Isnin, 23 Mei 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Santai pagi : Semua naik - Ali Mamak

Posted: 23 May 2011 05:38 PM PDT

Isteri cerai suami? Boleh ker?

Posted: 23 May 2011 05:26 PM PDT

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

KANGAR - Seorang isteri yang menceraikan suaminya menerusi sepucuk surat taklik palsu daripada Jabatan Agama Islam Songkhla, Thailand Disember lalu rupa-rupanya pernah berkahwin dengan lelaki lain pada 2006 tanpa prosedur yang sah.

Ekoran pendedahan yang mengejutkan itu, permohonan suaminya, Yusri Ahmad Jusoh, 43, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam untuk mengesahkan perkahwinan mereka di negara jiran akhirnya terbantut.

Lebih malang, kegagalan wanita tersebut, Intan Fazilah Othman, 34, menghadirkan diri ke mahkamah telah memaksa Hakim Syariah, Azeeman Omar menangguhkan prosiding tersebut sekali lagi.

"Saya perlu mendengar keterangan dan melihat kes Intan berhubung dia mendakwa pernah berkahwin dengan lelaki lain sebelum mengahwini kamu (Yusri).

"Oleh itu, kamu (Yusri) mesti berusaha meminta isteri kamu (Intan) hadir di mahkamah menjelaskan perkara tersebut serta bukti berhubung dakwaan itu," kata Azeeman

Subsidi : Khairy bersandiwara, lagak 'hero' - Saifuddin

Posted: 23 May 2011 05:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Khairy Jamaluddin kini bersandiwara dalam isu subsidi dan harga barangan berbanding dengan pendiriannya tiga tahun lalu.

Saifuddin (gambar) berkata Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional itu memperlihatkan pendirian menyokong kenaikan harga barang ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan perdana menteri.

Abdullah meletakkan jawatan pada April 2009 dan digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak.

"Saya merujuk ucapan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seperti yang dilaporkan oleh media.

"Antara lain, Khairy menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat, mencadangkan kerajaan menyemak semula perbelanjaan untuk program PLKN yang berjumlah RM600 juta dan mencadangkan kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan," kata Saifuddin dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Minggu lalu Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau, melahirkan kebimbangan dengan kenyataan anggota Kabinet yang bertanggungjawab kepada hal ehwal pengguna bahawa rakyat perlu bersedia untuk menghadapi kenaikan harga petrol RON95.

Keputusan mengenai pelarasan subsidi dijangka diumumkan minggu ini.

Dalam kenyataannya, Saifuddin berkata, secara luarannya ucapan Khairy dilihat menentang penarikan subsidi dan kenaikan harga petrol dan barang keperluan oleh kerajaan.

"Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihan raya umum semakin dekat.

"Ini kerana pada tiga tahun lepas, Khairy membuat kenyataan yang jauh sama sekali bertentangan dengan kenyataan beliau hari ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.

Saifuddin berkata beliau telah menyemak ucapan Khairy di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 ketika membahaskan usul kenaikan harga petrol dan barangan yang dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika itu.

"Dalam ucapan tersebut, Khairy direkod 'hansard' sebagai berkata 'walaupun pahit dan mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat jelata, (namun) keputusan kerajaan menstrukturkan (menarik balik) subsidi merupakan satu keperluan ekonomi yang tidak dapat dielakkan'," kata Saifuddin.

Saifuddin mendakwa beliau juga berkata dengan menaikkan harga minyak dan harga barangan keperluan, kerajaan membuat keputusan yang bertanggungjawab, beramanah dan jauh memandang ke hadapan.

Kata Saifuddin, Khairy menambah bahawa walaupun rakyat terpaksa memikul beban hari ini, penstrukturan semula subsidi akan membawa sistem yang lebih adil dengan subsidi yang progresif.

"Harus diingat, petikan ucapan di atas adalah ketika bapa mertua beliau, Abdullah menjadi Perdana Menteri.

"Soalan saya, kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun," katanya.

Saifuddin menambah kenapa ketika bapa mertuanya menjadi perdana menteri, Khairy menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang, sedangkan ketika Najib menjadi pemimpin muda Umno itu terpaksa meminjam hujah Pakatan Rakyat yang konsisten menentang kenaikan harga barang dan penarikan subsidi kepada rakyat.

"Saya percaya ini, sikap sebenar Khairy adalah ketika bapa mertuanya menjadi perdana menteri dan sikapnya tidak pernah berubah, kecuali untuk mengabui mata rakyat dan berlagak hero menjelang pilihan raya ke-13," katanya. - TMI

Kak Minah Ronggeng buat laporan polis terhadap Harakah

Posted: 23 May 2011 01:53 AM PDT

Bekas ketua wanita PKR buat laporan polis terhadap Harakah
2011/05/23
GEORGETOWN: Bekas ketua wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah, hari ini membuat laporan polis berhubung laporan akhbar Harakah yang didakwa menyiarkan kenyataan fitnah kononnya beliau diumpan kebendaan oleh UMNO untuk mengkritik dan mendedahkan kelemahan kepimpinan PKR.

Katanya, laporan berita yang dikeluarkan pada Jumaat hingga Ahad lalu dibuat menerusi kenyataan Ketua Wanita PKR negeri, Norhayati Jaafar; Timbalan Ketua cabang PKR Bukit Mertajam, Jab Samad dan Setiausaha PKR cabang Jelutong, Anuar Kamarudin di Galeri Pejuang Cheruk Tok Kun baru-baru ini.

"Tujuan saya membuat laporan ini kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Norhayati di Galeri Pejuang Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam, dia memfitnah dan menyatakan saya diumpan kebendaan oleh UMNO dan menuduh saya bersama dengan golongan yang zalim, menyeleweng serta rasuah", katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani di sini.

Aminah berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang dan memberi tempoh seminggu kepada akhbar itu dan mereka yang terbabit membuat kenyataan itu untuk memohon maaf mulai hari ini. - BERNAMA

Tiada ulasan: