Jumaat, 6 Mei 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Ibadah 500 Tahunpun Tak Dapat Masuk Syurga

Posted: 06 May 2011 04:01 PM PDT

Gambar hiasan

Assalamualaikum dan salam blogger,
Suka saya kongsikan satu kisah yang pernah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w kepada sahabatnya tentang seorang Ahli Ibadah yang hidup mengabdi kepada Allah selama 500 tahun.
(maaf saya tak ingat sanad hadisi ni,saya dapat dari pembelajaran informal saya di masjid kami)

Diceritakan oleh Rasulullah s.a.w ,bahawa pernah ada seorang ahli ibadah yang dipilih Allah untuk hidup berseorangan di sebuah pulau tanpa penghuni.Dia dilayan oleh para malaikat untuk mengeruskan makan minumnya.ditumbuhkan untuknya sepohon delima.setiap pagi delima itu mengeluarkan sebiji buah dan buah itulah yang menjadi makanan ahli ibadah itu sepanjang hidupnya.       

Oleh kerana dia hidup berseorangan tanpa anak isteri dan jauh dari orang ramai,maka tidak adalah baginya dosa mencuri,merogol anak dara orang,memfitnah,apatah lagi makan harta rakyat secara haram.Hidupnya sehari-hari hanyalah beribadah kepada Allah.

Dia selalu berdoa kepada Allah agar jika sampai ajalnya biarlah rohnya diambil ketika dia bersujud kepada Allah.walaupun dia dikurniakan umur yang panjang sehingga 500 tahun tapi sebagai manusia biasa diaakhirnya menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang sujud dalam solatnya  sepertimana doanya sebelum ini

Apabila Ahli ibadah itu dibangkitkan , para malaikat mengiringinya kesyurga sambil mereka berkata dipersilakan tuan masuk kesyurga dengan rahmat Allah.
tetapi yang peliknya dia enggan kesyurga .
Katanya kepada malaikat apa gunanya amalannya selama 500 tahun jika dia masyuk kesyurga hanya dengan "subsidi" Allah bukan dengan amalannya.

Maka Allah memerintahkan malaikat supaya membawakan neraca timbangan amal .Apabila diletakkan pahala amalnya ,bertasbih segala malaikat kerana kagum dengan amalan ahli ibadah itu.Disebelah satu lagi Allah perintahkan para malaikat untuk membawakan sedikit dari rahmat Allah yang dikurniakan kepada hambanya itu,iaitu rahmat penglihatan(mata)maka sedikit rahmat Allah itu jauh lebih berat dari amalan 500 tahun ahli ibadah itu.

Dengan itu sedarlah ahli ibadah itu bahawa rahmat Allah memang tidak mampu untuk dibayar walaupun dengan ibadah selama 500 tahun.Dan dia terpaksa masuk kesyurga dengan rahmat Allah bukan dengan ibadahnya.

-ijoks2009-
Pengajarannya jangan merasa sombong dengan amalan masing-masing ,ingatlah kita dapat ke syurga hanya dengan rahmat Allah.memang betul syurga atau neraka itu adalah hak mutlak Allah ,tapi adakah kita akan dapat rahmat Allah dengan membelakangkan hukunNya,adakah kita fikir kita akan dapat rahmat Allah dengan memfitnah dan mengaibkan saudara seislam kita semata-mata kerana berebutkan kuasa dan harta dunia yang tak seberapa,adakah kita akan dapat rahmat Allah dengan menjauhi para ulama' bahkan menghina mereka,adakah dengan tidak menutup aurat dengan sempurna kita akan dapat rahmat Allah







Cari N3 lama-lama disini

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Malaysia negara Kristian - HIshamudin kata dalam Berita Harian

Posted: 06 May 2011 11:23 PM PDT

Agenda bincang Kristian jadi agama rasmi dipandang amat serius: Hishammuddin

2011/05/07

KUALA TERENGGANU: Kerajaan melihat majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan kristian sebagai agama rasmi persekutuan sekali gus melantik perdana menteri di kalangan penganut agama itu adalah sesuatu yang amat serius.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein, berkata apa juga tindakan daripada satu agama akan mengundang reaksi daripada agama lain. Sehubungan itu katanya, pihak yan terbabit menganjurkan perjumpaan itu haruslah bertanggunjawab termasuk terpaksa berdepan dengan tindakan undang-undang

Putar belit isu agama rasmi, Utusan melampau


KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia bertindak melampaui batas dengan menyogok rakyat dengan berita fitnah dan hasutan apabila mmemainkan isu agama rasmi di Malaysia.

Mengikut nota admin blog Datuk Seri Anwar Ibrahim, Utusan dengan mengetepi tanggungjawab sebagai pengamal media apabila tunduk kepada adikuasa atau pemerintah, tanpa rasa malu menidakkan fakta apabila berterusan memutar belit fakta mengelirukan rakyat.

"Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.

"Jelas, Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ia hanya layak menyandang gelaran 'Tabloid Umno' sesuai dengan kenyataan bahawa parti itu merupakan pemegang saham sekaligus majikan mereka.

"Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan pejuang pembebasan tanah air dahulu, dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini," tulis nota itu lagi.

Selain itu, nota berkenaan juga memuatkan penyataan bersama yang dibuat pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 September yang turut terkandung dalam Buku Jingga yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

"Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak semua kaum yang dijamin  Perlembagaan," kata penyataan itu.

Penyataan itu ditandatangani Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12946

Umno dan Utusan melampau - DSAI

Posted: 06 May 2011 11:04 PM PDT

Pada 8hb September 2008, Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Presiden Pas, Lim Kit Siang dan saya sendiri telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar bersama menegaskan Pakatan Rakyat menjunjung prinsip asas Perlembagan Persekutuan, antaranya adalah seperti yang termaktub dalam Perkara 3 iaitu Islam Sebagai Agama Persekutuan.

Persetujuan bersama ini tidak pernah berubah malah menjadi asas kepada Pakatan Rakyat menggarap sebarang kebijakan seumpama Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga. Namun hari ini, pimpinan UMNO melalui suara nya iaitu Utusan Malaysia sanggup merendahkan martabat dan maruah sehingga sanggup menabur fitnah dengan memintal kononnya Pakatan Rakyat mahu mewujudkan sebuah negara Kristian serta menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Saya mengecam pimpinan UMNO dan akhbar Utusan kerana cuba mengapi apikan sentimen perkauman sempit dan agama. Kini jelas ada antara pimpinan Umno percaya politik fitnah dengan meniupkan api perkauman sempit dan agama ini akan mengekalkan kekuasaan mereka.

Saya yakin bagi pimpinan UMNO sekarang ini, apa yang ditakutkan adalah kehilangan kuasa kepada Pakatan Rakyat dan kerana itu mereka tidak menghiraukan sekiranya fitnah yang dipintal menjejaskan keharmonian di negara ini. Hakikatnya rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan fitnah serta propaganda yang melampau.

Mereka kini sedar UMNO sanggup berbuat apa sahaja hatta menghancurkan negara ini demi untuk terus kekal berkuasa. Rakyat Malaysia mampu menilai bahawa Pakatan Rakyat berusaha keras membawa kemakmuran ekonomi dan juga memastikan keharmonian antara kaum yang berasaskan rasa saling hormat menghormati tidak terjejas.

Anwar Ibrahim

Kenyataan Media bersama Anwar Ibrahim, Tn Guru Haji Hadi dan Lim Kit Siang

Posted: 06 May 2011 08:21 PM PDT

Kenyataan Rasmi Pimpinan Pakatan Rakyat: Islam Agama Rasmi Malaysia

By Anwar Ibrahim

Utusan sekali lagi bertindak melampui batas,mereka kini telah menghempas tanggungjawab selaku pengamal media demi tunduknya mereka kepada adikuasa. Amat malang bagi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan apabila saban hari disogok dengan berita fitnah dan hasutan.

Isu agama rasmi bagi Negara ini menjadi sasaran terbaru aparat pemerintah,manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang didepannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat. Sudah dinyatakan sebelum ini,bahkan ianya merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.

Jelaslah bahawa Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ianya hanya layak menyandang gelaran 'Tabloid UMNO' sesuai dengan kenyataan bahawa Parti tersebut merupakan pemegang saham sekaligus merupakan majikan mereka. Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan oleh para pejuang pembebasan tanahair dahulu telah dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini.

Berikut merupakan pernyataan bersama yang dibuat pada 8 September 2008 oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan turut dimuatkan didalam Buku Jingga:-

KENYATAAN AKHBAR
8 September 2008

PAKATAN RAKYAT MENJUNJUNG PRINSIP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.

Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang
Melayu.

Sekian, terima kasih.

Y.B. DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Y.B. LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen
Democratic Action Party (DAP)

Y.B. DATO' SERI HJ. ABDUL HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Keluar parti : Komen chegu Bard

Posted: 06 May 2011 07:40 PM PDT

1. Ini bukan kali pertama isu keluar parti ditujah kepada che'GuBard, mungkin ada yang seronok dan mengharap sangat jika saya meninggalkan PKR.

2. che'GuBard masih Ketua Cabang PKR Rembau.

3. Semalam (6 Mei, 2011) saya meninggal rumah di Seremban sekitar jam 4.00 pagi untuk berada di Utara bagi paginya untuk beberapa pertemuan untuk urusan perniagaan. 2.30 petang saya ke KOMTAR untuk membincangkan beberapa perkara termasuk penyusunan program Ramadhan bagi mendekati Anak Muda melalui SAMM. Semua kena bersiap kerana mungkin ini Ramadhan yang terakhir sebelum berdepan PRU ke 13. Melihatkan perkembangan sebelum ini Ramadhanlah bulan dimana Umno memanipulasi sentimen untuk menyerang Pakatan Rakyat. Kemudian terus bekejar ke Taman Angsana, Kulim untuk dialog sempena program jamuan petang. Sebaik sahaja selesai terus bekejar untuk program pertemuan selepas Maghrib sebelum ke Ceramah Umum di Kampung Siam, Lunas yang dihadiri lebih 1000 orang  -----  seterusnya DI SINI

Komentar pagi Sabtu : Chua Soi Lek vs Chua Jui Meng

Posted: 06 May 2011 07:22 PM PDT

Chua Soi Lek adalah seorang Cina yang tak berguna. Bukan pasai dia dirakam melalui video melakukan hubungan sex dengan seorang perempuan yang bukan bini dia. Dia tak berguna pasai dia duduk dalam Barisan Nasional. Sesiapa yang datang dari BN secara otomatik tak guna. Kalau depa bagus, depa tak kan duduk dalam Barisan Nasional.

Chua Jui Meng merupakan Cina yang bagus. Walaupun satu masa dulu dia merupakan menteri yang korup dalam kerajaan Barisan Nasional, dia sudah meninggalkan kerajaan dan sekarang dalam PKR. Sesiapa yang datang dari BN yang melmmpat masuk kedalam Pakatan adalah orang yang bagus, walaupun dia merupakan seorang Cina yang korup.

Chua Jui Meng dikatakan seorang Kristian yang "Dilahirkan Semula". Ini bermakna, dia 'mati' dan dilahirkan semula. Orang Islam dikatakan "dilahirkan semula" sebagai Islam apabila menunaikan Haji di Mekah. Bila seseorang Muslim menunaikan Haji, ianya seolah-olah telah mati dan dilahirkan semula. (Semua dosa lama telah diampunkan).

Chua Jui Meng mungkin telah menjadi seorang Kristian yang dilahirkan semula. Tapi, dia tidak memulangkan duit kopi yang diambil semasa dia belum 'dilahirkan semula' dan masih didalam BN.

Ini bermakna, hanya mulai dari sekarang dia akan menjadi baik. Semua yang tak baik yang dilakukan sebelum dia 'dilahirkan semula' dan semua duit haram yang dia ambil sebelum itu tidak termasuk dalam perubahan ini. Duit itu masih kekal kat dia. Dia tak perlu membayar dosa yang dia buat dengan mengembalikan duit itu.

Patut la ramai Cina MCA yang aku tau, (termasuk seseorang dalam The Star) menjadi seorang Kristian yang 'dilahirkan semula'. Sama juga macam pembersihan wang haram. Semua dosa-dosa lama terhapus, tapi dalam masa yang sama..duit yang depa ambil depa simpan.

Lawak sungguh depa ni. Sama macam orang Islam yang baru naik haji. Semua dosa diampunkan, tapi duit haram depa simpan.

Apapun, itu bukan aku punya pasai. Yang aku risau ialah Chua Jui Meng mungkin tidak 'dilahirkan semula' macam yang dia cakap. Benarkah dia sudah mendapat petunjuk? Benarkah dia betul-betul berubah? Adakah dia menyertai pembangkang kerana dia melihat 'kebenaran"? atau pun ada udang disebalik batu?

Apabila Jui Meng mula-mula menyertai PKR,semua orang berpesta menyambutnya. Ikan besar dari MCA dah masuk pukat dan sudah sedar dan insaf. Chua Jui Meng akan diletakkan untuk menentang Chua Soi Lek di Johor.

Sekarang, tolong ambil perhatian. Kalau hangpa nak menubuhkan kerajaan pusat, ada lima negeri yang perlu ditawan. Selangor (22), Perak (24), Johor (26), Sabah (25) dan Sarawak (31). Lima negeri ini menguasai 128 kerusi di Parlimen sementara 8 negeri selebihnya menguasai kurang dari 100 kerusi. (94)

Serupa juga dengan pemilihan Umno. Seseorang itu perlu menguasai negeri-negeri 'besar' untuk memenangi pemilihan parti. Perak, Selangor dan Johor adalah penting. Termasuk Sabah. ( Umno tak ada kat Sarawak, tapi tak lama lagi akan wujud)

Chua Jui Meng perlu memastikan dia dapat mengalahkan Chua Soi Lek di Johor. Masalahnya: Chua Soi Lek lebih popular dari Chua Jui Meng. Malah orang-orang di Kementerian Kesihatan dan para doktor/jururawat di hospital kerajaan mengutuk Chua Jui Meng dan memuji Chua Soi Lek.

Habis, macam mana Chua Jui Meng dapat menguasai Johor?

Itu satu masalah. Lagi satu masalah ialah: Mungkinkah Chua Jui Meng seorang Trojan Horse? Kadang-kadang aku terfikir juga.

Chua Jui Meng adalah sebahagian dari team yang menyelesai dan mempersetujui 'perjanjian damai' PKR Sabah. Krisis PKR Sabah telah diselesaikan dan mereka yang mahu meninggalkan PKR untuk bersama Jeffery Kittingan menubuhkan parti baru bersetuju untuk membatalkannya dan kekal didalam PKR.

Tiba-tiba seseorang didalam Ibupejabat PKR membuat U-turn. (Sekarang U-turn cukup popular). Depa menafikan wujudnya 'perjanjian damai' dan sebaliknya mengambil tindakan disiplin terhadap 'pemberontak' diSabah. Ia menghapuskan semua harapan untuk PKR mengambil alih Sabah.

Tetapi Chua Jui Meng ada disana. Dia tau semua yang berlaku. Mengapa dia diam dan tak bercakap sebaliknya membiarkan isu ini berlanjutan sehingga lingkup?

Adakah Chua Jui Meng membuat U-turn? Adakah tiba-tiba dia kecut teloq? Adakah dia disuruh untuk tutup mulut? Atau dia sengaja mendiamkan diri dan membiarkan PKR Sabah hancur?

Chua Jui Meng sepatutnya melakukan sesuatu untuk menghindar perkara ini dari hancur. Tetapi sekarang dah terlambat. PKR Sabah sekarang berada dalam keadaan tenat. Dan melihat kepada keputusan pilihanraya Sarawak yang baru lalu, PKR Sarawak juga akan menjadi tenat. Johor juga tidak menampakkan perubahan yang baik.

Yang tinggal hanya lah Selangor dan Perak. Mampukah Pakatan melakukan yang terbaik di Selangor dan Perak? Aku harap macam tu la. Tapi kalaupun depa mampu melakukkanya, ia masih tak cukup. Itu hanya dua negeri. Depa perlukan tiga negeri lagi.

Jom kita tengok rekod pembangkang yang lalu.

Pembangkang menang banyak tahun 1990. Turun tahun 1994. Bagus sikit tahun 1999. Lingkup tahun 2004. Berjaya tahun 2008. Apakah yang dijangkan akan berlaku pilihanraya akan datang?

Ini satu perkara yang perlu difikirkan. Pembangkang tidak pernah melakukan yang terbaik dalam dua pilihanraya berturut-turut. Dan ini juga yang mungkin kita alami, kalau kita tidak berhati-hati.

(Ini juga bukan aku yang tulis, tapi terjemahan mengikut slang aku dari artikel asal Raja Petra, Good vs Bad " Mat Saman Kati)

Santai tgh mlm : Duit nye pasal beb .. artis melayu separuh bogel

Posted: 06 May 2011 10:02 AM PDT


Dalam pusing-pusing tengok apa puak-puak Umno buat cerita, aku terjumpa gambar ini
Budak ni artis Melayu, tapi aku pun tak kenal. Mungkin baru nak naik kot sebab tu sanggup londeh sampai ke pungkoq ... hahahaha

Nama dia Nurul Ain Nordin salah sorang pelakon dalam filem Satu Malam Kubur Berasap.
Jangan nanti kubur dia yang berasap dah lah .. haahahaha

Al Qaeda sahkan kematian Osama, ikrar balas dendam

Posted: 06 May 2011 07:26 AM PDT

DUBAI: Rangkaian Al-Qaeda hari ini mengesahkan ketuanya, Osama bin Laden dibunuh komando Amerika Syarikat dan berikrar untuk membalas dendam, menurut kenyataan yang dikeluarkan dalam forum internet jihad dipetik kumpulan perisikan Amerika.

"Kami dalam Al-Qaeda berserah kepada Allah dan meminta pertolongan-Nya, agar terus membantu dan merestui perjuangan jihad dan ketua kami, Sheikh Osama," kata kumpulan perisikan, SITE memetik kenyataan itu.

"Kematian Sheikh Osama bin Laden adalah mati syahid dan semoga Allah mencucuri rohnya dan terus melindungi dan menyayangi kami serta seluruh umat Islam,".

"Kami meminta seluruh umat Islam di Pakistan dan di mana tempat Osama terbunuh agar bangun untuk membersihkan nama kami yang dipalit sebagai 'perompak' dan dianggap sebagai musuh mereka", katanya. - AFP

100 pemuda Indonesia sedia korban nyawa balas kematian Osama

Posted: 06 May 2011 06:32 AM PDT

May 06, 2011 SOLO (Indonesia), 6 Mei — Sekitar seratus pemuda secara terbuka bertekad menyatakan kesediaan mengorbankan nyawa mereka untuk membalas dendam kematian Osama bin Laden — petanda populariti ketua rangkaian Al-Qaeda di kalangan kumpulan Muslim tegar di negara paling ramai penduduk Isalam ini.

Bantahan di Indonesia adalah antara beberapa negara mengadakan protes hari ini — lima hari selepas Osama mati di tangan pasukan elit AS.

Kumpulan itu yang memperkenalkan diri mereka Al Kaida Solo berkata, ia akan memfokus serangan ke atas Amerika Syarikat (AS) — tetapi tiada petunjuk bahawa ia mempunyai kapasiti untuk berbuat demikian atau setakat cakap-cakap sahaja.

Sekumpulan anggota polis memantau perarakan di bandar raya Solo, tengah Jawa, tetapi tiada pihak ditahan.

"Seratus pemuda dari Solo bersedia untuk mati bagi membalas dendam atas kematian Osama," laung Choirul, seorang ulama di Al Kaida Solo dan juga seorang anggota Barisan Pembela Islam (FPI) yang mempunyai sejarah keganasan termasuk serangan ke atas bar-bar, kelab malam dan pejabat majalah Playboy Indonesia.

"Perjuangan dia tidak akan berakhir," kata Choirul di hadapan sekumpulan 60 kaum lelaki yang menutup mereka bagi mengelakkan identiti dikenali - TMI

Pelakon era 70an didakwa cabul pelajar

Posted: 06 May 2011 04:00 AM PDT

Mei 6, 11 6:46

Seorang pelakon era 70-an yang membintangi drama "Langit tidak selalu cerah", Mokhtaruddin Mohd Saad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang terhadap pertuduhan mencabul seorang pelajar.

Mokhtaruddin, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Najib Ismail.

Tertuduh yang juga pengasas kepada pertubuhan Raudah iaitu sebuah badan kebajikan, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pelajar perempuan berusia 13 tahun, di Asrama Raudah di No 336, Batu 11, Gombak pada 2.30 petang, 1 Mei lalu.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah mencadangkan Mokhtaruddin diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan kemudian menetapkan 17 Jun ini untuk sebutan lantik peguam.

Anak lelakinya, Datuk Mohd Bismi Adira selaku penjamin membayar jaminan itu.

- Bernama

NGO : Isu fitnah akan dibawa ke Majlis Raja-Raja, Agong

Posted: 06 May 2011 03:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gerakan Saf Anti Fitnah (Saf) akan membawa isu fitnah ke Majlis Raja-Raja Melayu sekiranya pihak bertanggungjawab enggan mengambil tindakan tegas, kata jurucakapnya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Malah mereka akan mengadakan perhimpunan lebih besar jika kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas individu yang menyebarkan fitnah berhubung rakaman video seks yang kini disebarkan secara berleluasa.

Azmi berkata demikian selepas menghantar memorandum kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), antara lain menggesa pihak berkuasa itu melaksanakan peruntukan undang-undang Islam berhubung tuduhan zina dan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah JAWI (Pengurusan), Abdul Murat Abdul Wahab, selepas Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali dikatakan berada di Terengganu.

"Ini adalah gambaran kemuncak kemarahan rakyat kepada peguam negara, polis dan pihak bertanggungjawab yang masih tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Trio Datuk T.

"Kami akan senaraikan memorandum ini dan akan dipanjangkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu, berjumpa seorang demi seorang dengan anggota Majlis Raja-Raja Melayu.

"Pertama kami akan mengadap Sultan Kedah, diikuti Sultan Kelantan, Dipertuan Agong, kepada seluruh pimpinan politik, NGO dan media massa yang sesetengahnya menjadi dalang dalam fitnah lucah ini," tegas beliau yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras).

"Akan kami maklumkan dan memberi tahu kepada rakyat bahawa sudah sampai masanya raja-raja yang menjaga agama dan maruah Islam dan umat Islam mesti campurtangan, kerana tidak ada pilihan lagi, dan ini masanya," kata Azmi ketika sidangnya media di hadapan Masjid Negara.

Sebelum itu, kira-kira 200 berhimpun di sekitar Masjid negara, sebelum ke bangunan Jawi yang terletak berhampiran bagi membantah cara pihak berkuasa dan media massa mengendalikan isu fitnah dan lucah.

Perhimpunan anjuran Saf itu menggabungkan NGO antaranya Teras, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Muafakat Perubuhan Islam Kedah (Wehdah), Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jama'iy) dan Insititut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat.

Penganjuran perhimpunan itu turut mendapat kerjasama dengan Gabungan Pemuda Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut, Azmi berkata fitnah yang semakin berleluasa di Malaysia bukan sahaja menjatuhkan maruah negara tetapi seluruh rakyat, khususnya masyarakat Islam.

"Kami beri perhatian serius kerana ini bukan perkara main-main yang bukan sahaja maruah seorang manusia tetapi seluruh rakyat Malaysia. Kita rasa sangat malu keadaan Malaysia yang jatuh di tahap paling hina.

"Sebab itu hari ini, kita menggembeling rakyat berkumpul dan kita akan berhimpun lagi, berhimpun lagi dan berhimpun lagi selagi perkara ini tidak diambil tindakan," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abas Awang menyifatkan fitnah yang berlarutan sehingga ke peringkat institusi pendidikan akan memberikan kesan yang lebih buruk kepada generasi muda.

"Keadilan melihat perkara fitnah amat dahsyat selepas 53 tahun negara kita merdeka, khutbah hari ini juga ada menyebut supaya pertahankan nyawa. Tetapi hari ini, fitnah yang berlaku lebih dahsyat daripada membunuh.

"Masalah kita sekarang sebaran fitnah mula menular ke peringkat sekolah sehingga adanya kursus tertentu dengan agenda menyebarkan fitnah lucah.

"Saya wakil daripada KEADILAN pusat dan mewakili 80 NGO melihat perkara ini perlu dihentikan serta merta. Jangan ingat perkara ini kita biarkan, dari semasa ke semasa kita lontarkan kepada rakyat supaya mereka faham betapa zalimnya kerajaan Umno yang melakukan perkara ini," kata beliau.

Sementara itu, penyair dan penyajak terkenal, Abdul Samad Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai Dinsman yang turut bersama dalam demonstrasi itu turut membacakan sebuah puisi bertajuk 'Jangan Mudah Menuduh' yang menyelitkan ayat al-Quran daripada surah An-nur ayat 4 berkenaan jenayah Qazaf.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12925

Usah samakan HAMAS - Fatah bersatu dengan PAS dan Umno - Mahfuz

Posted: 06 May 2011 02:58 AM PDT

May 06, 2011

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata usaha mahu menyatukan parti mereka dengan Umno, komponen teras BN, tidak boleh disamakan dengan kesediaan Fatah dan Hamas untuk bersatu demi rakyat Palestin.

Kata beliau, kedua-dua Fatah dan Hamas bersatu untuk menghadapi keganasan Israel yang menjajah bumi Palestin.

"Fatah dan Hamas boleh bersatu menentang Israel, mengapa Umno dan PAS tidak dapat bersatu membela umat Melayu?

"Pertamanya, Hamas setuju untuk bersatu dengan Fatah semata-mata atas tujuan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.

" Penjajahan yang zalim, yang mencengkam kebebasan rakyat Palestin dan penjajahan yang menidakkan keadilan sejati kepada rakyat dan bumi Palestin," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Mahfuz (gambar) memberikan pendirian PAS ini ketika timbul semula isu syor penyatuan Umno-PAS, yang sebenarnya berlarutan sejak pasca-pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Dalam komen balasnya semalam, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mempertahankan kenyataannya sambil berkata, mengapa pemimpin-pemimpin PAS harus melenting apabila beliau mengatakan pihak yang menentang penyatuan Umno dan parti Islam itu sebagai pengkhianat Islam.

"Hairan kenapa ada yang melenting? Ini demokrasi? Saya cakap ikut nas al-Quran dan Hadis. Itu tugas saya," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Malah kata beliau, jika Hamas dan Fatah boleh musalahah-berdamai di Mesir pertengahan minggu ini, "kenapa tidak (PAS-Umno) di Malaysia?"

"Golongan ekstrem dalam dua parti (Umno dan PAS) mesti disekat. Malaysia sedang menuju wajah baru. Lupakan sikap lama yang buruk," katanya lagi.

Selain itu, Juanda menyifatkan Islam di Malaysia memerlukan banyak pembangunan dan PAS boleh menyumbang ke arah pembangunan tersebut.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyoal bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan "Umnolah yang menjajah" bumi dan rakyat Malaysia, bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia, mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.

Kata beliau, bagaimana boleh "kami PAS bersatu dengan golongan, yakni Umno yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng dan mempersendakan hukum Allah s.w.t."

Kata Mahfuz, PAS akan terus memperjuangkan usaha untuk meminda perlembagaan dan undang-undang agar badan keadilan dan perundangan benar-benar bebas dan bertanggungjawab kepada Parlimen.

Begitu juga Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pendaftar Pertubuhan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.

"Kesimpulannya 'kembalikan 'supremacy' Parliamen yang telah dinodai oleh kerajaan Umno dan BN semenjak merdeka lagi.

"Jika Umno jujur, dia bentangkan pindaan perlembagaan dan undang-undang. Kalau Umno itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu," katanya.

Kata Mahfuz, PAS menentang Umno bukan kerana ia Umno tetapi kerana mereka "merompak negara dan mereka (parti Umno, bukannya ahli-ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara." - TMI

SAF beri JAWI satu bulan kuat kuasa qazaf

Posted: 06 May 2011 02:51 AM PDT

Oleh Zulaikha Zulkifli

May 06, 2011
KUALA LUMPUR, 6 Mei — Saf Anti Fitnah (SAF), yang diwakili NGO Islam dan ulama memberi tempoh sebulan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menguatkuasakan undang-undang Islam qazaf ketika isu video seks dan liwat semakin menjadi perhatian.
 
Jurucakapnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jika tiada sebarang tindakan di pihak JAWI dalam tempoh sebulan ini, perhimpunan lebih besar akan diadakan memprotes agensi tersebut.

"Kami meminta JAWI menguatkuasakan hukum qazaf. Kami beri tempoh sebulan untuk bertindak, kalau tidak kami akan adakan satu perhimpunan raksasa," kata beliau.

Azmi berkata demikian ketika berucap di Himpunan Amarah Rakyat di pekarangan Masjid Negara selepas solat Jumaat tadi.

Himpunan aman tersebut dihadiri kira-kira 40 orang yang rata-rata mewakili pertubuhan masing-masing.
Selain itu, Azmi turut mempersoalkan mengapa sehingga kini pihak berkuasa  tidak menguatkuasakan undang-undang qazaf.

Isu liwat dan pendedahan video seks, yang didedahkan oleh tiga "Datuk T" yang menjadi perhatian sekarang ini, khususnya dengan dikaitkan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pihak berkuasa diberi mandat menguatkuasakan undang-undang qazaf seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 41, Enakmen Jenayah Syariah 1997 Wilayah Persekutuan ... (tetapi) sehingga kini tidak dilaksana.

"Pihak berkuasa ini seolah-olah tidak bermaya untuk bertindak, malah hanya menjadi penonton kepada jenayah yang dilakukan secara jelas itu," katanya.

Terdahulu, selepas ucapan pada himpunan tersebut oleh wakil pertubuhan dan parti politik, gimik mengoyak dan duduk di atas akhbar Utusan Malaysia turut dilakukan.

Ia bertujuan bagi menunjukkan rasa marah terhadap akhbar milik kerajaan itu yang disifatkan sebagai ejen penyebar fitnah.

Selepas itu, seramai 10 wakil pertubuhan antaranya Naib Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip  berarak ke JAWI bagi menghantar memorandum.

Memorandum tersebut diterima oleh Timbalan Pengarah Pengurusan JAWI Abdul Murad Wahab.

Jumaat lalu telah ada desakan terhadap JAWI untuk mengambil tindakan qazaf terhadap "Datuk T" sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah — salah seorang "Datuk T" melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul - TMI

Eskay Rahim dan Shuib takut kena rotan

Posted: 06 May 2011 02:16 AM PDT

oleh Wira Arjuna

"Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut:

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Demikian lafaz sumpah Eskay. Allah jadi saksi. Wartawan pun jadi saksi. Editor akhbar dan televisyen pun menyaksikan. Maka, termasuk juga semua pembaca akhbar, blog dan penonton televisyen menyaksikan bahawasanya Eskay bersumpah bahawa pelaku adegan video lucah memaparkan orang berzina itu adalah Anwar Ibrahim.

Lafaznya jelas dan maksud yang terkandung dalam lafaz itu pun terang. Eskay mengisytiharkan Anwar Ibrahim adalah pelaku/penzina dalam video berkenaan.

Bagaimanapun Rabu lalu (4 Mei 2011) Eskay memberitahu sidang media di luar pejabat polis Kepong:

"Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay.

Sebaliknya dalam penafiannya itu, Eskay meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu (yang membawa makna Anwar berzina), di bahu wartawan.

Eskay berkata, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu kerana mahu mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar atau bukan.

"Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar. Itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada para pemberita.

Yang jelas kenyataan media itu bercanggah dengan sumpah laknat yang dilafazkannya di masjid Amru Al-As, Sentul.

Yang menjadi persoalan, mengapa Eskay kali ini berusaha menafikan pernah membuat tuduhan Anwar berzina? Adakah beliau bermaksud mengatakan bahawa beliau tidak faham kandungan lafaz sumpahnya kerana penguasaan bahasa Melayunya lemah?

Atau, beliau memang tidak faham lafaz sumpah itu kerana sebenarnya teks sumpah berkenaan bukan beliau tulis sendiri?

Atau, mungkinkah Eskay ada maksud lain yang hendak beliau sampaikan melalui majlis sumpah itu? Mungkinkah Eskay terpengaruh dengan taktik yang pernah digunakan oleh Raja Petra Kamaruddin yang menafikan beliau pernah menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu?

Namun seperkara perlu diingat kes Raja Petra dengan kes Eskay ini amat jauh bezanya. Raja Petra membuat perakuan bersumpah bahawa perdana menteri dan isterinya terbabit dalam kes pembunuhan ngeri itu berpaksikan maklumat yang diberikan oleh suatu sumber yang pada anggapannya sahih di sisi undang-undang negara. Justeru itu beliau mahu dakwaan sumber itu disiasat.

Sebaliknya dalam lafaz sumpahnya Eskay mendakwa beliau berada di tempat perzinaan itu berlaku. Meskipun memberi alasan menayangkan video zina itu kepada wartawan terpilih kerana mahu mereka (wartawan) membuat pengecaman siapa pezina itu atas kepercayaan mereka (wartawan) lebih mengenali Anwar kerana sering mewawancara beliau, Eskay dengan jelas menyebut pelaku itu adalah Anwar. Lafaz itu dibuat di rumah Allah dengan menyebut nama Allah.

Paling nyata ialah, Raja Petra membuat perakuan bersumpah mengikut undang-undang buatan manusia. Namun Eskay melafazkan tuduhan menurut peraturan agama Islam.

Meskipun sebelum itu beliau diberi nasihat di masjid yang sama bahawa sumpah laknat ini tidak sesuai dilafazkan dalam usahanya untuk membuktikan "kerendahan moral" Anwar, Eskay dengan yakin dan diapit oleh regu Datuk T – Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim - melakukannya juga.

Mungkinkah setelah lafaz sumpah laknat itu baru Eskay sedar sebilangan besar ulama di negara ini berfatwa penuduh orang lain berzina tetapi gagal mengemukakan empat saksi perbuatan dosa besar itu mesti dirotan 80 kali seperti yang diwajibkan Allah dalam al-Quran.

Mungkinkah Eskay dan regu Datuk T kemudiannya baru juga insaf tindakan bersumpah itu sebenarnya adalah satu strategi yang salah. Tindakan beliau sebenarnya meletakkan seluruh wibawa keIslaman kerajaan Umno-BN menjadi bahan senda gurau kerana gagal melaksanakan hukum Allah?

Regu Datuk T tidak ada empat saksi yang melihat perlakuan zina itu. Mufti dan ulama berhukum bahawa bahan mati seperti video tidak boleh menggantikan ketetapan Allah.

Pembuktian tuduhan zina mesti ada empat saksi yang tidak tercemar peribadi mereka. Lantas kesudahan kerja dan tuduhan Eskay dan rakan-rakannya ialah, mereka wajib dirotan 80 kali.

Adakah Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena rotan? Atau, mereka lebih takut "dirotan" oleh parti junjungan mereka, Umno, yang diaibkan oleh perbuatan mereka itu?

Maka, mungkinkah kerana itu Eskay perlu menarik balik sumpahnya dengan mengatakan tidak pernah menuduh Anwar berzina?

Siapa pelaku seks dalam video itu belum dapat dipastikan. Namun apa yang sudah pasti ialah, siapa yang merakam, menayangkan dan bersumpah dengan nama Allah akan butir video itu sudah diketahui umum.

Umum juga sudah tahu apakah hukuman yang perlu dikenakan terhadap pihak yang sewenang-wenangnya menuduh orang lain berzina. Regu Datuk T memilih untuk menuntut keadilan dan membuktikan kebenaran tuduhan mereka di dalam mahkamah Allah. Hukum Allah jelas dan tegas.

Apa yang dinantikan khalayak umum di negara ini hari ini (tidak kira penganut Islam atau bukan) adalah, apakah kerajaan yang diterajui oleh Umno hari ini tegas melaksanakan hukum Allah?

Atau, adakah sama seperti Eskay dan Regu Datuk T nya, Umno juga akan cuba lari dari tanggungjawab dan peluang menegakkan syariat Allah di bumi Malaysia ini?

Bagi pemerhati politik, apakah kegagalan Umno melaksanakan perintah Allah ini tidak akan menjejaskan lamarannya kepada PAS untuk sama-sama memperjuangkan kepentingan Islam dan umat Islam di negara ini?

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik

CheGu Bard tinggalkan PKR

Posted: 06 May 2011 12:19 AM PDT

Chegubard to leave PKR for Pakatan party?

By G Manimaran
May 06, 2011

KUALA LUMPUR, May 6 — Former PKR central leadership council member Badrul Hisham Shaharin will leave the party soon for another Pakatan Rakyat (PR) component party, sources said.

The Malaysian Insider understands that Badrul Hisham, better known as Chegubard, has discussed the matter with his close friends in PKR and feels "the time has come" for his exit.

"Yes, it's true... Chegubard has made a decision (to quit PKR). He just hasn't announced it yet," a friend of Badrul Hisham from Negeri Sembilan told The Malaysian Insider.

"There are many reasons why Chegubard has decided to leave, from restrictions on programmes and Chegubard's still unresolved complaints about last year's party election."

A source at PKR headquarters confirmed there were rumours that Badrul Hisham intends to quit but could not confirm the news.

"I heard Chegubard has recently shared his views with several followers and supporters," said the source.

The source also said several senior PKR leaders were prepared for a quit announcement by Badrul Hisham, who last year turned down his appointment as PKR deputy secretary-general following his defeat in the party polls.

A source also told The Malaysian Insider that Badrul Hisham will likely join DAP or PAS after he quits PKR.

"There's a good chance it will be DAP because the party needs Malay members and leader and Chegubard feels he can make a contribution through DAP," the source said.

In his latest blog entry, Badrul Hisham touched on DAP and the party's need for Malay leaders.

He wrote: "DAP is not anti-Malay but the media and parties in power have created a fear among Malays of the party's domination within the Chinese community."

Badrul Hisham said if DAP wished to show it is a multi-racial party, it should field some Malay candidates in elections.

"If DAP does this, then the party will receive support from a proportion of the Malays in the coming election," he said.

Badrul Hisham, who is PKR Rembau chief, had contested against Khairy Jamaluddin for the Rembau parliamentary seat in Election 2008 but lost to the Umno Youth chief

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


JAMIL KHIR YANG SONGSANG

Posted: 06 May 2011 10:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMALAM satu perhimpunan telah diadakan di Masjid Negara selepas Solat Jumaat bagi menentang sebarang bentuk politik fitnah dan lucah di negara ini. Perhimpunan yang dianjurkan oleh beberapa NGO itu kemudiannya membawa memorandum bantahan tersebut ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) agar kes video seks atau tuduhan zina yang kununnya melibatkan DS Anwar ini diadili mengikut Hukum Syarak bukan dengan cara Jahil iaitu bersumpah laknat.

Dipetik melalui Agenda Daily, Jamil Khir menyatakan bahawa masjid tidak boleh digunakan untuk menunjukkan amarah bertujuan politik. Erti kata, Jamil Khir tetap istiqomah bahawa masjid bukan tempat berpolitik dalam kata lain politik tiada kena mengena dengan agama. Mungkin jika ada umat Islam yang tidak suka cara Jahiliyyah diamalkan di negara ini, jangan gunakan masjid tetapi gunakan padang bola atau pusat hiburan untuk meluahkannya.

Jamil Khir orang Umno dilantik menjadi Senator, dan Umno sejak dari azali lagi memang mengasingkan politik dari agama. Jadi, kenyataan Jamil Khir memang tepat sebagai ahli Umno tetapi jahil sebagai Muslim. Di dalam isu video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar, kes ini telah dirujuk ke Mahkamah Syariah atas kes Qazaf yang bertepatan dengan ajaran Al-Quran sendiri. Adakah Jamil Khir bersetuju kes ini diadili mengikut Islam?

Ini ulasan atau komen Jamil Khir bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera di dalam hal ini seperti yang dilaporkan di dalam Agenda Daily, " Mengulas perkara itu, Jamil Khir berkata isu itu tidak sewajarnya dibebankan kepada JAWI tetapi diserahkan kepada polis dan pendakwa raya untuk menyiasat dan mengambil tindakan. "Seperti kebiasaan, sebelum sesuatu tindakan diambil, ia akan diuruskan oleh pihak penguatkuasa yang akan melakukan kajian dan penelitian. "Selepas proses tersebut, ia akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya yang akan melihat kekuatan kes sebelum dibawa ke Mahkamah Syariah. Saya rasa jika hendak diserahkan kepada JAWI, ini tanggapan yang salah," katanya-(Agenda Daily-6/5/2011).

Kekuatan kes apa yang dimaksudkan oleh Jamil Khir itu? Sumpah laknat Eskay secara terang-terang merupakan satu tuduhan melakukan zina tidak lagi mempunyai kekuatan kes? Sebelum ini, di dalam kes fitnah Liwat melibatkan DS Anwar dan juga Saiful, terdapat juga kekuatan kes yang mana ada dakwaan menuduh berlakunya liwat dan kes ini pun telah di rujuk kepada Mahkamah Syariah, tetapi tangan siapa yang menjadi Iblis sebagai penghalang?

Mengapa susah sangat untuk Jamil Khir berterus terang bahawa di negara ini tidak mengguna pakai Al-Quran sebagai rujukan berkaitan kes-kes seperti ini? Mengapa perlu berputar-putar untuk mengelirukan umat Islam semata-mata untuk memuaskan kehendak pemimpin yang sememangnya terkenal dengan anti Islam? Sebelum ini Jamil Khir juga pernah berkata biarlah Eskay mahu bersumpah laknat di masjid. Apabila beliau berkata demikian, samalah juga dengan beliau berkata biarlah orang mahu memuja nombor ekor di dalam masjid asalkan baca Bismillah terlebih dahulu.

Inilah tokoh agama yang ada di dalam Umno, dan inilah parti yang merayu siang dan malam mahu PAS bersamanya. Sebab itu saya katakan, DAP lebih baik dari Umno setidak-tidaknya DAP sekarang sudah tahu menjaga adab di dalam masjid. Memang tepat dan bijak PAS menolak Umno untuk dijadikan kawan kerana berkawan dengan orang jahil yang tidak boleh diajar ini membuang masa sahaja. /wfauzdin.blogspot.com

15 DALIL GAPS YANG JAHILLIYYAH

Posted: 06 May 2011 09:35 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SINAR semalam menyenaraikan 15 dalil kununnya Anwar mestilah meletakkan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor yang disebut oleh Presiden GAPS(Gagasan Anti Penyelewengan Selangor) Hamidzun Khairuddin. Apabila membaca satu persatu dalil tersebut, satu pun tidak releven dengan gesaan agar Anwar meletakkan jawatan selaku Penasihat Ekonomi Selangor malahan menampakkan kejahilan Presiden GAPS di dalam isu ini.

Kesemua 15 dalil berkenaan hanya bergantung kepada isu video seks yang kantoi dan memalukan Umno itu, tiada satu pun daripada 15 dalil berkenaan menyenaraikan kelemahan Anwar di dalam membantu menguruskan ekonomi Selangor sekaligus menunjukkan GAPS akur bahawa Anwar berjaya menguruskan ekonomi di Selangor.

Dalil pertama yang dikemukakan oleh GAPS, Anwar gagal di dalam menyerahkan ujian DNA nya untuk mengesahkan samada jam Omega tersebut miliknya. Berapa ribu DNA lagi yang harus Anwar serahkan kepada sekutu Apco ini selain dari DNA yang `dicuri' dari lokap Polis itu? Paling penting, apa relevennya jam tangan Omega itu di dalam kes video seks sedangkan terbaru Eskay mengaku tidak mengetahui samada jam tersebut terdapat di dalam video seks berkenaan. Jam Omega yang awalnya dikatakan adalah hadiah dari Kerabat Diraja Arab Saudi, kemudiannya disahkan oleh Polis jam tersebut datangnya dari Taiwan sebenarnya tidak langsung ada kaitan dengan video seks berkenaan.

GAPS juga mendakwa mengapa Anwar tidak mahu menjalani ujian Poligraf iaitu satu ujian mengesan penipuan. Apa relevennya Anwar mahu mengadakan ujian tersebut kerana sehingga kini siapa yang menuduh Anwar melakukan adegan seks berkenaan? Eskay sendiri berkata beliau tidak pernah menuduh Anwar melakukannya. Jika tiada tuduhan, samalah juga jika GAPS mahu Najib mengadakan ujian Poligraf di dalam kes Altantuya. Lebih menunjukkan kejahilan Presiden GAPS, hukum mana yang beliau guna untuk mensabitkan kes zina atau tuduhan zina boleh menggunakan Poligraf?

Kejahilan Presiden GAPS menonjol apabila beliau bertanya mengapa Anwar tidak mahu melakukan Sumpah Mubahalah, sedangkan Eskay telah pun melakukannya. Sudah tamat belajarkah Presiden GAPS ini tentang Sumpah Mubahalah? Jangan samakan ilmu yang ada pada Anwar dengan ilmu yang ada pada Eskay. Dari segi membaca Bismillah dan Mengucap Dua Kalimah Syahadah pun Eskay lebih teruk dari kanak-kanak PASTI. Jika Eskay jahil di dalam bab Sumpah Mubahalah, jangan pula Presiden GAPS turut menjadi jahil sama.

Sumpah Mubahalah langsung tidak terpakai di dalam kes zina tetapi boleh digunakan di dalam mencari kebenaran di dalam berhujah seperti yang pernah berlaku di zaman Rasullullah yang berhujah dengan seorang Paderi dari golongan Kafir Najran di mana Rasullullah membawa saksi terdiri dari Sayyidina Ali, Hussin dan Hassan begitu juga Paderi berkenaan. Begitu juga di dalam kes suami atau isteri yang menuduh salah seorang darinya melakukan zina mereka dibolehkan untuk melakukan Sumpah Li'an. Itu pun mempunyai beberapa syarat dan kaedah tertentu untuk melakukan sumpah berkenaan.

Mengapa isu alibi Anwar yang sedang melayan Twitter pada waktu kununnya kejadian berlaku dipertikaikan kerana Anwar `hilang' selama 2 jam. Isu ini telah lama dijawab oleh Sdr Rafizi Ramli secara teknikal dan tidak perlu saya ulang kembali jawapan terhadap persoalan sebodoh ini. Kununnya terdapat kelibat CCTV Anwar disekitar hotel berkenaan, adakah benar itu Anwar kerana pelaku yang beraksi di dalam video berkenaan pun mereka boleh tuduh Anwar, pelik apanya jika ada CCTV yang merakam kelibat orang yang sama?

Satu lagi hujah dangkal Presiden GAPS adalah beliau mendakwa adalah mustahil untuk Super-imposed terhadap video apatah lagi selama 22 minit. Siapa pakar yang digunakan untuk mengatakan mustahil itu? Yusry KRU? Apa kehebatan dan kepakaran Yusry KRU yang boleh menilai mustahil atau tidak sesuatu video dilakukan Super-imposed? Jika sekadar bikin filem `Cicak Man' belum boleh dikatakan pakar.

Kita tidak persoalkan tulin atau tidak video seks berkenaan. Samada tulin atau tidak sesuatu video seks, adalah menjadi satu kesalahan sesiapa sahaja untuk memiliki, menyimpan atau pun menayangkannya. `Tukang tayang' telah mengaku tetapi sehingga kini mereka tidak didakwa. Soal pelakunya, kita juga mahu tahu siapa pelakunya. Tiada cara lain di dalam kes ini melainkan mengikut cara yang diajar di dalam Islam kecuali Presiden GAPS tidak beriman dengan Allah dan Rasulnya. Jika begitu, memang wajar Presiden GAPS menyenaraikan 15 dalil berkenaan./wfauzdin.blogspot.com

TIDAK MASUK AKAL CHEGU BARD AKAN KELUAR PARTI

Posted: 06 May 2011 01:43 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA telah menulis sebelum ini tentang betapa perlunya PKR serius di dalam mengatasi rungutan beberapa pihak terhadap kontroversi pemilihan di dalam pimpinan PKR yang lalu. Paling lantang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka ada dikalangan penyokong Chegu Bard yang tewas tipis di tangan penyandang jawatan Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar di dalam pemilihan tersebut.

Sebenarnya bukan Chegu Bard sahaja yang tidak berpuashati dengan peranan JPP di bawah SUA PKR, YB Saifuddin Nasution malahan ada yang terus meninggalkan parti kerana kecewa. Tidak kurang juga ada yang tidak berpuas hati tetapi masih komited dengan PKR cuma berdiam diri mungkin masih kuat untuk menghadapi dugaan yang menimpa atau memikirkan betapa pentingnya meletakkan parti di depan.

Chegu Bard memang mempunyai semangat yang kental dan tidak pernah berputus asa untuk menegakkan ketelusan di dalam parti. Meskipun beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat Pusat, namun beliau lebih ke hadapan jika dibandingkan dengan Ketua AMK yang ada. Beliau bukan sahaja bergerak di dalam parti bahkan aktif di dalam gerakan SAMM yang diterajuinya yang kadangkala aktiviti SAMM lebih menonjol dari aktiviti AMK sendiri.

Siapa yang dedahkan cerita bahawa Chegu Bard mungkin keluar dari PKR? Saya mendapat tahu dari rakan-rakan yang menyebut Cucu Mat Kilau (CMK) yang memulakan cerita ini di dalam blog beliau selepas CMK bertemu dengan Chegu Bard di Kuantan baru-baru ini. CMK adalah bekas ahli PKR yang pernah tercalon di dalam pilihanraya mewakili PKR. Beliau telah keluar dari PKR dan ingin menjadi pejuang bebas katanya. Adakah Chegu Bard akan menjejaki CMK untuk berjuang tanpa jemaah?

Chegu Bard belum menampakkan bayang-bayang untuk keluar dari PKR, tetapi CMK telah memulakan cerita ini. Mungkinkah tindakan CMK ini diredhai oleh Chegu Bard untuk `test market'? Saya juga pernah buat `test market' terhadap CMK apabila saya menulis bahawa kemungkinan CMK akan menentang Najib di Parlimen Pekan di dalam PRU ke 13 nanti.

Saya tidak pasti betul atau tidak seperti yang diperkatakan oleh CMK bahawa parti telah `memulaukan' Chegu Bard di dalam program parti. Apa yang saya tahu, ada beberapa program parti telah dihadiri oleh Chegu Bard bahkanbeliau turut dijemput berceramah sepentas dengan DS Anwar. CMK kata, ada pihak yang turut menghasut PAS agar tidak menjemput Chegu Bard di dalam program yang dianjurkan oleh parti berkenaan, benarkah begitu? Jika benar, memang zalim PKR terhadap Chegu Bard. Bagaimana pula jika tidak benar?

Apa pun yang ada tersarang di hati Chegu Bard saya tidak tahu, tetapi saya menyokong agar PKR mesti telus dan dilihat telus di dalam merealisasikan demokrasi di dalam parti. Di dalam keadaan sedemikian, saya tidak bersetuju jika Chegu Bard menjadi seperti CMK walaupun ada nasihat atau pandangan dari CMK itu betul. Bagi saya, semakin banyak ketidakadilan yang berlaku terhadap Chegu Bard, tokoh muda ini semakin matang, disegani dan makin disanjung ramai ahli. Seperti juga DS Anwar, semakin dizalimi dan ditekan, Anwar semakin berani dan semakin mendapat sokongan ramai.

Saya berpandangan bahawa Chegu Bard lebih baik dan releven berada di dalam PKR selagi beliau disokong ramai walaupun tanpa jawatan. Sukar untuk diterima akal bahawa Chegu Bard akan meninggalkan parti lebih-lebih lagi mengheret semua penyokongnya untuk bersama beliau. Tindakan seperti ini pada saya tidak bijak seperti juga tidak bijaknya SUA PKR menangani kontroversi di dalam pemilihan PKR yang lalu./wfauzdin.blogspot.com