WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- JANGAN LUPA SIAPA DERHAKA
- LAWAK DAN KELENTONG DAH MULA
- Cikgu Bad : Siswa Pro-A Berfikiran Ortodok
- Majlis Tanah Negara, BN Halang Usaha P Pinang Beri Pemilikan Tanah Pada Rakyat
- ANAK DI MAHKAMAH TINGGI TEMERLOH ESOK
- AKHIRNYA ADA RUNDINGAN
Posted: 22 Dec 2011 03:09 PM PST Rakyat Perak tidak lupa kezaliman UMNO, BN
Dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, DAP dan PKR untuk memerintah negeri Perak. Ketiga-tiga parti ini telah membentuk kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri Perak.
Rakyat akan mengajar UMNO-BN | ||||
Posted: 22 Dec 2011 02:39 PM PST Polis hari ini mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman seorang ahli perniagaan yang dipercayai berpangkat 'Datuk' bagi membantu siasatan kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara. Mana pula lembu yang dihitamkan setelah yang membeli dan menyamun orang lain.Patut siasat dan tahan empunya pinjaman loan 250 juta .Sama ada sharizat atau suaminya...tapi nampak pelik sikit..siapa yang ditahan ??Datuk mana pualak yang ditahan? Lihat pula kenyataan dibawah: Jelasnya, suspek berkenaan pernah ditahan sebelum ini berhubung siasatan ke atas dua kes penipuan, masing-masing di Bercham dan juga di Cheras mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. "Kita belum rekod apa-apa kenyataan daripada dia berhubung NFC," katanya lagi ketika ditanya sama ada lelaki berkenaan disiasat berhubung kes berkenaan. Pulak....dah disoalsiasat selama 3 jam tapi belum pula direkod kenyataan...adoiiii seronok betul lah siapa yang songlap dan siapa pula yang disoalsiasat.Yang disiasat pegawai bank,pegawai pertanian tu buat apa? mereka ini menurut arahan pak menteri..jadi lain yang balun dan sapu..lain pula yang kena siasat....Malaysia The BOlehland Lepas polis siasat..polis serah SPRM...lepas SPRM...lepas kat mana pulak...sah lepas kat jabatan emigresen,lepas tu pos Malaysia dan akhirnya sisasatan selesai dan pihak berkuasa mendapati bahawa kes ini tidak melibatkan rasuah ..akan tetapi salahurus dana kerajaan dan ianya tidak menyalahi undang-undang melainkan salah dari segi moral..ek..ek Pihak polis telah menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini ahli perniagaan bergelar 'Datuk' berumur 45 tahun, yang ditahan reman, berikutan tawaran rasuah yang dipercayai ada kaitan dengan siasatan kes National Feedlot Corporation (NFC). | ||||
Cikgu Bad : Siswa Pro-A Berfikiran Ortodok Posted: 22 Dec 2011 05:18 AM PST KUALA LUMPUR 22 DIS: Tindakan kumpulan pelajar Pro-Aspirasi (Pro-A) yang enggan mengadakan pertemuan dengan Timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah tidak mencerminkan mahasiswa progresif.
"Ini jelas menunjukkan golongan ini berfikiran ortodok dan ketinggalan zaman. Sepatutnya mahasiswa seharusnya berfikiran progresif yang sentiasa berfikiran terbuka untuk berdebat dan membuka idea-idea baru dalam apa jua lapangan." ujar beliau ketika di hubungi TV Selangor. Semalam kira-kira 80 kumpulan pelajar Pro-A berdemonstrasi di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi dan menggesa Saifuddin meletak jawatan kerana didakwa "terlalu mesra" dengan pelajar Pro-Mahasiswa (Pro-M). Menurut Malaysiakini, sususlan dari demontrasi tersebut Saifuddin meminta kumpulan tersebut menemui beliau hari ini di Parlimen pada jam 12.15, tetapi di tolak. Dalam pada itu, Cikgu Bad juga mempertikaikan tindakan pihak universiti yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kumpulan Pro-A yang terlibat dalam demontarasi terbabit. "Apakah disebabkan demontrasi tersebut ada hubungkait dengan sokongan kepada Najib maka mahasiswa tidak akan diambil apa-apa tindakan. "Apabila libatkan usaha untuk mansuhkan AUKU dan bebaskan golongan akedemik dari cengkaman kolot akan dianggap sebagai haram dan politik kepartian," kata Cikgu Bad. Mengulas mengenai tindakan Pro-A yang menggesa Saifuddin meletak jawatan beliau berkata belenggu fahaman kolot dalam kumpulan mahasiswa tersebut yang menghalang percambahan pendapat amat dikesali. "Mungkin juga musuh-musuh politik Saifuddin yang mendalangi kumpulan tersebut," sinis beliau. | ||||
Majlis Tanah Negara, BN Halang Usaha P Pinang Beri Pemilikan Tanah Pada Rakyat Posted: 22 Dec 2011 05:15 AM PST GEORGETOWN, 21 DIS: Usaha kerajaan Pulau Pinang untuk memberikan pemilikan tanah kepada rakyat Pulau Pinang dengan menukar status pajakan kepada pemilikan terus dihalang oleh wakil Barisan Nasional dan Majlis Tanah Negara. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, usaha tersebut tertakluk kepada keinginan Majlis Tanah Negara untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menjayakan dasar tersebut. "Saya sebut kerajaan negeri dari segi dasar tanah negeri mahu berikan pemilikan terus kepada rumah kos rendah dengan premium minima atau percuma untuk memartabatkan rakyat supaya orang miskin dapat miliki rumah mereka selama-lamanya. Sungguhpun ini bukan janji dalam menifesto dalam pilihanraya umum yang lalu, tapi kita mahu berbuat demikian kerana ingin memertabatkan rakyat Pulau Pinang khususnya rakyat yang miskin. "Tapi masalahnya cadangan ini mesti dibincangkan terlebih dahulu di Majlis Tanah Negara mengikut Perkara 91 Perlembangaan Persekutuan," katanya. Jelas beliau, sungguhpun perkara ini diminta untuk dibincangkan, ianya tidak dapat dilakukan sehingga tahun depan dan pada masa yang sama wakil Barisan Nasional dalam Majlis Tanah Negara membantah dan menentang cadangan Pulau Pinang. "Lewat bukan masalah kita. Lewat adalah masalah majlis tanah negara, tidak mahu berbincang sehingga tahun hadapan dan wakil-wakil BN mementang cadangan Pulau Pinang," katanya. Beliau turut membidas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengatakan beliau memberikan alasan kesukaran membuat pertukaran pemilikan terus menjadi punca kerajaan negeri tidak mahu membina rumah kos rendah. "Tapi hari ini saya terkejut saya melihat dia (ahli Barisan Nasional) pula cakap lain. Saya tak sebut langsung rumah kos rendah. Tak sebut langsung rumah kos rendah dalam jawapan saya. Dia pula tambah, dia pula tipu dengan menyatakan saya beri alasan kerana tidak boleh tukar kepada pemilikan terus maka tidak mahu buat rumah kos rendah. Ini menunjukkan Chua Soi Lek memang suka tipu. "Saya nak berikan nasihat, Chua Soi Lek, anda boleh menipu dengan awak punya anak, isteri, ahli keluarga, ahli MCA, ahli Barisan Nasional tetapi anda tidak boleh menipu dengan rakyat. Kerana apa yang saya cakap adalah jelas. Saya hanya cakap usaha kita untuk menukar kepada free hold rumah-rumah yang sedia ada, rumah kos rendah yang sedia ada daripada listhold kepada freehold tidak dapat diaksanakan kerana Majlis Tanah Negara masih tidak mahu membincangkan perkara ini," katanya. | ||||
ANAK DI MAHKAMAH TINGGI TEMERLOH ESOK Posted: 22 Dec 2011 05:09 AM PST
| ||||
Posted: 22 Dec 2011 04:22 AM PST PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman. Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari. Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN ADA SESETENGAH JABATAN PELAJARAN NEGERI TANPA MEMPERDULIKAN DAN MELIHAT PERKEMBANGAN TERKINI MEMANGGIL GURU-GURU PULANG DARI BERCUTI SEMATA-MATA MENANDATANGANI SURAT PENERIMAAN. PADA HAL PERKEMBANGAN ANTARA JPA DAN PENGGUMUMAN YANG DIBUAT OLEH CUEPACS TIDAK DIAMBIL KIRA DAN TERGESA-GESA UNTUK MEMAKSA KAKITANGAN PERGURUAN PULANG DAN AKHIRNYA KEPUTUSAN YANG BELUM DICAPAI INI MENJADIKAN SEOLAH-OLAH PIHAK JABATAN PELAJARAN NEGERI TIDAK MENGIKUTI PERKEMBANGAN TERKINI....AHHHH...MALANGNYA....BETAPA BODOHNYA.... KASIHAN GURU-GURU YANG MASIH BERADA DI KAMPUNG DIPANGGIL BALIK SEMATA-MATA KEINGINAN JABATAN PELAJARAN YANG TERPINGA-PINGA DAN BERTINDAK SECARA TIDAK PROFESIONAL MENGKAJI DAN TIDAK MELIHAT PERKEMBANGAN TERKINI.....SAMA ADA INI ARAHAN DARI PIHAK YANG LEBIH ATAS, ATAU APA SEKALI PUN ALASANNYA...ADA JPN NEGERI LAIN YANG BERTINDAK BIJAKSANA DENGAN MENUNGGU PEREMBANGAN TERKINI... Omar berkata Cuepacs tidak menolak sepenuhnya SBPA tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dipersetujui, ia terpaksa membangkitkan mengenai isu itu. "Di bawah SBPA ini penambahbaikan gred tidak selaras. Ada gred yang ditambah baik, ada yang tidak. Dan kenapa ada kumpulan pekerja yang naik dan ada kumpulan yang tidak naik," kata beliau. "Misalnya tiada rundingan dibuat dengan kita mengenai SBPA sedangkan sebelum ini kita ada dipanggil untuk berunding mengenai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek) untuk menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan ianya berjalan dengan baik serta kami buat roadshow bersama," katanya. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan