Selasa, 24 Mei 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Video seks : DSAI fail saman-balas terhadap Hishammuddin

Posted: 24 May 2011 08:22 PM PDT

 Oleh M. MAGESWARI

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan tuntutan balas terhadap saman fitnah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung dakwaan fitnah yang mengaitkannya dengan video seks.

Anwar turut menuntut kos, faedah dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Hishammuddin memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung penayangan video yang memaparkan aksi seks pelaku mirip seorang pemimpin pembangkang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Hishammuddin, 50, selaku plaintif mendakwa, Anwar memfitnah dengan mengaitkannya dengan penayangan video kepada wartawan pada 21 Mac lalu.

Keesokan harinya, selepas membuat laporan polis berkenaan video tersebut, Anwar yang dinamakan sebagai defendan telah bercakap kepada pihak akhbar di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Plaintif mendakwa, kata-kata semasa wawancara itu yang kemudiannya diterbitkan oleh akhbar telah memfitnah dirinya serta merendah-rendahkannya dalam kapasiti beliau sebagai menteri.

Artikel itu antara lain membawa maksud, plaintif bertanggungjawab menayangkan dan mengatur penayangan video itu di Hotel Carcosa Seri Negara serta berkomplot dengan Perdana Menteri dan pihak atasan polis berhubung penayangan itu.

Plaintif berkata, pernyataan yang dibuat oleh defendan adalah benar-benar palsu terhadap beliau dan tiada kewajaran serta berniat jahat untuk merosakkan reputasi, memalukannya sebagai ahli politik sehingga menyebabkan beliau telah diheret dalam skandal umum dan dibenci.

Sehubungan itu, beliau memohon injunksi untuk menghalang bekas Timbalan Perdana Menteri itu daripada terus menerbitkan kata-kata fitnah itu terhadapnya serta menuntut permohonan maaf dalam akhbar kebangsaan yang dipilih oleh beliau.

Hishammuddin turut menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang tidak dinyatakan jumlahnya serta kos.

Misteri : Kucing masuk lokap

Posted: 24 May 2011 07:40 PM PDT

SKUDAI – Misteri penemuan seekor kucing hitam didakwa jelmaan individu yang mengamalkan ilmu hitam menggemparkan penduduk Jalan Laksamana, Taman Ungku Tun Aminah, di sini.

Kisah berkenaan terus menjadi tajuk perbualan hangat di kalangan orang ramai kerana haiwan terbabit dikatakan sering ditemui apabila serbuan dilakukan sebaik sahaja suara jeritan penduduk kedengaran setiap kali azan berkumandang.

Berkat doa dan solat hajat secara berjemaah selepas selesai isyak malam kelmarin, sekumpulan anak muda berjaya menangkap kucing hitam itu di tandas rumah seorang penduduk.

Kucing jadian itu dimasukkan dalam sangkar dan dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk pengawasan selama 24 jam.

Ia bertujuan untuk memastikan sama ada haiwan terbabit boleh menjelma sebagai manusia, namun tiada sebarang perubahan dilihat selepas sehari kucing hitam itu berada di perkarangan balai polis itu.

Imam Masjid Laksamana, Ahmad Tahir Mohamed, berkata, kucing itu dilepaskan di Sungai Skudai, petang semalam dengan harapan ilmu hitam itu hanyut dibawa arus.

"Kejadian yang berlaku sejak dua bulan lalu menggusarkan penduduk kerana beberapa rumah di sini di pecah masuk yang melibatkan kerugian ribuan ringgit.

"Penyamun berkenaan dipercayai mengamalkan ilmu hitam dan terpaksa memenuhi kehendak untuk melengkapkan ilmunya yang didakwa akan berakhir pada malam Jumaat ini.

"Modus operandi penyamun ini ialah masuk rumah melalui atap belakang. Dakwaan orang ramai berasas, apabila dikejar penyamun ini. Ia akan berakhir dengan penemuan kucing itu," katanya.

Menceritakan kejadian ketika menangkap jelmaan terbabit, Ahmad Tahir berkata, haiwan berkenaan bertindak agresif dengan menggigit salah seorang anak muda yang cuba menangkapnya.

"Keadaan fizikalnya amat pelik dengan mata yang berwarna kemerah-merahan, telinga yang sedikit panjang umpama kucing hutan dan tidak ada bunyi dengusan ketika ditangkap.

"Saya tidak pernah melihat kucing seperti treler (panjang). Tidak sama seperti kucing biasa. Saya percaya ini ada kaitan dengan ilmu hitam," katanya.

Kegusaran penduduk di situ tercetus sejak dua bulan lalu, apabila lebih tujuh kejadian pecah rumah di kawasan itu dilaporkan.

Atas rasa keprihatinan tersebut, 40 penduduk taman itu lakukan pemantauan secara sukarela di waktu malam

"Kami bersembunyi di atas pokok selama beberapa jam untuk menjejaki penyamun ini. Salah seorang penduduk turut tercedera kerana cubaan menangkap jelmaan itu.

"Kami terpaksa berjaga setiap malam sejak dua bulan lalu, dan turut dapat kerjasama polis. Kami bersyukur dan berharap kejadian ini tidak berulang lagi," katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Ruslan Hassan enggan mengulas.

"Tiada sebarang laporan yang dibuat oleh orang ramai," katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Dalam pada itu, kejadian mistik ini turut dipanjangkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata, kesahihan kejadian jelmaan seperti itu tidak dapat dikenal pasti sama ada benar-benar berlaku atau tidak.

Menurutnya, kejadian seumpama itu juga ada kalanya bergantung kepada kepercayaan masing-masing.

"Saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak dan adanya kewujudannya seperti itu, jelmaan itu benar-benar berlaku atau tidak, boleh jadi betul atau boleh jadi tak betul, saya tidak pasti, ia terpulang kepada kepercayaan individu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam. - SH

Felda boros - Pinjam duit KWSP RM6 bilion

Posted: 24 May 2011 01:23 AM PDT

Mungkin berkaitan dengan Felda sejak diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan kawalan kewangan yang keterlaluan dan digunakan secara boros.

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa Felda telah meminjam RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung masalah kewangan yang dialami organisasi itu.

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman mendakwa, pihaknya mendapat maklumat Felda telah berbuat demikian namun tidak dapat memastikan kesahihannya.

Bagaimanapun, katanya persoalan ini mungkin berkaitan dengan Felda sejak diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan kawalan kewangan yang keterlaluan dan digunakan secara boros.

Antaranya pelaburan Felda dalam Syarikat Twin Rivers Technology US Inc (TRT US) pada tahun 2007 yang berjumlah RM 270 juta, dan pelaburan Felda melalui Felda Global Ventures Sdn Bhd berjumlah RM500 juta di Cincinnati dan Boston.

"Felda juga membayar faedah persaraan kepada bekas Pengerusi Tan Sri Dr Yusof Nor berjumlah RM 84,923 serta membayar elaun Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Felda berjuta ringgit setiap tahun," katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS di sini hari ini.

Minta penjelasan Felda

Justeru beliau meminta pengurusan Felda dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menjelaskan perkara ini.

"Untuk apa wang RM 6 bilion ini dipinjamkan? Bagi tujuan apa? Kerajaan mesti membuat penjelasan segera kerana ia memberi implikasi sangat buruk kepada pengurusan Felda keseluruhannya," katanya.

Sebelum ini Mazlan mendakwa Felda mengalami kemerosotan rizab Felda namun dinafikan Ahmad Maslan.

"Alasan yang digunakan Datuk Ahmad berhubung kemerosotan rizab Felda yang merosot dari RM 4.08 bilion pada 2004 kepada RM 1.35 bilion pada 2009 adalah ia digunakan untuk menampung kos peneroka.

"Namun dakwaan Felda meminjam daripada KWSP ini amat mengejutkan dan kita mahu tahu apa yang berlaku," kata Mazlan yang turut sangsi dengan keuntungan yang diperoleh Felda.

Persoal METC

Tegas AJK PAS Pusat itu, sekiranya dakwaan itu tidak benar satu penafian perlu dibuat pengurusan Felda dan Ahmad.

Sementara itu, Mazlan juga meminta agar Felda menjelaskan tentang status anak-anak peneroka yang meneruskan pengajian di Pusat Latihan Kejuruteraan Penerbangan Malaysia (METC) di Subang, Selangor.

"Anak menerima aduan mengenai status anak peneroka yang belajar di METC, walaupun peluang belajar di sana satu langkah yang dialu-alukan tetapi ia mesti telus dan Felda mesti jawab persoalan ini.

"Yang pertama apakah status terkini program itu? Berapa kos sebenar untuk seorang pelajar? Apakah jenis lesen yang akan mereka dapat?

Adakah benar dakwaan kos yang dibayar Felda terlalu mahal? Setakat manakah

Tiada ulasan: