Khamis, 21 April 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


DR LO' LO' PULA JADI BAHAN FITNAH

Posted: 21 Apr 2011 09:50 PM PDT

Fitnah diyakini makan tuan

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 21 April: Sebaran fitnah yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Datuk Mohd Ghazali menerusi pemasangan banner-banner tidak bertanggungjawab hari ini, diyakini akan memakan tuannya sendiri.

Keyakinan itu disandarkan kepada pengakuan orang ramai, khususnya penduduk di kawasan Kampung Baru sendiri, berkaitan sikap dan tindakan sebenar Dr Lo' Lo' berhubung kejadian itu yang sememangnya sudah berusaha dengan pelbagai cara bagi membantu mangsa dan mengatasinya.

Beberapa orang penduduk yang ditemui mengakui, sebaliknya yang jelas tidak bertanggungjawab berhubung kejadian itu bukanlah Dr Lo' Lo', tetapi pihak yang menyebarkan fitnah itu sendiri, sehingga mereka bukan sekadar tidak melakukan sebarang tindakan bagi membantu mangsa dan mengatasi kejadian itu, malah tidak pernah menjenguk ke tempat kejadian sejak kejadian itu berlaku. "Itulah yang dapat disimpulkan.

Jadi pihak yang menjadi mangsa fitnah, khususnya Dr Lo' Lo', tidak perlu risau dengan fitnah yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menerusi pemasangan kain rentang itu kerana ia dapat dinilai oleh orang ramai sendiri. "Sebaliknya, pihak yang menyebarkan fitnah itu pula yang perlu berjaga-jaga kerana fitnah itu diyakini akan berpusing kepada mereka sendiri pula nanti," tegas seorang penduduk di Kampung Baru, Yusof Sukarman, 47, ketika ditemui di Kampung Baru, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pemasangan banner-banner berunsur fitnah terhadap Dr Lo' Lo' hari ini, ekoran kejadian tanah jerlus di Jalan Syed Mahadi di Kampung Baru jam 12.15 malam, 14 April lalu.

Kejadian tersebut berlaku akibat longkang yang berada di bawah tanah di jalan tersebut pecah, apabila palung besar yang berada di atasnya yang membawa aliran air dari Sungai Bonus bersebelahan wisma Bernama ke Sungai Kampung Baru atau Sungai Klang, bocor kerana tersumbat dengan sampah sarap yang terlalu banyak. Ini menyebabkan berlakunya penyerapan air ke dalam tanah yang membawa kepada mendapan tanah sehingga mencetuskan tanah jerlus dan banjir lumpur di kawasan itu, sekali gus merbahayakan rumah-rumah kediaman di sekitarnya.

Demi kepentingan politik kotor pihak tidak bertanggungjawab, mereka telah mengambil kesempatan memasang banner di beberapa tempat di Kuala Lumpur hari ini untuk memburukkan Dr Lo' Lo'. Setakat yang dapat dikesan, banner-banner tersebut telah dinaikkan di tiga tempat iaitu di jejantas Jalan Raja Abdullah dekat Kampung Baru, jejantas berdekatan Tabung Haji dan jejantas dekat Jalan Gurney. Lontoran kata-kata yang dipaparkan pada banner-banner itu masing-masing berbunyi "Dr Lo' Lo' hanya pandai cakap/janji tapi tak mampu selesaikan isu tanah mendap di Kampung Baru", "Tanah Kampung Baru mendap, apa Dr Lo'Lo' mampu buat?" dan "Tanah Kampung Baru mendap, rakyat perlu nilai kemampuan Dr Lo'Lo' selesaikan masalah".

Mengulas kejadian itu dengan lebih lanjut, Yusof berkata, seluruh penduduk di Kampung Baru sudah melihat sendiri Dr Lo' Lo' sememangnya tidak berdiam diri dengan kejadian itu, malah kerap kali dilihat berada di tempat kejadian dan melawat mangsa di pusat penempatan sementara bagi membantu mereka dari segala aspek. Selain itu, Dr Lo' Lo' juga turut mengadakan pelbagai rundingan segera dengan pelbagai pihak berwajib sehingga mereka yang terbabit dibantu dengan sewajarnya, sehingga mereka dibenarkan pulang kembali ke rumah masing-masing setelah terjamin selamat. "Tanah jerlus dan banjir lumpur yang berlaku di Jalan Syed Mahadi itu pun bukan salah Dr Lo' Lo'. Ia berpunca dari perancangan pembangunan yang tidak betul sejak puluhan tahun dulu lagi di Kampung Baru yang dah berlaku sejak Umno BN berkuasa di Kampung Baru.

"Penduduk Kampung Baru sendiri pun sejak dulu lagi tak setuju dengan perancangan pembangunan yang dilakukan oleh pihak Umno BN itu. Banyak benda yang tak kena. Sekarang ia telah mengakibatkan terjadinya tanah runtuh di Jalan Syed Mahadi. "Itu pun nasib baik longkang sahaja yang pecah. Kalau palung besar yang berada di atas longkang itu yang pecah, pasti akan mengakibatkan kejadian lebih buruk lagi," tegasnya. Kesemua itu, menurutnya, perlu dihalusi sendiri oleh pihak yang menyebarkan fitnah itu kerana ia jelas berpunca dari pihak mereka sendiri. "Sebenarnya saya tahu siapa yang memasang banner-banner itu. Saya juga tahu siapa dalangnya. Tapi saya taknak sebutlah. Biar orang ramai tahu sendiri supaya orang ramai dapat menilai sendiri buruknya sikap dan tindakan mereka sejak sekian lama dulu.

"Saya hanya berharap agar pihak yang melakukan pekerjaan terkutuk itu sedar dengan apa yang mereka lakukan kerana setiap yang buruk pasti akan mendatangkan keburukan kepada pelakunya sendiri nanti," tegas beliau./Harakahdaily


MENGAPA PERKASA TERLALU BUSUK HATINYA?

Posted: 21 Apr 2011 08:13 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA DAP memenangi banyak kerusi di dalam PRN Sarawak baru-baru ini, sekaligus meningkatkan imej dan prestasi PR di Sarawak dan sekaligus memalukan Bn di Sarawak, ini semua membuatkan beberapa pihak yang pro Bn terutamanya Umno mulai rasa bimbang dan `sakit hati'.

PERKASA yang kununnya mengaku sebuah pertubuhan yang bersifat `non - partisme', namun akhirnya menunjukkan belang bahawa pertubuhan yang diterajui oleh Ibrahim Ali MP Bebas dari Pasir Mas itu sebenarnya penyokong tegar Umno/Bn. PERKASA dikenali ramai sebagai pertubuhan yang taksub kepada Melayu secara membabi buta sehinggakan seolah-seolah menganggap bumi Malaysia ini hanya milik orang-orang Melayu sahaja.

Membaca kenyataan PERKASA Cawangan Sarawak di dalam mengulas kemenangan besar DAP di Sarawak, Ketuanya Abang Abdul Nasser Abang Hadari berkata, " Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina." (Malaysiakini). Inilah kenyataan busuk hati dan pendendam oleh PERKASA sedangkan selama ini apa yang PERKASA perjuangkan di Sarawak sehingga ramai kaum Melayu dan Bumiputera di Sarawak hidup susah dan ketinggalan dalam banyak segi?

Berbeza dengan kaum Cina, mereka mempunyai pandangan jauh di dalam politik dan tidak hanya memikirkan soal perut dan sogokan yang sementara semata-mata. Anggapan PERKASA termasuk Tun Mahathir bahawa DAP membawa perkauman di Sarawak adalah hujah yang tidak mempunyai fakta yang tepat. Adakah PERKASA dan Tun Mahathir tidak melihat perjuangan DAP di Semenanjung di mana parti ini sanggup bekerjasama dengan PAS dan PKR bagi mewujudkan sebuah negara yang adil dan bersih dari amalan rasuah? Contoh terbaik kepimpinan DAP boleh dilihat di P.Pinang sekarang ini yang mana tiada satu kaum pun yang terpinggir.

Di Sarawak, semangat ini dibawa oleh DAP dan sudah tentu rakyat mempercayai DAP dari SUPP setelah melihat ketelusan dan keadilan pimpinan DAP di P.Pinang. Jika benar DAP membawa isu perkauman, mengapa sepanjang kempen DAP di Sarawak tiada satu pun laporan dibuat oleh mana-mana pihak mendakwa DAP bermain dengan sentimen perkauman? Mengapa setelah DAP berjaya dengan cemerlang, isu ini timbul?

Media pencacai seperti Utusan Meloya pun menyambut dakwaan bodoh dari PERKASA dan Tun Mahathir ini. Mungkin Tun Mahathir merasa malu setelah di`import' berkempen di Sarawak, namun Bn terus hilang 8 kerusi termasuk kerusi bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Suatu pukulan hebat dari DAP buat Tun Mahathir dan juak-juaknya. Mahathir terasa suatu ketika kaum Cina amat menyanjunginya, tetapi kini cakap Tun Mahathir bukan sahaja ditolak oleh kaum Cina bahkan kaum Melayu sendiri pun lebih suka melihat Tun berehat sahaja di rumah.

Saya yakin, isu perkauman yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir dan digerakkan oleh PERKASA serta Utusan Meloya ini akan berterusan sehingga PRU Ke 13 nanti. Bn kini amat tertekan kerana Sarawak kini dilihat bukan lagi talian hayat buat Bn bagi mengekalkan kuasa di Putrajaya./wfauzdin.blogspot.com

MANA SATU YANG BETUL ? KONDO ATAU HOTEL ?

Posted: 21 Apr 2011 07:59 AM PDT


WAYANG BARU 1MALAYSIA [BUKTI JELAS]




Mana satu yang betul dan tepat? Kondo atau hotel? Siapa yang berbohong? Polis atau Datuk T? Bercelaru bebb....

VIDEO SEKS, BERITA HARIAN BAWA AGENDA JAHAT- KEADILAN

Posted: 21 Apr 2011 06:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: KEADILAN mengutuk tindakan akhbar arus perdana, Berita Harian yang tidak mencerminkan etika kewartawanan kerana melaporkan secara semberono kononnya individu dalam video seks fitnah sepadan dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden, N Surendran berkata, selepas meneliti laporan berita tersebut beliau mengesyaki pihak polis turut bersekongkol membocorkan maklumat yang seharusnya sulit kerana masih dalam tempoh siasatan. "Ini merupakan modus operandi biasa dengan niat jahat yang dilakukan untuk mencalar imej seseorang dengan membuat tajuk berita utama secara sensasi untuk mengelirukan orang ramai. "Tidak mustahil pihak polis turut bersekongkol dan mereka turut mempunyai agenda politik," kata Surendran.

Pada tajuk utamanya hari ini, akhbar itu memetik sumber tanpa nama, kononnya sebuah agensi penyiaran terkemuka di Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut akhbar itu lagi, polis juga telah mengenalpasti lokasi video tersebut dirakamkan, iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur dan wanita terbabit dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara. "Akhbar tersebut tidak menamakan siapa, dimana dan apa kelayakan makmal atau pun penganalisis yang menjalankan kajian di Korea Selatan itu. Ia dilaporkan secara tergantung dan dibuat secara sensasi.

"Agenda Berita Harian ini adalah agenda Umno dan Barisan Nasional," Ujar Surendran. Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat individu atau pihak yang kononnya dilihat bebas dan berkecuali 'dipasang' (planted) oleh mereka yang mempunyai motif jahat untuk mencalar kredibiliti Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. "Ada kemungkinan pihak polis sendiri yang melantik mereka (penganalisis) ini," katanya.

Sementara itu, Surendran menambah, isteri Ketua Umum, Datuk Seri Dr Wan Azizah sendiri telah memastikan bahawa individu dalam video tersebut bukan suaminya. "Siapa lagi yang boleh mengesahkan tubuh seseorang, kalau bukan isterinya sendiri. Ini merupakan percubaan akhir pihak-pihak yang takut kepada kemaraan Pakatan Rakyat," jelasnya./KeadilanDaily

TIBA-TIBA VIDEO SEKS SUDAH TERBANG KE TAIWAN, NAMUN GAGAL MENGESAHKAN PELAKUNYA

Posted: 21 Apr 2011 02:45 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

VIDEO Seks yang kununnya melibatkan DS Anwar sudah sampai ke Taiwan? Diberitakan video seks itu hanya ada satu salinan asal dan kini berada di tangan pihak Polis yang menyiasat, masa bila sudah berada di Taiwan? Sebelum ini, video tersebut juga dimuatkan ke dalam Youtube, siapa yang memuatkannya sehingga Eskay pun naik pening?

Hari ini, seperti dilaporkan oleh Malaysiakini, " Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMenurut akhbar milik Umno itu, polis juga telah mengenalpasti lokasi video seks tersebut dirakamkan - iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur - dan wanita terbabit adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara (Malaysiakini).

Jika benar itu laporan dari pakar di Taiwan, ertinya sama juga dengan pendapat mereka yang telah menonton video berkenaan iaitu memang ada iras watak lelaki berperut buncit tersebut dengan Anwar. Maka, tiada beza dengan pendapat pakar dari Taiwan tersebut. Sepadan dan juga seiras, tetapi tidak disahkan siapa sebenarnya.

Persoalan lain, dikatakan bahawa Polis mengesahkan aksi tersebut berlaku di sebuah kondomunium di dalam negara, tetapi sebelum ini kita diberitahu aksi tersebut berlaku di sebuah hotel. Masalah jam pula memeningkan. Heboh diperkatakan jam itu kununnya hadiah dari kerabat Arab Saudi, tetapi Polis menyebut jam berkenaan dibeli di Taiwan tahun 2004. Mungkin sebab itu pihak Polis tidak menumpukan soal jam Omega yang kununnya kepunyaan Anwar.

Apa pun yang kita bincangkan dengan isu karut ini, yang pasti pelaku yang mengaku menayangkan video lucah tersebut masih duduk goyang kaki melihat betapa undang-undang di negara ini menjadi haru-biru dan rakyat terus dibuai dengan cerita jijik sedemikian./wfauzdin.blogspot

kalam Perantau

kalam Perantau


Wahai Aziz Bari, bersabarlah…

Posted: 21 Apr 2011 07:55 AM PDT

Difahamkan PAS Sabah telah menghantar sekurang-kurangnya 20 orang petugas selama 2 minggu di Sadong Jaya, 2 jam 1/2 dari Kuching. Rombongan 5 buah kereta telah berkonvoi dari Kota Belud, Tawau, Kota Kinabalu, Sandakan malah Keningau melalui jalan darat menuju ke Kuching yang memakan masa perjalanan 3 hari 3 malam.

Sabah asalnya ditugaskan di DUN Senadin Miri, namun menjelang hari penamaan Senadin telah ditukar dengan PKR dan sebagai ganti PAS bertanding di Sadong Jaya. Berbeza dengan Senadin PAS Miri telah membuat persiapan sejak 2 tahun lalu, di Sadong Jaya hanya 2 minggu. 

Hakikatnya tiada satu pun 25 kerusi melayu/melanau dimenangi oleh Pakatan Rakyat mahunpun SNAP dan Bebas. Daripada 25 kerusi tersebut hanya Beting Maro sahaja memperolehi majoriti undi di bawah 1,000 iaitu 391 - moderator

TAJUK ASAL : Sapa beri kamek duit, itulah yang menang
 
Penulis rasa tindakan Dr Aziz Bari mengkritik pedas PAS ekoran kekalahan parti itu di semua 5 kerusi yang ditandingi mungkin didorong oleh rasa kecewa kerana teringin sangat nak tengok kelahiran anak sulong PAS di bumi kenyalang itu. Penulis yakin beliau amat sayangkan PAS. Cuma penulis agak terkilan sikit bila kritikan itu hingga terbawa-bawa kepada desakan agar Presiden PAS ditukar.

Rasanya Dr Aziz Bari pun tahu kawasan yang ditandingi oleh PAS di Sarawak terdiri dari majoriti pengundi Melayu. Sekurang-kurangnya 50% ke atas.

Dalam konteks pengundi Melayu Islam di Sarawak ini, sewajarnya difahami mereka terpecah kepada beberapa golongan. Antaranya;

  1. Ahli tegar PBB – golongan pengundi setia BN
  2. Ahli PBB yang kecewa – kumpulan yang tidak dapat dipastikan sikapnya.
  3. Ahli PAS – pengundi tetap Pakatan
  4. Atas pagar – kumpulan yang mencari kesempatan sepanjang pilihanraya.

Penulis ingin menceritakan serba-sedikit tentang sikap pengundi Melayu di DUN Sadong Jaya, di mana kontijen PAS Sabah bertugas di sana. Kami diamanahkan menjaga UPU Jemukan.

Penulis dimaklumkan oleh petugas Muslimat yang melakukan culaan di UPU Semera yang mempunyai pengundi Melayu paling ramai. Kira-kira 1,900 orang. Dalam pertemuan mereka dengan penduduk di UPU tersebut, rata-rata penduduk di situ hanya memberi respon “Siapa yang beri kami duit, itulah yang menang.”

Kata-kata sedemikian penulis kira memadai untuk memberi gambaran sebenar bagaimana sikap dan mentaliti pengundi Melayu. Di sudut makan, minum dan pakaian, mereka dah ada semua. Yang kurang hanyalah duit. Bila tiba musim pilihanraya, maka digunakan kesempatan untuk mendapat duit free walau 5 tahun sekali.

Ada sumber menyebut, setiap rumah ditabur antara RM500 – RM1,000 pada malam terakhir kempen. Khabarnya anggota SB telah ditempatkan lebih awal di setiap kampung Melayu bagi tujuan tersebut. Justeru agak sukar dikesan oleh para petugas PAS.

Selain pengaruh wang, faktor buta agama menyebabkan pengundi Melayu begitu mudah berubah pendirian hanya kerana RM500.

Menurut Bob Lokman yang turut membantu jentera kempen PAS di DUN Muara Tuang, golongan tua yang berkopiah boleh lari meninggalkan tempat ceramah ketika beliau menyebut nama Allah dan Islam. Tambahnya, orang muda yang kaki mabuk pulak yang terus setia mendengar ceramahnya.

Dr Aziz Bari mungkin terlupa dek rasa kecewa, bahawa perjuangan Islam merupakan satu perjalanan yang jauh dan panjang. Menagihkan pengorbanan besar, kesabaran dan istiqamah dari setiap para amilin dan penyokong. Pelbagai ujian samada dalam bentuk kepayahan, kesenangan, fitnah, mehnah dan tribulasi perlu dihadapi secara hikmah dan bijaksana bagi memastikan perjuangan yang mulia ini sentiasa berada di atas landasan yang benar dan diredhai Allah.

Dalam konteks menghadapi kerenah dan sikap pengundi Melayu ini, PAS sewajarnya memikirkan satu mekanisma terbaik dalam menangani masalah ‘kehausan’ sokongan pengundi Melayu Islam, lebih-lebih lagi yang masih jahil dan jauh daripada cahaya Islam.

Penulis yakin masa depan PAS di bumi kenyalang amat cerah sekali. Hanya memerlukan sedikit sentuhan tepat. Isyarat awal sudah muncul bila mana seramai 341 orang ahli PBB telah menyertai PAS di DUN Sadong Jaya serta penubuhan 8 Cawangan Penaja.

Insya’Allah, cahaya Islam akan terus mengalir subur di bumi kenyalang.

Takbir!

Sumber asal : monazmuslim.blogspot.com


Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Redha Dengan Sistem Sekular Adalah Syirik

Posted: 21 Apr 2011 09:34 PM PDT

Soal Jawab Agama

Soalan :

Salam ustaz..sy ingin bertanya akan kekeliruan sy disebabkan kejahilan sy ini..sblm ini sy ada mendengar pendpt seorng ustaz,katanya jika seorng islam tidak menyokong perjuangan islam untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini dan memilih pemerintahan sekular hukumnya adalah fasik..

tapi sy ada mendengar pendapat Sheikh Imran Hossein tentang hal ini di youtube..menurutnya hukum sengaja memilih perjuangan yg sememangnya tidak menegakkan agama Allah adalah syirik.katanya syirik di dalam pemerintahan..boleh tak ustaz jelas kan antara kedua-dua pendapat ini,samada fasik ataupun syirik?sy benar2 keliru akannya.sy rujuk pendapat tersebut di dlm satu rakaman di youtube disini http://www.youtube.com/watch?v=PE-Zrv_XOxk

muga ustaz boleh luangkn masa dngr pendpt beliau

Jawapan Ustaz azhar :
Fasiq jika tidak redha dengan sistem sekular yg dibawa olih pemerintah.

Jika redha maka hukumnya adalah syirik.

Sumber : 
http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=24&t=4152
Cari N3 lama-lama disini

Hukum Skodeng Bakal Isteri

Posted: 21 Apr 2011 07:57 AM PDT

Soal Jawab Agama


Cari N3 lama-lama disini

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Lagi akhbar Umno dakwa Cina sokong Pakatan demi kukuh kuasa politik

Posted: 21 Apr 2011 08:52 PM PDT

April 22, 2011

KUALA LUMPUR, 22 April — Satu lagi akhbar milik Umno, Berita Harian turut mendakwa masyarakat Cina negara ini mula memperlihatkan sokongan besar kepada DAP dan perikatannya, Pakatan Rakyat dengan satu "strategi" baru — mahu menguatkan kedudukan ekonomi dan politik.
Dalam ruangannya hari ini, Kunta Kinte berkata, bagi orang Cina, menyokong DAP dan Pakatan Rakyat adalah strategi baru dan anjakan pemikiran yang sangat jelas.
"Strategi serampang dua mata mereka ini gabungkan kuasa ekonomi dan kuasa politik orang Cina.
"Setelah berjaya kukuhkan ekonomi mereka hasil dasar dan projek perkembangan kerajaan BN, mereka sekarang berasa cukup yakin yang kepentingan dan monopoli ekonomi mereka tidak akan terjejas walaupun mereka tak lagi sokong BN."
Malahan menurut akhbar Kumpulan Media Prima ini, cara baru kaum Cina yang menggabungan kuasa ekonomi dan politik ini akan tambah "kukuhkan lagi kuasa dan pengaruh masyarakat Cina dalam ekonomi dan politik."
Dalam tulisan di halaman perdananya, ia juga menambah, ada penganalisis politik mengatakan, penghijrahan besar orang Cina daripada BN kepada Pakatan Rakyat akan mencetuskan reaksi orang Melayu yang akan balik semula menyokong BN kerana takut hilang kuasa kepada orang Cina.
"Kunta Kinte tak mahu buat apa-apa ramalan. Yang Kunta Kinte nak kata adalah perkauman susah nak dipisahkan daripada politik negara kita kerana kita terlalu bertolak ansur dalam hal mewujudkan sistem dan institusi yang boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum.
"Kita selalu sebut kalau nak lentur buluh biar dari waktu ia masih rebung. Berdasarkan pengalaman Kunta Kinte bersekolah dan belajar hidup dalam masyarakat majmuk, tidak ada permulaan yang lebih baik daripada di bangku sekolah," kata akhbar itu lagi.
Malah akhbar itu lagi, pada hari ini, selepas lebih 53 tahun merdeka, sekolah kebangsaan terpaksa bersaing dengan sekolah jenis kebangsaan dan semakin ramai orang Malaysia tidak fasih Bahasa Kebangsaan, tidak bersemangat Malaysia dan nampak-nampaknya tambah perkauman.
Ahad lalu, akhbar Kumpulan Utusan milik Umno, parti teras Barisan Nasional (BN) menggesa perikatan itu supaya tidak terlalu "pemurah" dalam melayan kedudukan masyarakat Cina dalam Kabinet negeri yang bakal dibentuk ekoran keputusan pilihan raya Sarawak, Sabtu lalu.
Mingguan Malaysia, yang diterbitkan oleh Kumpulan Utusan berkata, majoriti pengundi Cina memihak kepada kempen Pakatan Rakyat yang membawa seruan "mengubah kerajaan negeri" sedangkan masyarakat Bumiputera tetap teguh bersama BN.
BN Sarawak pimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 15 dan Bebas satu.
Pada pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak memperoleh 62 kerusi dan ia meningkat kepada 63 kemudian.
Walaupun BN memperoleh majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan kerusi kali ini.
Begitu juga undi popular diperoleh BN Sarawak berbanding lima tahun lalu.
"Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud.
"Awang berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi. Ternyata, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP," kata Awang Selamat dalam ruangannya.
Awang Selamat juga berkata kerajaan negeri BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu.
Sehari kemudian, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti "virus rasisme Cina" yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat, yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka, kelmarin.
Katanya, pada masa-masa lalu DAP ditolak sepenuhnya oleh penduduk Sarawak - The Malaysian Insider

Surat dari kandang maut

Posted: 21 Apr 2011 07:51 PM PDT

Yong Vui Kong rakyat Malaysia berasal dari Sabah sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman bunuh ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.

Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong sepanjang 12 minggu ini kepada Yetian, seorang anggota kempen Selamatkan Vui Kong pada saat-saat beliau menghadapi kematian.

Yetian yang dikasihi,

Terima kasih atas surat anda dan terima kasih juga kerana memberi saya peluang dan kekuatan untuk menceritakan kisah saya. Ini surat pertama. Saya ingin berkongsi dengan semua mengenai kehidupan di penjara.
Biar saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Yong Vui Kong. Pada awal 2011, saya meraikan hari jadi ke-23 di penjara. Saya tidak keseorang menyambut hari kelahiran saya. Ramai kawan-kwan di luar yang turut menyambutnya bersama saya.
Kenapa saya di penjarakan? Ini kerana saya membantu mengedar dadah di Singapura. Saya ditangkap ketika berumur 19 tahun. Beberapa tahun sudah berlalu. Saya kini cuma menunggu hukuman gantung dijalankan. Saya sepatutnya sudah lama mati, tetapi ramai orang yang membantu sebab itu sehingga hari ini saya masih hidup. Jika tidak kerana bantuan mereka, saya sudah lama meninggalkan dunia ini.
Ibu saya tidak tahu saya telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Saya beritahunya saya akan pergi tempat yang jauh bagi mencari 'kebenaran' hidup. Dia percaya saya.
Biar saya ceritakan mengenai hidup dalam penjara.
Saya bangun sekitar jam 4 pagi setiap hari. Saya tidak mempunyai jam loceng dan saya tidak memerlukannya. Saya sudah biasa dengan kelaziman ini dan ia tidak pernah berubah sejak kebelakangan ini. Malah warden penjara juga sudah masak dengan tabiat ini. Mereka lihat saya bangkit awal setiap pagi menerusi CCTV di sel penjara saya.
Selepas membersihkan diri dan menggosok gigi, saya akan membaca ayat-ayat suci (Budha) sehingga jam 7 pagi. Selepas itu, saya akan bertafakur secara senyap sehingga jam 9 pagi. Ada yang berpendapat saya cuma ingin menghabiskan masa tetapi dalam hati saya percaya adalah lebih baik menggunakan masa itu melakukan sesuatu daripada membazirkannya.

Saya tak gentar kematian

Pada jam 9 pagi, saya bersarapan. Saya tidak makan makanan yang sama dengan tahanan yang lain. Warden-warden mengetahui perkara ini dan akan hanya menyajikan sayur-sayuran dan buah-buahan kepada saya.
Memakan sayur telah menjadi tabiat saya. Kelebihan makan hanya sayur adalah sesuatu yang perlu anda alami sendiri. Saya boleh bagi tahu ia perkara yang baik tetapi anda mungkin tidak percaya kepada saya. Saya galakkan semua orang untuk mencubanya.
Dulu, apabila saya tahu bahawa saya akan mati tidak lama lagi, saya tidak henti menangis kerana saya takut. Tetapi sami Budha yang melawat saya setiap minggu telah mengajar saya supaya tidak takut dengan kematian itu.
Awal tahun ini, seorang rakan yang dalam tahanan telah 'meninggalkan' kami. Sebelum pergi saya sempat bertafakur dan mendoakannya. Dia pergi dengan aman.
Sebelum giliran saya mati, saya akan gunakan masa dengan bijak bagi memberi nasihat kepada orang ramai dan memberitahu mereka supaya tidak memilih dadah.
Sejak beberapa tahun lalu, hubungan saya dengan abang saya Yun Leong, semakin rapat. Kami sebelum ini sering kali bertengkar mengenai pelbagai perkara.
Tetapi sekarang hubungan kami semakin bertambah baik. Jika bukan kerana bantuannya, anda mungkin tidak dapat membaca surat ini, sekarang. Saya terhutang budi kepadanya. Dia melawat saya setiap Isnin. Kami akan bersembang dan dia akan mendengar cerita saya mengenai ajaran Budha.

Berapa lagi hari Isnin yang dapat dilalui bersama?

Pada masa lalu, kedegilan dan sikap melawan saya menyebabkan abang-abang saya sedih. Sekarang, saya adalah manusia yang berbeza dan mereka rasa lebih gembira. Saya rasa ini adalah paling kurang yang mampu saya lakukan.

Tidak cukup masa untuk belajar segala-galanya!

Sebenarnya saya tidak ada masalah dalam penjara. Warden-warden juga menghormati saya. Apabila abang saya melawat, rantai dan gari akan ditanggalkan dan kami akan tunduk kepada satu sama lain.
Pada masa lapang saya mempelajari ayat-ayat suci (Budha). Saya bimbang masa tidak mencukupi bagi mempelajari segala-galanya. Saya rasa masa dalam sehari juga tidak cukup untuk saya belajar. Ramai yang mungkin beranggapan adalah menyiksakan untuk saya menghabiskan masa di penjara tetapi saya gembira kerana boleh menggunakan masa itu untuk belajar.
Saya suka bertafakur. Tetapi kerana undang-undang penjara yang ketat, saya tidak dibenar menggunakan manik-manik tafakur yang biasa. Ini kerana mereka khuatir saya akan menajamkan manik krystal berkenaan dan menggunakannya bagi membunuh diri sendiri. Sami saya menggunakan tepung bagi membuat manik-manik kecil dan memberikannya kepada saya.. Saya gunakannya ketika bertafakur.

Bunuh diri? Saya tidak pernah terfikir mengenainya. Hidup mesti dinikmati dan bukannya untuk disia-siakan.

Yetian, terima kasih. Saya berhenti di sini hari ini. Amitaba.

YONG VUI KONG, dijatuhkan hukuman mati pada November 2009 kerana mengedar dadah. Beliau hanya berusia 19 tahun. Pada 4 Apri lalu, beliau gagal dalam rayuan terakhirnya bagi mengelakkan hukuman mati mandatori.
Dia akan digantung dalam tempoh tiga bulan kecuali diberikan pengampunan oleh presiden Singapura

- malaysiakini

Juri Michigan tentukan nasib pastor bakar al-Quran hari ini

Posted: 21 Apr 2011 07:20 PM PDT

 
Jones tiba di pekarangan mahkamah daerah Dearborn semalam dengan dikawal ketat polis untuk mendengar permohonan menghalangnya adakan protes di luar Pusat Islam Amerika
gambar : Reuters
 
DEARBORN, 22 April — Panel juri mahkamah Dearborn, Michigan akan mempertimbangkan awal pagi ini sama ada pastor kontroversial dari Florida akan dikenakan "bon damai" sebelum dia menganjurkan demonstrasi yang dirancang untuk diadakan di pekarangan masjid terbesar di Amerika Syarikat hari ini.
Hakim Mahkamah Daerah Mark Somers mengeluarkan perintah awal semalam, yang memihak kepada pasukan pendakwa yang memohon dikenakan bon atas alasan kehadiran Pastor Terry Jones memerlukan perlindungan polis yang ketat bagi mengelakkan sebarang keganasan.
Datuk Bandar Dearborn pula menulis surat terbuka kepada Jones menggesanya agar membatalkan protes yang dirancang itu, lapor Reuters dan myFOXDetroit.com.
Polis mendakwa kehadiran Jones akan menyebabkan kos keselamatan dianggarkan RM140,000 (AS$46,000).
Pendakwa Wayne County Kym Worthy juga memohon hakim menghalang Jones dan mengenakan bon sekitar RM300,000 (AS$100,000).
Panel juri enam orang akan mendengar kes itu pagi ini.
Dearborn, salah satu wilayah yang mempunyai komuniti Islam terbesar di Amerika Syarikat, telah menafikan Jones dan sekumpulan penyokongnya permit untuk mengadakan protes di luar Pusat Islam Amerika di sini.
Komuniti aktivis dan tokoh agama Detroit juga mengadakan perhimpunan dan perarakan sejak beberapa hari ini dengan menyifatkan Jones sebagai seorang yang mahu memecahbelahkan masyarakat dengan ucapan-ucapan bersifat membenci.
Bagaimanapun beberapa pengulas berhujah bahawa polis dan pendakwa bertindak keterlaluan dengan cuba menghalang Jones dan melanggar peruntukan kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam perlembagaan.
Jones, 59, pemimpin gereja fundamentalis dari Gainesville, Florida, menjadi perhatian selepas mengumumkan langkah mahu membakar al-Quran tahun lalu.
Jones yang hadir di mahkamah semalam berkata, dia akan cuba untuk mengadakan protes di luar masjid dengan sekumpulan penyokongnya meskipun dihalang oleh mahkamah.
"Kami sudah pun, saya rasa, telah menjelaskan bahawa hasrat kami ialah terus mengadakn protes di hadapan Pusat Islam," kata Jones kepada pemberita selepas kes berkaitan dengan protes yang dirancang didengar semalam.
Beberapa penunjuk perasaan mengecam Jones di luar mahkmah Dearborn dengan membawa sepanduk tertera mesej "Terry Jones, rasis keluar dari bandar" dan "Hentikan Serangan Rasis Ke atas Muslim".
Dalam pada itu, beberapa aktivis komuniti dan tokoh agama Kristian mengadakan perhimpunan di luar masjid untuk menunjukkan sokongan kepada komuniti Muslim tempatan.
"Terry Jones tidak mewakili komuniti Kristian. Dia hanya mewakili diri dia dan hanya diri dia. Apa yang kita lihat hari ini ialah Amerika yang sebenar," kata Imam Hassan Al-Qazwini masjid itu kepada pemberita.
Jones terbang sejauh 1,400 kilometer ataupun dua jam perjalanan menerusi kapal terbang dari Florida untuk mengadakan protes hari ini.
Minggu lalu, dalam afidavit yang dilampirkan bersama permohonan, Ketua Polis Dearborn Ronald Haddad berkata, beliau bimbang Jones akan melakukan tindakan membakar al-Quran.
Aduan mendakwa Jones telah menerima 300 ancaman bunuh ekoran tindakannya membakar al-Quran bulan lalu dan menjadi sasaran ganjaran AS$1.2 juta terhadap kematiannya daripada kumpulan pengganas.
Awal bulan ini, Jones yang disifatkan sebagai pemimpin gereja fundamentalis berkata, akan mengadakan protes lebih besar di masjid paling besar di Amerika Syarikat hari ini.
Rancangan itu dikhuatiri akan memburukkan lagi ketegangan yang dirasakan di beberapa bahagian lain di dunia.
Tindakannya membakar al-Quran pada 20 Mac lalu telah membawa kepada rusuhan dan demonstrasi di Afghanistan termasuk tindakan menceroboh pejabat PBB, telah menyebabkan hampir 20 orang terbunuh.
Jones, seorang bekas pengurus hotel sebelum tukar kerjaya sebagai pastor, yang mendakwa al-Quran mendorong keganasan berkata, dia akan meneruskan satu protes pada 22 April ini — di pekarangan masjid terbesar iaitu di Dearborn.
Sebelum ini, Presiden Barack Obama juga mengecam perbuatan membakar al-Quran tetapi tidak menyebutkan nama Jones.
Jones merancang untuk membakar al-Quran sempena ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September tahun lalu tetapi mengubah fikiran.
Pada 20 Mac lalu, Jones mengetuai Hari Antarabangsa Keadilan Al-Quran dan kemudian menyelia pembakaran kitab suci itu yang dihadiri sekitar 50 orang. Program itu berlangsung kira-kira enam jam. - The Malaysian Insider

Renungan Jumaat : Isteri Kesayangan Rasulullah

Posted: 21 Apr 2011 06:36 PM PDT

Aisyah binti Abu Bakar

Nama penuhnya Aisyah binti Abi Bakar bin Osman, biasa dipanggil Ummu Abdillah, dan digelar Ash-Shiddiqah (wanita yang membenarkan). Dia juga masyhur dengan panggilan ummul mukminin, dan Al-Humaira', kerana warna kulitnya sangat putih.
Dia dilahirkan tahun ke-4 atau ke-5 setelah kenabian Nabi Muhammad SAW. Semasa Rasulullah menikahi Aisyah, beliau memberinya mahar sebesar 400 dirham.

Makam yang dikatakan sebagai milik Siti Aisyah

Keistimewaan Aisyah R.A:

1. Aisyah adalah isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah, dan yang paling banyak merawikan hadis. Dia merawikan 2210 hadis, 279 di antaranya terdapat di dalam Shahih Bukhari.
2. Dia adalah wanita yang paling luas ilmu dan pemahamannya di antara seluruh wanita umat ini. Dia termasuk wanita muslimah yang paling faqih dan paling mengerti tentang sastera dan agama. Banyak pembesar sahabat yang bertanya kepadanya tentang masalah-masalah fiqh, dan dia pun menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka.
3. Wanita yang dinyatakan kesuciannya dalam Al Qur'an. Kecintaan Rasulullah kepada Aisyah pernah menimbulkan kecemburuan di hati sesetengah orang. Mereka menuduh Aisyah berbuat zina, padahal dia adalah wanita yang sentiasa menjaga kesucian dan kehormatan dirinya. Allah telah membebaskannya dari tuduhan tersebut di dalam Kitab-Nya.
4. Tentang Aisyah, Rasulullah pernah mengatakan, "Keutamaan Aisyah atas wanita-wanita yang lainnya adalah seperti keutamaan tsarid (makanan yang terdiri dari roti dan daging) atas makanan lainnya." (HR. Al-Bukhari)
5. Ketika Rasulullah SAW sakit, Beliau meminta izin kepada isteri-isterinya agar Baginda dirawat di rumah Aisyah.
6. Amr bin Ash pernah bertanya kepada Rasul, "Siapakah orang yang paling Anda cintai?" Beliau menjawab, "Aisyah". "Dari kalangan laki-laki?" tanya Amr. "Ayahnya, Abu Bakar", jawab Beliau. "Kemudian siapa?" tanya Amr. "Umar bin Khattab", jawab Beliau." (HR. Al-Bukhari)
7. Satu-satunya wanita yang dinikahi Rasulullah yang masih gadis.
8. Aisyah adalah wanita terkemuka dengan segudang keistimewaan, terkemuka dalam kedermawanan, kezuhudan dan sifat-sifat yang mulia.
9. Jibril as. memberi salam kepadanya:
Ibnu Syihab menyatakan bahwa Abu Usamah berkata, "Sesungguhnya "Aisyah R.A pernah mengungkapkan bahawa pada suatu hari Rasulullah saw. berkata kepadanya, "Hai 'Aisyah, ini Jibril. la mengucapkan salam kepadamu." 'Aisyah membalas, "Wa 'alaihis Salaam wa Rahmatullah wa Barakaatuh (semoga Jibril juga mendapat kesejahteraan, limpahan kasih sayang dan berkat dari Allah), Engkau (Rasulullah SAW) melihat sesuatu yang tidak dapat kulihat." (Muttafaq 'alaih)
10. Wahyu turun saat Nabi berselimut bersama Aisyah:
"….Demi Allah sesungguhnya Allah tidak pernah menurunkan wahyu ketika aku sedang dalam satu selimut dengan siapapun di antara kalian (isteri-isteri Nabi), selain Aisyah". (HR Bukhari)
11. Wanita yang sangat zuhud dan dermawan luar biasa, ahli ibadah dan puasa.

Sumber: Isteri Kesayangan Rasulullah S.A.W | MalaysiaSensasi.Net

Mengapa Najib-Taib Yang Menang Gusar kepada Pakatan yang Kalah? - Dr Dzul

Posted: 21 Apr 2011 06:10 PM PDT

April 22, 2011
by Dr. Dzul

Benar BN telah memenangi pilihanraya negeri (PRN)Sarawak. Benar, kerajaan BN di bawah kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud, telah mengekalkan kuasa 2/3 majoriti mereka di Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Namun euporia dan gegak gempita keseronokan seperti malam 16 April hari Sabtu lalu tampak tidak mampu bertahan lama. Kerajaan Barisan Nasional Sarawak kembali diselubungi iklim cemas, rimas bercampur suram sesekali terkejut semacam orang baru kebah atau baik demam. Igauan ngeri takut kalah masih menghantui perasaannya dan psikologi-psike mereka rapuh.
Masakan tidak takut. Mengikut informasi risik pihak kerjaan BN sendiri sehingga ke saat akhir di garis penamat, dikatakan PBB dan parti-parti komponen BN akan kehilangan 2/3 majoriti. Bahkan tidak kurang yang berharap untuk menyaksikan pemerintahan baru di bumi kenyalang itu.
Penulis ketika mengendalikan satu Sidang Akhbar Jentera Pilihanraya PAS Sarawak, di Markaz Besar pada hari Rabu 13 April (seperti dilaporkan oleh Harakahdaily.net), telah membuat ramalan yang kurang disenangi pemerhati politik, khususnya pemimpin dan penyokong tegar Pakatan sendiri.
Meramalkan senario terbaik buat Pakatan hanya dengan memenangi 17 kerusi, sementara umum sedang menyaksikan bahawa sambutan program-progam Pakatan adalah luar dugaan merupakan kenyataan yang menongkah arus. Tidak popular. Lebih tidak wajar dikeluarkan oleh pimpinan PAS Pusat. Ada sebab mengapa penulis terpaksa berpada dengan sebutan tersebut.
Namun hari ini, penulis masih mampu mangangkat kepalanya. Berkebetulan hampir tepat ramalannya dengan pengumuman pada malam 16 April. BN memenangi 55 kerusi sementara pembangkang mendapat 16 kerusi, termasuk satu dari bebas selainnya Pakatan.
Telah banyak yang diperkatakan dan ditulis tentang keputusan PRN Sarawak semcam malas pulak untuk menambah lagi. Namun seperti biasa, penulis bukan sekadar terpaksa mengatakan sesuatu tetapi punya sesuatu untuk diperkatakan.
Andainya tidak diambil kesempatan ini, peluang untuk menyebutnya tepat dan jitu pada ketika dan waktu ia diambil perhatian pembaca akan sekali lagi terlucut.
Inilah maudhu' sentral penulisan ini. Ia adalah beberapa pengamatan kritis penulis mengapa Pakatan gagal menyingkir Barisan Nasional dan khususnya Taib Mahmud dalam PRN Sarawak lalu. Kebobrokan perjalanan P/raya oleh SPR tidak akan disinggung termasuk salah laku membeli undi oleh BN.
Lebih penting adalah supaya 'penegasan-keinsafan' nanti bakal menjadi 'ingatan sempadan' agar kesilapan tidak diulangi dalam berdepan dengan cabaran PRU ke-13 akan datang!
Sebelum penulisan ini semakin menjadi kritis, mungkin ada baiknya penulis mengiktiraf secukupnya pencapaian pembangkang atau Pakatan.
Meningkatkan sokongan popular ke tahap 44.76% serta menambahkan kehadiran pembangkang di DUN Sarawak sebanyak 100% yakni dari 8 melonjak ke 16 kerusi bukan pencapaian yang mudah. Ini sekaligus membawa erti bahawa Taib Mahmud mengalami kemerosotan 8% undi popular dari tahap 62.93% pada tahun 2006.
Jumlah undi BN kali ini adalah sebanyak 372,397 berbanding undi pembangkang (DAP, PKR, PAS, SNAP dan Bebas) 300,288. Sebagai negeri 'simpanan tetap' dan kubu tegar BN, penghakisan pencapaian ke 55.24% undi popular adalah tidak meyakinkan Najib samasekali untuk terus Taib kekal berkuasa.
Terakhir BN Sarawak dan Taib mengalami kejutan kemerosotan adalah dalam pilihanraya 1987 di mana beliau hanya berjaya mempertahankan 25 dari 45 kerusi DUN Sarawak.
Paling bergaya adalah DAP yang memenangi 80% dari 15 kerusi yang ditandingi, meyumbang kini sebanyak 12 kerusi, dari 6 pada penggal lalu. Paling manis buat DAP adalah mengalahkan timbalan Ketua Menteri George Chan di Piasau kepada pimpinan muda DAP.
Meskipun Taib mampu bertahan kesemua 35 kerusi yang ditandinginya partinya, imej Taib bukan sahaja telah tercalar. Ironis sekali kemenangannya tidak dapat mengelak dan memadamkan hakikat bahawa beliau adalah liabiliti terbesar Najib dalam PRU ke-13 nanti. Semacam mendadak Taib adalah 'petanda' segala yang buruk.
Luar biasa kebobrokannnya, khasnya kekayaan yang dimilikki suku-sakatnya dan bagaimana beliau gagal mensejahterakan rakyatnya meskipun bumi kenyalang itu cukup kaya dengan hasil mahsul; minyak, gas, kayu-kayan, bijeh galian, hasil bumi, kelapa sawit dan pertanian.
Mengapakah persepsi itu terus menerjah Najib dan BN? Apakah yang dibaca oleh Najib dan kumpulan strategists sehingga euporia kemenangan tidak lagi dapat dikekalkan setelah mempertahankn 2/3 majoriti penguasaan di dewan legislatifSarawakitu? Bukankah itu kemenangan selesa?
Tegasnya, apa yang dihitung dan digeruni Najib dan think-tanknnya ialah unjuran senario PRU ke-13 apabila mengambil ukoran dari prestasi dan pola pengundian keputusan PRN Sarawak ini sebagai 'sandaran' atau 'baseline'nya. Berapakah kerusi parlimen yang akan terkandas?
Betul PBB dan BN menang besar kali ini, tetapi melihat dari perspektif unjuran ke hadapan, BN sedang mengalami keluk penurunan secara agak drastik sementara pembangkang khususnya Pakatan Rakyat sebaliknya sedang mengalami keluk kenaikan dan lonjakanya atau 'upward-trend'nya. Dalam hal ini PAS juga menunjukkan potensi yang meyakinkan, meskipun kalah di kesemua kerusi yang ditandingi.
Yang menjadi perhitungan bukan hari ini tetapi esok. Bak pepetah guru pengurusan: 'Tidak kira di mana anda sekarang, tetapi di mana anda akhirnya'.
Dalam bahasa 'Pelaburan atau Investment', Pakatan boleh disifatkan sebagai mempunyai harapan untuk terus untung kerana masih punya "Upsides atau Potensi" yang lebih menarik dan meyakinkan pelabur sementara BN-Taib dan BN-Najib itu sendiri adalah kelompok atau entity bisnes yang sedang mengalami keluk penurunannya dan tidak punya keupayaan untuk membuat lonjakan keuntungan kerana telah 'tepu'.
Bahkan BN semacam sedang mengalami fenomena pelaburan "undang-undang pulangan mengecil" atau tahap keluk "diminishing return", di mana bagaimana pun tambahan usaha, pulangan atau 'return'nya masih tidak berkadar langsung tetapi terkadangkali berkadar songsang. Ini pastinya menakutkan.
Isu Al-Kitab dan nama Allah mencetuskan kesan buruk dan persepsi negatif pelbagai pihak samada kaum asal Sarawak dan penganut agama Kristian, sementara tidak pula membawa peralihan sokongan Islam-Melayu yang lebih tegar kepada pegangan Islam dari Melayunya kepada BN. Sebaliknya tak kurang yang menganggap bahawa kekerasan itu mengundang persepsi buruk dan sempit terhadap Islam yang asalnya lebih bersifat RahmatanlilL'alamin – lebih ihsan-belas kepada semua makhluk di alam ini.
Dengan kata lain Najib gerun memikirkan bahawa Barisan Nasional yang dipimpinnya, di ambang PRU ke-13 ini, sedang kehilangan dan kemerosotan kepercayaan, 'goodwill' dan 'sangka-baik' rakyat dan pengundi.
Persoalan terakhir yang hendak digarap penulis ialah bersabitan Pakatan Rakyat.
Mengapakah Pakatan gagal menafikan 2/3 majoriti Taib dan BN? Mengapakah sebutan untuk menang, hanya satu khayalan dan cita-cita yang tidak berpijak atas dasar maklumat dan pengetahuan? Mengapakah penulis ini hanya mampu meramalkan bahawa Pakatan akan hanya menang 17 kerusi sahaja?
Dalam ruang terhad ini, penulis terpaksa meringkaskan penghujjahannya.
Penulis menegaskan awal tadi bahawa Pakatan masih punya 'upsides' atau 'potensi' untuk menempah kemenangan yang lebih besar dalam PRU ke-13 kerana Pakatan yang 'gagal' kali ini, mampu memperbaikki penampilan sebagai satu entiti koalisi atau muafakat politik yang lebih mantap dan berpadu dalam PRU -13 akan datang.
Dilihat dari segi mobilisasi jentera penerangan, penulis berani membuat rumusan bahawa Pakatan hanya wujud sebagai satu jenama yangcubadi jual apabila di atas pentas ceramah. Terlalu minima kalau pun ada, penampilan Pakatan dilakukan secara bersama dan bergandingan samada pada bill-board, kain-rentang dan posters termasuk juga pentas-pentas ceramah selain dari yang 'perdana'.
Lebih substantif lagi, kalau dilihat di segi perumusan Manifesto PRN itu sendiri dan bahan-bahan cetak yang diterbitkan. Gandingan Pakatan itu tidak menyerlah dan tidak menonjol. Ini mampu dan wajar diperbaikki.
Lebih malanglagi kalau ada sebutan-sebutan tertentu, seumpama mengisytiharkan calon bakal Ketua Menteri andainya menang, tidak dirundingkan dalam semangat Pakatan kerana sedikit sebanyak membawa kesan risiko dan buruk kepada parti–parti tertentu. Kalau mahu naïf 2/3 majoriti, apa perlu umumkan calon KM. Tambhan kerana ianya beri kesan risiko kepada rakan Pakatan tertentu.
Ini menujukkan bahawa kesepakatan dan muafakat politik Pakatan itu hampir terlepas pandang dan tercicir
kerana amat menasabah, masing-masing parti komponen mahu memenangkan calon dan partinya tentunya.
Penulis berani menyimpulkan bahawa sebagai contohnya, sehingga ke garis penamat, Pakatan tidak punya objektif strategik yang disepakati, samada mahu menang memerintah atau sekadar menafikan 2/3 majoriti sahaja. Soalan ini bukan sekadar akademik tetapi membawa kesan dan menyangkut pendekatan penerangan.
Kegagalan Pakatan untuk menarik dan mengikat SNAP sekaligus sokongan Iban dan Dayak juga membawa kesan yang buruk terhadap prestasi pencapaian khususnya PKR dan penguasaan kerusi Pakatan di DUNSarawak.
Apakah ini mampu diperbaikki dalam PRU ke-13 nanti akan tertanggung kepada sejauhmana Pakatan komited dengan pendekatan strategik "Grand Coalition" bagi menumbangkan BN nanti. Memang sukar untuk penulis berlaku adil menghuraikan semua isu-isu ini, namun jelasnya masih ada lagi "Potensi atau Upsides" yang boleh dipunggah oleh Pakatan dalam PRU ke-13 akan datang, Ini yang cukup menarik bagi pemerhati politik dan sekaligus mendebarkan serta menggusarkan Najib-BN.
Dalam suasana Pakatan yang tidak begitu terarah dan tersusun, 'pendatang baru' seperti PAS amat tidak dapat dibantu. Berbanding DAP yang telah lebih 30 tahun berkecimpung dalam kancah politikSarawak, PAS masih mencari-cari sentuhannya. Namun ia permulaan yang baik. PAS kalah tipis di Beting Maro tetapi memenangi 10 dari 19 saluran di DUN tersebut. PAS kini sedar kelemahannya di kesemua kerusi yang ditandinginya dan tahu faktor kritikal kejayaan (CSFs) untuk membuat perubahan nasibnya.
Dengan kata lain, pendekatan dakwah PAS mesti digarap dengan strategi penerangan politik yang lebih berbisa. Untuk kali ketiga penglibatan PAS dalam PRN Sarawak, penulis terpaksa mengakui bahawa strategis PAS kurang pantas untuk memposisi kedudukan dan keberadaannya dalam Pakatan sebagai teras mesej penerangannya, sekaligus terus berada bersama dengan agenda perubahan yang dipacu bersama rakan-rakan Pakatan.
Meraih undi Melayu-Melanau, dalam keadaan PRN Sarawak adalah satu kerja yang maha sukar mentelahan PAS didakwa bersama rakan-rakan Pakatan untuk menamatkan kuasa Melayu-PBB di Sarawak. Dalam suasana prajudis dan penuh kesangsian, faktor calon dan koalisi politik pakatan mampu membantu tetapi tidak disudahi dengan baik..
Ringkasnya, PAS masih boleh lagi memperbaikki prestasinya dengan lebih baik dalam PRU ke-13. Namun PAS tidak boleh mengulangi sikap lama. PAS mesti memunggahkan seluruh sumber dan peluang untuk memantapkan lagi posisi dan persepsinya dikacamata orang Melayu-Islam bukan sahaja orang Sarawak, bahkan seluruh PersekutuanMalaysia. Di kacamata segmen bukan Melayu-bukan Islam, kedudukan PAS semakin kukuh.
Penulis penuh keyakinan, berdasarkan penghuraian serba ringkas ini, Pakatan bersedia dalam satu pendekatan "Grand Coalition" untuk membuat kejutan lebih besar dalam PRU ke-13 akan datang.
Bayangkan, andainya Pakatan mampu menggerakkan seluruh segmen rakyat, termasuk golongan akademik, profesional, pelbagai NGOs, gologan remaja, wanita bahkan kakitangan awam dalam agenda melakar "Perubahan Besar" mengeluarkan negara dari pelbagai krisis ekonomi, kebejatan sosial dan pertentangan perundangan-agama serta hempitan hidup akibat dari pengurusan tempang dan bobrok Barisan Nasional, maka negara ini bakal menyaksikan menyinsingnya sebuah Malaysia Baru yang diimpikan semua!

Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat.

Video sex : AMK - Tiada peruntukan undang2 dalam Kanun Keseksaan yang boleh mensabitkan DSAI

Posted: 21 Apr 2011 05:01 PM PDT

SHAH ALAM 21 APRIL: Di sebalik kesungguhan polis menyiasat ketulenan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, anehnya, tiada satu pun laporan polis dibuat mengenainya.
Dan sekali lagi, jika pun benar pelakunya adalah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu, tiada peruntukan mahupun kanun keseksaan untuk mendakwa Anwar melakukan sebarang kesalahan jenayah, kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.
Walhal katanya, ketiga-tiga individu yang jelas berdepan dengan kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan itu masih bebas sehingga kini.
"Dalam kes ini, tidak ada satu laporan pun yang dibuat mana-mana pihak untuk mensabitkan Datuk Seri Anwar dengan apa-apa kes jenayah. Hanya laporan yang dibuat di seluruh negara menjurus secara khusus kepada Seksyen 292.
"Dan tidak ada satu kesalahan pun dalam mana-mana kanun keseksaan yang boleh mensabitkan (Datuk Seri) Anwar sekiranya betul pelakon itu adalah beliau, di mana kita menafikan ianya sekeras-kerasnya," ujar beliau.
Shamsul yang dihubungi Tv Selangor tidak menolak kemungkinan adanya campur tangan politik selain desakan daripada pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) sehingga Peguam Negara didesak memulangkan semula kertas siasatan tersebut kepada polis hari ini.
Katanya, polis seolah-olah berada dalam keadaan keliru memandangkan tiada asas kukuh dalam siasatan terbaru untuk mensabitkan Anwar dengan individu dalam video 21 minit berkenaan.
Justeru beliau menyatakan kekesalan terhadap tindakan Tan Sri Ghani Patail yang sekali lagi dilihat menjadi pencacai Umno-BN dalam usaha memusnahkan karier politik Anwar sejak tahun 1998.
"Saya hairan mengapa peguam negara memulangkan kertas siasatan itu (kali ke 2) seolah-olah pihak polis menyiasat dengan tidak sempurna. Apa yang ingin diketahui adalah satu perkara yang menghairankan.
"Di situ timbul satu persepsi dan kita menjangkakan bahawa peguam negara tidak berminat untuk membuat pertuduhan terhadap ketiga-tiga (trio Datuk T) suspek jenayah," ujar beliau lagi.
Shamsul tetap menegaskan bahawa ketulenan rakaman tersebut masih dipertikai kerana ianya berwarna hitam putih.
Rentetan perkara itu ujar Shamsul, kerajaan terus menggunakan helah media arus perdana sebagai medium untuk meracuni pemikiran rakyat.
"Sekarang ini mereka guna strategi baru pula iaitu dengan menggunakan kononnya pakai imej dan menyiarkan di muka hadapan akhbar (Berita Harian) lalu mengesahkan ianya imej Anwar
Trio 'Datuk T' iaitu bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay dan bekas bendahari Persatuan Peribumi Perkasa (Perkasa), Shuib Lazim mengaku mendalangi pendedahan rakaman video 21 minit kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara pada 21 Februari lalu.
Mereka mendakwa Anwar adalah individu yang melakukan aksi seks dengan pelacur berbangsa Cina namun di lokasi yang masih menjadi tanda tanya selain melakukan intimidasi jenayah dengan mengugut supaya beliau melepaskan jawatan sebagai Ketua Umum.
Anwar walau bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dan seterusnya membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga individu terbabit untuk disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan sekiranya bersalah akan dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari 3 tahun dan denda.

sambungan ... Skandal Seks Orang Ternama - Siri III

Posted: 21 Apr 2011 07:03 AM PDT

BAB 1, SIRI III : SEKRITARI (SAMBUNGAN)

DALAM siri kedua, Sabahkini.net menerima pelbagai kutukan daripada pembaca kerana tidak mendedahkan lokasi sebenar, nama tokoh sebenar, YB dari parti mana; namun sebenarnya semua sudah dinyatakan dalam Siri I dan Siri II. Mungkin ramai membaca dengan mata terbeliak kerana mereka harus membaca dengan mata hati dan mata minda untuk menjadikan kes ini sebagai iktibar. YB juga manusia, yang bukan sahaja mempunyai hati dan perasaan, malah bernafsu besar sekalipun tenaga kurang!
Ikuti Siri III untuk Bab 1: Sekritari yang menjadi igauan negeri ramai YB kerana mereka juga tidak sunyi daripada melakukan kesilapan disebabkan menyimpan gundik, melakukan jenayah seksual seperti mencabul kehormatan, merogol dan meliwat; malah mengamalkan 'Rasuah Seks' yang sukar dibuktikan oleh SPRM.
Sambungan Siri III- Skandal Seks Orang Ternama : YB


KETIKA tiba di lobi, Jamliah tidak melihat kelibat YB Rahim atau Pak Karto, melainkan tetamu hotel dan VIP yang sedang berbual sesama sendiri sambil berdiri.
Mungkin YB Rahim sedang bersiap di bilik. Jamliah mengambil keputusan untuk menunggu di lobi walaupun terbetik hatinya untuk menanyakan kepada Penyambut Tetamu sama ada penghuni bilik 512 ada di bilik atau tidak.
Tidak lama kemudian Pak Karto dan YB Rahim kelihatan keluar dari lif dan menuju ke kaunter untuk menyelesaikan bayaran hotel. YB Rahim sempat menjeling Jamliah yang terpaksa mengukir senyum kelat kerana terpaksa melayan nafsu buas YB Rahim dalam keadaan rela tetapi terpaksa.
Sepanjang perjalanan balik ke Kerugau Jamliah lebih banyak berdiam diri dan melayan perasaannya yang berkecamuk dan mengimbau jauh. Jauh semakin jauh membuatkan Jamliah terlena di tempat duduk belakang, teroleng ke kiri dan ke kanan.
YB Rahim mengambil kesempatan untuk merenung Jamliah yang mungkin dibuai mimpi melalui cermin pandang belakang di tempat pemandu sehingga terkadang kala Ninja Turtle yang dipandunya terjun lubang dan membuatkan dua bukit pejal yang telah didakinya ketika embun jantan menitis sebelum membenamkan paku ke papan belian Jamliah.
Maka wujudlah lubang rahsia yang menjadi katalis yang mengikat kemas paku tumpul bercendawan itu. YB Rahim tersenyum puas kerana dapat memaku papan belian yang bukan calang-calang keras, apatah lagi di zaman IT ini bukan lagi mudah mencari papan belian melainkan dinding simen.
"Jamliah… kita sudah sampai!,"
Jamliah tercengang dan masih cuba menyambung mimpi atau igau jika YB Rahim tidak menyentuh pipinya ketika memberhentikan kenderaan di tepi jalan. Jamliah tersipu malu kerana tidak menyedari dirinya terlena. Pak Karto keluar membeli pisang goreng di pasar tamu berdekatan rumah Jamliah sebagai buah tangan untuk berehat sebentar di rumah Jamliah bagi menyenangkan hati ibubapa Jamliah yang mungkin bimbangkan anak mereka yang tidak pulang semalaman.
Sebaik sahaja Ninja Turtle YB Rahim sampai ke anak tangga rumah Jamliah, kelihatan adik-adik Jamliah bersorak sakan dan turun menyerbu kakak mereka tanpa mempedulikan larangan ibu mereka.
Pak Usok tersipu malu oleh karenah anak-anaknya di hadapan YB Rahim namun segera mempersilakan YB Rahim naik ke rumah. Terbongkok-bongkok Pak Usok tunduk seperti askar Jepun menghormati ketua mereka.
YB Rahim dan Pak Karto naik. Selepas bersalam, dia melabuhkan punggung di sofa di ruang tamu yang berhias indah walaupun agak sederhana. Mungkin kerja Jamliah yang begitu menitik beratkan keceriaan, sebagaimana hiasan dalam di pejabatnya kini yang dahulunya seperti colok atau tempat China bersembahyang.
"Saya minta maaf kerana Jamliah tidak dapat balik semalam. Maklumlah kalau mengiring TYT memang susah mengaturkan jadual kita kerana kadang kala ada acara tergempar…"
"Oh! Tidak mengapa. Saya senang sekali kerana ada YB, sekurang-kurangnya dia selamat bersama YB!…"
"Selamat? Memang selamat pun. Lebih dari selamat. Heee…heee…" bisik YB Rahim dalam hati yang diiringi senyum simpul yang tidak dimengertikan oleh Pak Usok.
"Jemput minum YB, Pak Karto!," pelawa Pak Usok sebaik sahaja isterinya meletakkan dulang di meja.
Jamliah membawa pisang goreng di dalam piring lalu menghilang di celah daun pintu dan sebentar kemudian terdengar bunyi Jamliah dan adiknya ketawa terkekeh-kekeh.
Setelah bertanya khabar dan berbual seketika YB Rahim meminta diri kerana tergesa-gesa untuk menghadiri mesyuarat tergempar, wal hal mahu ke rumah Ah Chong, Imam Machok atau Raja Pakau. Kalau kalah banyak, terus berhenti dan turun ke pekan Kerugau untuk bermain snooker dua tiga game. Selepas itu baru balik ke rumah untuk layan barua dan ketua cawangan atau ketua bagangan Parti Keris.
Pak Usok menghantar YB Rahim sehingga ke pintu Ninja Turtle, manakala Pak Karto tidak ikut YB Rahim kerana mahu pulang ke rumah, bimbang isterinya akan bermasam muka kerana lambat pulang. Jamliah dan ibunya hanya melambai di beranda.
Malam itu selepas makan malam, Jamliah membahagi-bahagikan buah tangan yang dibelikan kepada ayah, ibu dan adik-adiknya. Walaupun Pak Usok agak keberatan menerima, namun bangga kerana anak perawannya begitu mengambil berat terhadap dirinya. Jamliah turut menghulurkan baki wang RM200 kepada ibunya, kononnya sebagai elaun bertugas di luar kawasan.
Wang RM10,000 disorokkan di bawah tilam kerana Jamliah belum bersedia, bimbang kalau-kalau ibu bapanya tersalah anggap.
Selepas itu Jamliah menceritakan betapa seronoknya dapat mengiringi YB Rahim di majlis rasmi dan lawatan TYT sehinggalah cerita silap mata.
Mujur juga Jamliah tidak tersasul ketika menceritakan bilik tidur yang mahal dan berhawa dingin. Jika tidak sudah pasti 'X-Files' terbongkar dan ibubapanya akan mati terkejut. Jamliah terpaksa berhemat kerana bimbang ibu bapanya akan syak perubahan pada dirinya, anak dara yang kini bukan perawan lagi.
Malam itu Jamliah tidak dapat tidur kerana cuaca terlalu panas. Adiknya yang tidur di katil sebelah berdengkur keras seperti lembu yang di sembelih. Jamliah bimbang jika ibu bapanya tahu keadaan dirinya sudah pasti dia akan dipersalahkan dan di belasah teruk dan terpaksa berhenti kerja.
Jika dia berhenti kerja siapa yang akan menyara persekolahan adik-adiknya. Apa akan jadi pada dirinya? Sudah pasti dia akan dipencilkan dan akan hebohlah satu dunia.
Oh Tuhan! Apakah salahku sehingga aku menerima nasib semalang ini? Apakah dosaku sehingga aku ternoda? Apakah dosa ibubapaku sehingga aku yang menerima kisasnya? Apakah ini balasan yang aku terima kerana lalai menyembah-Mu?
Apakah kerana aku terlalu jahil maka Kau timpakan bala ini padaku? Apakah aku tidak waspada, wal hal aku sudah mengunci semua pintu melainkan pintu neraka yang membolehkan YB Rahim meragut daraku? Apakah ini suratan atau kebetulan? Apakah?
Jiwa Jamliah berkocak hebat. Nafasnya kencang dan jantungnya berdegup pantas apabila teringatkan peristiwa bersejarah yang sepatutnya dicatat di dalam Malaysia Book Of World Record kerana sekritari pertama kehilangan dara sewaktu mengiringi lawatan TYT.
Bekas tertujah paku tumpul bak cendawan baru tumbuh masih terasa nyeri bercampur nyaman. Dua bukit bertahi lalat sebesar kelingking yang dibanggakan selama ini sudah tidak sesuci dahulu.
Apatah lagi paku tumpul YB Rahim telah merobek kesucian yang cuba dipertahankannya selama ini.
Kenapa aku tidak meronta atau menjerit. Biarkah orang dengar. Kenapa aku tidak menendang sahaja paku tumpul berupa cendawan itu sebelum dilantak ke papan belian yang belum pernah dijerlus sebarang benda melainkan getah pekat ketika bulan mengambang?
Biar YB Rahim menjerit atau pengsan. Biar seluruh VIP yang mengiringi TYT tahu ada YB yang menconteng arang ke muka TYT dan menggunakan kesempatan di dalam kesempitan mencuri-curi memaku papan belian yang bukan miliknya.
Kenapa tidak paku batang pisang atau lubang berongga yang telah disumbat kayu atau plastik seperti tempat menggantung frem gambar di dinding simen? Kenapa? Kenapa?
Jamliah kesal kerana masih dalam keadaan mamai dan asyik, maklumlah papan yang masih belum pernah berketam atau digergaji. Jamliah hanya terfikir untuk menjerit namun segera dipekup mulutnya. Hendak meronta tidak berdaya kerana merasakan bagaikan berada di dalam dakapan seekor beruang yang ganas.
Lagi dironta lagi mudah pinggangnya yang besar sedikit daripada pinggang kerengga patah riuk. Mahu tidak mahu merayu, tetapi bagaimana mahu merayu kalau mulutnya ditutup dengan tangan sasa YB Rahim?
Jika boleh merayu sekalipun apakah YB Rahim akan mendengar rayuannya ketika dirinya telah dikuasai oleh bapa iblis, bak pepatah Inggeris, "Don't Argue with an erect pen*s."
Apakah rayuan Jamliah boleh mencairkan nafsu serakah YB Rahim yang semakin membuak-buak bagaikan ledakan Gunung Berapi Mayon di Filipina atau menambah gegaran dan libido batin YB Rahim seperti Tsunami di Acheh?
Jika dia terus meronta sudah pasti dia akan lemah dan lemas. Jika dia sudah lemah apatah lagi lemas, sudah pasti YB Rahim akan terus memakunya dengan rakus.
Lebih baik menyerah dalam keadaan terpaksa, setidak-tidaknya dia akan turut menikmati kelazatan dan tenggelam di dalam khayalan ketika paku bercendawan dipaku atau dicabut perlahan. Akhirnya Jamliah pasrah dan menerima tragedi ini sebagai takdir Illahi.
Tiba-tiba Jamliah terasa meloya apabila memikirkan bendalir kental yang bercampur baur dengan warna jernih dan merah jambu ketika membasuh rekahan bekas dipaku oleh YB Rahim.
Jamliah masih terlalu jahil tentang proses paku dan pemakuan. Jamliah pada mulanya hanya merasakan kesakitan yang amat sangat kerana dilantak paku yang bukan calang-calang, namun kesakitan itu tenggelam di dalam keenakan yang tidak terucap beberapa saat selepas itu sehingga Jamliah tidak pasti apakah dia turut memainkan peranan sehingga paku YB Rahim mudah masuk dan keluar daripada papan belian; sehinggalah dia terkulai layu terlebih dahulu daripada YB Rahim.
Maklumlah dalam proses pemakuan yang pertama sudah pasti papan akan retak sedikit kerana paku tidak bengkok.
Jika papan belian hanya setebal lima inci, sudah pasti akan ditebusi dengan mudah oleh paku sepanjang enam inci. Seandainya tertusuk sehingga hampir tembus sudah pasti papan akan tewas dan paku terpaksa berkerja lebih keras untuk melantak mati ke papan belian yang sudah tidak dapat ditembusi paku lagi kerana terjulur keluar.
Tukang yang mahir seperti YB Rahim akan menarik sedikit atau menyendengkan paku agar tidak menembusi papan, setidak-tidaknya memaku pada kedudukan 45 darjah atau dari arah belakang atau menyiku.
Ketika ayam jantan jirannya berkokok, Jamliah masih belum dapat melelapkan mata kerana masih terkenangkan peristiwa bersejarah, 'Hari-Hari Terakhir Seorang Perawan' yang kalau difilemkan sudah pasti akan menjadi Box Office, mengalahkan 'Blue Lagoon' atau 'Titanic'.
Mujur Jamliah bukanlah penulis skrip atau artis seperti Madonna, jika tidak dia sudah pasti akan melakonkan semula wataknya di dalam filem seperti filem 'Bed' lakonan Madonna atau 'Blue Lagoon' lakonan Brooke Shield.
Jamliah tambah bimbang kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan wang RM10,000 pemberian YB Rahim, mungkin bayaran gantirugi kerana merenggut daranya. Begitu murah sekali harga 'perawan' desa sepertinya?
Apakah dia harus mengembalikan wang tersebut kerana menerimanya bererti dia merelakan perbuatan YB Rahim ke atasnya?
Apakah dia harus menyimpan wang tersebut dan menerima hakikat dirinya sudah tidak sesuci dahulu dan menggunakan wang tersebut untuk proses memulihkan daranya seperti yang dibaca di dalam majalah Keluarga dan Variasari?
Tidak? Dia tidak akan memulihkan daranya melalui pembedahan. Dia harus pasrah pada ketentuan Illahi terhadap dirinya. Kalau kelapa sudah ditebuk tupai ditampal sekalipun akan kelihatan juga melainkan kelapa plastik yang boleh ditempa semula.
Bukan dia seorang sahaja yang kehilangan kesucian sebagai perawan Bugis, malah ribuan lagi. Bukan sahaja dilakukan oleh lelaki hidung belang seperti YB Rahim, malah oleh bapa mereka sendiri. Lebih memalukan. Dirinya bernasib baik kerana hanya dia dan YB Rahim yang tahu. Tidak ada pihak ketiga melainkan Iblis dan malaikat yang tidak kelihatan.
Ah! Lupakan sahaja soal duit itu. Masukkan sahaja ke dalam bank untuk waktu kecemasan atau kegunaan masa hadapan. Bukan dia meminta atau menjual dirinya, sebaliknya pemberian YB Rahim. Ikhlas atau tidak, itu soal YB Rahim. Yang penting, dia akan terus menjaga kehormatannya agar tidak tergadai lagi kepada 'Bapa Harimau' yang mungkin 'Hari-Hari Mau'. Begitulah kecamuknya fikiran Jamliah dan dia tidak sedar waktu bila dia terlelap sehinggalah ibunya membangunkannya untuk sembahyang subuh dan berkemas agar tidak lewat ke pejabat.
Jamliah rasa malas sekali untuk bangun kerana terlalu mengantuk dan letih, namun terpaksa menggagahi juga kerana memikirkan ada kerja penting yang harus dilakukannya.
Jamliah terlelap seketika selepas menunaikan sembahyang subuh sehinggalah dikejutkan sekali lagi oleh ibunya sehingga dia tidak sempat seterika baju kurungnya, mujur tidak kusut kerana kain sutera Thailand, jika tidak sudah pasti akan kelihatan seperti peta Sabah.
YB Rahim melemparkan senyum nakal ketika memandang Jamliah lewat cermin gelap pada dinding pemisah biliknya dengan bilik Jamliah yang merupakan pintu utama ke pejabatnya.
Jamliah seolah-olah tidak nampak dan hanya melirikkan anak mata seakan-akan memikirkan sesuatu dan meneruskan kerjanya yang tertangguh kerana terpaksa menemani YB Rahim ke Serambi PTI, menjalankan projek rahsia dan tugas-tugas khas terutama di bilik 511 Hotel Venis.
Ketika waktu rehat, Jamliah tidak sempat menjamah bekalan yang dibawa kerana terlelap seketika di meja sehinggalah YB Rahim memeluk dan menciumnya dari belakang.
Jamliah cuba mengelak kerana bimbang ada orang akan melihat terutama Salimah yang selalu menyibuk masuk secara tiba-tiba ke biliknya.
Namun apabila terpandangkan pintu bilik terkunci dari dalam, Jamliah hanya membiarkan sahaja YB Rahim memeluknya kerana kalau dilarangpun dia akan lakukan juga, tetapi apabila tangannya cuba merayap ke lokasi strategik, Jamliah cuba mengelak dan meminta diri untuk ke tandas sehingga YB Rahim kelihatan hampa, namun membuat muka selamba.
YB Rahim memberitahu mahu keluar sebentar dan berpesan akan datang lewat sedikit kerana akan menghadiri mesyuarat dan meminta Jamliah tunggu sehingga dia pulang kerana ada yang perlu disediakan untuk di bawa ke Kota Kinabalu berjumpa Ketua Menteri. Jamliah hanya mengangguk lalu menuju ke tandas di bahagian belakang pejabat.
Mujur tidak ada sesiapa di lobi kerana waktu rehat, jika tidak sudah pasti ada gossip hangat, apatah lagi hanya mereka berdua sahaja berada di pejabat yang bertutup dan berkunci dari dalam.
Walaupun masakan ibu Jamliah agak enak dan menyelerakan, namun selera Jamliah tiba-tiba hilang apabila memikirkan perlakuan YB Rahim sebentar tadi dan sudah pasti akan diulanginya lagi jika ada kesempatan.
Apakah dia harus membiarkan YB Rahim membelainya sedangkan melihat susuk tubuhnya sahaja Jamliah sudah hilang selera?
Insiden di bilik 511 adalah insiden paksaan yang masih menghantui hidupnya sejak akhir-akhir ini.
Jamliah hairan kenapa YB Rahim begitu bangga mempunyai perut boroi yang diusung ke sana ke mari seperti YB Rahim tertelan seguni beras sehingga paku tumpul seperti cendawan baru tumbuh kelihatan terperosok, bak kepala kura-kura yang terkejut mendengar guruh di langit. Betapa sukarnya dia bernafas ketika YB Rahim menindisnya di bilik 511 sehinggalah posisinya diubah seperti pelancar roket atau meriam katak.
Jamliah merasakan dia tenggelam dalam keasyikan yang amat sangat setelah mengalami kesakitan sebentar, maklumlah siapa yang tidak terkejut apabila terkena paku, bisik hatinya.
Jamliah menyimpan semula tupperware yang mengisi makanannya setelah menyuapkan beberapa sudu ke dalam mulutnya sekadar mengalas perut. Jamliah mencapai beg tangannya lalu turun ke bawah dan berjalan menuju ke kaki lima bangunan tiga tingkat sebelum menaiki sebuah kereta sapu, kenderaan rasmi di Fajar Harapan.
Jamliah terus mengelamun sehinggalah kereta sapu itu berhenti di hadapan Standard Chartered Bank di pekan Kerugau. Jamliah turun dan melintasi jalan yang sibuk dengan kenderaan yang bersimpang siur.
Setelah melihat sekeliling, tidak ada sesiapapun yang dikenalinya. Jamliah bergegas menuju ke kaunter yang lengang lalu menghulurkan buku akaun simpanan yang mencatatkan baki RM 43.37 bersama envelop yang diberikan YB Rahim kepadanya. Seketika kemudian kerani bank menyerahkan semula buku akaun simpanan berkenaan untuk disemak Jamliah.
Jamliah mengangguk dan tersenyum kepada kerani bank setelah memastikan baki bersih akaunnya sejumlah RM10,048.22. Entah dari mana datangnya RM 4.85, mungkin faedah wang simpanannya yang tidak terusik selama hampir dua tahun itu, baki biasiswa Kerajaan Negeri Sabah yang diterimanya semasa menuntut dahulu.
Jamliah segera kembali ke Fajar Harapan dengan menaiki teksi yang kalau dihantar ke Muzium Sabah pun sudah pasti akan ditolak kerana terlalu buruk, berbanding dengan kereta sapu Proton Wira yang dinaikinya sebentar tadi. Jamliah tidak ada pilihan kerana teksi berdekatan sebuah hotel itu mengikut giliran dan dia terkena giliran teksi cabuk yang masih diberikan permit.
Terhegeh-hegeh teksi cabuk itu mendaki bukit yang memisahkan bandar Kerugau dengan Fajar Harapan.
Sewaktu sampai di Pejabat, Salimah dan beberapa orang tetamu sedang berbual-bual di ruang tamu, beberapa orang di antaranya menunggu surat sokongan permohonan tanah dan permohonan biasiswa untuk anak mereka.
Jamliah hanya melemparkan senyuman dan tunduk membongkok ketika melalui ruang tamu yang kebetulan berhadapan dengan biliknya dan meja penyambut tetamu, Salimah.
Jamliah tergelak di dalam hati apabila teringat kata-kata YB Rahim, Salimah bukanlah Penyambut Tetamu, sebaliknya tukang sapu yang berlagak seperti penyambut tetamu dan operator agar kelihatan lebih glamor.
Sebaik sahaja menyiapkan surat sokongan, Jamliah meletakkan surat berkenaan di atas meja YB Rahim dan kembali ke biliknya untuk menyiapkan beberapa dokumen dan surat penting yang diminta YB Rahim, terutama surat meminta tanah di kawasan bandar Kerugau dan tanah pertanian yang telah dipohon oleh beberapa pemohon terdahulu.
Jamliah sempat membancuh Nescafe untuk dirinya dan YB Rahim yang tiba-tiba muncul ketika dia sedang mengacau gula di dalam cawan Nescafe yang aromanya semerbak di bilik berhawa dingin yang mula menggigit, lalu meletakkan cawan nescafe tersebut di penjuru kanan meja YB Rahim yang terpampang gambar YB Rahim dan Suzana serta tiga anak mereka.
Satu anak subsidi kerana Suzana termengandung anak orang lain sewaktu menikahi YB Rahim yang ketika itu Tukang Zero-Zero kayu balak.
YB Rahim sempat mengusik, namun Jamliah hanya mampu tersengih dan berlalu menuju ke biliknya membawa surat yang telah ditandatangani YB Rahim sebelum diserahkan kepada para tetamu yang menunggu.
Salimah ke dapur membancuh kopi untuk tetamu dan dihidangkan dengan sedikit biskut, satu kemestian di pejabat politik, terutama Pejabat YB Rahim yang ketika itu Naib Ketua Bahagian Parti Keris.
Beberapa orang tetamu yang telah membuat temu janji masuk ke bilik YB melintasi Jamliah yang sibuk membelek surat untuk direkod dan difailkan. Terlalu banyak surat yang dibawa oleh Salimah daripada Pejabat Pos dan kebanyakannya surat rasmi melainkan dua pucuk surat sulit Urusan Seri Paduka Baginda yang berlakri untuk YB Rahim yang tidak dibukanya.
Jamliah terpaksa mengasingkan surat untuk tindakan segera dan surat makluman bagi membolehkan dia mengambil tindakan wajar kerana YB Rahim akan ke Kota Kinabalu selama lima hari awal pagi esok.
Tiba-tiba YB Rahim keluar dari biliknya dan menyerahkan fail sulit yang mengandungi permohonan tanah dan permohonan kontrak kerja untuk membina sekolah dan membaik pulih hospital dan meminta Jamliah menyediakan surat tersebut pada hari itu juga walaupun ketika itu sudah hampir jam lima petang.
YB Rahim meminta Jamliah menghantar surat tersebut ke Lapangan Terbang Kerugau pada awal pagi esok. Jamliah akur dengan arahan YB Rahim walaupun telah berjanji dengan adiknya akan pulang awal.
Maklumlah pada malam itu adik bungsunya akan menyambut hari jadi dan mereka sekeluarga akan menyambutnya secara sederhana dan ala kadar bersama anak-anak jiran.
YB Rahim yang sudah merasa seronoknya memaku papan belian Jamliah terkenangkan rongga paku yang telah ditinggalkan dan ingin membersihkan rongga itu dengan memasukkan semula paku berkepala cendawan baru tumbuh itu ke dalam rongga yang telah diciptanya.
Semua orang termasuk Salimah dan YB Rahim sudah pulang sehingga memaksa Jamliah mengunci pintu pejabat kerana khuatir ada penceroboh ketika dia asyik bekerja. Ini bukanlah kali pertama Jamliah lewat pulang, sudah berkali-kali terutama apabila terpaksa menyiapkan pelbagai kerja pejabat yang perlu dibereskan semasa YB Rahim mahu berangkat ke Kota Kinabalu atau Kuala Lumpur.
Setelah selesai semua surat menyurat yang diperlukan oleh YB Rahim, Jamliah berkemas untuk pulang. Tiba-tiba terpacul YB Rahim di muka pintu biliknya yang tidak berkunci kerana pintu utama pejabat telah berkunci. Jamliah agak kaget, namun segera menyerahkan fail sulit berkenaan kepada YB Rahim, sekurang-kurang dia berasa lega kerana tidak perlu bergegas ke Lapangan Terbang Kerugau awal pagi esok.
Sebelum sempat Jamliah meminta diri untuk pulang, YB Rahim memanggilnya masuk ke bilik dan menyerahkan dua pucuk surat sulit yang tertinggal di dalam kereta dan diperlukan segera.
Mahu tidak mahu, Jamliah terpaksa menyiapkan surat tersebut dan menyerahkan kembali kepada YB Rahim dan menunggu di hadapan meja kalau-kalau ada yang perlu dibetulkan. YB Rahim membaca seketika dan terus menandatangani surat berkenaan lalu dimasukkan ke dalam beg kulit yang telah dikemaskan untuk mengisi semua dokumen yang disediakan Jamliah.
Ketika Jamliah meminta diri untuk pulang, YB Rahim menawarkan diri untuk menghantar Jamliah pulang kerana cuaca sudah gelap dan tidak ada lagi kereta sapu di kawasan itu setelah Jamliah berpesan kepada Salimah agar memberitahu pemandu kereta sewa bulanannya yang menunggu di bawah tidak payah menunggunya kerana dia akan balik sendiri.
Jamliah akur kerana YB Rahim sering kali menghantarnya pulang terutama ketika ada kerja yang perlu dibereskan. Namun sebaik sahaja Jamliah mematikan lampu bilik YB Rahim yang berdekatan dengan pintu biliknya, YB Rahim merangkulnya dari belakang.
Jamliah terkejut. Darahnya tersirap. Jantungnya berdegup pantas. Pegangan YB Rahim begitu kejap dan tidak berjaya dirungkai. YB Rahim segera mendukungnya dan menduduk Jamliah di atas meja di bilik YB Rahim yang begitu sejuk kerana hawa dingin belum dimatikan.
Jamliah merayu agar YB Rahim tidak mengulangi peristiwa di bilik 511, namun YB Rahim yang sudah merasa seronoknya memaku papan belian Jamliah terkenangkan rongga paku yang telah ditinggalkan dan ingin membersihkan rongga itu dengan memasukkan semula paku berkepala cendawan baru tumbuh itu ke dalam rongga yang telah diciptanya.

Bersambung.......

PKR kepada polis: Dedah siapa di sebalik video seks 1999 "Siapa Anwar"

Posted: 21 Apr 2011 05:21 AM PDT

Apr 21, 2011 08:11:17 pm
Dalam sebuah artikel yang diterbitkan hari ini dalam portal Internet "The Malaysian Insider" yang ditulis oleh Shannon Teoh, seorang bekas pegawai polis Mat Zain Ibrahim mendedahkan sebuah video bertajuk "Siapa Anwar" yang kononnya melibatkan Anwar Ibrahim diedarkan di Kuala Lumpur beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum November 1999.

Laporan polis dibuat berkenaan video tersebut. Mat Zain yang ketika itu mengetuai Jabatan Penyiasatan Jenayah, Kuala Lumpur memaklumkan bahawa siasatan dibuat berikutan laporan polis tersebut dan polis mengenalpasti sumber video seks 1999, tetapi tidak dapat mengenalpasti siapa di belakang video seks 1999 ini, tetapi tidak dapat mengenalpasti siapa di belakang pengedarannya kepada orang ramai.

Beliau turut mencadangkan bahawa Rahim Thamby Chik mungkin dikaitkan dengan video yang muncul pada 1999, bermotifkan balas dendam terhadap Anwar Ibrahim memandangkan Anwar telah membuat laporan polis pada 20 Ogos 1999 daripada penjara Sg.Buluh terhadap Rahim yang menuduh tindakan jenayah dan rasuah oleh Rahim, hanya tiga bulan sebelum kemunculan video 1999 tersebut.

Kami mengambil maklum bahawa polis telah mendedahkan butir-butir mengenai siasatan video seks terkini secara aktif dan luar biasa pada tempoh-tempoh yang tertentu.

Parti Keadilan Rakyat menggesa Ketua Polis Negara, Ismail Hj Omar, untuk memaklumkan kepada orang ramai siapakah yang dikenalpasti polis pada 1999 sebagai pihak di belakang video seks 1999. Keadilan juga menggesa KPN untuk memaklumkan kepada orang ramai apakah tindakan yang diambil terhadap pihak yang dikenalpasti di belakang video seks 1999. - Merdeka Review

*Kenyataan media oleh Sivarasa Rasiah selaku ahli Biro Politik, Parti Keadilan Rakyat merangkap ahli parlimen Subang

Bukan saja Cina, Melayu juga dah tak sokong kerajaan Najib

Posted: 21 Apr 2011 12:14 AM PDT

PETALING JAYA: Kisah pengundi Cina yang menyokong pembangkang khususnya DAP bukan baru. Cuma ada pihak tertentu yang membesar-besarkannya setiap kali parti pemerintah kalah dalam pilihan raya.
Dan gesaan 'menghukum' masyarakat Cina juga sudah lali didengar. Lantas masyarakat Cina dicap sebagai warga yang tidak berterima kasih dan perlu dihukum.
Pada PRU 1969, masyarakat Cina menyokong DAP dan menyebabkan kekalahan besar Barisan Nasional (BN) di kawasan bandar dan akhirnya mencetuskan 13 Mei 1969.
Pada PRU 2008, masyarakat Cina berbondong-bondong menyokong pembangkang sehingga DAP berjaya menawan Pulau Pinang.
Dalam pilihan raya negeri Sarawak yang baru berlalu, calon DAP menang dengan cemerlang. Sebaliknyacalon SUPP kecundang satu demi satu.
Pada pengamatan pemerhati politik trend pengundi Cina menyokong pembangkang akan berterusan sehingga PRU akan datang.
Ini bermakna parti Cina dalam BN seperti MCA dan Gerakan menghadapi masa depan yang gelap. Dan sebaliknya para pemimpin DAP ternyata gembira dengan sokongan pengundi Cina di Sarawak.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan ia petanda baik kepada parti dalam PRU ke 13.
Tetapi menghukum pengundi Cina semata-mata kerena mereka tidak menyokong parti kerajaan tidak semestinya akan menyebabkan mereka kembali menyokong kerajaan, beliau dipetik sebagai berkata.
Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, beliau juga menghukum kaum Cina yang tidak menyokong kerajaan BN tetapi mereka tetap menolak parti kerajaan.
Mesti diingat bukan kaum Cina sahaja yang tidak menyokong parti kerajaan. Orang Melayu juga ramai yang berfikiran sama.

Orang Melayu tolak Umno

Di Kelantan, Perak, Kedah dan Selangor, orang Melayu menolak calon Umno secara besar-besaran. Kedah dan Kelantan dikuasai PAS, musuh ketat Umno.
Pada PRU 1999, orang Melayu di Terengganu menumbangkan kerajaan BN pimpinan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang menjadi menteri besar sejak tahun 1978 lagi.
Maka Dr Mahathir menghukum kerajaan PAS Terengganu dengan menghentikan pembayaran royalti minyak yang dianggarkan RM800 juta setahun kepada negeri itu.
Begitu juga nasib orang Melayu Kelantan yang membantu PAS memerintah negeri itu sejak tahun 1990. Kerajaan Pusat telah meminggirkan Kelantan semata-mata kerana Umno kalah di negeri itu.
Penganalisis politik tempatan menganggap menghukum pengundi Cina yang tidak sealiran mereka adalah tindakan yang sama sekali bertentangan dengan amalan demokrasi.
"Apakah demokrasi negara kita sama dengan beberapa negara Timur Tengah di mana penentang dihukum? Era hanya kerajaan sahaja yang benar sudah berlalu. Jika rakyat tidak suka dengan kerajaan, mereka tentu tidak sokong.
"Mengapa orang (pengundi) Cina tidak sokong kerajaan? Kerana mereka tidak terkongkong dengan kerajaan, mereka kumpulan yang berdikari dan berfikiran terbuka," kata seorang penganalis Zulkifli Hassan - Free Malaysia Today