Selasa, 24 Mei 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KITA PATUT SOKONG KJ `SEMENTARA WAKTU'

Posted: 24 May 2011 08:17 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SETIAUSAHA Agung PKR, YB Saifuddin Nasution menganggap Ketua Pemuda Umno YB Khairi Jamaludin (KJ) bersandiwara apabila KJ membantah kenaikan harga petrol yang kemungkinan besar akan berlaku dalam masa terdekat. Munasabahnya dakwaan YB Saifuddin adalah berdasarkan pengalaman lalu di mana KJ di antara yang kuat menyokong kenaikan harga petrol ini sewaktu Bapa Mertuanya Pak Lah menjadi PM.

Hari ini, KJ berkata tidak wajar YB Saifuddin menuduhnya sedemikian dan menyifatkannya sebagai serangan peribadi. "Apa salahnya sekiranya pendekatan saya berubah sedikit setelah mendapat pengalaman dari sejarah?," (Malaysiakini). Saya juga tidak senang dengan tuduhan YB Saifuddin terhadap KJ hanya kerana peristiwa lampau. Saya sokong KJ di dalam kenyataannya di atas yang membawa maksud iaitu beliau `sudah berubah'. Jadi, sewajarnya kita sokong perubahan positif beliau itu.

KJ berkata beliau telah belajar dari pengalaman lalu. Di antara yang telah KJ pelajari adalah Kerajaan Bn terpaksa `gadai' 4 negeri kepada Pembangkang dan gagal merampas Kelantan dari PAS di dalam PRU ke 12 yang lalu. Paling memeritkan buat KJ adalah kerusi PM yang baru diduduki oleh Bapa Mertuanya terpaksa ditinggalkan akibat tekanan dari dalam partinya dan di luar parti. Itu lah hasil dari kerja yang menyusahkan rakyat.

Apakah salah untuk KJ mengingatkan Najib tentang sejarah buruk buat Bn ini? Sebab itu saya katakan bahawa YB Saifuddin sepatutnya beri peluang kepada KJ untuk bertindak `berani' melawan `tokeh' demi kepentingan rakyat. Kita lihat dahulu setakat mana KJ boleh `melembut'kan hati Najib yang mungkin berlembut hanya kepada Rosmah sahaja.

Apabila KJ menyebut menentang kenaikan harga petrol atau penarikan subsidi minyak untuk `sementara waktu' di saat rakyat sedang susah, itulah sebenarnya yang merisaukan kita. Perkataan `sementara waktu' itu subjektif. Mungkin sementara sebelum Pilihanraya Umum Ke 13, dan selepas itu dibenarkan kenaikan harga petrol.

Apa pun, rakyat yang perlu berfikir semasak-masaknya. Rakyat bukan tidak biasa dengan janji-janji manis pemimpin Umno selama lebih 50 tahun. Mengapa rakyat tidak boleh mencuba janji-janji yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat seperti yang terkandung di dalam Buku Jingga? Janji berkenaan harga petrol sahaja, Pakatan Rakyat berjanji untuk menurunkan harga petrol dalam tempoh 24 jam sahaja bukan menunggu sehingga 50 tahun. Masakan kita tidak berani mencuba?

Jika kita telah mencuba mereka melebihi 50 tahun, ternyata kita hanya dipermainkan maka bijakkah kita terus memberi Umno peluang lagi? Jangan kita salahkan kaum Cina yang terlebih dahulu bijak di dalam politik sedangkan kita masih dibuai mimpi dengan `ketuanan Melayu' yang hakikatnya banyak menyusahkan Melayu./wfauzdin.blogspot.com

TIMB PRESIDEN PAS - TUAN IBRAHIM SEKAT PELUANG MAT SABU?

Posted: 24 May 2011 02:23 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS buat Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang akhirnya bersetuju untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PAS. Saya secara peribadi awalnya menyokong Sdr Mat Sabu bertanding jawatan nombor dua tersebut tetapi setelah Us Tuan Ibrahim sanggup sertai pertandingan ini, maka tiada pilihan lagi melainkan menyokong Pesuruhjaya PAS Pahang ini.

Mat Sabu mulanya harapan ramai tetapi kemunculan Us Tuan Ibrahim mungkin menyebabkan berlaku lagi pecahan undi seperti pemilihan yang lalu. Adakah kali ini rezeki masih kekal kepada Us Nasha akibat pecahan undi? Mungkin ada yang berpendapat kemasukan Us Tuan Ibrahim bukan untuk memenangi jawatan tersebut tetapi hanya untuk menyelamatkan Us Nasha. Saya tidak pasti perkara ini, tetapi jika tidak benar sekali pun keputusan Us Tuan Ibrahim itu tentunya melegakan Us Nasha.

Sedikit sukar buat Mat Sabu dengan perkembangan mutakhir ini. Tetapi, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Saya harap kali ini biarlah Timbalan Presiden PAS mendapat undi yang tinggi walaupun pertandingan tiga penjuru. Apa sekalipun, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ketiga-tiga pemimpin ini komited di dalam perjuangan Islam, cuma stail masing-masing sahaja mungkin bderbeza./wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Video seks : DSAI fail saman-balas terhadap Hishammuddin

Posted: 24 May 2011 08:22 PM PDT

 Oleh M. MAGESWARI

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan tuntutan balas terhadap saman fitnah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung dakwaan fitnah yang mengaitkannya dengan video seks.

Anwar turut menuntut kos, faedah dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Hishammuddin memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung penayangan video yang memaparkan aksi seks pelaku mirip seorang pemimpin pembangkang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Hishammuddin, 50, selaku plaintif mendakwa, Anwar memfitnah dengan mengaitkannya dengan penayangan video kepada wartawan pada 21 Mac lalu.

Keesokan harinya, selepas membuat laporan polis berkenaan video tersebut, Anwar yang dinamakan sebagai defendan telah bercakap kepada pihak akhbar di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Plaintif mendakwa, kata-kata semasa wawancara itu yang kemudiannya diterbitkan oleh akhbar telah memfitnah dirinya serta merendah-rendahkannya dalam kapasiti beliau sebagai menteri.

Artikel itu antara lain membawa maksud, plaintif bertanggungjawab menayangkan dan mengatur penayangan video itu di Hotel Carcosa Seri Negara serta berkomplot dengan Perdana Menteri dan pihak atasan polis berhubung penayangan itu.

Plaintif berkata, pernyataan yang dibuat oleh defendan adalah benar-benar palsu terhadap beliau dan tiada kewajaran serta berniat jahat untuk merosakkan reputasi, memalukannya sebagai ahli politik sehingga menyebabkan beliau telah diheret dalam skandal umum dan dibenci.

Sehubungan itu, beliau memohon injunksi untuk menghalang bekas Timbalan Perdana Menteri itu daripada terus menerbitkan kata-kata fitnah itu terhadapnya serta menuntut permohonan maaf dalam akhbar kebangsaan yang dipilih oleh beliau.

Hishammuddin turut menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang tidak dinyatakan jumlahnya serta kos.

Misteri : Kucing masuk lokap

Posted: 24 May 2011 07:40 PM PDT

SKUDAI – Misteri penemuan seekor kucing hitam didakwa jelmaan individu yang mengamalkan ilmu hitam menggemparkan penduduk Jalan Laksamana, Taman Ungku Tun Aminah, di sini.

Kisah berkenaan terus menjadi tajuk perbualan hangat di kalangan orang ramai kerana haiwan terbabit dikatakan sering ditemui apabila serbuan dilakukan sebaik sahaja suara jeritan penduduk kedengaran setiap kali azan berkumandang.

Berkat doa dan solat hajat secara berjemaah selepas selesai isyak malam kelmarin, sekumpulan anak muda berjaya menangkap kucing hitam itu di tandas rumah seorang penduduk.

Kucing jadian itu dimasukkan dalam sangkar dan dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk pengawasan selama 24 jam.

Ia bertujuan untuk memastikan sama ada haiwan terbabit boleh menjelma sebagai manusia, namun tiada sebarang perubahan dilihat selepas sehari kucing hitam itu berada di perkarangan balai polis itu.

Imam Masjid Laksamana, Ahmad Tahir Mohamed, berkata, kucing itu dilepaskan di Sungai Skudai, petang semalam dengan harapan ilmu hitam itu hanyut dibawa arus.

"Kejadian yang berlaku sejak dua bulan lalu menggusarkan penduduk kerana beberapa rumah di sini di pecah masuk yang melibatkan kerugian ribuan ringgit.

"Penyamun berkenaan dipercayai mengamalkan ilmu hitam dan terpaksa memenuhi kehendak untuk melengkapkan ilmunya yang didakwa akan berakhir pada malam Jumaat ini.

"Modus operandi penyamun ini ialah masuk rumah melalui atap belakang. Dakwaan orang ramai berasas, apabila dikejar penyamun ini. Ia akan berakhir dengan penemuan kucing itu," katanya.

Menceritakan kejadian ketika menangkap jelmaan terbabit, Ahmad Tahir berkata, haiwan berkenaan bertindak agresif dengan menggigit salah seorang anak muda yang cuba menangkapnya.

"Keadaan fizikalnya amat pelik dengan mata yang berwarna kemerah-merahan, telinga yang sedikit panjang umpama kucing hutan dan tidak ada bunyi dengusan ketika ditangkap.

"Saya tidak pernah melihat kucing seperti treler (panjang). Tidak sama seperti kucing biasa. Saya percaya ini ada kaitan dengan ilmu hitam," katanya.

Kegusaran penduduk di situ tercetus sejak dua bulan lalu, apabila lebih tujuh kejadian pecah rumah di kawasan itu dilaporkan.

Atas rasa keprihatinan tersebut, 40 penduduk taman itu lakukan pemantauan secara sukarela di waktu malam

"Kami bersembunyi di atas pokok selama beberapa jam untuk menjejaki penyamun ini. Salah seorang penduduk turut tercedera kerana cubaan menangkap jelmaan itu.

"Kami terpaksa berjaga setiap malam sejak dua bulan lalu, dan turut dapat kerjasama polis. Kami bersyukur dan berharap kejadian ini tidak berulang lagi," katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Ruslan Hassan enggan mengulas.

"Tiada sebarang laporan yang dibuat oleh orang ramai," katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Dalam pada itu, kejadian mistik ini turut dipanjangkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata, kesahihan kejadian jelmaan seperti itu tidak dapat dikenal pasti sama ada benar-benar berlaku atau tidak.

Menurutnya, kejadian seumpama itu juga ada kalanya bergantung kepada kepercayaan masing-masing.

"Saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak dan adanya kewujudannya seperti itu, jelmaan itu benar-benar berlaku atau tidak, boleh jadi betul atau boleh jadi tak betul, saya tidak pasti, ia terpulang kepada kepercayaan individu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam. - SH

Felda boros - Pinjam duit KWSP RM6 bilion

Posted: 24 May 2011 01:23 AM PDT

Mungkin berkaitan dengan Felda sejak diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan kawalan kewangan yang keterlaluan dan digunakan secara boros.

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa Felda telah meminjam RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung masalah kewangan yang dialami organisasi itu.

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman mendakwa, pihaknya mendapat maklumat Felda telah berbuat demikian namun tidak dapat memastikan kesahihannya.

Bagaimanapun, katanya persoalan ini mungkin berkaitan dengan Felda sejak diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan kawalan kewangan yang keterlaluan dan digunakan secara boros.

Antaranya pelaburan Felda dalam Syarikat Twin Rivers Technology US Inc (TRT US) pada tahun 2007 yang berjumlah RM 270 juta, dan pelaburan Felda melalui Felda Global Ventures Sdn Bhd berjumlah RM500 juta di Cincinnati dan Boston.

"Felda juga membayar faedah persaraan kepada bekas Pengerusi Tan Sri Dr Yusof Nor berjumlah RM 84,923 serta membayar elaun Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Felda berjuta ringgit setiap tahun," katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS di sini hari ini.

Minta penjelasan Felda

Justeru beliau meminta pengurusan Felda dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menjelaskan perkara ini.

"Untuk apa wang RM 6 bilion ini dipinjamkan? Bagi tujuan apa? Kerajaan mesti membuat penjelasan segera kerana ia memberi implikasi sangat buruk kepada pengurusan Felda keseluruhannya," katanya.

Sebelum ini Mazlan mendakwa Felda mengalami kemerosotan rizab Felda namun dinafikan Ahmad Maslan.

"Alasan yang digunakan Datuk Ahmad berhubung kemerosotan rizab Felda yang merosot dari RM 4.08 bilion pada 2004 kepada RM 1.35 bilion pada 2009 adalah ia digunakan untuk menampung kos peneroka.

"Namun dakwaan Felda meminjam daripada KWSP ini amat mengejutkan dan kita mahu tahu apa yang berlaku," kata Mazlan yang turut sangsi dengan keuntungan yang diperoleh Felda.

Persoal METC

Tegas AJK PAS Pusat itu, sekiranya dakwaan itu tidak benar satu penafian perlu dibuat pengurusan Felda dan Ahmad.

Sementara itu, Mazlan juga meminta agar Felda menjelaskan tentang status anak-anak peneroka yang meneruskan pengajian di Pusat Latihan Kejuruteraan Penerbangan Malaysia (METC) di Subang, Selangor.

"Anak menerima aduan mengenai status anak peneroka yang belajar di METC, walaupun peluang belajar di sana satu langkah yang dialu-alukan tetapi ia mesti telus dan Felda mesti jawab persoalan ini.

"Yang pertama apakah status terkini program itu? Berapa kos sebenar untuk seorang pelajar? Apakah jenis lesen yang akan mereka dapat?

Adakah benar dakwaan kos yang dibayar Felda terlalu mahal? Setakat manakah

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Tok Yen yang Istimewa

Posted: 24 May 2011 02:47 AM PDT



Merenung Sejenak
Assalamualaikum dan salam blogger,
dalam hidup kita sehari-hari kita sering bertemu dengan pelbagai kerenah manusia,ada antaranya yang menyakitkan hati tak kurang juga ada yang kita rasakan sangat istimewa bahkan pelik.

Ada yang pernah berjumpa dengan seseorang yang tidak dikenali tiba-tiba menunjukkan jalan ketika tersesat di "tanah suci"tanpa di minta pertolongan.
Ada dikalangan manusia istimewa ini yang saya kenal.mulutnya masin(kata orang tua)apa sahaja yang diucapkan insyaallah pasti terjadi

Pengalaman saya denga seorang tua yang istimewa yang dipanggil Tok ayah di kampung saya,dia memang terkenal dengan seorang yang penyabar dan tak cakap banyak.mudah mersa dengan orang.tak ada seorang penduduk pun yang tak suka dia.

Apa yang menarik pada Tok Ayah ni,selepas setiap kali dia datang ke kedai saya akan ramailah pelanggan datang pada hari tu.Apa kah keistimewaan yang Tok Ayah ada wallahu'alam.

Itu kisah warga tua istimewa di kampung saya,kita baca pula kisah warga tua istimewa di negara jiran kita Thailand seperti tajuk N3 ni.
--------------------------------
Tok Yen(YEN KIAU MANI) berasal dari Pechburi Thailand
walaupun kini beliau telah meninggal dunia..tapi cerita dan kisah hidupnya amat menarik..
mari kita selami kisah Tok Yen
Sejak kematian Isterinya dia tidak dapat tinggal dirumah,,kenangan dan cintanya amat mendalam..lalu beliau memilih tinggal dalam perahu kecil..tidur makan dan mencari ikan untuk dujual dan makan sendiri..

Tok Yen dikatakan seorang yang sangat peramah dan yang lebih istimewa lagi walaupun dia tidak berpelajaran tinggi namun kata katanya amat bernas dan mendalam..

Sewaktu orang menziarahinya dia asyik melayan para tamu ditepi sungai,,kerana lewat orang suruh dia makan..tapi jawabnya..saya dah makan setiap hari,,tapi orang melawat saya lama lama sekali dan tak makan lagi.

Sewaktu Wangnya dicuri..beliau berkata..
pencuri tu tak ada wang,kalau ada mana dia nak ambil hak orang..

Tok Yen kuat bekerja tak suka meminta minta..

Antara kata-kata Tok Yen yang menarik ialah :

Tengoklah pada Kepah dan Kerang..tak ada tangan tak ada kaki masih dapat mencari makan..apa pasal dengan kita maknusia yang ada kaki ada tangan kalau malas kerja malulah pada kepah dan kerang

-dipetik dari blog zaree-muhamad.blogspot.com -

-ijoks2009-
Keistimewaan seorang manusia itu bukan terletak pada pangkat ,darjat ,taraf pendidikan atau pakaian yang dia pakai tapi pada tutur kata dan budi bicara serta iman didada masing-masing.
Jangan mudah menghina orang berdasarkan luaran semata-mata ,boleh jadi dia hina di mata manusia tapi mulia disisi Allah.
fikir-fikirkan bersama..
Cari N3 lama-lama disini

KARPET KUNING

KARPET KUNING


Tragedi Tanah Runtuh: Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Hidayah Madrasah Al-Taqwa

Posted: 24 May 2011 07:14 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Sex video: Anwar files counter-claim against Hishammuddin

Posted: 24 May 2011 09:18 PM PDT

Sex video: Anwar files counter-claim against HishammuddinKUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim is seeking for unspecified damages from Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein for slander in relation to the sex video implicating him.
Anwar has filed his counter-claim against Hishammuddin's defamation suit.
He is also seeking for costs, interest and other relief deemed fit by the court.
Hishammuddin has accused Anwar of defaming him and has sought a High Court order for the Opposition Leader to make a public apology for linking him to the release of the sex video.
He wants Anwar to pay him costs, interests and any other relief deemed fit by the court.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysian subsidy review may signal election delay as oil climbs

Posted: 24 May 2011 09:17 PM PDT

Malaysian subsidy review may signal election delay as oil climbsFaztu Sabtu, a pharmacy supervisor in Kuala Lumpur, has about 100 ringgit ($33) left every month after paying for rent, food, fuel, groceries and utilities. That may soon dwindle.
Malaysia is due to decide this week whether it will trim subsidies for gasoline, diesel and electricity, which could result in higher prices.
"The government is making our lives more complicated," said Faztu, 20, whose salary of 1,090 ringgit a month would take him three years to purchase a Proton Saga FL sedan. "I would be quite upset" if fuel and power prices rise, he said.
Faztu's plight shows the dilemma for Prime Minister Najib Razak, who needs to keep the budget deficit under control without allowing an inflation spiral that would alienate voters. A 41 percent jump in oil costs in the past year has increased pressure to raise state-controlled prices, which may prompt Najib to delay holding an election until next year, said Manokaran Mottain, a senior economist at AmResearch Sdn. in Kuala Lumpur.
Read More / Baca Lagi >>

DAP - going after the Malay vote seriously

Posted: 24 May 2011 09:16 PM PDT

DAP - going after the Malay vote seriouslyThe DAP has always claimed to be a multi-racial party but has always struggled to win over Malays in any large numbers to its Malaysian Malaysia banner.
In the 1980s, it had a prominent Malay in the late Ahmad Nor, the Cuepacs president who was a firm believer in the party's struggles.
In recent times, the DAP has recruited the prominent Tunku Abdul Aziz, a co-founder of the Malaysian chapter of Transparency International, as its vice-chairman.
The party had hoped that more Malays would follow him.
His recruitment five months after the March 8, 2008 general election was hailed as the way to go for the multi-racial but Chinese-dominated DAP as it seeks to replace the MCA and Gerakan as the main contender for the support of the Chinese.
Read More / Baca Lagi >>

Projek Lynas: Panel IAEA perlu ikut piawaian keselamatan

Posted: 24 May 2011 09:09 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengingatkan panel pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang dilantik kerajaan Malaysia supaya mematuhi kod keselamatan IAEA dalam skop kerja penilaian mereka.
Beliau memaklumkan bahawa pakar tersebut akan membantu kerajaan Malaytsia membuat penilaian terhadap Lynas Advanced Material Plant (LAMP) dari 29 Mei hingga Jun ini.
"Kenyataan bahawa kerajaan Malaysia mengguna khidmat IAEA untuk menilai berhubung bahan berbahaya dan penggunaan material yang mengandung aktiviti radioaktif akan menjadi isu utama.
"Namun sekali lagi persoalannya adalah apakah ia mengikut piawaian keselamatan yang akan digunakan sebagai penanda aras," ujarnya dalam satu kenyataan media.
Fuziah berkata, warga Kuantan memiliki hak untuk mengetahui standard yang digunakan, iaitu sama ada menggunakan piawaian negara China, Australia atau pun piawai IAEA antarabangsa.
"Panel pakar IAEA berkemungkinan adalah mereka yang pro nuklear dalam kapasiti mereka. Namun peranan mereka adalah sebagai penilai, bukannya menjadi 'promoter' untuk 'tugas tertentu' di Kuantan," kata Fuziah.
Read More / Baca Lagi >>

Cabar DAP keluar PR : Kalau berani, ayuh Umno keluar BN

Posted: 24 May 2011 09:08 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Umno boleh keluar daripada BN jika merasakan sudah mendapat sokongan kuat dari orang Melayu.
"Kita sudah cadangkan berulang kali sekiranya Umno merasakan dia sudah mendapat sokongan kuat dari orang Melayu ayuh dengan segera keluar dari BN," ujarnya.
Beliau menyatakan demikian sebagai kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar DAP supaya keluar daripada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Kalau berani berbuat demikian, barulah parti DAP boleh dikatakan sebagai 'anak jantan'," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan komputer riba '1Malaysia' kepada 2,876 pelajar sekolah menengah dalam Parlimen Bagan Datoh, semalam, sebagaimana laporan Bernama.
Beliau menyatakan perkara itu sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengumumkan DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.
Read More / Baca Lagi >>

MCA desak JPA batalkan sesi temuduga biasiswa

Posted: 24 May 2011 09:05 PM PDT

mca post cc meeting pc 130311 chua soi lekPresiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mahu jemaah menteri campurtangan bagi mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membatalkan amalan sesi temuduga pelajar sebelum mereka ditawarkan biasiswa luar negara.

Menurut beliau, perkara berkenaan akan ditimbulkan oleh keempat-empat anggota MCApada mesyuarat kabinet hari ini.

"(Pengagihan biasiswa-biasiswa luar negeri) mesti berdasarkan keputusan peperiksaan, walaupun temu duga tidak begitu baik…tapi jika mendapat semua A+, pelajar perlu diberi biasiswa," katanya kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden MCA, semalam.

Empat menteri MCA itu adalah Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Chor Chee Heung, Menteri Pelancongan Ng Yen Yen , dan Menteri Pengangkutan Kong Chor Har.
Read More / Baca Lagi >>

Second post-mortem for teen shot by cops, court rules

Posted: 24 May 2011 09:05 PM PDT


The family outside the police station in Damansara with PKR MP R. Sivarasa two weeks ago after they made their police report. — Picture by Choo Choy May
SHAH ALAM, May 25 — The High Court today granted the family of the late Mohamad Johari Abu Bakar a second post-mortem, but asked the family to pay for it. Johari was killed in an alleged shootout with police two weeks ago.
"As a Muslim, I am duty bound to expedite the burial...the body needs to be buried as soon as possible.
"There is no objection provided the applicant bear the costs of the second post-mortem," said Judge Datuk Wira Mokhtar Baki.
Johari's family has accused a government pathologist of failing to consult and inform them of the first post-mortem done on the 17-year-old on May 13.
Dr Abdul Karim Tajuddin, the government pathologist in Hospital Serdang, conducted a post-mortem on the teenager.
Read More / Baca Lagi >>

‘Govt abused power when detaining activist’

Posted: 24 May 2011 09:03 PM PDT

Lawyer See Chee How is bent on seeking justice for Malaysian Election Observer-network (MEO-net) leader BK Ong who was unfairly deported to Penang yesterday.

KUCHING: Malaysian Election Observer-network (MEO-net) leader BK Ong's lawyers have accused the state authorities of abusing their power and detaining Ong "as if he is a criminal".
Counsel See Chee How said Ong was in Sarawak to help instil political awareness, especially on the importance of voter registration among the natives.
Ong has found out that in some areas like Belaga and Baram between 20% and 30% of the population have registered themselves as voters.
Sarawak, See said, needed people like Ong to help voter registration.
"After all, he is spending his own money for a worthy cause. I want to see that justice is done to Ong by taking the authorities to court, and at the same time to raise the issue at the State Legislative Assembly during its meeting next month," said See, who is also Batu Lintang assemblyman.
Ong was picked up by enforcement officers of the Sarawak Immigration Department yesteday morning while on his way to the Bengoh dam.
Read More / Baca Lagi >>

Panelis : Kumpulan ‘Erdogan’ dalam PAS?

Posted: 24 May 2011 08:58 PM PDT

Panelis perjelas definasi Erdogan dalam konteks PAS

KUALA LUMPUR: Dua calon jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja PAS Pusat, Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad sepakat golongan Erdogan dalam PAS merujuk kepada perbezaan pendekatan dan aliran pemikiran.
"Perbezaan yang wujud hanya dari sudut aliran pemikiran dan pendekatan berbeza untuk mencapai benda yang sama seperti lebih inklusif," kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.
Beliau berkata demikian dalam satu forum bertajuk "Pemilihan PAS: Mampukah PAS membuat lonjakan?" di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar PAS ke 57 : Calon Naib Presiden PAS perlu bentang manifesto

Posted: 24 May 2011 08:56 PM PDT

"Ini memandangkan terdapat seramai 14 nama dicalonkan untuk merebut hanya tiga jawatan naib presiden dalam parti," kata Dr Hatta Ramli.
KUALA LUMPUR: Calon yang bertanding untuk jawatan Naib Presiden pada pemilihan Muktamar PAS 3 Jun depan perlu membentangkan manifesto, visi dan misi mereka serta apa yang boleh disumbangkan oleh mereka," kata Bendahari Agung Dr Hatta Ramli.
Beliau berkata, ini memandangkan terdapat seramai 14 nama dicalonkan untuk merebut hanya tiga jawatan naib presiden di dalam parti.
Mereka memerlukan pelantar untuk mengetengahkan pandangan, manifesto dan wawasan mereka.
"Dengan cara ini, barulah kita boleh bandingkan hasrat dan pencapaian calon," jelas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (AJK Pusat) itu di ibu pejabat parti itu di sini semalam.
Bagaimanapun beliau yang dicalonkan untuk jawatan Naib Presiden dan AJK Pusat dalam sesi pemilihan muktamar pada 3 Jun ini sehingga ini belum memutuskan samada untuk bertanding dua jawatan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Bad math and dirty politics: Umno's election strategy set to backfire

Posted: 24 May 2011 08:55 PM PDT

Bad math and dirty politics: Umno's election strategy set to backfire Recently, the DAP has come in for criticism that it was slow to reform and remained trapped in its own age-old politics. Accusations it was dragging its feet to become more inclusive in its lineup to greater Malay and Indian representation were met with resistance, and some die-hard DAP supporters were even quick to rebut and condemn the allegations as a racial slur against DAP.
Lately, Umno vice-president Ahmad Zahid Hamidi 'exposed' DAP's intention to field Malay candidates in various constituencies as being just a ploy to fool the Malays. He warned them not to be taken in by the party's sinister deception. He said DAP was now identifying suitable Malays to contest seats in states like Perak, Melaka and Negeri Sembilan, so that eventually a DAP menteri besar could be sworn in.
"We've managed to sniff out the plan which is concocted without the knowledge of PAS and PKR (Parti Keadilan Rakyat). I'd like to remind PAS and PKR not to become a mere tool of the DAP," Bernama had reported Zahid as saying.
Read More / Baca Lagi >>

‘GST will bury Najib and BN’

Posted: 24 May 2011 08:54 PM PDT

Big businesses won't be paying the general sales tax (GST) and we, end-consumers, will be 'subsidising' the big boys.

Implementing the General Sales Tax (GST) will be another nail in the coffin for the Barisan Nasional government. In almost all cases where the GST was introduced, it has raised a lot of discontent.
Governments have fallen because of the GST and Finance Ministers have resigned.
I hope, the government's tax package is not an attempt to trick workers into thinking that they will be better off after the proposed tax cuts.
I also hope it will not trick people into thinking that they will be better off after the so-called "compensation", despite the introduction of a goods and services tax (GST).
Consider this. Our tax base is perhaps only 15%, i.e. only about 15 percent of the population pays tax.
The balance have not or were not paying taxes – kampong people, self-employed, ordinary folks outside the tax bracket.
Read More / Baca Lagi >>

Buku Jingga - Sambutan hebat dari penduduk Keratong

Posted: 24 May 2011 08:48 PM PDT

Oleh Suhaimi Said

Saya sampai di rumah Sdr Rosni Arshad di Felda Keratong 6 lebih kurang jam 2.45 petang, 20.5.11 untuk menghadiri Majlis Taklimat mengenai Buku Jingga, perkara 8, Pemansuhan Felda Plantation bertujuan mengagih-agihkan lot-lot ladang kepada yang layak menerimanya terutamanya anak-anak peneroka Felda dari Generasi Ke-2 dan Ke-3.

Pada waktu itu Sdr Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Cabang Rompin bersama isterinya sudah berada di rumah Rosni. Sdr Hamsi dan isterinya juga sudah berada disana.


Mulai jam 3.00 petang, rumah Rosni itu sudah mulai didatangi oleh peneroka-peneroka Felda dari seluruh kawasan Keratong, peneroka-peneroka dan generasi ke-2 dan ke-3, ada yang berkereta dan ada yang bermotosikal.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu tetap tanding, tidak kisah tiga penjuru

Posted: 24 May 2011 08:45 PM PDT


KUALA LUMPUR, 25 Mei — Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu tetap mahu bertanding jawatan timbalan presiden parti walaupun kemungkinan terpaksa berdepan dengan saingan tiga penjuru pada pemilihan bulan depan.
Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man secara rasmi mengumumkan mahu bertanding jawatan timbalan presiden walaupun sebelum ini menegaskan tidak berminat turun gelanggang kerusi nombor dua parti itu.
Selain itu, penyandang jawatan itu Nasharudin Mat Isa juga telah mengumumkan akan mempertahankan kerusi yang disandang sejak dua penggal lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Biar kerajaan hilang pendapatan tapi rakyat dapat untung

Posted: 24 May 2011 08:43 PM PDT

Oleh SARINA ISMAIL

 SIK, 24 Mei 2011 – "Kerajaan negeri kehilangan cukai tanah, PKNK kehilangan pendapatan tapi tuan-tuan dan puan-puan menikmati keuntungan berganda, dapat duit pampasan, tanah rumah dan kebun getah yang siap ditoreh."

Demikian antara ucapan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak di Majlis Penyerahan Tanah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) kepada kerajaan negeri.

"Peristiwa ini amat bersejarah kerana dengan penyerahan ini membolehkan proses pemberian hak milik tapak rumah dan tanah pertanian kepada penduduk terlibat disegerakan," sambungnya lagi.

Read More / Baca Lagi >>

Babi Pun Tahu Bersyukur...!!!!

Posted: 24 May 2011 08:42 PM PDT


Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kayu, dijumpai berkurun masihi di AlamAnda Putrajaya, cuma orang yang menulisnya tidak dapat dikesan.... hahaha...

Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan di fikirkan bersama, bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manusript dibawah. Aminnnn..!!!!

Seorang Nasrani berkata,
Read More / Baca Lagi >>

Mari Belajar Sifat Haiwan Paling Rakus Di Dunia.

Posted: 24 May 2011 08:38 PM PDT

Lu orang pernah ambik tau tak...pasal ujudnya haiwan/binatang yang rakus seantero dunia..??? Kalau tak tau meh sini gua nak bagitau, so... kita bermula dengan haiwan/binatang yang terkenal kerakusannya dari tangga ke sepuluh hingga yang paling unggul di dunia ini...;  

10. Ulat Beluncas;


Ulat ini mungkin yang terkecil di antara 10 haiwan lainnya. Ulat ini dikenali sebagai "eating machine". Sepanjang menjadi ulat, ulat ini akan memakan daun-daun dengan amat rakus. Membesar 1000 kali hanya dalam masa 2 bulan. Persiapan sebelum berubah menjadi kupu-kupu yang indah.
Read More / Baca Lagi >>

Bila ‘utusan’ menjadi pedang Umno

Posted: 24 May 2011 08:36 PM PDT

Oleh: wanibrah

"Sebuah akhbar nasional sudah sah sebagai penyebar khabar fitnah terhadap parti Islam PAS. Paling jelas, acap kali akhbar itu memutar isu-isu yang dicakapkan oleh pemimpin PAS secara songsang. Malah turut menyiarkan tohmahan dan kenyataan prasangka pemimpin Umno terhadap PAS.

Akhbar yang dikatakan 'pemangkin fikiran rakyat' itu adalah sebenarnya sudah menjadi surat beracun yang mempamerkan nilai fikiran 'celaru' (mental disorder) tatkala menyiarkan berita dan ulasan terhadap PAS dan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan. Ia sudah sah sebagai akhbar yang mewakili 'golongan penentang' kepada segala usaha pentadbiran Islam yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Read More / Baca Lagi >>

Bob Lokman jadi ulamak

Posted: 24 May 2011 08:33 PM PDT

Oleh 21Halim

"Bob Lokman jadi ulamak. Dia pakai jubah santai macam Sultan Kelantan pakai. Dengan kopiah dan janggut berandam rapi, penampilan beliau sebagai ulamak tidak dinafikan lagi. Tambah pula biji tasbih di genggaman jari dan tongkat sebagai pelengkap aksesori.

Ini bukan lakonan mengada-ngada tetapi betul-betul punya!
Demikian perwatakan Bob Lokman semalam (Isnin 23 Mei 2011) di Mersing Kanan, Mersing. Selepas tamat acara orang ramai  berpusu-pusu menunggu untuk dapatkan autograf sebagai imbalan membeli buku berjodol, Aku, Isabela dan Tok Kenali.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Mat Salleh yang benci Lynas dan sayang Malaysia

Posted: 24 May 2011 08:00 PM PDT

Kita mulai menjadi bangsa yang kebas

Posted: 24 May 2011 07:58 PM PDT

Oleh A Samad Said
TENTULAH ada yang sempat merasakan bahawa bangsanya kini sedang mulai kebas. Banyak peristiwa berlaku hampir secara memburu—khususnya soal pertarungan kuasa yang ternyata amat berat sebelah.
Dan, ini, sengaja dimungkinkan oleh media arus perdana yang tampaknya memang cenderung menjadi media arus durjana. Media begini cenderung, malah sengaja, menghantar atau mengapungkan hanya berita-berita sebelah pihak. Kita hadir, mereka tidak. Kita penting, mereka tidak. Malah, kita benar, mereka tidak. Begitulah.

Segala yang buruk tetap saja di pihak oposisi; sedang yang baik pasti saja di pihak pemerintah. Dengan begitu, kita hanya "dibenarkan" atau "dipaksa" untuk melihat hanya wajah—dan batin—bangsa yang sebelah saja.
Read More / Baca Lagi >>

Bingkisan Sarawak untuk Malaysia

Posted: 24 May 2011 07:56 PM PDT

oleh Steven Sim

Prestasi hebat Pakatan Rakyat dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini telah mengembalikan semangat perjuangan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Benar, yang tersurat dalam PRN Sarawak  ini ialah Barisan Nasional menang majoriti dua pertiga. Tetapi yang tersirat, dan lebih menggemparkan, ialah Pakatan Rakyat telah mendapat sejumlah undi popular yang besar dari SEMUA kaum di Bumi Kenyalang.
"Kekalahan" paling besar dalam PRN Sarawak itu ditanggung oleh UMNO dan Barisan Nasional di peringkat pusat. Ini kerana, sudah jelas hegemoni UMNO menunggu dipecahkan sehabis-habisnya. Kini rakyat tidak mengundi parti pemerintah secara lalai atau pun default. "Fixed deposit" undi BN di Sarawak kini tidak boleh diharapkan untuk menyumbangkan undi tetap kerusi Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Economists sceptical of Lynas plant multiplier effect

Posted: 24 May 2011 07:52 PM PDT


A file picture of the Lynas plant in Gebeng under construction March 19, 2011. — Picture by Choo Choy May
KUALA LUMPUR, May 25 — Economists doubt Lynas Corp's claim that its Kuantan rare earth plant will have a tenfold multiplier effect as its regional economy impact is limited. Pahang welcomes the RM700 million refinery which the Australian mining giant said earlier this month will create an annual RM4 billion multiplier effect and turn the Gebeng industrial zone into the centre of a "rare earth ecosystem".
RAM Holdings Bhd chief economist Dr Yeah Kim Leng said multiplier effect for industrial projects usually range from 1.2 to 1.4 times, depending on the extent of upstream and downstream "inter-industry linkages".
"You're basically taking the raw material from Australia and producing rare earth," he told The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Di sebalik tabir Buku Jingga

Posted: 24 May 2011 07:50 PM PDT

Sejak merdeka, negara kita telah membangun dengan terbinanya banyak bangunan-bangunan baru, kampung-kampung dan bandar-bandar baru termasuk kilang-kilang yang besar. Ini kita anggap sebagai kerja-kerja mengisi ruang kemerdekaan yang telah kita kecapi. Semua yang kelihatan pada zahir ini, adalah benda fizikal yang tercipta dari perlaksanaan kata-kata iaitu dari janji-janji yang ditabur dalam pilihan raya yang lepas-lepas. Pencapaiannya tidak kita ragui sama sekali.
Semua 'benda-benda fizikal' ini dibina menerusi wujudnya institusi-institusi penting, iaitu institusi legislatif (perundangan), eksekutif (pelaksanaan) dan kehakiman. Ketiga-tiganya penting, ia merupakan tulang belakang kepada sistem pentadbiran negara. Namun, sistem ini telah dimanipulasi oleh pihak eksekutif dengan menggunakan institusi legislatif untuk kepentingan politik dan peribadi segelintir pemimpin negara. Sesuai dengan kata bidalan, sambil menyelam minum air.
Salah guna kuasa (dalam maksud lebih besar) berlaku hanya apabila golongan elit yang punya kuasa tanpa had atau gagal dihadkan oleh legislatif dan kehakiman. Hampir mustahil seorang yang berjawatan "biasa", misalnya, sebagai Penolong Pegawai Tadbir atau Penghulu, mampu memanipulasi atau mengarah pihak legislatif untuk menipu demi kepentingan beliau atau kumpulannya. Dan, apa yang telah kita lihat akhir-akhir ini, pihak legislatif dan eksekutif telah bersekongkol memanipulasi sistem tanpa segan silu lagi. Maka inilah yang dimaksudkan dengan krisis, masalah budaya dan amanah yang songsang, telah merosakkan sistem pentadbiran kita.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Pusat Tidak Tunai Janji,Masih Amal Projek RundingTerus

Posted: 24 May 2011 07:46 PM PDT