Rabu, 28 Disember 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


DS ANWAR ITU `IMAM MAHDI'? JAWAPAN US DR BADRUL AMIN

Posted: 27 Dec 2011 07:55 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

TERDAPAT beberapa blog yang mendakwa bahawa Us. Dr Badrul Amin Bahrom di dalam ceramahnya di beberapa tempat mendakwa DS Anwar Ibrahim itu adalah `Imam Mahdi'.  Ianya adalah berlanjutan daripada pengisahan perjuangan membebaskan bumi Palestin yang memerlukan penyatuan dunia Arab.

Anwar ditendang dari Umno kerana mahu `Islam'kan Umno...

Sebelum ini di mana-mana ceramah agama sering diceritakan perjuangan Rasulullah, yang berani dan penuh hikmah di dalam perjuangannya.  Apabila kita menceritakan kisah Rasulullah tersebut sudah tentunya kita mahu lahir seorang pemimpin Islam yang berani dan berhemah seperti Baginda.  Adakah jika ianya lahir, ini bererti insan itu adalah `Rasulullah'?  Jawapannya tidak. 

Mengapa terlalu sukar untuk kita `mengkiaskan' sesuatu kisah perjuangan untuk kita contohi sedaya upaya?  Mencontohi keperibadian Rasulullah bukan bererti untuk diangkat atau digelar Rasulullah.  Inilah yang sering diceritakan oleh Us Dr Badrul Amin.  Beliau sering menceritakan betapa dunia Arab perlu kepada penyatuan sekiranya mahu membebaskan bumi Al-Aqsa.  Di dalam beberapa kitab, disebut `Al Imam Mahdi' akan lahir untuk menyatupadukan umat-umat Islam.


Adakah kita perlu menunggu kehadiran `Imam Mahdi' untuk menyatupadukan umat Islam atau dunia Arab?  Jawapannya tidak.  Sesiapa pun boleh tampil untuk melaksanakan tugas ini.  Ini lah yang ditegaskan oleh Us Dr Badrul Amin.  Beliau sering menonjolkan potensi yang ada pada DS Anwar untuk penyatuan dunia Arab ini.  Jika di negara ini, beliau mampu menyatukan PAS dan DAP.  Mengapa tidak Umno?  Ini adalah kerana Umno yang tidak pernah ikhlas untuk bersatu.  Umno hanya mahu bersatu dengan PAS sahaja.  Mudah difikir sebabnya, kerana Umno tidak puas lagi untuk `membuli' PAS sepertimana yang pernah mereka lakukan dulu. 

Tidak menghairankan jika Us Dr Badrul Amin beranggapan Anwar boleh melaksanakan tugas penyatuan dunia Arab atau umat Islam.  Bayangkan, kesemua Ulamak Muktabar daripada Syeikh Yusuf Qardhawi, Syeikh Taha Jabir Alwani dan beberapa ulamak terkenal dunia mengenali DS Anwar dan menyokong perjuangan beliau menentang fitnah ke atas dirinya.  Justeru itu, memang wajar DS Anwar dikatakan mampu menyatukan dunia Aran dan umat Islam di dunia ini, kecuali Umno kerana Umno mempunyai dendam kesumat yang tidak padam terhadap mantan Timbalan Presiden mereka itu sendiri.  Adakah ini bererti DS Anwar itu `Imam Mahdi' hanya kerana dia dikatakan mampu berbuat sedemikian?  Hanya yang bengap, jahil dan berotak `lembu fidlot'  sahaja yang berangapan demikian.

Melalui FaceBook, Us Dr Badrul Amin telah menjawab tuduhan ke atasnya berkaitan isu ini.  Berikut adalah jawapan beliau yang dipetik dari FBnya;

"Saya menafikan sekeras2nya kenyataan yg tersebar dalam beberapa laman web kononnya saya menamakan Anwar Ibrahim sbg Imam Mahdi. Saya tidak pernah sekalipun menyebut nama Imam Mahdi dalam ceramah2 saya. Saya hanya menyebut potensi Anwar sbg pemimpin dari Timur yang mampu menyatukan Dunia Arab sekaligus membebaskan Al-Aqsa." 

Tiada ulasan: