Nuffnang

Pengikut

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ADUAN SAL:AH LAKU PEMILIHAN PKR - YB AZMIN PULA BERI JAMINAN

Posted: 08 Feb 2011 08:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MELALUI berita Astro Awani malam tadi, isu pemilihan kepimpinan PKR ditimbulkan. Kali ini Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali ditanya tentang rasa tidak puas hati beberapa pihak terhadap maklum balas aduan-aduan yang telah dikemukakan kepada JPP. Paling ketara yang sering mendesak agar diumumkan hasil siasatan tersebut adalah dari kumpulan bekas calon Ketua AMK yang tewas iaitu Badrul Hisham Shahrin (Chegubard).

YB Azmin di dalam kenyataannya malam tadi menyebut bahawa hampir kesemua aduan berkaitan salah laku atau penyelewengan semasa pemilihan PKR yang lalu telah selesai disiasat. Beliau turut mengakui ada sejumlah kecil sahaja aduan yang belum selesai disiasat dan memerlukan masa untuk menyelesaikannya. YB Azmin menyatakan mana-mana pihak yang mahu maklumat tentang status aduan yang telah dilaporkan boleh terus berhubung dengan Pejabat Parti.

Kita tidak boleh menyalahkan penyokong-penyokong Chegubard yang terus mendesak kerana mereka sebelum ini telah dijanjikan oleh Setiausaha Agung PKR bahawa semua aduan tersebut akan dapat diselesaikan di dalam tempuh 2 minggu bermula dari parti mengadakan Konvokesyen baru-baru ini. Kini, hampir lebih kurang 4 bulan siasatan masih berjalan. Justeru itu, tidak salah buat penyokong-penyokong Chegubard terus mengingatkan parti di dalam hal ini. Tindakan mereka bukan tindakan pengkhianat malahan satu tindakan terpuji dari kumpulan anak muda yang mahukan keadilan di dalam parti boleh dilihat.

Mungkin sedikit kurang selesa apabila kelembapan Setiausaha Agung PKR dan JPP menyelesaikan masalah ini diambil kesempatan pula oleh beberapa orang untuk memburukkan beberapa pimpinan parti. Terdapat beberapa tulisan atau perkataan yang menyindir beberapa pemimpin parti melalui blog atau twitter. Diharapkan perbuatan seperti ini tidak berlaku lagi kerana kita bimbang sekiranya ianya berterusan, pandangan beberapa ahli parti terhadap mereka menjadi negatif. Kita bimbang perasaan simpati bertukar menjadi benci jika kelakuan seperti itu berterusan.

Teruskanlah mendesak asalkan tiada kecaman keterlaluan terhadap pimpinan. Parti juga mesti peka dengan masalah ini. Selesaikan lah isu ini secepat mungkin agar semua yang tersimpul dapat dileraikan. Jangan cuba bertindak seperti Umno yang menggunakan jalan mudah dan tidak demokratik untuk menyelesaikan masalah. Setiausaha Agung, YB Saifudin Nasution mesti mempamirkan sikap profesionalismanya dan tidak gentar untuk melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan./wfauzdin.blogspot.com

DEBAT - JAMIL KHIR DIMINTA SERAH JAWATAN MENTERI NYA KEPADA MOHD NOOR DERIS

Posted: 08 Feb 2011 08:42 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

ISU Debat yang melibatkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz nampaknya sedikit mengelirukan. Tuan Guru Nik Aziz menafikan beliau mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan sepertimana yang kebanyakan dilaporkan di dalam media. Isu debat mula timbul apabila ulamak veteren Umno Kelantan, Mohd Noor Deris mencabar Tuan Guru Nik Aziz berdebat dengannya berkaitan isu menyokong Umno itu Jahiliyyah termasuk juga isu Malaysia bukan Negara Islam.

Mohd Noor Deris juga telah membuat laporan kepada Majlis Fatwa agar kenyataan Tuan Guru Nik Aziz itu disiasat dan tindakan diambil terhadapnya. Apabila ditanya oleh wartawan, Tuan guru Nik Aziz menyebut beliau pada bila-bila masa bersedia untuk berhadapan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan. Soal berdebat dengan Mohd Noor Deris, Tuan Guru Nik Aziz lebih suka untuk berdebat dengan tokoh yang lebih berwibawa di dalam Umno atau Kerajaan. Semua kita tahu bahawa siapalah Mohd Noor Deris yang digelar `ulamak terompah kayu' di Kelantan itu.

Maka, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam, Jamil Khir Baharom merasa terkilan di atas keengganan Tuan Guru Nik Aziz berdebat dengan `ulamak terompah kayu' tersebut. Beliau dipetik berkata, " Selesai dulu dengan Mohd Noor, soal agama ini bukan kira setaraf, layak atau tidak, dia (Nik Aziz) tak perlu babitkan orang lain, Majlis Fatwa kalau minta bagi fatwa bolehlah, tapi bukan atas permintaan individu tapi Raja. Itu peraturan fatwa, kalau dia nak cabar Majlis Fatwa, maknanya dia tidak faham fungsi dan peranan majlis," kata Jamil.




Menjawab kenyataan Jamil Khir tersebut, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengingatkan bahawa bukan beliau yang mengheret nama Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi orang lain yang mencadangkan pandangannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa. "Saya hanya menyatakan persetujuan apabila ditanya oleh wartawan," jelasnya.

Tuan Guru Nik Aziz telah menjelaskan bahawa beliau sedia berdebat dengan sesiapa sahaja yang mempunyai kuasa atau kedudukan di dalam kerajaan mahupun Umno. Bukan masalah Tuan Guru Nik Aziz memilih darjat atau kedudukan, tetapi beliau mahu dengar sendiri hujah dari ulamak yang berkuasa di dalam kerajaan dan Umno bukan dari `cicak mengkarung' yang hanya tahu membodek pemimpin mereka. Selama ini pihak kerajaan dan Umno lah yang lantang menuduh PAS yang bukan-bukan, maka pemimpin merekalah yang perlu ke depan.

Di dalam kerajaan sekarang, siapakah yang paling wajar berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz? Jawapannya, Tentulah Menteri yang sibuk menyuruh Tuan Guru Nik Aziz berdebat dengan Mohd Noor Deris, iaitu Jamil Khir Baharom sendiri. Beliau Menteri yang menjaga agama dan berpendidikan agama malah pernah memegang jawatan tertinggi di dalam Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat). Apakah disebabkan beliau kecut seperti kecutnya Najib untuk berdebat, maka beliau bersungguh-sungguh mahu Mohd Noor Deris di`korban'kan bagi menggantikannya? Jika begitu, Jamil Khir wajar serahkan jawatan Menteri yang dipegangnya itu kepada Mohd Noor Deris.

Andainya Jamil Khir juga kecut untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz, beliau boleh mengesyorkan Penasihat Agama kepada PM untuk menggantikannya. Mengapa perlu di`korban'kan `ulamak terompah kayu' tersebut? Ulamak Umno Kelantan yang tidak bermoral dan berakhlak seperti itu hanya layak berdepan dengan anak-anak murid pondok di Pulau Melaka sahaja. Bukan untuk memperkecilkan ilmu yang sedia kecil ulamak Umno tersebut, tetapi apa yang boleh ulamak ini lakukan hasil dari perdebatan itu nanti? Apa jawatan beliau di dalam kerajaan? Layakkah beliau menasihati Najib dan Bibik Rosmah dalam hal ehwal agama nanti?

Kita tunggu apakah tindakan kerajaan dan Umno di dalam isu debat ini. Seorang dua Mufti nampaknya telah mula bersuara seolah-olah tidak selesa jika debat ini berlangsung. Kununnya debat tiada di dalam Islam, yang ada hanya muzakarah. Masalahnya, Umno sendiri pun selalu mengelak untuk bermuzakarah dengan PAS dalam soal agama seperti isu Negara Islam, Hukum Hudud, Akta ISA yang zalim dan berbagai isu lagi. Adakah anda seperti saya yang yakin akhirnya isu debat ini akan tenggelam begitu sahaja akibat Umno yang terkenal dengan sifat pengecutnya itu?/wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Lawak petang : 700,000 kondom hilang di Perak ... wei kerja sapa ni?

Posted: 08 Feb 2011 10:10 PM PST

MS : Wei siapa yg dah curi tu harap bagi balik ooii .. kondom tu nak hantar gi jepun tuk kegunaan hari Valentine nanti ... hahaha akan bertambah lah penduduk jepun kalau kondom made in Perak tu tak jumpa. ... nasib baik dia tak cakap untuk kegunaan dalam M'sia ...
Rupa-rupanya ada kilang kondom di Perak yaa .... ingatkan semua kondom ni di impot ..
KUALA LUMPUR 9 Feb : The police are investigating the disappearance of 700,000 ultrathin condoms that went missing during transit from Malaysia to Japan last week, just weeks before Valentine's Day.

"We take the matter of the missing condoms very seriously... we are investigating the matter," a Malaysian police spokesman said, according to an AFP report.

Sagami Rubber Industries, Japan's first condom maker, said last week that the shipment of about 726,000 condoms was loaded into a container at its Perak factory, which subsequently arrived locked but empty in Tokyo.

"We are unhappy over the incident. This is the first time such a thing has happened since our Malaysian production started in 1997," Sato Koji, the factory manager told AFP.

Sagami's head office have said the condoms, which it says are only 0.02mm thick or 14 per cent thinner than normal ones, are worth RM4.5 million at Japanese retail prices.

Freight forwarders have said goods being shipped out of Malaysia routinely go missing and that many cases are inside jobs.

"There are locks, seals and checklists provided by freight forwarders and shipping lines for every part of the journey from factory to destination so it is very easy to find out where and when they were tampered with or changed," said Air Freight Forwarders Association of Malaysia head Walter Cullas. - TMI

Dr Hatta menang saman polis

Posted: 08 Feb 2011 09:57 PM PST

KUALA LUMPUR: Dr Hatta Ramli dan dua yang lain menang kes saman terhadap polis dan kerajaan dalam kes ceramah tanpa permit dan jumlah bayaran mengenainya akan ditentukan minggu ini.

Ketiga-tiga mereka ditangkap dan dilokap pada 10 Jun 2004 kerana dituduh berceramah tanpa permit di daerah Rompin.

Ceramah anjuran PAS Rompin itu bagaimanapun diganggu polis walaupun ia diadakan di dalam kawasan persendirian.

Mereka kemudiannya menyaman Polis dan kerajaan Malaysia seterusnya pada 26 Ogos 2009 Mahkamah Tinggi Kuantan memberi kemenangan pada mereka.

Menurut Dr Hatta, selepas perbincangan dengan peguam kedua-dua pihak hari ini, jumlah tuntutan itu akan ditentukan mahkamah selewat-lewatnya 15 Mac depan.

Mereka diwakili peguam, Hanipa Maidin.

Ketika dihubungi KeadilanDaily.com beliau berkata, kemenangan kes ini menunjukkan ceramah adalah sah dari segi undang-undang walaupun tanpa permit polis.

Sehubungan itu, beliau berharap jentera Pakatan Rakyat tidak gentar dalam mengadakan aktiviti parti bagi memastikan maklumat kepada rakyat dapat disampaikan dengan berkesan.

"Kita juga berharap agar pasukan Polis bersikap profesional dan adil terhadap program Pakatan Rakyat selepas ini," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai

PRK Merlimau : Lagi calon wanita

Posted: 08 Feb 2011 09:46 PM PST

KUALA LUMPUR, 9 Feb — PAS Melaka mahu menurunkan calon popular untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau daripada penguasaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil awal bulan depan.

Selain itu, PAS Melaka juga akan mempertimbangkan sama ada akan meletakkan calon wanita dalam pilihan raya kecil kawasan itu

Kelmarin, Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengekalkan PAS bertanding di Merlimau — pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008..

Menurut Timbalan Pesuruhjaya I PAS Melaka Adly Zahari, kepimpinan parti peringkat negeri Melaka telah menerima senarai pendek nama calon yang bakal menggalas tugas PAS dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau 6 Mac.

Beliau berkata senarai nama itu akan dibawa ke peringkat tertinggi PAS pada 13 Februari ini untuk membuat keputusan.

"Setakat ini kita sudah terima beberapa nama yang mana setiap cawangan dalam Parlimen Jasin telah mengemukakan calon-calon yang mereka mahu.

"Kita memang sudah ada nama-nama itu tapi kita masih belum muktamadkan nama itu untuk dibawa ke peringkat pusat, kita masih mengumpul nama dari cawangan.

"Calon yang akan kita letak di Merlimau akan mengikut kriteria yang ditetapkan selain sesuai dengan keperluan masyarakat di Merlimau," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider difahamkan PAS Melaka berkemungkinan mempertimbangkan calon wanita iaitu Setiausaha Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man selain Ketua Penerangan PAS Melaka Kamaruddin Sidek, Yang Dipertua PAS Jasin Jasme Tompang dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin Yuhaizan Abdullah.

Bagaimanapun Adly enggan mengulas lanjut kesahihan nama-nama tersebut, sebaliknya berkata PAS Melaka masih belum membuat keputusan muktamad berhubung calon yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

"Proses belum muktamad, jadi saya tidak boleh nak kata apa-apa. Saya sendiri juga tidak tahu sama ada nama-nama itu ada dalam senarai tersebut.

"Mungkin ada kalau cawangan mengemukakan nama mereka dan mungkin tiada, kita akan bincang mengenainya dulu. Soal muslimin atau muslimat kita tunggu keputusan pemimpin tertinggi nanti," katanya.

Adly yang juga Yang Dipertua PAS Alor Gajah mengakui sukar untuk PAS memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau namun tidak mustahil sekiranya parti Islam itu untuk membuat kejutan.

"Memang sukar (untuk menang) tapi tak mustahil untuk kita membuat kejutan dalam pilihan raya kecil ini, memang Merlimau adalah kubu kuat BN.

"Bagaimanapun kita akan cuba tingkatkan undi kita, fokus kepada usaha tingkatkan undi bagi PAS dan juga mengurangkan majoriti," katanya.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme dengan majoriti 2,154 undi

Ops Lalang 1987 - Mahathir kata itu kerja polis

Posted: 08 Feb 2011 07:59 PM PST


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Dr mempersalahkan polis atas Ops Lalang, yang melnyaksikan 106 orang, termasuk seteru politiknya ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987.

Dalam buku terbaru mengenai Mahathir, yang berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mengakui bahawa beliau berang dengan tindakan polis tersebut.

"Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu...

"Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang," katanya.

"Awak pastinya marah!" balas Tom Plate (bawah, kanan), yang mewawancara Mahathir dan mengarang buku berkenaan.

"Yeah, tapi apa yang boleh saya lakukan? Saya perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah orang-orang yang membuat keputusan. Saya memberikan kuasa umum kepada mereka untuk bertindak," kata Mahathir.

Semasa penangkapan besar-besaran pada 27 Oktober 1987, lebih seratus orang ditangkap - sebahagian besar mereka terdiri daripada pemipin pembangkang dan segelintir ahli politik dari Umno dan MCA. Selain itu, permit penerbitan untuk akhbar The Star , Sin Chew Jit Poh dan Watan telah ditarik balik.

Kerajaan kemudian menawarkan penjelasan bahawa tangkapan ISA yang kedua terbesar sejak rusuhan perkauman 13 Mei adalah 'perlu' bagi membendung 'ketegangan perkauman' yang semakin memuncak akibat protes besar-besaran berhubung pelantikan pengetua bukan berpendidikan Cina di sekolah-sekolah vernakular Cina.

Umno pula membalas dengan juga mengadakan protes besar-besaran yang diketuai oleh ketua pemudanya ketika itu, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Baru, beberapa hari sebelum tangkapan beramai-ramai dibuat. - mkini

Minah Afrika bogel tepi jalan semalam tu dah 'high' .. bungkusan dadah dah pecah dalam perut

Posted: 08 Feb 2011 04:30 PM PST


KUALA LUMPUR: Tindakan seorang wanita warga Afrika berbogel dan berjoget di tepi jalan raya di Cheras di sini, kelmarin dipercayai bukan disebabkan gangguan mental secara semula jadi, sebaliknya ia kesan sampingan selepas satu daripada puluhan bungkusan kecil dadah ditelannya, pecah dalam perut.

Sumber polis berkata, perkara itu terbongkar selepas hospital membuat imbasan X-ray pada bahagian perut wanita terbabit yang kelihatan agak buncit.

Berikutan itu, polis percaya wanita terbabit 'keldai dadah' digunakan sindiket penyeludupan dadah ke negara ini dan dia menelan puluhan bungkusan sebesar ibu jari mengandungi dadah jenis heroin bertujuan menyoroknya daripada dikesan pihak berkuasa.

"Besar kemungkinan satu daripada bungkusan dadah berkenaan terpecah atau bocor di dalam perut wanita itu menyebabkan dia menjadi tidak siuman dan hilang kawalan diri," katanya.

Menurutnya, sehingga semalam, wanita terbabit yang dirujuk ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) bagaimanapun masih dalam keadaan tidak siuman dan gagal memberi kerjasama ketika keterangannya hendak diambil.

"Setakat ini, hospital memberikan ubat khas bagi membolehkan suspek mengeluarkan bungkusan dadah itu daripada perutnya. Proses mengeluarkan dadah berkenaan masih dilakukan sehingga petang ini (semalam) dan jumlah sebenar dadah dalam perut wanita terbabit juga tidak diketahui," katanya.

Difahamkan, sehingga petang semalam, lebih 10 bungkusan plastik kecil dadah dikeluarkan dan bakal dihantar ke Jabatan Kimia bagi menentukan jenis dadah berkenaan dan beratnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang yang dihubungi mengesahkan penemuan dadah berkenaan, namun enggan mengulas lanjut berikutan belum mendapat laporan penuh berhubung identiti wanita terbabit.

Menurutnya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada wanita Afrika berkenaan, namun polis meminta bantuan Jabatan Imigresen bagi mengenal pasti identitinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, wanita berusia 20-an itu mencetuskan kegemparan apabila muncul dalam keadaan telanjang bulat sebelum berjoget dan menjerit-jerit di bahu jalan berhampiran persimpangan Taman Cheras menuju Jalan Lingkaran Tengah II, di sini.

Selepas kira-kira 15 minit dipujuk anggota polis dan orang awam, baru dia bersetuju memakai pakaiannya semula sebelum dibawa menaiki kereta peronda polis untuk dihantar ke PPHUKM bagi pemeriksaan kesihatan. - myMetro

Cukai : Beli kereta RM40ribu, RM16,500 dibayar pada Rosmah untuk diperabih .. hidup kerajaan 1Msia

Posted: 08 Feb 2011 01:38 AM PST


Pakatan Rakyat akan mencadangkan "penyelesaian radikal" bagi mengurangkan bebanan cukai yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia mengikut Dasar Automotif Negara (NAP).

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata cadangan itu akan dibentangkan pada Persidangan Ekonomi Pakatan yang dijadualkan pada bulan depan.

Katanya, cadangan berkenaan bertujuan mengurangkan tiga jenis cukai yang sekarang membebankan pembeli dan melipat gandakan harga kereta. Ini termasuk cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.

Katanya, walaupun kenderaan di bawah 1,500 cc, cukai yang dikenakan sekurang-kurangnya 60 peratus untuk eksais, 10 peratus cukai jualan manakala 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan untuk kereta import.

"Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.

"Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah," katanya pada sidang media mingguan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi tadi.

Beliau turun mendesak kerajaan Umno-BN memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan bagaimana rakyat dibebani dengan hutang sepanjang masa.

Azmin berkata hutang isi rumah yang tinggi sehingga mececah 74 peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada November tahun lalu adalah bukti kurangnya pendapatan rakyat menerusi dasar ekonomi yang dilaksanakan kerajaan persekutuan.

Menurutnya, polisi yang diamalkan tidak lagi relevan memandangkan setiap keluarga terpaksa menanggung hutang negara yang kini melebihi 50 peratus kepada KDNK selain hutang peribadi.

"Kita yakin kalau mahu menjana ekonomi, rakyat perlu ada kapasiti untuk belanja kerana hutang isi rumah yang tinggi," jelas beliau.

Ahli parlimen Gombak itu juga menjelaskan prospek malap ekonomi negara dan ketidakupayaan rakyat menikmati taraf hidup baik berpunca daripada tindakan melindungi kepentingan kroni.

Katanya, hutang isi rumah yang dicatat berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).

Ini jelasnya membuktikan kadar perbelanjaan pendapatan rakyat semakin rendah setiap tahun dengan kadar hutang yang tinggi.

"Sikap Umno-BN dalam menangani maslaah harga kereta dan rumah yang mahal dihadapi rakyat adalah bukti mereka tidak mempedulikan kesengasaraan rakyat. Rintihan rakyat selama ini terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan langsung tidak diendahkan," katanya lagi. - mkini

Pemimpin BN yang boros dan buta hati .. termasok lah FLOM* hahaha

Posted: 08 Feb 2011 12:48 AM PST

IPOH, 8 Feb: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim menegaskan PR menolak sekeras-kerasnya terhadap sebarang bentuk pembaziran wang negara, lebih-lebih lagi pembaziran berlaku pada waktu negara berada dalam situasi memerlukan wang yang lebih untuk kebajikan rakyat.

"Saya rasa pelajar sekolah rendah pun tahu membanding harga sebelum membeli barang, pemimpin Malaysia sudah buta hati dan tak pandai matematik untuk fikir cara belanja berhemah, akibatnya wang rakyat dibazirkan," katanya.

Tambahnya, Kementerian Pertahanan dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, harga tersebut adalah 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama sebagaimana yang disebut ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Negara juga, katanya sedang berada dalam keadaan bahaya dengan tindakan Najib membiarkan isterinya menginap di sebuah bilik mewah (suite) yang harganya mencecah UDS35,000 atau menyamai RM106,000 semalam dalam satu sesi lawatannya ke luar negara baru-baru ini.

"Beliau (Rosmah) menyatakan bahawa lawatannya adalah mewakili rakyat walhal tindakan ini langsung tidak selari dengan hasratnya konon mahu mewakili hak rakyat Malaysia," katanya.

Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, pembaziran seperti itu tidak dapat diterima, ditambah harga minyak RON 97 sahaja sudah 4 kali dinaik secara sesuka hati oleh BN tanpa ada kawalan, rakyat terus dihimpit dengan kesan kenaikan harga minyak terhadap barangan lain.

"Adakah Najib mahu melihat rakyat bangkit seperti mana di Tunisia dam Mesir, patutnya BN ambil pengajaran dari rakan sejawatnya dari Tunisia diguling oleh rakyat," jelasnya.

Khalil menempelak respons Najib terhadap situasi Mesir baru-baru ini dengan mengeluar kenyataan bahawa kerajaan sentiasa menjaga kemahuan rakyat.

Ini, katanya kerana telah timbul rasa khuatir BN jika rakyat bangkit kerana ditindas oleh pemerintah.

"BN hakikatnya tidak ambil pengajaran, mereka terus menipu rakyat dengan fakta-fakta palsu bagi mempamer imej bersih serta adil BN terhadap rakyat Malaysia," tambahnya.

Beliau juga mengingatkan rakyat betapa perlunya kerajaan yang telah leka memerintah selama 53 tahun ditukar melalui PRU 13 di mana ia medan terbaik rakyat untuk melakukan perubahan ke arah Malaysia yang selamat - HD
*FLOM - Fat Lady of Malaysia

Isa Samad dilantik Pengerusi Felda - Hari yang sedih, 'Buruk' untuk pasaran

Posted: 07 Feb 2011 11:36 PM PST


Pelantikan bekas menteri besar Negri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

"Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah," katanya.

Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanpun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera.

Meskipun Tengku Zafrul agak berdiplomasi ketika memberika alasannya, rakan panel Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan, Zainal Aznam Mohd Yusof berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.

Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005.

"Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda," kata Zainal - mkini

Kami Sokong Tokguru

0
sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Kejohanan BolaSepak Piala TokGuru(Bergambar)

Posted: 08 Feb 2011 06:03 AM PST

Tag : Isu semasa

Assalamualaikum dan salam blogger,sesungguhnya tak ada yang lebih indah selain dari berada di bawah kepimpinan ulama'
rakyat dididik dalam segala genab segi.Apa saja aktiviti diselitkan dengan nilai agama Islam dan mengingatkan tentang dosa dan pahala.








Lagi gambar menarik disini:
http://www.facebook.com/album.php?aid=278115&id=358919387591&comments&ref=mf

-ijoks2009-
Bola bola jugak,semaye jange tinggal boh.

Cari N3 lama-lama disini

bumiperak

0
sumber :-

bumiperak


Demo masih bertahan terus beri tekanan kpd Mubarak

Posted: 08 Feb 2011 07:16 AM PST

Cairo, Selasa 8 Feb 2011 Tuesday's demonstrations will test their ability to maintain pressure on the government. The protesters camped out in tents on Tahrir Square have vowed to stay until Mubarak quits, and plan more mass demonstrations on Tuesday and Friday.
The Muslim Brotherhood said on Monday it could quit the process if protesters' demands were not met, including the immediate exit of Mubarak.
U.S. President Barack Obama, however, said the talks were making progress. 'Obviously, Egypt has to negotiate a path and they're making progress,' he told reporters in Washington.
Mass movement: Protesters gather on Tahrir Square as the anti-government protests continues in Cairo
Mass movement: Protesters gather on Tahrir Square as the anti-government protests continues in Cairo
Generational fervour: A young protester chants anti-government slogans during demonstrations inside Tahrir Square
Generational fervour: A young protester chants anti-government slogans during demonstrations inside Tahrir Square

Fighting for their country: Thousands of Egyptian anti-Mubarak protesters shout slogans as they take part in a demonstration
Fighting for their country: Thousands of Egyptian anti-Mubarak protesters shout slogans as they take part in a demonstration


kalam Perantau

0
sumber :-

kalam Perantau


Merlimau : PAS wakili Pakatan Rakyat

Posted: 08 Feb 2011 04:00 PM PST

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 7 Feb: PKR dan DAP hari ini bersetuju untuk PAS meletakkan calon bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau pada 6 Mac nanti.

Persetujuan itu dicapai kesemua komponen parti dalam Pakatan Rakyat itu selepas mesyuarat Majlis Pimpinan mereka di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP di ibu negara petang tadi.

Keputusan itu diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media mereka sekaligus menafikan desas-desus beberapa pihak bahawa PAS berkemungkinan tidak bertanding di PRK Dun itu.

"(Pilihan raya kecil) Merlimau, kita sudah bincang dan bersetuju sebulat suara supaya menyokong PAS sebagai wakil Pakatan Rakyat.

"Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang meminta supaya seluruh jentera Pakatan Rakyat dikerahkan dan kita bersetuju," kata Anwar.

Turut serta pada sidang media tersebut, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa kepimpinan ketiga-tiga parti yang lain.

Mengenai calonnya, Tuan Guru Abdul Hadi berkata keputusan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat kepimpinan parti itu 13 Februari ini.

"Kami akan menyenarai pendek nama kemudian.

"Kita baru buat keputusan di peringkat Pakatan Rakyat. Calon itu nanti kita dapat maklumat daripada negeri," kata Hadi.

Katanya, berdasarkan amalan biasa calonnya adalah warga tempatan dan kepimpinan pusat akan berbincang dengan pemimpin-pemimpin PAS Melaka sebelum menamakan calon mereka.

Mengulas lanjut, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata mesyuarat memilih calon akan diadakan pada 13 Februari nanti.

"Senarai pendek calon mungkin 13 Februari. Insya Allah kita akan mesyuarat 13 Februari, tapi calon perlu disahkan Pakatan Rakyat dahulu" kata Mustafa.

Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.



keAZAManMalaysia

0
sumber :-

keAZAManMalaysia


Pecah Rahsia,5 Lagi Ahli APrlimen PKR akan keluar parti semasa kempen PRK Merlimau(terlates daripada blog Zul Noridin)

Posted: 08 Feb 2011 02:40 AM PST

sila baca surat khabar yg kelmarin2 punya..aku pun tk ingat..

dan jangan percaya pada tajuk..

kat kampus aku ada masalah ngn internet percuma iaitu wifi..so tk leh la plak nk update blog..

sebelum cuti itu hari..wifi dia tip top..cukup lah sekadar aku nk update blog..

aku pun tk tau..mungkin sudah tiba masanya rais yatim memberikan kampus aku ni wifi percuma..

daripada bagi kat kampung2 yg diorang tv pun ada yg takda..inikan pula laptop..

nk komen sikit pasal buku jingga..

berita harian cerita strategi pakatan sebar buku jingga kat prk tenang tak menjadi..

itulah dia..pakatan ni jangan lah nk kempen cara modern..cara bandar sangat kat orng2 kampung..

pakatan kena tahu..penduduk di kampung tak sama ngn penduduk di bandar..yg faham apa itu demokrasi dan bla bla bla..

bukan yg muda mudi ni..tu yg pakcik makcik tu..

sebar la buku jingga ke hape ke..diorang tk kan mengerti..

apa yg diorang nk ialah janji direck..mcm dibuat dek najib dalam setiap prk..

tengok..mcm mana manek urai leh kurang majoriti ngundi pas..

cuma janji buat jambatan je..buat la janji yg direk untuk setempat..kalau nk buku jingga...

tunggu la masa pru..

lagi satu bab beramah mesra ngn penduduka..

kat blog aku tengok tak abih2 gamba cikgu mala dengan cina..

itulah salahnya..

pegi la tengok melayu...

nak harap sngt la undi cina buat apa..

tengok melayu merajuk la ngn pas..

ye la..orng akan kata..aku ckp ni tk berdasarkan analisis statistik dan bla bla bla..

padahal ini la kelemahan berkempen pakatan..

dah banyak kali dah aku tengok..masa prk hulu selangor pun..tk abih2 melayan cina..

tengok kalah..

yg dah kalah tu pun keluar parti..

harharhar..

well ini pendapat aku..

aku pun..kalau nk undi calon pas..yg calon pas pun dok asyik melebih kan kumpulan pengundi yg lain..

baik aku tk yah keluar ngundi langsung..

rasa mcm tak dihargai plak..

nasib ah...

Politiksukusakat

0
sumber :-

Politiksukusakat


Apa jalan penyudah konflik di Mesir?

Posted: 08 Feb 2011 12:00 AM PST

WAN NORDIN WAN YAACOB
(Analisis)

Medan Tahrir terus dipenuhi dengan jutaan demonstran yang sanggup bergadai nyawa dengan pemuda-pemudanya melilitkan kain kaffan membungkusi batang tubuh untuk mendesak Presiden Mesir, Hosni Mubarak segera meletak jawatan.

Medan Tahir bergelumang darah lebih 300 demonstran ini setelah rakyat Mesir menyaksikan kebangkitan rakyat di Tunisia menghalau presiden Zine El Abidine Ben Ali yang telah berkuasa selama 23 tahun.

Rakyat Mesir mahukan Mubarak yang memerintah negara 'firaun' itu sejakk tahun 1981 berundur daripada tampuk kekuasaan. Mubarak menaiki takhta sebagai presiden Mesir selepas pendahulunya Anwar El Sadat dibunuh.

Paling cemas dengan detik kebangkitan rakyat Mesir ini ialah Amerika Syarikat dan Israel yang memiliki kepentingan ketenteraan, kekuatan ekonomi (gas dan petroleum) serta strategik.

Pelan transisi yang dicadangkan Amerika Syarikat selaku sekutu kuat Mesir tidakpun mampu meredakan kemarahan jutaan rakyat Mesir yang selama ini hidup tersepit dengan pemerintahnya mengamalkan dasar ekonomi elit pro kronisme.

Rasuah melata, yang kaya terus menikmati kekayaan hasil titik peluh golongan hamba dan miskin, sementara ramai lagi yang mengganggur akibat dasar kerajaan yang yang menodai rakyat sendiri.

Medan Tahrir menyaksikan Letupan demi letupan, balingan batu silih berlegar di udara antara penyokong Mubarak dan anti Mubarak, sementara pasukan tentera memerhatikan sahaja pergolakan dua golongan ini di sana.

Dalam kebangkitan itu, Amerika Syarikat pula masih terus menjalankan pelan menyelamatkan dasar untuk kepentingan negara kuasa besar itu dan sekutunya, Israel di sana.Rakyat pula terus merancang untuk menawan istana Presiden sebagai kemuncak kepada perjuangan menjatuhkan kerajaan yang korup.

Nama-nama pemimpin sekular berkiblatkan Amerika seperti, Al Baradei, Umar Sulaiman dan beberapa nama lagi muncul bagi menggambarkan mereka lah tokoh yang seharusnya dinaikkan sekiranya Mubarak jatuh.

Media-media pro-Amerika pula terus menggelapkan usaha-usaha kepimpinan Ikhwan Muslimin yang turut serta membantu demonstran dan menjadi sebahagian demonstran.

Apakan daya, Ikhwan Muslimin adalah sebuah parti yang tekah diharamkan oleh kerajaan Mesir sejak berpuluh tahun lamanya.

Namun rakyat Mesir di kalangan warga miskin, doktor, jurutera, golongan pelajar, Islam dan bukan Islam nekad untuk berdemonstrasi kerana mereka yakin menjatuhkan sebuah kerajaan perasuah yang zalim.

Namun dicelah kebangkitan rakyat yang sangat memuncak, seperti kata peserta Diskusi Krisis Mesir anjuran Harakahdaily 8 Februari lalu di sini, Abdullah Zaid bahawa dunia masih mempersoalkan siapakah 'kepimpinan' yang benar-benar mampu mengisi ruang yang selama ini kosong untuk mengubah lanskap dunia Mesir yang telah lama bergelar 'tali barut Amerika-Israel' di Timur Tengah.

Persoalan yang paling besar Hari ini apabila kebangkitan rakyat Mesir tidak dapat dihentikan, dan tiada 'pemimpin' yang benar-benar boleh menggalas tugas menyelamatkan Mesir seterusnya melarikan negara itu dari terus terikat dengan perjanjian bersama sekutunya, Amerika serta Israel.

Pandangan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad dalam diskusi yang sama juga menarik, perkembangan di Mesir sebenarnya 'sukar diduga' kerana keadaannya sekarang seperti 'fluid'.

Telahan Syd Azman mudah, apa sahaja boleh berlaku di sana, samada Hosni akan terus kekal menerajui negara dengan Amerika sedaya upaya akan membantunya, apakah akan muncul seorang lagi Presiden baru Mesir yang ditaja Amerika demi menjaga kepentingan
ekonomi iaitu gas dan petrol negara kuasa besar itu, ataupun akan berlakunya sebuah pilihan raya untuk rakyat menentukan siapa pemerintah yang mereka mahukan.

Pandangan Syed Azman ini ada benarnya, kerana seperti yang disebut AJK PAs Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar selaku moderator diskusi, apa yang penting bagi Amerika ialah siapa sahaja yang menerajui Mesir perlu dipastikan mampu melaksanakan dasar luar yang sangat cenderung menjaga kepentingan Amerika dan Israel.

Selama ini Mubarak telah melaksanakan tugasnya dengan baik untuk menjadi 'pak turut' kepada Amerika dan Israel dalam melaksanakan agenda memerangi Islam.

Ramai yang melihat, gelombang kebangkitan rakyat di Mesir ini sebagai satu sinar dan harapan baru yang akan muncul di Timur Tengah.

Namun, apakah sinar ini akan terus menyaksikan krisis berpanjangan bakal berlaku, pandangan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof dalam diskusi yang sama menarik perhatian.

Yusmadi mencadangkan adanya usaha gerakan-gerakan Islam seperti PAS di Malaysia dan Nahdatul Ulama di Indonesia serta beberapa gerakan Islam di Asia ini mengatur langkah bertemu untuk menggariskan beberapa resolusi bagi membantu pergerakan Ikhwan
di sana meneruskan kelangsungan perjuangan rakyat.

Sayang sekali kata Yusmadi jika peluang sebaik yang terhidang di Mesir ini dengan kebangkitan seluruh rakyatnya hanya akan tersia-sia jika keputusannya nanti tidak menyebelahi rakyat.

Apa yang mungkin berlaku jika tiadanya kepimpinan meneruskan perjuangan rakyat menuntut perubahan di sana ialah, Mesir bakal terjebak didalam 'Perang Saudara'.

Suasana ini pastinya menggembirakan Amerika lantas bakal mengambil peluang untuk melakukannya seperti di Iraq dan Afghanistan, sementara Israel bakal campur tangan dengan lebih hebat demi agenda tersembunyi.

Benar kata Yusmadi, sekarang ini apakah 'exit plan' (pelan keluar) kepada rakyat Mesir dalam krisis ini?Gerakan Islam di nusantara perlu mengadakan himpunan segera dengan PAS menggerakkannya bagi menjayakan sebuah resolusi membantu Ikhwan sebagai front yang demokratik.

Perkembangan berbentuk 'fluid' di Mesir ini seperti kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dalam Diskusi Krisis Mesir perlu cermat diperhatikan dengan gerakan Islam juga perlu melihat apakah kesudahannya nanti.

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT