Nuffnang

Pengikut

dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Rakyat tak mahu tahu pasal 'Law'.. yang mereka tahu ialah tak mahu Khusrin Munawi

Posted: 04 Jan 2011 04:45 PM PST

Apakah sebelum pilihanraya besar yang ke-13 nanti, kita semua akan dapat melihat Barisan Nasional merampas Selangor sepertimana mereka merampas Perak??

Dalam kepala otak rakyat-rakyat sekarang ini, tak kira yang pro BN atau yang sokong PR, percaya yang perkara ini akan terjadi berikutan dengan kemelut perlantikan Khusrin Munawi sebagai Setia Usaha Kerajaan negeri Selangor semakin mengarut dan membuang banyak masa.

Gurkah-gurkah politik di'port' kata yang mesti ada jalan punya, mana boleh tak ada jalan untuk menghalang Khusrin dari meneruskan upacara angkat sumpah nanti.

Taiko-taiko besar dalam PR yang berpuluh tahun bermain dan bergelumang dengan mahkamah dan buku undang-undang pelembagaan negara dan perlembagaan negeri-negeri, tetap dengan pendirian mereka kata yang terdapat dan ada asas dari sudut undang-undang untuk menolak dan menghalang si Khusrin Munawi dari meneruskan upacara angkat sumpah itu.

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor menolak perlantikan yang dibuat oleh kerajaan persekutuan Barisan Nasional, manakala kerajaan persekutuan Barisan Nasional pula 'ketegaq' (M.Zain dalam filem Labu-Labi kata..dia punya kapla atas,batu banyak busar ada..) dan tidak mahu beralah.

Memandangkan kerajaan persekutuan BN pun kata yang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam berhak untuk melantik SUK dan calun mereka Khusrin ini pula telah ditolak bulat-bulat dan tidak diterima, maka apa kata mereka cari seorang lagi calun lain yang boleh diterima oleh Khalid dan orang-orang Selangor? Selesai masalah.

Buat masa ini taiko-taiko besar dalam Pakatan Rakyat yang telah hidup dengan buku undang-undang disepanjang hayat mereka, kini sedang mem'fokus'kan acara angkat sumpah pada esok hari didepan sultan. Mereka kata yang acara angkat sumpah depan sultan ini tak laku kalau ikut undang-undang sebab ia perlu dilakukan dihadapan Menteri Besar, bukannya dihadapan sultan.

Dalam buku undang-undang sudah jelas yang 'undang-undang akan memihak kepada Menteri Besar dan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor' kalau benda ini dibawa hingga ke mahkamah.


dollah yankee -
Tetap yakin dengan kenyataan yang angkat sumpah Khusrin ini tak akan terjadi ...

Wang tunai 'SEGERA'

Posted: 04 Jan 2011 12:45 AM PST

Mereka kata ia adalah bank untuk orang-orang miskin, gurkah-gurkah politik di'port' kata ia adalah 'Kedai Tolong'. Tak kisah lah apa nama sekali pun, yang penting walaupun ia tak kelihatan seperti sebuah bank yang canggih atau lain-lain perniagaan moden yang memberikan kemudahan kredit, namun ia merupakan satu sumber yang penting untuk wang tunai bagi sesetengah orang.

Ada orang yang masuk dalam kedai tu dengan perasaan yang tak kisah, dan ada pula yang masuk kedai tu macam pencuri (ushar dulu kiri kanan,tengok ada orang kenal atau tak) dan ada juga yang masuk dalam kedai tu macam anak-anak dara zaman dulu-dulu..malu-malu kucing.

Biarpun negara kita sudah banyak membangunkan sistem perbankan yang moden namun dengan lesen untuk buka kedai pajak gadai yang masih lagi dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa, ini menunjukan yang masih banyak lagi rakyat-rakyat yang terlepas dan tidak dapat kek-kek ekonomi seperti yang sering dilaung-laungkan (kerana bahagian mereka telah dirembat oleh orang-orang tertentu) bilamana kumpulan-kumpulan ini tidak layak untuk membuat sebarang pinjaman bank atau pun kemudahan kad kredit untuk digunakan semasa masa-masa sukar atau semasa bulan tak cukup tua lagi atau semasa 'bad times'.

Dikawasan-kawasan luar bandar kedai-kedai pajak gadai ini merupakan talian hayat utama kepada orang-orang miskin dan orang susah, yang akan menggadai barangan yang berharga untuk ditukar dengan wang tunai bagi meneruskan kehidupan yang tersangkut.

Ada penggadai yang kadang-kadang terpaksa menggadai barangan yang nilainya sekecil 50 ringgit hanya untuk membeli barangan keperluan untuk terus hidup. Ada juga yang mengadai barangan itu untuk perbelanjaan pengkebumian saudara mereka yang meninggal dunia, ada yang gadai barang sebab nak jelaskan bil-bil hospital/klinik bila ada yang jatuh sakit, ada juga yang terpaksa gadai barang untuk buat belanja harian bila sudah kena buang kerja.

Nota:- Yang membuatkan penulis bercakap tentang pajak gadai hari ini ialah sebab seorang gurkah politik di'port telah terjumpa seutas rantai emas yang cukup padu, 'gondu' kata orang penang semasa berjoging di Padang Kota Lama tempat berpuluh ribu orang sambut tahun baru 2011 pada malam 31 Disember dan dia tak tunggu lama untuk ke kedai pajak gadai, dan tahu berapa dia dapat bila digadai?? ... dekat 8 ribu beb!!

dollah yankee -
Rezeki..Rezeki.. Kah..Kah..Kah..


~penarik beca

0
sumber :-

~penarik beca


Adakah Agong mencarut?

Posted: 04 Jan 2011 05:30 AM PST

"Di sini tak ada duit!"

Posted: 03 Jan 2011 11:41 PM PST


Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


MENANTU I DIA OKAY

Posted: 04 Jan 2011 07:30 PM PST




TAK PERLU BERUNDUR?



nota:
kalau firauan tahu kes ini
lunyai menantu ayah ni
firaun ini dendam
sampai ke lubang kencing

tu pasal malaon ini
cepat cepat undur
silap silap kena kes
macam may toyo
kah kah kah

nota:
kalau sesiapa nak tengok
malaon ini kena dakwa
sila mendaftar untuk mengundi
dan humbankan gerombiolan !
kah kah kah


SAH ! KHAIRI JAMALUDDIN MAHU BERUNDUR - warkahdaily

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengesahkan yang beliau sedang mempertimbangkan dengan serius untuk tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti dijangka diadakan tahun depan.

Ketua Pemuda penggal pertama ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

"Betullah apa yang ditulis dalam Agendadaily itu," kata beliau dipetik Utusan Malaysia.

Menurut laporan Agendadaily semalam, Khairy sedang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti nanti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, keputusannya untuk melepaskan jawatan itu semata-mata kerana mahu memberi laluan kepada bakat baru.

"Ya, memang saya ada berkata begitu. Walaupun belum muktamad lagi tetapi saya memang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… BETUL MENGUNDUR KE?.... kah kah kah..

kah kah kah … ATAU ADA KES RASUAH…. kah kah kah..

kah kah kah… SIAPA DIA KONSULTAN A…. kah kah kah..

kah kah kah…SIAPA DIA KONSULTAN B… kah kah kah..

laporan wikileaks:

From October 2004 to February 2006, Alcatel bribed government officials in Malaysia to obtain confidential information relating to a public tender that Alcatel ultimately won, the result of which yielded a telecommunications contract valued at approximately US$85 million.

It was also reported that the TM employees who received bribes were "foreign officials" within the meaning of the US Foreign Corrupt Practices Act and "were in a significant position to influence the policy decisions Telekom Malaysia made."

It added the Basel-based Alcatel Standard made significant lump-sum payments through US bank accounts to two consultants labeled "Malaysian Consultant A" and "Malaysian Consultant B", purportedly for market research.

"Alcatel Standard paid US$200,000 to Malaysian Consultant A in 2005 for a series of 'market reports' describing conditions in the Malaysian telecommunications market. Similarly, Alcatel Standard paid US$500,000 to Malaysian Consultant B in 2005 for a 'strategic intelligence report'.

"However, the work product these consultants prepared could not justify the size of Alcatel Standard's payments. In fact, Malaysian Consultant A and Malaysian Consultant B did not appear to render any legitimate services to Alcatel Malaysia in connection with these


JURUAUDIT LUARAN BANTU SIASATAN SOGOKAN TELEKOM–ALCATEL - minsider

KUALA LUMPUR, 4 Jan — Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Axiata Group Bhd telah melantik KPMG Corporate Services Sdn Bhd sebagai akauntan forensik bagi membantu siasatan rasuah yang didakwa dibayar kepada pekerja-pekerjanya oleh Alcatel Lucent SA (ALU) bagi mendapatkan kontrak telekomunikasi lima tahun lalu.

Kedua-dua syarikat itu juga mengumumkan pelantikan Shearn Delamore & Co sebagai penasihat undang-undang untuk membantu siasatan membabitkan dua pegawai Malaysia yang didakwa menerima sogokan AS$700,000 mendapatkan "maklumat bukan awam" yang membantu ALU mendapatkan kontrak bernilai AS$85 juta (RM263.5 juta).

SATU LAGI KES BERPROFILE TINGGI

Posted: 04 Jan 2011 07:05 PM PST


KERANA MU 3 TAHUN



BEKAS KONSTABEL POLIS JUAL MOSIKAL CURI DIPENJARA TIGA TAHUN - meloya

KLANG – Seorang bekas anggota polis berpangkat konstabel dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah menjual sebuah motosikal curi yang dilaporkan hilang kepada seorang lelaki, 10 tahun lepas.
Majistret Afifah Mamat @ Yusof menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa tertuduh, Zainuddin Rahmat, 32, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Afifah memerintahkan Zainuddin menjalani hukuman berkuatkuasa hari ini dan menolak permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Zainuddin, bapa kepada enam orang anak, didakwa sengaja memindahkan iaitu menjual sebuah motosikal jenis Honda C100, nombor pendaftaran ACY 7326 bernilai RM2,500 kepunyaan Mohamad Man (ulang Mohamad Bin Man) dengan harga RM300 kepada Azlan Ariffin, 26, sedangkan tertuduh tahu ia adalah harta curi yang dilaporkan hilang.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kaki lima depan rumah No: 62, Jalan Raja Abdul Rahman, Taman Kapar, Kapar di sini, kira-kira pukul 8 malam pada Ogos 2001.
Kesalahan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sepanjang perbicaraan, seramai tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sementara pembelaan mengemukakan seorang saksi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit… INI KES BETUL BETUL KES BESAR…kah kah kah

kah kah kah… INI KES MEGA…. kah kah kah..

kah kah kah… INI KES TERBESAR… MATA MATA SALAH GUNA KUASA…kah kah kah…

kah kah kah... MOTOR CURI... DIA REMBAT... HEBAT... kah kah kah..

woit…. LANUN REMBAT HARTA NEGARA… BERJUTA… BERBILION… TAK TANGKAP…. kah kah kah..

woit… BELI KAPAL SELAM… SONGLAP DUIT BERBILION BILION… kah kah kah..

woit… BELI KAPAL TERBANG SUKHOI…SONGLAP DUIT BERJUAT JUTA…kah kah kah..

woit…PROJEK KAPAL TENTERA LAUT 5 BILION TAK SIAP SIAP… TAK ADA SAPA KENA TANGKAP…. kah kah kah…

kah kah kah… MAT KAMPAO JUAL MOTOSIKAL 300 RINGGIT KENA 3 TAHUH…. kah kah kah..

kah kah kah... SEDIH MAK DENGAR... ANAK ADA 6 ORANG PULAKKKK....kah kah kah.

nota:
ada dua set hukuman di malaysia
kalau kamu miskin dan papa
kamu pasti di masukkan ke penjara
dengan hukuman yang maksimum

lihat kes mata mata ini:
hukuman maksimum 3 tahun penjara


tapi kalau kamu lanun berlesen
ambil duit 500ribu dolar untuk
projek untuk syarikat amerika
satu habuk taraaaaak
kah kah kah


nota:
tak ada jalan lain
untuk kita semua selamat
humbankan gerombolan ini !


JEMPUTAN MALAM INI

Posted: 04 Jan 2011 06:24 PM PST




UNISEL BATANG BERJUNTAI MALAM INI



nota:
semua di jemput datang
kita mulakan
tradisi ceramah
tradisi forum
tradisi debat
dimana pelajar dan mahasiswa
bercampur gaul dengan orang luar
dimana orang luar datang untuk
merayakan budaya ilmu di kampus

manusia bergerak kerana buah fikiran
manusia bergerak kerana ide
kita berfikir maka kita wujud!


SATU LAGI PROJEK TIPU RAKYAT

Posted: 04 Jan 2011 05:20 PM PST




KENAKAN RAKYAT DULU





HARGA PETROL MINYAK TANAH NAIK 10 SEN
– mStar

Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata, dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.
Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Dis lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Kenaikan esok tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit… TRIK LAMA TAK PAKAI LAGI…. kah kah kah…

kah kah kah… KALAU DULU MENTERI CAKAP.. MINYAK DI SWEDEN LEBIH MAHAL…. kah kah kah..

kah kah kah…. MINYAK DI MALAYSIA TERMURAH DI ASEAN… kah kah kah..

kah kah kah… KALI INI ZIONIS APCO DAH BERI NASEHAT BARU… kah kah ka…

kah kah kah…. MENTERI TAK PERLU TUNJUK MUKA…. kah kah kah..

kah kah kah… MENTERI TAK PERLU KELUAR KENYATAAN…. kah kah kah..

kah kah kah…. ARAHKAN MALOAN PENJUAL MINYAK BUAT PENGUMUMAN…. kah kah kah…

kah kah kah….INI TRIK BARU… AGAR ORANG RAMAI TAK MARAH…kah kah kah…

woit… PERGI LANCHOWW LAAA… INGAT ORANG RAMAI BODOH?... kah kah kah…

nota:
perhatikan selain dari bukan
menteri yang buat pengumuman
kita juga lihat trik baru
minyak dan harga barang di naikkan
sadikit demi sedikit
ini cara israel menekan rakyat arab

israel ambil tanah palestin bukan sekali harung
tetapai sedikit demi sedikit
tapi rancangan jahat tetap berjalan

ini lah tugas zionis apco
yang memberi nasehat
cara cara menekan rakyat


jangan lupa henry gurney
yang di bunuh oleh gerila pembebasan rakyat malaya
dalam satu serang hednap di bukit frazer
sebelum datang ke tanah melayu
henry gurney telah dilatih di palestine dahulu
ini fakta sejarah

belajar cara mengawal dan menindas
rakyat palestine dahulu sebelum
menindas rakyat di tanah melayu



LAPORN POLIS KES MENTERI ROGOL AMAH !!!!

Posted: 04 Jan 2011 08:47 AM PST




JEMPUT KE IPD SEREMBAN 10 PAGI INI




7 LAGI LAPORAN POLIS KE ATAS ADUN SERI MUDA – berita hairan

KLANG: Tujuh lagi laporan polis dibuat berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, yang dianggap menghina Sultan Selangor dalam laman blognya.

Tiga laporan dibuat oleh Pemuda UMNO, MCA dan MIC Bahagian Kota Raja, sementara empat lagi daripada badan bukan kerajaan iaitu, Persatuan Bugis Selangor, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) cawangan Klang, Gabungan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) serta Pusat Komuniti Andalas.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Kota Raja, Nur Azman Anuarul Perai, yang mewakili Pemuda Umno, MCA dan MIC berkata kenyataan yang dibuat Shuhaimi pada 30 Disember lalu dalam laman blog http://srimuda.blogspot.com memberi gambaran Sultan Sharafuddin Idris Shah bertindak sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira amalan perlembagaan ketika memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang baru.


TUJUH LAPORAN POLIS TERHADAP SHUHAIMI - meloya

KLANG 4 Jan. – Tujuh lagi laporan polis dibuat berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dianggap menghina Sultan Selangor dalam laman blognya.

Tiga laporan dibuat oleh Pemuda UMNO, MCA dan MIC Bahagian Kota Raja, sementara empat lagi daripada badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Bugis Selangor, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) cawangan Klang, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) serta Pusat Komuniti Andalas.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Kota Raja, Nur Azman Anuarul Perai yang mewakili Pemuda UMNO, MCA dan MIC berkata, kenyataan yang dibuat Shuhaimi pada 30 Disember lepas dalam laman blognya memberi gambaran Sultan Sharafuddin Idris Shah bertindak sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira amalan perlembagaan ketika memperkenankan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang baru.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…. ADA TUJUH LAPORAN…. kah kah kah..

kah kah kah…. SEMUA AKHBAR LAPORAN KAN BERITA LAPORAN POLIS INI…… kah kah kajh….

woit… BAGAIMANA DENGAN KES ROGOL AMAH OLEH MENTERI …. kah kah kah..

woit…. DAH BUAT LAPORAN POLIS DI KUALA KLAWANG PAGI KELMARIN….. kah kah kah…

kah kah kah… TAK ADA PULAK BERITA INI DILAPOR….. kah kah kah…

woit… PAGI INI JAM SEPULUH… ADA LAGI SATU LAPORAN POLIS KES ROGOL ….. kah kah kah..'

kah kah kah…. KALI INI DI SEREMBAN IPD…. kah kah kah..

kah kah kah.... KIAT SEMUA TUNGGU... kah kah kah..

kah kah kah... KALAU PAGI KELMARIN DI JELEBU... ULU DAN JAUH WARTAWAN TAK SAMPAI.... kah kah kah..

kah kah kah... PAGI INI DI SEREMBAN...kah kah kah...

kah kah kah…. LAPOR KE ATAU TAK BERANI NAK LAPOR… kah kah kah…

nota:
jangan bagi malaon ini tidooo
di luar takut dengan wartawan
dalm rumah takut kena serkah bini
kah kah kah

padan muka!!!

nota:
datuk rais
apa jadi dengan budak minah kelantan dari uitm?
sekarang jantan dia ada buat show di solaris
bukan lukisan tapi gambar
dia pakai kamera yang datuk hadiah pada minah tu
main pas pas macam najib dengan razak
kah kah kah


TUKAR TIUB PEMECAH BERITA

Posted: 04 Jan 2011 03:57 AM PST




PECAH PECAH PECAH !!!



apa khabar ron 97

mahu naik lagi ke?

sepuluh sen sekali
naik perlahan lahan
orang tak marah
naik 3 bulan sekali
bagi susah aru dan dr hatta
kah kah kah


nota:
tunggu malam ini
kah kah kah

SULIT DAN ALAT SULIT

Posted: 03 Jan 2011 08:45 PM PST




APA RAHSIANYA?




RAHSIA SEHARI SEBELUM KRISMAS


Esok sambutan hari kelahiran Isa dari Nazareth. Petang itu di Kuala Lumpur persiapan untuk menyambutnya semakin rancak. Ibu dan kakak berbondong bondong keluar dari gedung membeli belah sambil menolak troli yang membusut penuh. Cuaca redup dan hujan rintik-rintik menambahkan lagi kesesakan jalan raya.

Tepat jam enam petang sehari sebelum Hari Krismas 2010 sebuah pesawat jet membawa tiga orang lelaki telah terbang dari KLIA menuju ke Kuala Teranganu. Jet ini sampai tepat jam tujuh malam. Satu jam kemudian sebuah lagi pesawat jet khas menyusul sampai. Jet ini mendarat dan terus meluncur masuk ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terangganu.

Bila pesawat jet kedua ini berhenti sebuah kereta Mercedes berwarna hitam telah datang menghampiri tangga pintu jet. Seorang Lelaki Tua kelihatan dibantu oleh dua pramagura untuk menuruni tangga. Lelaki Tua ini terbongkok-bongkok terus masuk ke dalam kereta dan beredar.

Disatu tempat yang berasingan - dalam bilik tamu - di sebuah rumah mewah dua lelaki obese pertengahan umur kelihatan gelisah menunggu. Mereka berdiri memandang keluar tingkap. Lelaki pertama berkulit hitam, berperut gendut, bermuka ketat – muka paraouk persis penjaga kelab dangdut. Lelaki kedua agak obese juga dan berperut gendut tatapi kulitnya agak cerah. Lelaki ini kekurangan rambut. Rambut hitam puteh di kepala tumbuh bertompok- tompok di beberapa tempat sahaja.

Tetiba masuk seorang lagi lelaki yang sosoknya kelihatan agak pelik. Lelaki ini bersongkok tinggi memakai baju Melayu berkain sampin. Perut lelaki ini extra buncit. Seluar Melayunya agak besar hingga kelihatan seperti memakai kain gown. Pungungnya membonjol seakan-akan ada cawat yang ingin disorokan didalam kain sampin songketnya.

'Jet selamat mendarat. Dia dalam perjalanan,' lelaki berpunggung bonjol membuka kata. Lelaki Botak tersenyum dan menganguk-anguk kepala. Lelaki Paraouk bermuka ketat melihat jam ditangan kemudian berkata ' ada sesiapa nampak Dia sampai?' Soalan ini mati tergantung tidak ada yang menjawab.

Tetiba Lelaki Botak meletakan talipon rapat ke telinga, ' …. bukan… I bukan di Port Dickson ni… I di KT…. you ni tak caya ke…I bukan jumpa Budak Itam tu…I dengan Tuanku ni…nanti I call balik. Bai bai…'

' You bagi Dia tahu? You tak sedar ke … pertemuan kita ini sulit…' Lelaki Peraouk bermuka ketat menaikkan suaranya.

Lelaki Botak memasukan talipon ke dalam saku dan bersuara, ' kalau tak bagi tahu…. malam ini I kena tidor dengan Dia….seksa badan I…' Mendengar jawapan ini ketiga-tiga lelaki ini ketawa kecil. Kemudian mereka beredar dan masuk ke satu lagi bilik tamu yang lebih besar dan lebih mewah.

Lelaki Tua itu berjalan perlahan-lahan sambil diapit dan dibantu oleh dua orang lelaki sasa yang memakai coat hitam dan bertali leher. Lelaki Tua terus masuk ke ruang tamu dimana tiga lelaki tadi bingkas bangun dan terus bersalaman. Belum pun sempat mereka berbual tertiba masuk dua lelaki lagi. Seorang kelihatan memakai Baju Melayu kuning dengan coat hitam dan seorang lagi Lelaki Kacak tinggi memakai baju batik berlengan panjang. Jelas Lelaki Kacak ini adalah tuan rumah. Kesemua bangun dan bersalaman. Kemudian semua bertanya tentang kesehatan si Lelaki Tua.

Selesai eek ook eek ook basa basi itu dan ini lalu enam lelaki ini beredar dan masuk ke bilik mesyuarat. Lelaki Tua dan Lelaki Berbaju Melayu duduk di sebelah kanan. Tiga lelaki obese duduk di sebelah kiri. Ditengah-tengah duduk Lelaki Kacak berbaju batik sebagai orang tengah.

Mesyuarat bermula dengan labon Lelaki obese berkepala botak. Lelaki Botak ini berkesah tentang orang China dan orang India yang sudah naik tocang. Apa makna naik tocang ini tidak pula jelas. Tetapi menurut Lelaki Botak ini kedudukan Orang Melayu pada masa ini sedang terancam. Orang Melayu makin terpinggir kerana kuasa politik mereka pecah. Orang Melayu menurut Lelaki Botak ini akan pupus macam burung Dodo jika sesuatu tidak dilakukan dengan segera.

Labon Lelaki Botak ini disambut oleh Lelaki Paraouk yang menerangkan bagaimana baru-baru ini China di Pulau Pinang telah berani menggunakan tangan untuk menyuap nasi – meniru cara orang Melayu makan. Menurut Lelaki Paraouk ini adalah bahaya kerana dalam pilihanraya yang akan datang tidak dapat dikenali lagi mana Melayu dan mana Mamak Tongkang. Apa sangkut paut Mamak Tongkang dengan orang China makan pakai tangan tidak juga jelas.

Tetiba mesyuarat ini terhenti kerana rupa-rupanya Lelaki Berseluar Gown telah mula berdengkor tidor. Semua mata berpandangan. Yang tidak ambil pot hanya Lelaki Tua yang matanya memandang tepat muka Lelaki Paraouk. Lelaki Paraouk merasa tetekan dan agak gelisah apabila matanya dipandang.

Akhirnya mereka tidak mempedulikan keroh dan dengor kerana hal negara dan masa depan negara lebih penting dan ingin mereka diselesaikan segera. Lelaki Botak menyambung labon. Kali ini dia membocorkan laporan bagaimana orang China di Malaysia ketika ini telah mula tidak hormat kepada Sultan dan Raja. Apabila perkataan Sultan dan Raja keluar, mata Lelaki Kacak berbaju batik mula bersinar. Dia menganggokan kepala tanda bersetuju sangat.

Menurut Lelaki Botak ini orang China di Malaysia telah naik tocang dan semakin menjadi-jadi. Mereka mahu menggunakan nama Allah, mahu bersenam dalam masjid, mahu ubah perlembagaan malah menuntut untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Lelaki Parouk bangun dan berkata, ' kita semua ini Melayu. Saya Melayu dulu.. kemudian baru Jawa… China naik tocang kerena ada pengkhianat dikalangan orang Melayu. Kalau tak ada dalang ini mana mungkin orang China ini berani….' Lelaki Tua dan Lelaki Berbaju Melayu hanya diam mendengar.

Tetiba Lelaki Tua berkata dengan perlahan-lahan, '… mu la ni ada kempen satu Malaysia?... lagu mano mu royak satu Malaysia….mu royak satu Malaysia Cina Melayu India semua samo… mu ni cakap pada ambo lain… pada tibi tigo mu royak lain pulok… mana yang hambo leh pakai…mu ni orang munafik…. ambo tok seeeh..ambo tak suka orang munafik ni…'

Bilik senyap sebantar seperti telah diserang oleh Garuda. Kemudian Lelaki Tua ini bersuara lagi, ' mu nak ajak perpaduan buat gapo? Mu lah yang tangkap ramai alim ulama Pas… mu tuduh mace mace… mu guna ISA…. Islee gapo mu royak. Ambo kalau mu nak bersatu boleh… tapi mu kena pakai Islee laaa … bukan tuduh Chino lagu ni … India lagu tu. Islee larang ni sumo.'

Lelaki Botak tunduk memandang ke meja. Lelaki Paraouk buat-buat memandang ke atas siling. Bilik sunyi senyap yang kedengaran hanya dengkor Lelaki Berseluar Gown yang semakin kuat.

' Mu ambik ambo dari hospital … mu nak royak hal Chino dan hal India? Dah berapo kali ambo royak parti mu itu parti zalim… mu ni pemimpin zalim…' Lelaki Tua seakan-akan marah. Lelaki Berbaju Melayu disebelahnya tidak bersuara langsung. Sesekali Lelaki Berbaju melayu melihat jam di tangan seolah-olah sedang menunggu kesampaian keretapi.

Suasana tegang ini ingin di kendurkan oleh Lelaki Kacak berbaju batik , ' kita sesama Melayu ini patut hormati menghormati. Kita akan lakukan apa sahaja demi untuk kebaikan negara kita ini. Kalau tak ada apa-apa lagi mari… Kita jemput semua bersantapan bersama.'

Apabila Lelaki Kcak berbaju batik bangun Laki Peraouk tergesa-gesa menarik tangan Lelaki Berseluar Gown yang tertidor. Dalam pisat-pisat sambil mengosok mata lelaki ini bersuara, ' menantu I itu okay… ' Tetapi tidak ada seorang yang ambil pot lagi. Semuanya berjalan menuju ke ruang santap.

Setelah selesai jamuan makan dan bersalaman dengan tuan rumah semua tamu mengiringi Lelaki Tua kembali ke lapangan terbang. Di lapangan terbang mereka tidak memasuki pintu awam. Kesemua mereka dibawa secara menyorok-nyorok. Ketika rombongan ini sampai semua lampu di lapangan terbang telah dipadamkan.

Apabila jet membawa Lelaki Tua telah naik ke udara menuju ke Kota Baru, Lelaki Paraouk merasa agak lega dan tidak merasa tertekan oleh Lelaki Tua tadi. Dia terus bersuara kepada Lelaki Berbaju Melayu, ' apa yang berlaku tadi jangan beri tahu sesiapa…ini hal kita saje..'

' Tak ada siapa yang tahu… demo ingat ambo gi London…orang parti ingat ambo luar negaro… Bini ambo pun tak tahu… tapi ambo bagi tau Cik gu Pa dan Uztaz Nasa… demo nak sangat kita berjayo…'

' Lain kali kita cuba lagi. Orang tua itu nampanya keras lagi….'

Tetiba Lelaki Botak mencelah, '… jaga jaga hal perjumpaan kita ini jangan di ketahui oleh Mat Sabu.. Mahfuz.. Husam … dan jaga sikit Khalid Samad.. press pun jangan diberitahu…kalau Harakah.. Malaysikini tahu bahaya kita semua..Kalau I ditanya press I akan nafikan perjumpaan ini.'( TT)

Nota kaki:
Itulah kesah satu petang
sehari sebelum hari krismas 2010
petang itu akan terus menjadi
rashia untuk kita semua. Rahsia
perbincangan kerajaan perpaduan
yang amat sulit lagi gelap.

Bagaimana kesah ini ditemui oleh penulis
juga akan menjadi rahsia sulit dan gelap !



alkerohi

0
sumber :-

alkerohi


Jika dirogol itu anak Pak Lah atau adik Reezal

Posted: 04 Jan 2011 03:10 PM PST

Amah Indonesia dirogol "bapa menteri" Malaysia.

Betulkah peristiwa ini berlaku dan ketika itu perdana menterinya adalah pejuang Islam Hadhari dan cucu ulama dari Kepala Batas Pulau Pinang.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas adalah Reezal Merican yang pernah dengan lantang mempertikaikan wang syubhah kerajaan negeri Pulau Pinang.

Apabila Pak Lah bersyubhat dengan bapa menteri dalam kes rogol, dimana Reezal Merican dan pemuda bahagiannya.

Jangan lupa, Pak Lah adakalanya boleh berlakun menjadi bisu tetapi hakikatnya dia seorang yang normal.

Masyarakat mendesak Abdullah Badawi memaklumkan kisah benar yang terjadi.

Abdullah perlu empati jikalah amah tersebut adalah anaknya atau adik Reezal.

Orang ramai meminta Shahrizat Abdul Jalil dan T.Murugiah menyiasat perkara ini dan jika didapati betul, mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

MAIK akan jawab isu Masjid Sg Lalang Kedah - Taulan

Posted: 04 Jan 2011 12:09 AM PST

Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) akan menulis dan memberitahu kepada Jawatankuasa Masjid Sungai Lalang tentang keputusan kerajaan berkaitan isu masjid berkenaan.

YB Dato' Hj Mohamed Taulan B Mat Rasul, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi Negeri Kedah memberitahu bahawa satu mesyuarat telah diadakan bersama MAIK bagi membincangkan perkara tersebut.

"Pihak MAIK sendiri secara pentadbiran akan memberikan jawapan kepada jawatankuasa masjid dalam waktu terdekat ini" kata Taulan ketika dihubungi.

Ada beberapa kriteria yang perlu dipatuhi dan dijangka turut akan dimaklumkan kepada pihak berkenaan.

Perkara ini telah dibangkitkan oleh blog alkerohi dan KedahLanie bagi membantu masyarakat di Sungai Lalang.

Pindaan Undang-undang Selangor wajib diperhalusi

Posted: 03 Jan 2011 10:43 PM PST

Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dalam memberikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Menteri Besar dan Sultan hendaklah lebih berhati-hati.

Biarlah kata putus berada di pihak eksekutif. Pandangan-pandangan lain perlu dan boleh diambil kira.

Kebimbangan rakyat tentang masalah yang sama yang pernah berulang hendaklah tidak diabaikan.

Mereka masih ingat apa yang dikatakan, "ditelan mati emak, diluah mati bapa"

GoMalaysian

0
sumber :-

GoMalaysian


Pertemuan PAS-UMNO 24 Disember 2010 - Laporan Malaysian Insider

Posted: 04 Jan 2011 05:12 PM PST


Pemimpin-pemimpin Umno dan PAS terpaksa mengakhiri perundingan 'perpaduan Melayu' di Istana Terengganu di sini pada 24 Disember lalu selepas pertemuan mereka mula menyentuh isu penggunaan kalimah "Allah" oleh bukan Islam...


The Malaysian Insider

Debat kalimah 'Allah' tenggelam pertemuan 24 Dis Umno, PAS

KUALA LUMPUR, 5 Jan — Pemimpin-pemimpin Umno dan PAS terpaksa mengakhiri perundingan 'perpaduan Melayu' di Istana Terengganu di sini pada 24 Disember lalu selepas pertemuan mereka mula menyentuh isu penggunaan kalimah "Allah" oleh bukan Islam.

Kes pertikaian mengenai penggunaan kalimah "Allah" kini berada di peringkat rayuan selepas keputusan Mahkamah Tinggi akhir Disember 2009.

The Malaysian Insider difahamkan seorang pemimpin Umno pada pertemuan itu bercakap mengenai keperluan perpaduan orang Melayu memandangkan bukan Melayu mengambil kesempatan dengan perpecahan di kalangan orang Melayu dengan membuat pelbagai permintaan termasuk menuntut penggunaan kalimah "Allah" — merujuk kepada langkah Gereja Katolik yang mahu menggunakan perkataan itu dalam akhbar versi Bahasa Malaysia mereka.

Bagaimanapun difahamkan bahawa pada peringkat itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membantah dengan menyebut bahawa ayahanda Nabi Muhammad s.a.w., Abdullah juga pernah menggunakan kalimah "Allah" walaupun dia merupakan bukan Islam.

"Kemudian perbincangan mereka berakhir apabila Agong meminta diri dan Nik Aziz juga meminta diri (keluar daripada perbincangan), dengan mengatakan sakit belakang," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider semalam.

Nik Aziz ketika itu baru keluar daripada hospital selepas menerima rawatan.

Semalam Nik Aziz enggan mengumumkan butiran perkara yang disentuh dalam pertemuan tersebut dengan berkata, beliau menghadiri pertemuan di Istana Terengganu di sini atas undangan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiada kaitan dengan isu politik.

Kata beliau, pemergiannya itu adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda yang menyampaikan titahnya melalui Abdullah ketika bekas Perdana Menteri itu melawatnya ketika beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini bulan lepas.

"Saya menghadap baginda bersama beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Istana Terengganu, di Kuala Lumpur atas dasar menghormati dan menjunjung titah perintah Tuanku," katanya.

Nik Aziz membuat penjelasan itu pada sidang akhbar yang turut dihadiri Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Hadi pula berkata walaupun majlis itu turut dihadiri pemimpin lain termasuk Najib tetapi mereka tidak membincangkan langsung soal-soal politik.

"Tidak ada perjumpaan lain, selain majlis santapan malam itu," katanya.

Pada Isnin lalu, The Malaysian Insider melaporkan bahawa Nik Aziz menghadiri majlis santapan yang diadakan oleh Yang di-Pertuan Agong bersama Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Majlis itu dilihat satu lagi usaha untuk menghidupkan semula perundingan kerjasama politik antara Umno atas nama perpaduan orang Melayu-Islam yang banyak dibangkitkan oleh sejak dua tahun lalu kebelakangan ini.

Ia meningkat tahun lalu.

Malah, pertemuan itu diadakan seminggu selepas konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 19 Disember.

The Malaysian Insider difahamkan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di Kota Baru pagi ini untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai 'perundingan perpaduan' itu, yang pertama kali diadakan sejurus selepas tsunami politik Mac 2008 ketika kepimpinan kerajaan pusat berada di bawah Abdullah.

Ketika itu Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan lima negeri kepada pembangkang - DAP, PAS dan PKR yang akhirnya membentukan perikatan Pakatan Rakyat.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

BN mengambil balik Perak dua tahun lalu.

"Abdullah cuba untuk memulihkan kedudukannya selepas kekalahan besar dalam pilihan raya umum 2008 dengan membawa parti-parti ini bersama demi perpaduan Melayu," kata satu sumber BN kepada The Malaysian Insider.

"Beliau menggerakkan peluang, tetapi ia bukan lagi kerja beliau," kata sumber itu lagi.

Sumber-sumber yang rapat dengan pertemuan terbaru bulan lalu yang mahu membawa PAS ke dalam kerajaan BN mendedahkan kedua-dua Hadi dan Nasharudin dipercayai akan diberikan jawatan peringkat pusat jika parti mereka memutuskan untuk meninggalkan Pakatan Rakyat.

Tetapi Nik Aziz menegaskan PAS tidak akan dan tidak wajar berbuat demikian berdasarkan pengalaman lama.

"Nik Aziz berdiri antara kami dan kemungkinan keruntuhan Pakatan," kata seorang pemimpin DAP kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Nik Aziz juga meminta orang ramai menghentikan spekulasi mengenai pertemuan terbaru ini.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/debat-kalimah-allah-tenggelam-pertemuan-24-dis-umno-pas/

1Malaysia : 1Barang Naik

Posted: 04 Jan 2011 06:10 AM PST


D'Perbatasan

0
sumber :-

D'Perbatasan


Hebat Anwar bertambah bila digantung

Posted: 04 Jan 2011 07:22 AM PST

KEHEBATAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang dirasa mendatar atau seperti hilang glamour dengan berakhirnya setiap sessi Parlimen.

Bukan dia tidak membuat ucapan yang membuka kelemahan dan kepincangan kerajaan. Banyak yang didedahkannya tetapi reaksi Parlimen dan kerajaan sejuk. Media tidak memberi tempat yang sewajarnya. Perdana Menteri Najib biasanya tidak menjawab apa yang ditujukan sekalipun tepat ke batang hidungnya.

Apabila tindakan Anwar tidak berbalas, lama kelamaan ia seolah-olah lesu.

Nampak tiada beza Anwar dengan anggota pembangkang lain. Seolah-olah Anwar sudah hilang taring.

Begitu juga dengan pendedahannya tentang peranan Apco yang diguna kerajaan Najib bagi mempromosi Malaysia di peringkat antarabangsa. Ia syarikat asing yang dikatakan milik Yahudi dan talian dengan Israil. Hingga dituduhnya apa yang diperkenalkan sebagai 1Malaysia ditiru dari Satu Israel.

Jika pembongkaran itu diberi reaksi sepi oleh kerajaan seperti reaksinya biasanya di masa-masa lalu, nescaya kegiatan Anwar itu jadi seperti menyalak bukit. Ia hilang ump dan jadi isu mati. Maka Anwar yang selalunya hebat itu boleh dilihat lesu.

Entah mengapa menteri melenting dan Najib pun melenting. Menteri mengusulkan untuk menggantung keanggotaan Parlimennya kerana dikatakan membuat tuduhan tidak berasas.

Anwar pun mencabar supaya terus tindakan terhadapnya supaya dia dapat membuat pendedahan terperinci. Panas Parlimen satu dua hari. Mulai nampak hebat Anwar. Gara-gara ucapannya yang panas itu dia hendak digantung.

Banyak orang sudah digantung sebelumnya. Kebanyakan engkar arahan Speaker atau melawan Speaker. Anwar tidak berlawan dengan Speaker sebelumnya. Dia hanya membuat ucapan dan tuduhan pedas.

Lepas itu diam. Seolah-oalh dia tidak jadi hebat.

Tiba-tiba Parlimen bertindak menggantungnya menjelang sidang Parlimen hendak ditangguh. Bukan Parlimen saja heboh, alam masyarakat di luar Parlimen ikut gempar terhadap tindakan itu.

Kerananya tiga lagi anggota Parlimen yang membantah cara penggantungan itu dibuat ikut digantung sepertinya juga.

Yang menambah kecoh itu jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan unuk mengenakan tindakan kepadanya tidak memanggilnya untuk membuat penjelasan. Dia tidak diminta untuk membuktikan tuduhannya bahawa 1Malaysia itu diciplak dari Satu Israel.

Macam mahkamah beruk. Yang dituduh didakwa tetapi belum sempat dia diminta memberi keterangan, dia dihukum. Seolah-olah Anwar didakwa di mahkamah rimba yang berhakimkan hakim beruk.

Apakah Anwar ada bukti atau tidak, belum diketahui. Tetapi dia dikenakan tindakan gantung enam bulan tidak boleh menghadiri Dewan.

Ia telah mengembalikan kehebatan Anwar selama ini. Layanan Parlimen dan kerajaan terhadap menggantungnya tanpa memintanya memberi keterangan dan membela diri, menjadikan kes itu luar biasa. Dia seolah-olah seperti menghadapi segala tuduhan terhadap semua kes di mahkamah selama ini.

Apa jua yang dilakukan terhadap Anwar di mahkamah selama ini telah menjadikan Anwar tumpuan semua orang di seluruh dunia. Dia dipukul hingga terbiar separuh mati mengidupkan watak hebatnya selama ini. Akibat dia dipukul orang yang memukulnya dibuang kerja dan dikenakan hukuman yang mengaibkan.

Dipukul, dipenjara, apa yang dimintanya tidak diluluskan. Tidak pernah tilam bantal diusung ke mahkamah, kerana menghadapinya, tilam bantal dibawa ke mahkamah. Orang yang menentangnya habis lenyap tetapi Anwar timbul terus hingga diwar-warkan untuk jadi Perdana Menteri.

Semua yang dikenakan dan dituju terhadapnya tidak mematikan wataknya tetapi dia terus hidup.

Selepas gembar gemburnya untuk menubuhkan kerajaan pusat pada 16 September tiga tahun dulu tidak menjadi kenyataan, maka orang mula terasa dia sudah hilang hebat. Lepas itu suasana tenang. Dalam suasana tenang begitu Anwar dilihat seperti orang tidak berdaya.

Apabila dia dihukum begitu dia terus jadi perhatian semula. Dengan layanan terhadapnya apa yang dikatakan kelemahannya tenggelam, tetapi yang timbul dia dianiaya lagi dan dizalimi lagi.

Yang menghidupkannya ialah layanan buruk yang tidak adil terhadapnya. Kerajaan yang menghidupkannya. Dia dilayan begitu supaya segala hubungan dan keajaiban Apco tidak terbongkar. Tetapi dengan layanan itu menyebabkan orang percaya ada hamba Apco dalam kerajaan di peringkat tinggi tanpa Anwar membuktikannya.



Oleh Subky Latif

Harga petrol RON97 naik 10 sen lagi

Posted: 04 Jan 2011 07:04 AM PST

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

Harga minyak tanah juga naik 10 sen kepada RM2.50 seliter.

Kita Nak Kena Lagi

Posted: 03 Jan 2011 08:46 PM PST

Kalau dia nafi makna betul lah nak jadi. Kalau kerajaan kata harga gula tak naik bohong. Dah naik harga gula. BN kata tak naik harga minyak. Penipu, dah naik pun harga minyak.

Apa yang BN nafikan pasti akan terjadi. Kalau BN kata jamin rakyat tak hidup susah. Bohong, sekarang kita sudah hidup susah. Duit dalam poket cepat sangat habis sedangkan belanja sama saja. Tidak boros. Selalu kena tipu. Dah naik bosan kena tipu dengan kerajaan penipu BN.

Sekarang isu terbaru isu minyak masak. Mula - mula disembunyikan dulu minyak masak. Bagi gempar satu Malaysia. Rakyat kelam - kabut mencari minyak masak. Dari Tesco hingga kedai runcit. Minyak masak disita. Restoran makanan mula terasa bahangnya. Semuanya hanya kerana satu keinginan. Keinginan untuk menaikkan harga minyak masak. Sedangkan kita ini pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di Asia

Hari ini BN menafikan harga minyak masak tak naik.
Bohong. Munafik. Penipu. Itu semua gendang- gendang awal harga minyak masak akan dinaikkan. Rakyat dah kena tipu lagi. Persatuan bodoh dan bebal macam Perkasa dan GAPS (jelmaan orang KJ dulu, sebab KJ tiada kuasa dia lari pegi ke Ibrahim Ali..macam Yahudi perangai), akan buat tak tahu. Dia sibuk mengenai Ketuanan Melayu padahal yang hidup merempat nanti orang Melayulah.

Hei rakyat Malaysia. Kita nak kena tipu. Kita dah lama sangat kena tipu. Kenapa tidak mahu berubah. Kenapa tidak mahu menganyang BN. Kenapa biarkan maruah kita dihina sebegitu rupa. Seronok sangatkah ditipu?

Ubahlah sebelum dah parah (padahal semakin parah dah ni)



Dragsuperstar

Umno-BN Semakin Angkuh, Bongkak, Gila Kuasa, Membelakangkan Perlembagaan

Posted: 03 Jan 2011 08:38 PM PST

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Umno dan Barisan Nasional sudah sampai ke tahap terlalu bongkak, takbur dan angkuh sehingga sanggup membelakangkan perundangan negara demi menjayakan agenda politik jijik pimpinan mereka.

Menyentuh berkaitan isu perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru, Ketua Pembangkang berkata belum pernah dalam sejarah lantikan itu tidak dirujuk terlebih dahulu kepada Menteri Besar.

"Umno dan BN sudah terlalu bongkak, sombong dan takbur. Saya nasihatkan mereka supaya jangan khianat (kepada rakyat Selangor), zalim dan fitnah.

"Pagi tadi Menteri Besar mengadap Tuanku Sultan dan Tan Sri Khalid (Ibrahim) diberitahu baginda tidak masuk campur dalam perlantikan ini. Jadi sekarang mudah bagi Menteri Besar untuk terus berunding dengan SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) untuk selesaikan masalah ini," kata Anwar dihadapan lebih 2,000 penyokong Pakatan Rakyat dan peneroka pada Majlis Mesra Bersama Rakyat di Dataran Niaga, Felda Cempelak di Labis malam tadi.

Majlis tersebut merupakan ceramah pertama Pakatan Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang selepas pelancaran jentera pilihan raya kecil PAS di di sini Sabtu lalu.

Walaupun tiga trak Unit Simpanan Persekutuan, puluhan anggota polis serta lebih lima sekatan jalanraya dilakukan bagi menghalang kejayaan program Pakatan Rakyat namun golongan peneroka Felda Cempelak yang dianggap 'jantung Umno' tidak mengendahkan segala bentuk ugutan pihak keselamatan untuk mendengar amanat Anwar.

Anwar sempat menyentuh mengenai penubuhan Felda oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein yang menjanjikan tanah untuk golongan Melayu miskin.

"Tun Razak berjanji untuk beri tanah kepada orang Melayu miskin dan berkata tidak akan rampas tanah mereka. Beliau janji dan beliau laksana janjinya.

"Anaknya, Datuk Seri Najib janji macam-macam, ETP, NKRA, KPI tapi satu pun tak jadi dan satu pun tidak ditunaikan," tegas Anwar.

Beliau berkata PRK Tenang adalah penting kepada Pakatan Rakyat kerana kemenangan di negeri yang dianggap kubu kuat Umno bermakna isu serta perjuangan menegakkan keadilan untuk negeri Johor akan lebih berjaya.

"Kemenangan di Tenang tidak mudah, ini kami akui tetapi apa yang penting ialah istiqomah dan yakin serta terus berjuang. Kita tidak lagi boleh bergantung kepada Umno-BN kerana mereka bercakap tiga bahasa - di depan orang Melayu mereka menakutkan-nakutkan dengan isu Cina, di depan orang Cina dan India pula cakap lain.

"Pakatan Rakyat mempertahankan hak orang Melayu sebagaimana dalam Perlembagaan tetapi pada masa yang masa hak kaum lain juga dipertahankan. Inilah pendekatan kita.

Sementara itu Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin memberi amaran kepada Umno-BN suoaya jangan terlalu yakin kerana mungkin Tenang akan menjadi 'ribut' bagi mereka.

"PRK Tenang penting kerana ia akan menjadi pencetus kepada gelombang perubahan di bahagian selatan Semenanjung. Jadi pilihan raya kecil ini adalah peluang kepada rakyat Tenang khususnya dan Johor untuk membuat perubahan penting," kata Shamsul.

ADUN Batu Caves Amirudin Sahri pula mengatakan pengundi di DUN Tenang akan membuat keputusan penting 30 Januari nanti yang bakal merubah landskap politik Johor dan seterusnya di seluruh kawasan Felda yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.

Sebelum itu di Kampung Air Panas yang terletak kira-kira 10 km dari Labis, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Abdul Rahman Yusof berkata perubahan amat perlu pada PRK Tenang dan Pilihan Raya Umum ke 13 kerana kerajaan Umno-BN kini lebih mementingkan golongan kroni dan kaum keluarga serta membebankan rakyat dengan kenaikan harga barangan keperluan.

"Keadaan ekonomi Malaysia ama berbeza ketika Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan di mana
beliau pernah terpilih Di pilih sebagai Menteri Kewangan terbaik oleh akhbar Financial Times dan negara menyaksikan pertumbuhan ekonomi terbaik semasa beliau dipertanggungjawab mengurus kewangan negara.

"Sekarang ekonomi dan sumber kekayaan negara semuanya dibolot secara rakus oleh pemimpin Umno-BN dengan rakus sekali, Kata Abdul Rahman.IMG_4499

PRK Tenang diadakan berikutan kematian ADUN Tenang Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember lalu di Hospital Ampang Puteri akibat komplikasi penyakit kencing manis.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon pada 22 Januari dan hari pembuangan undi pada 30 Januari.

Pertandingan Memancing Adalah Haram

Posted: 03 Jan 2011 08:25 PM PST

Umat Islam di negara ini digesa menghindari penyertaan pertandingan memancing atau joran yang berkonsepkan perjudian kerana ia adalah haram dan dosa besar, bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya, perkara itu semakin membimbangkan kerana kebanyakan pertandingan berkenaan yang begitu meluas dijalankan di negara ini, hari ini adalah berasaskan 'judi' atau qimar.

"Masyarakat pula tidak mengambil serius tentang pembabitan unsur atau asas perjudian dalam kebanyakan pertandingan joran yang diadakan. Dalam Islam judi atau qimar adalah haram dan tersenarai dalam dosa-dosa besar.

"Qimar atau judi bermaksud 'setiap pertandingan yang mensyaratkan pemenang mengambil sesuatu dari yang kalah'. Dalam qimar atau judi ada pihak yang rugi dan yang untung atas pertaruhan tersebut. Hal ini berlaku dalam kebanyakan pertandingan joran dalam negara ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Dr Asri, pertandingan joran yang berasaskan prinsip perjudian itu membabitkan pelbagai pihak; kerajaan negeri, kerajaan tempatan, majlis perbandaran, parti-parti politik, sekolah, syarikat perniagaan, persatuan dan lain-lain.

Katanya, wang pertaruhan yang dinamakan 'yuran penyertaan' yang diambil itu dijadikan hadiah untuk yang menang, atau keuntungan kepada pengajur atas kekalahan peserta.

"Pembayaran wang penyertaan kebanyakannya bukan untuk kemudahan yang dinikmati oleh peserta, sebaliknya sebagai wang pertaruhan. Ini terbukti setiap peserta dikehendaki membayar berdasarkan mata pancing yang digunakan.

"Wang yang terkumpul itu juga dijadikan hadiah, atau keuntungan penganjur jika peserta gagal. Unsur pertaruhan itu jelas. Biasanya, lebih besar pertaruhan, lebih lumayan hadiah," katanya.

Dr Asri (gambar) berkata sebenarnya, yuran penyertaan itu jika sekadar pembayaran peserta menggunakan kemudahan yang disediakan seperti makan minum, duit kenderaan dan seumpamanya, maka ia bukan judi dan pertaruhan.

"Namun, apabila ia menjadi wang terkumpul untuk hadiah pemenang, maka itu adalah satu perjudian. Konsep ini hampir sama dengan apa yang digunakan oleh syarikat-syarikat loteri yang pernah menamakan diri mereka 'loteri kebajikan'," katanya.

Kerajaan negeri bantu penduduk Jelutong

Posted: 03 Jan 2011 08:18 PM PST

Kerajaan Negeri Pulau Pinang banyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk di Jelutong khususnya dalam isu penduduk Kampung Pokok Asam yang didakwa tidak dibela.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jelutong, Mohd Naser Ismail dalam pertemuan dengan beliau, semalam.

Menurutnya, janji kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) tidak akan membiarkan penduduk kampung ini melarat atau tidak dibela nasib mereka.

"Semua pemilik rumah asal di Kampung Jalan Pokok Asam, pada peringkat awalnya tidak memperolehi sebarang bayaran pampasan.

"Ekoran itu kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan dengan pihak pemaju dan berjaya memperolehi pampasan bagi kos perpindahan dan memasuki semula rumah yang akan digantikan di kawasan yang sama.

"Sewaan selama tiga tahun akan ditanggung oleh pihak pemaju. Manakala semua penduduk yang terlibat akan menerima rumah gantian yang mana kosnya adalah sebanyak RM75,000 dalam kawasan Jelutong juga," ujarnya lagi.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Jelutong berkata, penduduk yang belum menerima sebarang pampasan sehingga ke hari ini diharap bersabar kerana usaha kearah itu sedang dijalankan bersama-sama dengan Ahli Parlimen Jelutong, PAS kawasan Jelutong, JKKK dan kerajaan negeri dengan pemaju yang terlibat.

Sebelum ini, katanya pemimpin Umno dan Barisan Nasional melemparkan dakwaan kepada kerajaan negeri dengan pelbagai tuduhan negatif.

Menurutnya, mereka juga mendakwa kerajaan negeri tidak prihatin terhadap masalah penduduk kampung tersebut yang terlibat dalam perpindahan kerana pembangunan projek yang dilaksanakan oleh pemaju.

"Sebenarnya ini bukan masalah baru, ia telah wujud semenjak Umno dan BN menerajui negeri ini lagi. Mereka juga sedar mengenai hakikat ini, tetapi sengaja digembar-gemburkan demi kepentingan politik sempit sesetengah pihak yang berkepentingan," katanya lagi.

Risalah 'DAP anti-Islam' diedar di Tenang

Posted: 03 Jan 2011 08:08 PM PST

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor Datuk Chua Jui Meng mendedahkan taktik kotor pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan risalah fitnah terhadap Pakatan Rakyat kepada penduduk Felda di Tenang dan kawasan sekitar.

Risalah berbentuk buku kecil bertajuk DAP anti Islam dan 'Khawarij dan Politik PAS' dalam PAS itu dianggap satu pembohongan besar oleh Chua yang juga tidak menolak sebagai taktik kotor Umno untuk pilihan raya kecil akan datang di Tenang.

"Ini satu pembohongan besar. Kalau nak kata DAP anti Islam. Saya dah lama kenal DAP. Mereka tak bodoh. DAP hormat orang Melayu Lim Guan Eng sendiri telah banyak membantu orang Melayu di Pulau Pinang," katanya kepada Tv Selangor.

Risalah DAP anti Islam mengandungi nota yang bertulis DAP akan mengharamkan Azan, majlis maulidur rasul dan sebagainya jika Pakatan Rakyat memerintah.

Chua memaklumkan kepada media akan membongkar perkara itu semasa kempen pilihan raya ini dan akan mendedahkan ini kerja kotor Umno.

Beliau juga menyatakan kebimbangan mengenai taktik Umno yang cuba menghalang PR dari bertemu rakyat.

Semalam ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tenang sekali lagi diganggu polis.

"Mungkin selepas ini pemimpin Cina tidak dibenarkan masuk ke kawasan Felda," katanya.

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT