Rabu, 7 Disember 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SELEPAS RAFIZI, KINI CHEGU BARD PULA - PAPAGOMO SEMAKIN BENGAP KERANA KEHABISAN MODAL

Posted: 07 Dec 2011 07:00 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA usaha Chegu Bard, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia yang bekerja keras untuk menumbangkan Umno ternyata meresahkan Blogger pencacai mereka.  Paling mereka resah apabila mana-mana pemimpin utama mereka diserang dengan pebuh fakta dan bukti yang mustahil buat Umno boleh nafikan melainkan dengan mengupah Blogger upahan yang sentiasa kelaparan itu untuk menyerang balas walaupun dengan menggunakan `peluru bodoh'. 

Sebelum ini Sdr Rafizi, Pengarah Strategik Keadilan diserang oleh Papagomo dengan fitnah paling bodoh apabila mengaitkan kononnya ada skandal Rafizi dengan DS Anwar.  Maka Blogger kaki lucah ini pun siar foto Rafizi menerima hadiah kecemerlangan daripada DS Anwar sewaktu DS Anwar menjadi Menteri Pendidikan di dalam satu majlis penyampaian hadiah.  Itu dalil Blogger bengap Umno ini kononnya untuk menakutkan Rafizi agar tidak meneruskan usaha membuktikan bahawasanya Shahrizat dan keluarganya `songlap' dan salahguna wang rakyat di dalam isu Feedlot.

Arak pun aku telan....setakat nak fitnah ni celah pelipat perut aku jer....

Ada Sdr Rafizi takut dengan fitnah si bengap itu?  Bahkan, Rafizi terus mendedahkan lagi kisah keluarga Shahrizat membeli sebuah kereta mewah (Merc) beserta bukti pembelian tanah di Putrajaya.  Ada Sdr Rafizi kisah?  Mana Papagomo selepas pendedahan Rafizi itu?  Sila dedahkan lagi jika ada, dan kita lihat siapa yang terdedah nanti.  Sekarang ini `kain' Shahrizat hampir terlondeh akibat Papagomo mencabar Rafizi.  Dia fikir puak-puak Keadilan ini gentar dengan orang sebodoh dia?  Maaf ok.

Berbalik pada Chegu Bard.  Apabila serangan bodoh Papagomo tidak berhasil terhadap Rafizi, bahkan membuatkan Shahrizat hampir `ditelanjangkan', maka kini sasaran Blogger muka jamban ini beralih kepada Chegu Bard.  Kenapa beliau serang Chegu Bard pula?  Jawapannya mudah.  Chegu Bard telah berjaya menyampaikan maklumat beserta fakta lengkap kepada seluruh pelusuk negara tentang `cincin puaka Imelda Rosmah'.  Chegu Bard telah mengedarkan risalah atau buku kecil tentang isu ini dan diberikan percuma kepada orang ramai di mana saja program yang dihadiri oleh beliau. 

Bukan itu sahaja, bahkan Chegu Bard juga telah membuat buku bertajuk `FITNAH' yang menceritakan bagaimana fitnah jahat telah dilakukan terhadap DS Anwar sejak dari fitnah liwat 1, fitnah liwat II dan juga tentang video seks yang Chegu Bard sendiri pernah dipanggil oleh `Datuk T' menontonnya.  Buku `FITNAH' amat laris dijual beserta dengan VCD percuma yang menerangkan bagaimana jika seseorang ingin merubah wajah mampu dibuat dengan mudah.  Ini lah sebabnya Chegu Bard kini menjadi sasaran Papagomo dengan harapan Chegu Bard akan jatuh dalam kerjaya politiknya.

Sehingga kini, Papagomo hanya mengugut sahaja Chegu Bard kononnya beliau akan menyiarkan rakaman video aksi Chegu Bard sewaktu menonton video seks bersama `Datuk T' dulu.  Apa mahu dihairankan kerana sebelum ini Papagomo ada menyiarkan rakaman video yang menunjukkan aksi atau komen YB Johari Abdul sewaktu Johari Abdul menonton video yang sama.  Adakah sekarang YB Johari Abdul jatuh di dalam Keadilan?  Ahli-ahli Keadilan tidak sebengap Papagomo.  

Aksi YB Johari Abdul sewaktu menonton video seks `Datuk T'.....Adakah aksi tersebut menjatuhkan YB Johari dalam parti?  Lepas ini mungkin aksi Chegu Bard pula.  Tapi, ahli-ahli Keadilan tidak sebodoh Papagomo....Yang telah diperbodohkan oleh YB Johari Abdul dan Chegu Bard adalah Eskay dan Rahim Thambi `kaki betina' tu....

Kali ini mungkin Papagomo merancang untuk menayangkan video aksi Chegu Bard sewaktu beliau menonton video seks bersama `Datuk T' itu sebagaimana Papagomo lakukan pada YB Johari Abdul.  Kita akan lihat nanti aksi Chegu Bard mungkin tersenyum atau memberi komen seolah-olah percaya yang beraksi di dalam video yang ditontonnya itu memang benar DS Anwar.  Bukankah Chegu Bard sebelum ini pernah berkata, beliau menonton video tersebut dan berpura-pura seolah-olah yakin bahawa itu memang DS Anwar.  Tujuan Chegu Bard berbuat demikian adalah untuk meyakinkan `Datuk T' bagi mendapatkan video berkenaan kononnya untuk diserahkan kepada DS Wan Azizah sebagaimana yang diingini oleh `Datuk T'.  Perancangan awal `Datuk T' adalah untuk menyerahkan video berkenaan kepada Chegu Bard agar diserahkan kepada DS Wan Azizah bagi menekan Presiden Keadilan itu serta DS Anwar untuk bersara dari politi.

Malangnya perancangan itu tidak jadi kerana mungkin `Datuk T' sendiri tidak yakin bahawa Chegu Bard benar-benar mempercayai bahawa DS Anwar terlibat di dalam aksi di dalam video berkenaan walaupun Chegu Bard telah menunjukkan aksi seolah-olah terpedaya dengan helah bodoh `Datukl T' itu.  Jadi, rakaman video yang kononnya akan didedahkan oleh Papagomo nanti sudah tentulah rakaman aksi atau pengakuan serta komen dari Chegu Bard sewaktu menonton video berkenaan.  Ertinya, samalah juga modal yang digunakan oleh Papagomo terhadap YB Johari Abdul sebelum ini.

Jadi, harapan Papagomo untuk melihat Chegu Bard akan menjadi mangsa atau terbuang dari Keadilan dengan pendedahannya nanti merupakan harapan yang tinggal harapan.  Apa yang pasti, seperti Sdr Rafizi juga, dengan pendedahan bodoh dari Papagomo itu nanti yang semakin terlondeh kain adalah `wanita puaka yang memakai cincin puaka' itu. 

Kepada Sdr Rafizi dan Chegu Bard, tahniah, kerana membuatkan Blogger Umno kini semakin hilang arah dan akal mereka.  Isu lembu puak-puak lembu itu amat menyenakkan perut mereka, isu cincin puaka pula membuatkan betina puaka itu kini sentiasa bermasam muka walaupun baru balik dari melancung di Mekah./wfauzdin.blogspot.com 

Pssttt....Papagomolll....video zuraida takde ke?  Atau tengah bikin kat Siam?  wakakakakaaaaa...

ISU FEEDLOT - POLIS JADI PENING, KITA PUN PENING, MAKA TUKAR SAJA KERAJAAN

Posted: 07 Dec 2011 09:30 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

PIHAK Polis semakin lama semakin `pelik' perangainya sejak kebelakangan ini.  Mungkin tanda-tanda PRU ke 13 sudah semakin hampir menjadi suatu tekanan yang luar biasa buat pasukan keselamatan ini sehinggakan beberapa tindakannya buat rakyat menjadi `pening'.

Baru-baru ini di dalam isu Feedlot (NFC), Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid dengan selamba menyebut `siasatan awal pihak Polis menunjukkan tiada berlaku pecah amanah' di dalam isu NFC yang mengaitkan keluarga Shahrizat.  Pengumuman tersebut dibuat sewaktu Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung, dan sejurus selepas Shahrizat menyinsing lengan bajunya dan mengugut akan menyinsing kain pula apabila Ketua Wanita Umno ini tertekan dengan isu berkenaan.

Menteri Dalam Negeri memberitahu siasatan belum selesai dan masih berjalan.  Pemimpin-pemimpin Pembangkang yang terlibat memanjangkan isu yang dimulakan oleh Laporan Ketua Audit Negara itu pun belum dipanggil untuk disiasat sehingga hari ini.  Ini disahkan melalui laporan Malaysiaikini,
" Polis masih belum menyoal beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat berhubung pendedahan mereka mengenai dakwaan penyelewengan dana oleh projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).  Pemimpin PKR Saifuddin Nasution, Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa polis belum menyoal mereka berhubung pendedahan berkenaan. "Masih teka-teki ... mereka tidak menghubungi kami mengenai isu itu," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (Malaysiakini).

Tetapi, Timbalan Ketua Polis Negara sudah umumkan ` Siasatan awal mendapati tiada pecah amanah berlaku' walaupun siasatan belum selesai.  Bayangkan, kita membuat laporan Polis dengan menyatakan kita melihat suatu pembunuhan telah berlaku, maka pihak Polis pun datang menyiasat dan menjumpai mayat seseorang lantas dibawa ke Hospital untuk bedah siasat.  Di dalam keadaan bedah siasat masih berjalan, dan kita yang menyaksikan kejadian itu berlaku tidak dipanggil untuk memberi keterangan atau disiasat, tiba-tiba Polis membuat kenyataan `siasatan awal mendapati mangsa tidak dibunuh'.  Pelik atau tidak?
 
Jika beginilah keadaannya, apa yang rakyat boleh buat?  Sampai bila kita mahu di`peningkan' kepala dengan karenah sedemikian rupa?  Tiada jalan lain, tukar sahaja Kerajaan yang ada kerana `Ikan Busuk Bermula Di Kepala"./wfauzdin.blogspot.com


Tiada ulasan: