Isnin, 23 Mei 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Dah Murtad Rupanya Dia ni

Posted: 23 May 2011 10:23 PM PDT

Isu Semasa

Aktres Turki yang posing bogel kat Majalah Playboy dah buat pengakuan dia bukan islam sebab mak dia dulu memang agama Islam tapi dah masuk Kristian…!!

Seorang pelakon berketurunan Turki, Sila Sahin yang beraksi dalam keadaan bogel untuk dua belas muka surat majalah Playboy Jerman edisi Mei mengaku dia bukan beragama Islam, lapor sebuah akhbar semalam.

Sila membuat pengakuan itu selepas banyak pihak menganggap dia merupakan gadis Muslim Turki yang pertama berbogel untuk majalah Playboy.

"Ibu bapa saya adalah penduduk Turki dan saya dibesarkan dalam komuniti Islam tetapi saya bukan beragama Islam. Orang ramai membuat andaian bahawa saya beragama Islam…"

"Saya tidak faham kenapa masyarakat menggunakan soal agama untuk menentang keputusan saya bergambar dalam majalah Playboy," kata anak tunggal berusia 25 tahun itu.

Aktres itu yang membintangi drama telenovela Jerman, Good Times, Bad Times menjelaskan, bapanya tidak menganuti sebarang agama manakala ibunya seorang wanita Islam yang bertukar kepada agama Kristian.



"Saya sentiasa dipesan supaya tidak keluar rumah, tidak boleh memiliki rakan lelaki, tidak perlu kelihatan menarik dan dilarang mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin." jelas Sila kepada akhbar News of the World semalam

Dia mencetuskan kontroversi apabila bercinta dengan dengan pelakon popular Jerman, Jörn Schlönvoigt, 24, selepas berpisah dengan teman lelakinya yang beragama Islam pada tahun lalu.

Sila yang menjadi wanita berketurunan Turki pertama yang berbogel untuk penerbitan majalah terkenal itu menerima pelbagai ugutan termasuk diberi gelaran pelacur dan wanita murahan Barat menerusi Internet daripada golongan fanatik Islam kerana dia disangka seorang Muslim.

Bosan dengan kawalan kebebasan ibu bapanya, Sila menerima tawaran Playboy yang meminta dia menjalani penggambaran fotografi bogel di Sri Lanka pada Mac lalu.

"Selepas bertahun-tahun mengikuti apa yang disuruh kepada saya, ia (bergambar bogel) merupakan satu bentuk kebebasan," kata Sila.

Namun, tindakannya berbogel itu menyebabkan saudara-mara Islamnya mendakwa ibu Sila tidak membesarkannya dengan menggunakan pendekatan yang betul. Ibunya itu juga enggan berbual dengan Sila ekoran penyiaran gambar bogel tersebut. – Agensi
Bebas? hmm bebas macam lembu terputus tali agaknya.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." 
(Al-A'raaf : 179)
INIPUN BINATANG TERNAK JUGA KAN

Cari N3 lama-lama disini

Pihak BerwajibTolong Ambil Serius Masalah Murtad

Posted: 23 May 2011 08:12 PM PDT

Isu Semasa


ADUAN KES MURTAD PUAN RUSINAH@NOORHASILAH BINTI SIBI@ABDULLAH
Tarikh: 01/12/2006

Kepada pihak yang berwajib sila ambil perhatian dan tindakan.

Puan Rusinah@Noorhasilah Binti Sibi, telah memeluk agama Islam dan mendaftarkan keIslamanya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), dan telah disaksikan oleh abangnya Jomon@Mohd Fikri Bin Sibi dan Mohd Lahab Bin Enul.

Puan Rusniah kemudian melarikan diri daripada rumah tanpa pengetahuan abangnya di Kuala Lumpur bersama kekasihnya yang beragama kristian bernama Encik Herwan Bin Oding. Puan Rusinah kemudian datang ke pejabat agama Islam daerah Pitas pada hari Isnin 27/11/2006 untuk memohon keluar daripada agama Islam. Pada hari Rabu 29/11/2006 Puan Rusinah telah melangsungkan perkahwinan dengan Encik Herwan Bin Oding di rumah pengantin perempuan di Kampung Porupuk.

Pengislaman Puan Rusinah bukannya terpaksa atau dipaksa oleh abangnya akan tetapi Puan Rusinah sendiri yang berkeras untuk memeluk agama Islam. Saya telah membuat aduan di Jabatan Agama Islam Pitas tetapi sehingga sekarang masih belum ada tindakan yang diambil.

Berkhidmat untuk agama.
Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr
wan_muallaf@yahoo.com
 Baca versi penuh klik disini

Sudah lebih 4 tahun tapi masih belum diambil tindakan lagi,memang menyedihkan jika kenyataan ini benar.
Pada saya isu murtad bukan isu individu dan ianya tanggung jawab bersama bukan hanya terletak dibahu pihak berwajib sahaja .Apa yang membezakannya ialah makin besar kuasa dan kemampuan sesuatu pihak ,maka makin besarlah tangungjawab yang harus dipikul dan akan dipertanggung jawab dihadapan Allah nanti.

Apa kita akan jawab jika kita ditanya dihadapan Allah nanti,apa yang kita buat ketika kita tahu ada dikalangan orang yang rapat dengan kita telah murtad dari agama Allah.Adakah kita hanya mampu mengeluh tanpa berbuat sesuatu setakat kemampuan kita.
Bagi pihak berwajib pula adakah mereka mampu menjawab dihadapan Allah nanti  jika ditanya soalan yang sama.Tepuk dada tanya iman.Saya cuba menyampaikan mesej-mesej Islam dalam blog yang saya ada ini sekadar ilmu dan kemampuan yang saya ada ,mudah-mudahan dapat lepas dari soalan-soalan macam ni diakhirat nanti.wasalam..



Cari N3 lama-lama disini

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Santai pagi : Semua naik - Ali Mamak

Posted: 23 May 2011 05:38 PM PDT

Isteri cerai suami? Boleh ker?

Posted: 23 May 2011 05:26 PM PDT

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

KANGAR - Seorang isteri yang menceraikan suaminya menerusi sepucuk surat taklik palsu daripada Jabatan Agama Islam Songkhla, Thailand Disember lalu rupa-rupanya pernah berkahwin dengan lelaki lain pada 2006 tanpa prosedur yang sah.

Ekoran pendedahan yang mengejutkan itu, permohonan suaminya, Yusri Ahmad Jusoh, 43, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam untuk mengesahkan perkahwinan mereka di negara jiran akhirnya terbantut.

Lebih malang, kegagalan wanita tersebut, Intan Fazilah Othman, 34, menghadirkan diri ke mahkamah telah memaksa Hakim Syariah, Azeeman Omar menangguhkan prosiding tersebut sekali lagi.

"Saya perlu mendengar keterangan dan melihat kes Intan berhubung dia mendakwa pernah berkahwin dengan lelaki lain sebelum mengahwini kamu (Yusri).

"Oleh itu, kamu (Yusri) mesti berusaha meminta isteri kamu (Intan) hadir di mahkamah menjelaskan perkara tersebut serta bukti berhubung dakwaan itu," kata Azeeman

Subsidi : Khairy bersandiwara, lagak 'hero' - Saifuddin

Posted: 23 May 2011 05:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Khairy Jamaluddin kini bersandiwara dalam isu subsidi dan harga barangan berbanding dengan pendiriannya tiga tahun lalu.

Saifuddin (gambar) berkata Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional itu memperlihatkan pendirian menyokong kenaikan harga barang ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan perdana menteri.

Abdullah meletakkan jawatan pada April 2009 dan digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak.

"Saya merujuk ucapan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seperti yang dilaporkan oleh media.

"Antara lain, Khairy menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat, mencadangkan kerajaan menyemak semula perbelanjaan untuk program PLKN yang berjumlah RM600 juta dan mencadangkan kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan," kata Saifuddin dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Minggu lalu Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau, melahirkan kebimbangan dengan kenyataan anggota Kabinet yang bertanggungjawab kepada hal ehwal pengguna bahawa rakyat perlu bersedia untuk menghadapi kenaikan harga petrol RON95.

Keputusan mengenai pelarasan subsidi dijangka diumumkan minggu ini.

Dalam kenyataannya, Saifuddin berkata, secara luarannya ucapan Khairy dilihat menentang penarikan subsidi dan kenaikan harga petrol dan barang keperluan oleh kerajaan.

"Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihan raya umum semakin dekat.

"Ini kerana pada tiga tahun lepas, Khairy membuat kenyataan yang jauh sama sekali bertentangan dengan kenyataan beliau hari ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.

Saifuddin berkata beliau telah menyemak ucapan Khairy di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 ketika membahaskan usul kenaikan harga petrol dan barangan yang dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika itu.

"Dalam ucapan tersebut, Khairy direkod 'hansard' sebagai berkata 'walaupun pahit dan mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat jelata, (namun) keputusan kerajaan menstrukturkan (menarik balik) subsidi merupakan satu keperluan ekonomi yang tidak dapat dielakkan'," kata Saifuddin.

Saifuddin mendakwa beliau juga berkata dengan menaikkan harga minyak dan harga barangan keperluan, kerajaan membuat keputusan yang bertanggungjawab, beramanah dan jauh memandang ke hadapan.

Kata Saifuddin, Khairy menambah bahawa walaupun rakyat terpaksa memikul beban hari ini, penstrukturan semula subsidi akan membawa sistem yang lebih adil dengan subsidi yang progresif.

"Harus diingat, petikan ucapan di atas adalah ketika bapa mertua beliau, Abdullah menjadi Perdana Menteri.

"Soalan saya, kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun," katanya.

Saifuddin menambah kenapa ketika bapa mertuanya menjadi perdana menteri, Khairy menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang, sedangkan ketika Najib menjadi pemimpin muda Umno itu terpaksa meminjam hujah Pakatan Rakyat yang konsisten menentang kenaikan harga barang dan penarikan subsidi kepada rakyat.

"Saya percaya ini, sikap sebenar Khairy adalah ketika bapa mertuanya menjadi perdana menteri dan sikapnya tidak pernah berubah, kecuali untuk mengabui mata rakyat dan berlagak hero menjelang pilihan raya ke-13," katanya. - TMI

Kak Minah Ronggeng buat laporan polis terhadap Harakah

Posted: 23 May 2011 01:53 AM PDT

Bekas ketua wanita PKR buat laporan polis terhadap Harakah
2011/05/23
GEORGETOWN: Bekas ketua wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah, hari ini membuat laporan polis berhubung laporan akhbar Harakah yang didakwa menyiarkan kenyataan fitnah kononnya beliau diumpan kebendaan oleh UMNO untuk mengkritik dan mendedahkan kelemahan kepimpinan PKR.

Katanya, laporan berita yang dikeluarkan pada Jumaat hingga Ahad lalu dibuat menerusi kenyataan Ketua Wanita PKR negeri, Norhayati Jaafar; Timbalan Ketua cabang PKR Bukit Mertajam, Jab Samad dan Setiausaha PKR cabang Jelutong, Anuar Kamarudin di Galeri Pejuang Cheruk Tok Kun baru-baru ini.

"Tujuan saya membuat laporan ini kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Norhayati di Galeri Pejuang Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam, dia memfitnah dan menyatakan saya diumpan kebendaan oleh UMNO dan menuduh saya bersama dengan golongan yang zalim, menyeleweng serta rasuah", katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani di sini.

Aminah berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang dan memberi tempoh seminggu kepada akhbar itu dan mereka yang terbabit membuat kenyataan itu untuk memohon maaf mulai hari ini. - BERNAMA

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BEGITULAH NASIB SI UMI HAFILDA

Posted: 23 May 2011 11:46 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MAK CIK Umi Hafilda yang semakin sinonim dengan raja sesumpah Ezam, boleh dikatakan memecah rekod `Guiness Book Of Record" atau setidak-tidaknya memecah rekod di Malaysia manusia yang paling banyak melakukan `sumpah'. Sumpahan beliau itu mungkin mengatasi mana-mana Menteri atau Ahli Parlimen di Malaysia yang bersumpah mengangkat setia di dalam Dewan.

Satu lagi kelebihan mak cik Umi yang dikatakan masih dara ini, beliau seorang betina yang paling kerap mencabar orang lain menyamannya. Kununnya itu tanda beliau bercakap benar selain dari sumpah yang mungkin dipelajari dari Ezam raja sesumpah. Peliknya, bila dia menyaman orang lain dia sambil lewa pula sampai Peguam dia pun tak hadir ke mahkamah.

Semalam, dilaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan peguam yang mewakili ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan terhadap bekas rakan perniagaannya dan pengendali laman berita Malaysiakini, supaya hadir ke mahkamah pada 13 Jun ini (Malaysiakini).

Sebelum ini Peguam beliau pun tidak hadir di dalam kes yang sama. Mungkin terlalu sibuk mak cik Umi ini berceramah dan mencarut di pelusuk tanahair untuk sesuap nasi. Maklumlah, siapa lagi yang mahu menanggungnya. Suami tiada, keluarga pula katanya sudah tidak mengaku lagi. Harapkan adik si Azwan Ali pula, lagi teruk kena hentam sampai disebut `wanita neraka ke tujuh' dalam Twitter. Jadi, terpaksalah bawa diri.

Gamaknya, mana Peguam mahu datang kalau banyak lagi pitih kendalikan kes belum berbayar. Itu ramalan saja, saya pun tidak berani mahu bersumpah laknat dalam masjid walaupun dibekalkan baju besi untuk menuduh sedemikian. Ramalan itu hanyalah kepada kebiasaannya jika kita tidak bayar, Peguam susah sikit mahu komited dengan tugasnya.

Apa pun, kita harapkan tidak berlaku sedemikian. Saya percaya mak cik Umi yang mendakwa kununnya beliau ada lagi 18 tape video seks itu akan meneruskan kes saman beliau di mahkamah. Bukan sedikit yang dituntut, RM 100 juta itu terlalu banyak dan cukup buat mak cik Umi pergi menunaikan Haji di Mekah nanti. Jika harapkan duit minyak dan duit poket setiap kali berceramah, susahlah sikit untuk ke Mekah. Mungkin lepas untuk membeli seluar dalam atau baju dalam saja./wfauzdin.blogspot.com

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Dah ada korban baru bertindak

Posted: 23 May 2011 05:22 AM PDT

From Pelangai dlm perhatian


Kg Pelangai adalah dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah YB Tn Haji Hasan b Malek merangkap Tim Menteri luar bandar. Malah beliau sendiri berasal dari Jemapoh yg berjiran dengan Pelangai. Kebetulan pula Arwah Md Zin b Maamin ayah Zamri juga berasal dari Jemapoh kawan sepermainan sewaktu zaman persekolahan.

Adalah terlalu mustahil berita ini tak sampai kepengetahuan Yb Hasan. Sedangkan pengerusi JKKK Kg Pelangai Tn Haji Md Nor dan Ketua Umno Cawangannya Yahaya (iya) adalah orang kuat beliau. Dan adalah terlalu mustahil tiada peruntukan Parlimen untuk bencana kecemasan.

Jangan ada lagi tunding menuding kononnya ini adalah kawasan adun Juasseh Md Radzi. Perkara seumpama ini pernah terjadi dua bulan yang lepas. Satu kebakaran rumah di Kg Ceriau KP yg turut mengorbankan tuan rumah. Pewaris cuba memohon bantuan bencana ke Parlimen KP...Jawapan yg diterima bantuan itu sepatutnya di tuntut kepada YB Adnan Adun KP.

Tolak menolak beginilah yang semakin membosankan rakyat. Kedudukan YB2 ini adalah amanah rakyat dengan kepercayaan masa pilihanraya. Adakah dana2 bantuan bencana tidak ada lagi.? Atau perlu digunakan untuk melobi menempatkan diri masing2 masa pemilihan Umno bahagian yg semakin rancak berjalan.

Jangan terlalu petah membelasah negeri pakatan seperti Selangor dgn hujah yg tiada berfakta, hampir tiada ruang untuk membentuk mendidik anak2 Melayu. Pentas merasmikan Sukan sekolah, PIBG dan apa jugak program yg tiada berkaitan dengan parti pun menjadi modal YB2 ini menjerit2 kepada Pakatan.

Sedangkan Selangor sentiasa memberi perhatian anak2 negeri. Bantuan kewangan dan pelbagai bantuan untuk pendidikan, anak kelahiran Selangor, kematian dan penggunaan air telah pun dilaksakan tanpa mengira fahaman politik.

Wahai penduduk2 Kuala Pilah.....kiranya dlm sebulan dua ini, YB2 ini masih menutup telinga. bermakna anda adalah mangsa ucapan retorik kononnya UMNO pembela bangsa. Jangan hanya leka berbelanja untuk menjual nama dengan papangan bena2 dan billboard hampir di setiap simpang jalan, termasuk billboard yang besar (pasti belanjannya besar) dan sering bertukar2 terpacak di tebing rumah arwah ibu beliau di Jemapoh...."Kuala Pilah maju bersama BN" konon.

Kiranya YB2 ini perihatin.....bantu sekarang...jangan dah disergah dlm SINAR atau blog2 baru bertindak. Atau dah ada yg terkorban seperti kejadian Hulu Langat baru bertindak??? Atau dah tidak tercalon lagi atau tumpas di pilihanraya baru tergadah.

Sumber SINAR: Rumah diancam hakisan tanah

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


P. Ramlee, kreativiti dan alif mim nun wau

Posted: 23 May 2011 07:33 PM PDT

Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh bin Teuku Nyak Karim  binti Che Mah binti Husin. @ P Ramlee
22 Mac 1929 - 29 Mei 1973


oleh Muhammad Zir-24 May 2011-Roketkini

Satu-satunya manusia yang masih terus diingati, dipuja dan diperkatakan melebihi susuk mana-mana ahli politik sebesar Tunku Abdul Rahman, Tun Razak atau Tun Mahathir sekali pun, hanyalah P.Ramlee. Kisah tentangnya atau karyanya akan senantiasa diputar di kaca TV dan Radio. Kita percaya, pengaruh ini akan kekal berpanjangan, melebihi ingatan rakyat kepada Tunku, Tun Razak atau pun Mahathir sendiri.

Kita semakin menyedari bahawa bakat dan karya beliau lahir dalam lingkungan persekitaran sebuah zaman perantaraan pra-kemerdekaan 40-an, merdeka 50-an dan pasca kemerdekaan 60-70-an. Bingkai masa ini sangat signifikan dengan perkembangan budaya, sosio ekonomi dan politik tanahair. Ini mungkin dapat memberi gambaran dengan lebih jelas tentang realiti budaya dan bangsa kita sendiri.

Era 40-an

Singapura pada sekitar tahun 40an merupakan kota besar. Kota yang menjadi tumpuan umum seperti mana Kuala Lumpur pada masa ini. Tetapi pada zaman itu, Kuala Lumpur bukanlah kota yang setanding Singapura, malah ia antara wilayah asing yang tidak menarik. Secara tidak rasmi, British menjadikan Singapura sebagai ibu kota Tanah Melayu. Kota ini juga menjadi idaman tentera Jepun sewaktu menakluk Semenanjung Tanah Melayu.

Pada zaman itu, kota ini bukan kota bangsa Melayu atau Cina, India, Arab atau Mat Salleh, tetapi ia adalah Kota Budaya. Kota ini menjanjikan kepelbagaian budaya yang merancakkan kegiatan hiburan, pembangunan dan perniagaan. Tidak hairanlah bila ia menjadi tumpuan artis, pengarah, penerbit dan peniaga dari seluruh dunia untuk bekerja dan menjadikan kota ini sebagai pusat industri seni dan hiburan yang besar. Pada masa itu, difahamkan industri filem Melayu di Singapura mempunyai kepakaran, teknologi dan budaya kerja yang standing, kalau pun tak lebih maju berbanding industri filem di Hong Kong dan Bollywood. Puncanya, bukan kerana insan seperti P.Ramlee, B.S. Rajan, L. Krishnan atau kilang filem Shaw Brothers, tetapi kerana pakej yang ada pada kota itu sendiri.

Kota Singapura

Bagaimana British membina kota ini? Secara ringkasnya, hasil dari politik Stamford Raffles dengan pembesar-pembesar Melayu khususnya bangsawan Johor, maka Singapura dapat ditadbir oleh beliau atau dengan lebih tepat lagi diurus oleh Syarikat Hindia Timur British. Pelabuhan dan perdagangan menemukan semua bangsa dari serata benua. Kota ini membangun dengan objektif menjadikan ianya sebagai pusat perniagaan. Keterbukaan pentadbiran Syarikat Hindia Timur British ini telah menjadikan ekonomi dan sosial wilayah Singapura hidup dengan segala macam persaingan yang aktif. Inilah kerangka bagaimana sebuah pulau menjadi kota budaya milik semua kaum yang bebas untuk berdagang.

Era berkarya

Era 40-50-an inilah kita melihat kelahiran karya-karya P.Ramlee dan juga karya dari seniman lain muncul dengan idea yang segar. Kita tidak akan lupa pada filem Ibu ('53) Panggilan Pulau ('54), Penarek Becha ('55), Anakku Sazali ('56), Sarjan Hassan ('58), Antara Dua Darjat ('60), Ibu Mertuaku ('62) dan banyak lagi. Zaman kegemilangan itu, industri filem dan muzik bukan bercita-cita untuk mengangkat martabat budaya bangsa (Melayu) atau untuk membuktikan kita 'Boleh', sebaliknya karya-karya dihasilkan semata-mata kerana semangat atau `berahi berkarya' atau dengan maksud lebih jelas, kerana budaya berkarya dalam industri. Itu sahaja.

Walau pun bukan kerana objektif yang `mulia', karya-karya ini jelas memaparkan budaya bangsa, tidak kira Melayu, Cina atau India. Bahasa pertuturan filem juga lebih bermutu daripada sekarang. Malah, kaum-kaum lain juga tidak menafikan kelebihan P.Ramlee sebagai seorang yang berbangsa Melayu yang amat kreatif, unik dan berbakat besar. Tidak ada salahnya sesuatu kaum itu mempunyai kelebihan dalam satu-satu bidang. Itu realiti bagi yang berusaha gigih. Pada masa itu, kaum Cina mendominasi aspek perniagaan, kaum Melayu mendominasi aspek kretiviti dan inovasi. Kerjasama antara tauke Cina kilang filem dengan karyawan Melayu amat jelas dan mudah – profesional.

Era P.Ramlee

Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia bersama Sabah dan Sarawak atas faktor keadaan politik pada masa itu. Selama tempoh itu, keadaan politik Tanah Melayu dan Singapura terus bergolak dengan mogok pekerja, pengaruh komunis dan isu perkauman, akhirnya pada Ogos 1965 Malaysia memecat Singapura dan ia menjadi sebuah negara republik.

Jika kita perhatikan antara awal tahun 50-an hingga petengahan 60-an, kita dapat melihat karya-karya yang bermutu dari P.Ramlee, tetapi selepas itu di Studio Merdeka Kuala Lumpur, mutu karya-karya P.Ramlee mula merudum, '64 Si Tora Harimau Jadian, '65 Ragam P. Ramlee, Dajal Suchi, '66 Sabarudin Tukang Kasut, '67 Sesudah Suboh, Keluarga 69, Anak Bapak, '68 Lain Jalan Ka-Shorga, Gerimis, Ahmad Albab , '69 Kanchan Tirana, Bukan Salah Ibu Mengandong, Enam Jahanam, '70 Dr. Rushdi, Gelora, '71 Putus Sudah Kaseh Sayang, Durjana, Jangan Tinggal Daku antaranya. Jika tidak kerana sejarah, karya-karya ini sememangnya tidak begitu tinggi mutu. Malah P.Ramlee sendiri mengakui kekecewaannya pada karya-karya era ini.

Apakah keadaan yang berlaku pada karya P.Ramlee mempunyai signifikannya dengan keadaan politik pada masa itu? Atau, apakah jenaka "..alif mim nun wau, alif tendang wau bunyinya sarkis.." dalam filem Pendekar Bujang Lapok itu hanya ungkapan sinis kosong beliau? Atau filem Antara Dua Darjat hanya sekadar kisah cinta terhalang kerana keturunan? Jenaka dan idea-idea beliau ini telah menjadikannya seniman yang paling berpengaruh kepada masyarakat. Untuk itu, barangkali dia harus membayar harga yang amat mahal pada hujung usianya apabila tersepit dengan arus politik yang dianngap sesetengah pemerhati seni budaya sebagai membunuh kreativitinya.

Era DEB

Di zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, dasar pentadbirannya tidak banyak berbeza dengan dasar penjajah British. Ruang sosial dan kegiatan kebudayaan Melayu tidak begitu dikawal – terbuka dan bebas. Hanya kebebasan politik dan ideologi dikawal ketat. Setelah berlaku rusuhan kaum pada 1969, Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri yang menggantikan Tunku, telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada awal 70-an. Dan ketika itu juga pada 1971, diadakan Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Secara objektifnya, dasar ini adalah untuk membela dan membangunkan taraf hidup kaum Bumiputera Melayu baik di bidang ekonomi mahu pun kebudayaan. Ketika dasar ini diperkenalkan, hampir tiada langsung bantahan dari rakyat malah dasar ini dianggap sebagai penyelamat kepada kaum Melayu.

Namun, dalam proses perlaksanaan dasar-dasar ini, barulah kelihatan sedikit demi sedikit kecacatannya. Walau pun DEB hanya diperkenalkan seawal tahun 1970, usaha tersebut telah digerakkan sejak Tun Razak menjadi Menteri Pelajaran yang pertama bagi Malaya selepas Perikatan menang pilihan raya persekutuan 1955.

Institusi dan dasar

Daripada Penyata Razak, ditubuhkan 'institusi' seperti Institut Bahasa Melayu Malaysia ( IBMM 1956) dan Balai Pustara iaitu kini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP 1957). Secara objektifnya, mendirikan institusi bukanlah suatu perkara yang salah, tetapi dasar dan proses pelaksanaannya menjadi satu persoalan paling besar. Penyata Razak dipertanggungjawabkan untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan, menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain. Kesemua ini tidaklah menjadi kesalahan kepada sesiapa pun, tetapi yang menimbulkan persoalan ialah niatnya – untuk mengawal dan bukan membebaskan.

Bagaimana mungkin bahasa yang ditutur diberi 'peranan' dan 'fungsi' menurut faham ahli politik? Bahasa harus dieja dan ditutur dengan betul, perkataan 'harus' ini bukan sekadar niat untuk mendidik tetapi 'mengawal' dengan akta-akta dan terma-terma yang akhirnya untuk kita – jangan buat kesalahan. Ini memberi maksud, kreativiti disekat oleh undang-undang. Beginilah gambaran bagimana kita memahami budaya (bahasa dan seni) dan pendidikan. Institusi yang dibina atas niat yang suci, pada akhirnya menjadi duri dalam daging bagi kaum Melayu sendiri. Kefahaman kepada kebebasan berbudaya semakin terhakis.

Selepas era Tun Razak, datang pula Tun Mahathir, beliau menyambung apa yang telah Tun Razak usahakan. Malah di zaman Mahathir, lebih banyak institusi ditubuhkan antaranya Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS). Semua ini akhirnya digunakan untuk orang politik menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh untuk seniman berkarya. Apa yang boleh ditulis, diterbit, dinyanyikan hinggalah apa yang patut karyawan buat. Akhirnya, tanpa sedar karyawan kita kerjanya hanya membuat kerja propaganda politik untuk orang politik.

Kepupusan budaya berkarya

Zaman pasca perang 40-an, sebelum adanya semua institusi ini, karyawan kita seperti P.Ramlee mampu berkreatif dengan senang hati dan hasil karyanya berkualiti baik dari segi idea, konsep dan teknikal. Tidak perlu bergantung pada dana dari kerajaan untuk berkarya, sebaliknya tauke-tauke filem berani melabur. Kekuatan ini tidak dapat dibandingkan selepas semua yang berkaitan seni diinstitusikan, hingga kini kita tidak memiliki apa-apa yang boleh dibanggakan selain daripada pencapaian dahulu. Kini kita terus hidup dalam memori indah Studio Jalan Ampas. Itu sahaja.

Dengan slogan pentadbiran kerajaan yang baru, slogan institusi yang indah-indah, skim untuk karyawan itu dan ini, bersilih ganti. Semua ini kononnya dengan niat untuk mengangkat martabat seni tempatan, filem dan muzik tempatan kepada dunia, hanyalah propaganda politik kepada masyarakat. Kerja tangan orang politiklah yang `membunuh' bakat seperti P.Ramlee. Hari-hari terakhir Seniman Agung itu penuh duka lara kerana `sekatan' institusi. Dengan budaya politik seperti ini, janganlah ada antara kita yang bermimpi akan lahir seorang lagi P.Ramlee. Jika P.Ramlee masih hidup sekali pun, mungkin tidak rela hidup membohongi diri sendiri.

"Keunggulan dan ketokohan P Ramlee dalam industri filem tidak dapat disangkal lagi, beliau adalah pengasas pembikin filem Singapura." Menteri Penerangan Singapura George Yeo di Pesta Filem Antarabangsa Singapura ke-12, 1999

Mungkinkah kebebasan untuk berkreativiti dan berkarya sudah pupus di Malaysia? – Roketkini.com

~penarik beca

~penarik beca


Penyakit kelaminnya kronik, tapi dok melalak panggil orang tiduri dia

Posted: 23 May 2011 11:22 AM PDT

Perancang bunuh yang lebih bangang dari sinetron

Posted: 23 May 2011 12:48 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Najib vs. Anwar: Epic Battle

Posted: 23 May 2011 06:28 PM PDT


Image
Such good friends
Wikileaks cables detail a struggle Najib has won so far


Hidden in thousands of pages of US diplomatic cables obtained by WikiLeaks and made available to Asia Sentinel, is a years-long battle for Malaysian political primacy between Prime Minister Najib Tun Razak and opposition leader Anwar Ibrahim.

It is a battle that Najib appears to have won, at least for now, having been named prime minister while an embattled Anwar remains in the dock, fighting charges that he sodomized an aide.

The cables, more than 900,000 words long and covering 15 years from 1993 to 2008, depict an Anwar who from the start saw Najib as a danger to him personally. He was in frequent touch with US Embassy officials, warning constantly that Najib was the perpetrator of a long series of corrupt acts in the procurement of defense equipment and that he was a danger to the exercise of democracy. 
Read More / Baca Lagi >>

Shazryl Eskay Abdullah tells the US that Malaysia is a terrorist safe haven

Posted: 23 May 2011 06:25 PM PDT

Even on Malaysian soil, Thai Malay militants did not feel safe from possible assassination or kidnapping.  On at least one occasion, a Thai bounty hunter had bribed local Malaysian police to abduct a separatist who was in Malaysia.  Eskay had intervened to release the target, whom the Malaysian police officer had locked in the trunk of his police car.


Raja Petra Kamarudin

S E C R E T SECTION 01 OF 03 KUALA LUMPUR 000263

SIPDIS
DEPT FOR EAP

E.O. 12958: DECL: 02/13/2027
TAGS: PREL, PGOV, PTER, PINR, MOPS, ASEC, TH, MY
SUBJECT: HONORARY CONSUL NOTES MALAYSIA AS SAFE HAVEN FOR THAI INSURGENCY, RELEVANCE OF OLD GUARD

REF: A. 06 KUALA LUMPUR 1764 - NO TEARS FOR THAKSIN
     B. 06 KUALA LUMPUR 1976 - SURAYUD'S VISIT
Read More / Baca Lagi >>

Terima Kasih UMporNO : RON95 dijangka naik 20 sen bulan depan..lagi mahal lagi baik.....

Posted: 23 May 2011 06:17 PM PDT


KUALA LUMPUR, 24 Mei — Harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika, demikian menurut AmResearch. Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding  30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008. Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.
Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.
Read More / Baca Lagi >>

Kutuk Nik Aziz: Umno Takut Dengan Munajat Anak Muda

Posted: 23 May 2011 06:13 PM PDT

.KOTA BHARU: Kenyataan NGO tajaan Umno, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengutuk kerajaan negeri Kelantan membayangkan ketakutan Umno terhadap kejayaan program Munajat Anak Muda Kelantan.

Demikian kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.
 
Beliau mengulas laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan berita mengutuk Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang kononnya menggunakan pelajar pondok dan tahfiz.
Read More / Baca Lagi >>

KETUANAN MELAYU

Posted: 23 May 2011 06:08 PM PDT

Re-Introduce Ration Card System to show government's sincerity in helping the poor.

 
By AMIN SHAH OMAR SHAH

The Naval Dockyard at Lumut was completed in 1984 at a cost of RM650 million to provide ship repairs and maintenance for RMN ships.
This Naval Dockyard was corporatised as Limbungan TLDM, a wholly owned government company. It had modern facilities to meet the total maintenance requirements of the Royal Malaysian Navy fleet, from hull repairs to major overhauls and from radar refitting to weapon systems refurbishment
In 1993, the then Defense Minister, Najib Razak, announced that the Royal Malaysian Navy will acquire 27 Patrol Vessels costing RM4 billion. Under the terms of contract, the contractor is obligated to deliver the vessels in stages with the first vessel to be ready by 1997-within 48 months after the signing of the agreement. The dockyard would then produce two ships a year.
Naval Dockyard Sdn Bhd was appointed the main contractor in a consortium with the German Naval Group and Penang Shipping Corporation (PSC-NDSB), led by Amin Shah Omar Shah.
Read More / Baca Lagi >>

Sedition Act outdated, says Nazri

Posted: 23 May 2011 06:05 PM PDT

The de facto law minister calls Ibrahim Ali a clown, but acknowledges his entitlement to freedom of speech.
PADANG RENGAS:  De facto law minister Mohd Nazri Aziz claims he advocates the scrapping of the Sedition Act, describing it as out of date in a Malaysia that has evolved into a broadminded society. "Controversial issues that were once considered taboo are now discussed openly and frankly in public without the fear of causing racial tension," he said when the subject of Perkasa leader Ibrahim Ali came up during a press conference here over the weekend.
He described the Sedition Act as having "no relevance in these modern times" and said the government was giving Ibrahim the same freedom of speech it had allowed the online media.
Read More / Baca Lagi >>

Nuridah Salleh kekal Ketua Muslimat PAS?

Posted: 23 May 2011 06:00 PM PDT

Ini memandangkan calon-calon lain yang layak, memilih untuk bertanding jawatan lain selain Ketua Dewan Muslimat tersebut.

PETALING JAYA: Penyandang Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dijangka menang tanpa bertanding dan sekaligus mengekalkan jawatan yang dipegang beliau sejak 2007 lalu.
Ini memandangkan calon-calon lain yang layak, memilih untuk bertanding jawatan lain selain Ketua Dewan Muslimat tersebut.
Antara calon yang layak bagi jawatan Ketua termasuklah timbalannya, Siti Zailah Mohd Yusoff serta dua Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dr Asiah Ali dan Dr Siti Mariah Mahmud.
Ketika dihubungi FMT Nuridah yang turut menerima pencalonan bagi jawatan Timbalan Ketua, Naib Ketua dan AJK itu masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu mengekalkan jawatan ataupun sebaliknya.
Read More / Baca Lagi >>

Informasi : 15 istana termegah dan terbesar di dunia

Posted: 23 May 2011 05:58 PM PDT

Tinggal di Istana adalah suatu impian bagi semua orang, namun kita belum tentu boleh tinggal di sana kecuali orang-orang tertentu. Istana memang Indah, berlimpahan kemewahan dan sebagainya. Tapi, kita hanya boleh melihat tanpa boleh tinggal di sana. Berikut istana-istana termegah dan terbesar yang ada di dunia.

1. Istana Hohenzollern. Jerman

By Trodel

2. Istana Howard. England

 By nick garrod
Read More / Baca Lagi >>

Hantu Melayu dan Cina datang Lagi

Posted: 23 May 2011 05:55 PM PDT

oleh Aria Dwarma

Dalam laman Twitternya, Datuk Mahfuz Omar telah memberi respon terhadap pelawaan UMNO kepada PAS mengenai isu yang sudah berulang-ulang dimainkan iaitu isu perpaduan Melayu. Mahfuz, Naib Presiden PAS, berkata (tweet): "Kalau dah Melayu kuasai BN, apa yang kecoh DAP menang kerusi Cina. Apa yang sibuk nak ajak Pas sertai BN kalau dah kuat. Bahalol betoi (betul) hang (kamu) ini."
Respon Mahfuz yang 'kecil' ini dianggap oleh Mohd Puad Zarkashi sebagai biadap, emosional, tidak mencerminkan nilai Islam hinggalah dianggap sebagai contoh buruk kepimpinan Islam. Begitulah reaksi 'besar' Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu yang juga Timbalan Menteri Pendidikan ke atas satu respon yang 'sekecil' itu.
Read More / Baca Lagi >>

Iktibar politik daripada seorang bekas banduan

Posted: 23 May 2011 05:52 PM PDT

oleh Zairil Khir Johari
"Saya bekerja untuk Lim Guan Eng."

Ayat ringkas di atas itu tidak pernah gagal mendapatkan saya sekurang-kurangnya secawan teh tarik percuma. Tiada sesiapa yang tidak ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai insan yang kini menjawat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Bagaimanakah perwatakan beliau? Adakah benar cerita ini atau cerita itu? Kerap kali soalan-soalan yang diajukan ternyata kurang munasabah, tetapi begitulah jadinya apabila saluran maklumat di negara kita menjadi mainan propaganda pihak yang berkuasa.
Jika berkesempatan, saya akan menerima minuman yang ditawarkan. 'Bayarannya' hanya sekadar meluahkan sedikit masa untuk menceritakan sedikit tentang seorang personaliti yang dikenali tetapi mungkin tidak difahami ramai.
Read More / Baca Lagi >>

Teresa Kok: DAP, Bahasa Malaysia dan orang Melayu

Posted: 23 May 2011 05:44 PM PDT

Sekarang DAP, dengan bantuan internet, telah dilihat sebagai sebuah parti pelbagai kaum. Walau pun sememangnya semenjak penubuhan DAP 45 tahun lalu, slogan perjuangannya adalah Malaysia Untuk Rakyat Malaysia atau Malaysian Malaysia. Mainan media Umno selama ini bahawa DAP sebagai parti untuk kaum Cina telah terhapus. Jadi apa pandangan saudari dengan adanya Roketkini berbahasa Malaysia?
Ya, ramai yang tak nampak, sebenarnya kita sudah ada akhbar Rocket dalam pelbagai bahasa sejak 1966 lagi. Mungkin kerana pembaca tak berapa banyak dan kami juga bagi secara percuma kepada Adun yang ingin menyimpan saja. Sebenarnya bukan kami tak mahu buat tapi kadang-kadang kesuntukan dana yang dihadapi parti kita, kerana parti kita bukan macam MCA, MIC, UMNO, ada tauke besar, ada dana, ada syarikat, yayasan semua itu untuk membantu mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Informasi : 12 menara tertinggi di dunia

Posted: 23 May 2011 05:41 PM PDT

Location : Paris
Height : 318 Meters
Floors :
Built : 1887

Location : Dubai
Height : 321 Meters
Floors :
Built : 1999

Location : Shanghai China
Height : 421 Meters
Floors : 88
Built : 1998
Read More / Baca Lagi >>

Tarif elektrik mampu pada kadar rendah walau tanpa subsidi gas

Posted: 23 May 2011 05:39 PM PDT

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa orang menteri berkaitan kemungkinan naiknya tarif elektrik dijangka pada bulan Jun 2011.
Isu kenaikan tarif elektrik di negara ini berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah yang dipaksakan ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk dimetrai bersama dengan syarikat Pengeluar Tenaga Swasta/Bebas, terutamanya dengan Pengeluar Tenaga Swasta generasi pertama.
Mantan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Ani Arope telah menyatakan kepada umum bahawa beliau tidak bersetuju dengan harga yang terlalu mahal yang dikenakan oleh Syarikat Pengeluar Tenaga Swasta ke atas TNB.  Harga yang dicatatkan iaitu 13.7 sen sehingga 15.5 sen per kWh (kilowatt hour), harga yang dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah harga yang lebih mahal dari harga yang dihasilkan sendiri oleh TNB.
Ini bermakna TNB dipaksa membeli elektrik pada harga yang tak sepatutnya.  Malahan harga tersebut ditetapkan sebagaimana dalam perjanjian, sepanjang membekalkan tenaga tersebut, harga yang dikenakan ke atas TNB berubah menuruti kadar terdahulu sekaligus membolehkan Syarikat Pengeluar Tenaga Swasta (IPP) mengaut keuntungan yang besar lebih awal.
Read More / Baca Lagi >>

Kematian Ahmad Sarbani: "Keterlanjuran" pegawai penyiasat cungkil keraguan

Posted: 23 May 2011 05:38 PM PDT

"Keterlanjuran" seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mencungkil keraguan balu kepada Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, yang pada asalnya telah "redha" dengan kematian suaminya.  Maziah Manap, terkejut dengan kenyataan "Bukan saya...Orang saya" dari bibir seorang pegawai penyiasat SPRM bernama Ghani, dalam satu perjumpaan pada 28 April 2011.
Maziah Manap (gambar kiri) membuat repot polis pada 2 Mei 2011 di Balai Polis Kelana Jaya, mengesyaki bahawa Ghani telah "terlepas cakap", semasa perjumpaan di pejabat Kastam dengan mendedahkan siapa yang bertanggungjawab di dalam kes kematian suaminya.  Maziah berharap agar polis akan menyiasat maklumat tersebut.
Dalam perjumpaan pada 28 April, Maziah telah meluahkan perasaannya kepada pegawai penyiasat, termasuk Ghani.  Di akhir luahannya, Maziah menyatakan bahawa dirinya redha dengan kematian suaminya, seterusnya bertanya soalan, "Apakah Encik Ghani akan buat sekiranya Encik Ghani berada di tempat saya?"
Apa yang mengejutkan Maziah adalah "jawapan yang perlahan daripada Ghani, yang menyatakan "BUKAN SAYA... ORANG SAYA".  Maziah menyusul dengan pertanyaan "ORANG?", namun Ghani terus mendiamkan diri dan Jariyana bt Yusof terus mengajak Ghani keluar kerana ada operasi.
Demikianlah repot polis yang dibuat oleh Maziah pada 2 Mei 2011, didedahkan oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang dalam satu ceramah di Tualang Seka pada malam 20 Mei 2011.
Read More / Baca Lagi >>

Penghuni kondominium hantar petisyen bantahan diketuai Nurul Izzah

Posted: 23 May 2011 05:36 PM PDT

Nurul Izzah memberi penjelasan tentang bantahan penduduk
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini mengetuai penduduk Kondominium Contessa, Bukit Bandaraya menghantar petisyen bantahan terhadap pembinaan sebuah pangsapuri di Jalan Kapas dekat sini kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menurutnya, tindakan itu diambil kerana wujudnya projek pembinaan satu blok kondominium 10 tingkat dengan sembilan unit yang sedang dijalankan oleh pemaju, sedangkan masih belum mendapat lesen untuk pembinaannya.
Read More / Baca Lagi >>

Video :SULTAN SELANGOR LAWAT LOKASI KEJADIAN TANAH RUNTUH

Posted: 23 May 2011 05:34 PM PDT

Subsidi: Kenapa rakyat miskin jadi sandaran

Posted: 23 May 2011 05:33 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mei: PAS sudah jemu mendengar alasan kerajaan yang cuba buat dalih kononnya jika subsidi tidak dikurangkan, maka banyak pembangunan untuk rakyat miskin tidak dapat dilaksanakan.
"Ke manakah wang yang diperuntukan selama ini kepada orang miskin setiap kali belanjawan negara?" tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).
Katanya, rakyat tidak boleh lupa wang PPRT sebanyak RM32 juta lesap ketika Tan Sri Annuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Beliau turut mempersoalkan kenapa pula alasan untuk menaikkan harga minyak dan keperluan rakyat, maka orang miskin menjadi sandaran.
"Memanglah pemimpim BN bijak bermain kata-kata untuk menutup kelemahan kerajaan ketika menguruskan amanah rakyat," katanya.
Menurutnya, selama ini pemimpin BN yang belanja secara tidak berhemah dan membazir ketika negara dilimpah dengan kemewahan,  tanpa memikirkan apa akan terjadi jika negara mengalami kemelesetan.
Read More / Baca Lagi >>

Najib tak pernah janji semua pelajar cemerlang biasiswa, tegas Nazri

Posted: 23 May 2011 05:33 PM PDT


KUALA LUMPUR, 24 Mei — Sementara rasa tidak puas hati terus meningkat dari pelbagai sudut, Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan Putrajaya tidak pernah menjanjikan biasiswa kepada kesemua pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk belajar di luar negara. Sebaliknya kata beliau, kerajaan hanya komited untuk memastikan setiap pelajar cemerlang diberi jaminan tempat di institusi tempatan dan luar negara dengan biasiswa.
"Kami tidak pernah kata kesemua pelajar 9A+ akan dihantar ke luar negara.
Read More / Baca Lagi >>

Feng-shui and GE-13: What the masters foretell for Anwar and Najib

Posted: 23 May 2011 05:25 PM PDT

Feng-shui and GE-13: What the masters foretell for Anwar and NajibSpeculation is running high and bets are already being placed on when Malaysia's 13th General Election will be held. This is a sure indication that the rakyat or the populace believes it is very soon - within months, and the favorite being July.
Some have even prophesied the exact nomination day of July 9 and balloting day of July 23.
How do they know? Well, Malaysian politics is a bit like cheese - full of holes. Very often, the news turns out wrong not because it wasn't true but because the powers-that-be decided to change their plans to regain the element of surprise.
In any case, it looks like feng-shui will be very much part of Prime Minister Najib Razak's game plan for GE-13. While he has publicly professed to a liking for the number 11, metaphysics experts aka feng-shui masters believe he is referring to the year 2011.
The month of July was picked, because it favored Najib's BN and also because it can spell disaster for Pakatan! Yes, Opposition Leader Anwar Ibrahim and his Pakatan Rakyat will have to be on special guard that particular month and the month before that.
Read More / Baca Lagi >>

Pamer kajian lokasi berisiko tinggi – MB

Posted: 23 May 2011 05:22 PM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid menuntut kerajaan Pusat supaya mempamer lokasi berisiko tinggi tanah runtuh supaya kerja pemantauan boleh dilakukan secara bersama denganlebih kerap.
Selepas tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2009, katanya, kajian dibuat kerajaan Pusat dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) tetapi kerajaan negeri dihalang mempamerkannnya kepada orang ramai.
"Maklumat kajian penting untuk meningkatkan kesedaran. Jika orang ramai dimaklum, mereka boleh melakukan pemantauan awal di lokasi berisiko tinggi.
"Saya terkilan dengan kejadian tanah runtuh ini walaupun kerajaan negeri sudah mengambil langkah sepatutnya untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap pembangunan cerun," katanya.
Beliau melawat lokasi tanah runtuh di Madrasah al-Taqwa, Hulu Langat bersama Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, petang 23 Mei lalu selepas menempuh perjalanan 40 jam dan membatalkan semua program termasuk seminar di Amerika Syarikat.
Read More / Baca Lagi >>

Premium tanah untuk kebajikan hanya RM1

Posted: 23 May 2011 05:21 PM PDT

HULU LANGAT, 24 Mei: Kerajaan Negeri Selangor akan meluluskan permohonan tanah milik kerajaan negeri untuk tujuan kerja kebajikan dengan premium tanah hanya RM1.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ianya sebagai bukti kerajaan negeri terus memberikan sokongan kepada usaha murni pihak-pihak tertentu membantu golongan memerlukan seperti anak yatim, ibu tunggal dan mualaf.

Namun katanya, Kerajaan Negeri akan memantau semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan yang melibatkan kanak-kanak untuk memastikan keselamatan penghuninya terjamin.
(Gambar: Khalid melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa tanah runtuh Batu 14, Hulu Langat di Hospital Ampang, petang semalam.)
Read More / Baca Lagi >>

Lensa : Lawatan DSAI, TSKI dan EXCO Negeri Selangor ke Madrasah At Taqwa

Posted: 23 May 2011 05:21 PM PDT

Kesayuan
Sebahagian daripada rakan pelajar yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat.





Read More / Baca Lagi >>

Video : DAP gunning for 10,000 new voters

Posted: 23 May 2011 04:58 PM PDT

Video : Cops take big risk in naming man in sex video

Posted: 23 May 2011 04:57 PM PDT

Video : Tanah Runtuh Selangor Lancar 'Ops Selamat'

Posted: 23 May 2011 04:56 PM PDT