Tukar Tiub |
- SILA GUNAKAN LOGO DAN BUTANG INI
- NGO - HARAPAN UNTK BERJALAN
- MAT MONGOL JADI TRANSFORMER
- YANG COOL DAN YANG POYO
- HARAPAN UNTUK BERJALAN
- KENYATAAN RESMI
- ANAK ANAK MUDA BERSEDIA
- MEMIKUL BIAWAK HIDUP
SILA GUNAKAN LOGO DAN BUTANG INI Posted: 27 Dec 2011 07:20 PM PST PENGUMUMAN sila ambil dan gunakan logo 901 ini sila ambil dan gunakan butang 901 ini sial ambil dan gunakan baner 901 ini anak anak muda diminta kreatif untuk memastikan 901 hari kejayaan anak muda lakukan apa yang wajib dilakukan anak muda gerakan apa yang wajib digerakan pelajar dan mahasiswa bersedia sama sebaris ke jalan raya ancungkan tangan genggamkan tekad 901 adalah hari kita juga diberitahu: sila tempah tiket kapal terbang sila tempah tiket keretapi sila tempah tiket bas sila bilik tidor di kuala lumpur 901 adalah hari rakyat bangun menolak fitnah 901 adalah hari rakyat bangun menentang konspirasi |
Posted: 27 Dec 2011 07:12 PM PST SILA HULUR BANTUAN MAKLUMAT DARI PEMBACA: Terima kasih TT untuk posting yang ini. Pada para pembaca TT, harap maklum no akaun terkini yang boleh digunakan ialah Raja Rohaisham Raja Muhaidin Maybank:162021363678 Akaun Mohd Affandi setakat ini ada masalah dan tidak boleh digunakan. Sumbangan terkini ialah RM69,526.99 boleh dapatkan maklumat di Facebookhttps://www.facebook.com/hope2walk dan blog http://hope2walk.blogspot.com/ Terima Kasih Admin Hope2walk By hope2walk on HARAPAN UNTUK BERJALAN on 12/27/11 |
Posted: 27 Dec 2011 12:42 PM PST KENYATAAN MEDIA 27hb Disember 2011 PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI: KERAJAAN MENGELAK DARI MENJAWAB ISU YANG DIBANGKITKAN Saya meneliti jawapan kerajaan Dato' Seri Najib terhadap kritikan saya yang terkandung dalam satu ucapan di ibu kota bertarikh 15hb Disember 2011. Ucapan tersebut yang berjudul Debunking ETP: Widening Income Gap menegaskan kaedah yang sedang dilaksanakan kerajaan, Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) merupakan suatu kebijakan ekonomi lapuk dan gagal membawa sebarang perubahan. Jawapan tersebut tidak menjawab persoalan utama yang saya lontarkan, iaitu menjelang tahun 2020, sekitar 7 hingga 8.3 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan bakal digolongkan sebagai miskin bandar. Jumlah ini merangkumi sehingga 51% tenaga kerja negara ini dalam tahun 2020, berbanding 56% bagi tahun 2009. Makanya, sebuah program ekonomi yang tidak berjaya meningkatkan pendapatan rakyat terbanyak malah menambah bilangan rakyat termiskin adalah perancangan ekonomi yang tempang dan membelakangkan kebajikan rakyat. Persoalan utama ini wajar dijawab denganberkesan oleh Perdana Menteri sendiri. Apatah lagi apabila hujah saya dikemukakan dengan mengambil kira unjuran-unjuran ETP meragukan. Misalnya unjuran pertumbuhan upah 3.6% setiap tahun, dari tahun 2010 sehingga tahun 2020 yang bertentangan dengan pertumbuhan upah pekerja tahun 2000 hingga 2009 yang hanya menokok sekitar 2.6% setiap tahun manakala kos sara hidup meningkat mengatasi pertumbuhan upah. Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Kajian Pasaran Buruh 2009 yang melibatkan 24,000 majikan dan 1.3 juta pekerja. Laporan tersebut menyatakan 33.8% dari jumlah pekerja tersebut mendapat upah kurang dari RM 700 sebulan. Angka ini sekiranya diunjurkan kepada keseluruhan tenaga kerja negara menyimpulkan 34% dari jumlah keseluruhan tenaga kerja negara berada di bawah paras kemiskinan. Justeru berdasarkan fakta-fakta ini, unjuran pertumbuhan upah pada paras 3.6% adalah tidak tepat. Manakala itu unjuran kerajaan bahawa inflasi akan berada pada paras 2.8% setiap tahun sehingga tahun 2020 juga tidak realistik apabila kadar inflasi sejak 12 bulan lalu sentiasa melangkaui paras 3%. Sasaran untuk mencapai pendapatan kasar kebangsaan (gross national income) per kapita sebanyak RM 48,000 setahun pada tahun 2020 tidak akan dicapai sekiranya inflasi melebihi dari 2.8% untuk tahun mendatang. Jika inflasi purata sehingga tahun 2020 mencecah 4% setiap tahun, dianggarkan seramai 7.6 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan dalam tahun 2020, meningkat sebanyak 1 juta berbanding jumlah 6.6 juta dalam tahun 2009. Keadaan ini lebih parah sekiranya inflasi purata mencecah 6% setiap tahun bila mana jumlah rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan adalah 8.3 juta orang. Persoalan paling utama yang langsung tidak dijawab adalah kesimpulan saya bahawa kekayaan negara akan semakin dibolot golongan kaya di bawah ETP sementara rakyat terbanyak dipinggirkan. Perdana Menteri Dato' Seri Najib langsung tidak menafikan analisa saya bahawa nisbah upah pekerja kepada pendapatan kasar negara akan berkurangan dari 40% (tahun 2009) kepada 33% sahaja (tahun 2020). Walhal, ini merupakan permasalahan utama di negara kita, manakala golongan kecil, keluarga dan kroni mengaut kekayaan, sementara majoriti rakyat dibebankan dengan kos sara hidup yang melonjak sedangkan pendapatan tidak meningkat. Persoalan-persoalan ini adalah isu besar ekonomi negara apabila pentadbiran sedia ada menyalurkan seluruh kekayaan negara untuk membiayai projek-projek besar di bawah ETP. Malang sekali apabila kesannya kepada rakyat adalah menambah golongan miskin dan melebarkan jurang di antara yang miskin dan kaya menjelang tahun 2020 nanti. ANWAR IBRAHIM KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA |
Posted: 27 Dec 2011 03:49 AM PST Mamat poyo no 1. - Yang pakai spek itam baju belang kah..kah..kah Hidup eeeeeeeeeeeeee!! By Anonymous on SIAPA - APA - DI MANA DILIHAT COOL at 5:56 PM Anak Mahasiswa paling Cool 2011 1.Adam Adli (LMP) 2.Haziq (KAMI) 3.Shukri Abd Razak (SMM) 4.Khalid Ismath (KAMI) 5.Syukri (GAMIS) 6.Fauziah Mohd Ramly (Siwazah wanita) Anak Mahasiswa paling poyo 2011 1.Geng Pro-Aspirasi 2.Geng GPMS 3.Geng Budak Itam Uitm 4.mamat kaki bodek muka sembab Anak Muda Paling cool 2011 1.Chegu Bard 2.Yaser Al-Masri 3.Geng SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) 4.Lee SlimShady 5.Geng #Occupydataran 6.Geng Panglima Myspace 7.Geng Panglima Facebook Budak Muda paling poyo 2011 1.Armand Azha 2.Panglima Meludah. 3.Panglima makan sireh. 4.Menantu Ayah. 5.Puteri Badak. 6.Shamsul Iskandar 7.Jonah 8.Rozan Mat Rasip (mamat gel penuh sebakul) 9.Fareez Kamal Intidzam(Skema & Poyo) 10.geng jingga 13 11.Budak Skema dalam AMK Aktiviti Paling Cool 2011. 1.Turun Demo Bersih 2.Turun demo bebas akademik 3.pergi Forum anak muda. 4.pergi forum mat sabu. 5.Lepak #Occupy Dataran 6.Lepak kat Kelab 50-B 7.Pakai baju kaler kuning tiap sabtu kat KLCC. 8.main gitar nyanyi lagu John Lennon dan marjinal 9.menibai gerombolan dalam twitter 10.Lepak Minum dengan Adam Adli 11.Cakap bahasa melayu pasar 12.hisap shisha Aktiviti paling poyo 2011 1.Lepak Mcdogal 2.lepak papa rich 3.pergi karnival pemuda BN 4.pergi perhimpunan agung gerombolan. 5.halau geng #occupy dataran. 6.Cakap bahasa Rojak Pemimpin paling Cool 2011 1.Chegu Bard 2.Saifudin Abdullah 3.Mat Sabu 4.Mahfuz Omar 5.Muhyiddin Yassin Pemimpin paling Poyo 2011. 1.Armand Azha 2.Menantu Ayah 3.Anwar Ibrahim 4.Najib. 5.Puteri Badak. 6.Mami Sharizat. 7.Khaled Nordin 8.Sahol Uitm. 7.Yaakob Sapari. 8.Timb. Ketua Wanita Keadilan Shah Alam. Professor paling cool 2011 1.Dr.Aziz Bari 2.Dr.Asri Zainul 3.Dr. Abu Hasan Hasbullah 4.Dr.Agus Yussof Professor Paling Poyo 2011 1.Shamrahayu (UIA) 2.Khoo Khay Kim 3.Zainal Keling 4.Geng Majlis Professor Kangkung By Apoi on APA YANG COOL DAN APA YANG POYO at 5:40 PM Jangan lupa SOngdang ....walaupun bakar diri...dia tetap COOL http://www.malaysiakini.com/columns/184124 By Addy on SIAPA - APA - DI MANA DILIHAT COOL at 5:38 PM seleberiti cool - pak jabit,patrick teoh,sabri yunus, allahyarham yasmin ahmad,mamat kalid,wardina,ramli sarip seleberiti poyo - yg suka labun bab kawin pastu cerai berai,yg isap dadah,yg bniaga tp tipu pminat,yg hobinya bertogel,team maha raja lawak,yg buat konsert amal tp kena byar tiket,yang join pekida,yang buat album hadiah utk pminat tp kena beli,yg buat citer seram tapi org sedih,yg buat citer sedih tp org seram. paling poyo....pak rais yatim...kakakaka By Anonymous on SIAPA - APA - DI MANA DILIHAT COOL at 4:55 PM Minta satu lagi kategori "Paling Rock!". Pencalonan pertama Aziz Bari! By Anonymous on SIAPA - APA - DI MANA DILIHAT COOL on 12/27/11 Geng2 Panglima Ludah Muka Buku la paling cool!!! Hahahahaha http://batutepijalan.blogspot.com/2011/12/mahasiswa-pro-aspirasi-tidak-sokong.html By Batu Tepi Jalan on SIAPA - APA - DI MANA DILIHAT COOL on 12/27/11 Politikus paling cool : Mat Sabu & Chegu Bard, Warna paling cool : Kuning, Seluar paling cool : Levi's 501, Mahasiswa paling cool : Adam Adli, Ustaz paling cool : Ustaz Azhar Idrus, Baju paling cool : Bersih 2.0 & Generation 709, Band paling cool : Carburetor Dung, Kasut paling cool : Boot Dr Martens, Tarikh paling cool : 9 Julai, Sasterawan paling cool : A Samad Said, Novel paling cool sepanjang zaman : Shit (karya Shahnon Ahmad), Rokok paling cool : Surya & Marboro, Politikus paling poyo : Najib & Shahrizat Jalil, Baju paling poyo : Patriot & Baju batik lengan panjang, Apa Macam? By suara rakyat on SIAPA - APA - DI MANA DILIHAT COOL on 12/27/11 woit di twitter pun ada personaliti cool di kalangan anak muda yg sgt berpengaruh. harap tt tak abaikan nama2 seperti @jeffrims @najwanhalimi @bumilangit @eekmalahmad @rozaimin @mamunakhabaq @afifbahardin @ahmadihsan @beeha3 @emmiza @ikhwanhafiz @eddieputra mereka banyak mencorak trend politik cool kpd anak muda di twitter! By mat tweet on SIAPA - APA - DI MANA DILIHAT COOL on 12/27/11 Bob Lokman dan Sham Kamikaze Cooolllllllllllllllllllllll.. By Papagomo Busuk on SIAPA - APA - DI MANA DILIHAT COOL on 12/27/11 v mask "v for vandetta" palingggg cool.... By Anonymous on SIAPA - APA - DI MANA DILIHAT COOL on 12/27/11 |
Posted: 27 Dec 2011 03:39 AM PST |
Posted: 27 Dec 2011 12:58 AM PST KENYATAAN AKHBAR :SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT USAHA MENCETUSKAN HURU-HARA PADA 9 JANUARI 2012 - SATU LAGI USAHA FITNAH UMNO Telah sampai kepada pengetahuan saya bahawa terdapat mesej-mesej pesanan ringkas (SMS) yang sedang disebarkan kepada orang ramai yang kandungannya menyebut bahawa Setiausaha Agung Parti KEADILAN Rakyat telah mengeluarkan suatu surat pekeliling meminta semua anggota KEADILAN untuk berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur. Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat UMNO yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara. Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa UMNO. Saya seterusnya meminta orang ramai, anggota KEADILAN dan penyokong-penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada hari berkenaan. Sekian, terima kasih. SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT |
Posted: 27 Dec 2011 12:40 AM PST TPM SIASAT DAKWAAN SU SULIT DISOGOK – mkini Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedang menyiasat dakwaan bahawa setiausaha sulitnya ada menerima sogokan. Bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini, Muhyiddin bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu berhubung sebarang salah laku tetapi berjanji akan melihatnya secara mendalam. Beliau mengulas dakwaan seorang penulis blog Whistleblower 771 bahawa setiausaha sulit kanannya Mohd Shukor Abdul Manan menerima lebih daripada RM100,000 sebulan. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... PERANG SUDAH BERMULA.... kah kah kah.. kah kah kah...INI MESTI KERJA ROSMAH DAN NAJIB.... kah kah kah.. kah kah kah...KALAU SEMBAB TAK SERANG KEMBALI... SEMBAB AKAN MATI BERDIRI....kah kah kah.. kah kah kah... SIAPA BOCORKAN MAKLUMAT RASIAH INI?..... kah kah kah.. kah kah kah...SULIT LAGI SULIT..... kah kah kah... kah kah kah...DAH MULA SINGKAP SINGKAP KAIN.... kah kah kah NOTA: tidak adalah yang paling nikmat dlam dunia ini meliankan melihat gerombolan gaduh sesama sendiri kah kah kah NOTA: kesa lembu shahrizat berkait juga dengan muhyiddin siapa agaknya beri maklumat pada pkr kalau tidak orang najib kah kah kah |
Posted: 26 Dec 2011 08:11 PM PST BIK MAMA PEMBAWA UNDI NOTA: bukan hanya memikul biawak hidup ini memikul biawak hidup yang obese WANITA MEMUASKAN DIRI DENGAN BERBELANJA RIBUAN RINGGIT UNTUK KOSMETIK - meloya KUALA LUMPUR 26 Dis. – Langkah golongan wanita berbelanja beribu-ribu untuk membeli barangan kosmetik dianggap sebagai terapi baru menghilangkan tekanan dan memuaskan diri. Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Lembaga Akademi Keusahawanan Islam Alfafa, Datin Reny Rahayu Mohd. Ishak menolak andaian bahawa perbuatan menghias diri oleh golongan berkenaan bertujuan menarik perhatian orang. "Kebanyakan wanita yang bersikap demikian sebenarnya mahu memberi ganjaran dan memuaskan diri mereka selain menjadikan ia sebagai terapi bagi menghilangkan tekanan. "Selain itu, kecantikan itu turut membantu meningkatkan keyakinan diri mereka kerana wanita zaman kini kebanyakannya mempunyai kerjaya dan sering berhadapan dengan orang ramai," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. Beliau diminta mengulas laporan mengenai wanita Malaysia yang dikatakan sanggup berhabis sehingga RM2,000 sebulan semata-mata untuk membeli produk kosmetik pelbagai jenama yang terdapat di pasaran. Sementara itu, Ketua Konsultan Syarikat K&A Applied Psychology Consultancy, Khairol Anuar Masuan berkata, menurut kajian, majoriti golongan wanita beranggapan mereka hanya akan kelihatan cantik jika mereka menggunakan peralatan solekan yang mahal. "Golongan yang obses terhadap kecantikan selalunya tidak akan berfikir panjang apabila berbelanja sehingga ada yang sanggup berhutang semata-mata mahu membeli keperluan kosmetik jenama antarabangsa. "Mereka juga sanggup menggunakan kaedah yang bahaya dengan melakukan pembedahan dan suntikan bagi mengubah diri mereka walaupun mengetahui tindakan itu boleh memudaratkan kesihatan hingga menyebabkan kematian," katanya. Dalam pada itu, Yang Dipertua Persatuan Siswazah Wanita Malaysia, Fauziah Mohd. Ramly berkata, golongan wanita perlu bijak menterjemahkan erti kecantikan dengan lebih seimbang dan menyeluruh tanpa bertindak keterlaluan hingga memudaratkan diri. "Ia sangat menyedihkan apabila wanita di negara sanggup membazir dan mengeluarkan belanja yang banyak hanya untuk kecantikan sedangkan peruntukan itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih baik. "Contohnya, mereka boleh menyimpan wang itu untuk perancangan di masa hadapan memandangkan kos sara hidup di negara ini yang semakin meningkat," katanya. Tambah beliau, wanita di negara ini perlu menjadikan kes mangsa-mangsa produk kecantikan yang teraniaya hingga menyebabkan kematian sebagai teladan. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KOMENTAR TUKAR TIUB faham tak kenapa berita ini keluar? berita ini ditujukan kepada bik mama sedar tak bik mama kian hilang dari laporan ini tanda tanda pilihanraya nak sampai kenapa bagini? ini kerana bik mama dibenci oleh rakyat ini kerana wujudnya bik mama ini seperti memikul biawak hidup untuk gerombolan dalam gerombolan sekarang ada dua ekor biawak hidup satu bik mama satu lagi sharizat lembu dua dua gedebab dua dua obese dua ekor biawak ini kalau mainkan betul betul akan menjadi umpan untuk dpat undi ketika perhimpunan gerombolan dulu pemerhati telah memerhatikan bahawa bik mama sloo sikit dalam bilik persidangan bik mama tidak liar merayau rayau baca berita ini betul betul ada cerita botox ada cerita tarik kulit muka semua ini sindirin untuk bik mama dalam utusan ramai yang menyampah dengan biik mama inilah cara mereka tibai rosmah mansor kah kah kah MUSUH RAKYAT DUNIA |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan