentang rakan-rakan di dalam PR. Mungkin ada cara untuk mengelakkan anggapan ini iaitu dengan PR memberi laluan kepada CMK untuk bertanding di mana-mana kerusi Dun yang bersesuaian buatnya. Tetapi, adakah PR bersedia untuk berbuat demikian di saat PR komited untuk merampas Pahang dari Umno/Bn? Saya rasa tidak mungkin, kerana pada waktu ini pun di kalangan PR masih berusaha memancing untuk mendapatkan kerusi yang lebih untuk parti masing-masing. Tentulah tidak lojik jika PR boleh menyerahkan satu kerusi kepada CMK.

Ada rakan bertanya kepada saya, mungkinkah CMK mengistiharkan dirinya untuk bertanding di dalam PRU nanti semata-mata mahu bikin `gempak' dan menguji `pasaran' nilainya? Rakan saya memberi andaian bagaimana jika ada parti yang sanggup menawarkan `habuan' kepada CMK agar menarik diri dari bertanding? Saya tidak mahu memberi komen kerana setakat saya kenal CMK, maruah beliau tidak akan menjadi `semurah' itu.

Kesimpulannya, secara peribadi elok sangatlah CMK sertai mana-mana parti di dalam PR terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk bertanding. Mungkin ada parti yang bersedia untuk memberi peluang kepada CMK menjadi calon kerana beliau memang layak dan boleh menjadi calon, tetapi bukan calon Bebas./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: