Isnin, 26 Disember 2011

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


RUMAH RM3 JUTA: ZAMBRY BAKAL IKUT JEJAK KHIR?

Posted: 26 Dec 2011 03:00 PM PST

Keputusan bersalah atas tuduhan salahguna kuasa ke atas dr Khir Toyo yang dijatuhkan mahkamah tinggi Shah Alam semalam wajar memberi ingatakan kepada pemimpiun Umno-BN yang sebuk mengumpul kekayaan di negeri masing-masing.

Rumah Khir sudah didedah, rumah Zambry bila lagi?


Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak Dr Raja Ahmad Al-Hiss memberi amaran kepada Umno-BN negeri itu yang pemimpin mereka memiliki kekayaan luar biasa agar bersiap sedia menghadapiu pendakwaan apoabila mereka tidak lagi berkuasa

"Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman kepada bekas Menteri Besar Negeri Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan rasuah perlu diambil peringatan oleh Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir yang telah dilemparkan dengan dakwaan memiliki rumah bernilai RM3 juta termasuk isu-isu berunsur rasuah barisan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Negeri Perak.

"Malah peringatan juga kepada Pegawai-Pegawai Datuk Seri Zambry yang didakwa mempunyai kekayaan 'luar biasa' yang diketahui umum.

Raja Ahmad


"Mungkin Datuk Seri Zambry perlu mengambil pengajaran sepertimana yang berlaku terhadap Khir dimana setelah tidak mempunyai kedudukan dan akan berbangkitlah pelbagai tuduhan yang 'disimpankan sementara' tersebut. Oleh kerana jawatan yang disandang ketika itu akan memberikan kesan kepada Umno / BN, sudah tentu langkah yang terbaik untuk membuka semua isu 'simpanan' itu hanyalah selepas tidak lagi ditapuk utama.

"Sudah tentu bagi Datuk Seri Zambry akan bakal berdepan dengan suasana yang sama, semua maklumat yang ada kini 'disimpan sementara' selepas Datuk Seri Zambry tidak lagi dikedudukan utama atau disingkirkan lebih awal nanti. Bagi kami, semua pimpinan BN Perak yang telah 'disiasat' mungkin boleh terlepas ketika ini tetapi setelah tidak lagi memegang jawatan penting barulah isu-isu yang 'tersimpan' bakal dibongkarkan dan dihukum sepertimana Khir pada hari ini," katanya.

Dilema Najib Andai Anwar Di Penjara

Posted: 26 Dec 2011 02:57 PM PST

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sewaktu menyampaikan ucapan di Kongres PKR ke-8, di Johor Bharu, November lalu menyeru supaya gerakan reformasi bagi membebaskan negara dari cengkaman Umno/BN perlu terus digerakkan walaupun beliau akan di penjara.

Manakala tarikh 9 Januari tahun depan akan menjadi satu detik bersejarah yang akan menentukan samaada Ketua Umum PKR itu ke penjara atau tidak.

Keputusan tersebut bukan sahaja dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia malah turut dinantikan oleh seluruh media antarabangsa.

Dikalangan media antarabangsa akan melihat isu yang dibabitkan ke atas Anwar merupakan 'kaedah tradisi'yang dilakukan oleh seluruh pemerintah di dunia untuk menyingkirkan musuh politik mereka.

Kalau Anwar Dibebas...

Membebaskan Anwar dari hukuman penjara akan memberikan persepsi bahawa segala konspirasi untuk menfitnah dan mengaibkan beliau selama ini telah gagal.

Di mata rakyat pula, pembebasan Anwar akan memperjelaskan lagi bahawa Anwar tidak bersalah. Di masa yang sama rakyat akan mengutuk pelbagai 'adegan' samaada pertuduhan yang disabitkan dengan Saiful Bukhari Azlan atau filem prono yang dikaitkan dengan 'skuad' trio Datuk 'T'.

Kesimpulannya, Pembebasan bukan hanya sekadar kemenangan besar terhadap personaliti Anwar sahaja malah kepimpinan serta parti yang beliau wakili turut mendapat kemenangan saikologi.

Atau dalam lain perkataan, seluruh rakyat akan percaya bahawa segala tindak tanduk selama ini adalah perancangan yang sengaja di atur oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk mengenakan Anwar.

Namun perencanaan tersebut ternyata membenarkan lagi tanggapan rakyat bahawa rentetan fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh kerajaan pimpinan Najib.

Maka tokoh yang akan menjadi bahan telunjuk seluruh rakyat adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebagai Perdana Menteri dan pemimpin tertinggi negara pula, penolakan rakyat terhadap beliau merupakan pantang larang yang amat mencarik adat seorang pemimpin.

Justeru, diatas fakta inilah juga mungkin Anwar membuat kenyataan bahawa beliau akan di penjara walau dalam apa situasi kebenaran pun.

Dilema Najib

Najib paling takut dilebel sebagai pemimpin terakhir dalam pemerintahan yang lebih 54 tahun diterajui Umno. Ini bukan hanya akan memburukkan keturunan beliau malah seluruh anggota parti akan menuding jari meletakkan kesalahan terhadap beliau sekiranya gagal meneruskan kesinambungan Umno selama ini.

Pengalaman Tun Abdullah Badawi ekoran prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu sehingga memaksa beliau melepas jawatan sebagai perdana menteri mungkin masih segar dalam ingatan Najib.

Justeru mengulangi kesilapan Abdullah tidak ubah seperti memasang jerangkap samar untuk mengorbankan diri sendiri.

Kalau Anwar dipenjara ...

Berdasarkan pandangan penganalisa politik dan peramal media dalam maupun luar negara, ramai menyatakan Anwar akan di penjara walau apa pun keadaannya.

Pandangan tersebut bukan berkhilaf kepada kekuatan yang akan membawa kemenangan Anwar memimpin jentera pilihanraya PR ketika menghadapi kempen pilihanraya Umum (PRU) sekiranya beliau bebas. Namun Mungkin juga Najib melihat melepasi persepsi tersebut.

Najib juga sedar samaada Anwar di penjara atau tidak gerakan kebangkitan rakyat akan tetap berlaku.

Kemenangan terbesar pembangkang dalam PRU ke-10 pada 1999 dimana PAS memenangi 32 kerusi parlimen dan DAP 10 kerusi semuanya berkisar kepada isu kebangkitan rakyat kerana simpati dengan Anwar yang dipenjara oleh Dr Mahathir.

Persoalannya apakah dengan sekali lagi membawa Anwar ke penjara akan mengujudkan memontum kebangkitan rakyat yang sama setelah pelbagai isu moral ditimpakan dikepala Anwar dengan pelbagai 'bukti' seperti kes Saiful dan gambar prono.

Apakah dengan menggunakan media-media milik Umno bagi memburukkan imej dan kredibiliti Anwar sudah memadai untuk rakyat mempercayainya lalu menolak Anwar dan PR dalam PRU ke-13 nanti?.

Apakah juga dengan isu liwat dan sex bersama pelacur yang disensaikan dengan penuh bergaya sebelum ini berjaya mempengaruhi rakyat untuk membenci Anwar serta PR yang diterajui beliau?.

Di atas hukum realiti, memenjarakan Anwar akan menambahkan lagi koleksi isu PR untuk kempen menjelang PRU nanti.

Apakah dengan membawa kembali Anwar ke Sungai Buluh akan membolehkan isu NFC yang teruk membelenggu Najib dapat di alih kepada isu penganiayaan pada Anwar.

Di peringkat antarabangsa pula, Najib akan menerima pelbagai tekanan berhubung amalan demokrasi dibawah pimpinan beliau sekiranya ketua pembangkang itu dipenjarakan.

Pilihanraya dan sistem dua parti

Gesaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini supaya Najib mengadakan PRU pada saat akhir penggal (March 2013) bukan sekadar masej bagi mengelak negeri-negeri PR mengadakan pilihanraya berasingan.

Tetapi disebabkan Dr Mahathir mungkin telah berjaya menghidu sesuatu yang kurang enak berhubung pencapaian BN untuk memenangi PRU 13 nanti.

Perlu di ingat Dr Mahathir adalah seorang yang sangat berpengalaman dalam menghadapi PRU setelah lebih 22 tahun memerintah negara.

Manakala bagi Najib pula, inilah kali pertama beliau akan berhadapan detik paling mencabar dalam kerjaya kepimpinan beliau sebagai pemimpin tertinggi negara.

Apa pun zaman Dr Mahathir dan era Najib situasinya agak berbeza. Era Mahathir pembangkang terdiri dari palbagai parti politik tetapi zaman Najib negara sedang bergerak ke arah sistem dua parti.

Sistem dua parti akan memberi peluang yang lebih besar kepada rakyat untuk menukar dan menggantikan kerajaan. Ini bermaksud sekiranya kerajaan semasa tidak berjaya membantu dan menolong rakyat, rakyat mampu menukarkannya pada pilihanraya akan datang.

Ini disebabkan hanya ada dua parti sahaja yang bertanding, pembangkang dan kerajaan.

Faktor ini jugalah yang merungsingkan Najib dan Dr Mahathir. Mood rakyat untuk menukar kerajaan setelah Umno/BN memerintah lebih 54 tahun telah bergema sejak bermulanya era reformasi jalanan pada 1988.

Sepuluh tahun kemudian, tsunami politik melanda negara. Enam negeri termasuk wilayah persekutuan jatuh ketangan pembangkang.

Survival BN

PRU ke-13 menyaksikan 70 peratus pengundi berdaftar adalah pengundi muda berusia 21 - 40 tahun. Kebanyakan mereka adalah generasi Media Baru yang majoritinya cenderung kepada pembangkang. Manakala selebihnya terdiri dari pengundi atas pagar yang tidak terpengaruh dengan sentimen perjuangan masa lampau serta pengaruh ras dan agama.

Secara langsung generasi ini adalah penentu kerajaan selepas PRU 13.

Kebimbangan besar Najib bukan sekadar untuk mempertahankan Putrajaya semata-mata malah beban yang akan ditanggung selepas kejatuhan Umno/BN selepas lebih 54 tahun menguasai negara lebih memeritkan.

Sebagai sebuah kerajaan baru, Pakatan Rakyat (PR) setentunya akan memastikan segala penyelewengan wang negara dibongkar untuk mengembalikan maruah negara.

Secara tidak langsung segala kepincangan yang berlaku selama 54 tahun Umno/BN memerintah akan diketahui rakyat.

Media Baru

Entah apa anginnya, tiba-tiba pada tahun ini Najib membina facebook dan twitternya. Mungkin diatas sebab baru menyedari pengaruh media baru yang ternyata lebih berkesan dari media milik Umno.

Tapi semua sedia maklum, yang updatenya mungkin sekali sekala Najib tetapi selebihnya agen-agen APCO atau agen-agen penasihat media beliau yang dibayar berjuta-juta ringgit.

Perlu disedari juga BN mempunyai 26 saluran media termasuk radio dan media cetak. Ini tidak termasuk lapan saluran tv di seluruh negara. Apakah saluran media ini masih belum cukup untuk menyebarkan propoganda BN?.

Rakyat menolak media-media ini disebabkan terlalu banyak 'mengampu' dan 'over propoganda' sehingga rakyat jelek untuk menatap media-media kerajaan.

Dalam konteks media baru ini, Pembangkang memang jauh lebih 'advance' jika dibandingkan dengan keselesaan Najib dan BN sebelum ini.

Dengan pelbagai sekatan maklumat dan media yang dilakukan oleh BN kepada pembangkang selama ini telah menjadikan pembangkang lebih maju menggunakan media baru dalam berkomunikasi bagi menyebar maklumat kepada masyarakat awam.

Maka tidak hairanlah pelbagai usaha dilakukan oleh Kementerian Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan untuk menyekat pelbagai saluran maklumat untuk disebar kepada rakyat. Ini tidak termasuk pelbagai akta seperti akta penerbitan dan mesin cetak yang semuanya berkisar kepada usaha membelenggu saluran maklumat sampai kepada rakyat.

Begitu juga baru-baru ini kerajaan mahu menubuhkan Majlis Perundiang Media bertujuan memantau bahan-bahan berita di internet.

Kedudukan Malaysia pula jatuh 10 anak tangga kepada 141 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2010 iaitu yang terendah dalam tempoh sembilan tahun dari senarai 178 negara.

Persoalannya apakah dengan memenjarakan Anwar akan menghalang rakyat dari mendapat maklumat berhubung pelbagai penyelewengan dan salah guna kuasa BN selama ini.

Mungkin juga Najib ada alasan dan jawapannya yang tersendiri bagi memastikan survival politik dan masa depan parti pimpinannya disaat rakyat sedang menolak Umno/BN dari terus menguasai negara.

Selepas Dapat RM2.71b, Umno-BN Cuba Cetus Huru-Hara

Posted: 26 Dec 2011 02:56 PM PST

SHAH ALAM, 26 DIS : Demontrasi penduduk menuntut janji Adun dan Ahli Parlimen berhubung penyelesaian masalah banjir yang dialami mereka sejak sekian lama didakwa didalangi pihak berkepentingan yang sengaja ingin mencetuskan provokasi, jelas Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Pada 24 Disember lalu, Akhbar kawalan Umno, melaporkan sekurang-kurangnya 50 penduduk kampung Batu 5, Jalan Kota Kemuning menuntut janji Ahli Parlimen dan Adunnya segera menyelesaikan masalah banjir.

Tindakan penduduk tersebut ekoran peruntukan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor merangkap Perdana Menteri telah menyumbang RM2.71 bilion kepada Umno-BN untuk menawan kembali Selangor.

Mengulas lanjut perkara ini, Mariah berkata peruntukan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi mencetuskan onar dengan memburuk-burukan pentadbiran Pakatan rakyat Khususnya di negeri Selangor seperti apa yang berlaku dikawasannya.

"Selama tiga tahun (pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor) ini adalah pertama kali berlaku perkara seumpama ini di kawasan saya, rakyat tahu bahawa kita peka dengan sebarang aduan dan segera turun menyelesaikan masalah,"katanya.

"Ini jelas satu pembohongan sekirannya mereka katakan kami gagal turun padang, tiada sebarang aduan bagaimana pihak kami sedia maklum untuk turun melihat masalah penduduk,"katanya.

"Tidak pernah ada aduan dan rungutan, tiba-tiba muncul provokasi tuntut pihak kami kotakan janji. Bila saya semak kepada Ahli Majlis dan JKKK terbukti tiada sebarang aduan,"jelas Mariah ketika dihubungi TVSelangor.

Mengulas lanjut, Mariah pecaya apa yang berlaku ini berkait rapat dengan demam pilihanraya yang dijangka semakin dekat.

Mariah menambah, pihaknya percaya provokasi seperti ini bukan sahaja berlaku dikawasanya malah ia akan diteruskan ke kawasan lain di negeri Selangor sebagai usaha jahat memburuk-burukan pentadbiran Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu kejadian banjir berlaku di seluruh negara disebabkan musim tengkujuh.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Dato Seri Najib Abdul Razak menyeru kepada pemimpin Umno Selangor untuk bekerja keras bagi menawan negeri itu menerusi apa jua cara sekalipun.

Kenyataan tersebut dikuatkan lagi dengan pendedahan terbaru bahawa Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Selangor dengan memperuntukan RM2.71 bilion yang bertujuan mencetuskan ketegangan antara rakyat dan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Dana Rakyat RM2.71b Untuk bolehkan BN Tawan Selangor

Posted: 26 Dec 2011 02:55 PM PST

SHAH ALAM 26 DIS: Peruntukan RM2.71 bilion wang rakyat dan wang pembayar cukai diseluruh negara yang diserahkan kepada Umno/BN Selangor oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor merupakan tindakan salah guna kuasa yang amat tidak bertanggung jawab membabitkan dana rakyat.


Timbalan Pesuruhjaya PAS selangor, Khalid Samad berkata peruntukan tersebut yang merupakan peruntukan terbesar yang disalurkan kepada Umno/BN negeri Selangor berbanding negeri-negeri lain.

"Peruntukan tersebut adalah peruntukan dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang akan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang kemudiannya akan di salurkan kepada Ketua-Ketua Umno Bahagian.

"Kita tahu bahawa peruntukan terbesar yang di terima oleh pemimpin-pemimpin Umno Bahagian ini bertujuan untuk memastikan Umno/BN menawan kembali Selangor dari Pakatan Rakyat (PR)." jelas beliau ketika dihubungi TV Selangor.

Menurut Khalid, peruntukan yang besar yang diberikan kepada JPM sering mendapat bantahan ketika perbahasan di Parlimen tetapi undang-undang yang ada tidak membenarkan mana-mana pihak mempertikaikan peruntukan tersebut.

"Di Parlimen isu ini menjadi isu hangat supaya semua wang rakyat yang diperuntukan dibelanja secara berhemah dan tidak membazir.

"Tapi sedihnya tidaka ada peruntukan undang-undang yang boleh mempertikaikan kemana wang tersebut kerana ia merupakan peruntukan yang diberikan kepada Perdana Menteri untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan perlu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen, Shah Alam.

Katanya, peruntukan yang diberikan kepada Umno Selangor akan membolehkan Umno membuat sogokan dan membuat program-program untuk menyerang PR.

"Inilah tranformasi Najib yang sama nilainya dengan 'transfer money' beliau kepada pemimpin-pemimpin Umno/BN di Selangor.

"Kita telah sedia maklum wang rakyat selama ini telah disalah guna dengan begitu memalukan sebagaimana kes dalam isu NFC, PKFZ dan isu rasuah yang membabitkan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo.

"Dan saya yakin selepas ini Umno/BN akan membuat pelbagai demontrasi dan 'huru-hara' di seluruh Selangor setelah mendapat peruntukan terbesar dari wang rakyat oleh Najib," tambah Khalid.

Sehubungan itu beliau menyeru seluruh rakyat Selangor menolak Umno/BN dalam pilihanraya akan datang bagi menyelamatkan wang rakyat dari terus disalah guna oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN.

"Kita sedia maklum kalau tak rasuah, menyogok, mengugut, berkroni dan salah guna wang rakyat, itu bukan Umno. Budaya ini telah menjadi darah daging kepada Umno sejak dahulu, kini dan selama-lamanya.

"Saya yakin rakyat Selangor telah matang dan telah menghukum Umno/BN pada pilihanraya lalu dan rakyat perlu teruskan penolakan ini sehingga PR menawan Putrajaya." kata beliau.

AMK : TKPN Tidak Seharusnya Mengugut Adam dan Keluarga

Posted: 26 Dec 2011 02:52 PM PST




SHAH ALAM, 26 DIS : "Tidak ada satu catitan dalam kanun acara jenayah mahupun kanun keseksaan yang membawa kepada satu kesalahan sekirannya sesorang itu menurunkan gambar mana-mana pemimpin politik,"

"Tindakan Adam yang dikatakan bersifat politik, pada saya pihak polis tidak perlu campur tangan kerana tindakan politik kekal sebagai tindakan politik.

Demikian kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung tindakan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli Abdul Halim menurunkan bendera Perdana Menteri di ibu pejabat Umno baharu-baharu ini sebagai tindakan protes AUKU.

Pada 17 Disember lalu, Adam Adli ketika menyertai demontrasi bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) bertindak menurunkan bendera perdana menteri bagi menaikan bendera berslogan kebebasan akademik untuk beberapa ketika sebelum menaikkan semula bendera asal.

Bagaimana pun tindakannya itu menyababkan diri dan keluarganya menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh, pukul, ludah dan cacian.

Media baharu-baharu ini melaporkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar sebagai berkata pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap ugutan tersebut, jika menerima laporan.

Khalid juga berkata polis sedang memerhati sebarang tindakan lanjut Adam Adli dan menasihatinya supaya berhati-hati dengan tindakannya.

"Apa juga tindakan yang dia ingin lakukan, dia kena fikir kesan kepada dirinya sebagai seorang pelajar dan ketenteraman awam.

"Saya tidak mahu mengulas apa tindakan yang kita akan ambil, jangan sampai esok kita ambil tindakan, dia akan menyesal," kata Khalid dipetik Bernama.

Mengulas lanjut kenyataan itu, Shamsul berkata Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sebaliknya bersikap lebih profesional.

"Ditambah pula dengan kenyataan terbuka Timbalan ketua Polis Negara yang pada mulanya menyuruh keluarga Adam Adli membuat laporan polis sekirannya terdapat apa-apa ugutan.

"Tetapi dalam masa yang sama membuat ugutan yang jelas menunujukkan pihak polis tidak bercadang melindungi keluarga Adam, malah akan mengambil tindakan terhadap Adam,"jelas Shamsul ketika dihubungi TVSelangor.

Shamsul menambah, sekirannya pihak polis dibawah telunjuk kerajaan bertegas untuk mengambil tindakan keatas Adam Adli, mereka seharusnya bersikap adil dengan memandang serius kes-kes yang melibatkan penghinaan terhadap gambar-gambar pemimpin pembangkang.

"Di internet tersebar luas gambar-gamabr pemimpin pembangkang yang diaibkan, gambar Tok Guru Nik Aziz yang dikencing dan juga gambar Anwar Ibrahim yang diaibkan sebegitu teruk sekali.

"Kalau benar mereka ingin mengambil tindakan yang keras, seharusnya mereka bersikap seimbang dan dilaksanakan keatas mereka yang terlibat dalam kes penghinaan terhadap gambar-gambar pemimpin,"jelas Shamsul yang juga seorang peguam.

Tiada ulasan: