Blog-list Malaysia |
- Shahrizat dicabar tanding lagi di Lembah Pantai
- Lembu - Wanita Umno Kecewa Shahrizat Peralat Wanita Umno Untuk Lindungi Keluarga
- Pas Saman PM Najib
- Orang Paling Bodoh Dalam Umno Bercakap
- Kalau sudah lemah, apa sahaja digunakan untuk menang
- Chess... PAS Kedah Tok Sah Dok Perasan Laa... Hahaha
- Khairy Dedahkan 'Enam Jahanam' Adalah Umno Sendiri
- Parlimen ASEAN Kecam Undang-Undang Perhimpunan Aman Malaysia
- Ukuran bakat dalam Pemuda Umno: Anak haram, pondan dan bapok
- Umno sudah jadi parti budaya maki-hamun?
- Saya Timbalan Presiden paling setia: Muhyiddin
Shahrizat dicabar tanding lagi di Lembah Pantai Posted: 02 Dec 2011 01:02 AM PST Umno dicabar meletakan Ketua Wanitanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertanding lagi di Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izaah Anwar. Cabaran itu dibuat Izzah selepas pimpinan Umno kekal mempertahan Shahrizat dalam skandal lembu NFC selain Shahrizat sendiri enggan meletakan jawatan. "Memandangkan pimpinan Umno kekal mempertahan Ketua Wanitanya, maka dengan ini saya mencabar mereka meletakan Datuk Shahrizat sekali lagi untuk bertanding di Lembah Pantai pada PRU akan datang," katanya dalam perbahasan di Parlimen semalam. Menurutnya, Wanita Umno harus mempertahankan kuota milik mereka di Lembah Pantai kerana bukan rahsia dalam kalangan Umno Wilayah Persekutuan bahawa seorang lelaki dan juga menteri bakal bertanding di kawasan itu pada PRU akan datang. "Jika wanita Umno tidak mempertahan kuota milik mereka di Lembah Pantai, ini bermakna, golongan itu terus dipinggir oleh kepimpinan tertinggi Umno sendiri," tegasnya. Shahrizat ialah bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai beberapa penggal sebelum tewas ditangan Izzah yang pertama kali bertanding pada PRU lalu di kawasan itu. Sementara itu, Izzah turut mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanding dalam Parlimen yang memiliki komposisi kaum yang seimbang sesuai dengan gagasan 1 Malaysia dibanggakannya itu. Izzah berkata, sekurang-kurangnya ada 115 kawasan Parlimen yang memiliki komposisi kaum agak seimbang antara Melayu, Cina dan India di seluruh negara. "Najib boleh memilih salah satu daripadanya dan yang pasti bukan Parlimen Pekan kerana kawasan itu tidak melambangkan 1Malaysia," katanya. Ini kerana katanya, hampir 93 peratus pengundi Melayu dalam Parlimen Pekan berbangsa Melayu manakala selebihnya terdiri dari kaum-kaum lain. Gagasan 1 Malaysia didakwa diciplak dari konsep 'One Israel, People's First' seperti didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada 2010. Najib yang tidak menjawab dakwaan itu walaupun Anwar mengemukakan pelbagai bukti bagaimanapun digantung dari menghadiri sidang Parlimen hampir setengah tahun. Selain Anwar, turut digantung ialah lima lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat lain kerana meminta isu itu dibahasakan di Parlimen. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23986 |
Lembu - Wanita Umno Kecewa Shahrizat Peralat Wanita Umno Untuk Lindungi Keluarga Posted: 01 Dec 2011 11:37 PM PST SHAHRIZAT 'LIABILITI' UMNO : PERWAKILAN WANITA Beberapa pemimpin Wanita Umno mengakui bahawa Shahrizat sudah menjadi "liabiliti" kepada parti tersebut dan beliau keluar sebelum skandal NFC "menghancurkan kami semua." Bagaimanapun menurut mereka, kebanyakan perwakilan akan merasa "amat takut" untuk bercakap mengenai ketua mereka bimbang boleh hilang jawatan dalam parti. "Beliau (Shahrizat) menggunakan Wanita Umno untuk melindungi beliau tetapi isu (NFC) bukan isu Wanita (Umno) tetapi adalah bersifat peribadi melibatkan beliau dan keluarganya. "Sebagai ahli Wanita Umno, saya sangat kecewa. Ramai daripada kami kecewa. Mengapa mengheret kami ke dalam isu ini?" kata seorang perwakilan Wanita Umno dari Perak. Perwakilan itu menambah beliau sebenarnya terus duduk apabila lautan perwakilan bangun memberi tempukan kepada Shahrizat ketika berucap menutup persidangan. Katanya, Shahrizat sepatutnya menjelaskan isu berkenaan kepada perwakilan berbanding memikat sokongan dengan hanya mendakwa skandal itu adalah taktik pembangkang mahu melemahkan Wanita Umno. "Jangan lupa, orang yang pertama mendedahkan isu mengenai kelemahan NFC ialah Ketua Audit Negara, bukannya pembangkang. Jangan mengapa menyerang pembangkang untuk menutup kelemahan kita sendiri," kata beliau lagi. Ketika berucap merasmikan persidangan tahunan pergerakannya kelmarin, Shahrizat berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga harus meletakkan jawatan sebagai presiden PKR ekoran tuduhan jenayah dihadapi suaminya jika beliau dipaksa berundur berhubung isu NFC. Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini mencabar Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin agar mendesak peletakan jawatan oleh Dr Wan Azizah. "Beliau (Zuraida) minta saya letak jawatan sebab suami saya terlibat dalam NFC. Beliau buat kerja beliau dan saya buat kerja saya. Saya tiada kaitan dengan itu. Mengapa minta saya letak jawatan?" kata Shahrizat di hadapan 944 perwakilan Pergerakan Wanita. "Jika itu polisi dan prinsip beliau, maka saya mencabar ketua Wanita PKR agar minta presiden PKR letak jawatan," katanya lagi. "Hari ini saya mencabar semua (ahli Wanita PKR) agar minta peletakan jawatan Wan Azizah sebab suami beliau (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim), yang telah dihukum dan didakwa," katanya lagi. Jelas Shahrizat, cabaran Zuraida itu umpama "gajah di depan hidung tak nampak, kuman di seberang laut nampak." Shahrizat dalam ucapan dasarnya turut menyelar Zuraida dan mengingatkannya agar tidak mengambil kesempatan terhadap Wanita Umno. "Tetapi kebanyakan ahli Wanita Umno tidak tahu isu berkenaan NFC. Itu sebabnya mereka bangun menyokong beliau. Mereka tidak tahu isu. Wanita Umno, mereka adalah begitu," kata perwakilan dari Perak. Pemimpin kanan Wanita Umno ini juga menasihatkan The Malaysian Insider agar bertemu dengan perwakilan secara peribadi dan kebanyakannya, menurut beliau akan bersetuju bahawa Shahrizat perlu memikul tanggungjawab dalam isu NFC. "Tolonglah, mereka faham. Dia suami kamu. Apa yang anda cakap, ia tiada kaitan dengan anda? Jika anda bukan menteri, adakah anda rasa boleh dapat projek ini?" katanya. Apabila ditanya sama ada Shahrizat harus dianggap sebagai liabiliti kepada Umno sekarang, kedua-dua pemimpin ini sama-sama bersetuju. "Sudah tentu. Ada yang sudah memberitahu perdana menteri, jangan adakan pilihan raya selepas Tahun Baru Cina sebab isu NFC ini tidak akan mati. Ia tidak akan dilupakan dalam tempoh satu atau dua bulan ini," katanya lagi. "Ada yang terlalu risau," katanya. -TMI |
Posted: 01 Dec 2011 11:24 PM PST RUU Perhimpunan Aman: PAS saman PM hari ini KUALA LUMPUR, 2 Dis: Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 pada persidangan Dewan Rakyat 24 November lalu memaksa PAS mengambil tindakan saman terhadap beliau dan Kerajaan Malaysia hari ini. Saman tersebut difailkan bersama oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 10.00 pagi tadi. Menurut Mohamad Sabu, tindakan saman itu difailkan menerusi syarikat guaman Hanipa Maidin & Co dengan turut ditemani peguam terbabit, Mohd Hanipa Maidin yang juga peguam PAS, dengan menamakan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, Pahang sebagai responden pertama dan Kerajaan Malaysia responden kedua. Katanya, tujuan saman itu difailkan adalah untuk melakukan semakan kehakiman terhadap rang undang-undang tersebut dan bagi mendapatkan 3 perintah dari mahkamah. "Pertama adalah perintah deklarasi bahawa responden-responden telah bertindak melebihi kuasa mereka dan telah menyalahgunakan kuasa mereka apabila memperkenalkan dan membentangkan rang undang itu di Parlimen bagi menjadikannya sebagai undang-undang atau akta, meskipun bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) dan 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. Perintah kedua, menurut beliau, bagi melarang responden-responden daripada terus bertindak melebihi kuasa mereka dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan melarang responden-responden meneruskan segala proses bagi menjadikan rang undang-undang itu sebagai akta yang boleh dikuatkuasakan. "Ketiga, secara alternatif, perintah mandamus bagi memaksa responden-responden mengambil langkah-langkah yang perlu dan wajar untuk sama ada menarik balik semula rang undang-undang itu atau membuat pindaan-pindaan yang perlu agar selaras dengan peruntikan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya. Sementara itu, Mohd Hanipa Maidin berkata, meskipun rang undang-undang tersebut telah dipinda pada persidangan Dewan Rakyat, hakikatnya, Perdana Menteri dan Kerajaan malaysia tetap telah bertindak melampaui kuasanya kerana memperkenalkan rang undang-undang itu yang bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) yang dibaca bersama-sama Perkara 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan. "Ini menjadikan rang undang-undang tersebut, sekiranya berjaya dijadikan Akta yang berkuatkuasa, adalah terbatal dan tidak saj di bawah Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan," jelasnya. Responden-responden, katanya, hanya mempunyai kuasa untuk membentang rang undang-undang yang selaras dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan, tetapi responden-responden telah bertindak melebihi kuasanya kerana membentangkan rang undang-undang tersebut yang bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) yang dibaca bersama-sama Perkara 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan. HarakahDaily |
Orang Paling Bodoh Dalam Umno Bercakap Posted: 01 Dec 2011 07:15 PM PST Umno: DAP pasti lantik bukan Melayu PM atau 'boneka' jika Pakatan perintah KUALA LUMPUR, 2 Dis — DAP akan meletakkan bukan Melayu sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, demikian ramalan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno yang turut menekankan keresahan orang Melayu akan hilang kuasa dan hak. Jika DAP yang didominasi kaum Cina gagal maka mereka tidak akan teragak-agak untuk melantik "perdana menteri boneka" sebagaimana pernah disaksikan dengan pelantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak pada Mac 2008, kata Ketua Umno Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat jatuh pada awal 2009 selepas tiga wakil rakyat masing-masing dua dari PKR dan seorang dari DAP keluar parti. "Mereka cuba dengan keras di Perak. Jadi, jika jawatan MB (menteri besar) pun mereka berminat, mengapa tidak jawatan PM (perdana menter)? "Saya pasti itu yang mereka mahukan. Jadi, jika tidak boleh, mereka akan berkompromi dan meletakkan seseorang menjadi boneka seperti Nizar," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di sisi Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 di sini. Tajuddin menjelaskan bahawa ini boleh berlaku di bawah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat. DAP kata Tajudin, akan muncul sebagai sebuah parti yang dominan manakala PAS pula tidak akan ada sebarang kedudukan atau kuasa. "Berapa kerusi yang PAS bertanding? Kurang daripada 60. Untuk membentuk kerajaan, mereka memerlukan lebih banyak kerusi daripada DAP dan PKR. "Anda tahu bahawa secara semula jadi rakan yang dominan akan memegang lebih banyak kerusi," katanya. Pendirian Tajudin ini selari dengan keresahan kebanyakan ahli Umno bahawa parti itu akan hilang kuasa di tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang. Pemimpin yang lantang bersuara ini juga mempersoalkan keupayaan Pakatan Rakyat jika menjadi kerajaan alternatif kepada Barisan Nasional (BN) sambil berkata ia kekurangan pemimpin-pemimpin berpengalaman, ekonomi negara akan tergugat dan mengakibatkan ketidakstabilan. Beliau juga memberi amaran khususnya kepada komuniti Cina bahawa perniagaan dan kehidupan mereka akan paling terjejas di bawah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat. "Malah masyarakat Cina, saya mahu memberitahu anda, anda tidak akan mendapat apa-apa manfaat. Di bawah situasi sedemikian, tidak akan ada apa-apa bisnes. Pasaran saham akan jatuh 70 hingga 80 peratus. (Nilai) pasaran RM5 akan jatuh sehingga 50 sen dan akan menjadi kertas tandas," kata beliau. "Siapa yang akan menderita? Anda fikir (Presiden PAS Datuk Seri) Haji Hadi (Awang) atau (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) boleh menguruskan ekonomi negara? Sesiapa sahaja di PAS? Anda boleh lihat kelayakan mereka," katanya. Selain PAS, Tajuddin juga menyerang keupayaan personaliti-personaliti lain seperti Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan pemimpin-pemimpin DAP iaitu Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng, penasihat Lim Kit Siang, Pengerusi mereka Karpal Singh dan Setiausaha Publisiti Tony Pua. "Anwar Ibrahim? Tidak. Beliau tidak tahu apa-apa tentang ekonomi. Anda jangan ketawa sebab saya pernah bersama dengan beliau di universiti. Beliau belajar sastera, pengajian Islam. Sudah pasti beliau seorang pemidato yang baik," kata Tajuddin beliau pernah bersama dengan Anwar ketika zaman politik pelajarnya, malah pernah berkempen baginya ketika bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada 1982. |
Kalau sudah lemah, apa sahaja digunakan untuk menang Posted: 01 Dec 2011 06:51 PM PST Kalau kita sudah lemah atau kurang sehat, kita akan bercakap seperti orang yang meroyan. Ia memang begitu. kepada orang yang sedang demam panas selalunya dia akan meroyan dan bercakap tidak tentu buah butirnya. Begitu jugalah apa yang kita sedang lihat dalam Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO dan Perhimpunan UMNO sekarang ini. Muhyiddin memulakan ucapan keras untuk membentuk bibit kebencian di antara rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Buat masa ini rakyat berbilang kaum di bawah-bawah ini bersatu dan tidak bermusuhan di antara satu dengan lain. Yang menaikkan semangat benci membenci di kalangan rakyat dan di antara kaum ini ialah pemimpin sendiri dan ini boleh kita lihat dari intipati dalam teks ucapan Timbalan Presiden UMNO itu. Kerja dan usaha memecah belahkan rakyat berbilang kaum itu diperkuatkan dengan beberapa cebisan ayat-ayat suci al Quran dalam beberapa surah di dalam kitab suci itu. Katanya DAP itu rasis, PKR itu parti yang memperjuangkan tubuh badan individu dan PAS itu sudah jadi baruah DAP. Kita memahami kenapa Muhyiddin bercakap begitu. Ia adalah satu usaha untuk menyatukan orang Melayu di belakang UMNO. Bagi Muhyiddin saya yakin beliau tidak lagi menaruh harapan kepada bangsa lain kerana bangsa lain terutamanya, mempunyai pendirian yang tetap dan payah untuk di goyahkan. Bagi Muhyiddin oleh kerana kegelabahan dan kegelisahan beliau, Timbalan Presiden UMNO ini terlupa dengan apa yang dia kata semalam dan hari ini misalnya. Hari ini bercakap lain, besok dia akan bercakap perkara yang sama tetapi dalam mood yang bertentangan dengan apa yang beliau perkatakan pada hari sebelumnya. Selalunya kalau kita kaji dari psikolojinya Muhyiddin sudah mula hilang keyakinan terhadap sokongan rakyat khususnya orang Melayu. Bagi Muhyiddin beliau boleh berkata apa sekali pun terhadap bukan Melayu kerana beliau merasakan beliau tidak boleh mengharapkan bangsa cina untuk bersama beliau dan UMNO. Kata-kata beliau begitu rasis, malahan lebih rasis dari Perkasa semasa berucap di Perhimpunan 3 sayap parti, Wanita, Puteri dan Pemuda. Maka kita lihat apa yang di suarakan oleh Najib melalui slogan 1Malaysia itu dilanggar secara 'head-on' oleh Muhyiddin. Muhyiddin sudah kesuntukan akal. Sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau merupakan pengganti kepada Najib jika ada apa-apa yang berlaku kepada kepimpinan Najib. Belum pun beliau mengambil alih beliau telah menunjukkan sikap tidak boleh 'co-exist' dengan bangsa-bangsa lain di negara ini, bagaimana kah beliau boleh diterima oleh rakyat secara menyeluruh nanti? Bagi saya sikap Muhyiddin itu merupakan sikap 'mengecilkan padang' beliau sendiri. Beliau hanya mahukan orang Melayu untuk bersatu dan seolah-olah menolak kewujudan bangsa lain terutamanya bangsa cina yang sudah berada empat keturunan di negara ini. Bagaimana kah Muhyiddin boleh di terima sebagai pemimpin jika beliau hanya mahu menjadi pemimpin kepada bangsanya sendiri sahaja. Pada Muhyiddin bangsa lain semuanya anti Islam, komunis, jahat, dan semuanya yang tak elok. Hendak juga saya melihat jika Muhyiddin jadi PM dengan hanya menjaga orang Melayu. Bila bercakap seperti orang yang tidak berfikir langsung semata-mata kerana hendak menjaga 'hard liners' dalam UMNO. Apa kah agaknya sebab-sebab Muhyiddin menuduh DAP hendak jadikan negara ini sebagai sebuah Republik? Saya percaya Muhyiddin menyebut ini kerana rasa terdesak di atas keruncingan sokongan orang ramai terhadap UMNO dan BN pada hari ini. Kadang-kadang kita tidak boleh menyalahkan MCA dan Gerakkan menuduh yang kedua parti itu tersungkur kerana sikap pemimpin reputasi UMNO yang menerajui BN itu. UMNO kini tidak mempunyai 'magnanimity' yang tinggi. Muhyiddin sepatutnya membaca dan menghayati isi kandungan perlembagaan parti itu betul-betul. Sesungguhnya saya sudah percaya apa yang di katakan oleh Gerakkan dan MCA beberapa lama selepas kekalahan teruk dalam PRU 2008 yang UMNOlah menyebabkan kedua parti itu jatuh merudum. Kaum-kaum khususnya kaum cina beranggapan yang Gerakkan dan MCA itu hanya sebagai parti-parti yang telah di pariahkan oleh UMNO sendiri. Maka tindakan bangsa cina tidak menyokong MCA dan Gerakkan itu adalah tepat bagi mereka kerana MCA dan Gerakkan itu sentiasa mengikuti kerenah buruk UMNO sebagai parti tunjang kepada BN itu. Dengan ucapan pedas Muhyiddin di Perhimpunan 3 sayap UMNO yang baru lalu ini bangsa cina nampaknya lebih takut jika BN khususnya UMNO, masih diberikan mandat kali ini. Apa yang di perlukan pada hari ini ialah seorang pemimpin Melayu yang di hormati oleh semua bangsa kerana pimpinan utama negara ini adalah moralnya hak orang Melayu. Tetapi kalaulah pemimpin seperti Muhyiddin yang bakal mengambil alih kepimpinan Najib yang sedang di usahakan oleh setengah kumpulan dalam UMNO sekarang ini sudah dibuai dengan sentimen rasisnya maka menjadikan Muhyddin sebagai pemimpin yang bakal menerajui pimpinan BN yang akan hanya mengambil tanggungjawab terhadap orang Melayu sahaja. Itu cerita Muhyiddin. Bagaimana pula kalau kita belek-belek sedikit cerita Shahrizat, Ketua Wanita UMNO, yang masuk parlimen melalui pintu belakang itu? Dalam Perhimpunan Wanita Sharizat secara jelas juga seorang yang tidak begitu 'center' sebagai seorang nombor satu dalam Wanita UMNO. Menyingsing lengan bajunya di hadapan perwakilan dengan nada garang tidak bertempat. Ada di antara yang ada di dalam dewan persidangan memberi komen, 'kenapa tidak sensing kainnya sekali?' Kenapa memberikan reaksi marah hanya kepada Zuraida PKR sahaja kerana desakan Zuraida yang meminta beliau meletakkan jawatan? Kenapa tidak marah kepada Bung Mokhtar dan gengnya sekali kerana mereka dalam UMNO sendiri meminta beliau meletakkan jawatan? Saya di sini tidak berkeyakinan yang UMNO mampu mengenepikan Shahrizat dalam PRU nanti kerana beliau adalah Ketua Wanita UMNO. Jika beliau masih di calonkan maka ianya akan memberikan 'effect' yang 'negatif' kepada BN di seluruh negara. Yang boleh mengenepikan beliau hanyalah beliau sendiri dengan berhenti secara sukarela dan tidak lagi menjadi calon dalam PRU nanti. Lagi pun UMNO boleh melantik beliau sekali lagi melalui pintu belakang. Itu pun dengan syarat BN menang pilihanraya nanti. Yang tidak akan dapat dinafikan oleh sesiapa ialah pendekatan Najib dan Muhyiddin sangat berbeza dan sentiasa bersalah-salahan. Najib dengan 1Malaysia nya. Muhyiddin dengan rasis Melayunya. Muhyiddin yang rasis Melayu cuba hendak menuduh DAP sebagai rasis cina yang hanya di anggotai oleh kaum cina. Tetapi apabila DAP hendak membawa orang Melayu untuk mengimbangi kaum-kaum yang berbilang dalam negara ini Muhyiddin kata cina DAP melakukannya untuk mengumpan dan mengudakan orang Melayu dan orang Melayu yang menyertai parti itu di anggap sebagai pengkhianat bangsa dan negara pula. Siapa yang pengkhianat? Jika menyertai DAP itu pengkhianat dan memberi ancaman kepada keselamatan negara kenapa tidak haramkan sahaja DAP itu? Tuduhan Muhyiddin ini begitu serius dan kepada siapa yang mahu hidup bersama secara aman mesti menolak Muhyiddin kerana jika beliau menerajui kepimpinan negara kehidupan kita di antara kaum akan porak peranda. Sebagaimana yang saya tekankan sebelum ini pengkhianat ini ialah seseorang yang menjahanamkan negara dan keselamatan rakyatnya. Pengkhianat yang sebenarnya ialah perasuah kerana budaya rasuah akan menjahanamkan sistem pentadbiran negara dan membawa perpecahan kepada rakyat yang menghuninya. Rasuah lebih dahsyat akibatnya dari ancaman komunis dan dadah. Mereka yang rasuah ini merupakan benar-benar pengkhianat terhadap negara kerana tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara jujur seperti yang di amanahkan oleh rakyat. Stigma rasuah ini merupakan stigma yang tidak dapat ditanggalkan dari UMNO dan BN. Seperti yang saya sebutkan dalam posting yang lalu, UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing, saling menyandar di antara satu dengan yang lain, malahan keselamatan negara akan terancam jika rakyat tidak mahu menyingkirkan perasuah dari barisan kepimpinan negara. Kritikan tentang rasuah ini sudah lebih satu dekad di persoalkan oleh rakyat tetapi nyata rasuah ini tidak dapat ditanggalkan dari UMNO. Maka pimpinan UMNO wajar berfikir, jangan tuduh seteru politik sembarangan kerana UMNO sendiri itu tidak berkemampuan untuk membuat perubahan minda dengan mengaku rasuah itu adalah musuh nombor satu negara dan rakyat. Pemimpin UMNO boleh berucap bertempik-tempik di Dewan Merdeka dengan retorik dan janji-janji menggunung, tetapi rakyat tidak dapat melupakan isu rasuah yang terlalu menebal dengan UMNO. Cubalah berusaha untuk bersatu tetapi rasuah tadi tidak akan membolehkan mereka bersatu di antara satu dengan lain dalam UMNO dan BN. Kalau UMNO boleh bersatu, rakyat juga boleh bersatu untuk menolaknya. Sebenarnya rakyatlah yang sudah penat menangani isu perpaduan ini. Sudah nampak jelas rakyat mahu bersatu dalam erti kata yang sebenarnya tetapi nampaknya mereka lebih cenderung untuk bersatu di luar UMNO dan BN. Sangat susah untuk bersatu dibawah UMNO jika pemimpin-pemimpin mempunyai sikap seperti Muhyiddin Yassin. Beliau hanya inginkan orang Melayu sahaja bersatu sedangkan rakyat mahu bersatu bagi semua kaum yang hidup dalam negara ini. Inilah bibit-bibit yang menyebabkan rakyat berbilang kaum sekarang menerima parti-parti berbilang kaum dan secara deras menolak parti-parti yang di anggotai oleh hanya satu kaum seperti UMNO, MCA dan MIC. Perbezaan wadah dan keterampilan Najib dengan Muhyiddin ini akan memberi lebih sebab kenapa rakyat patut menyertai parti-parti berbilang kaum di negara ini. Setiap parti yang terdaftar dengan pendaftar pertubuhan menerima kandungan perlembagaan negara. Oleh kerana tuduhan pemimpin UMNO yang parti-parti ini tidak menghormati perlembagaan negara inilah yang menyebabkan rakyat berpecah belah.Semua parti menghormati perlembagaan dan tuduhan Muhyiddin yang ada pihak tertentu hendak jadikan negara ini negara republik itu amat menyentuh perasaan rakyat kerana ianya adalah tuduhan yang amat jahat dan memalukan bangsa Melayu kita sendiri. Itulah sebabnya pemimpin-pemimpin terdahulu pernah berkata yang kita mesti jauhkan pemimpin yang mempunyai sikap rendah diri dan mempunyai tahap 'confidence' yang rendah untuk memimpin. Ugut mengugut, gertak menggertak dan memulas tangan rakyat adalah senjata akhir untuk terus berkuasa. Memaki hamun, mencarut dan menyinsing lengan macam Sharizat menjadi perkara biasa. Jangan menyinsing kain cukuplah. Pemimpin seperti ini akan bertindak mengikut rasa hati mereka sahaja dan tidak bertindak mengikut keperluan bangsa-bangsa yang dipimpinnya. Aspan Alias |
Chess... PAS Kedah Tok Sah Dok Perasan Laa... Hahaha Posted: 01 Dec 2011 06:40 PM PST Pakatan dijangka menang lebih besar di Kedah SOALAN paling popular menjelang PRU-13 di Kedah ialah apakah PAS mampu pertahhankan kerajaan? Jawapannya ialah, jika pilihan raya diadakan sekarang, kedudukan PAS di Kedah adalah lebih baik dari Kelantan. Jika Kelantan dapat dipertahankan maka Kedah juga begitu. Itu bukan jawapan yang tepat tapi mana ada jawapan yang tepat terhadap persoalan yang belum berlaku. Kedah berbeza dengan Selangor dan Pulau Pinang dari aspek kekuatan PAS berbanding Umno. PAS tidak kuat berbanding Umno di Pulau Pinang dan Selangor. Jika pilihan raya diadakan antara PAS dan Umno di kedua negeri tersebut maka Umno akan menang. Namun, kerana undi bukan Melayu memihak kepada Pakatan Rakyat, maka BN tidak dapat diselamatkan. Kedah, Kelantan dan Terengganu mempunyai persamaan dari segi kekuatan asas PAS berbanding Umno. Jika terdapat perbezaan pun (sedikit kelebihan kepada Umno) tetapi ia tidaklah terlalu jurang. Kedah mempunyai kira-kira 24 peratus pengundi bukan Melayu, jadi jika pengundi bukan Melayu memberi sokongan padu kepada PAS maka PAS akan menang. Sejak beberapa kali pilihan raya undi bukan Melayu, khususnya undi Cina adalah "undi blok." PRU12 mereka memilih PR (Pakatan Rakyat) dan sehingga kini trend itu belum berakhir, malah dilaporkan bertambah. Kelantan tidak begitu, mereka mengharap sepenuhnya kekuatan undi Melayu. Sebab itu saya berteori, jika PAS boleh menang di Kelantan maka harapan di Kedah lebih cerah. Walaupun ada kajian profesional yang dibuat terhadap pola sikap politik rakyat Kedah tetapi ia sukar dijadikan rujukan. Pertama, kerana trend terkini peratus golongan yang tidak membuat keputusan dari awal semakin bertambah. Mereka kebanyakannya terdiri daripada golongan muda yang tidak taksub kepada mana-mana parti politik. Kedua, perubahan sikap berlaku sangat pantas mutakhir ini. Ia macam pergerakan indeks bursa saham. Dalam masa sebulan, keputusan berbeza boleh diperolehi. Ketiga, kaji selidik rambang tidak akan menggambarkan realiti selepas pemilihan calon dibuat. Semua masih ingat PRU12 di mana BN hilang majoriti 2/3 di Parlimen dan tumbang di lima negeri. Sewaktu Pak Lah sebagai PM memilih tarikh pembubaran Parlimen, beliau tentu meneliti pelbagai keputusan dan analisis dari kaji selidik yang dijalankan. Semua kumpulan penyelidik tersebut tentulah profesional. Mustahil Pak Lah akan membubarkan Parlimen jika kajian yang dibuat menunjukkan BN akan kalah teruk. Maknanya Pak Lah telah membubarkan Parlimen sewaktu pelbagai petunjuk yang sampai kepadanya menunjukkan bahawa BN akan menang besar ataupun setidaktidaknya menang 2/3. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sebuah badan penyelidikan profesional mendedahkan bahawa perubahan sikap rakyat berlaku dengan ketara 3 hari menjelang hari pembuangan undi. (Peningkatan sokongan untuk PR). Kaji selidik rambang yang dibuat menunjukkan PAS masih mendahului sokongan rakyat. Tetapi ia tidak akan menggambarkan realiti selepas pemilihan calon dibuat kerana sikap pengundi mungkin lebih memihak kepada parti yang didukung sewaktu kaji selidik dibuat. Misalnya orang PAS akan sokong PAS dan orang Umno akan sokong BN. Namun apabila calon dikemukakan, sikap mereka boleh berubah selepas itu. Hal ini berlaku dengan ketara dalam Umno dan akan terus berlaku dalam PRU13 nanti. Individu yang tidak terpilih bersama kumpulannya akan melakukan sabotaj terhadap calon yang dipilih. Mereka tidak berniat untuk mengkhianati parti sebenarnya. Apa yang dilakukan ialah mempastikan saingan mereka kalah dan peluang untuk mereka menjadi calon di masa depan masih ada. Jika sekali saingan mereka terpilih jadi YB, maka akan berakar umbilah dia di situ sampai bila-bila. Kajian dibuat menunjukkan PAS berpotensi menang di Kuah, Air Hangat, Bukit Kayu Hitam, Jitra, Kota Siputeh, Ayer Hitam, Pedu, Kuala Nerang, Bukit Lada, Sungai Tiang, Belantek, Jeneri dan Bayu. PR akan menang di Bukit Pinang, Derga, Anak Bukit, Pengkalan Kundor, Kubang Rotan, Alor Mengkudu, Kota Darul Aman, Bakar Bata, Tokai, Sungai Limau, Guar Chempedak, Gurun, Tanjung Dawai, Bukit Selambau, Pantai Merdeka, Bakar Arang, Sidam, Kupang, Kuala Ketil, Lunas, Merbau Pulas, Kulim dan Bandar Baharu. Pola sokongan menunjukkan PR selesa di kerusi yang terdapat pengundi campuran. Maka tidak pelik kalau Pengerusi Umno kedah, Dato' Ahmad Bashah pun dijangka kalah di Bakar Bata yang mempunyai 30 peratus pengundi bukan Melayu. Bukit Lada dan Ayer Hitam, PRU12 pun adalah kerusi yang dijangka dimenangi BN. Tapi mereka tewas juga. Percayalah siapa pun yang menjadi calon BN di kedua-dua kerusi tersebut akan menghadapi cabaran dari rakan-rakan separti mereka sendiri. Sebenarnya bagi BN, terdapat dua lagi kerusi yang bakal mengalami nasib yang sama iaitu Kota Siputeh dan Kuala Nerang, yang dimasukkan dalam kelompok BN. Untuk kali ini, insya-Allah Bukit Lada dan Ayer Hitam kekal di tangan PAS manakala Kuala Nerang dan Kota Siputeh akan dirampas. Terdapat dua kerusi di mana BN menang dengan sokongan pengundi Siam iaitu Pedu dan Sungai Tiang pada PRU12. Perkembangan mutakhir menunjukkan pengundi Siam sudah berpaling tadah dari BN. Undi mereka adalah undi kelompok, ia meletakkan BN terus mengalami kesukaran. Kedua kerusi tersebut juga boleh dimasukkan dalam kelompok PR. Jika berlaku seperti diandaikan maka PR akan menang besar PRU13 nanti. Itu andaian di atas kertas. Realiti mungkin tidak semudah itu. Apapun, akhirnya saya sangat percaya bahawa keputusan yang bakal ditentukan oleh Allah SWT adalah keputusan yang muktamad. PAS kalah teruk pada 2004 sewaktu "menjentik kerongkong" dengan slogan PAS Tawan Kedah 2004. Sebaliknya menang besar pada 2008 sewaktu berusaha untuk menang dengan banyak, sambil mengharap pertolongan Allah SWT. Untuk PRU13, insya-Allah PAS-PR boleh menang lagi besar jika terus menyerah diri dan mengharap pertolongan Allah SWT sambil bekerja lebih gigih. Jangan angkuh, jangan dabik dada dengan kekuatan kita kononnya yang akan menangkan kita. Kalah atau menang biarlah dengan restu dan redho Allah SWT. Itu dasar akidah dan keimanan kita. Oleh ZULKIFLI YAHAYA >> Penulis adalah Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah |
Khairy Dedahkan 'Enam Jahanam' Adalah Umno Sendiri Posted: 01 Dec 2011 02:46 PM PST 'ENAM JAHANAM', suatu perkataan yang dipopularkan oleh KJ (Ketua Jahanam). Apa yang dimaksudkan oleh KJ sebagai Enam Jahanam itu? Bukan tajuk filem Allahyarham P. Ramlee, tetapi 'Enam Jahanam' itu adalah tajuk ucapan KJ atau 'Ketua Jahanam' di dalam kandang yang diselubungi dengan isu 'Lembu Dalam Kondo dan Kereta Merc'. Bertempat di `Place Where Talking Cow' (PWTC), KJ mengungkapkan enam jahanam itu adalah seperti berikut; 1. Menjahanamkan sistem demokrasi 2. Menjahanamkan sistem pentadbiran 3. Menjahanamkan maruah negara 4. Menjahanamkan sejarah negara 5. Menjahanamkan jati diri bangsa dan 6. Menjahanamkan kemakmuran negara. Siapa agaknya yang KJ (Ketua Jahanam) tujukan dengan `Enam Jahanam' ? Tidak lain dan tidak bukan kepada `spesis mamalia' yang berada di PWTC. Sebab apa? Sebabnya boleh diulas sedikit di sini berpandukan `Enam Jahanam' yang disebut oleh `Ketua Jahanam' (KJ) itu; Pertama, Menjahanamkan Sistem Demokrasi. Semua tahu siapa yang rosakkan sistem demokrasi. Mereka yang menggunakan seluruh media kerajaan dan jentera kerajaan untuk berkempen buat kepentingan mereka adalah perosak sistem ini. Pernah anda lihat pemimpin Pembangkang diberi ruang untuk bercakap hatta 10 minit bagi menjawab tuduhan mereka? Bagaimana pula dengan program ceramah pihak Pembangkang, sering diganggu dengan berbagai alasan dan cara. Semua tahu apa SPR buat selama ini di mana `Kampung Baru' pun tersenarai sebagai Pengundi. Pendatang pun boleh mengundi? Dan...banyak lagi. Kedua, Menjahanamkan Sistem Pentadbiran. Terbaru, apa yang berlaku kepada Prof Dr Aziz Bari? Bagaimana pihak pentadbiran Universiti pun mahu diganggu kerana kepentingan mereka. Semua tahu seringkali di dalam program politik mereka, kakitangan kerajaan dikerah hadir untuk meramaikan jumlah kehadiran. Siapa yang tidak tahu bagi pihak mereka, sekolah bebas digunakan untuk mereka bercakap soal `keris tanpa sarung' atau `Dacing Baghdad'. Dan...banyak lagi.. Ketiga, Menjahanamkan Maruah Negara. Maruah negara menjadi busuk bila Perancis membuka fail tentang kes rasuah `Scorpene' melibatkan pemimpin utama mereka. Kisah pembunuhan Altantuya rakyat Monggolia, sehingga kini membusukkan nama negara kerana masih gagal menentukan mengapa Altantuya dibunuh dan atas arahan siapa? Sebuah akhbar di luar negara sering melaporkan kisah isteri seorang pemimpin negara ini yang suka bermewah-mewah di luar negara. Ini menjahanamkan maruah negara. Dan, banyak lagi.... Keempat, Menjahanamkan Sejarah Negara. Siapa boleh berikan jawapan tepat samada British itu dianggap sebagai Pejuang Kemerdekaan atau mereka yang menentang British? Jika benar British itu pengkhianat atau penjajah, siapa pula yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang dimiliki oleh British ketika itu? Siapa yang sebut Tok Janggut itu pengkhianat? Pemimpin utama mereka baru-baru ini sebut, Komunis sekarang sudah baik? Adakah kerana ingin berbesan dengan rakyat negara komunis maka secara `automatik' Komunis pun menjadi baik? Dan, banyak lagi... Kelima, Menjahanamkan Jati Diri Bangsa. Berlaku sudah lama, sehingga jati diri tulisan Jawi pun mereka hapuskan. Berapa banyak lagi yang tinggal tanah rezab Melayu? Jika di Selangor, cuba tanya Satim Diman tentang kisah tanah rezab Melayu yang terjual ini. Siapa yang pernah memperkenalkan pengajaran Sains dan Metamatik di dalam Bahasa Inggeris? Siapa tahu nama UMNO itu singkatan dari bahasa Melayu kah atau Bahasa Inggeris? Mana jati diri? Dan, banyak lagi.... Akhirnya, yang keenam, Menjahanamkan Kemakmuran Negara. Semenjak bila negara ini tidak makmur? Bukankah pemimpin negara sering berkata negara kita makmur? Cuba tunjuk di mana kawasan atau negeri di negara ini sekarang sedang berperang atau berlaku kekecohan? Mereka hanya dakwa akan berlaku huru-hara jika parti mereka tewas dan tidak lagi berada di Putrajaya. Ertinya, sekarang ini masih wujud lagi kemakmuran. Di Empat buah negeri yang berada di tangan Pembangkang sekarang berlaku perang atau huru-hara kah? Yang melakukan huru-hara di negeri-negeri tersebut siapa? Mahu tahu cuba tanya Umno atau geng-geng songkok tinggi. Kesimpulannya, KJ (Ketua Jahanam) ingin memberitahu bos mereka bahawa cukup-cukuplah jangan memperbodohkan rakyat lagi. Kesemua `Enam Jahanam' yang disebut oleh `Ketua Jahanam' (KJ) itu memang tepat ke atas pemimpin-pemimpin yang sekarang ini sedang berlonggok di dalam `kandang' Place Where Talking Cow (PWTC). Syabas KJ./ wfauzdin.blogspot.com |
Parlimen ASEAN Kecam Undang-Undang Perhimpunan Aman Malaysia Posted: 01 Dec 2011 02:37 PM PST KUALA LUMPUR, 1 DIS : Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman yang diluluskan Parlimen baru-baru ini bukan sahaja mendapat bantahan dari rakyat negara ini malah menerima bantahan pelbagai pihak termasuk pemerhati luar negara.Pengerusi Kumpulan Perhubungan Parlimen bagi negara-negara Asean Dr.Thomas Gambke berkata RUU tersebut merupakan usaha menghalang sebarang perhimpunan dibuat. "Tindakan ini hanya akan menghalang protes jalanan di Malaysia dan juga sesetengah kebebasan dalam mengadakan demonstrasi selain melumpuhkan pembangkang yang seharusnya diberi kebebasan untuk mengadakan kempen sesuai dengan amalan demokrasi." kata beliau dalam suatu kenyataan media yang diterima TVSelangor. Beliau yang merupakan salah seorang penal di Deutscher Bundestag dan juga Pengerusi Kumpulan Perhubungan Parlimen bagi negara-negara ASEAN yang berpengkalan di Berlin German. Katanya, bagi mengadakan pilihanraya yang bebas dan adil,pihak kerajaan perlu memastikan hak untuk mengadakan perhimpunan aman tidak dibatalkan. Menurutnya undang-undang baru ini tidak akan menstabilkan Malaysia malah akan menjurus kepada konfontasi yang menggunakan kekerasan. "Ini akan menghantar isyarat yang salah kepada pelabur-pelabur asing yang sebelum ini mengambil kira kestabilan Malaysia sebagai faktor mereka melabur disini." jelas beliau. RAKYAT MARHAEN |
Ukuran bakat dalam Pemuda Umno: Anak haram, pondan dan bapok Posted: 01 Dec 2011 04:26 AM PST Media BN pasti mesti merasa bodoh. Hanya pada hujung minggu lalu,mereka bergegas menghentam PKR sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai isu relevan untuk bersaing dengan BN. Malah, beberapa perwakilan Pemuda PKR telah muncul di khalayak ramai,menyuarakan kebimbangan mereka tentang kemampuan parti untuk seiring dengan momentum pertumbuhan. Mereka tidak perlu berbuat demikian. Untuk media Umno, walaupun semua dengan semua usaha mereka untuk memburukkan PKR, mereka telah sekali lagi mendedahkan segala-galanya melainkan yang benar. Terdedah jua akhirnya Dalam Perhimpunan Umno yang menjadi perhatian ramai, rakyat Malaysia telah disajikan dengan pratonton bakal pemimpin parti dan perdana-menteri. Mereka tidak dikecewakan. Seperti yang dijangka, Pemuda Umno menempuh kegagalan yang teruk apabila ia mengesahkan tuduhan bahawa tiada seorang pun yang memiliki apa jua bakat patut menyertai parti seperti itu- di mana kumpulan seperti Perkasa dan pemimpin-pemimpin yang dicemari rasuah termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, Shahrizat Jalil danPresiden Umno sendiri, Najib Razak dilahirkan Berucap dengan penuh bara api dan belerang, yang mereka bayangkan adalah lambang gerakan belia-walaupun hakikatnya ramai dikalangan pemimpin Pemuda Umno sendiri sudahpun bergelar datuk dengan perut buncit dan rambut semakin berkurang. Mereka bergilir-gilir menyerang Pakatan Rakyat, yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim . Ketiadaan bakat Mengapa bahasa yang paling keji digunakan? Tentu saja –untuk sebuah parti yang dikatakan pengkritik sebagai "tidak akan ragu-ragu melakukan penipuan besar-besaran dalam usaha untuk berpaut kepada kuasa pada pilihan raya umum" yang dijangka akan diadakan awal tahun depan. "PKR dan PAS adalah bapok dan pondan kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk mencabar DAP. Satu undi untuk DAP adalah undi untuk memusnahkan Islam, "kata Shaik Hussein Mydin, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, disambut dengan tepukan dan teriakan" PKR, PAS tak ada telur! " Selain daripada memburukkan DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, mereka juga menuduh Pakatan secara sistematik menghakis hak-hak orang Melayu di negeri-negeri seperti PulauPinang dan Kedah. Shaik mendakwa bahawa PKR dan PAS tidak akan dapat menghentikan DAP daripada membuli orang Melayu dan Islam apabila Pakatan berkuasa kelak. Beliau menuduh DAP sebagai anti-Islam dan anti-Melayu dan gerai-gerai makanan Melayu telah dirobohkan dan perniagaan Melayu terjejas sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Beliau mengulangi bahawa DAP mempunyai motif utama untuk menyebarkan agama Kristian. "Dalam DAP, orang Melayu telah menjadi 'baruas' mereka. Saya tidak akan menapis kata-kata saya, kerana saya maksudkan apa yang saya katakan. Sesiapa sahaja yang menyokong DAP adalah 'bangsat' (bajingan), "kata Shaik Hussin "Ini adalah realiti yang menyedihkan Pulau Pinang. Umno telah menggandakan usaha di sini! " Khairy yang lemah dalam Pemuda Umno Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Khairul Azwan juga menyerang Ahli Parlimen DAP Taiping Nga Kor Ming keran menggelarkan Menteri Besar Zambry Kadir sebagai Menteri Besar 'logam hitam'. "DAP bersifat perkauman. Jika mereka berkata Menteri Besar Perak 'hitam metalik haramjadah', maka DAP adalah ibu dan bapa 'haramjadah', " ujar Khairul. Kor Ming telah memohon maaf kepada masyarakat India termasuk Zambry, manakala orang Kristian telah mula mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen BN tidak mengatakan apa-apa apabila ahli-ahli Umno mencemar nama baik agama mereka, seolah-olah mengucapkan agama Kristian adalah satu perkataan yang kotor. "Kini rakyat Malaysia boleh melihat dan menilai untuk diri mereka sendiri dan orang-orang yang mengatakan bahawa Pakatan tidak boleh mentadbir. Sekarang, lihatlah kebenaran untuk diri mereka sendiri," kata naib presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle. Umno telah menghadapi ketandusan bakat selama beberapa dekad dan yang pasti, orang-orang yang mempunyai bakat walau sedikit sudah melompat ke Pakatan. Tiada siapa yang berfikiran waras mahu menyertai sebuah kapal lanun seperti Umno. Ini sudah tentu mengesahkan bahawa Umno di ambang keruntuhan dan ahli-ahlinya tidak akan mampu untuk menyelamatkannya. Ia adalah satu gambaran kelemahan Khairy Jamaluddin atas sayap yang dipimpin beliau. " Malaysia Chronicle |
Umno sudah jadi parti budaya maki-hamun? Posted: 01 Dec 2011 03:45 AM PST Saya suka menarik perhatian laporan berita Malaysiakini bertajuk "Perwakilan dakwa penyokong DAP bangsat" dan dukacita sangat menyaksikan Pemuda Umno suda menjadi sebuah pergerakan yang menagih budaya maki-hamun. Daripada initipati berita itu, nyata sekali Pemuda Umno memiliki taraf budaya dan tamaddun yang rendah sekali. Mereka seolah-olah tidak pandai menggunakan bahasa Malaysia kecuali ayat-ayat kesat dan kasar. Suatu ketika itu, kerajaan yang dipimpin oleh Umno telah beriya-iya sangat menggerakkan kempen berbudi bahasa tetapi nyata sekali ianya tidak membawa kesan. Adalah lebih berfaedah kalau kempen ini diulangi sekali lagi dengan memfokus kepada tindak-tanduk Pemuda Umno semata-mata. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri begitu giat menggerakkan budaya transformasi dan perubahan. Umno juga dikatakan sedang membuat transformasi untuk memenangi sokongan rakyat. Barangkali budaya maki-hamun yang dibawa oleh Pemuda Umno menunjukkan parti itu sudah menyempurnakan sasaran-sasaran transformasi. Apakah Pemuda Umno melihat budaya maki-hamun ini sebahagian daripada KPI parti mereka untuk menghadapi PRU-13 ? Dalam negara demokrasi, rakyat berbilang bangsa dan agama, berhak menyokong mana-mana parti yang didaftarkan mengikut undang-undang. Umno hanyalah salah sebuah parti yang lebih besar daripada yang lain tetapi sazi keahlian parti tidak memberikan lesen kepada Umno untuk memaki hamun penyokong parti lain. Saya bukan penyokong DAP atau mana-mana parti yang lain. Saya melihat pertembungan mulut dan serangan verbal memang merupakan asam garam politik tetapi segala-galanya hendaklah tertakluk kepada budi bahsa yang tertib teratur. Apakah Pemuda Umno sudah ketandusan idea selain daripada pandai maki hamun. Umno seolah-olah mahu menunjukkan mereka lebih hebat dan berkuasa daripada parti yang lain kerana memegang tampuk kepimpinan negara sejak hari merdeka. Oleh yang demikian mereka boleh memaki hamun semua penyokong parti yang tanpa mempedulikan perasaan orang lain ? Inilah tabiat semulajadi Umno sesudah berkuasa terlalu lama. Mereka hanya pandai memaki hamun orang lain untuk menutup kelemahan sendiri. Kalau inilah budaya perbahasan yang dibawa oleh Pemuda Umno, maka tak hairanlah rakyat bertindak menolak parti kerajaan dalam PRU-13 nanti. Pemuda Umno mesti tepuk dada dan tanya selera; di mana letaknya kewibawaan dan kredibiliti parti kalau perwakilan hanya pandai memaki hamun orang lain? |
Saya Timbalan Presiden paling setia: Muhyiddin Posted: 01 Dec 2011 01:57 AM PST KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan beliau adalah Timbalan Presiden paling setia dalam UMNO dan sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan Presiden, Datuk Seri Najib Razak. "Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden di atas pengiktirafan beliau dalam ucapan perasmian tadi. "Malah, mandat yang diberikan oleh Datuk Seri Najib Razak sentiasa dilaksanakan dan tiada satu pun perkara yang tidak diketahui beliau," katanya. Muhyiddin berkata demikian bagi mengulas ucapan perasmian yang mengiktiraf peranan Timbalan Presiden dalam kepimpinan parti berkenaan. -Berita Harian |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan