Selasa, 24 Mei 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Tok Yen yang Istimewa

Posted: 24 May 2011 02:47 AM PDT



Merenung Sejenak
Assalamualaikum dan salam blogger,
dalam hidup kita sehari-hari kita sering bertemu dengan pelbagai kerenah manusia,ada antaranya yang menyakitkan hati tak kurang juga ada yang kita rasakan sangat istimewa bahkan pelik.

Ada yang pernah berjumpa dengan seseorang yang tidak dikenali tiba-tiba menunjukkan jalan ketika tersesat di "tanah suci"tanpa di minta pertolongan.
Ada dikalangan manusia istimewa ini yang saya kenal.mulutnya masin(kata orang tua)apa sahaja yang diucapkan insyaallah pasti terjadi

Pengalaman saya denga seorang tua yang istimewa yang dipanggil Tok ayah di kampung saya,dia memang terkenal dengan seorang yang penyabar dan tak cakap banyak.mudah mersa dengan orang.tak ada seorang penduduk pun yang tak suka dia.

Apa yang menarik pada Tok Ayah ni,selepas setiap kali dia datang ke kedai saya akan ramailah pelanggan datang pada hari tu.Apa kah keistimewaan yang Tok Ayah ada wallahu'alam.

Itu kisah warga tua istimewa di kampung saya,kita baca pula kisah warga tua istimewa di negara jiran kita Thailand seperti tajuk N3 ni.
--------------------------------
Tok Yen(YEN KIAU MANI) berasal dari Pechburi Thailand
walaupun kini beliau telah meninggal dunia..tapi cerita dan kisah hidupnya amat menarik..
mari kita selami kisah Tok Yen
Sejak kematian Isterinya dia tidak dapat tinggal dirumah,,kenangan dan cintanya amat mendalam..lalu beliau memilih tinggal dalam perahu kecil..tidur makan dan mencari ikan untuk dujual dan makan sendiri..

Tok Yen dikatakan seorang yang sangat peramah dan yang lebih istimewa lagi walaupun dia tidak berpelajaran tinggi namun kata katanya amat bernas dan mendalam..

Sewaktu orang menziarahinya dia asyik melayan para tamu ditepi sungai,,kerana lewat orang suruh dia makan..tapi jawabnya..saya dah makan setiap hari,,tapi orang melawat saya lama lama sekali dan tak makan lagi.

Sewaktu Wangnya dicuri..beliau berkata..
pencuri tu tak ada wang,kalau ada mana dia nak ambil hak orang..

Tok Yen kuat bekerja tak suka meminta minta..

Antara kata-kata Tok Yen yang menarik ialah :

Tengoklah pada Kepah dan Kerang..tak ada tangan tak ada kaki masih dapat mencari makan..apa pasal dengan kita maknusia yang ada kaki ada tangan kalau malas kerja malulah pada kepah dan kerang

-dipetik dari blog zaree-muhamad.blogspot.com -

-ijoks2009-
Keistimewaan seorang manusia itu bukan terletak pada pangkat ,darjat ,taraf pendidikan atau pakaian yang dia pakai tapi pada tutur kata dan budi bicara serta iman didada masing-masing.
Jangan mudah menghina orang berdasarkan luaran semata-mata ,boleh jadi dia hina di mata manusia tapi mulia disisi Allah.
fikir-fikirkan bersama..
Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: