Isnin, 16 Mei 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Saintis Temui Pasak Bumi(Bukti Kebenaran Al-Qur'an)

Posted: 16 May 2011 10:46 PM PDT

Assalamualaikum dan salam blogger,
pernahkah anda membaca terjemahan ayat -ayat suci ini.

Allah berfirman (maksud):
"Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)"
(Surah An-Naazi'aat, 79: Ayat 32)

Allah berfirman (maksud):
"Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya"(Surah An-Naba', 78: Ayat 7)

Dan Allah berfiman juga berfirman (maksud):

"Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu..."
(Al-Quran, Surah An-Nahl, 16: Ayat 15)
dalam sesetengah tafsir disebut
"Dan Dia menancapkan gunung-gunung di Bumi supaya Bumi itu tidak berguncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk."

sebagai orang islam kita yakin setiap huruf dan perkataan yang terkandung dalam Qur'an pasti betul.

Sekarang tengok gambar ni pula
Setelah beribu tahun lamanya, saintis barat baru-baru ini menemui sebuah gua  yang terletak di Naica Mexico, 
gua ini dipenuhi dengan batu-batu kristal yang berbentuk seperi pasak atau pancang seperti yang biasanya dipasang pada bangunan bangunan besar
ada yang  sampai dengan 12 meter panjang 
Seperti dikatakan saintis, pasak-pasak ini hanyalah mukadimah sahaja kerana dikatakan lebih dalam mereka masuk lebih besar pasak-pasak yang dijumpai
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave
Naica Giant Crystal Cave

http://www.akademifantasia.org/south-america/magnificent-giant-crystal-cave-at-naica/

Dikatakan sejak penemuan gua bawah tanah ini sudah ramai saintis seluruh dunia yang datang untuk melakukan kajian.

Pengarang buku The Earth" ("Bumi"). yang menjadi rujukan di banyak universiti-universiti di seluruh dunia.  Dr. Frank Press. 
(Beliau juga pernah menjadi penasihat sains kepada bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter). 
menyatakan bahawa gunung-ganang hanyalah saebahagian daripada sebuah 'binaan yang besar' dimana akarnya memanjang jauh ke dalam perut bumi. Dr. Press menulis lagi bahawa gunung-gunung sangat penting dalam meneguhkan dan menetapkan perut bumi. Inilah yang diperkatakan oleh Al-Quran mengenai gunung-ganang sejak 1400 tahun dahulu.

Subahanallah,benarlah firman Allah yang Maha Genius.

Cari N3 lama-lama disini

Saleh Yakob Bakal Dapat Isteri Keempat

Posted: 16 May 2011 07:37 PM PDT

Santai


KUALA LUMPUR: "Abang comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga antara kriteria lelaki idaman saya," kata bakal isteri keempat pelakon, pengacara dan
penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 24.
 

Gadis manis dari Johor itu bakal disunting Salih, 50, sebagai suri hidupnya, sekali gus melengkapkan kuota poligami Salih yang sudah diamalkannya sejak puluhan tahun lalu.
Majlis perkahwinan pasangan berkenaan dijangka berlangsung selepas Aidilfitri ini berikutan kesibukan Salih mengurus kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami.

Emi berkata, walaupun hidung Salih menjadi antara tarikan padanya, namun dia tidak menetapkan kelebihan fizikal sebagai teras utama memilih suami, sebaliknya keikhlasan dan sifat dalaman seseorang lelaki yang sentiasa diberi keutamaan dalam melayari bahtera rumah tangga."Rupa paras perkara kedua bagi saya, lebih penting sifat dalaman yang ada pada diri bakal suami dan saya nampak ciri-ciri itu ada pada abang, malah dia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup.


BAHAGIA...Salih bersama tiga isterinya.

 -ijoks2009-
tahniah Abg salleh,walaupun berbini ramai tapi masih mampu berlaku adil dan hidup bahagia,bukan macam kebanyakan artis zaman sekarang,bini sorangpun tak terjaga.
Lebih baik berbini ramai dari pada simpan perempuan walaupun seorang.


Cari N3 lama-lama disini

Pemimpin Umno Bakal Keluar Parti Atau Di Tendang Keluar(video)

Posted: 16 May 2011 03:15 PM PDT

Isu Semasa
Dengan ini aku ijoks2009 ingin mengistiharkan aku suka dengar ceramah  umno.
Cuba dengar ceramah pemimpin umno yang sorang ni,dah macam ceramah pakatan rakyat la pulak.tapi sayangnya tak ada sambutan la pulak.kalau ceramah merapu sambil bodek pemimpin tu ramailah pulak tukang soraknya.

-ijoks2009-
Jika apa yang dikata tu ikhlas dari hati dia ,tak mustahil suatu hari nanti dia akan keluar dari umno atau ditendang keluar.Kerana orang yang benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib rakyat tak akan diberi tempat dalam umno kerana Umno loni tok serupo mulo.
p/s: Siapakah perwakilan yang bercakap ni ye?
Cari N3 lama-lama disini

Jom Terjah Lucky Food Processing Sdn Bhd

Posted: 16 May 2011 05:43 AM PDT

Isu Semasa
Assalamualaikum dan salam blogger
Berkenaan dengan isu makanan halal dlm N3 saya yang lepas .KlikDisini
tentang syarikat Lucky Food Processing Sdn Bhd yang pada mulanya mendapat sijil halal kemudian ditarik balik oleh JAKIM.

saya masih mencari input-input tambahan berkenaan dengan produc syang dikeluarkan syarikat tersebut.

Ini maklumat yang saya dapat dari
Federation Of Malaysian Manufacturers
Office Address:
Plot 35, Lengkok Kampung Jawa 2
MIEL Industrial Estate
11900 Bayan Lepas
Pulau Pinang

Telephone:
04-6428118

Telefax:
04-6341616

Email:
luckyfpp@yahoo.co.uk

Business Enquiries:
Mr See Kam Tiam (Director) Email: luckypng@streamyx.com

Ini pula yang saya dapat dlm yellowpages.com

Address : 35 Lengkok Kg Jawa 2 Miel Ind Est Bayan Lepas 11900 Penang Malaysia
Telephone : 604-640 8119

Bagi teman-teman blogger yang berada di lokasi berdekatan bolehlah meninjau semdiri .jangan lupa kongsilah bila dah dapatmaklumat tu.


Cari N3 lama-lama disini

Umno Berdemo Bantah Ladang Rakyat

Posted: 16 May 2011 03:21 AM PDT

Isu Semasa

Kira-kira 200 Pemuda Umno berhimpun di perkarangan pintu masuk Kota Darul Naim yang menempatkan pejabat Menteri Besar Kelantan pagi ini bagi membantah projek Ladang Rakyat.
image
Mereka memakai baju Umno dan lambang 1 Malaysia membantah projek Ladang Rakyat anjuran kerajaan negeri Kelantan yang kini menjadi sumber pendapatan lebih 4,300 rakyat negeri itu.
Dengan memakai kain lilitan kepala, mereka membuat bising di perkarangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) itu.

Akhirnya, kira-kira jam 10.10 pagi, Anuar Safian menyerahkan 'memo rakyat' kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof di depan pagar Kota Darulnaim.
Difahamkan Umno berharap dapat mengumpulkan 500 orang dari satu bahagian tetapi hanya seramai itu sahaja yang datang.
Sumber

-ijoks2009-

Kerajaan kelantan bagi projek ladang rakyat ni secara adil,mana-mana rakyat negeri kelantan yang layak akan diberi saham secara percuma melalui projek ini tanpa mengira kaum dan fahaman politik.tanah milik kerajaan,kerajaan majukan tanah tu,buat ladang kemudian untungnya dibagikan sama rata kepada rakyat.
Salahkah?

Tokguru sanggup potong elaun dia sendiri sejak hari pertama jadi menteri besar lagi,entah berapa ribu dah Tokguru dermakan wang gaji dia untuk rakyat miskin,kerajaan macam ni yang mereka tak puas hati.
Sedangkan dalam masa yang sama ada seorang ketua negeri di Sarawak yang hidup senang lenang tanpa pedulikan nasib rakyatnya  yang hidup bagaikan pengemis terus diangkat memimpin negeri tanpa bantahan.Hukum apa yang mereka pakai.

 Adakah pemimpin macam ini yang mereka cari

Atau pemimpin macam ni

Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: