dollah yankee |
Posted: 22 Dec 2011 04:40 AM PST Sebenarnya isu mengenai penindasan majikan terhadap pekerja serta kenaikkan gaji yang terlalu rendah membuatkan golongan pekerja buruh seperti dianak tiri kan oleh kerajaan. Mereka merasakan seolah-olah kerajaan hanya mementingkan sektor awam daripada buruh-buruh di-sektor swasta. Kerajaan hanya mementingkan Cuepacs yang mewakili sektor awam dari MTUC yang mewakili sektor swasta. Kemuncaknya dari ketidakadillan itu satu rapat umum yang diadakan oleh MTUC yang mewakili sektor swasta kerana menentang akta pekerja 1955 yang diluluskan oleh parlimen.-Akta itu menurut pandangan buruh-buruh merugikan mereka di-sektor swasta. Malaysia akan menjadi negara maju 2020 tetapi terlalu banyak jurang-jurang pemisah diantara sektor awam dan sektor swasta terutama dari segi kenaikkan gaji dan hal-hal kebajikan pekerja. Kerajaan terlalu memanjakan Cuepacs sehinggakan segala kemahuan Cuepacs di-turuti (kalau boleh nak hisap kote Omar Osman, presiden Cuepacs). Sepatutnya kerajaan harus peka (bukan pekak) dalam dalam soal ini. Sesebuah negara maju sepatutnya tiada jurang pemisah di antara sektor awam dan swasta. Di sini cuba kita perhatikan semula belanjawan 2012, adakah sebarang benda yang boleh menguntungkan sektor swasta? Kenaikkan gaji sektor awam menyebabkan harga makanan meningkat, apa akan jadi pada buruh-buruh di-sektor swasta yang gajinya rendah? maka di sini timbul kos sara hidup yang amat tinggi, maka buruh-buruh ini bolehlah di-ibaratkan seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Kemiskinan akan timbul dan inikah sebuah negara maju? Oleh itu gurkah-gurkah yang mewakili buruh-buruh di-sektor swasta mencadangkan perlunya sebuah parti politik yang mewakili kaum dan golongan buruh seperti di negara barat terutama di Britan di-mana adanya Parti Buruh yang mewakili golongan buruh dan pekerja. Dengan adanya parti yang mewakili buruh-buruh segala luahan mereka dapat didengarkan di-parlimen dan ketidak adillan majikan dapat di dengari dan akta-akta yang merugikan kaum buruh dan pekerja dapat dipinda serta jurang-jurang pemisah dapat dihindari. dollah yankee - Buruh-buruh harus berani bangun melawan !!! |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan