MIMPI SENJA |
- Artis Paling Cantik : Ayu Raudhah di tangga teratas
- Percubaan Najib raih undi .. .akan rombak Kabinet - Shahrizat Jamil Khir akan ditendang
- Lelaki miang Lembah Klang kini beralih ke Pulau Ketam
- Selamat Tahun Baru - Surat Terbuka Kepada Najib (dari blogger UmporNo sendiri)
- Juara Maharaja Lawak Mega : Os akan terus bawa teksi
- PAS jangan cakap banyak : SMM
Artis Paling Cantik : Ayu Raudhah di tangga teratas Posted: 31 Dec 2011 09:37 PM PST Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB mohdazam@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Cantik dan berbakat antara pakej yang tidak dapat dipisahkan dengan artis yang menceburi bidang seni sama ada di Hollywood, Bollywood atau di negara kita. Pastinya istilah cantik ini bukan saja merujuk kepada wajah, sebaliknya penampilan mereka secara keseluruhannya sepanjang pembabitan dalam bidang seni tanah air. Berikutan itu juga, Metro Ahad menjalankan undian bagi mencari '5 Artis Paling Cantik' tanah air menerusi laman web rasmi Kumpulan Harian Metro. Undian berkenaan diadakan selama tiga bulan bermula 2 Oktober dan berakhir semalam. Pencarian lima artis paling cantik itu berdasarkan senarai 14 selebriti tanah air yang terkenal dengan populariti, bakat dalam bidang seni serta gosip mereka. Sejak carta undian ini diwujudkan, maklum balas yang diterima daripada peminat seni, khususnya pembaca setia dan pelayar laman web rasmi akhbar ini, sungguh memberangsangkan. Ayu Raudhah satu-satunya artis wanita di negara ini yang memperoleh undian melebihi 100,000, sekali gus menenggelamkan populariti beberapa artis wanita lain yang sebelum ini banyak dihujani kontroversi dan gosip, termasuk kakaknya, Rozita Che Wan dan Fasha Sandha. Sekalipun sudah berkahwin dengan pemain pemain bola sepak kebangsaan yang juga penyerang Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, 24, ternyata ia bukan sebab utama pembaca tidak memilihnya. Sebaliknya, ia juga mungkin disokong dengan populariti suaminya selaku pemain bola sepak selain imej bersihnya yang tidak terpalit dengan kontroversi liar. Menerusi carta undian ini juga, kebanyakan artis wanita lain hanya memperoleh purata undian sekitar 85,000. Malah, beberapa artis yang tersenarai dalam kumpulan 14 artis paling cantik hanya memiliki jumlah undi tidak sampai 10,000. Fasha yang sebelum ini banyak mencetuskan kontroversi dan pernah dinobatkan pembaca sebagai artis paling seksi menerusi carta undian yang pernah diadakan Metro Ahad, turut terkeluar daripada senarai paling cantik. Dalam undian itu, Fasha yang sering dikaitkan dengan percintaan 'pasang surut' bersama Jejai, pertelingkahan dengan Nora Danish serta beberapa kali dikaitkan dengan penyebaran gambar seksi dirinya, hanya memperoleh 3,070 undian. Pendatang baru yang mempesona, Neelofa, atau nama penuhnya, Neelofa Mohd Noor, 22, pula di tangga kedua carta dengan undian sebanyak 85,300. Neelofa yang juga Juara Dewi Remaja 2010, laris bagaikan pisang goreng panas apabila menjadi rebutan pengarah serta penerbit filem. Bukan sekadar bersandarkan rupa paras jelita, bintang baru ini berbakat besar dengan mutu lakonan yang semakin meyakinkan. Tidak sampai setahun pembabitannya, dia berpeluang menjayakan watak utama dan membintangi empat filem iaitu Azura 2011, Hantu Kapcai, Saya Amat Mencintai (SAM) dan Lemak Kampung Santan yang bakal ditayangkan pada 2012. Undian pembaca terhadap Neelofa sekali gus mengetepikan populariti Rozita Che Wan yang berada pada kedudukan ketiga dengan undian sebanyak 85,272. Namun, ia tetap membuktikan pelakon jelita yang terkenal dengan bulu mata lentik ini masih menjadi tarikan dan sebutan di kalangan peminat industri hiburan tanah air. Menerusi carta undian itu juga, dua artis lain yang tersenarai dalam kumpulan '5 Artis Paling Cantik' adalah Nora Danish dan Natasha Hudson. Jumlah undian diterima Nora adalah 84,868, manakala Natasha pula 84,441 undian. Jumlah undian diterima Natasha juga mengejutkan berikutan mengalahkan beberapa artis yang sebelum ini memang cukup popular dalam industri seni tanah air dan terkenal dengan kecantikan mereka seperti Datuk Siti Nurhaliza, Diana Danielle dan Maya Karin. Undian terhadap Nora dan Natasha membuktikan mereka masih mempunyai tempat di hati peminat walaupun kedua-duanya gagal dalam rumah tangga dan bergelar janda. Dalam senarai berikutnya, jika dikira mengikut rating enam hingga 10, pembaca MyMetro memilih Diana Danielle (84,098), Lisa Surihani (81,920), Siti Nurhaliza (81,555), Maya Karin (7,405) dan Maria Farida (3,715). Nama artis lain yang turut tersenarai adalah Fasha, Mimi One Nation Emcee, Kilafairy dan Izara Aisyah. - HM |
Percubaan Najib raih undi .. .akan rombak Kabinet - Shahrizat Jamil Khir akan ditendang Posted: 31 Dec 2011 07:25 PM PST KUALA LUMPUR, 1 Jan — Datuk Seri Najib Razak dijangka akan merombak semula Kabinetnya awal bulan ini dan menunda tarikh pilihan raya berikutan skandal yang melibatkan sekurang-kurangnya dua menteri yang menggugat faktor terbaik Bajet 2012 yang mana Perdana Menteri mengagihkan wang tunai kepada 5.3 juta isi rumah, menurut sumber dalaman Umno. The Malaysian Insider difahamkan, pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri sudah menyenaraikan menteri dan timbalan menteri yang berpotensi dan dilihat sebagai orang-orang Najib untuk menjalankan Model Ekonomi Baru (NEM) dan transformasi politiknya untuk menghadapi pilihan raya akan datang. "Najib memerlukan lebih ramai orang-orangnya di Kabinet. Beliau perlu menggantikan mereka kerana dilihat sebagai pencemaran untuk menghadapi pilihan raya," menurut pembuat dasar Umno yang mempunyai hubungan rapat dengan presiden, sambil merujuk kepada skandal yang menyelubungi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal keagamaan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan timbalan menteri Datuk Awang Adek Hussin, yang mengaku menerima sumbangan kewangan. Difahamkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mula menempah sekolah dan dewan komuniti untuk pilihan raya pada Mac nanti. Walaubagaimanapun, sumber lain mengatakan pilihan raya dilaksanakan selepas Tawaran Awal Awam (IPO) daripada kerajaan negeri dan pemaju Felda. Sumber lain Umno menyebut bahawa parti berkenaan belum bersedia untuk pilihan raya walaupun Najib memberitahu anggota partinya berdepan dengan "peperangan kerusi" untuk pilihan raya awal. "Kami belum betul-betul bersedia. Sesetengah menteri masih lagi tidak mahu menyerahkan kerusi mereka untuk pilihan raya akan datang," katanya kepada The Malaysian Insider. Sumber berkenaan turut menyatakan hanya bekas Menteri Besar Terengganu dan Ketua Umno, Datuk Seri Idris Jusoh, menyatakan secara terbuka untuk tidak bertanding pada pilihan raya. "Kebanyakan menteri menjangkakan mereka akan dipilih dan menang. Dan sekiranya tidak terpilih, mereka enggan untuk bekerjasama seperti apa yang berlaku pada 2008," katanya menambah. Umno hanya memenangi 79 daripada 112 kerusi persekutuan yang ditandinginya pada 2008 bila Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga kerusi parlimen dan empat negeri. Bekas Perdana Menteri dan Presiden parti, Tun Abdullah Badawi meletak jawatan selepas setahun memerintah dan kekalahan tersebut dan menyerahkan pentadbiran kepada Najib. Penganalisi rasmi parti berkata, Najib harus memenangi dua pertiga majoriti Parlimen atau paling kurang pun setaraf dengan margin kemenangan Abdullah. "Ianya mudah dan skandal-skandal terbaru ini tidak akan membantu. Najib merupakan seorang yang berhati-hati," sumber rasmi parti berkata The Malaysian Insider. Terdapat juga pemimpin umno secara terbuka mendesak Shahrizat untuk meletak jawatan daripada politik ekoran siasatan terhadap syarikat keluarganya, Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang menurut Ketua Audit Negara menyatakan terdapat kekacauan selepas menerima RM250 juta dana awam. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Menyatakan syarikat terbabit tidak berkaitan dengannya, Najib, dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Shahrizat telah menghantar surat perletakan jawatan. Tetapi menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menimbulkan spekulasi bahawa Shahrizat harus meninggalkan parti atau parti akan turut terkesan daripada skandal berkenaan. Umno telah dilihat berundur apabila bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan dipenjarakan setahun atas kesalahan pembelian tanah. Dia sedang membuat rayuan terhadap kes berkenaan. Jamil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, untuk Hal ehwal Islam, menafikan dakwaan beliau dan dua pegawai rasmi agama menyalahgunakan wang zakat untuk membayar kos guaman di mahkamah bagi kes yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Laporan audit menyatakan sejumlah RM63,650 daripada Lembaga Zakat digunakan untuk kos guaman apabila Anwar menamakan mereka sebagai responden dalam permohonan Qazaf. Ia turut disahkan apabila jumlah itu dikatakan telah dibayar semula selepas badan berkenaan menerima RM70,000 pada Jun lepas sebagai sebahagian daripada sumber kerajaan - TMI |
Lelaki miang Lembah Klang kini beralih ke Pulau Ketam Posted: 31 Dec 2011 07:13 PM PST KLANG: Jaraknya tidak sampai 500 meter dari balai Islam dan balai polis, namun sebuah rumah pelacuran dikesan beroperasi secara bebas dan menjadi 'port' rahsia untuk lelaki hidung belang dari tanah besar memuaskan nafsu bersama 'adik' daripada pelbagai negara. Golongan itu biasanya memberikan pelbagai alasan kepada keluarga, terutama isteri, seperti kononnya untuk memancing ke pulau berkenaan bagi mengaburi aktiviti gelap mereka. Difahamkan, rumah pelacuran itu mengenakan caj antara RM100 hingga RM180 bergantung kepada rupa paras dan fizikal gadis berkenaan. Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan bukan saja membabitkan eksekutif muda, malah warga emas dan pesara yang masih tidak insaf serta gemar mencari keseronokan dunia dengan dibelai gadis muda, terutama dari Thailand, China dan Indonesia. Bagi lelaki gatal yang mahukan khidmat urut batin atau lebih dikenali sebagai 'ping-pong', tiga pusat urut dikesan kira-kira dua kilometer dari pusat pelacuran yang beroperasi di kawasan rumah kedai. Sebagai pelengkap pakej pulau maksiat, sekurang-kurangnya dua pusat perjudiannya menggunakan mesin slot, manakala kedai menjual nombor ekor haram serta judi mahjong yang dimain secara terbuka turut beroperasi di situ. Perkembangan itu tidak menggembirakan penduduk tempatan, khususnya yang beragama Islam, kerana ia menjejaskan nama baik dan kredibiliti pulau itu di kalangan pelancong dalam dan luar negeri. Abdul Hisham Hamzah, 55, berkata, walaupun penduduk bukan beragama Islam tidak ambil kisah perkembangan itu, namun bagi individu sepertinya, situasi itu sesuatu yang kurang enak kerana ia menjejaskan imej masyarakat Melayu di mata penduduk tempatan. "Sebagai seorang Muslim, saya terpanggil untuk bersuara tetapi tiada kuasa untuk mencegah sekalipun melihat pasangan Melayu berkelakuan mencurigakan dan bermalam di sini," katanya kepada Metro Ahad. Abdul Hisham orang pertama memperdengarkan azan dari Balai Islam Pulau Ketam yang diasaskannya pada 1990, namun selepas 2007 tiada lagi suara azan berkumandang hingga kini, malah aktiviti agama juga kian terhad. Menurutnya, pulau berkenaan bakal muncul sebagai pulau pelancongan dan jika kegiatan maksiat tidak dikawal, ia pasti sukar dibanteras selepas pulau itu dibangunkan sepenuhnya. "Memang penguatkuasaan sukar dilakukan di sini tetapi jika aktiviti agama rancak dijalankan, saya yakin pelancong yang datang ke sini pasti segan-silu untuk melakukan maksiat kerana mereka pasti berfikir dua kali untuk berbuat demikian," katanya. Sementara itu, tinjauan Metro Ahad sekitar pulau berkenaan mendapati pusat pelacuran itu beroperasi di tingkat bawah bangunan rumah kedai tiga tingkat. Pelanggan didapati masuk menerusi pintu depan premis itu yang ditutup separuh bagi mengaburi pihak berkuasa, terutama polis dan imigresen, sebelum memadu kasih kira-kira sejam. Tinjauan turut mendapati sekurang-kurangnya tiga pusat urut menggunakan pekerja dari China dan Thailand, namun pekerja yang menawarkan perkhidmatan mengurut pada harga antara RM40 hingga RM50 itu tidak menawarkan perkhidmatan seks kecuali khidmat 'ping-pong' atau urut batin. Bagaimanapun, jika ada individu berminat, mereka boleh menawarkan khidmat itu dengan bayaran antara RM100 hingga RM150, asalkan tembelang mereka tidak pecah kerana kebanyakan pelanggan adalah penduduk tempatan yang kehadiran mereka ke rumah urut mudah dikesan isteri masing-masing. Seorang tukang urut hanya mahu dikenali sebagai Non, 28, berkata dia bekerja di pusat urut berkenaan hanya untuk menyara diri dan dua anaknya di Thailand dan tidak berhasrat melakukan maksiat atau mengganggu rumah tangga orang lain. "Kebanyakan pelanggan adalah penduduk tempatan dan pulau ini kecil saja. Jika kami melakukan sesuatu pasti padah menimpa, maklumlah anak dan isteri mereka boleh mencari kami bila-bila masa," katanya. Ditanya sama ada beliau menawarkan perkhidmatan seks, Non berkata, ada kalanya dia dan rakan lain hanya menyediakan perkhidmatan 'ping-pong' untuk memuaskan nafsu lelaki kerana tidak mahu menghampakan mereka, manakala jika pengunjung luar ia bergantung pada tawaran. "Kami hanya mencari makan mengikut cara kami dan tauke hanya ambil RM10 bagi setiap pelanggan yang menggunakan khidmat tukang urut di sini, malah penginapan juga disediakan," katanya. Non berkata, kebanyakan tukang urut di situ tidak suka suasana kerja di tanah besar kerana sering dipaksa dan dipermainkan sindiket, selain mengelak dicekup pihak berkuasa yang kerap melakukan operasi penguatkuasaan. - myMetro |
Selamat Tahun Baru - Surat Terbuka Kepada Najib (dari blogger UmporNo sendiri) Posted: 31 Dec 2011 10:05 AM PST Assalamualaikum wbt kepada Dato Seri sekeluarga. Sempena menyambut tahun baru 2012 ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 semoga Dato Seri terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik oleh Allah swt untuk terus memimpin negara ini,memelihara dan membela agama Islam.mengangkat martabat dan maruah bangsa Melayu ketempat yang sepatutnya dan memastikan rakyat berbilang kaum yang menghuni bumi bertuah ini hidup dalam keadaan aman,sentosa dan bersatu padu.Amin... Sebelum saya meneruskan kata kata izinkan saya memohon kemaafan terlebih dahulu jika kedapatan kata kata yang akan menyinggung perasaan Dato Seri dalam saya menyusun bicara.Sesunguhnya segala yang baik itu dari Allah swt dan tidak baik itu semestinya datang dari diri saya sendiri.Allahu'alam.. Dato Seri, Pejam celik pejam celik sudah hampir 3 tahun DS menjadi Perdana Menteri kita sejak mengambil alih dari Pak Lah 3hb April 2009.Rakyat yang begitu tertekan dengan kepimpinan Pak Lah yang sepanjang masa terlena dan dengan kerakusan REGIM TINGKAT EMPAT yang sepanjang masa merompak kekayaan negara merasakan kehadhiran DS sebagai satu RAHMAT dan PENYELAMAT yang di utus Allah swt kepada bumi bertuah ini dan rakyat nya untuk keluar dari 'kehidupan malap rejim Pak Lah'.Begitu tinggi PENGHARAPAN semua rakyat terutama nya ORANG MELAYU untuk melihat DS mengubah keadaan sebelum itu agar rakyat dapat merasa kembali rasa SELAMAT dan SELESA yang pernah dikecapi sebelum ini. Memandangkan DS mewarisi MANDAT SAKIT yang tidak selesa dari Pak Lah dan segala macam KUMAN SIPILIS dan GONORRHEA dari kepimpinan Pak Lah,rakyat tidak terlalu mengharapkan DS melakukan KEAJAIBAN untuk memperbetulkan segala macam KEMUSNAHAN yang telah dilakukan Regim Pak Lah terhadap EKONOMI dan POLITIK negara.Cukuplah sekadar rakyat tidak tertekan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi begitu menekan sekali hasil kerja tangan Pak Lah dan Kerajaan dibawah kepimpinan nya. Kini musim 'bulan madu' Dato Seri telah tamat dan kalau ibarat anak kecil yang baru lahir yang menjangkaui usia 3 tahun pastinya sudah pandai berjalan dan berlari dan najis pun dan jadi keras,begitulah ibaratnya dengan pemerintahan DS hari ini.Tiada lagi kompromi dari pihak rakyat walaupun rakyat tidak mengharapkan Dato Seri melakukan 'miracles' (keajaiban) dalam memperbetulkan kerosakan yang telah berlaku. Dato Seri, Saya faham setiap pemimpin besar ingin meninggalkan LEGASI masing masing agar dikenang rakyat.Tapi dalam usaha mencipta dan mencetus LEGASI kadang kadang pemimpin terlalu ghairah hingga terlupa apa yang nak dicetuskan itu memakan dirinya sendiri dan menjadi BAHAN LAWAK selepas dia tidak lagi berkuasa.Ambil saja contoh HADHARI dan pencetusnya..apa sudah jadi dengan gagasan itu? Tidak lebih dari bahan lawak ISLAM HADHARI dan IMAM HADHARI yang menjadi punca rakyat ketawa berdekah dekah hari ini bila dibicarakan diwarung warung kopi.Tun Mahathir yang mencetuskan WAWASAN 2020..adakah kita memanggil beliau dengan gelaran BAPA WAWASAN 2020?Pasti tidak..kerana beliau dikenali sebagai BAPA PERINDUSTRIAN NEGARA dan bukan Bapa Wawasan 2020.Tapi adakah pencetus gagasan Hadhari digelar "Bapa Hadhari'?...Tidak bukan?Kerana dia hanya digelar dan dikenali sebagai 'BAPA MERTUA KHAIRY'. Berapa lama kekeliruan yang timbul bila Dato Seri mencetuskan gagasan 1Malaysia?Begitu lama sekali sehingga jentera Jabatan Penerangan,Kerajaan dan Umno terpaksa terus terusan memberi penerangan sehingga kehari ini.Begitu payah untuk rakyat menyerapkan gagasan 1Malaysia ini ke minda mereka sedangkan 'paksi utama' gagasan itu amatlah mudah.iaitu...PERPADUAN.Kerana apa?Kerana gagasan ini amat samar samar dan mudah di manupulasikan berbagai pihak mengikut tafsiran dan kepentingan kelompok masing masing.Kalau sudah begitu SAMAR dan MENGELIRUKAN,apakah DS yakin gagasan ini akan terus dibawa oleh pemimpin terkemudian atau ianya akan MATI sapertimana matinya HADHARI sebelum ini? Dato Seri maafkan saya... Mungkin laporan yang DS perolehi dari berbagai sumber sejak memegang tampuk pemerintahan semuanya baik baik belaka dan membuat Dato Seri senantiasa "feel good",apatahlagi dengan nasihat dan pandangan yang diberi oleh Punahsihat dan ConSultan yang ramai melekat macam dedalu didahan pokok didalam pentabiran DS.Maka timbulah berbagai SPV (special purpose vehicle) dengan berbagai AKRONIM untuk menterjemahkan berbagai bagai TRANSFORMASI YANG BERAKRONIM hasil 'perahan otak' manusia luarbiasa bernama IDRIS JALA.Maka segala macam langkah tranformasi telah DS umumkan sejak menjadi Perdana Menteri,ada yang saya masih ingat tapi banyak yang dah saya terlupa.Bayangkan orang macam saya yang menghabiskan 12-15 jam sehari melayari alam siber pun boleh terlupa apatah lagi pakcik makcik kat kampung sana? Dalam pada itu kemunculan dan peranan adik DS sendiri Nazir Razak dalam setiap langkah besar kerajaan sebagai penasihat kewangan berhubung pemilikan dan penstrukturan semula SBK(syarikat berkenaan kerajaan) atau GLC tidak membantu langsung imej Dato Seri dimata rakyat.Mas-AirAsia,QSR Brands dan Penyenaraian FGV adalah di antaranya dan akan ada banyak lagi yang bakal mendatang dan mesti ada CAP JARI NAZIR TUN ABD RAZAK diatasnya.Itu belum lagi diambil kira RAKSAKSA RAKSAKSA yang mengepalai GLC GLC ini.Jadi apa yang DS harap sebagai persepsi rakyat bila KERAKUSAN makhluk makhluk diatas MELAHAP kekayaan yang rakyat percaya sebagai MILIKNEGARA hanya untuk memperkayakan beberapa kerat diantara mereka? Orang paling dekat dan paling rapat dengan Dato Seri sendiri saperti ISTERI dan ADIK tidak juga membantu 'pembentukan imej baik' yang DS perlukan.Tak perlulah saya perincikan disini sebab Dato Seri dan satu Malaya pun dah tahu apa dia.Mungkin DS tidak pernah mendengarnya sendiri kerana setiap kali turun padang WALKABOUT ROUNDABOUT nampak sambutan nya ok je,tapi tiga langkah kehadapan rakyat duk 'sosek sosek sinis' perihal Datin Seri Hajjah dibelakang..dan itulah HAKIKAT dan KENYATAAN nya.Sebagai rakyat,ahli Umno,penyokong kerajaan dan penyokong Dato Seri..sesuatu yang amat memilukan hati saya bila ISTERI PEMIMPIN NO 1 negara dijadikan bahan lawak dan cerita disetiap penjuru negara oleh rakyat.Salah siapa???...dan belum pernah dalam sejarah negara kita ISTERI PERDANA MENTERI diperlakukan sedemikian.Maafkan saya kerana terpaksa berterus terang... Dato Seri.. Ada banyak lagi keluh kesah dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap Dato Seri terutama yang melibatkan Orang Melayu,Agama Islam dan sikap tunduk dan akur Dato Seri terhadap tekanan dan desakan kaum lain,tapi cukuplah setakat ini dahulu yang saya catitkan.Mungkin dengan izin Allah swt dilain waktu dan ketika akan saya coretkan dalam Siri SURAT TERBUKA UNTUK PERDANA MENTERI yang saya mulakan malam ini.Harap harap tiada keperluan untuk saya berbuat demikian dilain kali. SAYA UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 KEPADA DATO SERI DAN DATO SERI HAJJAH SEKELUARGA,SEMOGA ALLAH SWT SENANTIASA MEMBIMBING DATO SERI DALAM MELAKUKAN PERKARA YANG BETUL DALAM AMANAH YANG DI LETAKAN DIBAHU DATO SERI HARI INI.AMIN ASSALAM. |
Juara Maharaja Lawak Mega : Os akan terus bawa teksi Posted: 31 Dec 2011 05:12 AM PST Abang Nara benar-benar tak tahu yang Os selama ini bekerja sebagai pemandu teksi. Dan apabila ditanya apakah yang akan dilakukan selepas bergelar juara Maharaja Lawak Mega, Os menjawap:- Macam biasa saya akan terus membawa teksi saya. Cuma dengan duit kemenangan itu, saya bercadang mahu menambahbaik teksi saya itu supaya ia lebih solid demi memberi keselesaan kepada para penumpang saya kelak. Pemandu teksi adalah kerjaya saya sekarang ini. Malah, saya akan terus menggunakan teksi saya itu kerana keadaannya masih elok. Apatah lagi, permit teksi saya itu pula hanya akan mati pada tahun 2015. Selain itu, saya akan menggunakan duit kemenangan ini bagi menyara anak-anak saya yang ramai dan masih kecil. Abang Nara suka benar dengan kata-kata daripada Os. Nampak rendah diri dan tak berlagak. Semoga selepas ini makin ramai yang akan naik teksi Os. Dan Abang Nara pun berharap agar otai-otai seperti Os dan Abon ini diberi lebih banyak peluang untuk muncul di kaca TV kerana lawak mereka masih padu. - Beautiful Nara |
Posted: 31 Dec 2011 03:12 AM PST KUALA LUMPUR- Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengingatkan parti politik dari Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas supaya diam dan tidak banyak cakap dalam isu melibatan mahasiswa terutamanya mengaitkan aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim. Presidennya, Ahmad Syukri Abdul Razab berkata, sebelum ingin menjadi hero dalam isu Adam Adli, beliau memberi peringatan kepada Pas supaya tidak lupa pada lima orang pelajar dari Kolej Universiti Islam Insaniah (Kuin), Kedah. "Kita beri peringatan kepada semua parti politik, khususnya PR dan Pas yang tiba-tiba menyuarakan sokongan dalam isu Adam Adli dengan mengatakan 'takkan biar mahasiswa keseorangan'. Beliau berkata demikian selepas menjadi salah seorang ahli panel dalam Dialog Orang Muda anjuran Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) hari ini. Tambahnya, apa yang cuba disampaikannya untuk melihat sejauhmana Pas bertegas dengan dasar parti yang inginkan kebebasan. "PR dalam buku jingganya berjanji akan mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), tetapi mana janjinya? Seorang pun tidak membela apa yang terjadi pada lima mahasiswa Kuin itu," katanya. Mei lalu, lima mahasiswa Kolej Univerisiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi berhubung isu Tahfiz. Demonstrasi tersebut bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi (Asrama pelajar Tahfiz). Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz. Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak. Sementara itu, Syukri turut menegaskan bahawa SMM merupakan sebuah persatuan pelajar yang berkecuali dari mana-mana parti politk. Katanya, atas prinsip rakyat, mahasiswa bersepakat bahawa gerakan mereka tidak akan terlibat dalam politik dan akan bersuara terhadap mana-mana parti. "Kita akan duduk di atas dan akan melihat dari bawah kesemua parti. Kami juga akan lantang bersuara tanpa mengira parti," katanya. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan