WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- DR LO' LO' PULA JADI BAHAN FITNAH
- MENGAPA PERKASA TERLALU BUSUK HATINYA?
- MANA SATU YANG BETUL ? KONDO ATAU HOTEL ?
- VIDEO SEKS, BERITA HARIAN BAWA AGENDA JAHAT- KEADILAN
- TIBA-TIBA VIDEO SEKS SUDAH TERBANG KE TAIWAN, NAMUN GAGAL MENGESAHKAN PELAKUNYA
DR LO' LO' PULA JADI BAHAN FITNAH Posted: 21 Apr 2011 09:50 PM PDT Aziz Muda KUALA LUMPUR, 21 April: Sebaran fitnah yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Datuk Mohd Ghazali menerusi pemasangan banner-banner tidak bertanggungjawab hari ini, diyakini akan memakan tuannya sendiri. Keyakinan itu disandarkan kepada pengakuan orang ramai, khususnya penduduk di kawasan Kampung Baru sendiri, berkaitan sikap dan tindakan sebenar Dr Lo' Lo' berhubung kejadian itu yang sememangnya sudah berusaha dengan pelbagai cara bagi membantu mangsa dan mengatasinya. Beberapa orang penduduk yang ditemui mengakui, sebaliknya yang jelas tidak bertanggungjawab berhubung kejadian itu bukanlah Dr Lo' Lo', tetapi pihak yang menyebarkan fitnah itu sendiri, sehingga mereka bukan sekadar tidak melakukan sebarang tindakan bagi membantu mangsa dan mengatasi kejadian itu, malah tidak pernah menjenguk ke tempat kejadian sejak kejadian itu berlaku. "Itulah yang dapat disimpulkan. Jadi pihak yang menjadi mangsa fitnah, khususnya Dr Lo' Lo', tidak perlu risau dengan fitnah yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menerusi pemasangan kain rentang itu kerana ia dapat dinilai oleh orang ramai sendiri. "Sebaliknya, pihak yang menyebarkan fitnah itu pula yang perlu berjaga-jaga kerana fitnah itu diyakini akan berpusing kepada mereka sendiri pula nanti," tegas seorang penduduk di Kampung Baru, Yusof Sukarman, 47, ketika ditemui di Kampung Baru, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pemasangan banner-banner berunsur fitnah terhadap Dr Lo' Lo' hari ini, ekoran kejadian tanah jerlus di Jalan Syed Mahadi di Kampung Baru jam 12.15 malam, 14 April lalu. Kejadian tersebut berlaku akibat longkang yang berada di bawah tanah di jalan tersebut pecah, apabila palung besar yang berada di atasnya yang membawa aliran air dari Sungai Bonus bersebelahan wisma Bernama ke Sungai Kampung Baru atau Sungai Klang, bocor kerana tersumbat dengan sampah sarap yang terlalu banyak. Ini menyebabkan berlakunya penyerapan air ke dalam tanah yang membawa kepada mendapan tanah sehingga mencetuskan tanah jerlus dan banjir lumpur di kawasan itu, sekali gus merbahayakan rumah-rumah kediaman di sekitarnya. Demi kepentingan politik kotor pihak tidak bertanggungjawab, mereka telah mengambil kesempatan memasang banner di beberapa tempat di Kuala Lumpur hari ini untuk memburukkan Dr Lo' Lo'. Setakat yang dapat dikesan, banner-banner tersebut telah dinaikkan di tiga tempat iaitu di jejantas Jalan Raja Abdullah dekat Kampung Baru, jejantas berdekatan Tabung Haji dan jejantas dekat Jalan Gurney. Lontoran kata-kata yang dipaparkan pada banner-banner itu masing-masing berbunyi "Dr Lo' Lo' hanya pandai cakap/janji tapi tak mampu selesaikan isu tanah mendap di Kampung Baru", "Tanah Kampung Baru mendap, apa Dr Lo'Lo' mampu buat?" dan "Tanah Kampung Baru mendap, rakyat perlu nilai kemampuan Dr Lo'Lo' selesaikan masalah". Mengulas kejadian itu dengan lebih lanjut, Yusof berkata, seluruh penduduk di Kampung Baru sudah melihat sendiri Dr Lo' Lo' sememangnya tidak berdiam diri dengan kejadian itu, malah kerap kali dilihat berada di tempat kejadian dan melawat mangsa di pusat penempatan sementara bagi membantu mereka dari segala aspek. Selain itu, Dr Lo' Lo' juga turut mengadakan pelbagai rundingan segera dengan pelbagai pihak berwajib sehingga mereka yang terbabit dibantu dengan sewajarnya, sehingga mereka dibenarkan pulang kembali ke rumah masing-masing setelah terjamin selamat. "Tanah jerlus dan banjir lumpur yang berlaku di Jalan Syed Mahadi itu pun bukan salah Dr Lo' Lo'. Ia berpunca dari perancangan pembangunan yang tidak betul sejak puluhan tahun dulu lagi di Kampung Baru yang dah berlaku sejak Umno BN berkuasa di Kampung Baru. "Penduduk Kampung Baru sendiri pun sejak dulu lagi tak setuju dengan perancangan pembangunan yang dilakukan oleh pihak Umno BN itu. Banyak benda yang tak kena. Sekarang ia telah mengakibatkan terjadinya tanah runtuh di Jalan Syed Mahadi. "Itu pun nasib baik longkang sahaja yang pecah. Kalau palung besar yang berada di atas longkang itu yang pecah, pasti akan mengakibatkan kejadian lebih buruk lagi," tegasnya. Kesemua itu, menurutnya, perlu dihalusi sendiri oleh pihak yang menyebarkan fitnah itu kerana ia jelas berpunca dari pihak mereka sendiri. "Sebenarnya saya tahu siapa yang memasang banner-banner itu. Saya juga tahu siapa dalangnya. Tapi saya taknak sebutlah. Biar orang ramai tahu sendiri supaya orang ramai dapat menilai sendiri buruknya sikap dan tindakan mereka sejak sekian lama dulu. "Saya hanya berharap agar pihak yang melakukan pekerjaan terkutuk itu sedar dengan apa yang mereka lakukan kerana setiap yang buruk pasti akan mendatangkan keburukan kepada pelakunya sendiri nanti," tegas beliau./Harakahdaily | |||
MENGAPA PERKASA TERLALU BUSUK HATINYA? Posted: 21 Apr 2011 08:13 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS APABILA DAP memenangi banyak kerusi di dalam PRN Sarawak baru-baru ini, sekaligus meningkatkan imej dan prestasi PR di Sarawak dan sekaligus memalukan Bn di Sarawak, ini semua membuatkan beberapa pihak yang pro Bn terutamanya Umno mulai rasa bimbang dan `sakit hati'. PERKASA yang kununnya mengaku sebuah pertubuhan yang bersifat `non - partisme', namun akhirnya menunjukkan belang bahawa pertubuhan yang diterajui oleh Ibrahim Ali MP Bebas dari Pasir Mas itu sebenarnya penyokong tegar Umno/Bn. PERKASA dikenali ramai sebagai pertubuhan yang taksub kepada Melayu secara membabi buta sehinggakan seolah-seolah menganggap bumi Malaysia ini hanya milik orang-orang Melayu sahaja. Membaca kenyataan PERKASA Cawangan Sarawak di dalam mengulas kemenangan besar DAP di Sarawak, Ketuanya Abang Abdul Nasser Abang Hadari berkata, " Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina." (Malaysiakini). Inilah kenyataan busuk hati dan pendendam oleh PERKASA sedangkan selama ini apa yang PERKASA perjuangkan di Sarawak sehingga ramai kaum Melayu dan Bumiputera di Sarawak hidup susah dan ketinggalan dalam banyak segi? Berbeza dengan kaum Cina, mereka mempunyai pandangan jauh di dalam politik dan tidak hanya memikirkan soal perut dan sogokan yang sementara semata-mata. Anggapan PERKASA termasuk Tun Mahathir bahawa DAP membawa perkauman di Sarawak adalah hujah yang tidak mempunyai fakta yang tepat. Adakah PERKASA dan Tun Mahathir tidak melihat perjuangan DAP di Semenanjung di mana parti ini sanggup bekerjasama dengan PAS dan PKR bagi mewujudkan sebuah negara yang adil dan bersih dari amalan rasuah? Contoh terbaik kepimpinan DAP boleh dilihat di P.Pinang sekarang ini yang mana tiada satu kaum pun yang terpinggir. Di Sarawak, semangat ini dibawa oleh DAP dan sudah tentu rakyat mempercayai DAP dari SUPP setelah melihat ketelusan dan keadilan pimpinan DAP di P.Pinang. Jika benar DAP membawa isu perkauman, mengapa sepanjang kempen DAP di Sarawak tiada satu pun laporan dibuat oleh mana-mana pihak mendakwa DAP bermain dengan sentimen perkauman? Mengapa setelah DAP berjaya dengan cemerlang, isu ini timbul? Media pencacai seperti Utusan Meloya pun menyambut dakwaan bodoh dari PERKASA dan Tun Mahathir ini. Mungkin Tun Mahathir merasa malu setelah di`import' berkempen di Sarawak, namun Bn terus hilang 8 kerusi termasuk kerusi bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Suatu pukulan hebat dari DAP buat Tun Mahathir dan juak-juaknya. Mahathir terasa suatu ketika kaum Cina amat menyanjunginya, tetapi kini cakap Tun Mahathir bukan sahaja ditolak oleh kaum Cina bahkan kaum Melayu sendiri pun lebih suka melihat Tun berehat sahaja di rumah. Saya yakin, isu perkauman yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir dan digerakkan oleh PERKASA serta Utusan Meloya ini akan berterusan sehingga PRU Ke 13 nanti. Bn kini amat tertekan kerana Sarawak kini dilihat bukan lagi talian hayat buat Bn bagi mengekalkan kuasa di Putrajaya./wfauzdin.blogspot.com | |||
MANA SATU YANG BETUL ? KONDO ATAU HOTEL ? Posted: 21 Apr 2011 07:59 AM PDT WAYANG BARU 1MALAYSIA [BUKTI JELAS]
| |||
VIDEO SEKS, BERITA HARIAN BAWA AGENDA JAHAT- KEADILAN Posted: 21 Apr 2011 06:12 AM PDT KUALA LUMPUR: KEADILAN mengutuk tindakan akhbar arus perdana, Berita Harian yang tidak mencerminkan etika kewartawanan kerana melaporkan secara semberono kononnya individu dalam video seks fitnah sepadan dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Naib Presiden, N Surendran berkata, selepas meneliti laporan berita tersebut beliau mengesyaki pihak polis turut bersekongkol membocorkan maklumat yang seharusnya sulit kerana masih dalam tempoh siasatan. "Ini merupakan modus operandi biasa dengan niat jahat yang dilakukan untuk mencalar imej seseorang dengan membuat tajuk berita utama secara sensasi untuk mengelirukan orang ramai. "Tidak mustahil pihak polis turut bersekongkol dan mereka turut mempunyai agenda politik," kata Surendran. Pada tajuk utamanya hari ini, akhbar itu memetik sumber tanpa nama, kononnya sebuah agensi penyiaran terkemuka di Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut akhbar itu lagi, polis juga telah mengenalpasti lokasi video tersebut dirakamkan, iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur dan wanita terbabit dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara. "Akhbar tersebut tidak menamakan siapa, dimana dan apa kelayakan makmal atau pun penganalisis yang menjalankan kajian di Korea Selatan itu. Ia dilaporkan secara tergantung dan dibuat secara sensasi. "Agenda Berita Harian ini adalah agenda Umno dan Barisan Nasional," Ujar Surendran. Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat individu atau pihak yang kononnya dilihat bebas dan berkecuali 'dipasang' (planted) oleh mereka yang mempunyai motif jahat untuk mencalar kredibiliti Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. "Ada kemungkinan pihak polis sendiri yang melantik mereka (penganalisis) ini," katanya. Sementara itu, Surendran menambah, isteri Ketua Umum, Datuk Seri Dr Wan Azizah sendiri telah memastikan bahawa individu dalam video tersebut bukan suaminya. "Siapa lagi yang boleh mengesahkan tubuh seseorang, kalau bukan isterinya sendiri. Ini merupakan percubaan akhir pihak-pihak yang takut kepada kemaraan Pakatan Rakyat," jelasnya./KeadilanDaily | |||
TIBA-TIBA VIDEO SEKS SUDAH TERBANG KE TAIWAN, NAMUN GAGAL MENGESAHKAN PELAKUNYA Posted: 21 Apr 2011 02:45 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS VIDEO Seks yang kununnya melibatkan DS Anwar sudah sampai ke Taiwan? Diberitakan video seks itu hanya ada satu salinan asal dan kini berada di tangan pihak Polis yang menyiasat, masa bila sudah berada di Taiwan? Sebelum ini, video tersebut juga dimuatkan ke dalam Youtube, siapa yang memuatkannya sehingga Eskay pun naik pening? Hari ini, seperti dilaporkan oleh Malaysiakini, " Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut akhbar milik Umno itu, polis juga telah mengenalpasti lokasi video seks tersebut dirakamkan - iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur - dan wanita terbabit adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara (Malaysiakini). Jika benar itu laporan dari pakar di Taiwan, ertinya sama juga dengan pendapat mereka yang telah menonton video berkenaan iaitu memang ada iras watak lelaki berperut buncit tersebut dengan Anwar. Maka, tiada beza dengan pendapat pakar dari Taiwan tersebut. Sepadan dan juga seiras, tetapi tidak disahkan siapa sebenarnya. Persoalan lain, dikatakan bahawa Polis mengesahkan aksi tersebut berlaku di sebuah kondomunium di dalam negara, tetapi sebelum ini kita diberitahu aksi tersebut berlaku di sebuah hotel. Masalah jam pula memeningkan. Heboh diperkatakan jam itu kununnya hadiah dari kerabat Arab Saudi, tetapi Polis menyebut jam berkenaan dibeli di Taiwan tahun 2004. Mungkin sebab itu pihak Polis tidak menumpukan soal jam Omega yang kununnya kepunyaan Anwar. Apa pun yang kita bincangkan dengan isu karut ini, yang pasti pelaku yang mengaku menayangkan video lucah tersebut masih duduk goyang kaki melihat betapa undang-undang di negara ini menjadi haru-biru dan rakyat terus dibuai dengan cerita jijik sedemikian./wfauzdin.blogspot |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan