Selasa, 26 April 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Syeikh Sudais Terkeluar Dari AhliSunnahWaljamaah Dan Tak Ada Permit

Posted: 26 Apr 2011 07:47 PM PDT

Isu Semasa

Assalamualaikum dan salam blogger,
Mesti anda terkejut baca tajuk diatas,saya juga terkejut bila baca kenyataan dari seorang pegawai kanan JAKIM.
Keliru dan mengelirukan,kenyataan ini kalau keluar dari seorang ustaz biasa saya tak terkejut tapi kalau betullah ucapan Ustaz Zamihan seperti dilaporkan oleh malaysianinsider.com,ianya sesuatu yang amat malang.

Dibawah adalah laporan dari malaysianinsider
Imam Besar Masjidil Haram bawa Wahabi ke Malaysia, syakipegawai Jakim
KUALA LUMPUR, 26 April — Seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia minggu lalu, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform "kerajaan dengan kerajaan."
Zamihan Mat Zin, yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia berkata, lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

Kata beliau, Sheikh Abdul Rahman berpegang kepada fahaman Wahabi dan cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar "Berpegang kepada al-Quran dan As-Sunah" bertemakan "Dan Berpegang Kamu Semuanya Kepada Tali (Agama) Allah dan Janganlah Kamu Bercerai-berai."

Seminar dua hari berakhir Ahad lalu diadakan di Hotel Royale Chulan di sini dan dihadiri tokoh agama dari dalam dan luar negara.

"Imam ini (Sheikh Abdul Rahman) bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.

"Kalau beliau datang bercakap untuk soal umum tentang Islam, kepentingan Islam kita boleh terima, tapi ia jadi masalah kalah bercakap tentang Allah ada mata . . . ada tangan . . . ada kaki . . . itu semua kita tidak boleh terima," kata Zamihan yang pernah menjadi fokus berhubung isu Wahabi tahun lalu.

Tahun lalu Zamihan telah menimbulkan kontroversi apabila dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Sebaliknya Zamihan mengakui ada "membangkitkan" nama Asri dalam taklimat itu berdasarkan tulisan beliau selama ini.

Tegas beliau, amalan dan ajaran yang dibawa Sheikh Abdul Rahman bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah dan ia bertentangan dengan amalan umat Islam.

"Sebab itu (ajaran Sheikh Abdul Rahman) bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah, sebaliknya ia merupakan metodologi sebahagian amalan al-Hanabilah al-Mujassimah dan metodologi ini bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah yang kita amalkan di Malaysia.

"Memandangkan metodologi ini dipopularkan ajaran Wahabi dan ulama bangkit menentangnya, maka metodologi ini tidak perlu disebarkan kepada umat Islam dalam apa jua pendekatan kerana ia bukan metodologi yang benar yang diwarisi dari Rasulullah," katanya.

Kata Zamihan, beliau menentang keras tindakan Sheikh Abdul Rahman yang cuba mewujudkan suasana tidak senang di kalangan umat Islam dengan membawa fahaman yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah.

"Jika ia (amalan Wahabi) mahu dipraktikkan di Arab Saudi terpulanglah, tapi kita di Malaysia mengamalkan metodologi Ahli Sunah Waljamaah yang jelas iaitu berpegang dengan prinsip akidah yang dirintis dari Imam Abu al-Hasan al-Ash`ari bermazhab Shafie dan berpandukan metodologi tasawuf dari kalangan ulama sufi yang muktabar.

"Imam Besar Masjidil Haram ini juga pernah membuat (mencetuskan) kontroversi apabila mengemukakan pandangan bahawa orang Islam dilarang menziarai makam Nabi, malah saya ada bukti lain yang menunjukkan beliau cuba menyuntik fahaman Wahabi.

"Malah dalam seminar yang dihadiri beliau pada Sabtu dan Ahad lalu juga, hampir keseluruhan jurucakap dan tetamu yang hadir mengamalkan metodologi Wahabi, tapi gunakan nama lain daripada diketahui dan ini mengelirukan umat Islam," katanya.

Justeru, kata beliau, pihak berkuasa terutamanya polis dan jabatan agama Islam harus menyiasat perkara tersebut agar tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Selain itu, Zamihan juga mempersoalkan bagaimana penceramah-penceramah dari luar negara dibenarkan untuk bercakap soal agama tanpa permit.

"Kedatangan Imam Besar Masjidil Haram ini kalau untuk kegiatan umat Islam tiada masalah tapi kalau nak bawa metodologi ia tidak wajar . . . tindakan ini akan mengelirukan umat Islam dan wajar pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini.

"Kalau nak masuk Singapura pun kena ada permit tapi bila orang luar berucap pasal agama dan nak bawa metologi Wahabi tidak perlukan permitkah? Sheikh Abdul Rahman datang dengan tujuan untuk semai fahaman Wahabi dan ini tidak wajar," katanya yang turut menjadi perhatian ekoran satu seminar di Singapura awal tahun lalu.

Pada Jumaat lalu Sheikh Abdul Rahman menggesa umat Islam berpegang teguh kepada al-Quran dan As-Sunah demi memastikan mereka kekal bersatu padu.

Beliau berkata, perpecahan di kalangan umat Islam akan berlaku sekiranya mereka tidak menjadikan kedua-dua perkara itu sebagai sebahagian amalan kehidupan seharian.

"Anda semua harus berpegang pada hadis Rasulullah mengenai pentingnya berpegang teguh dengan al-Quran dan As-Sunah, jika tidak inilah (perpecahan) jadinya kepada umat kita (Islam)," katanya dalam khutbah Jumaat yang diikuti oleh lebih 3,000 jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan.

Khutbah beliau bertajuk "Perpaduan Islam dan Cabaran Semasa" diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh Yang Dipertua Persatuan Bahasa Arab Malaysia, Datuk Mahamud Abdul. [themalaysianinsider.com]

-ijoks2009-
Saya berharap laporan malaysianinsider ini tidak tepat ,jika betul seperti apa yang dilaporkan
malang bagi ummat islam di Malaysia kerana JAKIM mempunyai seorang pegawai kanan yang merasakan dirinya serba betul dan tidak boleh menerima pandangan yang berbeza dari dia.
Adakah dia mengira ilmunya lebih tinggi dari Sayaikh Sudais sehingga dengan biadap mengkritik seorang ulama' yang dihormati seluruh dunia Islam itu yang juga tetamu negara.

Semasa saya belajar kat sekolah dulu,ustaz saya cakap,fahaman yang terkeluar dari ahlisunnah waljamaah,ertinya fahaman sesat dan membawa keneraka .Adakah bermakna Ustaz JAKIM ni nak kataSyeih Sudais juga sesat.Adakah orang yang selama ini bersolat diMekah berimamkan Syaikh Sudais tidak sah solatnya.Kenyataan begini  boleh memporakperandakan ummah bukannya menyatukan ummah.


Cari N3 lama-lama disini

Menjawab Tuduhan Musuh

Posted: 26 Apr 2011 12:07 AM PDT

Sejak akhir-akhir ini semakin ramai golongan ateis yang berani menghina Islam dengan mengeluarkan hujjah-hujjah kononnya Islam adalah agama khayalan dan tidak saintifik.Kita boleh membaca tulisan mereka melalui pelbagai blog dan laman web yang di kelolakan oleh meeka.

Antaranya mereka menafikan akan adanya hari akhirat.Hujah mereka bagaimana manusia akan dihidupkan kembali dan diciptakan kembali mengikut bentuk asal tubuh badan mereka apabila jasad telah hancur beribu-ribu tahun.
Jika kita memberikan dalil Al-Qur'an dan hadis tentu saja mereka menolaknya.
Untuk menjawab tuduhan mereka,kita juga harus menggunakan dalil akli atau secara saintifik.

Alhamdulillah Rupa-rupanya Rasulullah s.a.w sudah memberikan kita jawapan lebih 1400 tahun dahulu lagi.

Sebagaimana kita tahu ,zaman sekarang sudah ada teknologi klon,jika kita ada mempunyai simpanan DNA bagi sesuatu spesis binatang, tidak mustahil dengan teknologi yang ada kita boleh memgklonkan binatang tersebut walaupun binatang tersebut sudah lama pupus
dan Saintis pada hari ini sudah beberapa kali melakukan percubaan mengklon binatang bahkan ada yang lebih biadap telah melakukan ujikaji mengklon manusia.

Salah satu cara yang dilakukan saintis pada hari ini untuk mengelakkan binatang liar dari ancaman kepupusan ialah dengan menyimpan DNA binatang tersebut.

Jika manusia boleh buat,kenapa Tuhan yang menciptakan seluruh Alam ini tak boleh buat.

Mari kita renungkan hadis Rasulullah s.a.w ini.

Dari Abu Hurairah ra, dia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,

"Jarak antara tiupan sangkakala empat puluh." Mereka bertanya, "Wahai Abu Hurairah, (apakah) empat puluh hari?" Dia menjawab, "Saya tidak mau (menjawab sesuatu yang tidak saya ketahui)." Mereka bertanya, "(Apakah) empat puluh bulan?" Dia menjawab, "Saya tidak mau (menjawab sesuatu yang tidak saya ketahui)." Mereka bertanya, "(Apakah) empat puluh tahun?" Dia menjawab, "Saya tidak mau (menjawab sesuatu yang tidak saya ketahui)." Kemudian Allah menurukan hujan dari langit, maka mereka tumbuh sebagaimana tumbuhnya tanaman hijau. Tidak ada sesuatu pun dari tubuh manusia melainkan pasti hancur, kecuali satu tulang, yaitu "ajbu adz adz-dzanab". Dari ajbu dzanab ini manusia diciptakan kembali pada Hari Kiamat." (HR, Bukhari Muslim)

Menurut para ulamak,Ajbu Dzanab adalah tulang halus yang terletak pada ujung punggung.

النَّفْخَتُيْنِ (dua tiupan) adalah hari ditiupnya sangkakala. Pertama kali ditiup, semua makhluk di langit dan bumi mati. Kemudian Allah menurunkan hujan dari langit, maka manusia pun ditumbuhkan. Kemudian ditiup sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (perhitungan amal masing-masing)

Beberapa Saintis Jepun telah mengakui bahawa tulang hujung punggung (ajbu dzanab)adalah tulang yg paling keras, Tulang ini tidak akan hancur walau dilakukan apa sahaja,sama ada menggunakan asid yang kuat atau dihentam dengan benda keras, dibakar dengan api bersuhu tinggi, ataupun dengan terkena sinaran radioaktif sekalipun.

Dengan keadaannya yang begitu DNA manusia akan dapat tersimpan dengan kukuh disitu.
Dalil itu kita boleh gunakan untuk menjawab tuduhan golongan ateis ini yang kononnya Islam tidak saintifik.

Bagaimana seorang manusia bernama Muhammad bin Abdullah ini,yang hidup dizaman teknologi belum berkembang beribu-ribu tahun lampau boleh memberikan fakta-fakta yang terbukti secara saintifik .

-ijoks2009-
Yang pastinya ialah manusia bernama Muhammad bin abdullah ini benar-benar seorang Rasul yang memperolehi maklumat ini dari Tuhan yang menciptakan manusia dan seluruh alam.
Walaupun begitu kita sebagai orang Islam menyakini bahawa Allah mampu menciptakan sesuatu tanpa sebab hanya berkata "jadi" maka jadilah ia.

Allah sengaja jadikan sebab atas segala perkara untuk menguji manusia samaada nak percaya kepada sebab atau kepada kuasa Allah.

Allahuakbar..

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO SEKS - DEDAHKAN SEGERA KERANA SUDAH TIDAK `SUSPEN' LAGI

Posted: 26 Apr 2011 10:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM isu video seks yang ditayangkan oleh `Three Strooges' @ Datuk T di Seri Carcosa itu, pihak Polis memaklumkan berkali-kali bahawa siasatan lebih tertumpu kepada kes penayangan dan pengedaran video seks tersebut setelah disahkan tulin. Apabila ini disebut, ertinya pihak Polis sedang menyiasat `Three Strooges' yang tanpa dipaksa mengaku terlibat di dalam tayangan filem lucah di khalayak umum.

Rasanya tidak susah untuk menyiasat kerana sudah ada pengakuan dari puak mereka di mana pengakuan tersebut dibuat secara rasmi melalui sidang media dan semua rakyat di negara ini menontonnya melalui TV dan dibaca juga di dalam akhbar dengan cerita penuh sensasi. Tetapi, mereka masih belum ditahan dan didakwa, mungkin masih ada yang belum selesai.

Semalam Timbalan KPN memaklumkan bahawa siasatan tertumpu kepada kes tayangan video lucah, tetapi jika perlu pelakun di dalam video berkenaan akan didedahkan. Ada yang bertanya, jika siasatan tertumpu kepada penayangan dan edaran video seks berkenaan, adakah pihak Polis tidak menumpukan kepada mengenalpasti pelaku di dalam video tersebut? Jika tidak, bagaimana pihak Polis boleh berkata jika perlu akan didedahkan siapa yang beraksi di dalam video berkenaan?

Sebenarnya, kita di dalam PR sudah bersedia untuk mendengar pengumuman yang kita rasa tidak lagi `suspen' untuk mendengarnya. Di dalam negara ini kadangkala banyak kes terutamanya yang ada kaitan dengan politik, tidak sukar untuk membacanya. Kes Teoh Beng Hock, misalnya dan kes Penolong Pegawai Kastam yang dikatakan mati mengejut di bangunan SPRM juga mudah untuk kita baca. Sebab itu, di dalam kes video seks ini kita sudah tidak teruja untuk mengetahui siapa pelakun yang berperut buncit, sekejap berjanggut dan sekejap tidak itu. Saya yakin 110 % (pinjam kata Zul Kulim) di antara kita telah boleh meneka siapa yang bakal diumumkan `aktor' filem porno itu nanti.

Sehubungan itu, tidak perlu lagi melambat-lambatkan pengumuman berkenaan. Kita berharap pihak Polis umumkan sahaja sekiranya mereka telah mendapat pengesahan siapa pelaku seks yang terdapat di dalam video berkenaan. Apabila telah diumumkan, kita harap mesti ada dakwaan kepada yang terlibat. Jangan umum, tetapi diam begitu sahaja kerana ini akan mengaibkan insan yang tidak dapat mempertahankan dirinya jika beliau tidak bersalah.

Katakanlah, pelakun lelaki berkenaan telah dikenalpasti kemudiannya didakwa dan dikenakan hukuman, maka jangan lupa ada seorang lagi tokoh utama dari parti komponen Bn yang wajib juga dikenakan tindakan yang serupa. Kesemua pasangan mereka mesti didakwa dan saya tidak pasti dakwaan akan dibuat di bawah peruntukan undang-undang mana.

Balik kepada tukang tayang video lucah berkenaan. Mereka tidak boleh dilepaskan begitu sahaja atas alasan kununnya mereka `berniat baik'. Mana ada sesiapa yang menayangkan video lucah mempunyai niat yang baik dan mulia? Saya `salute' sekiranya mereka menyerahkan video berkenaan kepada pihak Polis untuk disiasat. Malangnya di peringkat awal, mereka tidak terfikir langsung untuk menyerahkan video seks berkenaan kepada pihak berkuasa sebaliknya berbangga menayangkan video tersebut kepada para wartawan dan editor. Setelah tertekan dengan laporan Polis yang dibuat, akhirnya mereka menyerahkan video berkenaan kepada pihak Polis.

Baiklah, kita tunggu saja berapa lama pihak berkuasa akan mengambil masa di dalam kes ini. Kita sudah tidak sabar menanti apakah `ramalan dan jangkaan' kita tepat tentang pelaku lelaki yang beraksi di dalam video berkenaan. Jadi, baik umumkan saja segera kerana ianya sudah tidak `suspen' lagi. Sebelum umum, jangan bertanya Mufti atau Majlis Fatwa terlebih dahulu tentang hukum kita mendedahkan keaiban orang yang belum tentu kesahihannya dan orang itu tidak berpeluang untuk membela dirinya. Jika bertanya para Mufti atau Majlis Fatwa, saya rasa banyak menyusahkan mereka untuk memberi hukum nanti, ...maklumlah !!/wfauzdin.blogspot.com

MENJAWAB SURAT TERBUKA KEPADA DS ANWAR

Posted: 26 Apr 2011 07:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BEGITU syahdu apabila membaca satu surat terbuka oleh Penulis bernama Cglyn kepada DS Anwar Ibrahim di sini. Awal ayatnya beliau memuji dan memuja kekuatan semangat DS Anwar menghadapi pemerintah yang zalim dan korupsi sehingga terpaksa merengkok dalam penjara kemudiannya diaibkan dengan berbagai fitnah.

Malang sekali, di penghujung surat terbuka beliau itu mengambarkan kelemahan jiwa Penulis itu sendiri di dalam memahami maksud perjuangan DS Anwar. Atas alasan simpati terhadap kezaliman yang berlaku kepada DS Anwar dan keluarganya, si Penulis mencadangkan agar DS Anwar berhenti dari berpolitik dan keluar dari negara ini untuk menghirup kehidupan yang lebih aman dan tenteram bersama keluarga. Benarkah begitu?

Si Penulis juga seolah-olah mengambarkan perjuangan DS Anwar sekarang ini semata-mata untuk menjadi PM. Tidakkah beliau sedar, DS Anwar tercampak dari Kabinet dahulu dan sanggup menjadi penghuni penjara kerana apa? Jika hanya mengidam untuk menjadi PM, DS Anwar tidak akan terpenjara dan difitnah sehebat ini. Beliau dengan mudah boleh menjadi PM selepas Tun Mahathir hanya dengan `menganggukkan kepala'nya sahaja atas apa jua tindakan Tun Mahathir ketika itu.

PM bukan matlamat utama DS Anwar kerana jika PR berjaya tumbangkan Umno/Bn pada bila-bila masa sekali pun belum tentu DS Anwar akan menjadi PM. Namun, beliau sanggup bersusah payah sekarang asalkan rakyat di negara ini bebas dari ketidakadilan Umno/Bn, itu sudah cukup buat beliau.

Begitu mudah Penulis berkenaan menyebut sekiranya DS Anwar berhenti dari perjuangan politiknya, maka beliau akan menikmati kehidupan lebih tenteram dan aman bersama keluarganya. Adakah beliau merasa segala fitnah dan apa yang mereka rancangkan untuk DS Anwar boleh terhenti sekiranya DS Anwar bersara? Adakah mahkamah akan menarik balik semua kes beliau dan akhirnya Datuk T akan menyebut bahawa video seks itu palsu dan rekaan semata-mata jika DS Anwar umumkan untuk bersara dari politik? Tidak semudah itu.

Bahkan, imej dan kredibiliti DS Anwar lebih teruk jatuh dan hina sekiranya berlaku sedemikian. Rakyat akan menuduh bahawa sememangnya DS Anwar seorang yang rendah moral lakunya. Lebih malang lagi, rakyat yang selama ini turut merasa susah dan derita kerana memperjuangkan DS Anwar akan merasa tertipu. Lebih dahsyat lagi, pemimpin Umno akan bertepuk sorak kerana mereka lebih bebas berbuat apa sahaja kerana tiada lagi tekanan dari DS Anwar.

Kita sebagai pejuang bawahan tidak wajar untuk melemahkan beliau. Kita seharusnya memberikan semangat kepada beliau untuk terus bangun dan lawan. Jika ditakdirkan beliau terperosok ke dalam penjara lagi, kita di luar tidak harus berhenti dan kita lah penyambung perjuangannya.

Sehubungan itu, saya berharap agar DS Anwar terus berjuang kerana rakyat tidak pernah meminta DS berhenti selagi DS bernafas. Biar beribu fitnah yang mereka cipta, DS dapat melihat sendiri bagaimana rakyat terus berada di belakang DS. Usah peduli kepada ejen-ejen mereka yang mencuba berbagai cara untuk memujuk DS bersara dari perjuangan mulia ini. /wfauzdin.blogspot.com

TIMBALAN PRESIDEN PAS - JIKA TUAN IBRAHIM ENGGAN BERTANDING, MAT SABU BOLEH MENANG

Posted: 26 Apr 2011 09:55 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

AKU ada terbaca di dalam artikel oleh MSO, kununnya ada bayangan bahawa Tuan Guru Nik Aziz mahu agar Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS. Betulkah ada bayangan dari Tuan Guru Nik Aziz?

Seandainya betul, aku pun suka jika Tuan Ibrahim Tuan Man dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS kerana beliau mempunyai kesemua kelayakan untuk memegang jawatan itu. Bahkan, jika berlaku pertandingan tiga penjuru di dalam Muktamar PAS nanti di antara Us Nasha, Tuan Ibrahim dan Mat Sabu, aku yakin Tuan Ibrahim boleh menang dengan selesa.

Masalahnya, Tuan Ibrahim memberitahu beliau menolak untuk bertanding jawatan nombor 2 di dalam parti tersebut. Sekiranya keputusan beliau itu terus kekal sehingga tarikh akhir penamaan calon, maka tidak syak lagi yang diyakini boleh memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS pada jangkaan aku adalah Mat Sabu. Benar, Mat Sabu bukan ustaz jauh sama sekali mahu digelar Ulamak. Tetapi Mat Sabu adalah pejuang Islam yang gigih dan telah diuji dengan berbagai ujian. Itulah kelayakan yang ada pada Mat Sabu yang membolehkannya bertanding di situ.

Paling menarik, Mat Sabu tidak asing dengan pemimpin dan penyokong-penyokong dari rakan lain di dalam PR. Ini penting untuk PAS lebih rapat dan mesra dengan rakan sekutu dari PKR dan DAP. /wfauzdin.blogspot.com

Liwat II: Anwar ulangi ia konspirasi politik

Posted: 26 Apr 2011 06:00 AM PDT


Hafiz Yatim
Apr 26, 11

Kongsi 78 Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan dakwaannya bahawa kes liwat II yang sedang berlangsung adalah satu konspirasi politik bagi memuaskan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

NONETiada asas bagi pihak pendakwaan untuk meneruskan kes, kata Anwar kecuali bagi memuaskan kehendak tuan politik mereka.

"Kita tahu sistem pornografi Umno, Datuk Seri Najib akan terus guna ini utk mencela kita seolah-olah beliau dan isterinya Rosmah dan yang lain adalah orang yang baik-baik, kekuatannya adalah tunjukkan moral Anwar kurang baik... mereka akan menang.

"Saya nak jelaskan sedikit bahwa ini fitnah jahat ... awal kita nafikan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan (Peguam Cara Negara II) Datuk Yusof (Zainal) diperalatkan sekadar kuatkan hujah.

Menurut Anwar lagi, media arus perdana yang dikawal oleh Umno berdendam dengannya dan berulangkali melaporkan sperma dan air seperti yang diperkatakan oleh Yusof di mahkamah bagi memuaskan tuan politik mereka.

Dalam mengemukakan bukti di mahkamah, pihak pendakwaan berkata air mani dan sperma dijumpai oleh ahli kimia.

"Terbukti mani yang dikatakan 97 jam yang diambil itu tidak (disimpan) dalam freezer dan dlm mana dokumen sains mengatakan ia tidak boleh bertahan. Jadi ini jadi isu politik murahan yang jelas dalam keterangan mahkamah," kata Anwar.VIDEO | 4.15 mins

Sumber: Malaysiakini

KES LIWAT - PERSOALAN YANG MENGUJA KITA BERFIKIR

Posted: 26 Apr 2011 01:12 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA telah banyak mengikuti ulasan dan komen dari orang ramai samada melalui blog atau facebook berkaitan kes fitnah Liwat II melibatkan DS Anwar yang kini semakin ke penghujung.

Saya tertarik dengan beberapa persoalan dari mereka, di antaranya adalah seperti berikut;

1. Mengapa Pertuduhan berbeza dengan laporan Saiful yang mendakwa beliau dipaksa, sedangkan pertuduhan di bawah Seksyen 377B membawa maksud sukarela atau suka sama suka? Tidakkah wajar digunakan Seksyen 377C yang lebih tepat dengan laporan Saiful?

2. Saiful mendakwa beliau dipaksa, tetapi tiada kesan di duburnya kemasukan secara paksa. Diberitahu bahawa KY Jelly digunakan, tetapi lojiknya jika dipaksa mesti juga walau sedikit ada kesan melecet, luka, lebam di mana-mana bahagian tubuh badan atau didubur memberi erti ada paksaan berlaku dan ada tentangan dari Saiful yang muda dan gagah itu.

3. Sepanjang perbicaraan, tiada dibuktikan Saiful berada di dalam bilik kondo tempat yang dikatakan berlaku kejadian. Yang ada hanya kelibat Saiful memasuki kondo dan berada di lift sahaja.

4. Memang mereka telah memperolehi DNA melalui barang-barang Anwar sewaktu Anwar ditahan di dalam lokap Polis, tetapi adakah mereka telah membuktikan bahawa DNA yang mereka perolehi itu adalah air mani Anwar yang kununnya terdapat di dalam dubur Anwar?

5. Diberitahu bahawa DNA telahpun di`usik' terlebih dahulu oleh Jude Pereira Pegawai Polis yang menyiasat kes ini sebelum dihantar ke makmal.

6. Dimaklumkan juga bahawa terdapat lebih sample DNA disekitar dubur Anwar. Saiful membuat pengakuan bahawa beliau hanya diliwat oleh Anwar seorang. Mengapa tiada ujian dilakukan terhadap sample DNA yang lain selain dari DNA `Y'?

7. Tiada bahan bukti lain dijumpai di tempat kejadian melainkan sehelai bulu kepunyaan Anwar. Jika Saiful berada di bilik itu bersama Anwar, mengapa bulu Saiful tidak dibawa sebagai bahan bukti kes?

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang pelik tapi benar di dalam kes ini. Namun, kita yakin pihak mahkamah sudah tentu ada keputusan yang baik dan bijak di dalam isu ini. Jika dahulu kes fitnah Liwat I menimbulkan seribu satu keganjilan, tidak semestinya ia boleh berulang lagi.

Sekiranya mahkamah memutuskan Anwar perlu membela diri, kita akan dapat menyaksikan lebih banyak persoalan yang lebih menarik lagi. Buat ketika ini, syabas kita ucapkan kepada Tim Pembela kerana telah berjaya merungkai banyak perkara./wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Tangkap individu, blogger sebar video seks fitnah - AMK

Posted: 26 Apr 2011 10:35 PM PDT

CYBERJAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mendesak pihak polis mengambil tindakan segera terhadap individu dan blogger pro BN kerana menyebar video seks fitnah, yang dikaitkan dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

AMK menamakan pengguna youtube  'thepowercam', blogger Pisau.net dan Papagomo, antara individu yang memuatnaik dan menyebarkan video tersebut, dalam usaha meneruskan tuduhan fitnah terhadap Anwar.

Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata, tindakan itu wajib dilakukan untuk membuktikan komitmen pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam menangani penyebaran bahan kes yang masih dalam siasatan.

"Menteri Penerangan dan Komunikasi, Datuk Seri Rais Yatim perlu menjalankan fungsinya.Pihak SKMM perlu menyiasat dan mendakwa pihak yang membocorkan bahan kes dan menyebarkannya di internet.
"Sehingga hari ini, blog-blog tersebut masih menyiarkan video itu, manakala komen dan ulasan pelayar web berbentuk lucah dan menghina.

"Persoalannya, kenapa mereka masih terus mengaitkan video tersebut dengan Anwar? Dari mana mereka dapat video tersebut, sedangkan orang pertama yang menyiarkan video itu mengakui, hanya dia dan pihak polis yang mempunyai bukti tersebut," katanya.

Terdahulu sebelum itu, Rozan dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung kertas siasatan yang dibuka susulan aduan AMK Malaysia pada 5 April lalu mengenai aduan terhadap blogger-blogger pro BN di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya, hari ini.

Berita lanjut menyusul

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12341

Pemerintahan Najib - Lebih teruk dari Pak Lah

Posted: 26 Apr 2011 10:12 PM PDT

Hanya dalam jangka dua tahun, Barisan Nasional yang seketika dahulu diumpamakan sebagai "kapal yang sedang karam", kini menjadi kapal selam pertama negara kita - terapung dengan stabil di permukaan lautan.  Slogan dan logo 1Malaysia di merata-rata - menggantikan "senyuman Pak Lah".  Suasana "feel good" kini menyelubungi zaman Najib.

Suasana "feel good" kembali semula.  Mahathir yang mendominan dari segi kepimpinannya memberi penilaian sedemikian, "Pentadbiran Najib jauh lebih baik daripada Abdullah Ahmad Badawi", direstui rakyat yang sudah membiasakan diri dengan pimpinan dominan.  Namun, seperti era Mahathir yang sarat dengan projek mega, suasana "feel good" dalam zaman Najib juga diwujudkan dengan taburan wang.


Setahun sebelum ini kita masih memberi penilaian sebegini, "UMNO di bawah pimpinan Najib pada hakikatnya tidak berbeza dengan zaman Abdullah Ahmad Badawi".  Setahun kemudian, pada hari ini, kita perlu memberi penilaian bahawa UMNO di bawah pimpinan Najib lebih teruk daripada zaman Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam perhimpunan UMNO di mana Najib mengambil alih tampuk pimpinan, dengan semangat yang berkobar-kobar beliau melaungkan "berubah atau rebah".  Namun, dua tahun selepas itu, kita mendapati janji Najib untuk berubah hanyalah hiasan, seperti gagasan 1Malaysia-nya, hanya mewujudkan suasana baik secara kolektif tanpa makna yang konkrit.

Pada hakiktnya, dasar perkauman tetap kekal sementara slogan 1Malaysia berkumandang.  Model Ekonomi Baru (MEB) yang mengandungi program transformasi ekonomi dan kerajaan hanyalah lanjutan daripada Dasar Ekonomi Baru.

Ketika MEB diketengahkan, media terutamanya akhbar Cina telah menari mengikut rentak kerajaan Najib - memansuhkan DEB, kuota bumiputera, membantu 40% rakyat termiskin - namun akhirnya ia meleset. 

Bukan sahaja kuota bumiputera tidak dimansuhkan, sebaliknya membincangkan agenda pembangunan ekonomi bumiputera, bagaimana untuk menambah ekuiti saham bumiputera.  Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) yang menentukan lima tahun akan datang mencadangkan agar menggariskan matlamat 30% saham bumiputera, malah menggerakkan lima agenda bumiputera.  Seterusnya, TERAJU yang menggerakkan agenda bumiputera ditubuhkan pada Februari, untuk memantapkan lagi agenda pembangunan ekonomi bumiputera.

Ketika Najib memujuk kaum lain dengan topeng "1Malaysia"-nya, dengan "budi yang sedikit seperti peruntukan kepada sekolah" dan sebagainya, beliau giat menggerakkan dasar perlindungan bumiputera - untuk memastikan undi Melayu kekal bersama UMNO.  Persoalannya adalah dasar affirmatif kaum ini melanjutkan semangat kronisme sejak zaman Mahathir, terus menyalurkan kepentingan kepada kroni UMNO.

Semasa membentangkan RMK10 pada tahun lalu, kerajaan Najib berjanji agar sektor swasta menjadi peneraju dalam bidang ekonomi.  Ia berakhir sebaliknya, di mana GLC semakin berkembang, misalnya Kumpulan Wang Persaraan mengambil alih saham dari syarikat seperti WCT, IJM, UMW Holding dan PLUS, menjadi pemegang saham yang besar di syarikat-syarikat tersebut.  Selain itu, keadaan monopoli masih kekal, dan kerajaan Najib tidak menyediakan gelanggang yang sama rata untuk persaingan syarikat swasta.

Lebih teruk dari zaman Abdullah

Dua tahun yang lalu, walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa ahli politik dari pelbagai peringkat ke mahkamah, namun politik wang masih berleluasa, dan korupsi terus bermaharajarela.  Ketika bekas PM Abdullah ditanya mengapa beliau meluluskan peruntukan ketika pilihan raya, beliau masih cuba membela tindakan kerajaan menyogok pengundi dengan pelbagai alasan.  Namun, Najib lebih berterus-terang, tanpa berselindung untuk mengungkapkan "You help me, I help you".

Melainkan PRK "3 dalam 1" ketika Najib baru mengambil alih teraju sebagai PM, iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai - pentadbiran Najib selama dua tahun ini telah melalui 11 PRK, iaitu Penanti, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau.  Dalam 11 PRK ini, BN tidak berhenti daripada perbuatannya untuk menyogok pengundi.

Menjelang PRK, pelbagai peruntukan dari pelbagai peringkat kerajaan disalurkan ke dalam kawasan pengundian.  Masalah yang dilonggok bertahun-tahun diselesaikan dalam sekelip mata.  Jalan diturap, warga emas diberi kebajikan.  Sepanjang tempoh kempen pilihan raya, pegawai dari pelbagai jabatan dihantar untuk berkhidmat di kawasan pengundian - membuka kaunter rawatan, perkhidmatan pemeriksaan tubuh, ceramah keselamatan di jalan raya dan sebagainya - cubaan untuk menggulakan pengundi.

Selain daripada jamuan yang disediakan, orang parti politik terus menyogok pengundi dengan hadiah, wang tunai dan sebagainya.  Ketika PRK Merlimau, pemimpin akar umbi MCA ditemui (kantoi) wartawan semasa memberi duit kepada pengundi, namun polis dan SPRM yang menerima aduan hanya berpeluk tubuh.

Menyedari imej MCA dan Gerakan yang gagal diselamatkan, Najib mula menggunakan "1Malaysia" sebagai jenamanya.  Sejak PRK Galas, pertubuhan 1Malaysia mula memasuki kawasan pengundian untuk memikat hati pengundi Cina.  Mereka menyediakan jamuan atas nama "1Malaysia" - tarian selain cabutan tuah - menukarkan pilihan raya yang serius kepada karnival yang meriah.  Gambar Najib yang besar pada pentas seolah-olah mengingatkan pengundi, "You help me, I help you".

Keganasan dalam PRK

Selain mendodoikan pengundi dengan wang, PRK yang diadakan dalam pemerintahan Najib juga memperlihatkan peningkatan tahap keganasan.  Dalam PRK Bagan Pinang, bulan ketujuh selepas Najib memegang tampuk kerajaan, berlakunya satu kes berdarah dalam kawasan pengundian.  Beberapa orang pekerja PAS diserang, dibelasah sehingga cedera, malah salah seorang daripadanya dicederakan senjata tajam.  Walaupun kejadian ini berlaku di depan Balai Polis Teluk Kemang, namun anggota polis tidak mengambil tindakan untuk menghalang tragedi ini.

Sesungguhnya, "budaya samseng" dalam pilihan raya telah wujud sejak zaman Abdullah Ahmad Badawi.  Sama ada PRK Ijok mahupun Permatang Pauh, kita telah menyaksikan kejadian keganasan terhadap pekerja yang berkempen.  Namun, mencederakan orang dengan senjata, adalah sesuatu yang baru.

Keganasan yang membeliakkan berulang dalam PRK seterusnya.  Ketika PRK Merlimau dan Kerdau, kereta Anwar dihalang oleh kira-kira 30 orang anggota kempen BN, dibaling batu dan diketuk bendera.  Meskipun aduan polis telah dibuat oleh anggota PKR, namun tetap tidak dipedulikan.

Selain itu, meskipun samseng BN menyerang pekerja pembangkang, namun sekurang-kurangnya orang awam berada dalam "zon selamat" - ketika zaman Abdullah Ahmad Badawi.  Dalam zaman Najib, orang awam pula dijadikan sasaran.

Dalam PRK Merlimau dan Kerdau, orang awam yang hadir ceramah pembangkang diserang cermin kereta, dipancitkan motorsikalnya, diconteng keretanya.  Malah, tersebar sms ugutan untuk memberi amaran agar orang awam tidak menghadiri ceramah pembangkang seandainya tidak mahu kenderaan mereka dirosakkan.
Pilihan raya seharusnya gelanggang sama rata untuk semua parti politik yang bertanding.  Namun demikian, sikap Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis berpeluk tubuh untuk membenarkan kejadian keganasan berlaku telah menjejaskan keadilan pilihan raya.  Daripada apa yang berlaku di atas, pilihan raya dalam zaman pentadbiran Najib jauh lebih kotor daripada zaman Abdullah Ahmad Badawi.  Fenomena ini mungkin akan dibuktikan dalam PRN Sarawak yang bakal diadakan.

*Chan Wei See ialah pemangku Ketua Pengarang MerdekaReview.  Diterjemah dan disunting dari teks asal, yang disiarkan pada 3 April 2011 (iaitu sebelum PRN Sarawak 2011), sempena ulang-tahun kedua Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Awas Wanita!

Posted: 26 Apr 2011 09:49 PM PDT


KUALA TERENGGANU: Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.

Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit.

Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku

Inilah wajah Islam sebenar Mahathir

Posted: 26 Apr 2011 08:49 PM PDT

Negara Akan Huru-Hara Sekiranya Undang-Undang Islam Dijalankan!

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan). Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."
seterusnya DI SINI

1Melayu 1Bumi bukan perkauman - Khir Toyo

Posted: 26 Apr 2011 08:37 PM PDT

April 27, 2011

Dr Khir: I always wonder why when Malays speak of their native rights it is seen as racist but not when the Chinese speak of their Chinese schools, Chinese language and Chinese economic power.
KUALA LUMPUR, April 27 — The "1Melayu, 1Bumi" movement is not racist for wanting to unify Malays politically, Dr Khir Toyo has said.
Calling the movement spearheaded by Malay rights group Perkasa as "legitimate and noble", the former Selangor mentri besar questioned why Malays were seen as racist when speaking of Malay unity while other races could speak of their respective unity without objection from the Malays.
"I always wonder why when Malays speak of their native rights it is seen as racist but not when the Chinese speak of their Chinese schools, Chinese language and Chinese economic power," he said on his blog yesterday.

Dr Khir said it was not wrong or racist for Malays to propose a concept like "1Melayu, 1Bumi" as a response to Chinese voters who increasingly voted for opposition parties like the DAP.
He pointed out that Malays saw Chinese support for DAP's "anti-everything to do with Bumiputeras and Islam" policies as a clear indication that the community now want more political power after successfully controlling the economy.
"Many non-Chinese, especially the Bumiputera, see Chinese support for Pakatan (Rakyat) as support for the empowerment of Chinese political power through the Democratic Action Party (DAP) to erode and eventually eliminate Bumiputera privileges provisioned in the Malaysian Constitution," he said.
Dr Khir, however, warned that "1Melayu, 1Bumi" should be opposed "to the very end" if it was a racist movement that wished to unify Bumiputeras for the purpose of "oppressing and destroying" the Chinese.
"I, myself, will not agree to any concept that oppresses and destroys other races' standing," the Selangor opposition leader said.
He added that whether the concept, first mooted in Utusan Malaysia by assistant chief editor Datuk Zaini Hassan, was racist depended on its execution, demands and wants.
Utusan Malaysia had called on its owners Umno to spearhead a "1Melayu, 1Bumi" movement involving all Malay parties, claiming that the DAP was intent on toppling the country's Malay leadership.
Former prime minister and Perkasa patron Tun Dr Mahathir Mohamad spoke out against the idea, saying it would be "disastrous" if it came to fruition.
The elder statesman said such a movement would eventually result in a two-party system dominated by the Malays and the Chinese on opposing sides of the divide.
Despite their patron's statement, Perkasa has said it would be willing to lead such a "1Melayu, 1 Bumi" movement.
Some government leaders had sought to distance themselves from Utusan Malaysia's clarion call last week, claiming it was the personal opinion of the newspaper's editors.
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak assured that the Malay-language daily would not deter the government's commitment to his 1 Malaysia brainchild

RPK di Bangkok : Polis masih belum ambil keterangan - Timb KPN

Posted: 26 Apr 2011 08:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 April — Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya belum mengambil keterangan Raja Petra Kamarudin walaupun telah bertemu dengan editor portal Malaysia Today itu di Bangkok, Thailand baru-baru ini.
Khalid menjelaskan pertemuan polis dan Raja Petra itu hanya "perjumpaan biasa" kerana ia berlangsung di sebuah hotel tempat Raja Petra menginap.
Dipetik Bernama Online, beliau berkata kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhad apabila berada di luar negara kerana keterangan hanya boleh diambil di pejabat kedutaan Malaysia di negara terbabit.
"Ia hanya perjumpaan biasa dan pada masa itu RPK bersetuju untuk hadir ke pejabat kedutaan itu untuk memberi keterangan pada hari lain," katanya ketika ditanya mengenai perjumpaan PDRM dan Raja Petra di Bangkok baru-baru ini.

Laporan Bernama semalam menyebit Raja Petra kini disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung akuan bersumpahnya mengaitkan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, empat tahun lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata pengendali portal 'Malaysia Today' itu disiasat mengikut seksyen itu setelah keterangan diambil daripadanya semasa beliau berada di Bangkok dua hari lepas.
Keterangan itu diambil oleh pegawai polis Bukit Aman yang ditugaskan untuk bertemu Raja Petra di negara itu ketika majlis pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) di mana beliau merupakan pengerusinya.
Bakri berkata pihak polis juga sedang giat menjalankan siasatan berdasarkan keterangan Raja Petra selain keterangan daripada beberapa individu lain yang berkaitan dengan kes tersebut.
Dalam temu bualnya dengan TV3 yang disiarkan pada 13 dan 14 April lalu, Raja Petra mendedahkan bahawa akuan bersumpah beliau pada 2008 yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan itu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, daripada menjadi Perdana Menteri.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah seluruh negara di Petaling Jaya hari ini, Khalid (gambar kiri) berkata Raja Petra pada mulanya mahu bekerjasama dengan polis namun "tiba-tiba berubah fikiran atas sebab-sebab tertentu".
"Kita masih berunding dengan RPK (Raja Petra) supaya dia memberi keterangan berhubung kes itu," katanya.
Polis Bukit Aman baru-baru ini ditugaskan mengambil keterangan Raja Petra selepas satu laporan polis dibuat Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berhubung pengakuan penulis blog itu bahawa beliau tidak pernah menuduh Najib dan Rosmah terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Raja Petra turut mendedahkan beberapa nama yang didakwanya memberi maklumat berkenaan kepada beliau.
Ahad lepas, Raja Petra dalam satu dialog dengan Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) berkata PDRM pada mulanya mahu menemu bual beliau di Kedutaan Malaysia di Bangkok, namun atas nasihat para peguamnya, beliau telah mengubah tempat ke 'kawasan neutral' iaitu hotel tempat beliau menginap.
Semasa perjumpaan itu, Raja Petra mengulangi pendiriannya bahawa beliau dituduh secara salah memandangkan beliau tidak membuat dakwaan terhadap Rosmah dan dua yang lain tetapi terhadap sumbernya, seorang anggota tentera berpangkat kolonel yang memberinya maklumat.
Sementara itu, mengulas mengenai saman ekor yang diuar-uar akan dihentikan, Khalid berkata saman ekor kepada pesalah trafik tetap diteruskan.
"Apa jua saman yang dikeluarkan adalah mengikut undang-undang, jadi tidak ada sebab saman-saman yang dikeluarkan sebelum ini dibatalkan. Kita cuma berhenti menyaman daripada 'balik tiang'," katanya.
Beliau berkata polis akan menyaman pesalah secara berdepan dan terbuka.
"Kita letak papan-papan kenyataan yang jelas supaya orang tahu di depan sana ada perangkap laju, jadi dari situ pengguna lebih berhati-hati memandu," katanya. - TMI

Seks, etika dan berita

Posted: 26 Apr 2011 06:35 AM PDT

Akhbar online harus prihatin terhadap kemungkinan suatu usaha untuk memalingkan perhatian umum daripada isu yang lebih mencabar, seperti rasuah yang merebak, ujar Mustafa K Anuar.
Seks, seperti yang kita semua sedia maklum, adalah sesuatu yang menarik perhatian dan minat orang ramai kerana ianya menjanjikan 'keseronokan' dan melayani kehendak ingin tahu (atau, dalam bahasa nakal, "kepo"). Dan minat khalayak ramai ini memuncak bila seks – lebih-lebih lagi jika aktiviti insani ini dilakukan di luar nikah – dikaitkan dengan orang ternama dan selebriti.
Itulah sebabnya seks menjadi salah satu kriteria yang digunakan oleh pemberita untuk mengenalpasti insiden atau isu yang boleh dijadikan berita. Malah dalam keadaan di mana terdapat persaingan sengit antara organisasi media yang berpaksikan falsafah ekonomi kapitalis, seks telah dijadikan satu komoditi untuk diperdagangkan di dada akhbar khususnya, antara media lain, dalam usaha melonjakkan sirkulasi dan kadar periklanan akhbar berkenaan.

Bukan itu sahaja, sensasi seks juga boleh menjadi mainan politik. Dan ini juga bermakna media boleh, dan telah, menjadi alat manipulasi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan, khususnya parti yang memerintah (yang ada kaitan rapat dengan media arus perdana dari segi pemilikan dan kawalan). Ini terbukti lebih-lebih lagi dalam kes liwat pertama yang melibatkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Dan dalam masyarakat yang dikatakan berpegang kuat kepada ajaran agama seperti Malaysia, seks rambang, "songsang" dan luar nikah menjadi kebimbangan dan juga cemuhan orang ramai. Dan pelaporan media tentang kegiatan seks sedemikian rupa sudah tentunya meningkatkan lagi minat, kemarahan serta cemuhan umum itu.
Elak dipergunakan
Inilah konteks sosial yang luas yang harus kita ambil kira apabila kita memperkatakan perihal video seks yang didedahkan baru-baru ini oleh kumpulan trio yang menamakan dirinya "Datuk T". (Akhirnya kita ketahui siapa mereka yang cuba sembunyi di belakang tabir yang bernama "Datuk T" itu.)
'Dedahan' ini dianggarkan bukan sahaja dapat menarik perhatian dan minat umum, malah bertujuan 'menggegarkan' dunia politik tanah air serta mengundang cemuhan dan kemarahan orang ramai – ketika masyarakat sedang menyaksi ulangan kes rasuah dan pilihanraya negeri Sarawak, antara lain isu yang penting.
Dan dalam masa yang sama, watak-watak yang berkaitan dengan kegiatan seks dalam video itu juga dianggarkan mengundang kebimbangan dan kemarahan orang ramai. Bersandarkan latar belakang sosial dan politik negara kita ini, wartawan yang melaporkan hal video seks ini sepatutnya secara prinsip bersikap berhati-hati dan akur kepada kod profesionalisme kerjaya wartawan yang sedia ada supaya dapat bersikap adil dan saksama dalam pemberitaannya – dan tidak terjerumus dalam kancah politik fitnah dan keji.
Panduan profesion ini adalah bertujuan untuk mengelakkan diri wartawan dari dipergunakan oleh pihak tertentu untuk agenda sempit mereka dengan semata-mata melaporkan apa yang diingini oleh pihak "Datuk T" itu tanpa wartawan menimbulkan persoalan mendalam dan kritis yang boleh menjawab kekeliruan dan kemusykilan yang mungkin ada dalam kalangan orang ramai tentang penayangan video seks itu.
Misalnya, wartawan sepatutnya bertanyakan dengan lebih kritis keadaan di mana video berkenaan diperolehi; kenapa pihak yang menayangkan video mahu bersikap lempar batu sorok tangan dengan menyorok identitinya (pada hari penayangan berlangsung); adakah secara kebetulan pendedahan video seks ini berhampiran dengan waktu pilihanraya Sarawak; kenapa wartawan yang diundang ke tayangan video itu tidak dibenarkan membawa laptop, telefon bimbit, pen dan lain-lain lagi; tidakkah melanggar undang-undang perbuatan menyebar dan menayangkan video lucah di ruang publik di Malaysia?
Dan jika "penganjur" tayangan video seks ini enggan menjawab sedemikian rupa, media harus menyatakan keengganannya untuk membolehkan audiens tahu keadaan sebenar ketika itu dan juga cuba membuat kesimpulan masing-masing.
Soalan-soalan seperti ini juga bermaksud untuk menentukan pemberitaan yang bakal dilakukan pada akhir insiden video seks ini bukanlah menjadi semata-mata satu penulisan berita yang berdasarkan satu PR exercise yang dikendalikan pihak yang berkenaan.
Sebut nama atau tidak?
"Datuk T" dalam kenyataan medianya terang-terang melempar tuduhan bahawa "aktor" dalam video seks itu adalah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim – walaupun ada dalam kalangan wartawan yang merasakan video itu tidak begitu jelas untuk menentukan yang lelaki itu adalah Anwar sendiri. Dalam hal ini, media perlu melaporkan sepertimana yang diperkatakan oleh "Datuk T", kerana ia tidak memberi makna dengan menyelindung namanya di sebalik frasa "ketua pembangkang utama", tetapi pada masa yang sama memberi isyarat tersirat seperti "ahli politik yang sakit belakang" dan sebagainya.
Namun begitu, ada eloknya bagi media menggunakan ungkapan seperti "Anwar Ibrahim yang didakwa" sebagai orang terlibat dalam video seks tersebut. Ini memberi gambaran bahawa beban membuktikan kesahihan dakwaan itu masih jatuh di bahu "Datuk T" atau pihak lain yang mewakili kepentingan "Datuk T". Kuncinya, laporan wartawan harus membayangkan realiti itu selengkap mungkin – termasuk kemusykilan yang timbul sepanjang kejadian berkenaan berlangsung – agar audiensnya mampu membuat pertimbangan sama ada untuk mempercayai atau tidak tuduhan yang dilemparkan.
Dan seterusnya, sepertimana yang telah dilakukan kebanyakan wartawan, media harus mendapatkan respons dari orang yang didakwa terlibat dalam adegan seks itu, iaitu Anwar sendiri, atau sekurang-kurangnya pihak yang mewakili beliau. Dan jika isterinya, Wan Azizah, dibabitkan pula, beliau juga perlu diberi peluang untuk respons. Prinsipnya ialah media harus bersikap adil kepada pihak tertuduh dengan memberi ruang jawab secukupnya. Perlu diingatkan, ketangkasan dan sikap pihak tertuduh memberi maklum balas, turut menjadi salah satu kayu ukur kepada audiens untuk menilai sendiri – sejauh manakah benarnya tuduhan tersebut.
Dalam hal ini, pihak akhbar online perlu bersikap berhati-hati jika status bebas atau independence serta taraf kredibilitinya mahu dijaga dan dihargai. Ia tidak boleh terikut-ikut dengan rentak tarian media arus perdana yang tidak begitu bebas dari segi ruang kewartawanannya.
Lagipun, akhbar online harus prihatin terhadap kemungkinan suatu usaha untuk memalingkan perhatian umum daripada isu yang lebih mencabar, seperti rasuah yang merebak, kenaikan harga barang, jurang antara si kaya dan si miskin, hubungan etnik dan agama yang meruncing, dan kekurangan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan. Ini bukanlah bermakna wartawan tidak perlu ambil peduli isu video seks ini, tetapi tidaklah perlu diheretkan perhatian media kepadanya pada jangkamasa yang panjang hingga mengabaikan keprihatinan umum terhadap isu serius yang dinyatakan di atas.
Sesungguhnya, membantu memalit maruah seseorang insan atau kelompok manusia secara sedar adalah sama beratnya seperti pihak media menyapu arang di mukanya hingga mengorbankan kredibilitinya di mata umum.
Kebebasan dan tanggungjawab akhbar di Malaysia semestinya melibatkan pemberitaan yang menjangkau isu atau elemen sensasi seperti video seks ini.
Mustafa K Anuar ialah pembaca MerdekaReview dan pengkaji media tanah air.
Sumber: merdekareview.com

Peguam Negara, Pendakwa jadi ahli politik Umno - DSAI

Posted: 26 Apr 2011 06:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa Jabatan Peguam Negara dan pendakwaraya dalam kes Fitnah II, merelakan diri mereka menjadi alat politik dan diperhambakan Umno.
Beliau antara lain mempersoalkan kaedah ujian ke atas sampel DNA yang meragukan apabila saksi pendakwa ke-25, DSP Jude Pereira menyimpan sampel itu selama 96 jam sebelum menyerahkannya ke Jabatan Kimia.
"Pendakwa jadi alat politik Umno, mainkan isu sperma atau air mani, walaupun dalam keterangan mahkamah, 96 jam tidak ada (disimpan) dalam freezer, namun ia dipadamkan supaya jadi isu politik murahan," tegas Anwar.
Fakta itu, kata Anwar dinafikan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dengan restu Peguam Negara Datuk Gani Patail.

"Datuk Yusof sama sekali tak sentuh hal itu samada sah mani itu walaupun dijelaskan rentetan peristiwa dari apa yang dikatakan kejadian, (sampel) disimpan dalam bilik Jude, tidak dalam freezer, dua hari berikutnya barulah diberikan kepada Jabatan Kimia.
"Jadi Peguam Negara hanya menjalankan kerja mereka untuk memuaskan hati tuan politik mereka," kata Anwar sewaktu bercakap kepada wartawan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Menurut Anwar, Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan terus menjadikan kes fitnah II itu sebagai senjata memburukkan nama baik beliau, meskipun hakikatnya kes itu sepatutnya telah digugurkan.
"Semua tahu kes ini tidak ada asas, tapi seperti kita tahu Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan terus mencela kita seolah-olah mereka ini orang-orang yang baik moral mereka.
"Jadi itu sahaja kekuatan mereka, kalau tunjuk moral Anwar ini kurang baik mereka akan menang," kata Anwar.
Kes perbicaraan Fitnah II ditangguhkan hari ini selepas kedua-dua peguam bela dan pendakwa raya selesai membentangkan hujah penggulungan mereka.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 16 Mei depan sebagai tarikh untuk beliau mengumumkan samada Anwar akan dipanggil membela diri atau membuang  kes berkenaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12265

Polis mahu lindungi 3Boroi, usaha kenakan DSAI - Shamsul

Posted: 26 Apr 2011 05:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pihak polis sekali lagi berdolak-dalik dalam isu video seks palsu, apabila mengeluarkan kenyataan yang menjurus usaha untuk mengenakan tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terbaru, kenyataan polis yang diumumkan Timbalannya yang baru dilantik, Datuk Khalid Abu bakar bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan pelaku yang didakwa mirip Ketua Pembangkang itu.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pendirian polis itu dilihat cenderung menyebelahi Trio Datuk T, sedangkan polis telah membuat kenyataan untuk menyiasat ketiga-tiga saspek tersebut sebelum ini.
"Apakah mereka mempunyai keistimewaan? Daripada pemerhatian kita, setiap kali Rahim dan yang lain mengeluarkan kenyataan, ia 'disambut' oleh pihak polis, sama ada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah atau pun Timbalannya.
'Perkara ini adalah percubaan kepada keadaan untuk membina persepsi di kalangan orang ramai, sedangkan kes tersebut masih dalam siasatan. Ini menguatkan hujah kita bahawa dari awal lagi kes ini jelas bermotif politik.

"Apa yang kita lihat, kenyataan polis seolah-olah mengugut pengadu (Datuk Seri Anwar Ibrahim)," kata Shamsul kepada Keadilandaily.
Menurut Shamsul, polis menerusi Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah, 18 April lalu mengesahkan kemungkinan untuk mengenakan tindakan terhadap Datuk T kerana kesalahan mengedar dan menayang video lucah- mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Bagaimana pun, sehingga kini Trio tersebut yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Ahli Perniagaan Datuk Eskay Shazryl Abdullah dan bendahari Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim, masih belum dikenakan tindakan.
Dalam pada itu, Shamsul mempersoalkan kenyataan polis yang tidak konsisten, apabila mendedahkan kepada media mengenai maklumat separuh masak yang mengelirukan orang ramai.
Dalam laporan Berita Harian bertarikh 21 April 2011, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, video tersebut dianalisis oleh sebuah agensi penyiaran yang tidak dinamakan dan kononnya berpangkalan di Korea Selatan.
Manakala pada hari ini, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin seperti dilaporkan Bernama memaklumkan, video tersebut dianalisis oleh pakar tempatan.
"Yang mana satu sebenarnya? Kenyataan yang dikeluarkan oleh polis tidak konsisten dan mengelirukan.
Dalam hal ini, wujud dua set undang-undang. Satu untuk Barisan Nasional dan satu lagi untuk Anwar Ibrahim.
Malah kata Shamsul, keterangan yang diberi Eskay sebelum ini, juga bercanggah dengan kenyataan yang dibuat pihak polis.
Antaranya Eskay memaklumkan bahawa kejadian tersebut membabitkan seorang pelacur warganegara China di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Manakala pihak polis pula menyatakan pelaku wanita dalam video seks tersebut adalah seorang pelajar
sebuah kolej swasta dan ia dirakam di sebuah kondominium di ibu negara.
"Polis sepatutnya meneruskan siasatan terhadap 'Trio Datuk T', bahkan sehingga hari ini, laporan Qazaf terhadap mereka bertiga telah dibuat. Namun tiada sebarang tindakan diambil.
"Ini adalah percubaan Barisan Nasional untuk meneruskan siri-siri serangan terhadap Anwar. Selepas kes fitnah liwat gagal, kini mereka bersiap sedia untuk memulakan serangan terbaru," ujar Shamsul.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12306

Gani Patail lebih berkuasa dari Najib?

Posted: 26 Apr 2011 04:09 AM PDT

olerh Wira Arjuna

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan satu realiti – orang yang paling berkuasa di negara ini mungkin bukan Perdana Menteri.
Ini kerana Datuk Seri Najib Razak terpaksa meraih mandat daripada rakyat setiap lima tahun dan menjawab kepada Parlimen apabila perlu.
Orang yang tidak perlu berbuat demikian adalah Peguam Negara.
Jawatan itu kini disandang oleh Tan Sri Abdul Gani Patail.
Beliau tidak perlu ke Parlimen, tetapi hanya ke pejabat Perdana Menteri dan hadir pada mesyuarat Kabinet untuk memberi nasihat dan penjelasan dari masa ke semasa.
Pejabat Peguam Negara di Malaysia mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pihak mana yang perlu diheret ke mahkamah, yang mana boleh dilepaskan.

Peguam Negara juga berhak menentukan pertuduhan apa yang harus dikenakan terhadap seseorang, tidak kira jika pertuduhan itu menyimpang daripada laporan polis yang dibuat oleh pengadu.
Semalam, Ketua Pendakwaraya Yusuf Zainal Abideen mengesahkan kuasa mutlak pendakwaan di tangan Gani apabila beliau berhujah pada perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Yusuf Zainal mengaku dalam laporan polisnya, pengadu Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau dipaksa melakukan hubungan seks itu.
Namun, Peguam Negara menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mendakwa Anwar atas tuduhan kononnya beliau dan Saiful melakukan seks luar tabii secara sukarela.

Kuasa mutlak

Yusuf memberitahu mahkamah bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa mutlak untuk mendakwa Anwar di bawah apa juga undang-undang.
Malah, mengikut Yusuf, sekali pun Saiful "menukar" ceritanya, ia tidak menjejaskan pendakwaan selagi ada "bukti" untuk menyokong tuduhan itu.
Begitu besar kuasa yang ada pada Peguam Negara. Persoalan yang lojik yang akan ditanya oleh rakyat adalah apa jadi dengan laporan polis Saiful bahawa beliau dipaksa melakukan perbuatan itu?
Bagaimana fakta penting ini boleh diketepikan begitu sahaja oleh Peguam Negara… jika benar motif utama beliau adalah menegakkan kebenaran semata-mata, demi memberi keadilan kepada pengadu dan tertuduh.
Namun persoalan ini tidak akan dijawab, kerana Peguam Negara tidak bertanggung jawab kepada Parlimen.
Tidak ada ruang untuk rakyat atau wakil rakyat memperinci hubungan Peguam Negara dengan Pejabat Perdana Menteri dan kaitannya dengan keputusan-keputusan pendakwaan yang dibuat.
Pada tahun 1994, Peguam Negara ketika itu Tan Sri Mohtar Abdullah mengambil keputusan untuk menggugurkan tuduhan rogol terhadap Tan Sri Rahim Thamby Chik atas alasan "kurang bukti" beliau melakukan jenayah itu terhadap gadis berusia 15 tahun.

Dipenjarakan

Sebaliknya yang didakwa adalah Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau dipenjarakan 18 bulan kerana mendedahkan perlakuan Rahim.
Tan Sri Mohtar adalah juga Peguam Negara yang bertanggungjawab untuk tidak mendakwa Rahim atas tuduhan rasuah RM40 juta, sekaligus menolak segala bukti-bukti yang telah dikumpulkan oleh Badan Pencegah Rasuah.
Jelas kuasa Peguam Negara adalah mutlak. Pejabat Peguam Negara menggunakan pertimbangan sendiri yang "rahsia dan agak istimewa" tetapi tidak menjanjikan ketelusan dan keadilan serta kesamarataan yang menjadi tonggak prinsip keadilan.
Rekod tiga Peguam Negara terakhir, Tan Sri Abu Talib Othman, Mohtar dan Gani tercemar kerana cara mereka menggunakan kuasa-kuasa mutlak yang diberikan kepada mereka.
Mereka dilihat bersekongkol dengan pemerintah yang mahu menjayakan agenda sempit politiknya.
Contohnya peranan Abdul Talib  dalam pemecatan Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abbas dan lima hakim lain pada tahun 1984.
Dalam kes Anwar, Gani menjadi sasaran utama kerana dituduh membawa pendakwaan yang rapuh dalam fitnah liwat pertama pada tahun 1998 dan ulangannya pada masa sekarang.
Rasanya tidak perlu menoleh terlalu jauh kebelakang untuk memperinchi rekod Gani. Dakwaan yang dibuat oleh Datuk Mat Zain Ibrahim, pengawai penyiasat polis dalam kes mata lebam Anwar bahawa Gani mereka-cipta bukti dalam kes Ketua Pembangkang adalah dalam pengetahuan umum.

Membekalkan pelacur

Anehnya, dakwaan-dakwaan itu tidak pula mengundang sebarang pendakwaan daripada Gani, walaupun ia memberi tamparan hebat kepada kewibawaan pejabat Peguam Negara,
Pada tahun 1998, peguam kepada Datuk S Nallakarupan, Manjeet Singh Dhillion mendedahkan Gani menuntut supaya Nalla merekacipta bukti terhadap Anwar kononnya Nalla membekalkan pelacur kepada Anwar.

Berikut petikan surat rasmi yang dihantar oleh Manjeet kepada Peguam Negara ketika itu Datuk Mohtar:

"That in exchange for a reduction of the present charge to one under the Arms Act he wanted Nallakaruppan to co-operate with them and to give information against Anwar Ibrahim, specifically on matters concerning several married women. Dato Gani kept changing the number of women and finally settled on five, three married and two unmarried.
That he would expect Nallakaruppan to testify against Anwar in respect of these women."
Terjemahan: Bahawa sebagai syarat untuk mengurangkan tuduhan (daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri) kepada Akta Senjata Api beliau mahu Nalla memberi keterangan terhadap Anwar, khususnya membabitkan beberapa wanita yang bersuami. Datuk Gani mengubah-ubah jumlah wanita yang harus dinyatakan oleh Nalla dan akhirnya mahukan Nalla memberi keterangan supaya Anwar mengadakan hubungan dengan lima wanita, tiga yang bersuami dan dua lagi belum kahwin.

Meninggal dunia
Hanya Datuk Mohtar tahu kenapa beliau tidak mengambil tindakan terhadap Manjeet kerana membuat tuduhan begitu serius terhadap Gani.
Hanya Gani tahu kenapa beliau sendiri tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Manjeet ketika itu, mahupun sekarang.
Mohtar sudah pun meninggal dunia namun Gani masih hidup dan malah mempunyai lebih kuasa sekarang untuk mempertahankan kewibawaan dan keluhuran kerusi Peguam Negara yang diisandangnya.
Seseorang pengamal undang-undang, tidak kira sama ada pendakwaraya, peguambela atau hakim tidak boleh menghalalkan matlamat dengan apa cara pun.
Keadilan hanya boleh ditegakkan apabila pengamal undang-undang tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan tidak menjadi sebahagian daripada agenda politik mana-mana pihak.
Setiap tindakan yang diambil haruslah konsisten dan bebas daripada sebarang telunjuk pemerintah, jika tidak keluhuruan sistem undang-undang itu pasti tercalar dan ternoda sehingga sukar disucikan semula.
Apa yang jelas ialah pejabat Peguam Negara kini disifatkan sebagai cabang pemerintah yang begitu berkuasa dan kebal daripada perincian rakyat.
Tindak-tanduk Peguam Negara tidak boleh dipersoalkan oleh rakyat mahupun Parlimen.
Keruntuhan badan kehakiman mana-mana negara berakar umbi daripada keputusan-keputusan pendakwaan oleh Peguam Negara yang dicemari dengan pertimbangan politik kerajaan memerintah.
Malaysia tidak terkecuali daripada hakikat ini.
Begitu juga keluhuran sistem keadilan akan sentiasa terpelihara jika Peguam Negara melihat diri beliau sebagai penjawat awam (public servant) dan bukannya kakitangan kerajaan dengan maksud yang sempit.
- Malaysiakini

Video Seks : Polis akan dedah siapa pelakunya

Posted: 26 Apr 2011 12:19 AM PDT


SUBANG: Polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan "si pelaku" dalam video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum sekiranya perlu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.
"Siasatan masih lagi dijalankan. Apa jua perkara yang kita perlu dedahkan kepada umum kita akan dedahkan, yang mana perkara yang tak perlu kita dedahkan kita tak perlu dedahkan.
"Bagi pihak kami (polis) siasat dahulu, apabila sampai masanya polis akan beritahu siapa pelakunya dan kita masih siasat kes ini di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah)," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah dari seluruh negara di sini Selasa.
Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, timbalannya Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.
Ditanya mengenai sebab Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan, Khalid menegaskan bahawa ia merupakan prosedur biasa dalam melengkapkan kertas siasatan sesuatu kes.
"Kita dah siapkan kertas siasatan itu, sudah tentu kita akan hantar kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara. Sekiranya dia (Peguam Negara) melihat terdapat perkara-perkara yang belum jelas pada kertas siasatan itu ianya akan dipulang semula kepada kita.
"Dengan ini kita akur dengan apa jua arahan yang diberikan pada kita. Ini proses biasa dan kemungkinan kita akan serahkan semula kertas siasatan kepada Peguam Negara minggu ini," katanya.
Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.
Mengenai perkembangan kes kematian pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, Khalid berkata Peguam Negara masih meneliti kertas siasatan yang telah diserahkan pada Jumaat lepas.
"Kita masih lagi menunggu beberapa laporan-laporan dari pakar yang belum siap sepenuhnya sebelum Peguam Negara boleh buat keputusan," katanya.
Mesyuarat pada Selasa membincangkan mengenai perkara-perkara baru dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk cara menyelesaikan siasatan kes dan mengesan saksi.- BERNAMA