WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Lebih Kaya dari Permaisuri! Disiarkan di TV Terkemuka di Kanada, Sementara Kekayaan Taib didedahkan
- Anak lancar Gerakan Selamatkan Felda esok, antara langkah halang penyenaraian
- Noh Omar Gelabah Bila Di Protes Petani
Lebih Kaya dari Permaisuri! Disiarkan di TV Terkemuka di Kanada, Sementara Kekayaan Taib didedahkan Posted: 07 Dec 2011 12:10 AM PST Lebih Kaya dari Permaisuri! Disiarkan di TV Terkemuka di Kanada, Sementara Kekayaan Taib didedahkan Posted Monday, December 5th, 2011 This post is also available in: English, Iban Kerana telah marahkan laporan-laporan kami Sean (Hisham) Murray, iaitu suami kepada Jamilah Taib telah mencabar kami. Laporan itu telah diterbitkan sebelum Yayasan Bruno Manser menerbitkan senarai hitam nama syarikat-syarikat keluarga Taib Mahmud. Kini senarai nama syarikat-syarikat keluarganya masih boleh diperolehi di laman-laman web. Dalam laporan "Hentikan Rasuah Dari Pembalakan" yang diterbitkan oleh BMF, ianya ada mendedahkan keterangan mengenai kegiatan perniagaan keluarga Taib di Sarawak, Malaysia dan di tempat-tempat lain. BMF mengatakan bahawa keluarga memiliki saham-saham dalam tidak kurang dari 330 syarikat di seluruh Malaysia sahaja. Selain di Malaysia keluarga Taib juga mempunyai tidak kurang dari 80 buah syarikat di 25 negara di seluruh dunia termasuk Australia, UK, US, Kanada, New Zealand, Jersey, Hong Kong, British Virgin Islands, Fiji, Cayman Islands, Indonesia, India, Saudi Arabia, Labuan, Cambodia, Brunei, China, Philippines, Singapore, Sri Lanka, Thailand, United Arab Emirates dan Vietnam! BMF hanya mengakui bahawa siasatan itu berdasarkan keterangan yang diperolehi dari Pejabat Pendaftar Syarikat-syarikat di Malaysia dan juga dari pejabat pendaftar syarikat-syarikat di luar negara. Hasil dari Kegiatan Rasuah Adalah jelas bahawa syarikat-syarikat milik keluarga Taib memperolehi keuntungan dan habuan mereka menerusi pemberian kontrak-kontrak dan geran-geran tanah dari kerajaan negeri Sarawak. Adalah sukar juga untuk menafikan bahawa kekayaan Taib adalah hasil dari kegiatan haram rasuah ketika beliau menjawat jawatan Ketua Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Sumber Asli Sarawak! Kekayaan Taib dan keluarganya sememangnya dari kekayaan sumber asli negeri Sarawak, milik orang Sarawak, yang telah ditipu oleh Ketua Menteri mereka sendiri. Sarawak juga mempunyai simpanan minyak yang banyak yang tetap dirahsiakan oleh parti BN di Malaysia! Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diarahkan untuk menyiasat dan mendakwa Taib Mahmud, tetapi suruhanjaya itu juga dihalang untuk menggugat parti BN yang 100% menguasai undi kerajaan pusat di negeri Sarawak. Kini parti BN telah selesai dengan kelulusan rang undang-undang untuk menghalang sebarang perhimpunan melebihi 3 orang di tempat umum tanpa kebenaran! Hakikat seperti ini amat memalukan kerajaan Malaysia sendiri apatah lagi setelah kebangkitan perhimpunan secara aman kelolaan Bersih 2 yang lalu. Bangkitlah, rakyat Sarawak! Kini tiba masanya Abdul Taib Mahmud menjadi tanggungjawab anda, dan jangan biarkan parti BN dari semenanjung menjadikan anda bagaikan budak kecil. Jom! Kita berkas Taib Mahmud! |
Anak lancar Gerakan Selamatkan Felda esok, antara langkah halang penyenaraian Posted: 06 Dec 2011 11:41 PM PST Anak lancar Gerakan Selamatkan Felda esok, antara langkah halang penyenaraian December 07, 2011 KUALA LUMPUR, 7 Dis — Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menggerakkan gelombang baru menyentuh isu-isu berkaitan dengan Felda dengan melancarkan program Gerakan Selamatkan Felda Peringkat Kebangsaan esok. Majlis pelancaran akan diadakan di pekarangan Masjid Lama Bandar Jengka, Pahang. Pengerusi Anak Mazlan Aliman (gambar) berkata, program itu diadakan untuk memberi penerangan kepada warga Felda mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings di Bursa Malaysia, dijangka pertengahan tahun depan. Penyenaraian itu akan menyebabkan 360,000 hektar tanah dicagar, langkah dibantah para peneroka. Dipetik Harakahdaily, Mazlan berkata program tersebut akan diteruskan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Ahmad, Taman Melewar dekat sini Sabtu ini dan Segamat hari keesokan serta ke negeri-negeri lain kemudian. Selain itu, Mazlan turut memberitahu, pada 20 Disember pula, Anak akan mengetuai kira-kira 30 peneroka Felda di seluruh negara untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendesak jawatan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan Datuk Sabri Ahmad selaku Pengarah Urusan Felda Global Ventures Holdings dilucutkan. Ia rentetan daripada kempen mansuhkan Isa yang mengumpul tandatangan bantahan peneroka Felda terhadap Isa yang dilancarkan 18 Oktober lalu. "Dalam memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak, kita mendesak Isa dan Sabri digugurkan daripada jawatan masing-masing serta mendesak kerajaan membatalkan cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings," kata Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. Tegas Mazlan, sekiranya tiada sebarang tindakan daripada Najib, Anak akan mendapatkan perintah mahkamah agar melarang Felda melakukan penyenaraian. Mazlan berkata langkah itu diambil sebelum mesyuarat agung luar biasa Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang dijangka 5 Januari depan. "Kita telah berbincang dengan pihak peguam mengenai tindakan mahkamah ini dan jika tak ada respon dariapda Perdana Menteri, kita akan abil tindakan mahkamahlah kerana penyenaraian ini melibatkan cagaran aset peneroka," katanya. |
Noh Omar Gelabah Bila Di Protes Petani Posted: 06 Dec 2011 11:07 PM PST Tindakan pemimpin Pakatan Rakyat bersama para petani dan pesawah mengadakan demontrasi pada 22 November lalu di sekitar skinchan dan Sungai burung menggesa Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar meletak jawatan ekoran penyelewengan wang rakyat telah membuahkan hasilnya. Ini ekoran tindakan kementerian di bawah Noh semalam telah mula menyerahkan wang insentif peningkatan hasil petani yang tertunggak sejak empat tahun lalu. Menurut Noh, Wang tersebut diambil dari peruntukan tambahan kerajaan yang di luluskan baru-baru ini bernilai RM117 juta Lapuran Ketua Audit negara baru-baru ini mendedahkan peruntukan kerajaan kepada kementerian tersebut berjumlah RM110 telah hilang tanpa di kesan. Akibatnya para pesawah tidak memperoleh bayaran yang diperuntukan dibawah skim inisiatif peningkatan hasil padi sejak sekian lama Namun anihnya, susulan dari tekanan tersebut, Noh dalam kenyataan medianya semalam mengancam mengambil tindakan mahkamah terhadap media Selangor Kini yang menyiarkan tindakan pesawah yang menuntut beliau meletak jawatan. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan