Sabtu, 30 April 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BERKAT SOLAT HAJAT - UMNO KINI KERA SUMBANG

Posted: 30 Apr 2011 08:49 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BERKAT kita di dalam PR sering melakukan sembahyang hajat dan tidak putus-putus berdoa, maka hari ini kita dapat melihat kesannya ke atas musuh kita. Najib, Muhyiddin dan Umno kini kepanasan tidak tahu lagi arah haluan mereka.

Umno kini boleh diibaratkan sebagai kera sumbang. Di dalam Bn, Umno kini terpulau oleh MCA dan Gerakan akibat kelakuan Umno yang hanya pentingkan diri sendiri. MCA dan Gerakan telah melihat sendiri betapa kaum Cina yang diwakili oleh mereka selama ini telah berpaling kepada DAP. Kebijaksanaan kaum Cina berpolitik amat merunsingkan Umno, justeru itu akhbar milik mereka Utusan Malaysia serta dibantu oleh PERKASA terpaksa memainkan isu perkauman.

Najib berada di dalam dilema untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Bn. Maka, tanpa rasa segan silu mereka cuba mempengaruhi DAP untuk menyertai Bn akibat tidak lagi percaya kepada MCA dan Gerakan. Apabila DAP tegas menolak cubaan Bn yang penuh tipu muslihat itu, maka mereka terpaksa beralih arah kepada PAS pula.

Di Terengganu semalam, Najib dengan wajah penuh harapan menyeru agar PAS keluar dari PR. Beliau sedar, mustahil buat PAS untuk bersama dengan Umno yang sekular dan meredhai politik lucah itu maka Najib berkata tidak perlu PAS bersama Umno asalkan keluar dari PR. Hujah Najib kununnya DAP yang mengganti PAS kini, malangnya Najib gagal menyebut satu pun bukti di atas dakwaannya itu. Seperti biasa Najib hanya berani menyalak di gelanggang sendiri, dan saya percaya 110 % jika pemimpin PAS cabar Najib berdebat atas isu ini Najib pasti akan menyorok di belakang Rosmah.

Inilah yang dikatakan keberkatan solat hajat kita selama ini. Sikit demi sedikit Allah telah tunjukkan kepada kita betapa Umno kini kepanasan dan hilang arah. Umno tidak lagi tahu siapa sebenarnya kawan yang boleh dipercayai. Umno kini kera sumbang./wfauzdin.blogspot.com

APA LAGI HAJAT KAMU ESKAY ?

Posted: 30 Apr 2011 12:51 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

PERTANYAAN untuk Eskay dan geng `three strooges', apakah lagi yang kamu mahu? Hajat kamu bersumpah laknat telah pun tertunai semalam. Adakah lagi hajat yang lain yang belum tertunai?

Jika kamu berhajat untuk melihat Anwar pula melakukan kerja bodoh seperti kamu itu, lebih baik kamu belajar menyebut `Bismillahirrahmanirrahim' dan belajar menyebut dua kalimah syahadah dengan betul tidak seperti semalam sehinggakan anak-anak sekolah PASTI pun ketawa mendengarnya.

Saya lihat semalam ada seorang pendakwah telah membekalkan kepada kamu sebuah buku agama mungkin berkaitan hukum menuduh orang lain melakukan zina. Maka, berpakatlah kamu bertiga mengaji dan berguru betul-betul bab berkaitan di dalam buku tersebut setelah kamu mampu menuturkan dengan betul dan lancar kalimah dua syahadah itu nanti.

Jika kamu sudah tamat mengaji, barulah kamu boleh menyalak menggesa Anwar bersumpah pula. Sekarang, apakah lagi hajat kamu selepas hajat bersumpah dan memakai baju kalis peluru tercapai? Ingin bersumpah di depan Kaabah pulakah? Kamu tentu banyak duit, bila-bila masa saja kamu boleh ke sana untuk bersumpah berapa ribu kali sekalipun.

Baiklah, setelah hajat kamu tertunai, saya rasa tibalah masanya hajat rakyat jelata yang ingin melihat orang yang menayangkan video lucah di Seri Carcosa itu ditangkap. Jangan ingat, bila sudah bersumpah maka isu tayangan video lucah akan ditenggelamkan. Rakyat tidak lupa dan tidak bodoh seperti kamu.

Jangan pula fikir apabila sudah bersumpah, maka kamu akan terlepas dari kes qazaf yang telah dibawa ke JAWI untuk dibicarakan. Mungkin kamu berharap ada sesuatu keistimewaan akan diberikan oleh JAWI ke atas kamu dan kes Qazaf tidak boleh dibicarakan sepertimana di dalam kes Liwat Saiful sebelum ini. Jika itu berlaku, kamu beruntung di dunia ini tetapi belum tentu kamu selamat di Akhirat kelak.

Kepada Jamil Khir, saya bukan tidak kenal beliau sewaktu di dalam KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera) dulu. Apa yang Jamil Khir buat semasa dia dalam KAGAT? Adakah tentera semakin kuat aspek kerohaniannya? Adakah tentera diwaktu itu tiada melakukan program maksiat? Jamil Khir tahu jawapannya.

Harap kali ini, Jamil Khir jangan ganggu urusan mahkamah syariah jika kes Qazaf dibawa oleh Anwar terhadap Eskay. Jika Jamil Khir masih berhajat untuk menganggu, lebih baik Jamil Khir belajar agama dari Eskay./wfauzdin.blogspot.com

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Bahaya Fitnah(Khutbah Jumaat)

Posted: 30 Apr 2011 10:49 PM PDT

Video Pilihan




Cari N3 lama-lama disini

Cara Mudah Login YM Yang kena Blok

Posted: 30 Apr 2011 06:46 PM PDT

Komputer

Assalamualaikum dan salam blogger,
dah lama jugak tak bawa topik pasal komputer dalam blog ni.Semalam saya terbaca komen seorang pengunjung blog salah seorang my sifu dlm dunia komputer ni http://diysteps.blogspot.com 
Pengunjung tu cerita pasal masaalah dia yang tak boleh login ym  dia.

Pernah tak anda mengalami situasi yang sama,anda cuba login akaun ym anda tapi tak dapat,dah cuba buka akaun lain pun tak dapat,tapi bila buka kat pejabat dapat ataupun sebaliknya kat rumah dapat ,kat pejabat tak dapat.

Kenapa ini terjadi ,anda dah cuba macam-macam cara tapi tak jadi ,sebaliknya perkataan ini yang keluar

We can't sign you in to Yahoo Messenger!
There might be a problem with Internet connection. Make sure your computer is connected to the Internet. Click Troubleshoot to begin a series of tests to try to diagnose the connection problem.

Saya juga pernah mengalami masaalah yang sama,Setelah puas menggoogle akhirnya saya dapat satu penyelesaian yang mudah,caranya masuk web ni
lepastu daftar je kat situ,dan anda sudah boleh mula ber ym tanpa masaalah

Ada sesetengah jabatan tu yang blok staf dia dari beryn  tapi dengan guna cara ni anda tetap dapat berYM tanpa sekatan,selamat berYM.
P/S jangan asyik berYM sampai lupakan kerja sudah..
Cari N3 lama-lama disini

Siapa Nak Naik Motor Ni Sila Angkat Tangan

Posted: 30 Apr 2011 08:38 AM PDT

Santai

Betul-betul ni ,siapa nak bawak motor ni sila angkat tangan,kalau tak angkat tangan memang korang tak boleh bawak motor ni.
tak percatya ,sila tengok gambar


Sumber gambar ni dari google ,tak tahu apa masaalah orang yang buat kerja ni..Agak-agaknya berapa minit dia dapat bertahan bawak motor ni,hahaha




Cari N3 lama-lama disini

Game Komputer Hina Islam

Posted: 30 Apr 2011 12:03 AM PDT

Isu Semasa
Dajjal
Klik untuk besarkan gambar

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). 

Katakanlah (kepada mereka): 
"Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". 

Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

Assalamualaikum dan salam blogger,terkejut bila baca berita muka depan akhbar hari ini.
Beritanya tentang wujudnya satu game komputer yang jelas-jelas menghina Islam,yang lebih parah lagi,mengikut laporannya game itu menjadi kegilaan remaja sekarang.

Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan kaabah.

Pemain permainan itu (Devil May Cry 3) didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum 'penghulu syaitan' menanti mereka di pintu terakhir iaitu sebuah pintu menyerupai pintu kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di sebuah pintu yang mirippintu  kaabah.

Sehubungan itu, Naib Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Rohayu Rusli menggesa tindakan tegas harus diambil dengan serius oleh pihak kerajaan dan pihak berwajib.
Difahamkan permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

-ijoks2009-
Serangan minda sudah bermula,hati-hati dengan serangan minda dari musuh
Adakah ini salah satu cara Dajjal untuk merekrud anak-anak kita untuk menjadi pengikut
" New Worl Order"
Terima kasih pada
http://brothersmuslim.blogspot.com

Cari N3 lama-lama disini

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Anwar Lambang Tenaga Malayu : TGNA

Posted: 30 Apr 2011 11:00 PM PDT

KOTA BHARU 1 MEI : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menyifatkan penyebaran video lucah sebagai cubaan terdesak pihak tertentu untuk menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai lambang "tenaga orang Melayu."

Nik Aziz berkata video seks itu sengaja dibuat dengan raut wajah pelaku kabur dan dalam hitam putih demi membolehkan fitnah terhadap Anwar disebarkan.

"Kalau betul nak kenakan Anwar, kena fokus pada muka, bukan pada tubuh, itu caranya," katanya mengadakan ceramah di Kampung Parang Puting, di sini malam semalam.Hadir sama, Exco Kerajaan Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut kecewa dengan sikap segelintir orang Melayu yang sanggup melakukan tinda kan memburukkan individu tertentu sedangkan seorang pemimpin MCA terbukti melakukan perbuatan kesalahan seks, namun tidak dihebohkan seperti mana yang berlaku.

Sehingga kini kerajaan, mahukan Peguam Negara tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Presiden MCA Datuk Chua Soil Lek kerana mengadakan hubungan seks di luar tabii dengan seorang wanita pada tahun 2007.

Nik Aziz meminta pengundi Melayu supaya tidak mudah termakan dengan fitnah Umno mengenai Anwar.
"Jika Anwar tidak jujur, sudah lama beliau sudah merosakkan negara kerana pernah memimpin negara, selain bertindak sebagai bekas Menteri Kewangan yang bertanggungjawab mengurus pentadbiran negara."

Demo Hari Pekerja di Maju Junction KL - TERBARU 20 Telah ditangkap

Posted: 30 Apr 2011 08:30 PM PDT

Sekurang-kurangnya dua orang sudah ditahan dalam perhimpunan sempena hari buruh di ibu negara hari ini.
Seorang daripadanya Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam.

Free Malaysia TodayMay Day Rally: some 300 protesters staging a peaceful sit in at Maju Junction, monitored by police

May Day Rally: About 17 protesters, including Sg Siput MP Jayakumar and PSM sec-gen Arutchelvan arrested.

Dr jeyakumar just got arrested at maju juction . Thousands under attack by police

dari Keadilan Daily :

KUALA LUMPUR: Seramai 17 orang yang bersama-sama kira0kira 300 orang berhimpun menuntut pelaksanaan Akta Gaji Minimum ditahan polis dalam perhimpunan aman bermula di monorel Chow Kit sempena Hari Pekerja yang diraikan hari ini.

Mereka yang ditahan termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Siput, Dr Jeyakumar dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Arul.

Ketika ini, kira-kira 300 orang masih berhimpun.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12567

Media Rakyat melaporkan ---  20 arrested at Labor Day rally demanding minimum wage. Back to Dr M days of police occupation#fb

BERITA LANJUT MENYUSUL

Sumpah laknat: Fahami bila harus digunakan

Posted: 30 Apr 2011 06:49 PM PDT

Dr. Dzulkefly Ahmad
Penjelasan ini juga kepada Mamat dan 2kali5, yang membuat komen di blog saya.

Anda berdua perlu dengar jawapan dari ulama Umno dulu kalau nak faham tentang "Sumpah Mubahalah" yang disebut oleh 2-kali5 ayat 61 dari Surah Ali-Imran, bahkan ayat-ayat sebelumnya yakni 58-60.

Kalau tak ada dah ulama dari Umno yang boleh jawab tolong tanya dari ulama yang benar-benar ulama seperti Mufti Perlis atau bekas Mufti Perlis.

Kalau tak dapat juga dari sumber mereka, baru saya rasa terpanggil untuk mendidik kamu berdua tentang "Sumpah Mubalahah".

Paling penting ialah Kena faham sunguh-sungguh (i) bila dan (ii) atas sebab apa, sumpah Mubahalah ini boleh digunakan.

Dalam jenis pertikaian yang bagaimanakah "Sumpah Mubahalah" di haruskan bahkan mungkin sebagaimana satu cara dan kaedah "muktamad" bagi menyelesaikan pertikaian dan dakwaan yang saling bertentangan antara dua (2) kelompok seperti yang menjadi sebab Asbab AnNuzul - atau sebab diturunkan penerangan dan kaedah yang diberi Allah SWT bagi menyelesaikan dakwaan antara kaum seorang pendita dari kaum Najran (Kristian) yang mengaku lebih awal lagi Islam dari RasulAllah dan sahabat-sahabat Baginda.

Lalu disyari'atkan oleh Allah SWT ketika itu untuk kedua-dua pihak memanggil anak-anak, isteri-isteri dan diri-diri mereka sendiri, kedua-dua pihak melakukan Sumpah Mubalahah kerana pertikaian ahlil baatil (golongan yang sesat yang berdebat dengan Nabi ini) hanya akan berterusan (kerana kedegilan mereka) dan hanya dapat ditenangkan dengan kedua pihak saling bersumpah.

Dalam Asbab Nuzul tadi, oleh kerana bila ahlil baatil (golongan yang sesat) ingin terus menerus berdebat dengan Nabi walaupun hujjah mereka telah dipatahkan semuanya, Islam mengharuskan MUBAHALAH ini demi menyelesaikan itu perdebatan mereka dengan menyerahkan kepada ALLAH SWT untuk menimpa azab kepada pihak yang menipu.

(dapat diputuskan dan dimuktamadkan secara begitu kerana tidak ada nas (nusus) dan kaedah lain bagi memuktamadkan pertikaian tersebut dan ruang penghakiman mengikut lunas-lunas Syari'at.

Maka apabila anda faham apa itu sumpah MUBAHALAH, maka anda akan tahu bahawa sumpah mubahalah dalam mensabitkan kesalahan JENAYAH adalah suatu yang BID'AH dan tidak ada dalam ISLAM dan tidak diperakui pun di mahkamah syariah negara kita.

Mubahalah adalah dalam PERDEBATAN ILMU!! dan bukan pertuduhan JENAYAH.

Dalam Jenayah Islam, hanya satu cara, Nabi SAW bersabda 'Bagi pihak yang menuduh DATANGKAN bukti, dan bagi yang tertuduh menafikannya dengan sumpah.

Juga ada pandangan yang mengatakan MUBAHALAH hanya berlaku antara orang Islam dan bukan Islam.

Namun dalam pertuduhan yang dibuat oleh 3 peribadi yang menggelarkan diri mereka itu Datuk T (ada yang kata Trio atau Tipu atau Temberang), tuduhan JENAYAH dibuat terhadap seorang lain dan pertuduhan ini juga melibatkan salah satu daripada MAQASID ISLAM yang lima, iaitu 'Penjagaan Maruah'.

Seharusnya mereka mengikut hukum syara' dengan menyokong pertuduhan mereka dengan BUKTI. Ini yang dituntut Islam. Setiap pertuduhan haruslah dengan bukti kerana hikmah yang sangat besar disebalik itu.

Jika Islam memberi ruang kepada mereka yang menuduh (terutama) Jenayah dengan hanya sekadar bersumpah, umat Islam akan hancur lebur dan kacau bilau dengan semua pihak yang bergaduh akan mula menuduh jenayah zina, liwat dsb dengan hanya bersumpah.

Ini salah faham yang sangat besar yang perlu diperjelaskan. Majoriti ulama keseluruhannya bersetuju bahawa dalam kes jenayah, pertuduhan hanya dengan bukti dan jika MALAH dalam KES pertuduhan zina, ada implikasi yang sangat besar jika mereka tiada bukti.

Mereka yang menuduh boleh sabit dengan kesalahan jenayah QAZAF!!! di Mahkamah Syariah.Sebenarnya, kes ini sekaligus telah membabitkan lontaran tuduhan zina terhadap seorang peribadi Muslim yang berkeluarga (muhsanat) dan memberi erti telah menginvokasi dosa dan JENAYAH 'Qazaf' (yang dibolehkan mereka dirotan 100 kali!) andainya peribadi Trio terbabit tidak mendatangkan bukti yang dituntut Syar'iat Allah SWT yang telah pun diqanunkan menjadi undang-undang Islam (Surah AnNur:4) yakni 4 saksi.

Sumpah Mubalahah bagi menyelesaikan masalah ini sesungguhnya memang tidak boleh digunakan kerana
tiada asas dalam nas dan boleh menimbulkan kacau bilau (chaos) dalam masyarakat umat Islam.

Hanya dengan cara penghakiman dan pembuktian di mahkamah syariah sahaja dibolehkan pertuduhan sebegini dibuat.

Trio ini harus ke mahkamah kalau benar-benar ada bukti kerana tidak cukup dengan ke masjid, bersembahyang sunat dan bersumpah di hadapan kamera.

Masyarakat juga harus diperjelaskan bahawa Mubahalah tidak boleh digunakan dalam kes Jenayah khususnya. - HD

Tinggalkan UMporNO, sertai PAS - Presiden PAS

Posted: 30 Apr 2011 05:41 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini.

"Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Presiden PAS itu memberi respons terhadap kesekelian kalinya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tanpa segan silu mengulangi lagi seruannya supaya PAS bekerjasama dengan Umno BN dan meninggalkan kerjasama PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR).

Najib berkata, pemimpin PAS perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam.

Menurutnya, PAS tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP.

''Tak kisahlah sama ada PAS mahu bersendirian atau bergabung dengan Umno, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha PAS dalam memperjuangkan Islam akan terhalang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung, Kuala Terengganu semalam.

Bagi PAS, tegas Tuan Guru Abdul Hadi seruan Najib itu adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat yang telah menjadi bencana dalam negara kita yang tercinta ini.

Katanya, kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan memusnahkan harta negara.

"PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman," tegasnya yang juga ahli Parlimen Marang.

Jelasnya lagi, kerjasama PAS selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.

Ia, katanya tidak sama dengan kerjasama wala antara Umno dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam dalam negara kita ini sejak puluhan tahun.

"Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90% adalah orang Melayu-Islam?

"Siapakah pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan Umnoputra?

"Siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini?" soalnya.

Jawapannya, kata beliau adalah kerajaan pimpinan Umno BN itulah yang sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri.

Sumpah laknat Eskay : Jawapan Dr Dzul

Posted: 30 Apr 2011 05:32 PM PDT

I. Kenapa Dato Eskay terdesak untuk bersumpah laknat?

Setelah hampir dua bulan video seks ini didedahkan, rakyat Malaysia terbelah kepada 3 kelompok: yang tak percaya, yang percaya dan yang tidak kisah. Mungkin dia fikir itu cara paling baik dan berkesan untuk membuktikan bahawa dia benar. Kononnya dia bersama dua lagi rakan tahu siapa pelaku sebenar. Dia mendakwa dia bersama. Dia mahu seluruh rakyat khususnya ummat Islam percaya tuduhannya bahawa si pelaku lelaki dalam video seks yang didedah itu adalah DS Anwar Ibrahim.

Keduanya dia tahu dan kini sedar bahawa pihak berwajib tidak lagi dapat melindungi ketiga-tiga mereka kerana mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan seksyen 5(1) Akta Penafisan Filem. Mereka tertekan untuk membuat sesuatu yang tergempar sebelum tindakan diambil terhadap mereka. 'Sumpah laknat' mahu memintas semua ini dan membuktikan mereka benar.

2. Benarkah sumpah laknat yang mahu Eskay lakukan itu diperuntukkan dalam Islam

Perkara ini yang kita tunggu-tunggu daripada ulama dalam Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka membisu seribu bahasa. Namun peribadi alim seperti bekas Mufti Perlis dan Mufti Perlis sekarang ini telah menyatakan sikap mereka. Ini yang ditunggu rakyat khususnya umat Islam.

Bagi fahaman saya, prosedur sumpah, memang ada dalam peruntukan syariat Islam dalam hal mengendalikan kes pertuduhan seperti ini atau undang-undang prosedur. Prinsipnya berbunyi: Pembuktian adalah atas orang yang membuat pertuduhan, dan sumpah adalah bagi mereka yang tertuduh. Adapun "sumpah laknat" adalah khas untuk kes pertuduhan zina di antara suami isteri sahaja dan mempunyai kaedah dan cara yang khusus di sebut dalam Al-Quran (Li'an atau prosedur Mula'anah-Surah An-Nur 6-10).

Ringkasnya, kenapa Eskay ini pula yang bersumpah ini, yang membingungkan ramai pihak, terutama alim ulama. Tambahan beliau mangajak dan mencabar sama supaya ketua pembangkang itu pun bersumpah. Sumpah laknat katanya.

Apa yang perlu Eskay tahu bahawa dia dan dua rakannya sekarang ini tertakluk kepada tuduhan Qazaf kalau perundangan Islam yang dirujuk, apabila dia gagal mendatangkan 4 saksi. Undang-undang sivil tidak punya peruntukan dalam mengendalikan kes di antara dua orang dewasa yang melakukan seks di luar nikah secara rela (illicit sexs between 2 consenting adults).

3. Apakah kesudahan semua perkara ini pada pandangan Dr?

Saya amat insaf dengan pergolakan politik jelek dan hodoh sekarang ini yang mewarnai dan menjadi budaya politik tanah air kita. Kalau ini berterusan menjadi cara dan tata-orde dan gelagat pelaku politik di negara ini, tidak mustahil rakyat seluruhnya akan benci dan bosan kepada orang politik dan politik sendiri.

Politik yang sepatutnya menjadi urusan kepimpinan, pentadbiran dan tata kelola yang baik dan berkesan di segi menyemak dan mengimbang sesebuah kerajaan, sama ada di Pusat atau Negeri, telah menjadi pentas dan ruang untuk melakukan 'character assasination' dan sarat perbuatan jelek dan membinasakan umat. Lebih parah lagi kerana setiap kali ia tampil semakin lebih hodoh dan jelek, khususnya yang membawa implikasi Qazaf, zina dan pelbagai perbuatan sumbang yang merosak akhlak dan budaya masyarakat, khususnya yang golongan remaja dan bahkan anak-anak yang terdedah kepada segala ini. Sekarang ini ianya didedah dalam media. Ini mengaibkan dan merosakkan akhirnya seluruh umat dan negara! Ini adalah politik yang menghancurkan – 'destructive zero-sum game' yang dinamakan sebagai Gutter or Smute Politics! Hentikan semua politik jelek dan keji ini.

Dipetik daripada blog Dr Dzulkefly Ahmad

2 si Boroi terima ugutan

Posted: 30 Apr 2011 04:59 PM PDT

BANGI: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik mendakwa beliau dan seorang lagi trio 'Datuk T' iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah menerima ugutan serta ancaman keselamatan daripada pihak tidak dikenali.

Beliau berkata, ugutan serta ancaman berkenaan diterimanya beberapa minggu lalu selepas mendedahkan video seks yang dikatakan mirip wajah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, pihak terbabit juga bukan saja mengugut serta mengancam untuk mencederakan dirinya, malah ahli keluarga mereka. "Saya menerima ugutan daripada pihak tidak dikenali mahu mencederakan saya serta ahli keluarga beberapa minggu lalu dan saya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

"Bukan saya saja, malah (Datuk) Shazryl Eskay juga turut menerima ugutan sama," katanya semalam, selepas menyampaikan ucaptama Program Memperkasakan Model Baru Ekonomi (MBE) anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu serta UMNO Bahagian Serdang.

Rahim menggesa polis mendedahkan segera identiti pelaku dalam video seks berkenaan supaya rakyat tidak terkeliru.

Sementara itu, empat laporan polis dibuat oleh tiga individu ekoran kekecohan dicetuskan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika majlis sumpah laknat oleh Shazryl Eskay di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul, petang kelmarin.
Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, Pahang; Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Melaka dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, Kelantan petang dan malam kelmarin manakala satu lagi laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, ibu negara, petang semalam.

Semua laporan berkenaan dibuat tiga individu berkenaan yang meminta supaya pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba mencetuskan huru-hara ketika di dalam masjid berkenaan termasuk melakukan provokasi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya sudah menerima semua laporan itu dan akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang dinyatakan.

"Kita akan menyiasat mengikut saluran undang-undang termasuk menyiasat dakwaan menyatakan pihak pembangkang telah merampas pembesar suara surau berkenaan serta bertindak kasar terhadap jemaah," katanya -  BH

STONEoooo patut la pun 3 boroi ni pakai baju kalis peluru kelmaarinm, ada orang nak cederakan mereka ..... hahaha tapi memang patut pun la ...

Laporan polis terhadap penyokong Keadilan

Posted: 30 Apr 2011 11:18 AM PDT

KUALA LUMPUR -- Three police reports were lodged today against Parti Keadilan Rakyat (PKR) supporters for causing a commotion at the Amru Al-As Mosque, Bandar Baru Sentul after the Friday prayer yesterday.

Cheras Umno division deputy head Datuk Mahadi Abdul Shukor filed a report at the Pudu police station at about 4pm, calling the police to investigate and take action against those involved.

Similar reports were lodged in Kelantan by Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), and the Malaysian Youth Council (MAYC).

State Pekida coordinator Zainuddin Ahmad filed a report at the Machang Police District Headquarters while State MAYC chairman Zamzani Harun at the Musang Police District Headquarters.

About 300 PKR supporters created chaos inside and outside the mosque to prevent businessman Datuk Syazril Eskay from taking a religious oath (sumpah laknat) that opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim was the man in the sex video.
-- BERNAMA

STONE : Sebab yang buat kecoh tu dari parti pembangkang, cuba dari UMPorNO, semmua diam, semua betul. Kepala bapak hangpa  lah

"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam" tanya Mahathir

Posted: 30 Apr 2011 05:56 AM PDT

ALOR SETAR, 30 April – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata orang Melayu mesti bersatu di bawah Barisan Nasional (BN) yang didominasi Umno kerana perpecahan mereka kepada tiga parti telah melemahkan kaum itu.

Bekas perdana menteri (gambar) itu berkata, pilihan raya umum ke-13 yang dijangka dalam waktu terdekat adalah ujian penting bagi orang Melayu.

"Jika kita terbawa-bawa dengan cerita dewa-dewi, maka kita akan menolak BN dan mengundi pembangkang," kata beliau.

"Pada masa ini, saya mendapati laungan Hidup Melayu tidak mendapat sokongan besar. Orang Melayu kelihatan takut untuk menyebut 'Melayu' dalam bumi mereka sendiri," kata beliau pada majlis yang diadakan di negeri kelahirannya.

"Apabila kita kata 'Melayu', kita akan dipanggil sebagai rasis," kata Dr Mahathir pada Perhimpunan Melayu Perkasa Kedah.

Perdana menteri paling lama berkhidmat ini berkata, pada masa-masa lalu orang Melayu hanya setia kepada raja masing-masing dan dengan mudah dikuasai oleh negara lain seperti China dan Siam.

Penaung Perkasa ini berkata, Umno telah menyatukan orang Melayu dan memperoleh kemerdekaan daripada British.

Bagaimanapun katanya, kemunculan PAS telah memecahkan orang Melayu kepada dua dan mengakibatkan mereka bertelagah sesama sendiri.

Bekas presiden Umno ini berkata, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan PKR selepas dipecat dari Umno, langkah itu memecahkan orang Melayu kepada tiga.

"Beliau tidak kisah mengenai perpaduan Melayu, beliau hanya mahu jadi perdana menteri," katanya.

Kemudian Dr Mahathir memberitahu pemberita bahawa adalah baik jika PAS mahu menyertai BN, tetapi "semasa mereka menyertai sebelum ini mereka menyebabkan masalah."

"Kalau mereka ikhlas, OK," katanya.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali juga menambah, pihaknya menyokong langkah Najib itu tetapi beliau tidak fikir ia akan menjadi realiti.

"Ini kerana PAS tidak fikir mengenai perpaduan Melayu tetapi hanya mahu mengambil kuasa dan Putrajaya," katanya lagi.

Di Kuala Terengganu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun memutuskan untuk tidak menyertai BN.

Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.

Najib berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

"Kita lihat poster di sini (Terengganu) "PAS ganti UMNO", realitinya "DAP ganti PAS", di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP," kata beliau.

"PAS, cukuplah dalam Pakatan Rakyat, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN (Barisan Nasional) pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan Rakyat," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong.

Terdahulu, Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

"Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu.

STONE : Kenapa pilih UMporNO? Adakah selama ini UMporNO perjuangkan Islam/Melayu. Yang aku tahu orang2 umno/peminpin umno perjuangkan kroni dan kaum kerabat sendiri. Rakayat nak hidup pandai-pandailah cari makan sendiri .... itulah yang aku tahu pasal umno/bn.

Rakyat Malaysia jangan terus jadi tukang angguk

Posted: 30 Apr 2011 04:57 AM PDT

oleh Ismail Hashim

SHAH ALAM, 30 April: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya mengingatkan seluruh rakyat Malaysia jangan terus menjadi seperti pokka yang asyik mengangguk sahaja kerjanya sepanjang hayat.

Datuk Hashim (gambar) berkata, rakyat negara ini mesti berani menggunakan kuasa mereka untuk membuat perubahan setelah lebih 50 tahun mengiyakan apa sahaja dilakukan oleh kerajaan.

"Jika rakyat negara lain seperti Tunisia menjadi pokka (sejenis haiwan yang suka menganggukkan kepala) lebih 30 tahun, Mesir juga lebih 30 tahun, rakyat Malaysia pula menjadi pokka lebih dari 50 tahun," kata beliau serius dalam seloroh.

Untuk makluman, binatang pokka atau sesumpah mirip mengkarung yang kerjanya hanya mengangguk sahaja tanpa sekali pun mengingkari perbuatan itu meskipun berlaku apa sahaja di sekelilingnya.

Bekas pensyarah UM dan UIAM berusia 72 itu berucap demikian ketika bercakap dalam Bicara Buku Prof Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradhawy di Masjid Negeri, dekat sini, tengah hari tadi.

Turut serta adalah Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid, Jurnalis dan Editor Majalah Sabili Indonesia, Herry Nurdi dengan moderator oleh Ustaz Nazmi Karim.

Slot Bicara Buku anjuran Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) sempena mesyuarat agung pertama hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Hashim kesal dengan tulisan Ulama Muda UMNO dalam sebuah akhbar harian yang dengan mudah menyimpulkan rakyat tidak mentaati kerajaan sekarang ini boleh dibunuh.

"Rakyat hanya wajib mentaati kerajaan yang mentaati Allah dan Rasul-Nya," tegasnya sambil menghuraikan dengan lebih lanjut tentang duduk perkara sebenar.

Menurutnya, mereka yang membaca tulisan seumpama itu hendaklah berhati-hati jangan mudah terpengaruh dengan huraian yang jauh menyimpang dari kehendak dan pengajaran agama.

Sementara itu, ketika membahaskan isi kandungan buku Syeikh Yusuf, Datuk Hashim berkata, terdapat satu pengajaran besar yang terdapat di dalam buku itu.

"Setiap orang yang dilahirkan sebagai Muslim adalah seorang ahli politik yang boleh menggunakan kuasa mereka untuk menentukan siapa yang layak memerintah negara ini.

"Rakyat Malaysia sudah memberikan masa kepada kerajaan yang ada ini melebihi lima puluh tahun dan kini sampai masanya untuk mereka menggunakan kuasa ini memilih parti yang berhasrat mengangkat perjuangan kebenaran," tegasnya sambil menunjukkan isyarat mengundi.

Ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung pertama Salimah selepas itu, Datuk Hashim berkata, penubuhan NGO Islam ini tepat pada masanya kerana berlaku berbagai masalah dalam negara ketika ini.

Menurutnya, perjuangan untuk merubah keadaan ke arah penegakan kebenaran akan memakan masa, perlukan pengorbanan dan bersedia dengan cabaran menyentuh perasaan.

Turut berada di pentas adalah Penasihat-penasihat Salimah, Cikgu Azmi dan Mohideen Abdul Kader - HD

Jawapan segera TGNA keada pelawaan Najib

Posted: 30 Apr 2011 04:50 AM PDT

KOTA BARU, 30 April – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang konsisten menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik Umno-PAS menegaskan, pihaknya tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat sebagaimana diminta oleh Datuk Seri Najib Razak.

Najib menyentuh isu berkenaan dua kali di Kuala Terengganu sempena lawatan kerja ke negeri itu hari ini.

Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pandangan dilontarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno itu adalah satu isu lama.

"Ini (meninggalkan Pakatan) adalah isu lama," kata Nik Aziz di sini hari ini.

Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam pakatan pembangkang, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.

Najib berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

"Kita lihat poster di sini (Terengganu) "PAS ganti Umno", realitinya "DAP ganti PAS", di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP," kata beliau.

"PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong.

Terdahulu, Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

"Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu.  TMI

Najb becoming crazy and has run out of ideas - YB Khalid Samad

Posted: 30 Apr 2011 03:56 AM PDT

PAS shoots down Najib's invitation
By Asrul Hadi Abdullah Sani and G. ManimaranApril 30, 2011

KUALA LUMPUR, April 30 — PAS leaders were amused today and ridiculed the invitation by Datuk Seri Najib Razak for the party to ditch Pakatan Rakyat (PR) by joining the ruling Barisan Nasional (BN) coalition.

The prime minister earlier said that PAS must work together with Umno for the sake of the Malay and Muslim community, telling the Islamist party that it could not achieve its aim while partnering with the DAP.

"Why play nice with DAP? Does DAP champion Islam?" Najib asked in Kuala Terengganu today.

Najib's invitation follows a call last weekend by Umno-owned daily Utusan Malaysia for a "1 Melayu, 1 Bumi" campaign to unite the Malays against what the newspaper said was racial politics by the DAP to stir up Chinese sentiment.

Shah Alam MP Khalid Samad bluntly told The Malaysian Insider that Najib was crazy and could no longer think properly.

"He (Najib) is becoming crazy and has run out of ideas. He is no longer making sense. I really do not know what to say about his comments. He is very confused. I think this is a sign that they are facing an internal problem especially with (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) contradicting everything he does.

"And since when did DAP declare that they were championing Islam?" he said.

The PAS central committee member added that the DAP has never obstructed the teachings of Islam compared to Umno that wants to confuse Muslims with its brand of the religion.

"DAP has always supported PAS in its efforts to bring Muslims to the teachings of Islam.

"But Umno wants to pollute Islam with their practice of sumpah laknat oath and falsely accuse someone of committing extra-marital sex without four witnesses," he said.

Khalid added that the DAP has never been against Islam and its struggles are in line with Islamic teachings of forbidding corruption and cronyism.



Salahuddin reiterated PAS's loyalty to PR.PAS vice-president Salahuddin Ayub was more courteous, thanking Najib for the invitation but reiterated his party's loyalty to PR.

"Thank you for the invitation but we will remain loyal to Pakatan Rakyat and will not leave the spirit of solidarity that has been formed with PKR and DAP.

"However I think the invitation is a desperate attempt by Najib. I am not surprised with this invitation," he said.

Salahuddin added that PR's common platform has ensured that Islam remains the religion of the federation.

Najib's invitation continues concerted efforts by Umno post-Election 2008 to get PAS to join forces in the name of Malay-Muslim unity.

The subject of unity talks between PAS and Umno dominated the 2009 PAS Muktamar, which saw a number of leaders keen on exploring talks with Umno emerging big winners.

More recently, top PAS and Umno leadership met at a Christmas Eve dinner hosted by the Yang di-Pertuan Agong last year, during which the subject of Malay unity was once again broached.

Sources told The Malaysian Insider the move then to bring PAS into the BN entailed both PAS president Datuk Abdul Hadi Awang and his deputy Nasharuddin Mat Isa being given a prominent role in Putrajaya if the party decides to abandon PR, but spiritual adviser Datuk Nik Aziz Nik Mat continues to be the major obstacle in bringing PAS closer to the ruling coalition.

Following the furore over the Christmas Eve meet, Hadi reassured his partners in PR that the Islamist party was committed to remaining in the pact.

PAS strategist Dr Dzulkefly Ahmad stressed that PAS will never succumb to Umno's narrow interpretation of Islam.

"Umno's Malay supremacy and narrow interpretation that Malay is Islam is against PAS's principle that Islam is universal, meant for all races.



Dzulkefly said Umno has given Islam a bad image."Umno has given a bad image to Islam and PAS must continue to ensure that the religion is safeguarded. PAS cannot accept Umno's exploitation of the name Allah and barring non-Muslims from entering mosques," he said.

He added Umno together with Perkasa and its ultra-Malay members have a very extreme understanding of Islam.

"PAS will not give a lifeline to Umno and its fight for Malay supremacy. Umno only wants to represent the Malays while PAS will fight for Islam, Malays, Chinese, Indians and other communities in the country," said the Kuala Selangor MP.

In an interview with The Malaysian Insider last year, Nik Aziz also said there was no possibility of PAS working with Umno or joining BN.

"Absolutely not. There is no way that PAS would even consider unity talks with Umno," he had said.

He recounted how PAS had in the past briefly joined BN and that it resulted in a divided PAS.

According to Nik Aziz, back in 1971 PAS had joined BN's bandwagon when the late Tun Abdul Razak — Najib's father — extended an invitation to the Islamist party.

"Umno was desperate back then, especially after the May 13 riots in 1969. When PAS joined BN, PAS Kelantan was split into four groups, and we were not united because each group supported a different idea," he said.

Nik Aziz pointed out that Umno eventually "kicked PAS out" of the BN coalition. - TMI

MCA akan tinggalkan kabinet Najib andai terus menerus ...

Posted: 30 Apr 2011 02:43 AM PDT

Sekiranya MCA terus hilang sokongan seperti dalam pilihan raya umum 2008, parti itu dengan rela hati akan keluar daripada kabinet dan pemimpinya tidak akan memegang sebarang jawatan di negeri mahupun pusat.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengumumkan keputusan itu selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden di Ayer Keroh, Melaka semalam, lapor MCA Online.

Chua menegaskan, sekiranya masih gagal mendapatkan sokongan pengundi, terutamanya daripada msyarakat Cina, atas semangat demokrasi, MCA tidak akan lagi menjadi rakan dalam kerajaan.

Menurut Chua, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira keputusan pilihan raya 2008 sebagai penanda atas yang memberikan 15 kerusi parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada mereka.

"Kita tidak mahu salah faham bahawa kita cuma berjuang untuk mempunyai wakil dalam kerajaan, tetapi sebaliknya mahu jujur berkhidmat kepada rakyat.

"Bagaimanapun, kita mesti sedar, kadangkala kita tidak dapat memuatkan kehendak masyarakat Cina 100 peratus," katanya

UMporNO dah nak mampos : Najib ajak PAS sertai BN

Posted: 30 Apr 2011 12:08 AM PDT

TERKINI @ 02:43:16 PM
30-04-2011April 30, 2011

KUALA TERENGGANU, 30 April — Datuk Seri Najib Razak meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

"Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini.

Najib (gambar) mengadakan lawatan kerja ke Terengganu hari ini.

Laporan Utusan Online memetik Najib memberitahu masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno.

Kata Presiden Umno, parti itu yang akan menyambut ulang tahun penubuhan 11 Mei ini berkata ia lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.



Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.

Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu.

"Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka," kata beliau.

Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu.

Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an.

PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib.

PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008.

Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR.

Selain pemimpin Umno sendiri Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga pernah mengatakan kesediaan mahu menjadi orang tengah antara PAS-Umno.Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.

Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu.

"Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka," kata beliau.

Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu.

Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an.

PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib.

PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008.

Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR.

Selain pemimpin Umno sendiri Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga pernah mengatakan kesediaan mahu menjadi orang tengah antara PAS-Umno.