Selasa, 10 Mei 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Wajah Kesayangan Hamba

Posted: 10 May 2011 10:52 PM PDT

Santai

-ijoks2009-
Sebelum tengok gambar sila klik video ni dulu
Lagu ini sebenarnya sudah lama dicipta untuk ayahnda baginda,tapi boleh juga diberikan nafas baru.






http://greenboc.blogspot.com/2011/05/saya-tukar-daulat-tuanku-kepada-allahu_11.html


Cari N3 lama-lama disini

Kereta Anwar Disabotaj (Bergambar)

Posted: 10 May 2011 09:40 AM PDT

Isu Semasa

Menceritakan kemalangan kira-kira dua minggu lalu, Abdullah Sani berkata, di petengahan jalan ketika membawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin daripada program parti di Chemor, Perak, kereta yang dipandunya terhuyung-hayang.

NONESelepas itu, kata Abdullah Sani, sebuah lori memotongnya sehingga memaksa beliau menghentikan kereta itu secara mengejut dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan itu.

Kereta mewah itu bagaimanapun bergoyang dan kedengaran letupan datang sebelah belakangnya.

Selepas meletakkan kereta di tepi tepi jalan, beliau mendakwa menjumpai beberapa bahagian cakera brek di merata-rata tempat, sekali gus menjadikan kereta itu tidak boleh bergerak lagi.

Menurut laporan polis, mekanik memaklumkan bahawa pin pada nat cakera brek telah dikeluarkan.

Katanya, beliau dimaklumkan, adalah mustahil nat itu boleh terkeluar dengan sendirinya tanpa dilakukan seseorang.

Justeru, beliau percaya terdapat usaha mencederakan atau membunuh Anwar.

Katanya, berdasarkan maklumat mekanik itu kepadanya, terdapat unsur sabotaj dengan mengambil kira kenderaan itu selalu digunakan Anwar.

Memasukkan pengakuan mekanik itu dalam laporan polisnya, Abdullah Sani berkata beliau kini risaukan keselamatan Anwar dan keluarganya.

http://loveperak.blogspot.com/2011/05/cubaan-bunuh-anwar-ibrahim.html

Cari N3 lama-lama disini

Pemandu Dakwa Mungkin Ada Cubaan Membunuh Anwar

Posted: 10 May 2011 12:49 AM PDT

Isu Semasa

Pemandu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 28 tahun, Abdullah Sani Said akan membuat satu laporan polis di Balai Polis di Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 petang hari ini. Beliau membuat laporan itu kerana mengesyaki ada usaha jahat pihak tertentu mensabotaj kenderaan yang biasa digunakan Anwar dan keluarga. Malah satu kemalangan telahpun berlaku pada 19 April yang lalu.
Sani ketika berkata, kejadian itu hampir mendatangkan kemalangan ketika kereta itu dinaiki Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, hujung bulan lalu. Ketika itu beliau memandu membawa Wan Azizah pulang dari satu program PKR di Chemor, Perak.

"Masa balik dari Chemor dan kereta saya nak potong lori, tiba-tiba pemegang brek caliper terbuka. Bila ia terbuka, kereta bergegar. Tuhan punya kuasa, mujur tidak kemalangan."Selama 28 tahun saya menjadi pemandu Datuk Seri, perkara ini tak pernah berlaku," katanya yang turut menyertakan bukti gambar bahagian brek tersebut.
Menurut Sani, kereta itu kali terakhir diperiksa bulan Oktober tahun lalu. Pada 4 Mac lepas, kereta Anwar rosak apabila mereka yang dipercayai petugas Umno BN mengepung dan membaling batu ke arah kereta yang dinaiki Anwar..

Menceritakan kejadian itu, Ketua PKR Cabang Temerloh, Ahmad Nizam Hamid, berkata, kira-kira 30 orang pemuda, memegang sepanduk dan bendera BN menyekat kereta Anwar di Jengka 22 sambil menjeritkan perkataan lucah kepada ketua umum parti itu.

Dari kelibat dan gaya percakapan mereka, Ahmad Nizam berkata beliau yakin kesemua mereka adalah orang luar dan bukan masyarakat tempatan. "Ini budaya baru yang dibawa, kerana dipahang tak pernah berlaku sebelum ini" kata Nizam pada sidang media di markas induk PAS bagi Pilihan Raya kecil Kerdau.

Sebelum itu katanya, sejumlah paku turut ditaburkan di atas jalan raya khususnya di jalan jengka 22 menuju ke tapak ceramah ketua pembangkang itu menyebabkan kira-kira 50 buah motorsikal dan beberapa kereta mengalami kerosakan tayar.
 http://idhamlim.blogspot.com/2011/05/unsur-khianat-pemandu-anwar-buat.html

Cari N3 lama-lama disini

Sambutan Hari Ibu Subhah

Posted: 09 May 2011 11:29 PM PDT

Isu Semasa

Suka saya kongsikan pandangan Ustaz Nor Amin dalam blognya berkenaan sambutan hari ibu

Salam

Kita sambut jangan tetap hari seperti yang dibuat tu, bila2 nak sambutpun boleh... tak semestinya seperti yang dibuat..Lagipun saya tak kata haram, saya kata benda ni syubhah maksudnya tak pasti haram dan halalnya. Jadi lebih baik dielakkan.

Anda boleh baca Artikel yang berkaitan diblog Ustaz Nor Amin.


Cari N3 lama-lama disini

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


WAKIL RAKYAT UMNO PUN TIDAK PERCAYA UTUSAN

Posted: 10 May 2011 09:56 PM PDT

DUN: 2 ADUN Umno tak percaya laporan Utusan

Susan Loone
Mei 10, 11

Dua ADUN Umno Pulau Pinang berkata mereka tidak percaya laporan muka depan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa DAP dan sekumpulan pastor Kristian merancang untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian.

Sewaktu membentangkan usul melarang akhbar milik Umno itu membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertanya kepada Datuk Hilmi Yahya (BN-Teluk Bahang) sama ada beliau percaya laporan itu.

Lim, yang membentangkan usul terhadap satu laporan Utusan pada 11 November tahun lalu berhubung kos pengubahsuaian kediaman rasminya, mengecam akhbar harian Melayu itu kerana sering membangkitkan isu-isu sensitif untuk memecah-belahkan rakyat pelbagai kaum di negara itu.

NONE

Hilmi (kiri) sebelum itu mengakui Umno mungkin pemegang saham terbesar Utusan, tetapi ia tidak semestinya menerima semua yang
dilakukan oleh akhbar tersebut.

Katanya, seperti juga akhbar-akhbar lain, Utusan adalah sebuah entiti perniagaan dan cenderung untuk mensensasikan artikelnya untuk meningkatkan jumlah pembacanya.

Bagaimanapun, Hilmi meminta supaya menunggu hasil siasatan untuk mengetahui siapa yang memutarbelitkan berita tersebut.

Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) kemudiannya mendesak Hilmi mengakui bahawa laporan kontroversi itu bertujuan untuk
membangkitkan isu perkauman.

Beliau menggesa Hilmi, sebagai seorang pemimpin Umno, supaya memastikan akhbar tersebut tidak mengulangi kesilapan sedemikian kerana ia memudaratkan negara Malaysia yang pelbagai kaum dan agama.

Katanya, Hilmi berkata akhbar-akhbar lain juga mensesasikan isu tetapi "kita tidak nampak yang lainnya berbuat demikian, tetapi hanya Utusan".

"Jadi apakah tindakan yang akan diambil oleh Umno untuk memastikan ia tidak berulang?" tanya Jagdeep.Lim kemudiannya meminta Hilmi menyatakan pandangan peribadinya sama ada beliau percaya laporan itu, yang berdasarkan kepada maklumat tidak disahkan di dua blog pro-Umno.

"Sebagai rakyat Malaysia, bila saya mula-mula baca laporan itu, saya tidak percaya sama sekali," kata Hilmi.

"Kita telah hidup harmoni dengan semua kaum buat sekian lamanya... jadi biarkan kita tunggu siasatan dan kemudiannya kita boleh mengesahkan siapa yang melakukan ini. Saya percaya kita semua rasional," tambahnya.

Lim kemudian berkata "syabas!" dan terus bertanya kepada seorang lagi ADUN Umno sama ada beliau percaya laporan itu.

pulau betong adun muhammad farid saad pc on my balik pulau newsletter 060211 01

Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong, kanan) menjawab: "Saya mahukan sebuah negara yang aman."

Bila terus didesak oleh Lim Farid meminta supaya menunggu hasil siasatan.

Bila diminta menjawab secara jujur, Farid berkata: "Saya tidak percaya laporan itu."

Hanya Hilmi dan Farid ADUN Umno yang berada dalam dewan ketika usul untuk melarang Utusan membuat liputan persidangan DUN dibentangkan. Usul itu kemudiannya diluluskan.Lulus tiga usul Sementara itu, Bernama melaporkan DUN Pulau Pinang hari ini ditangguhkan dengan meluluskan tiga usul termasuk usul mengharamkan wartawan akhbar Utusan Malaysia membuat liputan persidangan dewan itu berkuatkuasa, hari ini.

Lim berkata, usul itu dicadang ekoran akhbar itu didakwa sering menyiarkan berita berunsur fitnah terhadap kerajaan negeri.

Katanya, merujuk kepada satu laporan satu berita Utusan Malaysia bertarikh 11 November 2010, akhbar itu memetik kononnya seorang wakil rakyat Shahbudin Yahya (BN-Permatang Berangan) mendakwa kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM1.5juta untuk membaiki banglo yang didiami oleh Ketua Menteri iaitu Seri Teratai.

"Bagaimanapun Shahbudin menafikan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan itu ketika disoal dalam DUN dan ini menunjukkan Utusan Malaysia telah menyiarkan laporan palsu," katanya dalam sesi penggulungan persidangan DUN.

Beliau berkata, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN turut melakukan siasatan dan memanggil ketua pengarang Utusan Malaysia untuk memberi keterangan tetapi beliau atau wakilnya tidak hadir.

Lim berkata, tambah membimbangkan ialah apabila akhbar itu mengeluarkan berita fitnah berunsur perkauman dan keagamaan kononnya terdapat perhimpunan paderi Kristian di negeri ini yang berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dan mahukan perdana menteri dari kalangan penganut agama itu.

Bagaimanapun, usul itu diluluskan dengan sokongan majoriti anggota DUN penyokong kerajaan negeri.

Dua lagi usul yang diluluskan ialah Rang Undang-Undang Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 dan usul mengesahkan pengenaan dan pemungutan fi caj air atau surcaj oleh pihak berkuasa negeri selama tempoh mulai 1 Januari 2001 hingga 31 Oktober 2010.

Persidangan DUN ditangguhkan pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak./Malaysiakini

BUKAN `PANDI KUTTI' TETAPI `TOKOH 20 SEN'

Posted: 10 May 2011 07:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

LinkSIAPA dia `Pandi Kutti' itu? Ini bahasa Tamil, saya tidak tahu berbahasa Tamil tetapi ada rakan mengatakan `Pandi Kutty' bermakna `anak babi'. Hari ini media pencacai menggunakan sebutan ini untuk mendakwa kununnya DS Anwar mengecop Najib sebagai `Pandi Kutti' dan Najib pula di dalam reaksinya pula menyebut dia boleh tidor lena tanpa gangguan.

Benarkah DS Anwar menuduh Najib `Pandi Kutti' atau media bangkai yang terkenal dengan pencinta bahan lucah seperti video seks itu yang sengaja menuduh DS Anwar berbuat demikian? Atau, mungkin ada niat tersirat media berkenaan untuk menggelar pemimpin agung sekutu Apco itu dengan gelaran `Pandi Kutti' tetapi berselindung di sebalik nama DS Anwar?

Di dalam ceramahnya, DS Anwar berucap begini, "Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutti."

Pada ceramah itu juga, Anwar berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin di ceramah bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.

"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu, Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada," katanya dalam ceramah itu.

Di dalam Twitternya, apabila ditanya oleh seseorang tentang isu ini, DS Anwar menulis "Umno memfitnah. Saya sebut: Politik porno, zalim, rasuah seperti pandi kuty, tidak sebut nama siapa-siapa."

Mengapa ada yang terasa? Peliknya media pencacai terus memainkan isu ini sedangkan tokoh sekutu Apco masih boleh tidor lena? Sebenarnya media ini mahu rakyat melupakan kesedihan dan kemarahan akibat kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram baru-baru ini selepas harga minyak petrol Ron 97 juga dinaikkan sebanyak 20 sen seliter.

Usahlah media menganggap rakyat terlalu bodoh untuk dibuaikan dengan cerita karut marut seperti isu video seks, Kristian agama resmi dan kini isu `Pandi Kutti' hanya kerana mahu rakyat lupa betapa sempena sambutan ulangtahun parti sekutu Apco ini rakyat dibebankan lagi dengan kenaikan harga gula. Mungkin tidak benar yang memimpin negara ini adalah `Pandi Kutti' tetapi kita boleh menukarnya kepada `Tokoh 20 Sen'./wfauzdin.blogspot.com

SEMINAR MAQASID SYARIAH DAN MASYARAKAT MAJMUK DI KUANTAN PADA 15 MEI 2011

Posted: 10 May 2011 09:03 AM PDT

Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Negeri Pahang (NGOs) akan menganjurkan Siri "Wacana Memperkasa Fikrah Rakyat - Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk" seperti yang dinyatakan di bawah.

Program ini terbuka kepada semua rakyat berbilang kaum dan agama seluruh Negeri Pahang khususnya, dan Malaysia amnya.



Tarikh: 15 Mei 2011
Masa: 0200 Petang - 0500 Petang.

Tempat: SEKILAU SEAFOOD RESTOREN, Jalan Haji Ahmad, Kuantan, Pahang.
(Bersebelahan Stesyen Minyak Petronas)

Ahli Panel:


YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM - Ketua Umum PKR/Ketua Pembangkang.


YBHG UST DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN - Naib Presiden PAS Pusat.


YBHG DR MUHAMMAD NUR MANUTY - Timbalan Presiden WADAH.


YBHG US NASRUDDIN HASSAN AT-TANTAWI - Ketua Pemuda PAS Pusat.


Moderator - YBHG DATO' HJ FAUZI BIN ABDUL RAHMAN - Pengerusi MPN

Keadilan Pahang.

Semua rakyat Pahang dijemput hadir ke program yang tersebut di atas. Segala keterangan lanjut, sila berhubung dengan Us Damanhuri di talian 019-2263577/017-9573855 atau layari FaceBook MAQASID SHARIAH PAHANG./pkrpahang.blogspot

bumiperak

bumiperak


Umno pimpin Malaysia hingga kiamat jika PAS keluar Pakatan

Posted: 10 May 2011 12:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Sambil mempertahankan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu berkata, Umno-Barisan Nasional (BN) semakin terdesak kerana tidak putus-putus menggesa parti Islam itu keluar daripada perikatan tersebut.

Tegas Mohamad, sekiranya PAS bertindak keluar Pakatan Rakyat, secara automatik BN akan terus memerintah negara "sehingga hari kiamat."

"Kalau PAS keluar Pakatan Rakyat, BN akan memerintah sehingga hari kiamat sebab dia (BN) tahu kalau PAS bersama Pakatan Rakyat ini sahaja yang boleh menggugat BN.

"Sebab itu BN tiada jalan lain, jadi terpaksa mencari apa sahaja jalan bagi memastikan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, ini kerana BN bimbang kekuatan PAS dalam Pakatan Rakyat... tambahan yang boleh kalahkan Umno adalah PAS," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau yang mesra dengan panggilan "Mat Sabu", BN kini bergantung kepada kekuatan Umno selepas parti komponen lain dilihat seperti "hidup segan, mati tak mahu."

"BN sudah hilang tongkat, MCA dan Gerakan seperti hidup segan, mati tak mahu... tongkat BN hanya pada Umno.

"Kalau Umno rebah, rebahlah BN dan kawasan Melayu yang Umno wakili akan jadi milik Pakatan Rakyat... sebab itu saya katakan kalau PAS keluar Pakatan Rakyat sama ada secara bersendiri atau bersama BN selamatlah Umno sebab dapat nafas baru," kata Mohamad sambil menggesa ahli parti Islam itu tidak terpedaya dengan pandangan dari "nakhoda kapal yang sedang tenggelam" - merujuk kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap Dr Mahathir yang mengatakan PAS perlu bertindak di luar Pakatan Rakyat kerana gabungan tiga parti perikatan itu adalah palsu dan merugikan orang Melayu.

Dr Mahathir berkata, PAS tidak semestinya menyertai BN tetapi jika PAS mahu bertanding menentang Umno, biarlah parti tersebut berada di luar Pakatan Rakyat.

"Jika PAS mahu kembali kepada BN seperti era 70-an lalu, saya percaya BN akan menerimanya. Mahu lawan Umno, mahu pecah undi Melayu, lawanlah, kita tiada masalah. Tetapi kalau boleh PAS jangan bekerjasama dengan PKR dan DAP," katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut menegur PAS kerana perjuangan mereka sekarang dilihat amat jauh menyimpang daripada perjuangan asal yang mahu menubuhkan sebuah negara Islam dengan undang-undang syariahnya sekali.

Katanya, PAS dahulu tidak boleh melihat dan mendengar perkataan DAP tetapi kini parti tersebutlah yang paling hadapan sekali mempertahankan DAP dalam banyak isu.

"Apa sudah jadi dengan pemikiran orang Melayu Islam PAS? Semuanya sudah tunggang-langgang sekarang," katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jika pun memutuskan untuk tidak menyertai BN. Sehubungan itu Najib mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Dr Mahathir tidak perlu untuk terlibat dalam politik negara, sebaliknya dinasihatkan agar menggunakan segala pengalaman yang ada untuk menangani isu-isu sensitif yang berlaku.

"Sebagai bekas perdana menteri, beliau (Dr Mahathir) perlu bertindak sebagai penasihat yang baik kepada rakyat dan kerajaan terutamanya dalam isu kaum dan agama serta isu-isu sensitif, saya pasti dengan pengalaman yang beliau ada, beliau tahu dan faham masalah yang dialami negara.

"Beliau patut bertindak ke arah perpaduan rakyat bukan menyemarakkan lagi api perkauman dan dari sudut PAS kita lihat PAS dengan gabungan dalam Pakatan Rakyat mula diterima rakyat, malah rakyat sudah mula menolak parti yang bersifat perkauman," katanya.

Selain itu, menurut Tuan Ibrahim, PAS tidak akan melayan sebarang gesaan yang meminta parti Islam itu keluar Pakatan Rakyat.

"Pada pandangan saya parti komponen BN masih lagi berfikiran lama dengan sikap double standard antara kaum, sebagai contoh bila pemimpin Umno bercakap dengan prang Melayu mereka minta tolak PAS sebab PAS berkawan dengan DAP tapi bila bersama masyarakat Cina mereka takutkan dengan dasar Islam yang diperjuangkan PAS.

"Jadi PAS tidak akan melayan gesaan itu," katanya.

kalam Perantau

kalam Perantau


PRU ke-13: Najib main teka teki dengan rakyat?

Posted: 10 May 2011 04:16 AM PDT

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Dalam masa 2 bulan terakhir ini, kita telah melihat 2 pilihanraya umum, iaitu Pilihanraya Negeri Sarawak pada 16 April, lepas dan Pilihanraya Umum Singapura pada 7 Mei lepas. Keputusan pembangkang dalam kedua-dua pilihanraya tersebut begitu memberangsangkan walaupun gagal menafikan 2/3 majoriti kepada parti memerintah. Tetapi pembangkan meningkat 100 peratus atau lebih.

Di Sarawak, pembangkang telah meningkat 100 peratus, yakni  dari 8 kerusi DUN kepada 16 kerusi DUN. DAP mendapat 12 kerusi, PKR 3 kerusi dan Bebas 1 kerusi. Sementara di Singapura pula, keputusan pembangkang  telah meningkat lebih 100 peratus dari, yakni dari 2 kerusi  sebelum ini kepada 6 kerusi. Kesemuanya dimenangi oleh parti Pekerja, yakni satu kawasan GM1 (1 orang) dan 1 kawasan GRC (5 orang), yakni al-Juneid memaksa Menteri Luar, George Yeo dan 4 rakannya dari PAP tewas. 

Begitu juga peratus undi popular parti pemerintah juga telah merosot kepada 55 peratus di Sarawak dan 60 peratus di Singapura bwerbanding dengan undi popular mereka sebelum ini. Kita melihat bagaimana angin perubahan telah mula berlaku di kedua-dua tempat yang sukar menerima kehadiran pembangkang sebelum ini.

Mungkinkah PRU 13 pada 11.11.2011? 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengiyakan atau menafikan akan mengadakan PRU ke-13 pada 11.11.11 tapi masih berlegar kepada permainan angka seolah-olah dia cuba bermain teka-teki berdasarkan angka-angka tertentu mengenai tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Najib dalam temubual dengan sebuah rangkaian radio tempatan yang disiarkan secara langsung baru-baru ini menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya. Katanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.

Diantaranya Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11. Sementara, ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Sekarang ini semua pihak termasuk semua parti-parti politik mula sibuk membuat ramalan bilakah tarikh pilihanraya umum ke-13 akan diadakan. Malah sesetengah parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang telah menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti masing-masing kecuali PKR (akhir tahun lepas) dan PAS (pada pertengahan tahun ini) untuk membuat persiapan menghadapi pilihanraya tersebut.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dalam komennya berhubung dengan perkara ini berpendapat,  Nampaknya Perdana Menteri terdesak nak buat PRU dan lebih banyak bergantung kepada perkiraan angka. Najib dilihat lebih bergantung kepada kesesuaian angka untuk mengadakan PRU daripada meyakinkan rakyat mengenai dasar dan polisi kerajaan.

“Maknanya dia tidak ada lagi kepercayaan bahawa dasar dan polisi yang mereka buat itu boleh meyakinkan rakyat tapi hanya bergantung keapda angka dan tarikh sedangkan angka dan tarikh tidak memberi apa-apa makna,” kata beliau seperti dilaporkan Harakahdaily.

Beberapa negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dilaporkan tidak akan membubarkan DUN-DUN mereka jika pilihanraya umum diadakan pada tahun ini. Jika kita lihat kepada Sarawak dan Singapura yang baru selesai pilihanraya mereka pada bulan April dan Mei lepas juga mengadakan pilihanraya hingga hamper tamat penggal 5 tahun mereka dengan pilihanraya sebelumnya diadakan pada tahun 2006.

Sebenarnya, Najib tidak perlu tergopoh-gopoh mengadakan pilihanraya umum ke-13 lebih awal kerana mandat bagi kerajaan yang ada sekarang adalah sehingga tahun 2013. Dalam hal ini, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir juga berpendapat, tiada keperluan untuk mengadakan pilihanraya umum sebelum tahun 2012 kerana banyak lagi masalah-masalah yang perlu diselesaikan oleh kerajaan.

Tidak dapat dipastikan sama ada Najib akan akur atau tidak kepada saranan negawaran seperti Tun Dr. Mahathir kerana Najib juga hendak membuktikan kepada rakyat bahawa beliau adalah popular dan akan mendapat mandat rakyat semula dan tidak perlu bergantung kepada mandat yang diperolehi dari pemimpin sebelumnya.

Jika melihat kepada perkembangan politik semasa di Sarawak dan Singapura, ada kewajaran juga untuk Najib akur kepada saranan Tun Dr. Mahathir bahawa beliau tidak perlu tergopoih gapah untuk mengadakan pilihanraya segera.

Jika silap percaturan, Najib bukan sahaja tidak dapat mengembalikan majority 2/3 kepada parti pemerintah, tetapi kerajaannya juga boleh hilang jika orang Melayu juga turut berpaling tadah seperti pengalaman yang dialami sendiri oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1999 yang lalu.

Abdullah Ahmad Badawi bernasib baik pada tahun 2008 kerana ketika orang bukan Melayu tidak lagi mempercayai BN (khususnya Gerakan, MCA dan MIC), orang-orang Melayu masih sanggup mengundi UMNO kecuali di Kelantan dan Kedah.

Dengan adanya program terbaru, PAS Ganti UMNO, atau singkatannya PGU yang begitu bersemarak di Terengganu tidak mustahil negeri tersebut bakal hilang dari penguasaan UMNO sekali lagi.

Dalam masa yang sama slogan PR (Pakatan Rakyat) Ganti BN (Barisan Nasional) tidak boleh dipandang ringan walaupun UMNO dan sekutu-sekutunya berusaha keras untuk memecahbelahkan kerjasama PAS dan DAP khususnya dalam PR.

Berbagai-bagai serangan berbentuk saraf yang dikemukakan kepada rakyat khusnya orang Melayu, seperti PAS alat DAP atau DAP ganti PAS dan sebagainya? Secara logiknya, mana mungkin DAP ganti PAS? Kedua-dua parti berkenaan mempunyai ideology dan sasaran politik yang berlainan.

Apa yang akan berlaku, sekira rakyat khususnya orang Melayu tidak menggantikan UMNO dengan PAS, UMNO terpaksa membuat kerajaan campuran UMNO-DAP  setelah orang bukan Melayu tidak lagi mempercayai BN. Jika rakyat tidak mahu melihat kerajaan campuran UMNO-DAP, pilihan yang ada adalah kerusi-kerusi yang dimiliki UMNO sekarang ini digantikan dengan PAS disemua peringkat.  

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah 


MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PKR gesa polis siasat Umno guna warga asing sebagai pengundi

Posted: 10 May 2011 09:57 PM PDT

HULU SELANGOR, 11 Mei — Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan dakwaan bahawa Umno Hulu Selangor ada memohon kelulusan menukar taraf pemastautin tetap kira-kira 2,000 bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin menggesa polis untuk menyiasat dakwaan itu terhadap Umno Hulu Selangor dan mengesahkan ketulenan surat yang diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri.

"Surat itu ada di sini, bukti.

"Biar polis siasat, saya tidak tahu jika surat ini palsu... (tapi) ia datang dari sumber yang boleh dipercayai... pejabat kerajaan," katanya.

Umno Hulu Selangor berkata surat itu bukan daripada Umno bahagian itu kerana tandatangan ketua Umno Datuk Mohamed Idris Abu Bakar salah dan ejaan nama juga tidak betul - TMI

Video sex - masih ada lagi di blog pro Umno?

Posted: 10 May 2011 09:46 PM PDT



Versi penuh video sex yang mendakwa DSAI adalah 'pelakon' utamanya masih terdapat di blog pro Umno.

Harap pihak-pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan sewajarnya.

STONE : Ingtkan habis dah kes ni rupanya2 masih ada ladi yang minat.

UMNO 11 Mei -Tak der maknanya ...

Posted: 10 May 2011 09:20 PM PDT

MOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my
Humban 11 Mei Umno dalam muzium

TIDAK ada maknanya bagi orang-orang Umno untuk mengenang peristiwa bersejarah penubuhan parti yang diasaskan pada 11 Mei 1946, jika ia sudah lari dari paksi perjuangan asalnya.

Umno yang ada hari ini jauh menyimpang, daripada yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar. Umno yang ada adalah Umno versi Tun Dr Mahathir Mohamad, dihidupkan semula selepas sengaja dibiarkan haram pada tahun 1988.

Mengapa Umno dibiarkan haram? Jawapannya ialah kerana selepas Dr Mahathir hampir tewas pertandingan jawatan Presiden Umno pada tahun 1987 dengan beza 40 undi sahaja, bermakna separuh daripada perwakilan dan ahli Umno ketika itu menolaknya.

Apabila Umno diharamkan, penyokong Razaleigh dan Mahathir berpecah. Sebahagian besar masih ikut Mahathir kerana banyak faktor. Sebahagiannya mengikut Razaleigh yang menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.

Dalam erti kata lain, Umno 'tulen' yang diasaskan perjuangannya oleh Onn sudah tidak wujud.

Umno dilahirkan di Istana Johor. Ia ditubuhkan dengan restu penjajah British. Mereka dijadikan anak emas penjajah dan diberikan red carpet untuk menerima anugerahkan kemerdekaan dengan mudah.

Sedangkan pejuang-pejuang asal kemerdekaan yang dipelopori pejuang-pejuang hebat seperti Abu Bakar Bashir, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ibrahim Yaakub, Ahmad Boestamam dan ramai ulama-ulama tersohor yang dipenjara, dibunuh dan dibuang daerah.

Pada diri tokoh-tokoh hebat ini mengalir darah perjuangan Melayu-Islam. Mereka adalah pejuang sebenar, tetapi nama-nama hebat mereka dipadamkan sebagai pejuang tulen Islam dan nasionalisme Melayu menentang penjajahan British.

Tiada seorang pemimpin Umno pun menghadapi tekanan daripada British sebagaimana yang dihadapi oleh tokoh-tokoh hebat ini. Jangankan darah, tiada setitik peluh pun mengalir di dahi pemimpin Umno akibat hambatan British.

Justeru, hakikat sebenarnya, Umno tidak layak untuk mendabik dada kononnya mereka adalah parti yang benar-benar tulen memperjuangkan nasib bangsa.

Apa yang disebutkan sebagai asas perjuangan Umno adalah nasionalisme Melayu. Perjuangan Umno untuk memelihara bangsa, agama dan negara, hanya retorik kosong buat mengelabui mata rakyat semata-mata.

Memperingati hari lahir Umno pada 11 Mei saban tahun tidak bermakna jika paksi perjuangan Umno yang sebenarnya sudah tidak ada.

Umno harus sedar bahawa ia sudah dimamah kebusukan yang melampau. Kepimpinannya, dari Presiden, MT dan seluruh akar umbi sudah tidak mampu diperbetulkan.

Mereka sudah rosak dengan segala bentuk kekayaan dan ketamakan kerana terlalu lama di puncak kuasa. Amalan korupsi, kronisme dan nepostisme sudah semakin merosakkan Umno.

Umno lama berjuang untuk memartabatkan rakyat, justeru ramai kalangan pemimpinnya ketika itu datang dari golongan guru dan marhain. Menaiki basikal cabuk dan motor lama keluar masuk kampung berkempen.

Umno baru hari ini, jika Ketua Bahagiannya tidak berkereta mewah, tidak ahli korporat, tidak memperolehi projek daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan PBT, tidak sah.

Itu baru Ketua Bahagian, belum lagi AJK Pemuda, Wanita dan Puteri. Semuanya pakat kongsi harta rakyat, hampir semuanya kaya raya. Lagi pun muda-muda lagi, orang Utara kata 'masih berhingus' dah dapat gelaran Dato'.

Hebat Umno ini. Punyalah sakan mereka meratah harta rakyat. Bahayanya ialah apabila sudah terlalu lama berkuasa, harta rakyat, harta negara, dianggap macam harta 'mak bapak' mereka sendiri.

Rakyat boleh melihat kepada Dr Mahathir. Lihatlah bagaimana semasa menjadi PM, anak-beranaknya mempunyai lebih 160 syarikat. Sekarang ini pun beliau menjadi Pengerusi Petronas, bagaimana anaknya boleh begitu kaya mendapat projek dan tender Petronas?

Dr Mahathir usahlah cakap putar alam, kononnya memperjuangan Melayu tulen. Nasionalis tulen yang hebat.

Begitu juga dengan bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika berkuasa. Syarikat milik anak-anak dan kroni beliau begitu rakus. Dengan Scominya, Patrick Limnya, Kalimullah Masheerul Hassannya. Macam-macam kehebatan, sehingga digelar kerajaan anak-beranak.

Lihat juga kepada PM Najib. Bagaimana adik beliau Dato' Nazir Razak memperolehi laba yang besar dalam negara.

Akhirnya rakyat harus berfikir, apakah faedahnya mereka menyokong Umno? Menyokong Umno kononnya atas nama perjuangan Melayu, tetapi yang kaya raya, yang menyapu harta rakyat, semuanya anak-beranak pemimpin-pemimpin Umno?

Kekayaan anak-beranak PM dan bekas PM bukan menjadi rahsia dalam Umno. Adakah semua mereka ini menjadi kaya raya dengan hasil titik peluh sendiri tanpa dukungan kerajaan yang memerintah?

Oleh sebab itu, pemimpin Umno termasuk bekas pemimpinnya seperti Dr Mahathir tidak layak untuk mendadik dada mereka adalah pejuang nasionalis yang sebenar.

Mereka sebenarnya hanya berjuang untuk memenuhkan wang saku serta kantung mereka semata-mata.

Mempertahankan kuasa Umno samalah seperti mempertahankan serta melindungi kepentingan peribadi yang begitu banyak dalam negara.

Jika Umno dijatuhkan dan Umno tidak lagi menjadi parti pemerintah, nescaya mereka semua akan turut tersekat daripada terus meratah harta rakyat.

Tiada jalan lain untuk menyelamatkan negara, menyelamatkan hak rakyat, selain menghumban Umno ke dalam muzium. Cukup-cukuplah Umno-BN berkuasa.

Justeru itu, menjelang setiap 11 Mei, rakyat tidak seharusnya bergembira, sebaliknya meratap kesedihan kerana puak-puak yang masih rakus membidak-bidak harta rakyat untuk kepentingan kroni dan kaum keluarga masih terus berkuasa.

Pandikutti’ rujuk kepada politik jijik BN

Posted: 10 May 2011 09:03 PM PDT

May 11, 2011

Naib Presiden PKR N Surendran menafikan Anwar melontar perkataan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di satu majlis di Klang pada 7 Mei lalu.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan perkataan "pandikutty" bagi merujuk kepada politik kotor dan jijik yang di amalkan oleh Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PKR N Surendran menafikan Anwar melontar perkataan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di satu majlis di Klang pada 7 Mei lalu sepertimana yang dilaporkan Bernama dan akhbar Utusan Malaysia.

Beliau berkata, saya berada dalam majlis tersebut dan Anwar tidak melontar perkataan itu kepada Najib tetapi sebaliknya merujuk kepada politik kotor dan jijik yang menjadi amalan BN.

"Sekali lagi, suatu tuduhan yang palsu sama sekali telah dibawa terhadap Ketua Pembangkang oleh parti BN dan media massanya," jelas beliau melalui satu kenyataan media semalam.

Menurut beliau, Perdana Menteri sendiri telah mengulangi tuduhan palsu ini dalam komennya semalam dan menyerang Anwar atas isu ini.

Ujar beliau, "adalah juga ironik untuk mendengar rungutan remeh seperti ini daripada parti BN yang telah melemparkan berbagai-bagai fitnah melampau dan jahat ke atas Ketua Pembangkang sejak tahun 1998.

"BN juga tidak pernah teragak-agak untuk memperalatkan badan kehakiman dan polis untuk membawa tuduhan jenayah palsu terhadap Anwar dan pemimpin pembangkang lain."

Surendran berkata, adalah jelas bahawa BN menganjurkan kontroversi palsu dan kosong seperti ini untuk cuba mengalih perhatian rakyat daripada kelemahan pemerintahan BN dan kenaikan harga petrol dan barangan yang tidak wajar.

Semalam Najib menempelak Anwar dengan menuduh kononnya Anwar bmenggunakan perkataan "pandikutty" untuk menyerangnya secara peribadi. FMT

Islam adalah agama rasmi Malaysia, jangan pertikai lagi - Tuan Ibrahim

Posted: 10 May 2011 08:50 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Islam adalah agama rasmi Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan kedudukan tersebut.

Jelas Tuan Ibrahim, walaupun dalam Perlembagaan Persekutuan hanya menyebut agama Islam adalah agama Persekutuan, namun ia memberikan maksud Islam adalah rasmi negara.

"Persekutuan adalah bermaksud negeri-negeri yang bergabung membentuk persekutuan yang mana Islam adalah agama rasmi negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

"Agama rasmi Persekutuan adalah agama rasmi bagi negeri-negeri ini, jadi bila kata Islam agama Persekutuan maknanya Islam adalah agama bagi negeri-negeri itu dan ia adalah agama rasmi negara.

"Agama rasmi Persekutuan bermaksud agama rasmi Malaysia, ia sama sahaja sebab Persekutuan ini dibentuk dari negeri-negeri," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangan peguam Syahredzan Johan yang mengatakan Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah "agama rasmi" negara dengan merujuk kontroversi yang tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai "tanggapan salah yang bahaya", yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.

"Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

"Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi," kata beliau.

Mengulas lanjut kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara, Tuan Ibrahim berkata walaupun ada pihak mahu agama lain termasuk Kristian menjadi agama rasmi ia tidak boleh dilakukan kerana banyak prosedur yang terpaksa diikuti.

"Kalau kita lihat sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan ia melibatkan Dewan Rakyat, perlukan dua pertiga majoriti Parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong, sebab itu bagi saya ini isu mainan yang sengaja diwujudkan untuk timbulkan keadaan kerana realiti ia tidak akan berlaku.

"Kedudukan Islam (sebagai agama rasmi) tidak perlu dipertikaikan dan tidak perlu bimbang dengan isu-isu yang sengaja dibuat... Islam adalah agama rasmi Malaysia," katanya.

Justeru beliau meminta supaya semua pihak agar tidak memandang serius perkara itu seperti mana yang dilaporkan Utusan Malaysia kerana ia sengaja "dicipta" untuk mewujudkan ketegangan antara agama.

"Bagi saya ini bukan isu sebenar, ia adalah isu yang sengaja dibuat untuk menimbulkan satu suasana yang akhirnya memihak kepada Umno-Barisan Nasional (BN).

"Daripada tiada polemik jadi polemik, sedangkan perkara ini tidak pernah berlaku tapi sengaja dibuat," katanya sambil menambah, "bagi saya isu ini adalah isu yang sengaja dibuat untuk mengalih pandangan rakyat daripada isu-isu sebenarnya yang berlaku."

"Isu yang dihadapi oleh rakyat seperti kenaikan kos hidup, kenaikan harga gula dan kenaikan harga minyak... ini adalah isu yang dialihkan supaya rakyat tidak tumpu kepada isu yang mereka hadapi," katanya.

Laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi?", yang diterbitkan Sabtu lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Tambah Pesuruhjaya PAS Pahang ini, beliau tidak menolak isu-isu perkauman dan agama yang dimainkan Umno melalui Utusan Malaysia petanda pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam tempoh terdekat.

"Ini adalah bunga-bunga kepada persiapan pilihan raya umum sebab setiap kali isu perkauman dan agama dimainkan ia adalah tanda pilihan raya (sudah dekat) dan Umno akan mengambil keuntungan di sebalik perkara ini

"Sebab itu, bagi kita, PAS dan Pakatan Rakyat sudah sepakat iaitu Islam agama rasmi, bahasa Malaysia bahasa rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu dipertahankan, hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dipertahankan, ini adalah dasar bersama kita dan tiada yang mempertikaikannya baik PAS, PKR dan DAP," katanya. - TMI

Isu Kristian - ISAkan 'BigDog' kata Papa Gomo

Posted: 10 May 2011 07:20 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Sebuah blog pro-Umno mengecam pendedahan provokasi yang dibawa blogger "Bigdog" berhubung dakwaan wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.

Ekoran pendedahan penulis blog Bigdog itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi? yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

Laporan muka depan akbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

Blog "Bigdog" atau nama sebenar penulisnya, Zakir Mohammed menerusi entri bertajuk "Making Christianity the official religion? mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

Blogger "Papa Gomo" menerusi entri "Negara Kristian - Tangkap Sumbat Dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Si Bigdog Ini" mengecam tindakan yang dilakukan"Bigdog" atas alasan mengeluarkan laporan berunsur fitnah dan tidak benar.

"Dalam isu gereja dan negara Kristian ini memang dari awal saya merasakan sangsi berhubung laporan yang ditulis Bigdog ini sebab dalam laporan itu tiada asas yang kukuh untuk mengatakan perjumpaan paderi itu adalah untuk membentuk jemaah yang sebulat suara menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian.

"Secara logik mustahil pihak Kristian dalam Malaysia boleh berikrar secara terbuka dalam hal ini, mereka tahu kewajaran dalam nak menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian tidak dapat dilaksanakan.

"Jadi bagaimana pula Bigdog ini boleh mengeluarkan satu perkara yang tidak pasti yang mana sekarang kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa akibat dari kebodohan Bigdog ini," katanya.

Justeru kata "Papa Gomo", kerajaan harus peka dan memandang serius terhadap laporan palsu yang dikeluarkan blog "Bigdog" kerana ia boleh menimbulkan ketegangan antara agama.

Selain itu, penulis itu juga mahu "Bigdog" ditahan di bawah ISA jika terbukti laporan yang dikeluarkan itu berunsur fitnah.

"Jika blog Bigdog terbukti menyebarkan fitnah sehingga menggugat keselamatan negara adalah satu kewajaran untuk Bigdog ditahan di bawah ISA bagi mengelakkan kekacauan dan ketenteraman awam tergugat.

"Kerajaan harus memandang serius isu yang dimomokkan blog Bigdog kerana yang menanggung beban dalam hal ini adalah kerajaan BN dan bukannya Pakatan Rakyat. Bagaimana hendak kita bela blogger yang merosakkan keharmonian kaum di Malaysia?" katanya.

Tegasnya, konsep 1 Malaysia yang diperjuangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan dapat direalisasikan jika kerajaan tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap "Bigdog". - TMI

UMNO sesak nafas - Mahfuz

Posted: 10 May 2011 07:05 AM PDT

Dato' Mahfuz Omar menyifatkan Umno kini 'sesak nafas' bagi meraih sokongan rakyat kerana tidak henti-henti memainkan isu perkauman.

KUALA LUMPUR: Umno kini 'sesak nafas' lalu gemar membangkitkan sentimen perkauman dan keagamaan melalui lidah rasmi mereka -Utusan Malaysia – secara tidak langsung bantu memperkukuh politik parti DAP dan melemah kuasa MCA.

Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menyifatkan Umno kini 'sesak nafas' bagi meraih sokongan rakyat kerana tidak henti-henti memainkan isu perkauman dan menimbulkan sentimen kebencian terhadap DAP yang digambarkan sebagai parti 'rasis'.

Sebaliknya menurut beliau, tindakan ini membantu DAP dalam meraih sokongan masyarakat Cina kepada parti itu sekaligus mengurangkan kuasa MCA.

Beliau berkata, "saya ucap terima kasih dan tahniah kepada Umno kerana tolong bekerja untuk DAP dengan mengurangkan kuasa MCA.

Utusan Malaysia pula bantu memperkukuh politik DAP dan memperkecil MCA.

Umno cuba memainkan sentimen perkauman agar rakyat membenci DAP.

Tetapi mereka tidak sedar tindakan itu membuatkan orang Cina lebih sayangkan DAP.

"Inilah yang saya katakan, Umno buli MCA dan mereka buli orang Cina dalam Barisan Nasional (BN)," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata tidak wajar bagi Umno-BN menggunakan sentimen perkauman terhadap DAP kerana melihat politik Melayu-Islam tergugat apabila parti itu menang di Sarawak.

Ujar beliau, Umno-BN sepatutnya tidak menagih simpati pengundi kerana ia boleh merosakkan struktur negara yang dibina.

"Sepatutnya Umno-BN menghormati keputusan rakyat bukan dengan timbulkan isu perkuman. Bila DAP menang tidak patut jadikan DAP 'punching bag'. Perbuatan itu hanya merosakkan sistem yang kita amalkan iaitu demokrasi berparlimen," katanya - FMT

Perkasa minta peguam Syahredzan jangan khianati Islam

Posted: 10 May 2011 04:42 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
May 10, 2011

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada peguam Syahredzan Johan agar tidak menjadi "pengkhianat kepada Islam" ekoran kenyataanya mengenai status Islam dari sudut Perlembagaan Persekutuan.

Tegas Presiden Perkasa itu, walaupun dalam Perlembagaan Persekutuan hanya menyebut agama Islam adalah agama Persekutuan tetapi dari segi takrifan Islam adalah agama rasmi negara.

"Mahkamah Tinggi Malaya pernah buat keputusan yang mana setiap keputusan mahkamah adalah undang-undang yang mesti diikuti.

"Walaupun dalam Perlembagaan Persekutuan hanya menyebut agama Islam adalah agama Persekutuan, maka dari segi takrifan apabila agama lain tidak menjadi agama Persekutuan, maka agama Islam dengan sendiri menjadi agama rasmi (negara)," katanya.

Justeru kata Ibrahim, sepatutnya sebagai seorang peguam Syahredzan faham mengenai undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

"Itulah hasrat Perlembagaan Persekutuan... apakah Syahredzan Johan tidak faham walaupun seorang peguam? Tidak semestinya pandangannya betul kerana undang-undang berkait antara satu sama lain malah Artikel 153 adalah asas Perlembagaan Persekutuan iaitu kedudukan Islam, bahasa Malaysia, Raja-raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

"Baca buku Perlembagaan Persekutuan tulisan Tun Mohamed Suffian Hashim, malah pada tahun 1972 Akta Hasutan diperkasakan untuk melindungi perkara dalam Artikel 153.

"Sempit sungguh peguam ini atau buat kenyataan sekadar mahu jadi popular di kalangan peguam yang ramai bukan Islam, ingatan saya jangan jadi pengkhianat kepada Islam," katanya.

Syahredzan dalam laporan The Malaysian Insider pagi tadi mengatakan Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah "agama rasmi" negara dengan merujuk kontroversi yang tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Akhbar milik Umno itu dan beberapa kumpulan Melayu-Muslim termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara mengisytiharkan Islam sebagai agama "rasmi" dan hanya Muslim boleh menjadi perdana menteri.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai "tanggapan salah yang bahaya", yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.

"Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

"Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi," kata beliau.

Beliau merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa "agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan" dan menekankan bahawa perkataan "rasmi" tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.

Syahredzan berkata, seksyen dalam Perlembagaan mesti ditafsir bersama Artikel 11, di mana setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing dan tertakluk kepada Klausa (4) yang mana berkaitan dengan Islam ¬ untuk menyebarluaskannya.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider, Ibrahim juga meminta agar siasatan dilakukan terhadap semua media yang mengeluarkan laporan yang menghina Islam.

"Kenapa tidak siasat media-media Cina, blogger, portal, Twitter yang mengeluarkan laporan yang menghina Islam, hina Raja-raja Melayu dan hina orang Melayu," katanya - TMI

Tutup cerita : PM Kristian tak mungkin - Perkasa

Posted: 10 May 2011 02:59 AM PDT

Walaupun peruntukan perlembagaan diakui membenarkan seorang bukan Islam dilantik menjadi perdana menteri, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia tetap dengan pendiriannya bahawa hanya seorang Melayu yang patut dilantik ke jawatan berkenaan.

Timbalan presidennya Datuk Abdul Rahman Abu Bakar memberi alasan, keselamatan negara pada waktu ini bergantung kepada sentimen di kalangan orang Melayu.

"Betul, kita faham dengan perlembagaan. Pelantikan (perdana menteri) hendaklah dilakukan apabila salah satu pemimpin parti yang mendapat kerusi majoriti dalam parlimen dipilih dalam parlimen, itu diakui.

"Tapi (perdana menteri Kristian) tidak mungkin berlaku kerana keselamatan negara ini bergantung kepada orang Melayu.

"Kalau Melayu rasa terancam, rasa tergugat, tidak ada keselamatan dan tidak akan ada ketenteraman," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan menteri perusahaan perladangan dan komoditi Tan Sri Bernard Dompok yang berkata, perlembagaan tidak menetapkan keperluan agama untuk menjadi seorang perdana menteri.

Isu pelantikan perdana menteri dari kalangan penganut Kristian itu timbul berikutan laporan Utusan Malaysia pada Sabtu lalu berhubung dakwaan bahawa pemimpin agama itu berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara

Laporan akhbar itu adalah berdasarkan tulisan di blog Zakhir bertajuk 'Making Christianity the official religion' yang turut mendakwa bahawa ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi telah menganjurkan pertemuan berkenaan.

Zakhir dalam satu lagi tulisannya pada Ahad pula sekadar menimbulkan persoalan sekiranya dakwaan itu benar-benar berlaku manakala Ooi dan juga pemimpin gereja pula menafikan dakwaan yang dilaporkan itu.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata isu 'konspirasi Kristian' itu sepatutnya "dikira tutup" sekiranya ia sebenarnya tidak timbul.

"Kalau tak ada dibincangkan, kita tak perlulah timbulkan. Perkara ini dikira tutuplah.

"Realitinya, ini negara Melayu, negara tumpah darah orang Melayu. Kalau orang Melayu sendiri rasa tidak aman, macam mana hendak ada kestabilan sedangkan orang Melayu yang membentuk majoriti," katanya lagi. - malaysiakini

Lagi Bongkar : Kerajaan melalui Felda, diam-diam beli kilang gula Robert Kouk -

Posted: 10 May 2011 01:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan didesak untuk mengumumkan jumlah transaksi pembelian Malayan Sugar Manufacturing Co Sdn Bhd (MSM) yang sebelum ini dimiliki oleh Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, pembelian itu dilakukan menerusi anak syarikat Felda, iaitu Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH).

"Felda ialah sebuah syarikat berkepentingan kerajaan. Mengapa jumlah pembelian tersebut tidak diumumkan secara terbuka? Agensi mana yang dilakukan untuk membuat penilaian aset dan liabiliti syarikat tersebut," soal Azan.

Azan Ismail mendakwa, kerajaan seolah-oleh menyembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan rakyat, sehinggalah rentetan dari siri kenaikan barangan keperluan termasuk kenaikan harga gula sebanyak 20 sen yang diumum kerajaan semalam.

Menurut laporan media, FGVH turut membeli Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd, sebidang tanah seluas 5,800 hektar di Chuping, Perlis dan 20% pegangan Tradewinds (M) Bhd dengan anggaran jumlah RM 1.5 billion.

Difahamkan kini, Robert Kuok, yang juga jutawan pertama di Malaysia kemudiannya membeli syarikat CSR Limited, iaitu pengeluar gula terbesar di Australia.

"Sekarang ini, jika Felda mahu mengimport gula dari Australia, agensi tersebut akan membeli dari syarikat yang dimiliki oleh Robert Kuok.

"Ini tidak memberikan makna kepada Felda kerana pada akhirnya nanti, sekiranya ada kenaikan harga gula di negara ini, maka Felda akan dipersalahkan.

"Sedangkan, keuntungan awal telah dikaut oleh orang yang sama, iaitu kroni Barisan Nasional dan pernah mendapat faedah dari monopoli gula selama puluhan tahun di negara ini.

"Felda belum tentu mendapat keuntungan, kerana gula adalah barangan kawalan. Jika ada pun, sudah tentu ia 'disedut' oleh pihak ketiga yang menjadikan nilai terkumpul tersebut sebagai dana pilihan raya bagi pihak Barisan Nasional," tambah Azan.

Dalam pada itu, Azan Ismail mendakwa, kerajaan cuba mewujudkan suasana tenteram di kalangan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu dengan mendakwa, pembelian syarikat gula tersebut oleh Felda menunjukkan kerajaan prihatin terhadap agensi yang banyak memberikan faedah kepada orang Melayu itu.

"Orang Melayu jangan terperangkap dengan tindakan kerajaan ini. Pembelian kilang gula milik Robert Kuok oleh Felda tidak memberi jaminan bahawa nasib orang Melayu lebih terbela.

"Kita tidak tahu siapa yang berkepentingan di dalam transaksi tersebut yang akan mengaut keuntungan. Apatah lagi proses pembelian FGVH tidak diumumkan secara terbuka.

"Sebab itu, kita tuntut dokumen tersebut didedahkan kepada umum," ujar Azan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13074

"Mereka fikir PM adalah segala-galanya, itu tak betul" - Dr Aziz Bari

Posted: 10 May 2011 12:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata kepentingan agama Islam dan Melayu di negara ini dilindungi oleh perlembagaan di bawah bidang kuasa raja-raja dan bukan Perdana menteri.

"Soal-soal ini bukan kuasa PM. Apa yang jadi masalah selama ini ialah PM Melayu yang ada langgar dan tak pedulikan perlembagaan.

"Mereka fikir mereka boleh bolot semua; termasuk kuasa dan peranan Raja. Ini silapnya dan inilah yang menyebabkan orang Melayu ada yang takut.

"Mereka fikir PM adalah segala-galanya. Ini tak betul," katanya kepada Keadilandaily.com.

Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin parti komponen BN, Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok bahawa tidak menjadi masalah jika perdana menteri Malaysia seorang beragama Kristian.

Menurut Aziz, meskipun perlembagaan tidak menyatakan bahawa bukan Melayu tidak boleh menjadi perdana menteri, namun amalan politik Malaysia jawatan itu diberikan kepada majoriti.

"Tidak ada kontrak sosial di sini; selama ini apa yang berlaku dalam perlantikan PM ialah bahawa orang itu mewakili majoriti.

"Apa yang lebih menjadi persoalan dengan kenyataan Dompok itu ialah bolehkah atau wajarkah beliau kekal dalam kabinet sedangkan Umno sebagai tunjang Barisan Nasional mengambil sikap yang berbeza," katanya yang juga Pensyarah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Menurut Aziz, apa yang lebih penting, seseorang perdana menteri yang dilantik perlu mengikuti dan menghormati prinsip perlembagaan.

"Sebab itu bagi saya PM bukan Melayu dan bukan Islam mungkin lebih baik sekiranya beliau menghormati perlembagaan. Apa guna ada PM Melayu dan Islam tapi gila kuasa macam Mahathir? Yang penting peraturan diikut, bukan bangsa atau batang tubuh pemegang jawatan itu," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13070

Tindakan Utusan perbuatan jenayah - Dr Aziz Bari

Posted: 10 May 2011 12:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, tindakan Utusan Malaysia menyiarkan berita yang berupaya mencetuskan api perkauman dan pertelagahan agama, merupakan satu perbuatan jenayah.

Beliau mengulas laporan di muka depan Utusan Malaysia, sabtu lalu bertajuk "Kristian agama rasmi?' berdasarkan tulisan blog pro-Umno, Zakhir Mohamed 'Making Christianity the official religion'.

"Jelas apa yang dipaparkan oleh Utusan itu sebenarnya cerita bohong. Berita palsu dan tidak wujud. Laporan polis sudah dibuat tapi apa hasilnya?

"Utusan boleh didakwa di bawah Akta Mesin Cetak kerana menerbitkan berita palsu. Atau didakwa dibawah Akta Hasutan. Atau didakwa di bawah Kanun Keseksaan.

"Ini semua menangani perlakuan jenayah. Apa yang dilakukan oleh Utusan pada saya prima facie satu perbuatan jenayah," katanya kepada keadilandaily.com

Dalam laporan itu Utusan mendakwa Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi telah menganjurkan pertemuan dengan paderi kristian di mana kumpulan berkenaan berdoa supaya Kristian dijadikan agama rasmi dan seorang kristian dilantik sebagai perdana menteri.

Penganjur mesyuarat tersebut, National Evangelical Christian Fellowship, bersama rakan-rakannya yang lain, Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship, bagaimanapun menafikan sekerasnya dakwaan tersebut.

Jeff Oii turut membuat laporan polis terhadap Utusan dan blog berkenaan kerana cubaan memfitnah dan berniat jahat.

Mengulas lanjut, Aziz Bari berkata, tulisan Utusan yang tidak masuk akal itu, merupakan bukti Umno panik untuk menarik simpati orang Melayu dan Islam terhadap parti itu yang dilihat semakin hilang sokongan.

"Lagipun apa isunya? Bukan kah DAP dan sekutu Pakatannya telah pun mengisytiharkan bahawa mereka akan pertahankan perlembagaan?

"Bukankah Perdana menteri sendiri kata tahun lepas bahawa peruntukan yang dimaksudkan itu telah 'dikunci mati'? Anehnya Najib cakap lain pula sekarang.

"(Menteri kebudayaan, Warisan dan Kesenian) Rais Yatim pun dua kali lima. Mereka dah lupa atau buat-buat tak faham perlembagaan," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13067

TERBARU : 2 lagi rasuah Scorpene dibongkar

Posted: 09 May 2011 11:29 PM PDT

Dua lagi rasuah Scorpene RM32.5 juta dibongkar

KUALA LUMPUR: Dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene didedah kerajaan Perancis bernilai RM32.5 juta, kata Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael.

Menurut Cynthia, rasuah itu terbongkar apabila siasatan dijalankan pihak berkuasa negara itu sejak lima bulan lalu.

"Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia.

"Jika benar, ini bermakna dalam penbelian peralatan itu (kapal selam Scorpene), kerajaan membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum dinamakan lagi," katanya.

Berita mengenainya disiarkan dalam Suara Keadilan, edisi ke 15 yang berada di pasaran sejak hari ini.

Cynthia berkata, dokumen itu diperoleh selepas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia, diserbu pihak berkuasa melalui Akta Kebebasan Maklumat.

"Proses bayaran tidak dibuat secara terus, sebaliknya dilakukan melalui sebuah syarikat iaitu Gifen yang berpangkalan di Malta. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Perancis mengesan pembayaran itu.

Baru-baru ini, laman web Rue89 yang berpusat di Perancis mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar komisyen RM493 juta sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Laporan itu berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di Perancis sekarang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13062