WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- SAMBUT TAHUN BARU DI SELANGOR BUAT PROGRAM UMNO DI I-CITY LENGANG
- Mangsa Pertama Kekejaman Polis 2012: Mahasiswa!
- USTAZ AZHAR IDRUS, IDOLA GOLONGAN REMAJA, MENGAPA?
SAMBUT TAHUN BARU DI SELANGOR BUAT PROGRAM UMNO DI I-CITY LENGANG Posted: 31 Dec 2011 10:00 PM PST LIVE 10 MALAM : PROGRAM BN SELANGOR i-CITY TAKDE ORANG. RAKYAT SELANGOR DI DATARAN SHAH ALAM BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS , ZIZAN DAN PEMIMPIN PAKATAN. Saturday, 31 December 2011 EKSLUSIF BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS DAN ZIZAN. TERBAIK !!! PROGRAM BN SELANGOR DI i-CITY DIKHABARKAN LENGANG TAKDE ORANG. SEMUA LARI KE PROGRAM PAKATAN RAKYAT SELANGOR DI DATARAN SHAH ALAM. YB KHALID SAMAD sumber:www.tawanmalaysia.com DISAMBUT OLEH PULUHAN RIBU ANAK MUDA YANG SEDANG MENDENGAR USTAZ AZHAR IDRUS DAN CELOTEH ZIZAN DI MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU KERAJAAN NEGERI SELANGOR. TAHNIAH ! SAMBUTAN TAHUN BARU KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR BERJAYA DAN MERIAH !!!!!!!! | ||
Mangsa Pertama Kekejaman Polis 2012: Mahasiswa! Posted: 31 Dec 2011 06:00 PM PST FightforJustice&Freedom Di saat rakyat Malaysia yang lain sedang khusyuk bergembira menyambut tahun baru 2012, anak-anak muda ini berjuang menuntut hak dan keadilan..tabik buat mereka...hidup anak muda!Himpunan Kebebasan Akademik di UPSI dilaporkan diprovokasi lebih 100 anggota polis !! Bangkit Mahasiswa! Mahasiswa bersolidariti di UPSI. Bangkit Mahasiswa! Lebih 15 orang mahasiswa ditahan polis & 2 org mahasiswa trmasuk pengerusi BEBAS Safwan Anang cedera parah diserang polis & FRU. Keranda AUKU & protes Najib Razak di UPSI! Bangkit mahasiswa! Solidariti Mahasiswa baring di hadapan UPSI. Mahasiswa terus baring sambil mendengar puisi di jalan raya di hadapan UPSI. Terus tuntut MANSUH Situasi di depan Pintu Utama UPSI, mahasiswa berhadapan dengan FRU. Pengerusi BEBAS Safwan Anang sedang kritikal dibelasah polis. dibawa ke Hospital Slim River. Adam Adli Di Dalam Lokap Tanjung Malim.. Gambar mahasiswa mangsa kekejaman polis pada tahun baru 2012! Mahasiswa akan terus bangkit melawan! Terus bangkit MELAWAN! Pastikan tahun 2012 ini merupakan tahun terakhir pemerintahan REJIM UMNO/BN!! | ||
USTAZ AZHAR IDRUS, IDOLA GOLONGAN REMAJA, MENGAPA? Posted: 31 Dec 2011 11:42 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS USTAZ Azhar Idrus, seorang penceramah yang popular bukan sahaja di kalangan tok-tok lebai atau orang yang berumur, tetapi beliau juga semakin diminati oleh golongan muda remaja. Ada yang menggelar beliau sebagai `Penceramah Agama Bebas' tetapi hakikatnya beliau bukan sedemikian. Istilah `Penceramah Agama Bebas' adalah ciptaan puak sekular yang kononnya untuk menggambarkan seseorang ilmuan agama atau Alim Ulamak itu mesti mengasingkan diri dengan politik, sedangkan Islam dan politik tidak boleh dipisahkan. Oleh yang demikian, menggelarkan Ustaz Azhar Idrus seorang `Penceramah Agama Bebas' adalah tidak benar. Memang benar, beliau bukan politikus yang aktif di dalam parti, tetapi perjuangannya tidak pernah mengenepikan perjuangan Islam atau Harakah Islamiyah.
Mengapa golongan muda sekarang ini meminati Ustaz Azhar Idrus? Pertamanya adalah kerana beliau berani dan tidak gentar menyuarakan yang hak dan menentang kebathilan. Bukankah sifat berani itu adalah jiwa orang muda? Kedua, beliau mempunyai kebolehan menyampaikan kuliahnya dengan pendekatan yang sesuai untuk semua golongan. Jika golongan muda meminati hiburan, Ustaz Azhar Idrus ini berjaya meresapkan aspek hiburan yang berunsur nasihat dan kadangkala sindiran yang menggelikan hati tetapi amat tajam maknanya. Setiap kuliahnya tidak pernah menjadikan suasana sepi dan membosankan. Penyampaiannya yang mudah difahami dan mempunyai unsur humor yang membuatkan suasana kadangkala gamat menyebabkan kuliah beliau diminati golongan muda. Kadangkala beliau tegas dan keras apabila bercakap soal kezaliman atau maksiat. Beliau tidak akan sewenang-wenangnya menyebut soal kepartian, melainkan apabila terpaksa berbuat demikian untuk memberi kefahaman kepada orang ramai. Di dalam memberikan jawapan atas soalan hadirin yang dikemukakan, beliau kadangkala menjawab dengan jawapan berupa sindiran terutamanya bagi soalan yang dilihat seperti sengaja untuk mengujinya. Saya sempat hadir di dalam satu kuliah beliau. Beliau ditanya dengan satu soalan yang pada saya sengaja diajukan kepadanya bagi menguji apakah beliau mampu menjawab soalan tersebut. Soalan tersebut berbunyi, " Ustaz, Air Mani adalah air yang suci dan tidak najis. Bolehkah Air Mani dijadikan air untuk berwuduk sekiranya melebihi dari dua kolah?" Soalan ini kelihatan amat bodoh dan jika ditanya pada saya amat mudah untuk dijawap dengan tepat. Jika saya yang menjawapnya, saya hanya akan berkata Air Mani bukan dari 7 jenis air mutlak yang boleh digunakan untuk berwudhuk. Bersih tidak bererti boleh digunakan untuk berwudhuk, sebagai contoh air kopi atau air coca-cola. Tetapi Ustaz Azhar lebih pintar menjawabnya dengan sindiran tetapi tajam buat orang yang mengajukan soalan tersebut. Beliau menjawab, " Sebelum saya jawap soalan awak, tunjukkan pada saya air mani 2 kolah itu". Usahkan 2 kolah, dapat tadah dua, tiga titik pun susah" Kata beliau sambil disambut dengan ketawa orang ramai. Ertinya, lojikkah air mani dikumpulkan sebanyak 2 kolah? Akhirnya beliau memberikan jawapan juga, tetapi terlebih dahulu beliau menjawab soalan tersebut dengan secara sindiran dan lojik akal. Soalan tersebut, pertamanya tidak lojik pada akal dan keduanya memberi maksud orang yang bertanya itu tidak tahu langsung tentang Air Mutlak. Inilah kelebihan Ustaz Azhar Idrus. Tidak pelik sekarang ini kehadiran orang ramai mengikuti kuliahnya kadangkala melebihi dari kehadiran orang ramai mendengar ceramah politik dari tokoh utama dari Pembangkang. Begitulah janji Allah, barangsiapa yang memuliakan agama Allah pasti akan dimuliakan oleh makhluk di langit dan dibumi./wfauzdin.blogspot |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan