WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
BERKAT SOLAT HAJAT - UMNO KINI KERA SUMBANG Posted: 30 Apr 2011 08:49 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS BERKAT kita di dalam PR sering melakukan sembahyang hajat dan tidak putus-putus berdoa, maka hari ini kita dapat melihat kesannya ke atas musuh kita. Najib, Muhyiddin dan Umno kini kepanasan tidak tahu lagi arah haluan mereka. Umno kini boleh diibaratkan sebagai kera sumbang. Di dalam Bn, Umno kini terpulau oleh MCA dan Gerakan akibat kelakuan Umno yang hanya pentingkan diri sendiri. MCA dan Gerakan telah melihat sendiri betapa kaum Cina yang diwakili oleh mereka selama ini telah berpaling kepada DAP. Kebijaksanaan kaum Cina berpolitik amat merunsingkan Umno, justeru itu akhbar milik mereka Utusan Malaysia serta dibantu oleh PERKASA terpaksa memainkan isu perkauman. Najib berada di dalam dilema untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Bn. Maka, tanpa rasa segan silu mereka cuba mempengaruhi DAP untuk menyertai Bn akibat tidak lagi percaya kepada MCA dan Gerakan. Apabila DAP tegas menolak cubaan Bn yang penuh tipu muslihat itu, maka mereka terpaksa beralih arah kepada PAS pula. Di Terengganu semalam, Najib dengan wajah penuh harapan menyeru agar PAS keluar dari PR. Beliau sedar, mustahil buat PAS untuk bersama dengan Umno yang sekular dan meredhai politik lucah itu maka Najib berkata tidak perlu PAS bersama Umno asalkan keluar dari PR. Hujah Najib kununnya DAP yang mengganti PAS kini, malangnya Najib gagal menyebut satu pun bukti di atas dakwaannya itu. Seperti biasa Najib hanya berani menyalak di gelanggang sendiri, dan saya percaya 110 % jika pemimpin PAS cabar Najib berdebat atas isu ini Najib pasti akan menyorok di belakang Rosmah. Inilah yang dikatakan keberkatan solat hajat kita selama ini. Sikit demi sedikit Allah telah tunjukkan kepada kita betapa Umno kini kepanasan dan hilang arah. Umno tidak lagi tahu siapa sebenarnya kawan yang boleh dipercayai. Umno kini kera sumbang./wfauzdin.blogspot.com |
Posted: 30 Apr 2011 12:51 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS PERTANYAAN untuk Eskay dan geng `three strooges', apakah lagi yang kamu mahu? Hajat kamu bersumpah laknat telah pun tertunai semalam. Adakah lagi hajat yang lain yang belum tertunai? Jika kamu berhajat untuk melihat Anwar pula melakukan kerja bodoh seperti kamu itu, lebih baik kamu belajar menyebut `Bismillahirrahmanirrahim' dan belajar menyebut dua kalimah syahadah dengan betul tidak seperti semalam sehinggakan anak-anak sekolah PASTI pun ketawa mendengarnya. Saya lihat semalam ada seorang pendakwah telah membekalkan kepada kamu sebuah buku agama mungkin berkaitan hukum menuduh orang lain melakukan zina. Maka, berpakatlah kamu bertiga mengaji dan berguru betul-betul bab berkaitan di dalam buku tersebut setelah kamu mampu menuturkan dengan betul dan lancar kalimah dua syahadah itu nanti. Jika kamu sudah tamat mengaji, barulah kamu boleh menyalak menggesa Anwar bersumpah pula. Sekarang, apakah lagi hajat kamu selepas hajat bersumpah dan memakai baju kalis peluru tercapai? Ingin bersumpah di depan Kaabah pulakah? Kamu tentu banyak duit, bila-bila masa saja kamu boleh ke sana untuk bersumpah berapa ribu kali sekalipun. Baiklah, setelah hajat kamu tertunai, saya rasa tibalah masanya hajat rakyat jelata yang ingin melihat orang yang menayangkan video lucah di Seri Carcosa itu ditangkap. Jangan ingat, bila sudah bersumpah maka isu tayangan video lucah akan ditenggelamkan. Rakyat tidak lupa dan tidak bodoh seperti kamu. Jangan pula fikir apabila sudah bersumpah, maka kamu akan terlepas dari kes qazaf yang telah dibawa ke JAWI untuk dibicarakan. Mungkin kamu berharap ada sesuatu keistimewaan akan diberikan oleh JAWI ke atas kamu dan kes Qazaf tidak boleh dibicarakan sepertimana di dalam kes Liwat Saiful sebelum ini. Jika itu berlaku, kamu beruntung di dunia ini tetapi belum tentu kamu selamat di Akhirat kelak. Kepada Jamil Khir, saya bukan tidak kenal beliau sewaktu di dalam KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera) dulu. Apa yang Jamil Khir buat semasa dia dalam KAGAT? Adakah tentera semakin kuat aspek kerohaniannya? Adakah tentera diwaktu itu tiada melakukan program maksiat? Jamil Khir tahu jawapannya. Harap kali ini, Jamil Khir jangan ganggu urusan mahkamah syariah jika kes Qazaf dibawa oleh Anwar terhadap Eskay. Jika Jamil Khir masih berhajat untuk menganggu, lebih baik Jamil Khir belajar agama dari Eskay./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan