Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Pengakuan Raja Petra tak akan mengubah Akuan Bersumpah 3 tahun lalu - Naib Presiden PKR

Posted: 13 Apr 2011 11:15 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
April 14, 2011

KUALA LUMPUR, 14 April — Naib Presiden PKR N. Surendran berkata pendedahan dibuat Raja Petra Raja Kamaruddin, disiarkan TV3 malam tadi, tidak akan memberi apa-apa kesan ke atas akuan bersumpah (SD) dibuat blogger kontroversial itu tiga tahun lalu.
Jelas Surendran (gambar), sebarang temu bual atau kenyataan disiarkan dalam mana-mana media tidak boleh digunakan untuk mengubah kandungan SD termasuk dibuat Raja Petra pada Jun 2008.
Semalam, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.
Sebaliknya pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.
Raja Petra berkata, SD yang dibuatnya pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu.
Tegas Surendran, pengakuan Raja Petra semalam bercanggah dengan SD 2008.
"Saya merujuk temu bual Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan TV3 semalam dan pengakuan dibuat itu bertentangan dengan SD yang dibuatnya pada 18 Jun 2008.
"SD yang dibuat Raja Petra Kamaruddin itu menuduh Najib dan isterinya terlibat dalam pembunuhan Altantuya Sharibuu," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Jelas beliau, pengakuan terbaru Raja Petra itu tidak akan mengubah kandungan pengakuan yang telah dibuat sebelum ini.
"Pengakuan dan kenyataan yang dibuat Raja Petra tiga tahun lalu sudah disahkan, SD sudah dibaca dan ditafsirkan.
"Jadi temu bual dengan televisyen tidak akan mempengaruhi kandungan atau kebenaran dalam SD kecuali jika wujud unsur paksaan, malah Raja Petra juga telah mengesahkan SD dengan begitu pasti," katanya.
Dalam SD 2008 itu, Raja Petra berkata beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.
Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Raja Petra, seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.
Tambah Surendran, sehingga kini masih tiada penjelasan kukuh daripada Najib dan pentadbiran berhubung tuduhan dibuat oleh satu akhbar Perancis, Liberation yang mengaitkan Presiden Umno itu dengan pembunuhan Altantuya dan penjualan tiga kapal selam negara itu.
"Ketika itu Najib adalah Menteri Pertahanan dan telah bertanggungjawab atas pembelian kapal selam itu. Persoalan ini mempunyai kepentingan besar kepada umum. Juga masih tiada penjelasan yang boleh diterima berhubung mengapa syarikat Malaysia menerima pembayaran berjumlah Euro 114 juta dari perjanjian pembelian kapal selam.
"Ini adalah satu perkara yang mengecewakan apabila kerajaan Perancis menyiasat perkara ini, sebaliknya Malaysia pula tidak ambil tahu. Tuduhan-tuduhan ini begitu serius dan akan memberikan kesan serta perlu diwujudkan suruhanjaya diraja bagi menyiasatnya," katanya.
Dalam kenyataan hari ini Raja Petra mendedahkan konspirasi yang cuba mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya dengan harapan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, boleh menjadi perdana menteri. - TMI

Raja Petra ubah sejarah - Rafizi

Posted: 13 Apr 2011 10:55 PM PDT


Oleh Shannon Teoh
April 14, 2011

KUALA LUMPUR, 14 April — Mohd Rafizi Ramli menafikan dakwaan Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa satu pertemuan pernah diadakan di pejabat Tengku Razaleigh Hamzah tiga tahun lalu untuk membincangkan strategi menghalang Datuk Seri Najib Razak daripada menjadi perdana menteri, sebaliknya peluang tersebut memihak veteran Umno itu.
Rafizi (gambar), Pengarah Strategi PKR menegaskan, pertemuan dimaksudkan itu diadakan pada Oktober 2007 tetapi tidak pernah menyentuh soal Najib dan ia dianjurkan oleh penulis-penulis blog yang probekas perdana menteri tun Dr Mahathir Mohamad, yang mahu melihat pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi berakhir.
"Raja Petra mengubah cerita supaya memihak kepada beliau," katanya.
Dr Mahathir ketika itu "menyerang" Abdullah sehingga beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada April 2009.
Ia terjadi disebabkan rasa kurang senang apabila Abdullah merombak sistem dan dasar pentabiran diwarisi Dr Mahathir termasuk membatalkan rancangan "jambatan bengkok", projek yang sepatutnya menggantikan Tambak Johor.
Raja Petra menyatakan demikian dalam tulisan terbaru portalnya hari ini, yang mendedahkan wujud konspirasi cuba mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu dengan harapan, Tengku Razaleigh boleh menjadi perdana menteri.
Beliau membuat pendedahan itu sehari selepas sebahagian temu bual dengan stesen televisyen prokerajaan, TV3, muncul malam tadi di mana beliau menafikan pernah menuduh isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dilihat berada di lokasi Altantuya dibunuh lima tahun lalu.
"Keseluruhan matlamat usaha ini ialah menghalang Najib daripada mengambil alih jawatan perdana menteri. Jika (Tun) Abdullah Ahmad Badawi boleh dipaksa untuk meletakkan jawatan, dan jika Najib boleh dihalang daripada mengambil alih, maka Tengku Razaleigh boleh menjadi perdana menteri," tulis Raja Petra dalam portal Malaysia Today kendaliannya hari ini.
Raja Petra yang turut dikenali sebagai RPK berkata, pertemuan itu yang dihadiri sekitar 30 orang telah berlangsung di pejabat bekas menteri kewangan itu di mana pembantunya Nik Azmi Nik Daud adalah pengucap utama.
"Tujuan pertemuan ialah mengeksploitasi (cara) bagaimana ia (rancangan itu) boleh digerakkan supaya Tengku Razaleigh boleh mengambil alih jawatan perdana menteri," kata Raja Petra yang kini tinggal dalam pembuangan kendiri di United Kingdom.
Raja Petra juga menamakan beberapa orang yang hadir pertemuan itu termasuk penulis blog Umno dan Rafizi sendiri, tetapi tidak menyebut bila mesyuarat itu diadakan.
Bagaimanapun Rafizi berkata pertemuan itu "tidak bercakap soal Najib, Rosmah atau Altantuya."
"Mereka yang bercakap hanya menyatakan perasaan meluat mereka dengan Abdullah dan berkata, hanya Ku Li (Tengku Razaleigh) boleh menyelamatkan negara.
"Najib bukan satu faktor kerana beliau terlalu lemah untuk mencabar Abdullah," katanya.
Beliau menambah, sebelum petanda pilihan raya umum 2008 yang memperlihatkan Barisan Nasional (BN) tewas lima negeri dan gagal memperoleh majoriti dua pertiga dalam Parlimen.
"Jadi semua orang menyangka BN kebal dan Abdullah hanya boleh digantikan seseorang dalam Umno. Ku Li dilihat mampu untuk menerima cabaran itu kerana apa yang telah beliau lakukan sebelum ini," kata Rafizi merujuk kepada Tengku Razaleigh yang disingkirkan Dr Mahathir pada pemilihan Umno 1987.
"Tetapi Ku Li tidak makan umpan," katanya.
"Pertama beliau mahu melihat sokongan. Sebaliknya, jika tiada sesiapa dari Umno menyokong dia, dia akan diskru," tambah Rafizi.
"Tapi Ku Li tidak berminat. Beliau mahu melihat sokongan dulu, kalau tiada sesiapa dalam Umno yang sokong, beliau akan tarik diri," tambahnya.
Jelas Rafizi, beliau hadir pertemuan itu atas dasar peribadi sama seperti Raja Petra yang dijemput untuk hadir dalam satu program anjuran Allahyarham Adlan Benan Omar.
Beliau setuju untuk menghadiri pertemuan itu, yang mana kali pertama berjumpa dengan Raja Petra pada 2003.
Rafizi berkata, temu bual Raja Petra bersama TV3 itu adalah untuk menjatuhkan kredibiliti Tengku Razaleigh dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan ancaman kepada Najib.
Bagaimanapun Rafizi berkata, beliau tidak tahu mengapa Raja Petra, yang dulu memihak pembangkang kini membuat dakwaan sedemikian, sementara beliau tidak bercakap dengan blogger kontroversional itu sejak 2009. - TMI

PRN Sarawak : Sarawak yang membangun ala Taib (gambar)

Posted: 13 Apr 2011 10:11 PM PDT

Inilah salah sebuah rumah yang dilawati Chegu Bard di pinggir bandar di Sarawak. Apakah benar rakyat Sarawak menerima pembangunan seperti yang dilaung2kan oleh KM nya ? Hahaha ...

Din Merican nafi dakwaan RPK

Posted: 13 Apr 2011 08:34 PM PDT


Oleh Shazwan Mustafa Kamal
April 14, 2011

KUALA LUMPUR, 14 April — Penulis blog Din Merican menafikan beliau "bersubahat" untuk mencemarkan nama Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan mengaitkan mereka dalam kes bunuh Altantuya Shariibuu sebagaimana didakwa dalam temu bual TV3 bersama Raja Petra Raja Kamarudin yang disiarkan malam tadi.
"Saya terkejut apabila mendengar bahawa saya dikaitkan dengan usaha-usaha untuk mencemarkan Perdana Menteri Najib dan isterinya Rosmah berkaitan dengan kes Altantuya.
"Hakikatnya, tiada asas dalam perkara ini. Saya secara peribadi kecewa (apabila mendengar) Raja Petra boleh mengaitkan saya terlibat dalam satu perkara yang sifar pengetahuan saya," kata Din Merican dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi blognya malam tadi.
Menerusi segmen Buletin Utama malam tadi, TV3 menyiarkan temu bual eksklusif bersama Raja Petra yang mendakwa beliau tidak pernah menuduh Najib atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu.
Pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil alih jawatan perdana menteri.
Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu.
Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.
Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.
Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.
"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil.
Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.
Raja Petra menamakan Din Merican salah seorang daripada beberapa individu terbabit.
Yang lain ialah Nik Azmi Nik Daud dan John Pang.
Dalam responsnya itu, Din Merican juga menegaskan, meskipun beliau tidak gembira dengan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi tiada sebarang perasaan tidak bersetuju dengan kepimpinan Najib yang dilantik perdana menteri pada April 2009.
"Biar saya sebutkan di sini bahawa saya bukan anti-Najib. Sebenarnya, beberapa pengulas dalam blog saya mengecam saya terlalu lembut dengan perdana menteri dan dasar-dasarnya," kata beliau.
Altantuya dibunuh pada 2006 ketika itu Najib merupakan timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan.
TV3 melaporkan ia akan membawa bahagian kedua temu bual menerusi Buletin Utama malam ini.
Stesen itu merupakan sebahagian daripada konglomerat Media Prima Berhad, yang majoriti sahamnya dimiliki syarikat-syarikat dikaitkan dengan Umno, parti teras Barisan Nasional (BN).- TMI

Pelajar pintar UPSR nikah di Thailand

Posted: 13 Apr 2011 06:19 PM PDT


April 14, 2011KUALA LUMPUR, 14 April — Pelajar pintar yang pernah menghilangkan diri, Halimaton Abdul Rashid, 16, dikatakan telah bernikah dengan teman lelakinya, Adam di selatan Thailand minggu lalu.
Perkembangan terbaru itu dilaporkan merunsingkan keluarga terutama ibunya, Normah Abdul Mutalib, 45, yang terkejut dengan tindakan Halimaton.
"Dia telah bernikah dengan pemuda tersebut di selatan Thailand minggu lalu dan kini tinggal bersama di Langkawi," kata Normah dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Normah, yang ditemui di Baling berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pelajar tingkatan empat tersebut ketika menghubungi keluarganya tiga hari lalu selepas dia menghilangkan diri buat kali kedua baru-baru ini.
Pada 22 Mac tahun lalu, Halimaton yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007, menyebabkan kegemparan apabila didapati hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani sebelum ditemui tinggal bersama teman lelakinya di Langkawi.
Selepas dipujuk, Halimaton berjaya dibawa pulang ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Difahamkan keluarga Halimaton telah menemui anak dan 'menantunya' hasil kerjasama Umno Baling bagi menyelesaikan masalah yang berlaku antara mereka

TERKINI - TERPANAS dari RPK : Aku dah agak dah ...

Posted: 13 Apr 2011 06:30 AM PDT

hahahaha aku dah agak dah statement ni akan keluar dari mulut Raja Petra bila aku baca kenyataan pertama tadi yang dia tak pernah babitkan najib dan rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya, sebaliknya seseorang telah mengarahkannya. Aku dah jangka selepas ini akan ada lagi kenyataan darinya yang akan membabitkan DSAI.   Hahahaha anggapan aku tepat . Baca bawah ni :-

RPK said Anwar told him to 'fitnah' Najib

KUALA LUMPUR: Self-exiled blogger Raja Petra Kamaruddin, also known as RPK, has admitted on RTM news a short while ago that opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had told him to link Prime Minister Datuk Seri Najib Razak with the death of Mongolian model Altantuya Shaariibuu.

Cuma satu aku nak tanya RPK ... Berapa depa BAYAR?
dan satu lagi, dah rindu Malaysia ker?...

PRN Sarawak : Terdesak untuk menang, Najib sensasikan video sex fitnah

Posted: 13 Apr 2011 05:47 AM PDT

SIBU: Tindakan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mensensasikan video fitnah hanya bertujuan menjejaskan tumpuan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pilihan raya Sarawak yang sedang berlangsung ketika ini.
Anwar dalam sidang media di Sibu semalam berkata, Najib kian tertekan untuk mempertahankan kerajaan BN di Sarawak dan sengaja memainkan isu video fitnah itu tanpa memikirkan kesannya.
"Datuk Najib hanya hanya fikir pasal seks. Najib tak buat apa-apa yang dia tahu hanya seks, seks dan seks. Tindakannya itu amat memalukan dan mengguris hati dan perasaan anak-anak dan isteri saya," kata Anwar yang merujuk kes fitnah liwat yang dilemparkan terhadapnya kali kedua dan video seks fitnah yang juga bertujuan membunuh kerjaya politiknya.
Dalam sidang media itu, beliau turut menerima penyertaan kira-kira 100 anggota baru KEADILAN.
Seorang anggota yang baru sertai KEADILAN ketika ditemui berkata, antara faktor penyertaan kerana kegagalan Rejim BN Sarawak pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyelesaikan masalah tanahnya yang berlarutan bertahun-tahun, seperti dilapor Malaysiakini.
Pilihan raya umum negeri Sarawak yang akan berlangsung pada 16 April ini hanya tinggal 3 hari sahaja lagi.
Pakatan Rakyat kini sedang merancakkan lagi kempen bagi menawan Sarawak dalam usaha membuktikan tsunami pilihan raya 2008 di Semenanjung, akan melanda Sarawak 16 April ini.- PRNSARAWAK

PRN Sarawak : Papantanda "I love Pek Mo" - SUPP naik angin ... hahaha

Posted: 13 Apr 2011 05:25 AM PDT

Wong Teck Chi
Apr 13, 11

Papan iklan "Saya sayang Pek Mo" yang didirikan oleh DAP pagi ini dikatakan menghantui dan memberangkan presiden SUPP dan calon Piasau, Tan Sri Dr George Chan dan dua calon parti itu.
Menurut ketua DAP Johor, Boo Cheng Hau pada sidang akhbar di hadapan papan iklan itu seorang peguam SUPP - David Siaw - telah menghantar sms yang bernada keras kepada pengarah pilihan raya DAP.
Dalam satu daripada sms yang ditunjukkan kepada Malaysiakini, peguam SUPP itu mahu DAP menanggalkan papan iklan itu ataupun menghadapi tindakan undang-undang.
"Sila turunkan papan iklan yang menunjukkan gambar calon kami bersama Ketua Menteri. Awak tidak ada hak menggunakan gambar mereka. Harap ambil perhatian, kami akan menyaman fitnah."
Dalam satu lagi mesej, pengirimnya memberi amaran parti komponen BN akan bertindakbalas jika papan iklan itu tidak diturunkan.
"Awak mungkin akan saksikan calon DAP berkata perkara-perkara yang memihak BN."
DAP, bagaimanapun enggan menurunkan papan iklan tersebut dan mendakwa mereka tidak memfitnah sesiapa.
"Kecuali awak kata tidak sayang Pek Moh, maka tiada unsur fitnah," kata Lim Sie Keong, calon DAP yang akan menentang Chan di Piasau

Ahli politik Australia kutuk pembuangan sisa radioktif di Kuantan

Posted: 13 Apr 2011 05:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli politik Australia, Robin Chapple, meluahkan rasa tidak senangnya terhadap pembuangan sisa radioaktif di Gebeng, Pahang yang sudah pun diluluskan kerajaan Barisan Nasional.
Loji memproses sisa radioaktif di Gebeng Pahang itu yang dikenali sebagai Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) akan beroperasi sepenuhnya bulan September ini di bawah seliaan Lynas Corporation.
Lynas Corporation adalah syarikat Australia yang mempunyai lombong di Kwinana, Mount Weld, Australia Barat. Apabila beroperasi sepenuhnya nanti, loji di Gebeng, Pahang akan memproses mineral thorium dari lombong di Mount Weld.
Chapple yang merupakan ahli Majlis Perundangan Australia Barat, berharap kerajaan negaranya tidak bersubahat dalam membuang sisa radioaktif di Malaysia.
"Saya berharap kerajaan pimpinan Barnett (Ketua Menteri Australia Barat) tidak akan bersubahat dalam membuang sisa radioaktif di negara lain.
"Barnett perlu mengambil tindakan untuk memaksa Lynas memastikan tiada thorium meninggalkan tapak lombong Mount Weld," kata Chapple.
Chapple menyuarakan kebimbangannya ekoran sebelum ini, syarikat Magellan Metal, sebuah syarikat perlombongan bahan radioaktif terpaksa menghentikan eksport hasil lombongnya kerana mineral yang dieksport tidak dikendalikan dengan betul sehingga berlaku kebocoran plumbum yang merbahaya kepada penduduk yang berada di sepanjang laluan mengangkut mineral itu.
Justeru, beliau mengutuk sekeras-kerasnya rancangan Lynas untuk menggali dan mengeksport bahan radioaktif dari Australia untuk 'dibuang' di Pahang.
"Saya mengutuk sekeras-kerasnya cadangan Lynas untuk membuang bahan radioaktif itu ke kawasan komuniti perikanan di Pahang. Saya sudah berhubung dengan komuniti di Malaysia dan mereka tidak mahu melihat sisa toksik dibuang di kampung mereka. Malah Ahli Parlimen Kuantan juga meminta sebarang sisa dari bahan radioaktif itu dipulangkan semula ke Australia," kata Chapple.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sekarang ini sedang dalam usaha untuk menghentikan operasi loji tersebut di Pahang. Beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN, menggesa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub untuk menubuhkan badan bebas mengkaji impak radioaktif kepada persekitaran Gebeng. Ini kerana Gebeng terletak bersebelahan laut yang bersambung terus dengan Sungai Balok yang datangnya dari kawasan perindustrian menempatkan loji itu.
Beliau juga mengingatkan Adnan bahawa Gebeng terletak berhampiran dengan Cherating, sebuah kawasan perikanan.
Malah Adnan selaku Menteri Besar, kata Fauziah, mempunyai amanah untuk menjaga kepentingan rakyat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11359

Aktivis Haris Ibrahim dihalang memasuki Sarawak

Posted: 13 Apr 2011 04:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysian Civil Liberties Movement president Haris Ibrahim today became the latest peninsular-based activist to be barred from entering Sarawak.
He was stopped at the Kuching International Airport this evening when he landed from Kuala Lumpur.
"I knew something was wrong when the immigration officials took a long time to clear me to enter… they then told me that I was barred from entering the state," he told FMT from Kuching. He is now waiting to catch a flight back to Kuala Lumpur.
It is believed that he is stopped from entering Sarawak under Section 65 of the Immigration Act 1959/1963.
Under the Malaysia Agreement, Sarawak has the power to bar anyone from entering the state, including persons from Peninsular Malaysia.
Haris, a lawyer, is the third activist from Kuala Lumpur to have been stopped from entering Sarawak this month.
Last Friday political activist and academic Wong Chin Huat was sent back to Kuala Lumpur and prior to that, on April 3, independent NCR land rights activist Steven Ng was also stopped from entering Sarawak.
The BN-led state is believed to have barred these activists from entering Sarawak in order to stop them from campaigning for the April 16 polls.
Opposition parties PKR, DAP and PAS are confident that they can do well in this election by highlighting the alleged corruption of Taib and his government.

MORE TO FOLLOW

Bapa penyanyi Francesca Peter meningal dunia dalam Islam

Posted: 13 Apr 2011 03:50 AM PDT

Takziah ... Alfatihah  .....

DUNGUN - Jenazah Muhammad Gaberial Peter, bapa Francisca, penyanyi evergreen era 80-an yang popular dengan lagu Sekadar di Pinggiran yang ditemui mati di rumahnya dekat Taman Sri Dungun kira-kira jam 10 malam kelmarin selamat disolatkankan di Unit Forensik Hospital Dungun sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sura, jam 2.30 petang semalam.
Penemuan dokumen memeluk agama Islam oleh sepasukan polis yang melakukan siasatan di rumah Peter mengungkai tanda tanya bahawa dia kini berstatus beragama Islam.
Biarpun perkara terbabit difahamkan tidak diketahui sebahagian ahli keluarganya yang beragama Kristian, namun dokumen yang menjadi status identiti agama Islam itu menjawab segala pertanyaan seterusnya membuka jalan untuk pihak berkaitan menyelesaikan segala kerumitan dihadapi.
Pegawai Agama Daerah Dungun, Mohd Adnan Abdullah mengesahkan, selepas merujuk kepada pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Peter disahkan memeluk agama Islam pada 10 April 2007 lalu.
"Sehubungan itu ia menjadi tanggungjawab pihak Pejabat Agama Daerah Dungun untuk menguruskan jenazah berkenaan sebelum dikebumikan mengikut cara orang Islam," katanya.
Anak lelaki arwah, John Joseph Peter, 40-an yang beragama Kristian ketika ditemui selepas upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Sura berkata, arwah bapanya itu tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.
Katanya, biarpun tidak sempat menemui arwah pada saat akhir, namun dia menerima kehendak takdir dengan pemergian bapanya itu dengan hati yang terbuka bahawa bapanya itu meninggal dalam Islam.
Sementara itu, solat jenazah Muhammad Peter diimamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hassan Mohd Ramli.
Wan Hassan yang ditemui berkata, urusan menguruskan jenazah itu dilakukan pihaknya bukan atas dasar untuk mencari publisiti demi kepentingan politik, sebaliknya ia merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul masyarakat Islam, apatah lagi arwah merupakan saudara baru yang tidak mempunyai ahli keluarga terdekat yang beragama Islam bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut.
"Kita melihat kepada kepentingan menjaga rakyat, apabila rakyat yang ada dalam keadaan kesulitan melibatkan kematian, kita perlu bantu apatah lagi dia merupakan saudara baru," katanya. -SH

Mahkamah batalkan saman RM100 juta Umi Hafilda terhadap Baginda dan MalaysiaKini

Posted: 13 Apr 2011 03:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, membatalkan saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Umi Hafilda Ali terhadap Baginda Minda dan pemilik portal berita, MalaysiaKini.
Baginda Minda atau nama sebenarnya, Nor Azman Abdullah merupakan bekas rakan perniagaan Umi Hafilda.
Keputusan untuk membatalkan saman tersebut dibuat oleh Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof di dalam kamarnya, ekoran peguam yang mewakili pihak-pihak tidak menghadiri prosiding sebutan yang dijadualkan hari ini.
Umi Hafilda memfailkan saman tersebut pada 17 Mac lalu menerusi Tetuan Sahrihan & Hamdan dengan menamakan Nor Azman dan MKini Dotcom Sdn Bhd sebagai defendan-defendan kerana mendakwa telah memfitnahnya.
Adik kepada Timbalan Presiden Pari Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali itu mendakwa Nor Azman telah mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah secara sindiran pada sidang media yang dihadiri oleh sekumpulan wartawan di lobi Parlimen pada 15 Mac lalu.
Dakwanya lagi, defendan kedua telah menerbitkan kenyataan tersebut pada hari yang sama dalam bahasa Malaysia pada pukul 2.31 petang manakala versi bahasa Inggeris diterbitkan pada pukul 3.04 petang.
Artikel tersebut didakwa ditulis oleh wartawan Hazlan Zakaria dan bertajuk 'Baginda pula jelajah 'bongkar' Ummi Hafilda' dan 'Ummi's sex-partner threatens to 'tells all'.
Umi Hafilda mendakwa, kenyataan tersebut membawa maksud bahawa dirinya seorang ahli perniagaan yang terdesak, wanita tidak bermoral dan mempunyai banyak skandal dan tidak jujur.
Seterusnya, Umi Hafilda juga mendakwa penerbitan artikel tersebut telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang individu berprofil tinggi dan sangat dikenali serta memegang pelbagai jawatan perniagaan dan sosial di Malaysia.
Justeru itu, beliau memfailkan saman tersebut bagi menuntut ganti rugi teruk dan ganti rugi tafsir yang akan ditaksirkan kemudian, faedah pada jumlah lapan peratus, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Umi Hafilda yang mendakwa dirinya seorang yang berani untuk bercakap benar apabila mendedahkan salah laku Anwar yang semasa itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri juga memohon perintah injunksi untuk melarang kedua-dua defedan daripada menerbikan kenyataan fitnah tersebut. - mStar

Ramai oo sambut Najib di Pusa - mai tengok 100,000 orang sambut dia

Posted: 13 Apr 2011 02:37 AM PDT

BETING MARO, 13 April: Dua hari lagi menjelang pilihan raya negeri Sarawak, Barisan Nasional (BN) kelihatan semakin terdesak apabila isu membabitkan Tan Sri Taib Mahmud terpaksa dijawab satu persatu.
Namun isu bila Ketua Menteri itu akan meletak dan siapa pengganti nampaknya belum mampu dirungkai BN. Ini menyebabkan aktiviti kempen jentera BN kurang mendapat sambutan.
Hari ini terbukti lagi apabila kehadiran Datuk Seri Najib Razak di Pekan Pusa disambut tidak lebih 100 penyokong BN.
Lebih memalukan lagi apabila program kempen Najib yang diadakan sejurus selepas itu semakin kurang bilangan pendengar. Kalau hendak dihitung 50 orang pun sukar.
Perdana Menteri datang menggunakan helikopter. Pemimpin BN tidak serik menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan biar pun seorang terbunuh pada kemalangan helikopter kelmarin.
Najib difahamkan terpaksa berkempen di Beting Maro memandangkan terdapat bayangan BN sukar mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihan raya kali ini.
Isu calon yang tidak dipersetujui akar umbi penyokong BN kini sukar ditangani. Keputusan Taib mengenepikan Bolhassan Di, penyandang sebelum ini juga makin payah diselesaikan.
Selain itu dan kemenangan kecil Bolhassan pada pilihan raya sebelum ini dengan 895 undi menyebabkan situasi cemas melanda BN.
Menurut krew Kelantantv yang berada di Beting Maro sejak Ahad lalu, kedatangan Najib turut disambut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Katanya, Presiden PAS turut tampil bersalam dengan Najib ketika Perdana Menteri datang ke Pasar Pusa.
Ketika itu pemimpin PAS dan sebahagiannya daripada Kelantan sedang minum pagi bersama calon PAS Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.
"Sambutan penduduk Pusa terhadap Najib amat dingin sekali. Tidak ramai sebagaimana dijangka walaupun BN buat pengumuman termasuk melalui TV
meminta rakyat Pusa keluar menyambut Perdana Menteri.
"Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. Ketika ucapannya, beliau menghentam Presiden PAS apabila menyebut 'orang PAS bila sambut, peluk kita nampak baik tapi politiknya jahat," beritahu jurucakap Kelantantv.

Kempen Najib

Najib difahamkan tiba di Kuching malam tadi. Beliau dijangka menghabiskan masa berkempen di bahagian tengah Sarawak iaitu Pusa, Sebuyau dan Batang Sadong sehingga esok.
Dua hari lalu beliau berkempen di Beladin, salah satu Daerah Mengundi di Dun Beting Maro yang hanya boleh dihubungi melalui feri menyeberangi Sungai Saribas.
Turut berkempen membantu calon BN di Beladin, semalam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom.
"Tinggal dua hari kempen sebelum hari pengundian Sabtu ini ternyata BN berada dalam keadaan tersepit apabila pelbagai isu membabitkan Taib terutamanya tanah adat langsung tidak disentuh Najib semasa melawat Beladin," katanya.
Penduduk di Beladin juga dikatakan menuntut janji yang tidak ditunaikan sehingga kini termasuk membayar pampasan tanah.
Malam tadi Ustaz Abdul Hadi berceramah di Pusa Tengah bersama anggota jawatankuasa PAS pusat, Mohamad Sabu; Senator Mumtaz Nawi, dan
Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.
Sambutan penduduk Pusa terhadap ceramah PAS begitu menggalakkan sekali di mana jauh lebih positif berbanding pilihanraya negeri Sarawak pada 2006.
Malah anak-anak muda tidak kekok melaungkan kata-kata 'Hidup PAS' dan didapati mereka memberi sokongan padu terhadap Abang Mat.
Jentera pembantu kempen dari Dewan Pemuda Kelantan diketuai Abdul Latif Abdul Rahman turut mengadakan acara sukan bersama belia dan anak muda di Kampung Pusa Tengah semalam.

BN semakin sukar

Sementara itu pegawai penyelidik dari Pusat Kajian Strategik Kelantan, Zainal Abidin Husien (gambar) berkata, momentum yang berlaku di semenanjung pada 2008 ternyata telah hanyut ke Sarawak.
"Sebelum ini kita boleh lihat gerak kerja kempen parti selain BN sukar mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan.
"Kempen PAS di Beting Maro pada pilihan raya negeri lalu pun berdepan dengan pelbagai kesukaran. Namun sekarang berubah 360 darjah. Penduduk boleh menerima PAS dan Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi di sini.
Menurutnya juga isu yang paling penting BN sehingga kini belum mampu memecah benteng keutuhan Pakatan Rakyat biar pun cuba membawa isu video lucah dengan andaian Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak rakyat Sarawak.
Sebaliknya kata beliau apa yang berlaku sekarang, kehadiran pemimpin Pakatan mendapat sambutan hangat.
Ceramah Muryidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin utama DAP di bandar Kuching malam 10 April lalu mendapat sambutan luar jangka.
"Apa pun keputusan pilihan raya Sarawak ini akan mempengaruhi sentimen politik di Semenanjung. Semangat Pakatan sudah diterima rakyat, kata orang boleh jalan sekarang.
"Kalau dahulu orang masih ragu-ragu, sekarang tidak lagi. Malah usaha media pro BN menghodohkan wajah pemimpin Pakatan nampak belum berjaya bahkan menyatukan penyokong Pakatan," ujarnya.
Beliau yang mempunyai kelulusan dalam Sarjana Sains Politik dari USM berkata, keputusan pilihan raya Sarawak menjadi petunjuk kepada pilihan raya umum ke-13.

BN semakin dekat pintu kubur : Arahkan akhbar dan TV jangan siarkan himpunan PR

Posted: 13 Apr 2011 02:10 AM PDT

BN yang kini dilihat semakin goyah pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini terus memperkuatkan cengkamannya ke atas media arus perdana .

Dengan portal berita, termasuk Malaysiakini dan Sarawak Report, yang telah menerbitkan laporan kritikal mengenai ketua menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tidak dapat diakses akibat serangan siber, rangkaian televisyen telah diarahkan jangan menyiarkan rali dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.

Sumber yang rapat dengan gergasi media yang dikaitkan dengan Umno itu – Media Prima memberitahu Malaysiakini bahawa semua rangkaian televisyen miliknya telah diarahkan supaya tidak menyiarkan ceramah harian Pakatan yang berjaya menarik kehadiran ribuan orang.

"Visual rali mega tidak sama sekali boleh disiarkan meskipun ia berkaitan dengan pilihan raya," kata sumber dalaman itu.

Media Prima memiliki semua rangkaian televisyen swasta percuma di negara ini -TV3, ntv7, 8TV and TV9.
Selain televisyen, akhbar Cina juga diberi tekanan selepas BN dikatakan mungkin tumbang di beberapa kawasan yang mempunyai pengundi majoriti masyarakat Cina - mkini

Taib Mahmud lebih bijak berpolitik dari Najib?

Posted: 12 Apr 2011 11:55 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengimbau pengalamannya sendiri sebelum menyajikan alasan soal pengganti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud harus mengikut jadual perubahan yang dipersetujui oleh kedua-dua pemimpin itu.
Taib malam tadi mengesahkan bahawa beliau akan terus berkuasa untuk beberapa tahun lagi, namun Najib, mungkin kerana peka kepada sentimen rakyat Sarawak tidak mahu memberi pengesahan.
Namun Najib harus berpandukan isu pengganti Taib ini kepada pengalaman dirinya sendiri ketika ditabalkan menjadi perdana menteri.
Sejurus selepas BN hilang kuasa di empat negeri dan kelebihan majoriti dua pertiga di parlimen pada Mac 2008, pemimpin-pemimpin kanan Umno, dengan sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad menggerakkan agenda untuk memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.
Tawaran Abdullah sendiri untuk berundur selepas dua tahun ditolak oleh pemimpin berkenaan. Yang paling lantang mengkritik pelan itu adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana berpeluang menjadi timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri jika Abdullah berundur.

Untung paling besar

Tentunya yang mengaut keuntungan paling besar adalah Najib selaku perdana menteri baru. Seorang lagi yang tersenyum lebar adalah Dr Mahathir, kerana peralihan kuasa itu sekali lagi memberi beliau pengaruh untuk membina masa depan anaknya Mukriz dalam Umno.
Hakikatnya adalah, pelan peralihan dua tahun yang ditawarkan oleh Abdullah ditolak dan Najib dan Muhyiddin diangkat menerajui Umno dan Malaysia pada April 2009.
Ketika itu, tidak timbul soal "rakyat akan terkejut jika ada peralihan mendadak atau pelan menggantikan Taib disusun dengan rapi supaya tidak merencatkan masa depan rakyat dan negara," seperti mana yang dicanang oleh Najib dan Taib di Sarawak ketika ini.
Yang penting bagi Najib dan Muhyiddin ketika itu ialah mengambil kesempatan atas "kelemahan" Abdullah dan merebut kuasa untuk diri mereka sendiri dengan meniupkan sentimen anti-Pak Lah dalam Umno ketika itu.
Di Sarawak, Najib tentunya akur bahawa sebilangan besar rakyat Sarawak mahukan Taib berundur pada kadar segera.
Kehadiran ribuan rakyat di ceramah-ceramah Pakatan Rakyat sejak 6 April lalu mencerminkan sentimen sedemikian di peringkat akar umbi.

Kuasa mutlak

Meskipun demikian, Taib sekali lagi menegaskan beliau akan terus menjadi ketua menteri untuk beberapa tahun yang akan datang.
Di Sarawak, Taib memegang kuasa mutlak untuk menentukan hala tuju politik beliau dan parti-parti BN di negeri itu. Dr Mahathir sendiri gagal untuk memujuk Taib berundur pada tahun 2000.
Tidak ada apa-apa yang berubah sejak itu.
Hakikat bahawa Najib tidak "berani' mengulas kebingkasan Taib yang menyifatkan tindakan yang diambil oleh Putrajaya bagi menyelesaikan kemelut al-Kitab sebagai "bodoh" menunjukkan seolah-olah perdana menteri sendiri tunduk kepada telunjuk Taib.
Rakyat amat sangsi bahawa wujud sebarang persetujuan antara Taib dan Najib berhubung pengunduran ketua menteri itu. Ini lebih-lebih lagi apabila Taib masih lantang mengumumkan beliau akan terus berkuasa "untuk beberapa tahun akan datang.".
Jika ada pun sebarang pelan peralihan kuasa, Najib dan Taib harus mendedahkannya kerana rakyat perlu menilai sama ada mereka menerima rancangan sedemikian atau tidak sebelum mengundi pada Sabtu ini.
Pengalaman BN pada masa-masa lalu, membuktikan Malaysia tidak pernah mempunyai pelan peralihan kuasa yang dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Sudah luput

Lihat sahaja bagaimana Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, malah Dr Mahathir sendiri mengejutkan rakyat dengan persaraan mereka.
Dalam kes Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein, persaraan mereka terikat kepada politik dalaman Umno yang berhubung kait dengan Dr Mahathir.
Dan persaraan Dr Mahathir sendiri didorong oleh kesedaran bahawa jangka hayatnya sebagai presiden Umno sudah luput kerana orang Melayu mulai menolaknya.
Jadi soal pengunduran Taib tidak harus menimbulkan kesangsian bahawa Sarawak akan "kelam kabut" jika beliau berbuat demikian secara mendadak .
Jika Malaysia boleh melalui peralihan kuasa sedemikian, Sarawak tentu boleh!
Kita percaya jika Taib, BN dan Putrajaya tidak mengasuh dan menyediakan pemimpin pelapis untuk mengambil alih daripada Taib sehingga sekarang, maka mereka dengan sendirinya telah gagal melaksanakan amanah rakyat.
Namun yang lebih membimbangkan adalah kenyataan Taib bahawa beliau akan berkuasa untuk beberapa tahun akan datang, bermaksud cengkaman beliau ke atas negeri ini akan berterusan sekurang-kurangnya untuk masa terdekat. - malaysiakini

KARPET KUNING

0
sumber :-

KARPET KUNING


PILIHAN RAYA SARAWAK KE-10: BN hadapi cabaran sengit daripada Pakatan Rakyat

Posted: 13 Apr 2011 04:28 PM PDT


KUCHING: Dua hari lagi, pengundi Sarawak akan keluar mengundi tetapi suasana agak meragukan dan kurang senang menyelubungi kem Barisan Nasional (BN).

Menurut beberapa sumber, semuanya itu berpunca daripada sikap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang dikatakan masih enggan menetapkan jadual waktu bagi peralihan kuasa - khususnya peletakan jawatan beliau.

Namun, ada juga beberapa pihak yang berpendapat BN masih berpeluang menang, dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN, dalam sesi-sesi menemui penduduk di beberapa daerah luar bandar kaum Melayu-Dayak dilihat sebagai satu 'faktor tarikan' kepada pengundi.

Beberapa pegawai jentera BN mengakui bahawa keengganan Tan Sri Abdul Taib menetapkan tarikh peletakan jawatannya, di samping keengganannya menerima hakikat bahawa BN kini berhadapan cabaran sengit daripada Pakatan Rakyat (PR), buat kali pertamanya dalam sejarah negeri itu, agak menyukarkan keadaan.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu genap tiga dekad menjadi ketua menteri Sarawak pada 26 Mac lalu.

PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progesif Sarawak (SPDP) adalah parti komponen BN.

Malah, beberapa pegawai BN juga dikatakan kecewa dengan pendirian Tan Sri Abdul Taib yang tidak mahu menerima hakikat bahawa beliau sebenarnya menjadi punca serangan negatif terhadap kepimpinan perikatan itu di Sarawak.

'Perdana Menteri menawarkan beliau jalan keluar awal untuk membantu mengatasi kerosakan dialami dan juga memberikan laluan untuk menentukan peringkatnya sendiri untuk berhenti (sebagai Ketua Menteri).

'Tetapi beliau tidak mempedulikan masa depan BN sebaliknya hanya kerana kepentingan diri,' kata satu sumber BN kepada laman berita The Malaysian Insider, sambil merujuk kepada jaminan Datuk Seri Najib Ahad lalu bahawa peralihan kepimpinan akan berlaku segera selepas pilihan raya negeri Sarawak ke-10 itu.

Berikutan itu, BN bertindak melakarkan semula strategi pilihan rayanya, dan cuba menumpukan usaha kempennya kepada kerusi-kerusi majoriti kaum Melayu-Dayak, yang selama ini menjadi benteng kukuh parti itu.

Namun, PR juga mencapai kemajuan dalam percubaannya menembusi kawasan luar bandar yang sukar diakses itu sejak beberapa hari lalu. Malah, para pemerhati politik berpendapat PR kini mampu memenangi '20 hingga 30 kerusi'.

Semalam, Datuk Seri Najib dipetik laman berita Malaysiakini sebagai berkata sasaran 'minimum' BN adalah membentuk sebuah kerajaan, manakala penguasaan 'dua pertiga majoriti adalah satu bonus'.

Mengulas, saintis politik daripada Universiti Pengurusan Singapura (SMU) yang kini berada di Sarawak, Dr Briget Welsh, berkata isu politik tempatan akan mempengaruhi keputusan pilihan raya Sarawak, Sabtu ini.

'Apabila berlaku perubahan di kawasan luar bandar, ia akan membabitkan perbezaan pandangan di kalangan anggota masyarakat itu (biasanya merupakan sungutan politik terhadap pilihan calon) dan kemarahan terhadap isu tanah setempat,' jelasnya.

Sekitar 45 daripada 71 kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak adalah dari luar bandar.

Sementara itu, sejumlah 18,363 pengundi pos berdaftar - kakitangan tentera, polis dan mereka di luar negara - mula mengundi semalam. -- Agensi.

Krisis nuklear Fukushima di Jepun setaraf bencana Chernobyl !!!

Posted: 13 Apr 2011 12:00 AM PDT


TOKYO: Jepun semalam menaikkan tahap krisis di loji nuklearnya yang rosak menjadi setara teruknya dengan bencana nuklear Chernobyl, dari segi keseluruhan kebocoran radiasi yang tinggi dan mencemari udara, air paip, sayursayuran dan air laut.

Para pengawal nuklear Jepun berkata mereka telah menaikkan tahap krisis itu daripada 5 kepada 7, iaitu tahap tertinggi pada satu skala antarabangsa bagi kemalangan nuklear yang diseliakan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Ini selepas penilaian-penilaian baru ke atas kebocoran radiasi dari loji Fukushima Dai-ichi itu sejak ia dilumpuhkan akibat dipukul tsunami pada 11 Mac lalu.

Kedudukan baru itu menandakan satu 'kemalangan besar' yang melibatkan kesan meluas ke atas sekitaran dan kesihatan, menurut IAEA, yang berpangkalan di Vienna.

Namun para pegawai Jepun berkata sebarang kesan ke atas kesihatan hanya sedikit, dan kemudaratan akibat Chernobyl jauh melebihi kesan daripada loji Fukushima itu.

Semakan itu dibuat sehari selepas Jepun meletak lima lagi kawasan dalam senarai tempat yang harus dijauhi bagi mengelakkan pendedahan jangka panjang kepada radiasi.

Kawasan dalam lingkungan 20 kilometer di luar loji itu sudah dikosongkan.

Berita itu dikesali penduduk di Iitate, salah sebuah kawasan yang paras radiasi dalam tanahnya dikesan sebagai tinggi. Desa dengan 6,200 penduduk itu terletak sekitar 40 kilometer dari loji Fukushima itu.

Pegawai Jepun berkata paras radiasi yang bocor dari loji Fukushima itu sejauh ini 10 peratus daripada paras bencana Chernobyl, di bekas Soviet Union pada 1986, tetapi ia akhirnya akan melebihi paras Chernobyl jika krisis itu berterusan.

'Ini mengesahkan semula bahawa bencana ini amat besar. Kami meminta maaf kepada orang awam, penduduk berhampiran loji dan masyarakat dunia kerana kami telah menyebabkan satu kemalangan sebegitu serius,' kata Ketua Setiausaha Kabinet, Encik Yukio Edano.

Namun beliau berkata tiada 'risiko kesihatan secara langsung'.

Perdana Menteri Naoto Kan dalam satu ucapan di televisyen menggesa masyarakat awam supaya jangan cemas, dan meminta mereka menumpukan perhatian pada pemulihan daripada bencana itu.

'Sekarang keadaan reaktorreaktor nuklear di loji Fukushima semakin stabil selangkah demi selangkah. Kebocoran radiasi makin berkurang. Namun kita harus terus berjaga-jaga,' katanya.

Para pegawai Agensi Keselamatan Nuklear dan Perusahaan berkata jumlah terkumpul debu beradioaktif yang keluar ke udara sejak kejadian itu telah mencapai paras insiden Tahap 7.

Faktor-faktor lain termasuk kerosakan pada bangunan loji itu dan radiasi dalam tubuh pekerja.

Loji Fukushima itu rosak apabila tsunami tersebut, yang menyusuli gempa bumi kuat, merosakkan sistem penyejukan dan penjana dieselnya hingga mengakibatkan letupan di tiga reaktor dan kebakaran di reaktor keempat. -- AP.



Politiksukusakat

0
sumber :-

Politiksukusakat


Kempen 'Perang Kuasa' Najib, Muhyiddin dan Taib di Sarawak?

Posted: 13 Apr 2011 04:17 PM PDT

WAN NORDIN WAN YAACOB

Kempen Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak ke-10 yang masuk hari kelapan tertumpu kepada perang 'kuasa' tiga penjuru antara Perdana Menteri, Timbalannya dan Ketua Menteri Sarawak.

Demikian analisis awal Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad membicarakan isu mengapa Perdana Menteri dilihat bersungguh-sungguh berkempen di Sarawak, sedangkan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah lama berkempen di sini.

Samada Najib sebenarnya tidak yakin, mahupun tidak selesa dengan kehadiran Muhyiddin, serta isu-isu yang mendampingi Ketua Menteri Sarawak hingga terpaksa turun padang enam hari berturut-turut.

Ataupun Najib sebenarnya bimbang, sebarang perancangan Muhyiddin 'seteru dalam diamnya' mengatur sebarang strategi untuk membina kekuatan di Sarawak bagi mendapatkan sokongan, duduk di kerusi nombor satu kerajaan menggantikan Najib.

Di peraingkat Taib Mahmud pula, beliau sendiri walaupun zahirnya nampak tenang menghadapi angin perubahan yang melanda Sarawak, namun dalam diam beliau sendiri bertarung dengan 'serangan dua penjuru', pembangkang dan rakyat.

Isu-isu yang menyangkut beliau sejak 30 tahun menerajui Sarawak, antaranya isu rampasan Tanah adat (NCR), isu pentadbirannya dibayangi skandal pengumpulan kekayaan di dalam dan luar negara, isu 'mistik', isu rakyat tidak mendapat kemudahan asas, dan isu skandal anak-anak serta kroninya.

Taib Mahmud pastinya dalam kelemasan kini, walaupun dalam satu wawancara di TV3, beliau melaungkan keyakinan kononnya BN mampu mempertahankan Sarawak dengan majoriti besar, dua pertiga.

Beliau sendiri mempunyai maklumat, bahawa kedudukan BN cukup genting di 18 kerusi yang diletakkan beberapa pengdanalisis politik sebagai sudah menyebelahi Pakatan Rakyat.

Sementara pertarungan di 10 kerusi untuk menentukan siapa pemenangan di garisan penamat, semakin rancak, dengan DAP, PAS dan KeADILan serta tidak ketinggalan SNAP yang sudah keluar dari Pakatan Rakyat 'bila-bila' boleh menggugat lebih dari kerusi yang dijangkakan.

Kegelisahan Najib- Muhyiddin mungkin bukan atas faktor menang atau kalah BN di Sarawak, kerana mereka lebih gemar dalam pertarungan kuasa untuk menentukan pusingan pertama sebelum pemilihan Umno, siapa yang mendahului.

Menang atau kalahnya BN di Sarawak, ataupun Sarawak hilang majoriti dua pertiga, yang pastinya tergugat adalah kedudukan Taib Mahmud, justeru di celah doktrin itu, Najib dan Muhyiddin bertarung untuk suatu 'kesan' yang boleh membawa erti kepada dua tokoh utama BN ini.

Taib Mahmud hanya 'lauk' yang sedang dimasak (proses kempen pilihan raya) untuk hidangan makan malam (keputusan pilihan raya) , sedap atau tidak bukan persoalan, lebih dari itu mampukan untuk menyampaikan hajat mereka yang berselera besar (Najib dan Muhyiddin).

Kekalahan membawa makna, kedudukan Taib akan terjejas, kemenangan pula akan membawa kesan yang perebutan 'dwilogi' kuasa antara Najib-Muhyiddin di peringkat pusat.

Namun, rakyat Sarawak sudah tentu memiliki satu 'tekad' untuk melakarkan perubahan, setidak-tidaknya perubahan untuk 'mengajar' kerajaan BN erti kesengsaraan yang dihadapi rakyat.

Najib-Muhyiddin-Taib Mahmud, seketika nanti akan melupai kesengsaraan rakyat di bawahan apabila tamatnya pilihan raya, dan mereka akan terus meniti jalan-jalan memperkukuhkan pengaruh dan kuasa, dalam dunia kemewahan!.

Ahmedinejad contoh Presiden yang menghormati Ulama'!

Posted: 13 Apr 2011 04:11 PM PDT


Kepimpinan ulama masih relevan di Malaysia ini. Cuma pendekatannya perlu diperbaharui.

Iran telah nampak kepimpinan ulama ini perlu pendekatan baru, jika tidak generasi baru akan mula menjauhkan diri dari ulama.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad bukan ulama, beliau seorang yang konservatif. Mendapat PhD bidang Traffic Control dan Transportation.

Tetapi Ahmadinejad amat menghormati ulamanya, iaitu Ayatollah Ali Khamenei.

Dalam mana-mana majlis rasmi dan tidak rasmi Ayatollah Ali Khamenei akan diberi tempat istimewa berbanding Presiden.

Walaupun bukan ulama yang memimpin Iran tetapi pandangan ulama mereka didahulukan.

Kehidupan Ahmadinejad cukup sederhana, tidak seperti presiden-presiden negara lain didunia ini.Beliau hanya makan makanan roti yang dibekalkan isterinya ketika di pejabat.

Beliau akan memadankan suiz elektrik sekiranya waktu rehat, dan hanya tidur rehat sementara dengan beralaskan tikar.

Biografi Mahmoud Ahmadinejad

Mahmoud Ahmadinejad atau bisa dibaca Ahmadinezhad (bahasa Persia: ; lahir 28 Oktober 1956) adalah Presiden Iran yang keenam. Jabatan kepresidenannya dimulai pada 3 Agustus 2005. Ia pernah menjabat walikota Teheran dari 3 Mei 2003 hingga 28 Juni 2005 waktu ia terpilih sebagai presiden. Ia dikenal secara luas sebagai seorang tokoh konservatif yang mempunyai pandangan Islamis.

Berikut data tentang Presiden Mahmoud Ahmadinejad

Lahir : Aradan, 28 Oktober 1956

Jabatan : Presiden Iran yang keenam

Pendidikan : Gelar doktor dalam bidang teknik dan perencanaan lalu lintas dan transportasi Universitas Sains dan Teknologi Iran (IUST)

Karir :

* Korps Pengawal Revolusi Islam (1986)
* Insinyur kepala pasukan keenam Korps dan kepala staf Korps di sebelah barat Iran
* Wakil gubernur dan gubernur Maku dan Khoy
* Penasihat Menteri Kebudayaan dan Ajaran Islam
* Gubernur provinsi Ardabil (1993-1997)
* Walikota Teheran (3 Mei 2003 - 28 Juni 2005)
* Presiden Iran (3 Agustus 2005 - sekarang)

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TERTEKAN, AKHIRNYA TAIB MAHMUD BUAT JANJI 2 TAHUN LAGI UNTUK UNDUR

Posted: 13 Apr 2011 10:00 PM PDT

Taib Mahmud janji berundur dalam dua tahun

Chen Shaua Fui, Lim Hong Siang
Apr 13, 2011

Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud akhirnya berjanji untuk berundur dalam tempoh dua tahun, walaupun sebelum ini mendakwa bahawa dirinya tidak akan terperangkap dengan permainan pembangkang untuk mengumumkan waktu berundur dan penggantinya.

"Secara terus-terang saya berkata kepada anda. Saya berkata dari hati saya, kerana saya akan meninggalkan anda dalam masa dua tahun. Sebagai kata perpisahan, saya sayang kamu semua. Tak apa kalau kamu tak dengar kata-kata saya. Tapi saya mesti beri amaran kepada anda. Negara ini tidak akan ke mana, tidak baik untuk orang Cina, melainkan orang Cina memilih pemimpin yang betul, untuk bekerjasama dengan bangsa lain," kata Taib Mahmud (gambar kiri) dalam satu jamuan anjuran pertubuhan Cina tempatan di Kuching, malam tadi.

Taib Mahmud yang menerajui tampuk kerajaan negeri Sarawak sejak 26 Mac 1981 berkata, banyak perubahan yang berlaku di Sarawak. Mereka yang kononnya mahu "berubah", tidak menyedari perubahan yang telah dilaksanakan dalam kerajaan. Perubahan-perubahan ini dijalankan dengan lancar, kerana dilaksanakan mereka yang berpengalaman dalam kerajaan negeri, katanya.

BN semakin terdesak

Luahan Taib Mahmud malam tadi memberi petanda bahawa Barisan Nasional semakin terdesak dengan sentimen masyarakat Sarawak yang dilihat memihak kepada Pakatan Rakyat. Pada 19 Mac 2011, Taib Mahmud mengumumkan bahawa dirinya akan memimpin BN dalam PRN Sarawak 2011, dan bakal memastikan peralihan kuasa yang lancar apabila beliau bersara.

Bagaimanapun, pengumuman rancangan bersara tanpa had tempoh tersebut dijadikan tema kempen pembangkang kemudiannya, dan berjaya mengeksploitasi sentimen rakyat yang menuntut agar Taib berundur segera. Perdana Menteri Najib Razak jelas merasai bahang tersebut, sehingga mengulangi jaminannya pada 10 April bahawa Taib Mahmud akan berundur selepas PRN Sarawak 2011.

Bagaimanapun, Taib Mahmud mendakwa bahawa dirinya akan berundur "beberapa tahun kemudian" pada 12 April, malah berkata dirinya enggan terperangkap dengan permainan pembangkang untuk mengumumkan masa beliau bersara dan penggantinya. Sentimen ini terus dimainkan, malah pada 11 April, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution telah menunjukkan satu keratan akhbar Borneo Post bertarikh
7 November 1995 yang melaporkan bahawa Taib berjanji akan berundur dalam tempoh lima tahun.

Pada 13 April, Najib Razak mengumumkan bahawa sasaran BN adalah untuk membentuk kerajaan dalam PRN Sarawak 2011, dan majoriti dua pertiga dianggap sebagai "bonus". Matlamat yang "rendah" sebegitu sememangnya menandakan sesuatu, memandangkan Pakatan Rakyat hanya menang 9 daripada 71 kerusi dalam PRN Sarawak 2006, walaupun dua daripadanya menyertai BN kemudiannya.

Jelas, PRN Sarawak adalah pertarungan yang sengit buat BN, dan semestinya memberi impak terhadap lanskap politik Malaysia secara keseluruhannya.

Baca: Undur-kekal Taib: BN kini diheret PR

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

TAIB MAHMUD MAHU JADI TUAN PENASIHAT 20 PERSEN ?

Posted: 13 Apr 2011 08:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MELUCUKAN apabila mendengar orang tua ini bercakap pasal desakan rakyat yang mahu agar beliau berundur dari KM Sarawak. Sepertimana yang dipetik melalui Malaysiakini, " Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberi bayangan bahawa beliau akan berperanan sebagai penasihat selepas bersara daripada politik. Dalam wawancara yang disiarkan menerusi rangkaian televisyen milik Media Prima, Astro Awani dan AEC semasa siaran berita jam 8 malam semalam, ketua menteri yang telah berkuasa 30 tahun itu berkata beliau mahu membantu penggantinya selepas bersara."

Rata-rata rakyat Sarawak tidak mahu beliau berada di kerusi KM Sarawak lagi, bahkan rakyat Sarawak kini sedang menggembeling tenaga untuk terus menjatuhkan kerajaan pimpinan beliau di dalam pilihanraya negeri pada 16 Apr ini. Soalnya, siapa yang mencadangkan atau melantik beliau menjadi Penasihat selepas bersara? Beliau lantik diri sendirikah? Masih tidak puas-puas lagi kah beliau ingin merembat segala yang ada di bumi Sarawak ini?

Rakyat Sarawak kata, cukup...cukup buat kamu wahai Taib. Kamu jadi rakyat biasa cukuplah, usahlah lantik diri sendiri mahu jadi Penasihat pula. Selalunya yang jadi Penasihat itu tentulah segala kata-katanya adalah baik dan berfaedah. Beliau ditolak oleh rakyat kerana beliau memimpin negeri tidak bijak, tidak telus dan banyak menyusahkan rakyat.

Jika orang ini menjadi Penasihat nanti, apa akan jadi pada Sarawak? Taib kena cermin muka beliau dahulu sebelum menawarkan diri untuk menjadi Penasihat. Sarawak tidak perlu kepada `Penasihat 20 Persen' seperti di dalam cerita `Tiga Abdul'./wfauzdin.blogspot.com

UNDI POS DILANJUTKAN PASAL TAK RAMAI DATANG MENGUNDI?

Posted: 13 Apr 2011 11:40 AM PDT

KEADILAN bantah waktu undi pos dilanjutkan

Permit pengundian pos pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan

KUCHING: KEADILAN membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membenarkan lanjutan tempoh pengundian bagi anggota polis sehingga esok.

Akibat bantahan itu, belaku sedikit kekecohan di Bangunan Kelab Polis IPK di Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak yang turut menempatkan bilik mengundi bagi empat kawasan DUN, iaitu Demak Laut, Tupong, Semariang dan Satok.

Wakil calon, Azmizam Zaman Huri ketika menghubungi KeadilanDaily memaklumkan, pengurus pilihan raya bagi Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak DSP Wilfred Chin memberitahunya yang dia telah mendapat kebenaran dari Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah untuk melanjutkan tempoh pengundian.

Azmizam memaklumkan, hanya 700 anggota polis yang mengundi dari keseluruhan lebih 1500 pengundi pos di IPK Sarawak.

"Kami membantah tindakan ini. Permit yang dikeluarkan hanya membenarkan tempoh pengundian pada tarikh 13 April 2011, iaitu dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

"SPR dan pengurus pilihan raya disini berkata, mereka mahu melanjutkan tempoh pengundian dengan alasan ramai anggota yang tidak dapat mengundi," kata Azmizam.

Beliau menambah, wujud kebarangkalian bahawa kes ini akan dijadikan 'precedence' untuk membenarkan lanjutan tempoh pengundian pada hari mengundi 16 April kelak.

"Tidak mustahil sekiranya mereka akan melakukan perkara yang sama pada hari mengundi dengan alasan ramai orang kampung yang tinggal di pedalaman atau pun hari hujan dan sebagainya," ujar Azmizam./KeadilanDaily

VIDEO - CERAMAH AZMIN DI SARAWAK

Posted: 13 Apr 2011 08:49 AM PDT







VIDEO - INI UPACARA BAYAR FITRAH KE KAT SARAWAK ?

Posted: 13 Apr 2011 05:07 AM PDT

UNDI SELAIN DARI PR AKAN MENGUNTUNGKAN TAIB MAHMUD

Posted: 13 Apr 2011 02:00 AM PDT


Taib sudah terlalu berkuasa di Sarawak.

Pergilah ke mana - mana di bumi Sarawak ini pasti anda akan terjumpa harta, tanah milik Taib atau keluarga terdekatanya. Sarawak bumi kaya tetapi rakyat terus miskin derita. Kekayaan Taib dan keluarganya boleh diterjemah dengan jumlah hartanah dan harta milikan dia dan keluarganya bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara juga.

Setelah sekian lama, dibawah Taib yang begitu rakus merompak dan memperbodohkan rakyat maka kali ini nampaknya rakyat sarawak sudah mula bangkit menyatakan ketidak puasan hati secara terbuka. Pilihanraya negeri Sarawak juga dilihat satu medan yang penting untuk menterjemah 'mood nyah Taib dan selamatkan Sarawak'

Menyedari hakikat tersebut, Najib selaku Presiden Bn sebelum pilihanraya sudah memulakan rundingan untuk proses pengunduran Taib, namun oleh kerana takut dengan ugutan Taib jentera Bn akan berada di luar kawal jika Taib tidak menerajui Bn dalam p/raya negeri kali ini maka Najib bersetuju Taib terajui jentera p/raya negeri tetapi akan berundur sebaik sahaja selepas itu. Namun setelah memulakan mood kempen disedari sememangnya rakyat menolak Taib sepenuhnya dan tanpa selindung Najib mengumumkan Taib akan berundur dalam masa terdekat. Najib sendiri panik akan kehilangan banyak kerusi di Sarawak maka dia sendiri terpaksa berkampung di Sarawak.

Najib panik jumlah kehadiran dalam kempen Bn jauh sedikit jika dibanding dengan jumlah kehadiran dalam program - program kempen Pakatan Rakyat. Bn terpaksa menggunakan seribu satu macam teknik menarik orang ramai datang dari terpaksa menyeret artis menyanyi selepas ucapan pemimpin Bn hinggalah mengagihkan 'tupperware' percuma selepas ucapan Najib.

Memang ramai orang datang selepas itu namun adakah mereka datang untuk menyokong atau sekadar berhibur sambil menanti hadiah selepas program.

Khayal dengan kehadiran sedikit ramai semalam di Padang Merdeka Kuching, Taib dihadapan Najib telah mengumumkan hanya akan berundur selepas beberapa tahun lagi. Ini digambarkan dalam ucapanya dengan kelompok muda yang menanti kemunculan Dayang Nur faizah dan Anuar Zain disamping artis - artis porpular berbangsa cina. Ingat jangan tertipu Taib pernah umum akan berhenti sejak tahun 1995 lagi, tetapi dia masih di situ.

Ternyata Najib sendiri gagal mengundurkan Taib, dia sudah terlalu berkuasa.

Rakyat perlu disedarkan:

- mengundi PBB beerti mengundi Taib
- mengundi SUPP beerti mengundi Taib
- mengundi SPDP beerti mengundi Taib
- mengundi SNAP beerti memecahkan kekuatan melawan Taib

kepada seluruh rakyat Sarawak termasuk orang Bn.... Najib juga gagal undurkan Taib... hanya satu cara undurkan Taib dari takhtanya iaitu JANGAN UNDI BN.

dari blog http://chegubard.blogspot.com

VIDEOI - LAWATAN NAJIB DISAMBUT DENGAN LAUNGAN `REFORMASI'

Posted: 13 Apr 2011 12:00 AM PDT



Laungan `Reformasi' menyambut ketibaan Najib untuk melakukan lawatan ke Kg.Spaoh sempena PRN Sarawak. Majlis PM Bersama Rakyat bagi Dun Saribas, layar dan Bkt. Saban, dewan di Spaoh kelihatan seperti tidak dialu-alukan oleh rakyat tempatan. Dari pemerhatian, hanya sekitar 20 % sahaja anak tempatan yang memenuhi dewan tersebut.

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT