Isnin, 16 Mei 2011

bumiperak

bumiperak


Anwar melonjak nama Malaysia seluruh dunia

Posted: 16 May 2011 01:30 AM PDT


Anwar sodomy trial to go ahead on June 6 
KLumpur 16 May 2011, Aljazeera/ CNN: The trial of Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim on sodomy charges will go ahead after a court deemed prosecution witnesses "credible". High court judge Zabidin Mohamed Diah on Monday decided to bring the case to trial, based on the authentication of witness testimony and DNA evidence.

Closing the hearing, Zabidin told a packed courtroom, "I find a prima facie case... has been made out against the accused," adding, "There is nothing improbable about his evidence. His evidence is reliable." The charges allege that Anwar, 63, forcefully sodomised a former aide in June of 2008. If convicted, Anwar could be jailed for up to 20 years. The case potentially gives a boost to Malaysian prime minister Najib Razak's government ahead of a possible general election later this year.

Immediately after the decision, Anwar told reporters that the finding was not unexpected: "Of course, it does not come as a surprise, the fact that the judge gave this ruling."

He added,"But what is clearly shocking is that he has virtually prejudged the case. He has taken, not only prima facie but extended beyond that, all the ingredients of the charge as something factual, acceptable beyond reasonable doubt, which means it's already a conviction."

This is the second time the opposition leader has faced these charges. In 1998 he was convicted of sodomy and spent six years in jail, until the conviction was overturned in 2004. Sodomy is illegal in Muslim-majority Malaysia, whether or not between consenting adults.

While Anwar insists that the charges are a plot concocted to discredit him politically, he is now tasked with entering a plea. The case could hand an electorial advantage to Najib's ruling Barisan Nasional party, should the prime minister choose to call snap elections - ahead of the 2013 end of his current term of office - later this year.

The trial would likely dent the chances of Anwar's People Justice Party (PJP), regarded as the link between a widely disparate three-party opposition coalition which has seen sharp differences over the use of Islamic criminal law and the rights of majority ethnic Malays. While Barisan Nasional has been in power for over half a century, the PJP has recently been gaining ground since Najib has not delivered on several campaign promises regarding economic reforms.

The next phase of Anwar's trial is scheduled for June 6, according to court officials.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


FELDA PURUN - DEMONTRASI TIDAK MEMBAWA KESAN, SAMBUTAN HEBAT TERHADAP ANWAR

Posted: 16 May 2011 11:55 AM PDT


Sejurus selesai Dato' Seri Anwar menghadiri Wacana Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk di Kuantan semalam, beliau telah bergegas pula untuk menghadiri satu program ceramah di kawasan Felda Purun di dalam Parlimen Bera. Sebelum itu, beliau sempat memberikan tazkirah maghrib di Masjid Batu 1, Temerloh.

Markas PAS Felda Purun

Sebelum ini, sekumpulan penunjuk perasaan yang kununnya mewakili suara masyarakat felda mengadakan demontrasi untuk menghalang program ceramah oleh Ketua Umum PKR tersebut. Namun PKR Negeri Pahang bertegas untuk mengadakan program yang dijadualkan malahan mencabar sesiapa sahaja dari golongan yang menentang kehadiran Dato' Seri Anwar agar hadir mengikuti ceramah bagi mendengar sendiri penjelasan isu semasa oleh Dato' Seri Anwar samada ianya boleh menggugat keselamatan negara atau sebenarnya menggugat kedudukan Umno/Bn.

Ceramah di Felda Purun hanya dibenarkan di dalam kawasan Markas PAS di situ walaupun telah dijangka kehadiran orang ramai pastinya tidak boleh ditampung oleh Markas PAS, namun pihak penganjur terpaksa mengadakan juga program tersebut dengan menyediakan kawalan keselamatan oleh Unit Amal PAS yang telah menjalankan tugas mereka dengan begitu baik sekali. Ketibaan Dato' Seri Anwar seperti diduga telah cuba diprovokasi oleh beberapa kumpulan yang menjerit umpama orang hilang akal dengan menghamburkan kata-kata lucah terhadap beliau. Alhamdulillah, kematangan dari pihak kita Pakatan Rakyat telah mengelak terjadinya sesuatu yang tidak diingini walaupun kedapatan pihak Polis di situ yang mengawal keadaan.

Dato' Fauzi
Sdr Mazlan Aliman

Sambutan orang ramai di luar jangkaan samasekali, lebih 2,000 telah memenuhi ruang dalam dan luar Markas PAS Felda Purun bagi mendengar pidato yang terdiri daripada Sdr Mazlan Aliman, Dato' Fauzi Abd Rahman, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan amanat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Adun Teriang, YB Leong Ngah Ngah juga turut hadir bersama lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat Pahang.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim

Dato' Seri Anwar Ibrahim

Orang ramai di luar Markas

Sdr Mazlan Aliman banyak menyentuh tentang isu nasib Peneroka Felda yang seringkali terkeliru dengan janji-janji pihak kerajaan. Beliau memberi jaminan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memerintah di Putrajaya, apa jua yang diperjuangkan oleh ANAK akan dilaksanakan. Pengerusi PKR Negeri Pahang menyebut tentang komitmen Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Pahang ini bagi merampas Negeri Pahang dari Umno/Bn. Beliau turut menyentuh tentang betapa takutnya pemimpin Umno kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sehinggakan Ketua Pembangkang itu tidak pernah berehat dari diserang dengan berbagai fitnah. Selaku bekas pemimpin Umno dan juga bekas ahli kabinet di dalam Kerajaan Bn, beliau lebih mengenali Dato' Seri Anwar dan siapakah musuh-musuh di sekelilingnya.


Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pula lebih banyak mengupas tentang kaedah dan perundangan di dalam Islam berkaitan kes tuduhan zina/liwat dan bab bersumpah di dalam Islam. Beliau menjelaskan di dalam Islam, tiada pilihan lain bagi seseorang yang menuduh orang lain melakukan zina melainkan dengan membawa 4 orang saksi yang adil melainkan sekiranya ada pengakuan dari mereka yang berzina.


Hukum ini Allah tetapkan adalah kerana Allah teramat menjaga maruah hamba-hambanya dan mereka yang terlepas dari hukuman di dunia ini, mereka tidak boleh lepas dari hukuman di Akhirat kelak. Di dalam isu sumpah, di dalam isu menuduh orang berzina Islam tidak tidak menetapkan sumpah sebagai bukti menuduh. Jika amalan ini diamalkan, nescaya porak poranda masyarakat kerana Allah telah jelaskan akan ada golongan yang sanggup bersumpah kerana ingin menegakkan fitnah mereka.




Dato' Seri Anwar malam itu sungguh bersemangat walaupun keletihan kerana sehari suntuk program yang beliau hadiri. Beliau menjelaskan tentang apa yang terkandung di dalam Buku Jingga dan komitmen Pakatan Rakyat jika berjaya menguasai Putrajaya nanti. Beliau tidak hiraukan betapa banyak tekanan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya, malahan semakin melampau sehingga menekan isteri, anak dan keselamatan cucu beliau tetapi demi nasib rakyat beliau tetap akan lawan rejim Umno/Bn.

Beliau kesal kerana saban hari beliau diaibkan dan dituduh dengan berbagai tuduhan yang kadangkala tidak masuk akal, tetapi beliau kerapkali dikenakan sekatan untuk berjumpa rakyat bagi menjawab segala tuduhan jahat mereka. Cabaran debat yang tidak pernah disahut oleh Najib menunjukkan betapa takutnya pemimpin Umno itu sekiranya rakyat tahu bahawa di bawah Kerajaan Bn rakyat sebenarnya ditindas dan dihimpit dengan berbagai kesulitan. Sekali lagi Dato' Seri Anwar memberi jaminan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya, beliau hanya mahu tempoh satu hari sahaja sebelum mengumumkan harga minyak petrol diturunkan.

Secara berjenaka, beliau turut menyentuh tentang isu video seks yang membuatkan `wajah dan perut' beliau kini menjadi perhatian ramai. Tentang isu jam Omega, beliau tidak mahu melayani pertanyaan tentang isu berkenaan kerana terang-terangan itu merupakan satu cerita yang direka kerana terbukti jam tersebut berasal dari Taiwan dan dibeli sekitar tahun 2004. Ketika itu beliau masih dipenjara, mana mungkin ketika itu beliau boleh keluar dari penjara? Cubaan sabotaj terhadap kenderaan beliau dan ugutan terhadap anak beliau Nurul Izzah dan keluarganya sedikit pun tidak menggoyahkan semangat mereka sekeluarga untuk menentang kezaliman Umno/Bn.

Di akhir ucapannya, Dato' Seri Anwar mahu rakyat bangkit dan bekerja kuat demi kesejahteraan bersama. Beliau menasihati rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan propaganda yang dimainkan oleh media pencacai yang berada di bawah telunjuk rejim Umno/Bn. Tentang nasibnya di dalam kes fitnah Liwat II, beliau yakin jika Hakim memutuskan untuk menerima fakta memang jelas dan nyata bahawa kes tersebut wajib dibuang ke dalam tong sampah. Tetapi jika berlaku sebaliknya, beliau sudah bersedia untuk berdepan menentang kezaliman ini.

Beliau merasa bersyukur kerana semakin beliau diaibkan dan difitnah, sambutan rakyat terhadapnya bertambah kuat dan ini menguatkan semangatnya untuk terus berjuang sehingga rejim Umno/Bn dapat dikuburkan di dalam Pilihanraya Umum nanti. Dato' Seri Anwar turut mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala sokongan dan doa dari rakyat berbagai bangsa dan agama samada di dalam mahu pun di luar negara.

Ternyata, provokasi dari kumpulan yang berdemontrasi menentang kehadiran Dato' Seri Anwar ke Felda Purun malam semalam tidak memberi kesan kepada rakyat jelata yang ingin mendengar sendiri apakah benar Ketua Umum PKR ini seorang pengkhianat atau pemecah belah masyarakat. Rata-rata yang hadir menunjukkan kepuasan di wajah masing-masing selepas selesai program ceramah malam itu dan ini menandakan kawasan felda tidak selama-lamanya selamat buat Umno/Bn./blogger PKR Pahang

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Saintis Temui Pasak Bumi(Bukti Kebenaran Al-Qur'an)

Posted: 16 May 2011 10:46 PM PDT

Assalamualaikum dan salam blogger,
pernahkah anda membaca terjemahan ayat -ayat suci ini.

Allah berfirman (maksud):
"Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)"
(Surah An-Naazi'aat, 79: Ayat 32)

Allah berfirman (maksud):
"Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya"(Surah An-Naba', 78: Ayat 7)

Dan Allah berfiman juga berfirman (maksud):

"Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu..."
(Al-Quran, Surah An-Nahl, 16: Ayat 15)
dalam sesetengah tafsir disebut
"Dan Dia menancapkan gunung-gunung di Bumi supaya Bumi itu tidak berguncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk."

sebagai orang islam kita yakin setiap huruf dan perkataan yang terkandung dalam Qur'an pasti betul.

Sekarang tengok gambar ni pula
Setelah beribu tahun lamanya, saintis barat baru-baru ini menemui sebuah gua  yang terletak di Naica Mexico, 
gua ini dipenuhi dengan batu-batu kristal yang berbentuk seperi pasak atau pancang seperti yang biasanya dipasang pada bangunan bangunan besar
ada yang  sampai dengan 12 meter panjang 
Seperti dikatakan saintis, pasak-pasak ini hanyalah mukadimah sahaja kerana dikatakan lebih dalam mereka masuk lebih besar pasak-pasak yang dijumpai
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave

http://www.akademifantasia.org/south-america/magnificent-giant-crystal-cave-at-naica/

Dikatakan sejak penemuan gua bawah tanah ini sudah ramai saintis seluruh dunia yang datang untuk melakukan kajian.

Pengarang buku The Earth" ("Bumi"). yang menjadi rujukan di banyak universiti-universiti di seluruh dunia.  Dr. Frank Press. 
(Beliau juga pernah menjadi penasihat sains kepada bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter). 
menyatakan bahawa gunung-ganang hanyalah saebahagian daripada sebuah 'binaan yang besar' dimana akarnya memanjang jauh ke dalam perut bumi. Dr. Press menulis lagi bahawa gunung-gunung sangat penting dalam meneguhkan dan menetapkan perut bumi. Inilah yang diperkatakan oleh Al-Quran mengenai gunung-ganang sejak 1400 tahun dahulu.

Subahanallah,benarlah firman Allah yang Maha Genius.

Cari N3 lama-lama disini

Saleh Yakob Bakal Dapat Isteri Keempat

Posted: 16 May 2011 07:37 PM PDT

Santai


KUALA LUMPUR: "Abang comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga antara kriteria lelaki idaman saya," kata bakal isteri keempat pelakon, pengacara dan
penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 24.
 

Gadis manis dari Johor itu bakal disunting Salih, 50, sebagai suri hidupnya, sekali gus melengkapkan kuota poligami Salih yang sudah diamalkannya sejak puluhan tahun lalu.
Majlis perkahwinan pasangan berkenaan dijangka berlangsung selepas Aidilfitri ini berikutan kesibukan Salih mengurus kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami.

Emi berkata, walaupun hidung Salih menjadi antara tarikan padanya, namun dia tidak menetapkan kelebihan fizikal sebagai teras utama memilih suami, sebaliknya keikhlasan dan sifat dalaman seseorang lelaki yang sentiasa diberi keutamaan dalam melayari bahtera rumah tangga."Rupa paras perkara kedua bagi saya, lebih penting sifat dalaman yang ada pada diri bakal suami dan saya nampak ciri-ciri itu ada pada abang, malah dia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup.


BAHAGIA...Salih bersama tiga isterinya.

 -ijoks2009-
tahniah Abg salleh,walaupun berbini ramai tapi masih mampu berlaku adil dan hidup bahagia,bukan macam kebanyakan artis zaman sekarang,bini sorangpun tak terjaga.
Lebih baik berbini ramai dari pada simpan perempuan walaupun seorang.


Cari N3 lama-lama disini

Pemimpin Umno Bakal Keluar Parti Atau Di Tendang Keluar(video)

Posted: 16 May 2011 03:15 PM PDT

Isu Semasa
Dengan ini aku ijoks2009 ingin mengistiharkan aku suka dengar ceramah  umno.
Cuba dengar ceramah pemimpin umno yang sorang ni,dah macam ceramah pakatan rakyat la pulak.tapi sayangnya tak ada sambutan la pulak.kalau ceramah merapu sambil bodek pemimpin tu ramailah pulak tukang soraknya.

-ijoks2009-
Jika apa yang dikata tu ikhlas dari hati dia ,tak mustahil suatu hari nanti dia akan keluar dari umno atau ditendang keluar.Kerana orang yang benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib rakyat tak akan diberi tempat dalam umno kerana Umno loni tok serupo mulo.
p/s: Siapakah perwakilan yang bercakap ni ye?
Cari N3 lama-lama disini

Jom Terjah Lucky Food Processing Sdn Bhd

Posted: 16 May 2011 05:43 AM PDT

Isu Semasa
Assalamualaikum dan salam blogger
Berkenaan dengan isu makanan halal dlm N3 saya yang lepas .KlikDisini
tentang syarikat Lucky Food Processing Sdn Bhd yang pada mulanya mendapat sijil halal kemudian ditarik balik oleh JAKIM.

saya masih mencari input-input tambahan berkenaan dengan produc syang dikeluarkan syarikat tersebut.

Ini maklumat yang saya dapat dari
Federation Of Malaysian Manufacturers
Office Address:
Plot 35, Lengkok Kampung Jawa 2
MIEL Industrial Estate
11900 Bayan Lepas
Pulau Pinang

Telephone:
04-6428118

Telefax:
04-6341616

Email:
luckyfpp@yahoo.co.uk

Business Enquiries:
Mr See Kam Tiam (Director) Email: luckypng@streamyx.com

Ini pula yang saya dapat dlm yellowpages.com

Address : 35 Lengkok Kg Jawa 2 Miel Ind Est Bayan Lepas 11900 Penang Malaysia
Telephone : 604-640 8119

Bagi teman-teman blogger yang berada di lokasi berdekatan bolehlah meninjau semdiri .jangan lupa kongsilah bila dah dapatmaklumat tu.


Cari N3 lama-lama disini

Umno Berdemo Bantah Ladang Rakyat

Posted: 16 May 2011 03:21 AM PDT

Isu Semasa

Kira-kira 200 Pemuda Umno berhimpun di perkarangan pintu masuk Kota Darul Naim yang menempatkan pejabat Menteri Besar Kelantan pagi ini bagi membantah projek Ladang Rakyat.
image
Mereka memakai baju Umno dan lambang 1 Malaysia membantah projek Ladang Rakyat anjuran kerajaan negeri Kelantan yang kini menjadi sumber pendapatan lebih 4,300 rakyat negeri itu.
Dengan memakai kain lilitan kepala, mereka membuat bising di perkarangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) itu.

Akhirnya, kira-kira jam 10.10 pagi, Anuar Safian menyerahkan 'memo rakyat' kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof di depan pagar Kota Darulnaim.
Difahamkan Umno berharap dapat mengumpulkan 500 orang dari satu bahagian tetapi hanya seramai itu sahaja yang datang.
Sumber

-ijoks2009-

Kerajaan kelantan bagi projek ladang rakyat ni secara adil,mana-mana rakyat negeri kelantan yang layak akan diberi saham secara percuma melalui projek ini tanpa mengira kaum dan fahaman politik.tanah milik kerajaan,kerajaan majukan tanah tu,buat ladang kemudian untungnya dibagikan sama rata kepada rakyat.
Salahkah?

Tokguru sanggup potong elaun dia sendiri sejak hari pertama jadi menteri besar lagi,entah berapa ribu dah Tokguru dermakan wang gaji dia untuk rakyat miskin,kerajaan macam ni yang mereka tak puas hati.
Sedangkan dalam masa yang sama ada seorang ketua negeri di Sarawak yang hidup senang lenang tanpa pedulikan nasib rakyatnya  yang hidup bagaikan pengemis terus diangkat memimpin negeri tanpa bantahan.Hukum apa yang mereka pakai.

 Adakah pemimpin macam ini yang mereka cari

Atau pemimpin macam ni

Cari N3 lama-lama disini

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Liwat2, tindakan terdesak sekat politik Anwar?

Posted: 16 May 2011 02:07 AM PDT

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR 16 Mei : Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala lumpur memerintahkan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim membela diri dalam kes liwat kedua membuktikan politik terdesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Demikian dakwa Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaffar ketika diminta mengulas keputusan kes itu hari ini (16 Mei).

"Dari segi perundangan saya terkejut dengan keputusan kes itu kerana dalam keterangan perbicaraan sebelum ini, nampak begitu ketara percanggahan, kekeliruan dan kekaburan dalam bukti yang dikemukakan pihak pendakwaan.

"Dari sudut politik pula, saya melihat ini satu keputusan yang saya telah jangkakan kerana ini sahaja jalan pintas untuk Umno-BN menyekat politik Anwar.Ini membuktikan Najib terdesak," katanya lagi.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat melihat, institusi kehakiman hari ini semakin parah kerana mudah dipergunakan oleh pihak yang berkepentingan demi mempertahankan kuasa.

Malah lebih mengecewakan, keputusan hari ini sebenarnya mengulangi krisis yang berlaku pada tahun 1998, dalam kes liwat pertama, ujarnya.

Beliau yakin rakyat sudah matang dalam menilai kes ini, justeru beliau menyeru rakyat menolak politik jahat Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Hanya dengan menolak kerajaan yang ada hari ini, saya yakin demokrasi akan kembali," katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi (16 Mei) lalu memerintahkan Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

Hakim Dato' Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa."

"Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri," katanya Mohamad Zabidin dalam penghakiman lebih dua jam.

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Mendengar penghakiman itu, Anwar mengeluh manakala isterinya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata keputusan itu satu lagi hari yang sedih untuk keadilan.

Mohamad Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar.

Beliau kemudiannya menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung perbicaraan kes liwat peringkat bela diri.

Hakim Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan dan hujah daripada Peguamcara Negara II Dato' Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, dan peguam-peguam bela diketuai Karpal Singh di penghujung kes pendakwaan.

Pihak pendakwaan menyimpulkan kes mereka pada 24 Mac, dengan 26 saksi memberi keterangan di perbicaraan yang bermula 3 Feb tahun lalu.

Mohd Saiful, 25, saksi utama pendakwaan yang memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan memberitahu mahkamah mengenai kejadian yang didakwa itu.

Butir-butir kejadian didengar secara tertutup walaupun beliau memberi keterangan di mahkamah terbuka mengenai persekitaran yang mendorong beliau membuat laporan polis terhadap Anwar.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kes DSAI : Mahkamah berat sebelah - Suhakam

Posted: 16 May 2011 10:57 PM PDT

Putuskan Anwar bela diri, mahkamah berat sebelah- Suaram

KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyatakan rasa kesal dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri dalam kes fitnah II.

Koordinator Suaram, Hasbeemasputra Abu Bakar berkata prosiding perbicaraan terhadap Anwar dijalankan secara berat sebelah.

"Sepanjang perbicaraan kes Anwar, Suaram mendapati mahkamah berat sebelah terutamanya apabila menafikan akses peguam Anwar kepada laporan perubatan dan lain-lain dokumen yang merupakan hak asas mereka dalam perbicaraan.

"Hal ini lebih melucukan apabila hakim beranggapan Saiful Bukhari adalah "saksi yang jujur dan boleh dipercayai" sedangkan Saiful sendiri berulang kali memberikan kenyataan bercanggah malah didapati menjalinkan hubungan sulit dengan salah seorang pendakwa raya ketika perbicaraan berlangsung," kata Hasbeemasputra dalam kenyataannya semalam.

Katanya, Suaram juga tidak bersetuju dengan penerimaan hakim tentang kesaksian tiga doktor, di mana ada percanggahan jelas dalam kesaksian mereka yang mengatakan wujud penetrasi.

"Tapi kemudian hakim menunjukkan keputusan yang tidak konsisten apabila dari awal menolak untuk menerima sampel DNA yang diperolehi daripada lokap di mana Anwar ditahan.

"Ini senario tidak masuk akal berdasarkan keterangan doktor apabila disoal peguam bela merujuk kepada laporan perubatan yang dibuat keatas Saiful," kata beliau.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan keputusan hakim, Mohamad Zabidin perlu dipertimbangkan semula kerana wujud elemen konspirasi politik dalam kes itu.

"Penting untuk diberikan perhatian bahawa asas penghujahan peguam Anwar adalah wujud konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar.

"Berkali-kali Suaram menyuarakan bahawa mahkamah telah dijadikan boneka oleh kerajaan yang memberikan keputusan berat sebelah bukan berdasarkan kepada keadilan," tegasnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13497

Santai : Kahwin 4 - Ikut sunnah atau miang?

Posted: 16 May 2011 09:54 PM PDT

by Kak Pornah

Baru-baru ini isu kahwin empat bertandang kembali di dada-dada akhbar dan televisyen ekoran pendedahan seorang pelakon, pelawak, penyanyi dan juga penyampai radio yang mahu cukupkan kuota beristeri empat! Siapa lagi kalau bukan Salleh Yaakob atau Abg Jem yang popular dengan tag line 'i follow' di radio Sinar fm. Seperti yang umum sedia maklum, Salleh bakal menyunting seorang gadis muda berusia 24 tahun yang juga merupakan mahasiswi UiTM sebagai isteri keempat beliau! Hebat sungguh demo!

Kak Pornah tak nak panjang cerita tentang isu Abg Jem nak kahwin empat. Cuma, Kak Pornah secara tiba-tiba rasa tertarik untuk berkongsi pendapat perihal isu yang satu ini. Kahwin empat bukanlah sesuatu yang pelik untuk diperkatakan dalam masyarakat kerana fenomena ini telah lama berlaku. Sementelah, ia juga bukan sesuatu yang haram atau pun salah di sisi agama. Islam itu sendiri membenarkan seorang lelaki untuk beristeri lebih daripada satu jika berkemampuan dan cukup syarat dalam melaksanakan tanggungjawabnya! Namun, persoalan yang timbul di sebalik lampu hijau untuk beristeri empat seringkali diutarakan oleh masyarakat.

Kahwin untuk ikut sunnah atau disebabkan hawa nafsu yang gatal miang keladi? Pertamanya, Kak Pornah cuba nak faham jawapan favourite kaum adam yang mahu beristeri empat iaitu 'nak ikut sunnah'. Alhamdulillah, sejuk hati isteri-isteri di luar sana bila suami sebut nak ikut sunnah. Mungkin dah terbuka hijab untuk sang suami berubah menjadi insan yang lebih baik tambahan pula apabila umur ibarat "rumah kata pergi kubur kata mari"! Tapi bila ditanya sunnah yang mana satu, rupa-rupanya sunnah yang 'ini'! Banyak-banyak sunnah, kenapa sunnah yang ni jugak jadi pilihan cik abang? Apa sunnah yang lain tu kurang pahala ke bang?

Kenyataan klise yang sering keluar daripada mulut kaum hawa "bab kahwin empat, pandai pulak orang lelaki ni nak ikut sunnah. Sentuh bab agama yang lain, HAREMM". Begitu lah senario biasa yang berlaku bila sang suami menyatakan hasrat untuk menambah cawangan. Yang si isteri, mahu atau tidak kenalah terima. Dah memang tertulis seorang lelaki boleh berkahwin lebih daripada satu, dua dan tiga! Korang tak nak ke ganjaran payung emas di akhirat nanti?

Kak Pornah secara kasar berpendapat, jika benar lelaki itu berkemampuan dari segi material, mental dan fizikal memang ada logiknya mereka beristeri empat. Tak kiralah mereka cakap nak ikut sunnah atau dah memang gatal nak kahwin lain asalkan segala keperluan makan, pakai, tempat tinggal dan belanja isteri-isteri terbela. Paling utama sikap adil dan tidak pilih kasih tu yang wajar diterapkan. Jika segalanya diurus tadbir dengan oleh nakhoda yang betul, maka lancarlah bahtera yang dibina.

Namun yang sering jadi masalah, mereka yang berkahwin empat ni sekadar nak penuhi tuntutan nafsu semata. Pantang nampak perempuan, semua nak dibuat bini. Buat lelaki-lelaki di luar sana yang berkeinginan beristeri empat, cermin-cermin diri dulu. Mampu ke tidak korang nak bukak empat cawangan? Jangan disebabkan dek hawa nafsu, anak dara orang korang abaikan. Selalu je terjadi,belum dapat bukan main lagi berjanji bulan dan bintang, bila dah dapat, tahik bintang pun tarak!

Buat yang berharta mungkin ada ampun lagi, buat yang tak berduit tapi bernafsu besar nak beristeri banyak itu memang masalah besar. Dah la anak-anak tak cukup kasih sayang, kemudian keperluan turut sama terabai. Justeru, tak mustahil ia boleh mengheret kepada gejala sosial yang lebih membarah. Perkara-perkara seperti ini tak boleh dipandang enteng. Institusi kekeluargaan yang kukuh mampu membina generasi yang cemerlang dan berguna pada masa akan datang. (serius ni!)

Buat kaum hawa yang bercadang nak hidup bermadu pula, tak perlulah Kak Pornah nak tanya lebih-lebih soal dalam kain atau rumahtangga kat korang. Cukup setakat soalan mudah tuk korang pikir. Pertama, korang sanggup ke lihat suami korang dipeluk, dibelai manja oleh perempuan lain? Kedua, sanggup ke nak tengok insan yang pernah berjanji untuk sehidup semati dan sentiasa ada di samping korang saat suka dan duka, berjimba dengan perempuan lain? Ketiga, anak-anak korang nanti macam mana kalau bapak hanya seminggu sekali balik rumah jenguk mereka?Tu belum masuk bab hari raya? Jangan mimpilah nak beraya bersama tiap tahun Cik Kak oi!

Mungkin wujud isteri-isteri taat yang ikhlas malah terbuka hati untuk menerima kehadiran insan kedua, ketiga malahan keempat dalam rumah tangga yang dibina, namun mahu mangaku atau tidak ia hanya indah luaran daripada cerita sebenar. Bohonglah kalau sekelumit rasa cemburu pun tak bersarang di hati. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak hati manusia yang sering diuji dengan pelbagai gelodak rasa.

Bukan semua perempuan dikurniakan kekutan untuk hidup bermadu. Hanya mereka yang tabah dan cekal hati je yang mampu nak hadapi semua ni. Oleh itu, fikir masak-masak sebelum buat keputusan yang mungkin akan ubah 360 darjah daripada kehidupan sebenar korang sekarang. Lelaki pula diharap janganlah menabur janji atau kata-kata manis bagi memancing hati wanita yang sememangnya rapuh dengan pujuk rayu anda! Jaga-jaga, dalam manis madu terselit pahit hempedu! - malaysiandigest

Presiden PAS - Hadi menang tanpa bertanding

Posted: 16 May 2011 09:40 PM PDT

Beliau diisytiharkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan Muktamar Agung Pas 2011.

KUALA LUMPUR: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mengekalkan jawatannya apabila diisytiharkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan Muktamar Agung Pas 2011.

Turut mengekalkan jawatan Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib.

Berita penuh akan menyusul

'Sultan Sulu' minta campurtangan Najib

Posted: 16 May 2011 08:39 PM PDT

May 17, 2011

He told the court that he has sent out several documents to the prime minister to sort out his problem.

KOTA KINABALU: Self-proclaimed 'Sultan of Sulu', Mohd Akjan Ali Muhammad, a former Umno power-broker, is seeking the intervention of Prime Minister Najib Tun Razak over his predicament.

Akjan, who was remanded for seven days by the Magistrate's Court here to facilitate investigations into allegations into his activities, told the court he had sent several documents to Najib to sort out the matter.

Taken in handcuffs, the former Internal Security Act (ISA) detainee is being investigated under Section 130C of the Penal Code which covers acts of terrorism.

Police arrested the prominent businessman, who has a vast following among the Filipino community here, on Sunday afternoon at one of his residences here in an up-scale suburb in the city. He had just returned from Kuala Lumpur.

Akjan, 53, told magistrate Noor Hafizah Mohd Salim that whatever he had done was "for the country's benefit and not my own", apparently in reference to the long-standing Philippines claim on Sabah.

He said he understood the "seriousness of the matter" but requested for a shorter period of remand than the 14 days asked for by the police.

Akjan also asked that his case not be held in open court on the grounds that it was unique and serious matter involving the Malaysian government.

His family members also threatened journalists assembled outside court as they waited to take photographs of him.

A controversial figure since his meteoric rise in local Umno politics, Akjan has been in the news since February this year following a 'coronation' ceremony crowning him as the 33rd reigning Sultan of Sulu Sultanate at his residence in Likas on Feb 2.

The timing and the place of his 'coronation' raised eyebrows as it is well-known as a neighbourhood housing several senior Sabah Umno members including a former head of state.

Following the hue-and-cry by various political parties from both sides of the divide, Akjan issued a clarification saying that what actually took place was just a 'thanks giving' ceremony in conjunction with his "acceptance of offer" by the government-in-exile, to be their new sultan.

Umno operative

Akjan and other Umno operatives were arrested and detained under the ISA in the mid 1990s after he was allegedly caught with a briefcase containing about 2,000 Malaysian identity cards at the Kota Kinabalu International Airport on a return flight from Kuala Lumpur.

Little is known about how he came to be in possession with the large number of documents which granted citizenship status to the holders and it was alleged that he was selling the ICs to Filipino illegal immigrants in Sabah for between RM500 and RM3,000.

Opposition politicians have always claimed that there was a murky link between him and Umno and illegal immigrants in the state who were 'recruited' as 'phantom voters' during elections.

After his released from a two-year detention term, Akjan repositioned himself in Umno at federal level and managed to align himself to former premier Tun Abdullah Badawi.

He was awarded generous government contracts including the prized RM215 million General Operations Force (GOF) housing scheme in Kinarut, in 2004.

The project was however abandoned in 2005 when only 35% of the project completed after a dispute between the main contractor, Nautica Technologies Sdn Bhd in which Akjan was the executive and managing director, and sub-contractors, Lankhorst Pancabumi Contractors Sdn Bhd - FMT

Najib jumpa Ketua Hakim Negara selama 6 jam? ... apa cerita tu?

Posted: 16 May 2011 08:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, didakwa bertemu Ketua Hakim Negara selama 6 jam baru-baru ini, yang dikatakan mempunyai hubungkait dengan keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penulis politik dan juga Ketua Editor akhbar Siasah, Sayuti Omar di dalam blognya memberitahu, pertemuan tersebut didedahkan oleh seorang tokoh dan juga bekas pemimpin kanan negara.

Pertemuan itu tulis sayuti, berlaku selama enam jam dan mempunyai kaitan dengan keputusan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah semalam, yang memutuskan supaya Anwar membela diri dalam kes fitnah liwat yang dihadapinya.

"Bohong dia (tokoh itu) bohonglah saya. Tetapi dengan ketokohan dan kredibiliti yang ada kepada sang tokoh ini saya percaya dia tidak berbohong. Sebelum ini pun banyak maklumat sulit yang beliau perolehi, baik disebut atau tidak ternyata benar.

"Hubungan beliau sebagai bekas pemimpin kanan negara juga meletakkan dirinya sebagai berstatus boleh dipercayai. Berpandukan kepada track rekodnya tahap kebolehpercayaan itu melebihi 90 peratus dan lebih baik dari Dr Mahathir," tulis beliau.

Tulis Sayuti, menurut tokoh berusia lebih 70 tahun itu, pertemuan itu diatur sebelum Najib berlepas ke luar negara baru-baru ini.

Namun tokoh berkenaan tidak menyebut di mana pertemuan itu berlaku samada di pejabat Perdana Menteri atau di tempat lain.

Sayuti berkata, tokoh itu juga memberitahu adalah menjadi amalan biasa apabila Perdana Menteri bertemu individu penting seperti Ketua Hakim Negara atau Ketua Polis Negara sebelum berlepas ke luar negara.

Namun kata tokoh berkenaan tempoh pertemuan selama enam jam itu terlalu lama dan beliau yakin pertemuan itu membawa tujuan dan maksud yang besar.

Selain itu, tulis Sayuti, beliau juga difahamkan Najib turut berbincang mengenai blogger, Raja Petra Kamaruddin dan beberapa perkara lain.

Ia berhubung kemungkinan Raja Petra tidak dikenakan apa-apa tindakan undang-undang selepas dikatakan berpaling tadah dan 'menjilat segala ludahnya' selama ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13480

Ladang Rakyat : Demo UMporNO gagal

Posted: 16 May 2011 08:19 PM PDT

Demontrasi Umno gagal himpun ramai peserta
Harakahdaily

KOTA BHARU, 17 Mei: Arahan seorang pemimpin wanita Umno Kelantan supaya setiap bahagian menghantar 500 peserta menyertai demontrasi membantah Ladang Rakyat semalam ternyata gagal.

Kelihatan hanya beberapa wanita dan Puteri sahaja yang hadir biar pun arahan mahu setiap bahagian menghantar 500 wanita dengan berpakaian merah.

Ramai berhujah agenda permulaan Pemuda dan sayap lain Umno menggugat kerajaan negeri tersasar jauh apabila tidak sampai 500 peserta menyertai demontrasi di hadapan Kota Darulnaim semalam.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, Umno sengaja mencipta persepsi buruk terhadap kerajaan negeri bagi menafikan manfaat yang diperolehi rakyat miskin melalui dividen bulanan sebanyak RM200.

"Sepatutnya usaha membantu rakyat miskin turut disokong Umno dan bukannya berdemontrasi seperti budak-budak. Ini jelas menggambarkan Pemuda Umno tidak mengikuti perkembangan semasa.

"Tindakan Pemuda itu boleh menguris perasaan lebih 4,500 penerima dividen bulanan Ladang Rakyat kerana cuba menghalang usaha murni kerajaan negeri membantu penduduk," katanya di sini.

Oleh itu AMK Kelantan menyokong penuh sebarang tindakan undang-undang terhadap media dan pihak yang sengaja menuduh kerajaan PAS merampas tanah rakyat.

Semalam hanya kira-kira 200 pemuda dan wanita Umno berdemontrasi di hadapan Kota Darulnaim bagi membantah Ladang Rakyat kononnya merampas tanah rakyat.

Bagaimanapun media harian seperti sepakat menggambarkan 1,000 hadir pada demontrasi tersebut. Ia dilakukan bagi menyelamatkan maruah Pemuda dan Wanita Umno Kelantan.

Demontrasi tersebut diketuai Ketua Pemuda Umno, Anuar Safian yang turut disertai pemuda-pemuda Umno peringkat bahagian.

Mereka berselindung di sebalik NGO yang dikenali sebagai Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (Ombak).

Pertama di dunia - Lady Gaga punya 10 juta pengikut Twitter

Posted: 16 May 2011 08:04 PM PDT

Twitter Lady Gaga pertama cecah 10 juta pengikut
17/05/2011

WASHINGTON 17 Mei - Diva pop, Lady Gaga menjadi orang pertama mempunyai lebih 10 juta pengikut Twitter.

"@ladygaga mencecah 10 juta. Wow!," kata perkhidmatan mikroblog itu yang berpusat di San Francisco dalam 'tweet' semalam.

Seorang lagi bintang pop terkenal, Justin Bieber pula mempunyai hampir 9.7 juta pengikut Twitter dengan menggunakan akaun @justinbieber

Kes liwat DSAI ujian buat Pakatan Rakyat

Posted: 16 May 2011 09:13 AM PDT

Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin gabungan parti-parti pembangkang Pakatan Rakyat menjadi ujian terhadap kesabaran gabungan itu menghadapi tekanan hebat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Pagi tadi hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Zabidin Mohd Diah mengarahkan Anwar membela diri dalam kes dakwaan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Perkembangan yang dijangka ini meningkatkan kebimbangan pihak yang menyokong kuat kepimpinan Anwar dalam PR dan melihat tidak ada calon lain yang berkemampuan seperti pemimpin berusia 63 tahun itu.

Pihak yang menyokong kuat Anwar melihat pemimpin-pemimpin lain dalam PR terutama pemimpin parti terbesar gabungan itu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengetuai PAS sebagai tidak mempunyai kelayakan yang cukup dan tidak popular.

Ramai daripada kalangan itu menyifatkan PR akan berdepan masalah besar kekosongan kepimpinan yang boleh menjadi penyatu antara PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP sekiranya Anwar dijatuhi hukuman penjara.

Ada kalangan dalam dan luar PAS menggesa parti itu mengambil kesempatan menguasai kepimpinan PR ekoran masalah yang dihadapi Anwar.

Wujud juga kebimbangan sesetengah pihak akan mendorong PAS meninggalkan PR ekoran masalah yang dicetuskan isu video seks dikaitkan dengan Anwar dan kes liwat yang dihadapi kini.

Ketiadaan Anwar mampu memberi kesan negatif yang besar terutama kepada parti dipimpin tokoh itu, iaitu PKR yang tidak dapat dipisahkan daripada bekas timbalan perdana menteri itu.

Isu kepimpinan Anwar merupakan satu isu yang sangat divisif dalam PAS, yang menyaksikan pertembungan golongan dikuasai ulama dengan Erdogan yang pro-Anwar.

Perkembangan ini menjadikan usaha kumpulan Erdogan dalam PAS untuk menguasai kepimpinan parti dan menjadi lebih vokal menjadi lebih penting untuk agenda tersebut, terutama disebabkan penentangan dan rasa kurang senang yang kuat dalam parti Islam itu terhadap Anwar, lebih-lebih lagi selepas timbul rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan beliau.

Sebelum ini, muncul kenyataan terbuka dari kalangan pemimpin-pemimpin PAS yang menuntut penilaian semula persetujuan PR memilih Anwar sebagai perdana menteri sekiranya PR berjaya menubuhkan kerajaan pusat.

Ekoran pelbagai masalah yang menimpa Anwar, ada kalangan yang menggesa beliau mengundur diri daripada peranannya sebagai pemimpin pada masa ini untuk meredakan serangan Umno dan Barisan Nasional terhadap PR.

PAS menjadi parti yang paling jelas menunjukkan sikap tidak menyokong dan mempertahankan Anwar sepenuhnya ekoran muncul kes video seks, apabila ada pemimpin membuat kenyataan yang tidak membela Anwar dan menyerahkan kepada siasatan pihak berkuasa - Siasah Daily

Melayu hancur jika masih sokong pemerintah – Prof Aziz Bari

Posted: 16 May 2011 08:18 AM PDT

SHAH ALAM – Orang Melayu akan terus mundur dan terpinggir jika mereka enggan berubah, malah akan terus menjadi peminta serta dipergunakan parti pemerintah sekarang.

Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika membentangkan kertas bertajuk 'Tahap-Tahap Kritikal dalam Sejarah Perlembagaan Malaysia' pada Bengkel Asas Perlembagaan di sini baru-baru ini.

Program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia itu dihadiri para pemimpin dan anggota NGO Islam.

Dalam bengkel berkenaan, Aziz berkata Umno masih lagi bercakap soal peruntukan perlembagaan mengenai Islam dan Melayu selepas lebih 50 tahun merdeka.

Ia katanya, adalah bukti yang menunjukkan mereka gagal menjalankan amanah yang diberi selama ini.

"Orang Melayu perlu nekad dan berani berubah kerana mereka sudah terlalu lama dikecewakan. Dan sekarang mereka diancam dengan pelbagai jenis ugutan dan kebimbangan yang tidak pun wujud seperti kononnya Kristian akan dijadikan agama rasmi Malaysia", jelasnya.

Jalan di hadapan, tambahnya, ialah orang Melayu perlu membuat perubahan kerana selama ini mereka jelas tidak ke mana-mana.

Aziz berkata sekarang ini wujud pula satu aliran yang kononnya hendak mempertahankan perlembagaan, termasuk Perkara 153 yang memperuntukkan kedudukan istimewa Melayu.

"Kita jangan menganggap peruntukan perlembagaan itu semacam tangkal dan azimat yang digantung di muka pintu dengan harapan membawa faedah dan berkat.

"Peruntukan itu akan tinggal peruntukan yang tidak mempunyai makna apa-apa sekiranya orang Melayu tidak bekerja kuat dan bebas berfikir", tegasnya.

Dalam pembentangan selama sejam itu, Aziz menghuraikan beberapa krisis perlembagaan termasuk krisis antara kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran Mahathir dengan Raja-Raja pada 1983 dan 1993.

Beliau juga turut menyentuh krisis kehakiman yang membawa kepada pemecatan Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada 1988.

Krisis kredibiliti yang menyelubungi pelbagai institusi awam selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 juga disentuh.

"Ketika reformasi dan Pilihan Raya Umum ke 12 pada 2008 menunjukkan bahawa rakyat mempunyai sumbangan dan peranan dalam perkembangan perlembagaan negara," tegasnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13473

Tol Salak dan Taman Connaught dimansuhkan mulai malam ini

Posted: 16 May 2011 07:10 AM PDT

Kutipan tol Lebuhraya Hubungan Timur-Barat dimansuhkan

2011/05/16

KUALA LUMPUR: Kutipan tol di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught dimansuhkan serta-merta malam ini, tujuh tahun lebih awal daripada tempoh tamat konsesi lebuh raya itu pada 31 Mei 2018.

Perkara ini diumumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Datuk Shaziman Abu Mansor

'Anjing Besar' disiasat polis

Posted: 16 May 2011 06:39 AM PDT

Mei 16, 11

Polis Pulau Pinang merakam kenyataan penulis blog Zakhir Mohamed berhubung tulisan dalam blognya yang mencetuskan isu 'konspirasi Kristian'.

Dipercayai ini adalah kali pertama Zakhir disoalsiasat oleh pihak polis berhubung tulisan tersebut, yang telah digunakan sebagai salah satu sumber dalam laporan muka depan Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu di bawah tajuk Kristian Agama Rasmi?

Lebih diketahui dengan nama penanya Big Dog, Zakhir memberitahu pemberita kemudian bahawa dia kebetulan berada di Pulau Pinang dan telah "dijemput" oleh pihak polis untuk "membantu siasatan".

Katanya, polis mengambil masa kira-kira sejam untuk merakamkan kenyataan beliaunya, tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Saya minta maaf. Saya tidak dapat mendedahkan apa yang berlaku di dalam (tadi)," katanya kepada pemberita pada kira-kira jam 7.45 malam tadi. -

Katanya, dua anggota ppolis hadir ketika dia disoalsiasat.

Sementara itu, sumber-sumber berkata sekumpulan pastor yang terbabit dalam pertemuan pada 6 Mei lalu, turut hadir di balai polis awal hari ini untuk disoalsiasat - mkini

Ibrahim Ali boleh cetus darurat, huru hara - Pas Pulau Pinang

Posted: 16 May 2011 05:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk melancarkan perang Salib kepada masyarakat Kristian adalah provokasi berbahaya dan boleh mencetuskan ketegangan kaum, kata Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man.

"Ia boleh mencetuskan darurat dan menghuru-harakan negara. Ini jelas sekali satu tindakan provokatif yang tidak wajar sama sekali diucapkan oleh seseorang Ahli Parlimen," kata Salleh dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, Ibrahim yang selama ini dilihat pro umno, memperlekeh prinsip 1Malaysia yang didokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia katanya, turut melanggar prinsip Rukunegara apabila Ibrahim bertindak mencabar komuniti Kristian untuk melancarkan jihad.

"Presiden Perkasa itu memang telah dengan sengaja menguji kesabaran komuniti Kristian dan cuba membangkitkan semangat anti-kristian di kalangan komuniti Islam.

Menurut Salleh, sikap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin yang memandang ringan perkara itu menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.

"Ibrahim sepatutya telah ditahan untuk siasatan lanjut dan ditegah daripada berterusan membuat kenyataan seumpama itu," tegasnya.

Katanya lagi, Pimpinan Umno dan Barisan Nasional sewajarnya menyokong kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang nampak lebih berani mencabar dan menyifatkan kenyataan Ibrahim sebagai biadap dan bersifat ektremis.

"Sejarah telah membuktikan bahawa Ibrahim merupakan antara peribadi yang kerap mencetuskan provokasi pada rakyat agar mencetuskan huru-hara. Inilah Ibrahim, seorang opportunis yang mahu dilihat sebagai wira dalam memperjuangkan Melayu dan Islam, serta sanggup menjentik kepala politik sesiapa pun demi kepentingannya.

Ibrahim, semalam membuat kenyataan bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian sekiranya mereka berterusan mempertikai kedudukan masyarakat Islam di negara ini.

"Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

"Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah," katanya merujuk kepada kenyataan kononnya ada usaha menjadikan Kristian agama Rasmi, sepertimana yang dilapor akhbar milik Umno, Utusan Malaysia baru-baru ini.

Kenyataan itu menyebabkan pemimpin masyarakat Kristian hari ini menyelar Ibrahim dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap beliau yang disifatkan cuba membawa padah kepada keharmonian kaum.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13450

PDRM alat Umno

Posted: 16 May 2011 01:51 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SELANGOR
16 MEI 2011
UNTUK EDARAN SEGERA

KEADILAN Selangor kesal dengan tindakan Polis DiRaja (PDRM)Malaysia, Sepang yang menghalang majlis penerangan 'JELAS- Tawan Malaysia!' malam ini di Dewan Orang Ramai Kg Bukit Changgang, Kuala Langat. Tindakan in adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Sebelum ini 'JELAS- Tawan Malaysia!' sudah diadakan di 5 kawasan Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) yang melibatkan penganjuran 12 siri penerangan dimana semua IPD berkaitan memberikan kerjasama amat baik, tetapi di IPD Sepang keadaannya cukup berbeza.

KEADILAN Selangor amat kesal dengan kesombongan Timbalan dan Ketua Polis Daerah Sepang yang memberikan alasan tidak munasabah dalam meluluskan permit. Sejak bila jumlah kehadiran orang ramai, saiz dewan ceramah dan mengeluarkan nama Dato Sri Anwar Ibrahaim menjadi syarat utama untuk meluluskan permit? Paling mendukacitakan adalah polis menghadkan kehadiran orang ramai hanya sekitar 400 orang.

KEADILAN Selangor mendesak Ketua Polis Negeri Selangor dan Ketua Polis Negara agar bertindak segera membetulkan keadaan ini sebelum terlambat. Tindakan menghalang ceramah ini merudumkan lagi pandangan masyarakat kepada polis selain menipiskan terus kepercayaan seluruh masyarakat dunia dalam demokrasi di Malaysia. Tambah memalukan adanya kaitan kes pembunuhan seorang budak lelaki berusia 17 yang di tembak polis 2 hari lepas.

KEADILAN Selangor nekad meneruskan program ini di dewan lain selepas dewan yang dicadangkan sedari awal disita dengan pita halangan oleh polis sejak semalam lagi. Tinjauan KEADILAN Selangor menunjukkan pihak polis sudah menempatkan anggota dan trak Pasukan Gerakan Am bagi menghalang program ini.

Jesteru semua rakan media dan pelbagai pihak dialu alukan hadir ke tempat baru yang di tukar ke Dewan Orang Ramai Salak Tinggi. KEADILAN Selangor mempunyai tanggungjawap bagi menerangkan perkara ini kepada seluruh rakyat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor, YB Azmin Ali mengesahkan akan hadir bersama malam ini selain pimpinan kerajaan negeri. Perpindahan ini tidak memerlukan permit kerana ia di buat di dalam dewan yang tertutup.

KEADILAN Selangor ingin mengingatkan, tugas polis adalah untuk menjaga keselamatan rakyat, bukannya menjadi khadam boneka mana mana pihak. Jika program di tempat baru ini juga di halang, jelas bahawa polis hari ini sudah menjadi alat suruhan UMNO / BN. Apa yang boleh di buat rakyat adalah mengantikan kerajaan pusat hari ini dengan kerajaan baru bernama, Pakatan Rakyat!

Shuhaimi Hj Shafiei
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor / Adun Sri Muda

Perbicaraan Anwar tiada kredibiliti, sandiwara - LFL

Posted: 16 May 2011 01:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lawyers For Liberty menganggap perbicaraan kes Fitnah 2 membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan sandiwara semata-mata untuk memenjarakan pemimpin pembangkang itu.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, LFL mengulas keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang memutuskan Anwar perlu membela diri dalam kes tersebut.

"Bagaimana hakim boleh membuat kesimpulan pengadu Saiful Bukhari ada kredibiliti dan saksi yang berwibawa bila dia secara serius memberikan keterangan bercanggah dan bukti yang amat mencurigai malah mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang pendakwa kes?," soalnya.

Menurut LFL, Saiful malah memberi keterangan di mahkamah yang dia berjumpa dengan para pegawai kanan polis dan ahli-ahli politik tertinggi Umno, termasuk Perdana Menteri dan isterinya, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.

"Apakah itu tidak cukup untuk mewujudkan satu keraguan munasabah mengenai kes itu?," soalnya lagi.

Menurut LFL, laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008 menunjukkan tidak terdapat kesan penemuan klinikal penembusan di dubur Saiful dan kesan kecederaan atau luka mempertahan kan diri ditemui pada pengadu itu.

"Tetapi hanya di Malaysia, laporan perubatan sebegitu telah diadakan untuk mewujudkan satu keraguan munasabah dan para doktor kemudian memberi keterangan bertentangan dengan laporan perubatan untuk membabitkan Anwar," tegasnya.

Tambahnya, dari awal kes lagi pendakwa dan hakim sentiasa menghalang usaha pihak peguam mendapatkan dokumen penting termasuk nota perubatan dan dokumen berkaitan laporan kimia dan DNA.

"Bagaimana boleh ini dipanggil satu perbicaraan adil dan bebas?," ujarnya.

LFL berkata, sistem keadilan jenayah di Malaysia sekali lagi dipergunakan sebagai alat untuk menindas dan menentang politik pembangkang.

"Kes ini menunjukkan contoh jelas ketidakjujuran dan kerjasama antara aparatus negara, kehakiman, polis, peguam negara dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kimia dan hospital yang menyalahgunakan pembuktian untuk mensabitkan Anwar dalam apa juga cara," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13423