Selasa, 22 Mac 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO - CERAMAH AZMIN MENJAWAB HUJAH ADIK KANDUNGNYA UMI HAFILDA

Posted: 22 Mar 2011 09:00 PM PDT



Oleh: WFAUZDIN NS

YB AZMIN sewaktu berceramah di Besut bersebelahan dengan ceramah Umno yang menampilkan adik beliau, Umi Hafilda tetap bersemangat dan tekad untuk terus berjuang membela rakyat meski pun sabab hari difitnah oleh adik kandungnya Umi.

Azmin bersyukur dengan kehadiran pendengar di dalam ceramah anjuran PAS malam itu yang di luar jangkaan sama sekali apatah lagi Umno juga membuat ceramah di lokasi yang berhampiran. Jelas, rakyat Terengganu tidak berselera untuk mendengar umpat, keji dan fitnah dari `pelakun upahan' betina tua itu.

Beliau juga merujuk kepada sebuah Majalah Antarabangsa keluaran terbaru yang menyebut di Malaysia terdapat 40 orang jutawan. Daripada jumlah tersebut, hanya 6 orang sahaja terdiri daripada orang Melayu. Setelah lebih 30 tahun DEB kununnya diperjuangkan oleh Umno, hanya 6 orang sahaja orang Melayu lahir sebagai jutawan. Dasar itu gagal kerana sikap Umno yang mengamalkan rasuah dan kroni.

Siapa pula 6 orang Melayu yang jadi jutawan ini? Seorang daripadanya adalah Mukhzani anak kepada Mantan PM Tun Mahathir. Seorang lagi adalah Nazir adik kepada PM sekarang iaitu Najib. Di mana rakyat bawahan? Cukupkah sekadar mendapat kain pelikat dan topi sudu setiap kali pilihanraya.

Azmin juga menceritakan tentang isu DNA yang dituntut oleh puak-puak bodoh itu. Beliau menerangkan sebab-sebab mengapa DS Anwar tidak mahu DNA nya diserahkan akibat pengalaman lalu. Selanjutnya Azmin menyebut tentang kisah Saiful yang tidak pernah dibuktikan berada di dalam kondo sebaliknya hanya di lift tingkat 5. Mengapa tuan rumah kondo yang dikunjungi oleh DS Anwar pada tarikh tersebut tidak dipanggil untuk memberi keterangan? Mengapa rakan-rakan Anwar yang ada bersamanya ketika itu tidak dipanggil memberi keterangan?

Paling menarik Azmin bercerita tentang kisahnya yang sanggup menyerahkan DNA beliau, isteri dan anaknya semasa beliau ditahan dahulu kerana ada tuduhan bahawa anaknya adalah hasil hubungan sulit Anwar dan isterinya. Hasilnya, terbukti DNA menunjukkan bahawa anaknya itu adalah anak yang sah beliau bersama isterinya Shamsidar. Isu itu masih dijaja oleh betina upahan itu ke serata pelusuk negara. Ikuti seterusnya ceramah menarik dari YB Azmin./wfauzdin.blogspot.com

DNA LAGI, KALI INI JAM OMEGA PULA JADI MANGSA

Posted: 22 Mar 2011 07:53 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

KERANA seorang Datuk `T', satu Malaysia kecoh pasal video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar. Siapa Datuk T ? Itu aku tidak peduli samada dia bernama Taik, Temberang atau pun Tajuddin Wahab. Pada aku yang penting kandungan di dalam video tersebut samada benar `dilakonkan' oleh Anwar atau pun `si perut buncit' yang rupanya mirip Anwar.

Malaysiakini melaporkan hari ini, Datuk T tidak akan menyerahkan kepada pihak polis pita video berkenaan kununnya bimbang Anwar akan tuduh pihak polis manipulasi pita berkenaan. Datuk T macam tahu-tahu pula pihak Polis selalu berbuat demikian. Satu tuduhan jahat kepada pihak Polis walaupun mungkin ada beberapa Polis yang mungkin berbuat begitu. Datuk T mahu pita itu diselidiki oleh badan bebas termasuk dari negara asing tentang ketulinan video berkenaan. Masalahnya, siapa yang pertikaikan video itu tulin atau tidak? Yang dipertikaikan pelakun berperut buncit itu, siapa?

Petikan dari Malaysiakini menyebut bahawa Datuk T juga akan menyerahkan jam tangan Omega yang didakwa dimiliki oleh ahli politik tersebut yang tertinggal di sebuah bilik hotel di mana rakaman itu dibuat. "Suruhanjaya itu boleh menghantar jam berkenaan kepada pakar forensik bagi menentukan sama ada DNA yang terdapat pada jam itu sepadan dengan Anwar," katanya.

Bertambah lucu jalan cerita Fitnah III ini. Bagaimana jam Omega itu berada di tangan Datuk T ? Ceritanya, beliau disuruh ambil oleh tuan jam berkenaan di hotel tersebut apabila dikatakan jam tersebut tertinggal. Jika beliau disuruh ambil jam tangan berkenaan, apakah beliau tidak menyerahkannya kepada tuan jam ? Katalah Anwar yang tertinggal jam itu, dan Datuk T disuruh ambil jam berkenaan, mengapa jam tangan itu tidak diserahkan kepada Anwar? Sekiranya Datuk T tidak serahkan kepada Anwar, adakah lojik Anwar berdiam diri jam yang amat penting itu tidak dikembalikan? Masakan Anwar tidak bertanya, di mana jam itu? Persoalannya, mengapa jam tangan masih berada di tangan Datuk T?

Maka, sekali lagi kita ingin diperbodohkan oleh orang yang sedia bodoh dengan saranan Datuk T agar pihak forensik mengadakan ujian DNA pada jam berkenaan. Sampai bila rakyat Malaysia mahu dibutakan dengan kisah DNA ini? Malu kita dengan dunia luar yang menganggap pihak berkuasa atau undang-undang di negara ini hanya perlu DNA sahaja untuk menyelesaikan sesuatu kes jenayah. Jika ada DNA Datuk T pada jam tersebut, maka jam itu kepunyaan Datuk T dan Datuk T adalah pelakun sebenar di dalam video berkenaan. Bolehkah kita fikir begitu?

DNA bukan tidak penting, ianya penting sebagai menyokong keterangan atau siasatan. Paling penting di dalam kes ini adalah benarkah Anwar yang beraksi di dalam video berkenaan? Benarkah Anwar berada di tempat lain sewaktu rakaman dibuat? Benarkah Anwar memiliki jam Omega sama seperti jam yang ada pada Datuk T? Mengapakah jam tersebut berada di tangan Datuk T sedangkan beliau hanya disuruh mengambilnya di hotel berkenaan? Mengapa Anwar tidak meminta jam tersebut setelah Datuk T mengambilnya? Paling penting, mengapa Datuk T enggan serahkan kepada pihak Polis atau jika hilang kepercayaan kepada pihak Polis, mengapa tidak serahkan kepada Majlis Agama Islam?

Inilah Malaysiaku yang negara luar kagumi. Tiada yang mustahil di dalam negara ini hatta DNA yang berlainan jenis berterabur pada punggung seseorang pun dikira seorang juga yang bersalah. Bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia yang sentiasa disajikan dengan peristiwa pelik dan ajaib seperti ini. Jika tidak pelik, masakan Altantuya meletup tiba-tiba tanpa sebab./wfauzdin.blogspot.com

KESIHAN MAK CIK TUA YANG DATANG DARI JAUH...

Posted: 22 Mar 2011 03:31 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH buat rakyat Kedah yang matang dan pintar kerana menolak kehadiran seorang betina untuk berceramah di sana. Mereka menolak kehadiran mak cik Ummi untuk berceramah di dewan Orang Ramai, Taman Wira B, Mergong semalam seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily kerana mereka faham bahawa betina ini akan menambahkan dosa dengan segala fitnah umpat kejinya itu.

Betina tua yang belum berkahwin ini silap pilih kawasan, mungkin dia sangka Kedah itu seperti Johor atau Melaka. Beliau fikir rakyat Kedah begitu lapar dengan segala fitnah, umpat dan keji yang sering beliau ucapkan di atas pentas Umno. Rakyat Kedah tahu menilai samada perlu percaya atau tidak kepada betina yang dikatakan dibuang oleh ayahnya sendiri sehingga ayahnya meninggal dunia.

Umno cuba menampilkan watak utama konspirasi 1998, mak cik Umi dalam program 'merungkai segala rahsia Anwar Ibrahim' yang dijadual malam tadi , tetapi lebih awal mendapat tentangan dari anak-anak muda yang jelak dengan cerita lucah mak cik tua ini. Lebih 300 anak-anak muda dan masyarakat sekitar berkumpul di hadapan Dewan Orang Ramai Taman Wira B, Mergong menyatakan bantahan terhadap penyalahgunaan premis berstatus premis milik kerajaan negeri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, di Besut ceramah yang menampilkan betina tua ini serentak dengan ceramah anjuran PAS yang turut dihadiri oleh abangnya Azmin Ali juga memperlihatkan betapa rakyat tidak lagi berselera dengan cerita lucah yang basi dari mulut beliau. Ceramah Umno yang beberapa puluh meter sahaja dari ceramah PAS menampakkan jurang yang berkali ganda dari segi jumlah pendengar. Mak cik tua ini menyalak seorang diri dan syok sendiri dengan membawa irama yang sepatutnya wanita tua sepertinya malu untuk dendangkan. Sedangkan di seberang sana, ceramah PAS lantang dengan memetik beberapa ayat-ayat Al-Quran dan menyeru rakyat untuk menolak kerajaan zalim, rasuah serta bersekutu dengan Apco.

Begitulah akibatnya jika hilang pedoman dan hanya memikirkan soal cari makan. Maruah tidak lagi menjadi perhitungan malah boleh dijual beli oleh sesiapa sahaja. Ini satu pengajaran buat betina tua ini kerana tidak semua boleh kamu jadikan seperti kamu. Biarlah Umno sahaja yang sanggup `menternak' kamu, tetapi sampai bila?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: