WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
VIDEO - UCAPAN CELAKA INI LEBIH DAHSYAT DARI `HITAM METALIK' Posted: 01 Dec 2011 06:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS HEBOH media pencacai Umno dok ulang kisah `hitam metalik' yang diucapkan di dalam ceramah seorang pemimpin DAP. Dua tiga hari mereka main isu `hitam metalik' yang kononnya ditujukan kepada `si hitam manis' MB Perak yang naik secara tidak ada maruah itu. Apa pun, pemimpin DAP tersebut telah memohon maaf di atas ketelanjurannya. Permohonan maaf ini amat sukar dilakukan oleh sesiapa sahaja lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin Umno walaupun mereka berbuat sesuatu yang lebih dahsyat dari sekadar menyebut `hitam metalik'. Ertinya, pemimpin Umno tidak perlu minta maaf sebab mungkin mereka anggap mereka lebih berkuasa dari Tuhan mereka. Siapa pernah dengar pemimpin Umno minta maaf walaupun kepada Sultan, contohnya yang membawa sepanduk dengan perkataaan `Natang' kepada Sultan Terengganu dahulu. Apabila pemimpin DAP ini menyebut `hitam metalik', maka seluruh pencacai gegak gempita walaupun mereka tahu ada betulnya `hitam metalik' tersebut. Cuba anda tonton video di atas dan bandingkan dengan apa yang disebut oleh pemimpin DAP berkenaan. Mana lebih kurang ajar, biadap dan lebih celaka? Jika pemimpin DAP yang hanya sebut `hitam metalik' pun tahu dan sedar kesilapannya lantas memohon maaf, bagaimana dengan orang celaka dari Melaka di dalam video di atas? Jika dilihat secara zahir, di antara pemimpin DAP itu dengan si celaka di dalam video di atas, mana satu yang nampaknya mirip kepada akhlak Islam? Kalau tanya aku, aku akan jawab adalah lebih baik pemimpin DAP itu diberi taufik dan hidayah dari Allah daripada si celaka laknat dari Melaka tersebut. Bayangkan, seorang Non Muslim yang hanya sebut `hitam metalik' pun sedar dan tahu nak insaf serta memohon maaf, si celaka yang di dalam video di atas mengaku Islam tapi perangai lebih jahat dari Iblis Laknatullah. Semua ucapannya di atas adalah fitnah yang amat besar ditambah pula dengan gelaran keji dan lucah yang diberikan kepada seorang insan yang tidak pernah sesaat pun lupa kepada Allah. Malang sungguh ibu si celaka tersebut kerana penat-penat ibunya mengandungkan beliau, bila sudah besar kerana mahu jadi pencacai Umno dan demi sesuap nasi anaknya sanggup menyebut nama `kemaluan' ibunya sendiri iaitu `PU**MAK'. Jelas dia sebut `hak' maknya sendiri. Inilah orang yang kini berada di dalam Umno dan Perkasa yang kononnya mahu berjuang untuk Islam bernama Zahid Md Arip, semoga Allah cabutkan nyawanya dalam penuh kehinaan sekiranya beliau masih mahu hidup hanya untuk menghina Alim Ulamak./wfauzdin.blogspot.com |
SHAHRIZAT - DALAM DEWAN BELIAU HEBAT, LUAR DEWAN JADI BISU Posted: 01 Dec 2011 08:35 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS ISU Feedlot yang melibatkan Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil tidak akan terhenti setakat Timbalan Ketua Polis Negara berkata siasatan awal menunjukkan tiada penyelewengan atau pecah amanah di dalam isu NFC tersebut. Kenyataan dari pihak Polis tersebut memang dijangka ramai kerana kenyataan seperti itu sudah seperti menjadi kelaziman apabila adanya kes terhadap Menteri, namun kita masih berharap dengan siasatan yang masih belum selesai itu pihak Polis akan `dibukakan hati' dan menjumpai sesuatu yang `tersembunyi' dan akhirnya ada sedikit keberanian pihak Polis untuk menyatakan yang benar. Pada ucapan Shahrizat di hadapan perwakilan Wanita Umno baru-baru ini, umpama `lembu betina yang baru lepas beranak' gelagatnya dengan garang dan emosi sekali. Apabila beliau menyentuh isu NFC, Ketua Wanita Umno ini menyinsing lengan bajunya menampakkan aurat beliau sekadar untuk menunjukkan betapa beliau seorang Ketua Wanita yang hebat, garang dan berani. Katanya, beliau tidak takut dengan isu NFC yang dicanangkan oleh Pembangkang kerana beliau tidak tiada kaitan dengan NFC. Nampaknya, melepaskan diri dari `beban' yang ditanggung oleh suaminya di dalam isu tersebut bagi Shahrizat adalah suatu contoh isteri yang `Solehah'. Keberanian Shahrizat sehingga mengenggam penumbuk di atas pentas ternyata dapat memperdayakan semua kaum Hawa di dalam Dewan tersebut. Mereka bertepuk tangan dan bersorak kerana rasa mereka amat bertuah memiliki Ketua Wanita seberani dan sehebat Shahrizat, calon Umno yang tewas di Parlimen Lembah Pantai di tangan Nurul Izzah itu. Namun demikian, apa yang berlaku di luar Dewan? Malaysiakini melaporkan, "Dalam satu sidang akhbar hari ini selepas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan agung parti itu, Shahrizat ditanya sama ada beliau turut terbabit dalam keputusan kabinet meluluskan projek NFC. Shahrizat mengangkat keningnya, menggelengkan sedikit kepalanya serta menggerakkan tangan kanannya tanda beliau tidak mahu menjawab soalan itu." Itulah `kehebatan' Shahrizat yang dibanggakan oleh Wanita Umno itu. Kononnya berani, tidak takut dengan isu yang bakal menggoncang keluarganya, hakikatnya beliau terlalu takut. Bagaimana beliau mahu menjawab soalan mengapa suaminya mendapat projek sebesar itu ketika beliau berada di dalam Kabinet? Mampukah Shahrizat menjawab dengan fasih dan lancar, mengapa pinjaman dibuat atas nama projek lembu secara tiba-tiba bertukar menjadi pembelian kondo? Itu hanya dua soalan yang terlalu mudah tetapi teramat payah untuk dijawab oleh orang yang `biasa menipu'. Amat menyedihkan, meskipun terang dan nyata perangai insan seperti ini ditunjukkan namun masih ada golongan Hawa yang bertempik sorak menyokongnya. Lebih malang lagi, yang paling kuat bertempik sorak itu usahkan dapat menternak seekor lembu, mahu memakan daging lembu sebulan sekali pun susah. Apa pun, satu kejayaan buat Shahrizat apabila Pihak Polis `pantas' bertindak dengan mengumumkan peringkat awal `tiada yang pelik dan salah'nya di dalam isu NFC itu. Saya keliru, yang mana satu `lebih lembu dari lembu'?/wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan