Nuffnang

Pengikut

keAZAManMalaysia

0
sumber :-

keAZAManMalaysia


Anak dara Ibrahim Ali main kongkek dengan jantan tua(taubatlah,dah kantoi tu sudah2lah)

Posted: 05 Apr 2011 10:59 PM PDT

ini dia umi hamilda binti ibrahim ali jabit..(watak rekaan semata2,tak de kene mengena ngn yg sakit jantung atau yg bersongkok tinggi)

sila baca berita harian hari ini punya...

ahli parlimen pasir mas...bahing ali..

pi tanya dkat speaker..

boleh ke tidak menonton video lucah di dalam parlimen..

harharhar..

kat sini..lihatlah bahawa perkasa mempunya leader yg bodoh lg bangsat..

sebagai ahli parlimen..dia perlu tahu undang2 parlimen..secara munasabah..kalau tk buat apa jadi ahli parlimen..

pakai je songkok berbaju melayu serta bersamping..

rupa2nya kaki blue jugak..

nk tengok blue donlod je la..tengok dalam ofis..pe susah!!!!!

lailahaiLlah.....

ini ke pejuang Islam???

nk tengok ramai2..oooo nk amik pot la nk kaw2 sama shahrizat jalel..cam aku tk tau..

dia ingt parlimen mcm wwe ke nk buat camtu??

sebelum lawan kena borak2 pegang mikrofon tunjuk gambar dan video mcm edge ngn vickie guerrero??(pakwe minat wrestling..cuba korang google maryse ouellet..lawa siot)..

jadi bahing ali adalah sampah..sbb dia suka tengok blue.....

wei sangap sngt pegi je la carik pelacur sorang..awak beduit..ahli palimen mana ada sengkek.....lain la cam aku ni...

nk sngt tengok blue ke??

nah aku bg tip....taip kat google..porn megaupload...pergi kat imej..tengok mana2 berkenan dah tu download..pastikan korang install winrar...harharhar...ada apa2hal emel..

jangan risau..tk de virus sbb file sharing dah scan dulu dah...

ok bahing ali... n the gang..

anak haram betul...tengok blue tk pandai kaver..

alamat yg yob bekopiah tu pun mem pa cu ceng same...ate..bukan nye leh caye deme..

heeeee eh..

harharhar...

(aku layan gamba tiz je..)

Jamil Khir Baharom letak jawatan,sertai PAS(dapat hidayah,terlates daripada sms membe aku kat kementerian)

Posted: 05 Apr 2011 12:35 AM PDT

sila baca berita harian hari ini punya..

jakim dan skmm nk bekerjasama nk membendung ajaran sesat di internet..

harharhar..

pertama skali sila padamkan harakahdaily..

sbb anak2 umno kata pas itu ajaran sesat...

kalau tk padam jugak semua blogger umno diminta pencen daripada berblog..

sbb sah2 tuduhan korang salah..fitnah semata2...

kedua sila padam website syiah gombak..

ops..jk baharom dah kata syiah boleh diamalkan tetapi tk boleh disebarkan..

serupa mcm biarkan ayah pin terbang ke sana dan kemari la jugak...

ketiga..sila padam facebook farahhana jamaludin..

sbb dia ni perasan lawa sngt nk suruh umat melayu bersatu...kalau tiz zaqyah yg suruh baru aku ikut..sbb tiz zaqyah cun..

keempat sila padam laman web sis..

sbb laman web sis sntiasa mencabar Al-Quran KalamuLlah dan mentafsir Al-Quran dengan niat serta tujuan untuk menyeleweng iman kaum wanita Islam di malaya...

kalau tk buat aku cadangkan jk baharom bercerai dngn bini no 2 dia..

harharhar...

sapa bini no 2 dia??rosmah la...harharhar(ini gurauan..bukan fitnah)

skian terima kasih..jumpa lg petang esok...esok pagi ada exam..doakan kejayaan aku ok..

HIDUP PAKWE!!!!!!!!!!

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BUKTI JELAS SATU PENIPUAN TERHADAP ANWAR

Posted: 05 Apr 2011 09:00 PM PDT

Lagi Bukti Video Seks DS Anwar Video Tipu !!!

Gambar 1 tiada janggut

Gambar 2 berjanggut

Sejak dari awal lagi, Datuk T (sebut Datuk Tipu) tidak berani menghebahkan video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim bagi mengelakkan penipuannya dikesan oleh jutaan manusia di internet. Berbeza sekali dengan pendedahan cctv Chua Soi Lek, jika benar pelakon dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim, sepatutnya Datuk T, tidak akan teragak-agak untuk menyebarkannya.

Baru lepas sehari pendedahan video tersebut, pelbagai penipuan telah terbongkar. Kali ini satu lagi penipuan berjaya dikesan berdasarkan video seks sepanjang 1.47 minit yang didedahkan oleh blog-blog pro gerombolan songkok tinggi sejak semalam. Sebelum ini blog MiLo SuaM juga telah mempersoalkan kewujudan 2 lelaki berbeza mirip Anwar Ibrahim di dalam video tersebut, rujuk sini [Video Anwar]

Kalau dilihat, lelaki mirip Anwar Ibrahim di dalam video tersebut pada sela masa 1:16, tidak memiliki janggut sebelum memeluk seorang perempuan yang didakwa pelacur cina pada 21 Febuari 2011 yang lalu. Lihat gambar 1 diatas.

Sekiranya benar lelaki di dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim, maka Datuk T harus membuktikan bahawa Anwar Ibrahim ada menggunakan teknik ataupun ubat untuk melebatkan janggutnya. Ini kerana pada 22 Febuari 2011 Anwar muncul di mahkamah dengan janggut yang lebat. Lihat gambar 2 di atas yang dipetik daripada video rakaman TV Selangor.

Sumber : Blog Milosuam

HANYA KERANA FITNAH JAHAT, PERLUKAH ANWAR BERUNDUR?

Posted: 05 Apr 2011 08:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA telah menulis artikel di sini berkaitan klip video seks yang tersebar di youtube sehari dua ini. Artikel tersebut telah mendapat ulasan dari beberapa pembaca dan kebanyakannya tidak mempercayai apa yang difitnah oleh sekutu Apco tersebut. Saya juga telah mengadakan Poll atau pungutan pendapat para pengunjung blog saya berkaitan isu hangat tersebut.

Di antara ulasan yang saya ingin beri jawapan, mereka hairan mengapa saya kununnya terlalu membela DS Anwar. Mengapa tidak pemimpin yang lain seperti Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Hj Hadi Awang? Apa salahnya jika Anwar berundur saja dan serahkan kepada pemimpin PAS ini menerajui PR? Itu di antara ulasan atau persoalan bodoh dari puak mereka. Berikut adalah jawapan ringkas dari saya untuk sekutu Apco berkenaan;

Saya mahu jawab soalan kenapa saya menyokong Anwar di dalam isu ini. Jawapannya mudah, Anwar telah difitnah sekian lama dan menjadi kewajipan bagi sesiapa untuk membela beliau dari terus difitnah dan dizalimi. Siapa kata saya tidak membela selain dari Anwar? Saya juga bela Tuan Guru Nik Aziz bila beliau difitnah tunai Haji dengan duit rasuah. MB Kelantan ini juga difitnah menerima rasuah kek. Ini kerja siapa jika bukan sekutu Apco? Dulu, saya juga membela Lim Guan Eng yang masuk penjara kerana membela anak gadis Melayu yang dirogol oleh anak Thamby tu.

Mengapa Anwar perlu berundur hanya kerana kerja fitnah ini? Seandainya Anwar berundur, fitnah tetap juga datang kepada beliau malahan lebih hebat lagi kerana mereka akan kata, "lihat, Anwar berundur dari politik kerana beliau sudah merasa bersalah". Mana boleh pisah fitnah dengan sekutu Apco?

Dan, jika Anwar tidak memimpin PR, katakanlah Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Hj Hadi yang memimpin PR, siapa boleh jamin kedua-dua tokoh Ulamak ini tidak akan menjadi mangsa fitnah? Bukankah fitnah dengan sekutu Apco ini tidak boleh dipisahkan?

Hakikatnya, mereka mahu Anwar berundur atau dipaksa undur agar senang mereka mahu ganyang PR tanpa Anwar. Tidakkah kita biasa dengar pemimpin mereka kata PAS itu parti ajaran sesat? Ini kerja fitnah mereka. Ertinya, tanpa Anwar pun sekutu Apco ini tetap akan bermain fitnah umpama budak bodoh main tahi./wfauzdin.blogspot.com

VIDEO SEKS - LIHAT BETUL-BETUL, SEMENJAK BILA ANWAR TIDAK BERJANGGUT ?

Posted: 05 Apr 2011 09:58 AM PDT



Lihat....Semenjak bila DS Anwar tidak berjangut? Misai pula gak tebal. Wah...perut dan tetek DS Anwar....lucu..lucu...kantoiii...beb !!!

Sumber video: Ihsan Greenboc

HANYA KERANA FITNAH JAHAT, PERLUKAH ANWAR BERUNDUR?

Posted: 05 Apr 2011 08:15 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA telah menulis artikel di sini berkaitan klip video seks yang tersebar di youtube sehari dua ini. Artikel tersebut telah mendapat ulasan dari beberapa pembaca dan kebanyakannya tidak mempercayai apa yang difitnah oleh sekutu Apco tersebut. Saya juga telah mengadakan Poll atau pungutan pendapat para pengunjung blog saya berkaitan isu hangat tersebut.

Di antara ulasan yang saya ingin beri jawapan, mereka hairan mengapa saya kununnya terlalu membela DS Anwar. Mengapa tidak pemimpin yang lain seperti Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Hj Hadi Awang? Apa salahnya jika Anwar berundur saja dan serahkan kepada pemimpin PAS ini menerajui PR? Itu di antara ulasan atau persoalan bodoh dari puak mereka. Berikut adalah jawapan ringkas dari saya untuk sekutu Apco berkenaan;

Saya mahu jawab soalan kenapa saya menyokong Anwar di dalam isu ini. Jawapannya mudah, Anwar telah difitnah sekian lama dan menjadi kewajipan bagi sesiapa untuk membela beliau dari terus difitnah dan dizalimi. Siapa kata saya tidak membela selain dari Anwar? Saya juga bela Tuan Guru Nik Aziz bila beliau difitnah tunai Haji dengan duit rasuah. MB Kelantan ini juga difitnah menerima rasuah kek. Ini kerja siapa jika bukan sekutu Apco? Dulu, saya juga membela Lim Guan Eng yang masuk penjara kerana membela anak gadis Melayu yang dirogol oleh anak Thamby tu.

Mengapa Anwar perlu berundur hanya kerana kerja fitnah ini? Seandainya Anwar berundur, fitnah tetap juga datang kepada beliau malahan lebih hebat lagi kerana mereka akan kata, "lihat, Anwar berundur dari politik kerana beliau sudah merasa bersalah". Mana boleh pisah fitnah dengan sekutu Apco?

Dan, jika Anwar tidak memimpin PR, katakanlah Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Hj Hadi yang memimpin PR, siapa boleh jamin kedua-dua tokoh Ulamak ini tidak akan menjadi mangsa fitnah? Bukankah fitnah dengan sekutu Apco ini tidak boleh dipisahkan?

Hakikatnya, mereka mahu Anwar berundur atau dipaksa undur agar senang mereka mahu ganyang PR tanpa Anwar. Tidakkah kita biasa dengar pemimpin mereka kata PAS itu parti ajaran sesat? Ini kerja fitnah mereka. Ertinya, tanpa Anwar pun sekutu Apco ini tetap akan bermain fitnah umpama budak bodoh main tahi./wfauzdin.blogspot.com

bumiperak

0
sumber :-

bumiperak


PUM: Dedah aksi seks canggah norma Islam

Posted: 05 Apr 2011 04:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 April — Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyifatkan tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertentangan dengan norma masyarakat Melayu dan Islam.

Malah perkembangan itu turut dikecam Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP), yang memandang serius pendedahan video seks di YouTube membabitkan nama Anwar.

Mengulas lanjut, Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, pihaknya kesal dengan tindakan itu dan menyifatkan langkah tersebut berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya.

"Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah satu tindakan jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius. "Trend  membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam, malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini," katanya.

Utusan Malaysia - Media Lucah Malaysia
Kata beliau, pihaknya juga berhasrat untuk memohon campur tangan Majlis Raja-Raja sekiranya pihak berkuasa dan kerajaan gagal untuk menghentikan penyebaran rakaman video seks itu.

"Menyedari kegagalan pihak berkuasa sedia ada, PUM akan memohon campur tangan Majlis Raja-Raja untuk bertindak dengan segera bagi mengambil tindakan menghentikan kejahatan dan maksiat yang dipromosikan  ini," katanya.

Beliau berkata, individu yang terlibat dalam pembikinan dan penyebaran rakaman video seks itu adalah haram di sisi agama Islam. "Mereka yang terlibat dalam pembikinan video, penyimpanan, penyebarannya  adalah jelas haram dalam Islam.  "Mereka bukan sahaja merosakkan diri, keluarga dan masyarakat, malah turut mempromosikan kejahatan yang bakal mengundang laknat dan bala daripada Allah," katanya.

Kata Mohd Roslan, pihaknya juga kesal kerana ada pihak yang terlebih dahulu menjatuhkan "hukuman" terhadap Anwar selepas rakaman video seks itu didedahkan kepada umum pada 21 Mac lalu di Carcosa Seri Negara.

Malah semalam rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" tersebar dimuatkan dalam Youtube dan beberapa blog pro-Umno. Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.

Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan panjangnya 21 minit. Klip video hitam putih itu turut membawa jalur warna putih di bahagian bawah dengan tulisan Thailand, yang tidak terdapat pada rakaman yang didedahkan kepada media sebelum ini.

"PUM kesal kerana media telah menjatuhkan "hukuman" setelah keaiban dan fitnah didedahkan, di samping itu, Dewan Rakyat yang sepatutnya menjadi medan membahaskan usul dan isu besar negara kini turut mahu dijadikan panggung wayang video seks.

"PUM  membantah keras penyebaran video yang mengaibkan ini dan tindakan untuk mendedahkannya melalui media dan cadangan untuk ditayang di Dewan Rakyat adalah suatu kerendahan moral Parlimen dan menjatuhkannya ke tahap yang hina dan tidak masuk akal," kata Mohd Roslan.

Beliau juga menegaskan pihaknya turut kesal dengan "golongan" yang bersungguh-sungguh mahu menjadikan rakaman video seks itu sebagai tumpuan dalam negara berbanding isu-isu nasional lain.

"Saling cabar-mencabar dalam Parlimen untuk menyaksi video lucah menandakan kerendahan akal budi wakil rakyat ketika mereka dianggap sebagai insan yang mempunyai daya pemikiran dan budi yang tinggi.

 "Pihak yang beralasan bahawa wakil rakyat terlindung dari undang-undang yang membolehkan mereka menonton video lucah sebenarnya dijangkiti penyakit barah politik "sampah" yang busuk dan hanyir," katanya.

Justeru Mohd Roslan menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan gambar video seks itu kerana ia jelas bertentangan dengan kehendak undang-undang.

"Bukan sahaja mereka mahu semuanya dihalalkan malah permainan politik sudah tidak lagi dikawal oleh sebarang batas agama mahupun moral. Pokoknya apa sahaja boleh dilakukan demi mempertahankan kuasa. Dalam pada itu, Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) memandang serius pendedahan video seks di YouTube membabitkan nama Anwar.

"Ia amat keterlaluan dan mencemarkan nilai budaya politik Malaysia. Sama ada video tersebut tulen atau tidak bukanlah menjadi persoalan pada tahap ini, tetapi yang lebih penting adalah mengawal penyebarannya agar tidak menimbulkan keresahan di kalangan rakyat," kata presidennya Mustafsa Kamil Ayub.

Bekas naib presiden PKR itu berkata, kenyataan Ketua Polis Negara mengenai ketulenan video tersebut menimbulkan kekeliruan persepsi di kalangan sebahagian rakyat. "Tindakan menayangkan dan membiarkan penyebarannya juga bermakna menghukum bersalah terhadap sesaorang sebelum keputusan hukuman mahkamah.

"MAP menyeru semua pihak bergerak ke arah politik nilai yang menekan kepada penjagaan akhlak sesama insan, proses undang-undang yang telus, mengutamakan kepentingan rakyat serta menjaga kemurnian budaya murni Malaysia," katanya.

dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Kalau sudah tertulis di 'Loh Mahfuz'

Posted: 05 Apr 2011 01:45 AM PDT

Sedih, kecewa dan bimbang..itu perasaan gurkah-gurkah politik di'port' apabila melihat kepada meningkatnya kes-kes yang menyebabkan kecederaan kepada murid-murid sekolah semenjak dua menjak ini.

Persoalannya apa kah benar seperti yang didakwa orang ramai kata yang orang-orang Malaysia sekarang ini sudah banyak sakit jiwa atau sudah GILA! macam-macam punya GILA!

Bagaimana pun dengan kes yang terbahru yang berlaku dua tiga hari lepas dimana seorang murid sekolah berusia tujuh tahun yang telah mati setelah dikatakan dipukul olih guru sekolahnya kerana telah didakwa mencuri, mungkin yang paling menakutkan bagi gurkah-gurkah politik di'port', dan cikgu ini memang sah sudah GILA! bila mengikat tangan murid ini dan terus menerus memukul selama dua jam murid berumur 7 tahun ini sampai mati.

Laporan perubatan menunjukan 'multiple head injuries', jadi gurkah-gurkah andaikan yang tak mungkin cikgu ini telah menggunakan senjata yang merbahaya atau guna topi keledar kerana gurkah-gurkah pasti dia pun mesti ada sedikit perasaan kasih dan sayang terhadap kanak-kanak berumur tujuh tahun, jadi gurkah-gurkah kata yang mungkin murid ini telah di 'luku' kepalanya beberapa kali dan nasib tak baik telah menyebabkan darah diotak beku hingga menyebabkan kematian.

dollah yankee -
Itu lah nasib cikgu ini dan budak ini, sudah tertulis di 'Loh mahfuz'... kena percaya kepada qada dan qadar

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Peguam Anwar: Klip video ‘cabar’ integriti siasatan polis

Posted: 05 Apr 2011 03:29 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 April — Seorang peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kemunculan klip video, selepas didedahkan dua minggu lalu, menimbulkan persoalan mengenai integriti siasatan polis memandangkan "Datuk T" mendakwa telah menyerahkan kesemua rakaman kepada pihak berkuasa.
"Jika kita percaya kenyataan ini, satu lagi persoalan yang memerlukan jawapan ialah kemunculan secara tiba-tiba klip video dalam internet," kata Sankara Nair dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Sankara berkata, jika benar hanya "Datuk T" yang memiliki cakera-cakera padat terbabit, polis perlu membawa mereka bertiga untuk siasatan segera memandangkan kemunculan klip juga satu bentuk kerja menyebarkan bahan-bahan lucah.
Mengenai tindakan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan ketulenan klip itu Jumaat lalu, Sankara berkata, beliau tidak bersetuju dengan pengumuman yang dibuat dalam tempoh yang singkat itu.
Justeru, beliau menimbulkan tanda tanya soal ketulenan diumumkan dalam beberapa hari.
Kata beliau, melihat pada isu ini yang kompleks adalah lebih elok pihak polis mendapatkan pendapat pihak lain sebelum memutuskan kata muktamad mengenai soal ketulenan.
Read More / Baca Lagi >>

Youtube Tonjol "Kelemahan" Video Aibkan Anwar

Posted: 05 Apr 2011 03:23 PM PDT



SHAH ALAM 5 APRIL : Satu Malaysia kecoh …kerana sebuah klip video kurang dua minit. Ada yang mengatakan orang itu mirip Anwar Ibrahim, tidak kurang yang sangsi. Anwar berkata beliau "tidak peduli'  kerana tahu pelaku dalam rakaman itu bukan beliau. 
Tindakan oleh pihak yang memuatkan video itu jelas untuk mengaibkan lagi Anwar setelah beliau enggan tunduk kepada ugutan supaya beliau dan isterinya berundur dari politik – sesuatu yang amat dihajati oleh Umno, namun tidak kesampaian. 
Walaubagaimanapun setiap sesuatu itu ada hikmahnya.  Kepada mereka yang mempunyai kepakaran di bidang  video  dan mahu menegakkan kebenaran (tanpa dipengaruhi  laporan media arus perdana) rakaman pendek Youtube  membolehkan mereka menguji kesahihan video Datuk "T" itu buat kali pertama dengan "barang kes itu sendiri." 
Read More / Baca Lagi >>

Polis bertanggungjawab bocor video fitnah- bekas Ketua Polis Daerah Baram

Posted: 05 Apr 2011 03:21 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kegagalan Polis menjaga keselamatan video fitnah yang diserahkan oleh trio Dato T membuktikan institusi itu tidak boleh dipercayai, kata bekas Ketua Polis Daerah Baram, Sarawak Voon Lee Shan.
Menurut Voon, selain trio Dato T, hanya polis memiliki video itu sebelum ia tersebar secara meluas di internet, semalam. Tegasnya, ia menunjukan pihak polis boleh diandaikan terlibat dalam penyebaran video itu.
"Dua isu utama yang perlu diambil kira dalam hal ini. Pertama, Pegawai polis yang terlibat dalam menjaga video itu harus disiasat dan kedua, jabatan yang dipertanggungjawabkan menjaga bahan bukti itu tidak boleh dipercayai," katanya kepada Keadilandaily.
Sehubungan itu, tegas beliau, Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) perlu ditubuhkan segera kerana jelas agensi itu gagal menjaga keselamatan rakyat dan memulih imejnya yang berpihak kepada Barisan Nasional.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Media Harus Fokus Datuk T Bukan Individu Yang Belum Dikenalpasti

Posted: 05 Apr 2011 03:21 PM PDT

Video Fitnah AMK Desak SKMM Jelas Bagaimana Video Tersebar

Posted: 05 Apr 2011 03:19 PM PDT

Mufti Perlis: Rakyat wajar tolak budaya politik lucah di Parlimen

Posted: 05 Apr 2011 03:03 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 April — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyambut baik ketegasan Speaker Dewan Rakyat menolak tayangan video seks tetapi mahu rakyat menentang pihak yang cuba "membawa budaya politik lucah" ke Parlimen.
Kata beliau, politik akhlak dan adab mesti dijadikan sebagai kod etika yang mesti dipatuhi oleh semua ahli politik di Malaysia.
Sementara Malaysia sedang menuju kematangan dalam demokrasi berparlimen, kata tokoh agama ini, sikap pihak yang tidak bertamadun mesti ditolak.
"Sikap pihak-pihak yang tidak bertamadun, sukakan kontroversi tanpa memikirkan norma akhlak dan adab kemanusiaan mesti ditolak," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru kata Juanda, beliau menyambut baik ketegasan Parlimen menolak idea agar rakaman video seks dipertontonkan kepada wakil rakyat untuk menentukan ketulenan.
"Saya amat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t atas penolakan Tan Sri (Pandikar Amin Mulia), Speaker Dewan Rakyat terhadap usaha pihak yang kotor akal dan fikirannya untuk menayangkan video seks di Parlimen.
"Tan Sri Speaker wajar dipuji kerana terus berusaha keras mempertahankan kemuliaan Islam dan Parlimen negara kita," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Sibuk dengan video, BN naik harga minyak

Posted: 05 Apr 2011 03:02 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 April: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, isu video telah memerangkap rakyat Malaysia sehingga hilang fokus kepada isu yang sebenar.
Katanya, ketika rakyat sibuk membincangkan isu video, kerajaan BN telah menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.70 manakala SPRM mengumumkan negara rugi RM108 bilion setiap tahun angkara rasuah dan aktiviti haram yang lain.
Tambahnya, kebijaksanaan pemimpin BN mengalihkan isu sebenar dengan permainan media mereka sehingga lupa kepada isu tidak kemampuan BN menguruskan negara.
Begitu juga, ujarnya dengan Buku Jingga sampai sekarang tidak ada jawapan yang mantap untuk menjawabnya oleh pemimpin Umno BN.
"Mereka hanya mampu mengatakan Buku Jingga boleh bawa bankrap jika Pakatan Rakyat laksanakan apabila mereka memerintah walaupun jawapan balas sudah diberikan dengan fakta tentang kemampuan PR melaksanakan agenda Buku Jingga," katanya kepada Harakahdaily.
Pakatan Rakyat, katanya jangan pula lalai dengan isu video sehingga lupa untuk agenda perubahan untuk rakyat.
Menurutnya, semua maklum isu Buku Jingga pihak BN berada dalam keadaan defensif.
"Mereka hanya upah pemimpin Umno Sabah untuk bercakap mengenai Buku Jingga di dalam parlimen walaupun kadang-kadang tidak masuk stesen sehingga di dalam parlimen askar upahan BN membincang Buku Jingga dan terlupa bincang titah Diraja," katanya.
Tegasnya, PAS yakin isu video akan menjadi senjata makan tuan kerana rakyat sudah mual dengan politik lucah yang tidak berkesudahan.
"Apakah ini politik transformasi Datuk Seri Najib Tun Razak?
"Apakah rakyat boleh kenyang dengan video lucah? Apakah dengan isu ini inflasi negara akan menurun?" soalnya.

Jam Omega Ada Pada Saya, Kata Azizah

Posted: 05 Apr 2011 02:58 PM PDT


KUALA LUMPUR 5 APRIL : Sidang akhbar Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Dr Ismail hari ini digunakan oleh wartawan tertentu untuk sengaja memberi tekanan kepada beliau namun isteri Ketua Pembangkang tenang menangani keadaan itu.
Seorang wartawan sebuah portal berita bertanya sama ada beliau menyimpan jam tangan Omega seperti didakwa Sharzyl Eskay ditinggalkan oleh Anwar namun kini berada dalam simpanan ahli perniagaan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Mufti: Akidah lebih penting antara sembilan asas Perak haram poco-poco

Posted: 05 Apr 2011 02:57 PM PDT

April 05, 2011
KUALA LUMPUR, 5 April — Jawatankuasa Fatwa Perak telah mengambil kira sembilan asas, antaranya soal akidah dan kepercayaan umat Islam lebih penting daripada penjagaan kesihatan apabila memutuskan tarian poco-poco sebagai haram, kata muftinya Tan Sri Harussani Zakaria hari ini.
Tengah hari tadi, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa beliau agar memberi penjelasan terperinci secara terbuka ekoran keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengharamkan tarian poco-poco berkuat kuasa Januari lalu.
Presiden Abim Muhd Razak Idris berkata, walaupun Jawatankuasa Negeri Perak telah membuat keputusan mengharamkan poco-poco, namun ia perlu dijelaskan supaya tidak menimbulkan kekeliruan.
Justeru dalam kenyataan sembilan halaman petang ini, Harussani menegaskan, sebarang amalan dan perlakuan yang meragukan sewajarnya dibendung dan ditinggalkan.
Read More / Baca Lagi >>

Video seks Anwar kantoi kerana janggut (pencerahan)

Posted: 05 Apr 2011 02:45 PM PDT

Pada entry pertama tentang video seks yang pernah ReJaM© dedahkan sebelum ini, ReJaM© ada mempersoalkan tentang janggut pelakon lucah mirip Anwar Ibrahim di dalam video aksi seks yang sedang hangat di internet hari ini rujuk sini [mirip anwar] Video tersebut cacat kerana ada dua lelaki mirip Anwar dikesan.

Dalam entry sebelum ini juga ReJaM© ada mempersoalkan bagaimana janggut menjadi titik tolak bahawa video tersebut terbukti sebagai palsu rujuk link ini [Video tipu].

Oleh kerana ramai yang menghantar email meminta ReJam supaya membuat entry yang lebih jelas tentang isu janggut ini. Maka ReJaM buat sekali lagi sebagai pencerahan. Apa kaitan janggut dan penipuan video ini?

Lihat gambar di bawah baik-baik. Gambar ini diambil dari video seks lelaki mirip Anwar yang tersebar di internet sejak kelmarin. Video ini adalah video yang sama ditayangkan di Hotel Carcosa sebelum ini.

Video ini dikatakan dirakam pada 21 Febuari 2011. Kalau dilihat, dalam video ini, mula-mula Anwar berjanggut pada sela masa 00:04, namun pada babak terakhir sela masa 01:16, lelaki mirip Anwar ini sudah tiada janggut.


Tidak timbul sebarang persoalan yang besar tentang gambar di atas, boleh jadi lelaki mirip Anwar Ibrahim di atas baru sahaja bercukur di bilik air, maka tidak hairanlah pada mulanya jelas dilihat dia berjanggut, kemudian janggutnya tiada. Maka secara logiknya, pada 21 Febuari 2011 lelaki mirip Anwar mencukur janggutnya, maka tentulah pada 22 Febuari 2011 dia sudah tiada janggut.

Apa yang menjadi persoalan ialah, Anwar Ibrahim pada 22 Febuari 2011 ada muncul di mahkamah kerana menghadiri perbicaraan liwatnya. Kalau kita lihat, jelas sekali beliau mempunyai janggut yang lebat. Lihat gambar di bawah ini.


Kesimpulan daripada analysis ringkas ini membuktikan bahawa, jika Anwar adalah lelaki di dalam video seks, sepatutnya dia tidak memiliki janggut lagi kerana dia sudah mencukurnya pada malam 21 Febuari 2011.

Jika anda mahu membuktikan bahawa Anwar adalah lelaki di dalam video tersebut, anda harus membuktikan bahawa Anwar menggunakan ubat atau teknik tertentu agar janggutnya tumbuh lebat dalam masa beberapa jam.

Mungkin juga anda harus buktikan bahawa pada 22 Febuari 2011, Anwar sebenarnya memakai janggut palsu di mahkamah. Buktikan perkara ini untuk menuduh Anwar Ibrahim di dalam video seks.

Ini zaman teknologi, kalau kita lihat cerita Hitler di bawah ini, kelihatan seolah-olah memang hitler yang berlakon video ini, kerana wajahnya saling tak tumpah seperti Hitler. Namun fakta yang harus anda tahu ialah, Hitler dah lama mati sebelum video ini dilakonkan.



ReJaM© "Ini zaman yang penuh kekeliruan, macam-macam jenis fitnah boleh dibuat dan direka, maka kembalilah kepada cara Islam dan Al-Quran, sediakan 4 saksi yang layak, lebih baik orang yang salah dilepaskan daripada orang yang tak bersalah dihukum..."

"Tulen tak tulen bukan isu...": Itu bukan Anwar, tegas Azizah

Posted: 05 Apr 2011 09:07 AM PDT

Presiden Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar Ibrahim tampil untuk mempertahankan suaminya sekali lagi, menegaskan bahawa pelaku dalam video yang disiarkan melalui youtube semalam bukanlah Anwar Ibrahim, setelah beliau menonton dengan sendiri video tersebut.
Malah, Wan Azizah (gambar kanan, kanan) dihujani soalan ketulenan video, yang juga dikesahkan Ketua Polis Negara - akhirnya meninggikan nada dan menegaskan bahawa, "Tulen tak tulen bukan isu..., (isunya) Itu bukan Anwar!  Anwar bukan lelaki dalam video tersebut!"  Kenyataan tersebut disambut tepukan penyokongnya yang tampil menghadiri sidang media pada 10.30 pagi, tadi.
Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim turut kelihatan terusik dengan soalan yang diajukan wartawan, sehingga menyindir tahap logik wartawan dengan mengumpamakan "kalau kita anggap satu rumah, ada pencuri.  Polis tahu rumah itu tulen, tak payahlah tangkap pencuri...", mencetuskan gelak ketawa dari kalangan wartawan.
Read More / Baca Lagi >>

Media Arus Perdana Hilang Pedoman, Kata PR

Posted: 05 Apr 2011 08:43 AM PDT


KUALA LUMPUR 5 APRIL : Media arus perdana milik UMNO mengamalkan kewartawanan yang jijik dengan sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama Islam demi menfitnah Anwar Ibrahim untuk memenuhi agenda politik Umno.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini menyelar tindakan Utusan Malaysia dan Kosmo kawalan Umno yang menyiarkan gambar-gambar video lucah demi menfitnahkan Anwar.
Tindakan media berkenaan turut mencemarkamn nama baik bangsa Melayu dan Negara Islam di peringkat antarabangsa, kata Ahli Parlimen Baling, Taib Azamauddin.   
"Kalau Kosmo surat khabar Melayu, kalau Utusan surat khabar Melayu, apakah hebat surat khabar Melayu untuk tanam saham  jual maruah Melayu dan Islam.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff turut  mengutuk keras  Utusan Malaysia dan Kosmo kerana membelakangkan etika kewatawaan dalam keghairahan mengaibkan Anwar. 
Saya mengutuk  media hari ini terutama media Utusan,  Kosmo yang letak gambar sebelah sebelah, ia ada agenda politik.  Kita hormati kebebasan media tetapi bukan media kotor seperti ini, " tegas beliau.

Muka macam Anwar, badan macam Najib?

Posted: 05 Apr 2011 08:42 AM PDT

Ramai yang marah-marah apabila video yang didakwa sebagai video lucah seorang pimpinan tertinggi pembangkang dimuatnaikkan ke dalam laman video Youtube sehingga semua peringkat umur rakyat Malaysia dapat menontonnya. Jika sebelum ini, hanya wartawan terpilih sahaja yang bertuah mendapat jemputan tayangan video tersebut di sebuah hotel eksklusif.
Ramai juga yang kehairanan dan tertanya-tanya, bagaimana video yang telah diserahkan kepada pihak polis boleh terlepas ke alam maya?
Mungkin segala apa yang berlaku mengenai video lucah tersebut satu persatu berjalan mengikut seperti yang telah dirancang. Jangan ditanya mengapa polis masih tidak mengambil tindakan terhadap trio Datuk T yang lepas bebas sehingga hari ini, bagaimana video tersebut ditayangkan di merata ceruk negara dan kini menyusup masuk ke setiap rumah yang berinternet, bukan sahaja dinegara kita malah seluruh dunia.
Biarpun video yang dimuatnaikkan ke dalam laman youtube itu hanya sebagai 'pembuka selera' sekitar seminit lebih berbanding dengan video asal yang berdurasi selama hampir setengah jam, ianya lebih berbentuk 'rahmat' kepada pihak pembangkang. Terutamanya Anwar sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Said Zahari : Utusan Aibkan Anwar Untuk Politik Umno

Posted: 05 Apr 2011 08:39 AM PDT


SHAH ALAM 5 APRIL : Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Said Zahari membidas laporan media arus perdana yang ghairah menyiarkan gambar dan menayangkan klip video seks semata-mata untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Beliau menyifatkan tindakan Utusan Malaysia dan TV3 serta media lain sebagai tidak beretika dan melanggar prinsip asas kewartawanan semata-mata untuk memenuhi agenda politik majikan mereka. 
"Cerita- cerita seperti itu, video dan gambar- gambar seperti itu langsung tidak usah dipakai. Sepatutnya pengarang tidak perlu menggunakannya,  tak perlu siarkan kerana apa faedahnya kepada  pembaca, apa yang dipelajari mereka," kata beliau kepada TVSelangor/  
Read More / Baca Lagi >>

Utusan,Kosmo dan TV3 media lucah

Posted: 05 Apr 2011 08:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 April: Akhbar Utusan Malaysia, Kosmo dan TV3 akan diisytiharkan sebagai media lucah dalam satu program anjuran PAS Johor malam ini.
Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman (gambar) dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, majlis tersebut akan bermula jam 9.30 malam di markas PAS Taman Dahlia, Tampoi, Johor Bharu.
Kata beliau, semua pimpinan utama Pakatan Rakyat negeri Johor akan sama-sama dalam pengistiharan tersebut yang akan disusuli dengan pembakaran akhbar Utusan dan Kosmo sebagai protes dan mesej (bantahan) kepada media tersebut.
Katanya, tindakan itu merupakan bantahan terhadap loporan keterlaluan akhbar serta syarikat televisyen tersebut dalam melaporkan isu rakaman video seks yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.
"Pendekatan membesar-besarkan isu seks ini langsung tidak menyumbang pembinaan masyarakat madani dalam negara ini. Ia hanya mendedahkan cerita-cerita kotor dan jijik kepada masyarakat yang akan didengar atau dibaca oleh semua golongan termasuk remaja," kata beliau.
Malah Mazlan turut mendakwa pihaknya hari ini menerima banyak aduan daripada rakyat yang marah dengan perkembangan tersebut.
Isu klip rakaman video seks yang cuba dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi laporan utama media-media arus perdana hari ini apabila sebahagian daripada klip itu dimuat naik dalam youtube dipercayai bermula semalam.

Video Fitnah : AMK Desak SKMM Jelas Bagaimana Video Tersebar

Posted: 05 Apr 2011 08:24 AM PDT



CYBERJAYA 5 APRIL : Angkatan Muda keadilan (AMK) hari ni membuat aduan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di Cyberjaya berhubung klip video seks yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen mendesak SKMM mengambil tindakan segara keatas mereka yang terlibat menyebarkan video tersebut serta dikeluarkan daripada internet.
"AMK mendesak tindakan diambil segara agar penarikan semula video ini dari semua laman maya serta menyiasat niat mereka yang jelas membuat fitnah mengaibkan ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia juga cubaan merosakkan kreadibiliti dan maruah beliau" katanya.
Read More / Baca Lagi >>

'Itu bukan Anwar', kata Wan Azizah

Posted: 05 Apr 2011 08:19 AM PDT

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam.

NONEIsteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.

Membaca satu kenyataan hari ini, wan Azizah berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video
yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.

Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah pengerusi DAP Karpal Singh, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bapa mertua Anwar, Datuk Wan Ismail Wan Mahmud serta anak sulung ketua umum PKR itu, Nurul Izzah.Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT