Selasa, 22 Mac 2011

kalam Perantau

kalam Perantau


Harakah, Siasah dan Pilihanraya Sarawak

Posted: 22 Mar 2011 08:30 AM PDT

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Selasa, 22hb. Mac, 2011 saya berkesempatan membentang kertas kerja berkaitan dengan  Harakah sebagai Media Dakwah bersama seorang Professor di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan dalam Bicara Dakwah kali ke-10 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebanyak 10 kertas kerja di dalam program sehari ini. Bicara Dakwah ke X kali ini lebih memfokuskan perbincangan dan pembentangan kajian berkaitan dengan Internet dan Media Baru dalam konteks dakwah.

Ramai yang terkejut bahawa harakah tidak ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bila Harakah Edisi Internet (lihat contoh, di http://harakah4.tripod.com) telah dilancarkan sejak tahun 1997 lagi sebelum berkembang kemudiannya menjadi portal berita harakahdaily selepas tahun 2000. Kemudiannya satu demi satu produk berasaskan ICT dimanfaatkan seperti SMS, Facebook, Twitter dan lain-lain dalam menyampaikan berita dan risalah dakwah.

Mereka terkejut dan berminat dengan harakah mungkin kerana akhbar berkenaan sukar didapati dipasaran kerana Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang untuk dijual secara terbuka. Lutfi dan Dinsman ada membicarakan persoalan ini dalam kolum mereka di harakah, Catatan Hujung dan Wacana Budaya.

Ketika saya berbicara dengan Lutfi beberapa minggu lepas dia juga ada menyebutkan sukar untuk mendapat akhbar Siasah di sekitar tempat tinggalnya di Ampang. Saya tidak pasti apakah Siasah juga menghadapi masalah pengedaran sebagaima harakah?   

Jika di Semenanjung akhbar harakah dan Siasah sukar diperolehi, bagaimana agaknya dengan rakyat Sabah dan Sarawak yang mempunyai rangkaian perhubungan jalanraya yang tidak sebaik di Semenanjung untuk mendapatkan akhbar ini?.

Dilaporkan oleh Lutfi dalam kolumnya itu, sekitar 2,000 naskah sahaja Harakah yang beredar di Sarawak. Saya kira sejumlah itu juga beredar di Sabah. Cukupkah dengan jumlah itu untuk rakyat mendapat maklumat terus dari PAS?

Bila akhbar berkernaan Harakah dan Siasah sukar didapati di Sarawak atau terhad pengedarannya, bagaimana mungkin maklumat hendak disalurkan kepada rakyat Sarawak untuk membolehkan mereka membuat pertimbangan dan seterusnya berubah untuk memilih Pakatan rakyat khususnya PAS dalam pilihanraya yang akan diadakan beberapa minggu sahaja lagi.

Dalam kolumnya, Ahmad Lutfi Othman ada mencadangkan agar dermawan-dermawan membeli pada harga kos untuk diedarkan dalam pilihanraya-pilihanraya kecil. Mungkin PAS kena mempertimbangkan untuk mengadakan edisi Sabah dan Sarawak, malah berusaha memcetak akhbar berkenaan di Sabah dan Sarawak pada masa hadapan untuk membolehkan PAS terus berkembang di kedua-dua negeri berkenaan. 

Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10

Teka-teki tarikh pilihanraya negeri yang ke-10 hampir berakhir DUN Sarawak telah dibubarkan pada 21hb. Mac, 2011 untuk memberi laluan kepada pilihanraya DUN ke-10 diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.

Ketika rencana ini ditulis, SPR belum lagi mengadakan mesyuarat (SPR akan bermesyuarat pada hari Rabu, 23hb. Mac)  untuk memutuskan tarikh pilihanraya Sarawak. SPR memerlukan sedikit masa untuk membuat persiapan logistik walaupun mereka telah bersedia.

Kalau pada pilihanraya negeri Sarawak tahun 2006 dahulu, pembubaran DUN dilakukan pada 24hb. April, 2006 dan penamaan calon diadakan pada 9hb. Mei, 2006. Manakala pengundiaan diadakan pada 20hb. Mei, 2006, bermakna tempoh berkempen selama 11 hari.

Pada pilihanraya kali ini, jika jangkaan penamaan calon diadakan pada 9hb. April, 2011 dan pengundian pada 16hb April, 2011 sebagaimana yang dijangkakan oleh banyak pihak, bermakna tarikh berkempen hanya selama 7 hari sahaja. Ianya menjadi yang terpendek dalam sejarah.

Sekiranya benar, SPR membuat ketetapan tempoh berkempen selama 7 hari sahaja, saya rasa kewibawaan dan integriti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai badan bebas akan tercalar lagi memandang demografi bumi Sarawak yang luas dan kemudahan perhubungan yang masih kurang baik.

Pakatan Rakyat meminta tempoh berkempen selama 21 hari memandangkan bumi Sarawak yang luas dan media yang dikawal ketat serta perhubungan yang masih tidak memuaskan menyukarkan mereka memperkenalkan calon dan juga menerangkan manifesto kepada rakyat Sarawak.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad Pas yakin rakyat Sarawak akan buat kejutan dalam pilihanraya kali ini. Mereka akan merdekakan diri daripada belenggu BN terutama dengan janji "Buku Jingga" antaranya 20% royalti minyak akan diberikan kepada Sarawak setelah 30 tahun dibawah kepimpinan Taib Mahmud.

Manakala Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, berdasarkan dari respon masyarakat di sana tidak mustahil PAS mampu memenangi kerusi dan menghantar wakil ke Sidang DUN Sarawak. Kesungguhan PAS Nampak ketara bila akhbar rasminya banyak membuat liputan dan pendedahan tentang kepincangan pemerintahan BN Sarawak yang membolot kekayaan Sarawak seperti yang didedahkan dalam media internet melalui Sarawak Report.

Dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lepas, pembangkang hanya memenangi 9 dari 71 kerusi dengan 6 DAP, 1 PKR, 1 SNAP (Sarawak National Parti) dan 1 PCM (Parti Cintai Malaysia). Inilah prestasi terbaik sejak tahun 1987, bila Taib Mahmud nyaris-nyaris tumbang berikutan pemberontakan dalaman BN melalui peristiwa "Ming Court" untuk membawa usul undi tidakl percaya dalam Sidang DUN.

PKR hendak bertanding 52 kerusi DUN dan SNAP pula hendak bertanding 40 kerusi DUN. Berapa pula yang hendak ditandingi oleh Parti Cinta Malaysia (PCM) dalam pilihanraya kali ini? DAP dan PAS agak realistik dan boleh bertolak ansur dalam rundingan permbahagian kerusi. Apakah pilihanraya kali ini dua penjuru atau tiga penjuru ekoran SNAP, parti tertua di Sarawak tidak berpuashati berhubung pembahagian kerusi dengan PKR.

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah


Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Skandal Seks

Posted: 22 Mar 2011 09:32 PM PDT

Isu Semasa
Heboh satu malaysia dengan tayangan percuma kononnya aksi seks seorang pemimpin politik terkenal malaysia.kadang-kadang kita jadi letih melayan kerenah politik kotor malaysia ni.Bila setiapkali tiba musim pilihantaya ada saja scandal yang didedahkan.kalau betul nak tegakkan kebenaran tanpa ada niat nak menjatuhkan kredibiliti musuh politik masing-masing tak perlulah tunggu musim pilihanraya baru nak dedah.

Yang jadi lagi pelik siap boleh buat tayangan percuma video tu untuk wartawan.Sejak bila pula ada undang-undang malaysia ni yang membolehkan buat tayangan video lucah ni.Kenapa polis tak ambil tindakan.Mungkin yang menjadi kesalahan hanyalah menjual video lucah kot,tayangan percuma atau kalau bagi free tak salah kot.

Kalau betullah orang tu bersalah ,kenapa report pada wartawan ,buatlah laporan polis .biar polis yang ambil tindakan.Makin hari politik Malaysia makn jijik dengan politik fitnah.dalam Islam orang yang menuduh akan dianggap menabur fitnah jika tidak dapat mendatangkan 4 orang saksi yang adil yang melihat sendiri perbuatan tersebut .

Walaupun benda itu betul ,tapi jika hanya si penuduh itu seorang saja yang nampak dan tak dapat membawa 4 orang saksi yang adil maka dia dianggap melakukan fitnah.Saya teringat pada kisah Saidina Umar Al-Khatab dan saidina Ali yang pernah diceritakan oleh Tokguru kisah ni boleh dijadikan panduan oleh rakyat Malaysia jika berlaku lagi kes-kes yang macam ni.

Ketika saidina Ali dalam perjalanan ,dia ternampak sepasang kekasih sedang berzina,sebagai seorang anak muda yang ada kesedaran agama dia terus melaporkan pada klalifah pada masa itu,saidina Umar
(kalau pemuda sekarang mungkin dia akan skodeng sambil ambik gambar dengan hp nya,pastu tunjukkan wartawan)
 wahai  airulmukminin,katanya.Sebentar tadi aku melihat ada pasangan sedang melakukan zina pada tempat sekian-sekian.
Adakah kamu dapat mendatangkan 4 orang saksi ya Ali?Ini adalah satu tuduhan yang berat.
Saidina Ali terdiam kerana ternyata hanya dia saja yang melihat perkara tersebut dan tidak dapat membawa 4 orang saksi.Menyedari kesalahannya tidak dapat membawa 4 orang saksi berkenaan dengan tuduhan itu akhirnya saidina Ali berkata; Aku menarik balik tuduhan itu.




Cari N3 lama-lama disini

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Santai malam : Perkahwinan bogel

Posted: 22 Mar 2011 08:45 AM PDT





hahahaha tau pula malu ditutup 'burung'nya dengan topi buat apa ... ini lah barat, semua nak 'open', pemikiran open, sampai nak kawin pun open ... jangan ada sapa-sapa di malaysia nak cuba dah la ... takut nanti yang tak dijemput pun ikut sama ... hahahahahahaha. Tapi yang jemputan tak pula bogel. kalau nak lebih afdal jemputan pun turut sama berbogel kan ...
Sumber : Malaysia Sensasi

Video sex : Nazri hang kata tak salah, tapi mai tengok apa KPN kata ...

Posted: 22 Mar 2011 04:17 AM PDT


Video seks disiasat ikut seksyen 292 Kanun Keseksaan
Mac 22,
Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan klip video aksi seks di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata laporan polis telah diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.

"...apa yang saya boleh katakan polis akan menyiasat kes ini," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Mengikut peruntukan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan berkaitan tindakan itu, mereka yang didapati bersalah boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Anwar membuat laporan di Ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur pagi ini berhubung video yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara semalam.

Dalam laporan itu, di mana salinan diedarkan kepada media, Anwar menafikan penglibatannya dalam video lucah itu.

Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.

Sementara itu, Ismail memberi amaran kepada pihak yang terbabit dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan datang, agar tidak melanggar peraturan sehingga boleh mencetuskan insiden yang tidak diingini.

Katanya pada masa yang sama, para penyokong parti-parti politik yang terlibat dalam pilihan raya itu nanti, perlu bersikap matang dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan.

Beliau berkata polis telah bersiap sedia untuk berkhidmat sepanjang pilihan raya itu dan tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap pihak yang melanggar peraturan.

"Semua pihak termasuk para penyokong parti politik diingatkan untuk mematuhi undang-undang serta prosedur yang ditetapkan dan tunjukkan moral yang tinggi," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian untuk pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10, esok. - Bernama
STONE : Aku harap polis akan betul-betul siasat kes ini dengan kedua-dua belah mata, jangan tutup sebelah mata, kerana kes ini mungkin didalangi oleh pihak (walaupun setakat ini masih belum ada apa-apa dakwaan atau pengakuan dari umNO) pemerintah/umNO. Rakyat nak tahu haramjadah yang mengaku Datuk T tu bekerja untuk siapa?
Dan tak lupa, heret juga editor-editor akhbar yang telah sama-sama menonton video tersebut, rakyat nak tengok ketelusan PDRM yang semakin tercalar.

Suasana di IPD Dang Wangi pagi tadi - gambar2

Posted: 22 Mar 2011 03:09 AM PDT

YB Yusmadi MP Balik Pulau turut bersama

Pemberita berkumpul di hadapan IPD Dang Wangi sebelum ketibaan DSAI


Ketibaan DSAI dan DSWA

Para penyokong dengan banner Fitnah ... yang akhirnya telah diminta untuk
diturunkan oleh seorang pegawai polis

DS Nizar

Dato Mohd Nazim, Ketua AMK Sarawak yang akan bertanding di N8 Dun Satok
dalam PRN Sarawak nanti


Para penyokong di hadapan IPD Dang Wangi

Kelihatan Ketua AMK Saudara Shamsul

DSAI sedang berucap selepas keluar dari membuat laporan
STONE : Maaf tersangatlah lewat mengupload gambar-gambar ini. Lepas ke Dang Wangi aku balik ofis sebab ada keje mustahak yang patut diselesaikan, - ada event esok - jadi terpaksa lah buat keje dulu beb, periuk nasi mesti diutamakan .... hahaha. Lepas jam 5 terus balik dan terus lah uploadkan gambar2 ni. Mungkin korang dah tengok dah kat blog lain. ...


Putar belit T haram jadah yang terbaru

Pita video seks yang didakwa memaparkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan diserahkan kepada polis, menurut satu email yang didakwa ditulis oleh Datuk T dan diedarkan di kalangan wartawan hari ini.

Sebaliknya, dalam email itu, Datuk T berkata beliau bersedia menyerahkan video tersebut untuk diperiksa oleh 'suruhanjaya awam' yang dianggotai oleh pengamal media dan NGO.

Datuk T berkata keputusan itu diambil selepas Anwar membuat laporan polis pagi ini bagi menafikan sebarang pembabitannya.

Katanya, jika klip video berkenaan diserahkan kepada polis, Anwar akan mendakwa pihak berkuasa berkonspirasi menentangnya jika keputusan yang dibuat tidak menyebelahinya.

"Justeru, saya memutuskan tidak menyerahkan rakaman itu kepada pihak berkuasa. Saya akan serahkannya kepada suruhanjaya awam yang dianggotai oleh media dan NGO," petik email itu.

"Saya jangkakan beliau dan isterinya tidak berminat menerima salinan rakaman itu daripada saya Isnin depan.

"Oleh demikian, saya meminta mereka di kalangan media dan NGO untuk dengan segera membentuk suruhanjaya awam yang bebas bagi menyiasat ketulenan pita itu.

"Suruhanjaya itu boleh membawa pakar forensik daripada mana-mana negara bagi menentukan ketulenan rakaman berkenaan," katanya.

Menurut Datuk T, beliau juga akan menyerahkan jam tangan Omega yang didakwa dimiliki oleh ahli politik tersebut yang tertinggal di sebuah bilik hotel di mana rakaman itu dibuat.

"Suruhanjaya itu boleh menghantar jam berkenaan kepada pakar forensik bagi menentukan sama ada DNA yang terdapat pada jam itu sepadan dengan Anwar," katanya.

Bagaimanapun ketulenan email tersebut juga tidak dapat dipastikan dan dipercayai diedarkan oleh wartawan kanan daripada sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris, beberapa jam selepas laporan polis Anwar dibuat - Mkini

bumiperak

bumiperak


Johari Abdul: Siapa Dato' T Sudah Di Ketahui

Posted: 22 Mar 2011 11:00 PM PDT

Tukar tuib: KENYATAAN AKHBAR

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato' Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato' Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato' Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya ("Johari Abdul") adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato' Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato' Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato' Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah. 
2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku. 
3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim. 
4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim. 
5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim. 
6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

DATO' JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

Meluat dengan kelucahan

Posted: 22 Mar 2011 04:34 AM PDT

Lepas menjubor.. Menengkoi pulak berita di Malaysia.


DAH-DAH PI BUAT KERJA,1MALAYSIA NI ASYIK DOK LAYAN SEKS DAN KONGKEK SAJA. TAKDAK BENDA LAIN DAH..
KAH! KAH! KAH!


keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Zul Nordin suka menonton 3gp melayu(sumber didedahkan oleh sepupu karibnya)

Posted: 22 Mar 2011 11:10 PM PDT

sila baca berita harian hari ini..

zul nordin begitu angkuh mengesyaki bahawa anwar terbabit dalam kes video lucah 3gp melayu blogspot..

harharhar..

dia kata mengapa anwar perlu menidakkan sedangkan dia belum menonton..

adakah zulkifli nordin telah menonton video 3gp melayu blogspot tersebut??

harharhar..

yg mana telah membuatkan dia begitu 110 peratus konfirm yg anwar ibrahim lah yg sedang beraksi dalam 3gp melayu blogspot tersebut..

maknanya dia pun suka layan 3gp melayu blogspot..dia dah tonton video tersebut...

atas kapasiti apakah zul nordin menonton 3gp melayu blog spot itu??

harharhar..

dia bukanlah peguam sesiapa..dan dia bukan polis yg sedang menjalankan siasatan..malah dia bukan lah bujang terona trang tang2 mcm aku yg mmg tengah nak baligh dok tengok menatang haram tu..tapi aku tk layan sngt 3gp melayu blogspot..sbb aku layan video HD je..jelas nyata dan terang..

tambahan lg..diingatkan..adalah haram bagi suami dan isteri menonton 3gp melayu blogspot walaupun untuk tujuan belajar kerana si suami akan melihat aurat perempuan di dalam video..dan si isteri juga akan melihat aurat lelaki yg sedang beraksi...

dalam 3gp melayu blogpsot...

harharhar...

lelaki apabila sah dipasangkan dengan isterinya..akan secara automatik tau nak buat bende2 yg berkaitan dengan hubungan suami isteri..ini ustazah mashitah yg ckp masa ceramah al kuliyyah(lama daaaaaaaah)

apa yg ada dalam 3gp melayu blogspot adalah haram..dan haram bagi kita untuk menonton 3gp melayu blogspot..

harharhar..

jadi...selamat menonton 3gp melayu blogspot

(kenapa aku cam bangang dok ulang frasa 3gp melayu blogpsot..tengok la ada perkataan melayu..tak malu ke sbagai melayu???)

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO - CERAMAH AZMIN MENJAWAB HUJAH ADIK KANDUNGNYA UMI HAFILDA

Posted: 22 Mar 2011 09:00 PM PDT



Oleh: WFAUZDIN NS

YB AZMIN sewaktu berceramah di Besut bersebelahan dengan ceramah Umno yang menampilkan adik beliau, Umi Hafilda tetap bersemangat dan tekad untuk terus berjuang membela rakyat meski pun sabab hari difitnah oleh adik kandungnya Umi.

Azmin bersyukur dengan kehadiran pendengar di dalam ceramah anjuran PAS malam itu yang di luar jangkaan sama sekali apatah lagi Umno juga membuat ceramah di lokasi yang berhampiran. Jelas, rakyat Terengganu tidak berselera untuk mendengar umpat, keji dan fitnah dari `pelakun upahan' betina tua itu.

Beliau juga merujuk kepada sebuah Majalah Antarabangsa keluaran terbaru yang menyebut di Malaysia terdapat 40 orang jutawan. Daripada jumlah tersebut, hanya 6 orang sahaja terdiri daripada orang Melayu. Setelah lebih 30 tahun DEB kununnya diperjuangkan oleh Umno, hanya 6 orang sahaja orang Melayu lahir sebagai jutawan. Dasar itu gagal kerana sikap Umno yang mengamalkan rasuah dan kroni.

Siapa pula 6 orang Melayu yang jadi jutawan ini? Seorang daripadanya adalah Mukhzani anak kepada Mantan PM Tun Mahathir. Seorang lagi adalah Nazir adik kepada PM sekarang iaitu Najib. Di mana rakyat bawahan? Cukupkah sekadar mendapat kain pelikat dan topi sudu setiap kali pilihanraya.

Azmin juga menceritakan tentang isu DNA yang dituntut oleh puak-puak bodoh itu. Beliau menerangkan sebab-sebab mengapa DS Anwar tidak mahu DNA nya diserahkan akibat pengalaman lalu. Selanjutnya Azmin menyebut tentang kisah Saiful yang tidak pernah dibuktikan berada di dalam kondo sebaliknya hanya di lift tingkat 5. Mengapa tuan rumah kondo yang dikunjungi oleh DS Anwar pada tarikh tersebut tidak dipanggil untuk memberi keterangan? Mengapa rakan-rakan Anwar yang ada bersamanya ketika itu tidak dipanggil memberi keterangan?

Paling menarik Azmin bercerita tentang kisahnya yang sanggup menyerahkan DNA beliau, isteri dan anaknya semasa beliau ditahan dahulu kerana ada tuduhan bahawa anaknya adalah hasil hubungan sulit Anwar dan isterinya. Hasilnya, terbukti DNA menunjukkan bahawa anaknya itu adalah anak yang sah beliau bersama isterinya Shamsidar. Isu itu masih dijaja oleh betina upahan itu ke serata pelusuk negara. Ikuti seterusnya ceramah menarik dari YB Azmin./wfauzdin.blogspot.com

DNA LAGI, KALI INI JAM OMEGA PULA JADI MANGSA

Posted: 22 Mar 2011 07:53 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

KERANA seorang Datuk `T', satu Malaysia kecoh pasal video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar. Siapa Datuk T ? Itu aku tidak peduli samada dia bernama Taik, Temberang atau pun Tajuddin Wahab. Pada aku yang penting kandungan di dalam video tersebut samada benar `dilakonkan' oleh Anwar atau pun `si perut buncit' yang rupanya mirip Anwar.

Malaysiakini melaporkan hari ini, Datuk T tidak akan menyerahkan kepada pihak polis pita video berkenaan kununnya bimbang Anwar akan tuduh pihak polis manipulasi pita berkenaan. Datuk T macam tahu-tahu pula pihak Polis selalu berbuat demikian. Satu tuduhan jahat kepada pihak Polis walaupun mungkin ada beberapa Polis yang mungkin berbuat begitu. Datuk T mahu pita itu diselidiki oleh badan bebas termasuk dari negara asing tentang ketulinan video berkenaan. Masalahnya, siapa yang pertikaikan video itu tulin atau tidak? Yang dipertikaikan pelakun berperut buncit itu, siapa?

Petikan dari Malaysiakini menyebut bahawa Datuk T juga akan menyerahkan jam tangan Omega yang didakwa dimiliki oleh ahli politik tersebut yang tertinggal di sebuah bilik hotel di mana rakaman itu dibuat. "Suruhanjaya itu boleh menghantar jam berkenaan kepada pakar forensik bagi menentukan sama ada DNA yang terdapat pada jam itu sepadan dengan Anwar," katanya.

Bertambah lucu jalan cerita Fitnah III ini. Bagaimana jam Omega itu berada di tangan Datuk T ? Ceritanya, beliau disuruh ambil oleh tuan jam berkenaan di hotel tersebut apabila dikatakan jam tersebut tertinggal. Jika beliau disuruh ambil jam tangan berkenaan, apakah beliau tidak menyerahkannya kepada tuan jam ? Katalah Anwar yang tertinggal jam itu, dan Datuk T disuruh ambil jam berkenaan, mengapa jam tangan itu tidak diserahkan kepada Anwar? Sekiranya Datuk T tidak serahkan kepada Anwar, adakah lojik Anwar berdiam diri jam yang amat penting itu tidak dikembalikan? Masakan Anwar tidak bertanya, di mana jam itu? Persoalannya, mengapa jam tangan masih berada di tangan Datuk T?

Maka, sekali lagi kita ingin diperbodohkan oleh orang yang sedia bodoh dengan saranan Datuk T agar pihak forensik mengadakan ujian DNA pada jam berkenaan. Sampai bila rakyat Malaysia mahu dibutakan dengan kisah DNA ini? Malu kita dengan dunia luar yang menganggap pihak berkuasa atau undang-undang di negara ini hanya perlu DNA sahaja untuk menyelesaikan sesuatu kes jenayah. Jika ada DNA Datuk T pada jam tersebut, maka jam itu kepunyaan Datuk T dan Datuk T adalah pelakun sebenar di dalam video berkenaan. Bolehkah kita fikir begitu?

DNA bukan tidak penting, ianya penting sebagai menyokong keterangan atau siasatan. Paling penting di dalam kes ini adalah benarkah Anwar yang beraksi di dalam video berkenaan? Benarkah Anwar berada di tempat lain sewaktu rakaman dibuat? Benarkah Anwar memiliki jam Omega sama seperti jam yang ada pada Datuk T? Mengapakah jam tersebut berada di tangan Datuk T sedangkan beliau hanya disuruh mengambilnya di hotel berkenaan? Mengapa Anwar tidak meminta jam tersebut setelah Datuk T mengambilnya? Paling penting, mengapa Datuk T enggan serahkan kepada pihak Polis atau jika hilang kepercayaan kepada pihak Polis, mengapa tidak serahkan kepada Majlis Agama Islam?

Inilah Malaysiaku yang negara luar kagumi. Tiada yang mustahil di dalam negara ini hatta DNA yang berlainan jenis berterabur pada punggung seseorang pun dikira seorang juga yang bersalah. Bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia yang sentiasa disajikan dengan peristiwa pelik dan ajaib seperti ini. Jika tidak pelik, masakan Altantuya meletup tiba-tiba tanpa sebab./wfauzdin.blogspot.com

KESIHAN MAK CIK TUA YANG DATANG DARI JAUH...

Posted: 22 Mar 2011 03:31 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH buat rakyat Kedah yang matang dan pintar kerana menolak kehadiran seorang betina untuk berceramah di sana. Mereka menolak kehadiran mak cik Ummi untuk berceramah di dewan Orang Ramai, Taman Wira B, Mergong semalam seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily kerana mereka faham bahawa betina ini akan menambahkan dosa dengan segala fitnah umpat kejinya itu.

Betina tua yang belum berkahwin ini silap pilih kawasan, mungkin dia sangka Kedah itu seperti Johor atau Melaka. Beliau fikir rakyat Kedah begitu lapar dengan segala fitnah, umpat dan keji yang sering beliau ucapkan di atas pentas Umno. Rakyat Kedah tahu menilai samada perlu percaya atau tidak kepada betina yang dikatakan dibuang oleh ayahnya sendiri sehingga ayahnya meninggal dunia.

Umno cuba menampilkan watak utama konspirasi 1998, mak cik Umi dalam program 'merungkai segala rahsia Anwar Ibrahim' yang dijadual malam tadi , tetapi lebih awal mendapat tentangan dari anak-anak muda yang jelak dengan cerita lucah mak cik tua ini. Lebih 300 anak-anak muda dan masyarakat sekitar berkumpul di hadapan Dewan Orang Ramai Taman Wira B, Mergong menyatakan bantahan terhadap penyalahgunaan premis berstatus premis milik kerajaan negeri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, di Besut ceramah yang menampilkan betina tua ini serentak dengan ceramah anjuran PAS yang turut dihadiri oleh abangnya Azmin Ali juga memperlihatkan betapa rakyat tidak lagi berselera dengan cerita lucah yang basi dari mulut beliau. Ceramah Umno yang beberapa puluh meter sahaja dari ceramah PAS menampakkan jurang yang berkali ganda dari segi jumlah pendengar. Mak cik tua ini menyalak seorang diri dan syok sendiri dengan membawa irama yang sepatutnya wanita tua sepertinya malu untuk dendangkan. Sedangkan di seberang sana, ceramah PAS lantang dengan memetik beberapa ayat-ayat Al-Quran dan menyeru rakyat untuk menolak kerajaan zalim, rasuah serta bersekutu dengan Apco.

Begitulah akibatnya jika hilang pedoman dan hanya memikirkan soal cari makan. Maruah tidak lagi menjadi perhitungan malah boleh dijual beli oleh sesiapa sahaja. Ini satu pengajaran buat betina tua ini kerana tidak semua boleh kamu jadikan seperti kamu. Biarlah Umno sahaja yang sanggup `menternak' kamu, tetapi sampai bila?/wfauzdin.blogspot.com

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Friends of Malaysia, Singapore and Australia Forum with Raja Petra Kamaruddin and YB Nurul Izzah by Lutfi Hakim

Posted: 22 Mar 2011 08:27 PM PDT

Friends of Malaysia, Singapore and Australia Forum with Raja Petra Kamaruddin and YB Nurul Izzah from Lutfi Hakim on Vimeo.




More than 500 people turned up at Clayton Hall to listen to Lembah Pantai MP Nurul Izzah and Malaysia Today blogger Raja Petra Kamaruddin untangle current political issues.

The MP and blogger-in-exile were in Melbourne before heading to the Australian capital Canberra for an official visit to the Parliament to meet with Australian Parliamentarians.

The forum was chaired by Singapore opposition figure, Dr James Gomez.

For more details on upcoming events , like facebook.com/​msafriends

Video by Mozad Kamari

Fitnah 2 : Mahkamah Putus Terima Tiga Barang Bukti Yang Ditolak

Posted: 22 Mar 2011 07:54 PM PDT

Pada 8 Mac lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Ketua Pembangkang itu untuk menggugurkan tiga barang yang diambil dari sel tempat beliau ditahan semalaman pada 16 Julai 2008, daripada dijadikan sebagai bukti.

Turut digugurkan ialah sampel yang diambil daripada barangan itu yang menurut pihak pendakwa adalah sepadan dengan profil DNA "lelaki Y", yang air maninya ditemui dalam dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Anwar.

Mohd Zabidin mendapati tiga barang itu — sehelai tuala kecil 'Good Morning', satu botol air mineral dan satu berus gigi — telah diperoleh secara tidak sah.


KUALA LUMPUR 23 Mac – Perbicaraan Fitnah 2 yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dikejutkan dengan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa tiga barangan yang dikemukakan sebelum ini boleh diterima sebagai bukti yang sekaligus mengubah keputusan sebelum ini pada perbicaraan dalam perbicaraan yang menolaknya diterima sebagai bukti.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima.

Berikutan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden meminta dua saksi pendakwaan – ahli kimia, Nor Aidora Sameon dan Supt Amidon Anan tampil sekali lagi bagi mengemukakan barangan tersebut untuk dijadikan bukti.

Dalam keputusannya, hakim Zabidin bagaimanapun menolak permohonan pendakwaan bagi memaksa Anwar memberikan sampel DNAnya.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga pagi esok bagi membolehkan semua pihak membuat persiapan.

Sebelum ini pihak pendakwaan membuat dua permohonan – permohonan pertama bagi semakan semula keputusan perbicaran dalam perbicaraan yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti dan jyang kedua bagi mengarahkan ketua pembangkang itu memberikan sampel DNAnya.

Nazri to Anwar: 'mandi bunga, cari bomoh'

Posted: 22 Mar 2011 08:33 AM PDT

HA..HA MENTERI CAKAP MCM NI



Anwar : Pakatan-SNAP Gerak Sebagai Satu Pasukan Di Sarawak

Posted: 22 Mar 2011 06:22 AM PDT




KUALA LUMPUR 22 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan Pakatan Rakyat dan Parti Kebangsaan Sarawak akan bergerak sebagai "satu pasukan" dalam mencabar Barisan Nasional pada pilihanraya negeri itu.

SPR akan bermesyuarat esok untuk menetapkan hari penamaan calon dan tarikh mengundi untuk 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan dipertandingkan.

Anwar menolak dakwaan kononnya Pakatan Rakyat yang merangkum Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS tidak sehaluan dengan SNAP dalam soal pengagihan kerusi.

"Soal rundingan di antara parti sudah pun hampir selesai. Kita sudah bersetuju dalam semua kerusi-kerusi yang akan dipertandingkan di antara tiga-tiga parti dan juga SNAP," kata Anwar.

"Ada beberapa perkara kecil dan beberapa kerusi lain yang akan diputuskan dalam beberapa hari lagi tetapi dari segi keseluruhannya kita dah bersetuju dengan pengagihan kerusi dan kita akan bekerja sebagai satu pasukan," tegas beliau.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR turut menggesa SPR memastikan pilihanraya diadakan secara telus dan adil selain membenarkan tempoh berkempen selama tiga minggu, memandangkan kekangan logistik untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Sarawak.

"Kita telah menggesa supaya Sarawak memperkenalkan sistem pilihanraya yang bersih dan adil dengan… ruang media mengelakkan sebarang sekatan dan kertas undi dan undian pos yang telus," tegas Anwar.

"Kalau tidak, nyata Sarawak (akan jadi ) satu lagi contoh di mana kerakusan kuasa BN Sarawak dan BN Malaysia untuk merebut kemenangan dengan cara tipu helah bertentangan dengan prinsip dan amalan demokrasi," kata Anwar.

DUN Sarawak PKR Putus Calon Ahad Ini

Posted: 22 Mar 2011 03:40 AM PDT







KUALA LUMPUR 22 MAC : Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memuktamadkan senarai calon bagi pilihan raya Sarawak semasa mesyuarat tertinggi parti itu, Ahad ini, kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh parti itu bergantung kepada rundingan dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Khamis ini walaupun PKR sebelum ini menyatakan minat untuk bertanding 52 daripada 71 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

"Saya menemui mereka (pemimpin SNAP) semalam dan hari ini dan mereka telah melakarkan hala tuju dan kerusi yang mereka mahu bertanding. Saya menemui penasihat SNAP Datuk seri Daniel Tajem Ahad lalu dan setiausaha agungnya Stanley Jugol hari ini," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi butiran lanjut mengenai dua mesyuarat dengan SNAP kecuali mengatakan tidak ada pertengkaran mengenai pengagihan kerusi di kalangan pakatan pembangkang di Sarawak iaitu bertentangan dengan beberapa laporan media sebelum ini.

SNAP merupakan sebahagian daripada pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS di Sarawak.

Sementara itu, Jugol, ketika dihubungi, berkata SNAP telah menjelaskan kepada Azmin mengenai hasrat parti itu untuk bertanding 28 kerusi di kawasan majoriti Dayak di mana parti itu percaya mempunyai peluang baik untuk mencapai kemenangan.

"Azmin berjanji untuk membawa perkara ini kepada kepimpinan PKR sebelum Khamis ini," katanya.

Jugol juga menegaskan bahawa SNAP masih menjadi sebahagian daripada pakatan itu.

DUN Sarawak dibubarkan semalam bagi membolehkan pilihan raya Sarawak ke-10 diadakan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat di Kuching, Rabu ini, bagi memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Pada pilihan raya negeri lepas, pada 2006, PKR dan SNAP masing-masing menang satu kerusi dengan calon PKR, Dominic Ng di Padungan dan Johnicol Rayong (SNAP) di Engkilili.

Johnicol mengisytiharkan dirinya Bebas selepas memenangi kerusi tersebut dan kini menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yakin SNAP dan PKR akan dapat menyelesaikan isu pengagihan kerusi pada pilihan raya Sarawak akan datang "demi kepentingan lebih utama iaitu mengurangkan majoriti dua pertiga BN."

Beliau berkata pembangkang perlu memperakui kelemahan dan kekuatan masing-masing.

"Saya pasti jika wujud komitmen sebenar dan ikhlas untuk mengurangkan majoriti dua pertiga BN, masalah ini boleh diselesaikan" katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen mengumpul dana dan maskot DAP bagi pilihan raya negeri Sarawak di sini semalam.

Dipetik Bernama, Lim berkata pengagihan kerusi di kalangan parti pembangkang di Sarawak masih lagi dibincangkan.-BERNAMA

Gagal Fitnah Liwat, Kini Skandal Seks Pula

Posted: 22 Mar 2011 03:34 AM PDT

Anwar lodges police report on sex video

Posted: 22 Mar 2011 02:59 AM PDT

Klip video seks: Antara paksa, pujuk dan musnahkan keyakinan

Posted: 22 Mar 2011 02:19 AM PDT

Ooi Heng | Mar 22, 2011

Siapa Datuk T? Maka mulalah cerita si penglipur lara berhubung kumpulan manusia bergelar "Datuk" yang berkeliaran di bumi 2Malaysia. Tetapi aksi berkeliaran mereka tidak serupa aksi yang dipersembahkan oleh Zarathustra, seorang watak ciptaan ahli falsafah Jerman Friedrich Nietzsche dalam karya beliau "Thus Speak Zarathustra".

Zarathustra berlari ke sana ke sini sambil berteriak: Tulislah dengan darah, dan kau akan merasakan bahawa darah adalah roh. Tidak! Kumpulan manusia bergelar "Datuk" tidak menulis tetapi merekacipta dengan roh yang tidak bermaruah.

Darah tidak mengalir dalam tubuh badan mereka. Asalkan motif politik tercapai, tidak apa kalau roh menjadi kotor. Begitu kotor dan jijik sehingga darah tidak sanggup mewarnai roh malahan menjauhi roh.

Kumpulan bergelar "Datuk" bukan seorang tetapi beberapa orang. Ada Datuk T, ada Datuk W, ada Datuk M, ada pula Datuk TC. Sebelum itu, memoir Tun M mendakwa kononnya insan bergelar DSAI terlibat dengan kegiatan seks perempuan sementara dakwaan liar liwat sedang dipertikaikan sepanjang proses perbicaraan mahkamah, kini timbul rakaman video seks yang nampaknya cuba membuktikan kesahihan memoir Tun M.

Kebetulankah? Yalah, ini kan bumi 2Malaysia. Apabila wujud rakaman video seks selepas diterbitkan memoir, namanya kebetulan. Segala-galanya hanyalah kebetulan. Melainkan kalau perut buncit watak rakaman video seks diukur dan dibandingkan ukuran berkaitan dengan insan bergelar DSAI, kebetulan muka cun kelihatan sama tinggi juga kerana kecanggihan teknologi. Ini kebanggaan legasi Mahathirisme, apabila teknologi dan politik seks bertembung, segala kemungkinan wujud tanpa syak-wasangka.

Jangan tanya aku siapa Datuk W, Datuk M dan Datuk TC. Aku cuma seorang penglipur lara yang berlari ke sana ke sini menceritakan kisah Datuk T kepada khalayak umum yang minat dengan cerita seks yang penuh misteri. Mungkin pengarang berpengalaman media talibarut bumi 2Malaysia tahu jawapannya. Otak kecil seperti otak durianku tiada jawapan dalam hal ini.

Politik seks yang rendah maruah rohnya

Kalau sebelum ini yang dihebohkan media adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan insan bergelar DSAI meskipun wujud juga spesimen male (lelaki) lain yang ditanda X, Z dan sebagainya, kini yang dihebohkan media ialah dakwaan skandal seks seorang lelaki yang sakit tulang belakang yang gagah beraksi seks. Sukar hendak diimaginasikan tetapi dipaksakan imaginasi sebegitu rupa oleh politik seks sebegitu rendah maruah rohnya.

Sementara itu, kedengaran "jualan mega politik" sedang berlangsung. Bunyinya, jangan lagi kau terpedaya dengan insan bergelar DSAI. "Agenda reform" tidak bersamaan dengan DSAI, malahan juga tidak bersamaan dengan Pakatan Rakyat. Jangan kau lupakan atau gagalkan "agenda reform" kerana seorang insan bergelar DSAI. Biar kami perkenalkan kau dengan pemimpin tersohor 2Malaysia yang mandi saban hari dengan "agenda reform" bukan "agenda seks"!

Meskipun bapa Mongolia masih menanti-nanti jawapan pembunuhan anaknya, jangan kau terpedaya dengan dakwaan pembangkang. Percayalah kami yang berkeliaran ke sana ke sini dengan "agenda reform tulen", tidak sama dengan agenda tidak tulen pembangkang, kononnya.

Begitulah cerita si penglipur lara. Setakat ini sahaja ceritanya. Baik aku balik kepada bicara politik otak durianku secara serius.

Politik persepsi

Dalam konteks politik persepsi mencorakkan permainan politik negara, rakyat sekali lagi disuapkan dengan politik seks. Sesungguhnya, kalau sarjana politik ingin mengkaji dan menganalisi kekuatan Pakatan Rakyat dan cabarannya terhadap pemerintahan rejim UMNO-Barisan Nasional (BN), telitilah politik seks selama berdekad lamanya semenjak zaman reformasi. Apabila politik kotor mensasarkan watak tertentu, dan bahawa "agenda reform" juga dibawa oleh Perdana Menteri bumi 2Malaysia, implikasi tsunami politik nampaknya masih lagi mempengaruhi minda politikus bumi 2Malaysia sehingga segala percaturan politik disasarkan kepada politik seks dan politik persepsi.

Hal ini bermaksud, tsunami politik bukanlah suatu kebetulan seperti yang cuba dibentuk pandangan sedemikian oleh politikus UMNO-BN. Impaknya masih dirasai hari ini tetapi dalam bentuk yang berlainan. Segala politik kotor yang sedang dan bakal berlangsung dalam bumi 2Malaysia menjelang Pilihan raya negeri Dewan Undangan Sarawak dan pilihan raya umum ke-13 akan memberi sebahagian daripada jawapannya.

Hegemoni

Untuk menjadikan perbincanganku lebih serius atau sekurang-kurangnya kelihatan serius tanpa dipengaruhi politik seks semasa, izinkan aku bangkitkan satu konsep politik - hegemoni - dan kongsikan pemahamanku dengan kalian yang mungkin masih asyik dengan babak-babak politik seks tidak bermaruah.

Hegemoni, satu konsep politik yang dipopularkan oleh teoritikus politik Itali Antonio Gramsci. Pembentukan hegemoni diutamakan oleh rejim pemerintah untuk mengekalkan pemerintahan, kalau mungkin untuk selama-lamanya seperti yang diinginkan oleh rejim UMNO-BN. Pembentukan hegemoni tidak sekadar dilakukan melalui penggunaan kuasa paksaan tetapi juga melalui kuasa pujukan.

Namun, sama ada kuasa paksaan seperti penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau kuasa pujukan seperti pengumuman satu per satu Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP), tujuannya tidak lain tidak bukan untuk mengekalkan tampuk pemerintahan untuk selama yang mungkin.

Untuk memungkinkan pengekalan rejim UMNO-BN, pembentukan persetujuan secara aktif dalam kalangan rakyat adalah penting dan akan dilakukan siang dan malam malahan tanpa segan silu taktiknya asalkan berkesan dalam mengekalkan hegemoni UMNO-BN atau untuk mengelakkan keretakan yang terlalu besar apabila berdepan dengan cabaran kuasa pembangkang yang terlalu kuat.

Pembentukan persetujuan secara aktif sedang dilakukan melalui manifestasi politik persepsi dan politik seks di bumi 2Malaysia. Apabila terlalu banyak digunakan kuasa paksaan, masih khalayak umum akan rasa marah dan bangkit dengan demokrasi jalanan seperti yang disaksikan di negara-negara rantau Timur Tengah dan Afrika Timur.

Gabungan Najibnomics dan Mahathirisme

Percubaan menggunakan kuasa pujukan seperti slogan 1Malaysia pula berdepan dengan cabaran-cabaran kuat seperti isu kontroversi kitab Injil dalam bahasa Melayu. Malahan persetujuan aktif yang ingin dibentuk berhubung kejayaan transformasi ekonomi Najib Razak juga berdepan dengan tamparan hebat apabila laporan Bank Amerika Merrill Lynch menyatakan bahawa Malaysia merupakan pasaran paling tidak popular untuk kedua-dua "global emerging market" (GEM) dan pengurus dana Asia Pasifik sementara tinjauan Dewan Bersekutu Perdagangan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) mendapati bahawa rata-rata peniaga Cina tidak yakin dengan "agenda reform" ekonomi Najib!

Sementara itu, Buku Jingga kini semakin kuat impaknya dalam memperkasa kuasa counter-hegemoni yang dibentuk oleh Pakatan Rakyat dan masyarakat madani. Jelas, kemuncak Najibnomics kini berdepan dengan jalan buntu. Berhadapan dengan kegagalan bentuk-bentuk kuasa paksaan dan kuasa pujukan dalam membentuk persetujuan bahawa Kerajaan UMNO-BN benar-benar melakukan "agenda reform" di bawah pimpinan Najib, dan apabila terbukti bahawa manifestasi Najibnomics nampaknya tidak memberikan impak sebesar yang diharapkan untuk memperkasa strategi rejim -- UMNO-BN berhadapan dengan keretakan hegemoni yang terlalu besar dan kuasa counter-hegemoni yang semakin kuat, maka kini kembalilah manifestasi Mahathirisme yang menonjolkan politik seks secara liar.

Kini gabungan Najibnomics dan Mahathirisme juga mengambil tempat dalam konteks di mana pilihan raya negeri dan umum akan datang bakal menentukan masa depan negara. Ia bukan untuk memaksa dan bukan untuk memujuk rakyat - menceritakan dengan panjang lebar apa yang baik dengan regim BN. Ia cukup sekadar untuk memusnahkan keyakinan ramai terhadap pembangkang dan ketuanya. Jangan kita terpedaya dengan politik persepsi bercorakkan seks yang keterlaluan sehingga melupakan erti sebenar tsunami politik 2008 - untuk membawa harapan baru kepada tanah air yang dicintai kau dan aku.

Baca: "Perutnya lebih buncit": Anwar nafi dirinya watak dalam video seks

Baca: Klip video seks untuk desak Anwar berundur

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

Gagal Fitnah Liwat, Kini Skandal Seks Pula

Posted: 22 Mar 2011 02:14 AM PDT

22/03/2011


KUALA LUMPUR 22 MAC: "Ini perancangan yang teliti dan dilindungi," itu kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Ketua Pembangkang itu yang membidas penglibatan suaminya dalam skandal video seks lucah yang mengemparkan negara semalam.

Malah, beliau tidak menolak cubaan terdesak kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk mensabitkan Anwar dengan konspirasi terbaru selepas mendapati kes pendakwaan fitnah kedua ke atas Anwar tidak lagi relevan di mahkamah.

"Memang ianya konspirasi sebab kes Saiful akan kalah. Jadi buat satu kes yang baru dan ini bermotifkan politik. Buat di Carcosa Seri Negara, satu tempat yang ekslusif yang didalangi dan yang dipanggil editor-editor atasan. Ini perancangan yang teliti dilindungi," ujar Azizah

Beliau hadir mengiringi Anwar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi tadi berhubung cubaan peras ugut bermotifkan politik oleh individu yang hanya dikenali sebagai "Datuk T".

Selain menggunakan khidmat Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk mendapatkan perlindungan, individu itu turut memeras ugut untuk menyebarkan rakaman video itu kepada umum sekiranya Wan Azizah dan Anwar enggan melepaskan jawatan parti politik yang disandang dalam masa seminggu.

Namun setakat ini tiada individu yang tampil membuat pengakuan malah kesahihan individu yang didakwa sebagai ketua pembangkang dalam video terbabit masih meragukan di kalangan pengamal media yang telah menontonnya.

Anwar dalam kenyataannya hari ini mengutuk keras perbuatan itu selain mendakwa ianya didalangi oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk menjejaskan karier politik beliau sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Dalam laporan yang dikemukakan kepada polis sebentar tadi, beliau menuntut agensi kerajaan itu melakukan siasatan secara telus malah tidak tunduk kepada tekanan politik.

Seterusnya Anwar memberitahu media akan menunggu respon daripada Menteri Dalam Negeri berhubung konspirasi terbaru itu.

Mengapa Tema Serangan Anwar Tidak Pernah Berubah?

Posted: 22 Mar 2011 02:09 AM PDT

22/03/2011


KOMENTAR : Pada 1998 satu gerakan tersusun menyusup masuk dalam Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra di mana Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung. Anasir ini membekalkan buku "50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri" dalam beg cenderamata perhimpunan.

Anwar berang dengan perbuatan licik itu dan membuat laporan polis. Beliau berasa difitnah. Polis pun menyiasat. Anwar pula mengarahkan peguam untuk menyaman penerbit buku itu, Allahyarham Khalid Jafri.

Akhirnya, dalam usaha mahu membersihkan namanya dari pelbagai fitnah yang terkandung dalam buku itu, siasatan polis itu beralih kepada Anwar sendiri. Natijahnya kini sejarah. Anwar dibicarakan, dan dalam proses itu pelbagai cerita menggiurkan didedahkan di mahkamah.

Namun separuh jalan, mahkamah memutuskan untuk menolak cerita-cerita seks yang dikatakan membabitkan Anwar dan akhirnya tuduhan dipinda dan Anwar disabitkan atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa. Dia pun dipenjarakan.

Hari ini, skrip hampir sama berulang. Seorang yang memperkenalkan dirinya Datuk "T" menayangkan video seks yang menggambarkan perlakuan seks membabitkan lelaki seiras Anwar.

Malah Datuk T berkata, beliau akan mengirimkan salinan video itu kepada pemimpin pembangkang itu dan isterinya. Beliau memberi mereka tempoh seminggu untuk meletakkan semua jawatan politik.

Datuk T menegaskan bahawa beliau tidak mahu membabitkan kerajaan dalam kes ini. Jika pemimpin terbabit tidak mahu meletak jawatan beliau akan menggerakkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan menubuhkan pasukan bertindak khas untuk membuat siasatan forensik terhadap video berkenaan.

Meskipun Datuk T tidak mahu kerajaan terbabit, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddiin Hussein tidak dapat mengawal "kegayatan dan naluri politiknya" untuk memberi komen terhadap kemunculan video seks ini.

Hishamuddin berkata, orang yang terbabit dalam video seks, jika berasa dirinya difitnah, harus buat laporan polis. Biar polis siasat. Anak Perdana Menteri Ketiga ini berkata, polis tidak sama sekali terbabit dalam pembikinan video ini. Aneh!

Siapa yang bertanya dan mengapa pula menteri ini perlu menafikan pembabitan polis dalam pembikinan video yang beliau sendiri dakwa "belum tonton dan mungkin tidak akan menontonnya?"

Namun beliau berkata, jika video itu benar membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, maka terpulanglah kepada rakyat untuk menilai peribadinya. Apakah itu sebenarnya matlamat Datuk T dan mereka yang bersengkongkol dengannya -- bina persepsi atau prasangka terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat?

Kemunculan video seks kali ini ditayangkan secara teratur – jemput wartawan tempatan pada sebelah pagi dan wartawan media asing pada sebelah petang – di hotel ternama di Kuala Lumpur.

Bayangkan betapa banyak yang perlu dibelanjakan oleh Datuk T! Sudah tentu ini projek besar yang memerlukan biaya daripada institusi yang kukuh kewangannya.

Nampaknya, kempen untuk mengaib dan membunuh kerjaya politik Anwar ini tidak pernah mengubah temanya. Sejak 1998 sasaran musuh politik Anwar ialah pegangan moralnya. Ini membabitkan kes mengurat isteri orang, liwat dan, amalan zina. Anehnya, soal yang menjadi senjata utama Anwar terhadap seteru politiknya – salah guna kuasa, dan rasuah tidak pernah cuba digunakan terhadap Anwar.

Ini menunjukkan bahawa musuh Anwar tidak dapat mencari fakta atau merekacipta bukti membabitkan Anwar dalam amalan curang ekonomi seperti rasuah.

Sebaliknya, mereka mencongak jika maruah Anwar boleh dipertikaikan, tuduhan Anwar terhadap amalan salah guna kuasa dan rasuah, pemimpin-pemimpin politik Umno-BN akan larut begitu sahaja dan dilupakan orang.

Begitu juga dalam kes mahkamah yang membabitkan konspirasi liwat kedua yang sedang berlangsung. Apabila melihat hakim menolak bukti rekacipta polis, Umno dan konco-konconya berdemonstrasi menagih Anwar supaya memberikan sampel DNA beliau. Jika tidak, ia membuktikan Anwar takut kerana bersalah.

Namun kerana corak dan tema dakwaan terhadap Anwar ini sama sahaja, ia menggambarkan betapa dangkalnya pemikiran politik musuh-musuh Anwar. Mereka cuba menabur persepsi bahawa sebagai seorang yang bermoral rendah (seperti kata musuh nombor satu Anwar, Dr Mahathir Mohamad) Anwar tidak layak jadi pemimpin.

Apa yang menakutkan mereka sekarang sebenarnya ialah, bagaimana jika kerjaya politik Anwar terus mekar selepas pilihanraya negeri Sarawak dan kemudian pilihanraya umum ke-13? Dan, Anwar benar-benar jadi pemimpin utama negara? Maka teruslah mereka berpaut kepada modal tohmahan video seks dan kes liwat dengan harapan rakyat percaya.

P'raya Sarawak : Jangan Terpesong Dengan Video Seks Fitnah

Posted: 22 Mar 2011 01:00 AM PDT

22/03/2011


KUALA LUMPUR 22 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi Sarawak menolak cubaan Putrajaya menggunakan video fitnah seks terhadapnya untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada keperluan menamatkan pemerintahan rasuah Barisan Nasional.

Anwar turut menggesa Suruhanjaya Pilihanraya untuk memastikan pilihanraya yang telus dan adil khususnya undi pos dengan tempoh berkempen sekurang-kurangnya tiga minggu.

SPR akan bermesyuarat eok untuk menetapkan hari penamaan calon dan hari mengundi untuk 71 kerusi Dewan Undangan Negeri setelah DUN Sarawak dibubarkan semalam.

Anwar berkata parti komponen Pakatan Rakyat dan rakan pembangkang SNAP akan memutuskan pengagihan kerusi dalam beberapa hari untuk memberikan saingan hebat kepada Barisan Nasional pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Tangan Najib Dalam Video Fitnah, Kata Anwar

Posted: 22 Mar 2011 01:00 AM PDT

22/03/2011 Share


KUALA LUMPUR 22 MAC: Penganjuran majlis "pra-tonton" video seks fitnah di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur untuk ahli media semalam tidak mungkin diadakan tanpa penglibatan Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein, kata Datuk Seri Anwar ibrahim.

"Tayangan video lucah yang merupakan jenayah berat dibiarkan dan ini tidak mungkin berlaku tanpa penglibatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri termasuk pihak atasan Polis Diraja Malaysia," jelas Anwar selepas membuat laporan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bersabit video itu.

Video 21 minit itu ditunjukkan oleh seorang yang hanya di kenali "Datuk T" bagi menyakinkan orang ramai bahawa Datuk Seri Anwar melakukan hubungan sumbang dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu.

Anwar semalam menegaskan beliau berada di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya ketika kejadian itu didakwa berlaku sebelum bertindak membuat laporan polis hari ini bagi membolehkan siasatan penuh dijalankan.

Beberapa wartawan yang menyaksikan video itu semalam mengesahkan orang di dalam rakaman itu mempunyai perut buncit yang bukan menjadi sebahagian daripada iras Anwar.

Anwar berkata pra-tonton video lucah itu di Hotel Carcosa Seri Negara dengan sendirinya adalah satu jenayah, namun polis tidak mengambil tindakan kerana penganjurnya dilindungi oleh Najib dan Hishamuddin.

"Ini menunjukkan polis memilih. Kalau saudara tentang dan hina Anwar, boleh lakukan segala jenayah. Boleh pukul dan boleh sebar kenyataan video lucah," kata Anwar secara sinis mengenai realiti politik negara.

"Ini terbukti dan saya mahu tindakan diambil," tambah beliau kepada kira-kira 80 penyokong yang mengiringi beliau membuat laporan polis itu. Turut sama isterinya beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan anaknya Nurul Izaah.

Ketua Pembangkang itu memberi amaran kepada kerajaan Malaysia untuk tidak mengulangi kekejaman pada 1998 di mana beliau di pukul dalam lokap setelah membuat laporan polis mengenai sebuah buku yang menfitnah beliau.

"Saya beri ingatan kepada Menteri Dalam Negeri, jangan guna laporan polis untuk menutup kesalahan jenayah dan mengugat kerja saya dalam politik.

"Kenapa kes Port Dickson masih belum disiasat secara terperinci? Saya akan lawan mereka," ujar Anwar disahut laungan penyokong-penyokong yang hadir.

Kes Port Dickson merujuk kepada dakwaan salah laku seks membabitkan Perdana Menteri Najib Razak.

Dalam salinan laporan polis yang diedarkan kepada wartawan, Anwar memberitahu individu-individu tertentu termasuk Datuk T melakukan kesalahan fitnah jenayah, intimidasi jenayah, dan melakukan konspirasi jenayah terhadapnya dengan penayangan video lucah itu.

Datuk T semalam mengugut untuk mededahkan video tersebut kepada umum sekiranya Anwar dan Wan Azizah selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak meletakkan jawatan dalam masa seminggu. Anwar adalah Ketua Umum parti itu.

Antara yang turut hadir di IPD Dang Wangi bersama Anwar tadi adalah Naib Presiden PKR Tian Chua dan N.Surendran, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin dan Ahli Jawantakuasa PAS Pusat Datuk Seri Nizar Jamaluddin.