WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- MAHASISWA SEPERTI ADAM ADLI DISANJUNG, BUKAN SEPERTI SAIFUL BUKHARI
- BENAR KATA KETUA WANITA UMNO JOHOR BAHAWA JOHOR TETAP `BIRU'
- Kempen ‘Tolak Fitnah II, Lawan Konspirasi’ dilancar 28 Disember
MAHASISWA SEPERTI ADAM ADLI DISANJUNG, BUKAN SEPERTI SAIFUL BUKHARI Posted: 26 Dec 2011 09:29 PM PST Perhimpunan 16 jam pro-Adam Adli di UPSI Sekumpulan mahasiswa akan mengadakan perhimpunan menuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggugurkan tuduhan terhadap penuntutnya Adam Adli susulan tindakan beliau menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak. Jurucakap Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) berkata, kumpulan mahasiswa akan berkampung di hadapan UPSI bermula 9 malam pada 31 Disember sehingga jam 1 petang keesokan harinya. Program itu dianjurkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di mana KAMI merupakan antara kumpulan yang bergabung dalamnya./Malaysiakini --------------------------------------------------------------------------- Tahniah kepada Mahasiswa alaf baru yang berani dan tidak mudah menjadi lembu dicucuk hidung. Kita tidak mahu Mahasiswa menjadi seperti seorang bekas Mahasiswa yang gagal di dalam pembelajaran, lantas menjadi lembu dicucuk hidung sehingga sanggup melakukan fitnah demi duit. Paling memalukan, bekas Mahasiswa itu sanggup tidak mencuci duburnya selama dua hari demi untuk mencari makan dan melaksanakan kehendak rejim diktator yang mengupahnya. Alaf baru memerlukan Mahasiswa yang bukan sahaja rajin belajar dan pintar tetapi mempunyai nilai diri yang tinggi. Kita tidak mahu suatu ketika nanti Mahasiswa ini akan menjadi pemimpin yang korup dan tiada nilai diri sehingga sanggup `mengusung kek `tahi' ke Pejabat KM P.Pinang dan memakannya sendiri. Mahasiswa seperti Adam Adli ini jauh lebih bermoral dari tokeh Utusan Malaysia yang kaki fitnah yang menyebarkan berita kononnya bendera Najib dipijak-pijak, sedangkan ianya tidak berlaku sedemikian. Adam Adli juga jauh lebih bijak dari Reezal Naina Merican yang saya tidak pasti berbangsa Melayu atau Malbari itu yang begitu mudah di`kencing' oleh Utusan Malaysia dengan laporan fitnah sedemikian. Untuk adam Adli, jangan gentar rakyat yang bijak tetap bersama kamu melainkan mereka yang masih beriman dengan akhbar dan media lidah syaitan./wfauzdin.blogspot.com |
BENAR KATA KETUA WANITA UMNO JOHOR BAHAWA JOHOR TETAP `BIRU' Posted: 26 Dec 2011 06:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS SEMALAM, Malaysiakini melaporkan kenyataan Ketua Wanita Umno Johor, Datuk Sharifah Azizah yang memberi jaminan bahawa Negeri Johor tetap akan `Biru'. Ertinya, beliau yakin Negeri Johor masih `biru-kebiruan' Bn nya. Jika beliau yakin demikian, kita juga yakin sememangnya Johor akan bertukar dari `Biru kebiruan lebam' itu kepada `Biru berlogo mata'. Ertinya, Johor tetap `Biru' bukan `Biru lebam'. Sharifah Azizah menempelak usaha pembangkang yang mahu menukar kerajaan dan memberi amaran bahawa pertukaran kerajaan daripada BN kepada pembangkang bakal menyebabkan negara ini "porak-peranda." Hujah Ketua Wanita Umno ini terlalu dangkal dan `Low Class' sama seperti hujah bos beliau Shahrizat yang berkata isu lembu Fidlot tiada kena mengena dengan beliau. Apakah orang cerdik boleh terima hujah Negeri Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan yang dipuji oleh Laporan Audit Negara berkaitan urusan kewangan yang telus, negeri-negeri tersebut tiada satu pun kes rasuah atau penyelewengan bela lembu atau kondo mahu pun beli tanah Jutaan ringgit secara rasuah itu dikatakan negeri `porak poranda'? Jelas, hujah Ketua Wanita Umno Johor hujah yang sekadar untuk menyedapkan hati pengikut-pengikutnya yang masih tidak sedar bahawa bos mereka ada `skandal lembu Fidlot'. Kalaupun mereka tidak sedar, jangan pula otak yang ada digunakan seperti otak lembu. Negeri yang `porak poranda' itu adalah negeri yang diperintah oleh Umno/Bn. Mereka `porak porandakan' hak rakyat. Jika Johor sudah terlepas tanah dan Pulau kepada Singapura, jangan pula mendakwa negeri di bawah Pakatan Rakyat porak poranda. Rakyat Johor kena tahu semua skandal Umno/Bn ini jika mereka benar-benar sayangkan negara ini./wfauzdin.blogspot.com |
Kempen ‘Tolak Fitnah II, Lawan Konspirasi’ dilancar 28 Disember Posted: 26 Dec 2011 12:30 PM PST (Oleh: Masdar Wahid) KUALA LUMPUR 23 Dis: Pemuda Pakatan Rakyat (PR) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan melancarkan kempen 'Tolak Fitnah II, Lawan Konspirasi' pada 28 Disember ini, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin. Menurutnya, itu antara resolusi yang dicapai Pemuda PR dalam mesyuarat yang dipengerusikannya malam semalam. "Kempen bertemakan 'Bebaskan Anwar 901′ ini kita lancarkan bersama Pemuda Pakatan dan NGO di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 11 pagi 28 Disember ini. "Perincian lanjut mengenai jelajah ini akan kita maklumkan pada hari itu," katanya kepada Keadilandaily.com hari ini. Menurutnya, sebanyak 500,000 risalah yang mengandungi fakta sebenar mengenai kes Fitnah 2 sudah tersedia untuk diedar sepanjang jelajah itu. "Sepanjang jelajah ini kita juga berharap risalah mengenai kes Fitnah II yang kita edar ini rakyat membacanya seterusnya memahami dengan baik serta bersama mengedarnya kepada kenalan seramai mungkin. "Ini penting kerana kes ini kerap diputar belit media arus perdana, jauh sekali memberi liputan adil kepada Datuk Seri Anwar," tegasnya. Menurutnya, jelajah itu berlangsung serentak di beberapa lokasi seluruh negara dengan kemuncaknya ialah perhimpunan rakyat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari depan. "Oleh itu, kita mengalu-alukan rakyat hadir beramai-ramai dan datang seawal mungkin pada perbicaraan itu sebagai tanda solidariti kita bersama pemimpin rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim," tegasnya. Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN kini berdepan kes Fitnah kali kedua dengan keputusan itu akan diumum pada 9 Januari depan, selepas melalui perbicaraan selama hampir dua tahun. Kes yang disifatkan mengulangi konspirasi Umno-BN itu bermula beberapa hari selepas Anwar mengumumkan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Permatang Pauh pada Ogos 2008./KeadilanDaily |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan