Isnin, 23 Mei 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Dah Murtad Rupanya Dia ni

Posted: 23 May 2011 10:23 PM PDT

Isu Semasa

Aktres Turki yang posing bogel kat Majalah Playboy dah buat pengakuan dia bukan islam sebab mak dia dulu memang agama Islam tapi dah masuk Kristian…!!

Seorang pelakon berketurunan Turki, Sila Sahin yang beraksi dalam keadaan bogel untuk dua belas muka surat majalah Playboy Jerman edisi Mei mengaku dia bukan beragama Islam, lapor sebuah akhbar semalam.

Sila membuat pengakuan itu selepas banyak pihak menganggap dia merupakan gadis Muslim Turki yang pertama berbogel untuk majalah Playboy.

"Ibu bapa saya adalah penduduk Turki dan saya dibesarkan dalam komuniti Islam tetapi saya bukan beragama Islam. Orang ramai membuat andaian bahawa saya beragama Islam…"

"Saya tidak faham kenapa masyarakat menggunakan soal agama untuk menentang keputusan saya bergambar dalam majalah Playboy," kata anak tunggal berusia 25 tahun itu.

Aktres itu yang membintangi drama telenovela Jerman, Good Times, Bad Times menjelaskan, bapanya tidak menganuti sebarang agama manakala ibunya seorang wanita Islam yang bertukar kepada agama Kristian.



"Saya sentiasa dipesan supaya tidak keluar rumah, tidak boleh memiliki rakan lelaki, tidak perlu kelihatan menarik dan dilarang mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin." jelas Sila kepada akhbar News of the World semalam

Dia mencetuskan kontroversi apabila bercinta dengan dengan pelakon popular Jerman, Jörn Schlönvoigt, 24, selepas berpisah dengan teman lelakinya yang beragama Islam pada tahun lalu.

Sila yang menjadi wanita berketurunan Turki pertama yang berbogel untuk penerbitan majalah terkenal itu menerima pelbagai ugutan termasuk diberi gelaran pelacur dan wanita murahan Barat menerusi Internet daripada golongan fanatik Islam kerana dia disangka seorang Muslim.

Bosan dengan kawalan kebebasan ibu bapanya, Sila menerima tawaran Playboy yang meminta dia menjalani penggambaran fotografi bogel di Sri Lanka pada Mac lalu.

"Selepas bertahun-tahun mengikuti apa yang disuruh kepada saya, ia (bergambar bogel) merupakan satu bentuk kebebasan," kata Sila.

Namun, tindakannya berbogel itu menyebabkan saudara-mara Islamnya mendakwa ibu Sila tidak membesarkannya dengan menggunakan pendekatan yang betul. Ibunya itu juga enggan berbual dengan Sila ekoran penyiaran gambar bogel tersebut. – Agensi
Bebas? hmm bebas macam lembu terputus tali agaknya.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." 
(Al-A'raaf : 179)
INIPUN BINATANG TERNAK JUGA KAN

Cari N3 lama-lama disini

Pihak BerwajibTolong Ambil Serius Masalah Murtad

Posted: 23 May 2011 08:12 PM PDT

Isu Semasa


ADUAN KES MURTAD PUAN RUSINAH@NOORHASILAH BINTI SIBI@ABDULLAH
Tarikh: 01/12/2006

Kepada pihak yang berwajib sila ambil perhatian dan tindakan.

Puan Rusinah@Noorhasilah Binti Sibi, telah memeluk agama Islam dan mendaftarkan keIslamanya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), dan telah disaksikan oleh abangnya Jomon@Mohd Fikri Bin Sibi dan Mohd Lahab Bin Enul.

Puan Rusniah kemudian melarikan diri daripada rumah tanpa pengetahuan abangnya di Kuala Lumpur bersama kekasihnya yang beragama kristian bernama Encik Herwan Bin Oding. Puan Rusinah kemudian datang ke pejabat agama Islam daerah Pitas pada hari Isnin 27/11/2006 untuk memohon keluar daripada agama Islam. Pada hari Rabu 29/11/2006 Puan Rusinah telah melangsungkan perkahwinan dengan Encik Herwan Bin Oding di rumah pengantin perempuan di Kampung Porupuk.

Pengislaman Puan Rusinah bukannya terpaksa atau dipaksa oleh abangnya akan tetapi Puan Rusinah sendiri yang berkeras untuk memeluk agama Islam. Saya telah membuat aduan di Jabatan Agama Islam Pitas tetapi sehingga sekarang masih belum ada tindakan yang diambil.

Berkhidmat untuk agama.
Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr
wan_muallaf@yahoo.com
 Baca versi penuh klik disini

Sudah lebih 4 tahun tapi masih belum diambil tindakan lagi,memang menyedihkan jika kenyataan ini benar.
Pada saya isu murtad bukan isu individu dan ianya tanggung jawab bersama bukan hanya terletak dibahu pihak berwajib sahaja .Apa yang membezakannya ialah makin besar kuasa dan kemampuan sesuatu pihak ,maka makin besarlah tangungjawab yang harus dipikul dan akan dipertanggung jawab dihadapan Allah nanti.

Apa kita akan jawab jika kita ditanya dihadapan Allah nanti,apa yang kita buat ketika kita tahu ada dikalangan orang yang rapat dengan kita telah murtad dari agama Allah.Adakah kita hanya mampu mengeluh tanpa berbuat sesuatu setakat kemampuan kita.
Bagi pihak berwajib pula adakah mereka mampu menjawab dihadapan Allah nanti  jika ditanya soalan yang sama.Tepuk dada tanya iman.Saya cuba menyampaikan mesej-mesej Islam dalam blog yang saya ada ini sekadar ilmu dan kemampuan yang saya ada ,mudah-mudahan dapat lepas dari soalan-soalan macam ni diakhirat nanti.wasalam..



Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: