Tukar Tiub |
- KENYATAAN MAHASISWA
- MASA TELAH SAMPAI - KALAU TIDAK SEKARANG BILA?
- HANYA SATU JAWAPAN - LAWAN !
- KENYATAAN ABU
- HARI HARI AKHIR MAT MONGOL
- BILA SURAT NIKAH TAK LAKU LAGI
Posted: 09 Dec 2011 07:36 PM PST INI TUGAS SUCI PERJUANGAN ANAK MUDA "MAHASISWA KECEWA PROGRAM DEBAT MAHASISWA DI UM DIGANGGU PIHAK KESELAMATAN ATAS ARAHAN HEP." Program debat Mahasiswa di Universiti Malaya yang diadakan pada 9 Disember yang berkisar tentang AUKU dan Autonomi Mahasiswa berjalan lancar pada awalnya sehingga beberapa pengawal keselamatan dan "Special Branch" di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar menyerbu masuk ke dewan tempat berlangsungnya debat. Debat anjuran bersama Aksi Mahasiswa Peduli ( AKSI) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) ini mendapat respon yang baik daripada Mahasiswa sekitar Lembah Klang.Diberitakan 300 orang Mahasiswa/i turun padang bagi menyokong debat tersebut. Namun begitu , mahasiswa begitu terkilan dan kecewa apabila program debat yang sebenarnya bersifat akademik dan mendidik ini diganggu oleh pengawal keselamatan dan "special branch" ketika debat diantara Ahmad Shukri Che' Ab. Razab (Mantan Aktivis Pro-M) serta Syamsul Salleh ( Mantan YDP MPP UPM) sedang rancak berjalan pada pusingan kedua. Beberapa Pengawal Keselamatan dan "special branch" telah menjerit meminta penganjur program keluar dewan dan meminta supaya perdebatan dihentikan dengan segera. Ketika itu juga , lampu telah ditutup beberapa kali namun pengajur masih meneruskan debat sehingga memaksa YDP MPMUM Mohd Syahid untuk keluar berunding. Setelah rundingan dilakukan beberapa minit ,akhirnya pihak keselamatan memberitahu arahan tersebut datang daripada Timbalan Naib Canselor HEP UM , Datuk Rohana Yusof. KAMI di pihak Mahasiswa ingin mempersoalkan apakah rasionalisasi bagi gangguan tersebut ? Pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM bertindak seolah – olah Mahasiswa sedang melakukan sesuatu yang mengacam keselamatan kampus sedangkan perdebatan sihat ini bersifat ilmiah. Tindakan ini kami kira sesuatu yang tidak relevan malah bakal melahirkan lebih ramai graduan yang lemah serta menyemarakkan api "bebalisme" dalam kalangan Mahasiswa. Mahasiswa lihat bahawa kebebasan akademik dalam negara ini masih berada di tahap paling corot. Apa yang mereka takutkan sebenarnya ? Mahasiswa sudah mulai bosan dengan karenah birokrasi pihak HEP yang mengekang program ilmiah yang diadakan oleh Mahasiswa. Mahasiswa bukan pelajar sekolah , lagi disekat lagi memberontak. Jadi , kami kira HEP sudah tidak relevan dan harus dimansuh. Apakah maknanya memegang gelaran Mahasiswa tetapi masih perlu mengikut telunjuk dan menjadi "yes man" sahaja ? Dalam debat sebentar tadi ,Ahmad Shukri Che Ab. Razab dalam hujahnya membuat kesimpulan bahawa Pro Mahasiswa berpegang pada prinsip bahawa AUKU perlu dimansuhkan secara holistik dan autonomi kebebasaan di universiti diberikan disamping menuntut supaya Minggu Haluan Siswa dikembalikan nafasnya seperti zaman sebelum terciptanya AUKU iaitu melibatkan politik kampus dan kebebasan autonomi universiti. Sementara itu , Syamsul Salleh di perwakilan aspirasi tidak bersetuju dengan pemansuhan AUKU disebabkan politik yang dianggapnya kotor ketika ini akan menular dalam kalangan Mahasiswa.Namun begitu , beliau menyokong penuh dengan pindaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak. Bagi KAMI pindaan sahaja tidak mencukupi untuk mengembalikan zaman kegemilangan universiti. KAMI rasa pihak HEP UM perlu selak semula Sejarah UM itu sendiri di mana program program yang bersifat Mahasiswa bebas dijalankan di dalam kampus suatu ketika dahulu itulah menjadi punca kejayaan universiti Malaya. Selain itu , mahasiswa juga menuntut supaya dikembalikan kesatuan pelajar ( Student Union ) bagi memimpin Mahasiswa dan bukannya di bawah telunjuk HEP. Oleh itu , Mahasiswa berpegang teguh dengan prinsip bagi memansuhkan AUKU secepat mungkin bagi membebaskan cengkaman dan mengembalikan "roh" universiti itu sendiri. KHAIRUL NAIM ( 0132041667) SETIAUSAHA AGUNG, KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI) INI MUSUH ANAK MUDA |
MASA TELAH SAMPAI - KALAU TIDAK SEKARANG BILA? Posted: 09 Dec 2011 06:54 PM PST ABU - KUMPULAN BARU UNTUK TUMBANG UMNO - mkini Aktivis, NGO, kumpulan masyarakat sivil dan parti politik telah bergabung untuk menumbangkan Umno daripada pentadbiran negara datang pilihan raya umum akan datang. Dikenali sebagai 'Asalkan Bukan Umno' atau ABU, pergerakan itu berkata walaupun ia mendapat sokongan parti-parti politik, tetapi ia akan kekal sebagai gerakan rakyat untuk mengembalikan hak dan kekayaan negara. Pergerakan ini telah dilancarkan dalam sidang akhbar yang diadakan serentak di seluruh Semenanjung Malaysia hari ini, manakala pelancarannya di Sabah dan Sarawak akan diadakan minggu depan. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit..INI BARU BETUL.... kah kah kah... kah kah kah...INI CITA CITA PALING COOL.... kah kah kah.. kah kah kah...SATU GERAKAN COOL DAN STYLO.... kah kah kah... kah kah kah.... MESTI ROCK.... MESTI FESHEN... MESTI COOL.... kah kah kah.. kah kah kah...BUKAN UNTUK MAT SKEMA DAN MINAH POYO.... kah kah kah.. kah kah kah...TUJUAN CUKUP JELAS DAN TERANG.... kah kah kah.. kah kah kah...BUKAN NAK JADI YB... NAK DUDUK PARLIMEN.... kah kah kah.. kah kah kah... HANYA SATU TUJUAN.... NAK HUMBANKAN UMNO.... kjah kah kah\ NOTA: anak ank muda cakarkan ke dinding anak anak muda lukiskan ke tembok ini laungan perjuangan anak anak muda! |
Posted: 09 Dec 2011 06:43 PM PST BANGUN DAN LAWAN - KEMPEN ABU DEBAT AUKU DI UM DI KACAU SPECIAL BRANCH - minsider KUALA LUMPUR, 10 Dis — Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) kecewa program debat berkenaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Fakuliti Undang-undang Universiti Malaya (UM) di sini malam tadi diganggu oleh pengurusan pusat pengajian tinggi itu dan terpaksa dibatalkan ketika sedang berlangsung. Setiausaha Agungnya Khairul Naim berkata, pihaknya begitu terkilan dan kecewa apabila program debat yang sebenarnya bersifat akademik dan mendidik ini diganggu oleh pengawal keselamatan dan "special branch" ketika debat antara Ahmad Shukri Che' Ab. Razab yang merupakan bekas aktivis Pro-Mahasiswa dan Syamsul Salleh iaitu bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia sedang rancak berjalan pada pusingan kedua. Debat itu berkisar tentang AUKU dan Autonomi Mahasiswa. Ia dianjurkan oleh Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas). Menurut Khairul, beberapa pengawal keselamatan dan "special branch" telah menjerit meminta penganjur program keluar dewan dan meminta supaya perdebatan dihentikan dengan segera. "Ketika itu juga lampu telah ditutup beberapa kali, namun pengajur masih meneruskan debat sehingga memaksa Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UM Mohd Syahid untuk keluar berunding. "Setelah rundingan dilakukan beberapa minit, akhirnya pihak keselamatan memberitahu arahan tersebut datang daripada Timbalan Naib Canselor HEP UM, Rohana Yusof," kata beliau lagi. Sehubungan itu kata beliau, "Kami di pihak mahasiswa ingin mempersoalkan apakah rasionalisasi bagi gangguan tersebut?" NOTA: anak anak muda mahasiswa dan pelajar masa dan ketika telah sampai setahun sebelum ben ali dari tunisia lari dia juga memperkenalkan undang undang anti berhimpun setahun sebelum mubarak ditendang dia juga menghantar mukhabarat ke dalam kampus setahun sebelum gugurnya anak mahasiswa di trisakti suharto juga melarang debat di universiti anak muda bagun dan lawan anak muda dunia ini akkhirnya milik kamu INI MUSUH KITA |
Posted: 08 Dec 2011 11:35 PM PST KENYATAAN RESMI 9 Disember, 2011: Kami merayu dan menyeru kepada semua; pekerja, petani, nelayan, persatuan dan pertubuhan, badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO), parti politik komponen Barisan Nasional, kecuali UMNO, parti pembangkang atau parti politik bebas, golongan profesional, ahli akademik dan cendiakawan, mahasiswa, karyawan, para artis dan pekerja seni, malah semua kelompok rakyat tersisih dan tertindas (marginalised) seperti kumpulan Mat Rempit, gelandangan (homeless), penganggur (jobless) dan lain-lain supaya melahirkan dengan nyata (melalui kenyataan media seperti ini atau tunjuk perasaan dan sebagainya) rasa tidak yakin kita masing-masing terhadap UMNO yang sudah tidak sedar diri, korup, angkuh, menindas, zalim dan kebelakangan ini BODOH SOMBONG!!! Kini bukan masanya lagi untuk kita terus mendiamkan diri dan tidak mahu ambil tahu, kecuali anda rela mewariskan Malaysia yang musnah kepada generasi akan datang. Masihkah kita tidak nampak atau sengaja mahu membiarkan saja apabila sisa-baki hak demokratik rakyat yang hanya tinggal secebis itu pun dinafikan, manakala segala tuntutan rakyat terus diabaikan? Sepanjang pemerintahan UMNO/BN kita semua juga sebenarnya telah bersama-sama menyumbang –akibat sikap kita yang 'biarkanlah', 'tidak kisah' serta 'ignorant', dll– dalam menyemai kuasa kuku besi pemerintah yang kejam hinggalah kini kuasa itu menjadi parah dan terlalu mencengkam. ABU akan melancarkan kempen ke seluruh Negara untuk menyeru rakyat supaya berani menyatakan pendirian jijik dan perasaan meluat mereka terhadap penyelewengan dan rasuah yang UMNO/BN amalkan, lantas dengan tidak teragak-agak menolak UMNO/BN. Kesan yang kini dirasai rakyat ialah kenaikan harga barang yang melampau. 80 peratus rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung beban kos sarahidup yang semakin tinggi. Sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroninya hidup dengan mewah sekali. Kewujudan undang-undang kejam yang menekan dan menzalimi rakyat sehingga teguran dan rintihan rakyat tidak dipedulikan. Bantahan rakyat dengan angkuh diperangi secara kejam dan ganas. Kini timbul pula undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang langsung tidak masuk akal. Politik perkauman digunakan untuk menakutkan rakyat. Taktik 'pecah' dan 'perintah' dilaksanakan untuk menutup berita penyelewengan dan rasuah serta boros dan tamaknya pemimpin-peminpin UMNO/BN ini. Selama pemerintahan UMNO/BN rakyat Malaysia didodoikan dengan slogan perkauman sempit. Kini isu agama dicipta dan diapi-apikan untuk memastikan kelangsungan jangkahayat politik UMNO/BN. Kini keselamatan rakyat akan terancam dengan kewujudan kilang Lynas dimana kesan radioaktif akan membahayakan mereka. Alasan petroleum semakin kering digunakan bagi kononnya mencari sumber ekonomi yang baru malah wang simpanan Negara telah masuk ke dalam poket pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroninya. Lynas akan menjamin keuntungan mereka walaupun membahayakan rakyat. Operator-operator kami di seluruh Negara sudahpun menjalankan kerja-kerja penerangan kepada rakyat, termasuk anggota polis, tentera dan kakitangan awam agar lebih celik kepada pembohongan dan kekejaman yang dilakukan pada mereka oleh UMNO/BN. Kini, ketika cebisan harapan hak-hak rakyat dalam keadaan uzur kritikal yang hampir saja mustahil dapat dipertahankan akibat dibantai pemerintah selama ini, apakah lagi alasan dapat mewajarkan ketakutan dibiarkan bermaharaja-lela membungkam suara hati kita? Apabila tuntutan rakyat tidak dihiraukan malah terus saja dipersendakan pemerintah, cukupkah sekadar bersandarkan alasan-alasan ideal (umpamanya; apolitical, non-partisan, impartial dan macam-macam lagi) sebagai lapik indah. Sudah tiba masanya bagi kita untuk tidak lagi menghalalkan sifat 'dayus' dan 'bacul' kita dengan terus kekal takut untuk bangkit berjuang menyatakan pendirian dan terus menolak UMNO/BN. Dengan ini kami umumkan pada 15 Disember 2011 jam 8.00 malam satu forum besar-besaran akan diadakan di KL-Selangor Chinese Assembly Hall. Forum yang akan dihadiri oleh rakyat dari seluruh Negara ini akan juga membuat satu lagi pengumuman besar yang akan merubah situasi politik di Negara Malaysia INI MUSUH ANAK SEMUA BANGSA |
Posted: 08 Dec 2011 10:14 PM PST ANAK MUDA BANGUN MELAWAN HIMPUNAN 5000 ANAK MUDA Tarikh : 17 Disember 2011 (Sabtu) Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Masa : 10.00 pagi Anjuran : Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) NAJIB MAKIN ULTRA MELAYU - harakah daily Najib Razak didakwa ingin menjadi 'Ultra Melayu' apabila hadir ke program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Perkida) di Shah Alam baru-baru ini. AJK PAS Pusat, Khalid Samad berkata, ia ditambah lagi dengan ucapan Najib ketika perhimpunan itu yang bersifat rasis sehingga sanggup menghina parti-parti dalam Pakatan Rakyat khususnya DAP. "Dan ini di perkuatkan lagi apabila Najib sendiri hadir pada perhimpunan Perkida di Shah Alam, malah ucapannya menunjukkan beliau ingin menjadi 'ultra-malay'. "Umno memainkan sentimen perkauman bagi mendapat undi Melayu dengan melabelkan parti kaum lain terutamanya DAP sebagai ancaman kepada seluruh orang Melayu di negara ini," katanya pada sidang media di sini hari ini. Khalid menyatakan atas dasar terdesak Umno sanggup melakukan apa sahaja walaupun menimbulkan ketidak senangan pihak lain. Dalam pada itu, beliau turut memberitahu apa yang dijanjikan oleh Najib dalam transformasinya juga sudah tiada malah beliau semakin terkebelakang. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... DAH NAZAK.... APA SAJA AKAN DI HIDU.... kah kah kah.. kah kah kah...TIGA LINE PUN TIGA LINE LAAAAA...... kah kah kah... kah kah kah.... NAK BUAT MACAM MANA..... kah kah kah.. kah kah kah... SEMUA UNDI CHINA SUDAH LARI..... kah kah kah.. kah kah kah...SETENGAH UNDI INDIA SUDAH ILANG..... kah kah kah.. kah kah kah.... UNDI MELAYU PUN BELUM TENTU..... kah kah kah... kah kah kah...MELAYU YANG SOKONG HANYA PUKIDA DAN PUKISA.... kah kah kah... kah kah kah...KENA LAAA HIDU PIKUDA DAN PUKISA kah kah kah INI MUSUH KITA INI KEMPEN KITA |
BILA SURAT NIKAH TAK LAKU LAGI Posted: 08 Dec 2011 08:06 PM PST DULU BUKAN MAIN LAGI RAFIZI CADANG PWTC MEDAN DEBAT NFC AGAR KHAIRY SELESA – keadilan daily Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli hari ini mencadangkan debat skandal NFC diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) yang juga Ibu Pejabat Umno. Cadangan itu katanya, bagi memberi keselesaan dan ketenangan kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang bersetuju berdebat mengenai isu itu. "Jika setelah semua kelonggaran ini Khairy masih berdolak dalih dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengahari 12 Disember 2011, saya menyimpulkan beliau tidak berani untuk berdebat dalam hal ini," kata Rafizi. Jika sehingga 12 Disember ini tetap tiada respon dari Khairy, maka KEADILAN kata Rafizi, akan tetap terus membongkar penyelewengan NFC pada 19 Disember 2011. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...JANGAN BAGI DIA LARI.... kah kah kah.. kah kah kah....JANGAN BAGI MALAON INI UNDUR....kah kah kah.. woit...KALAU TAK NAK DI PWTC.... KAT RUMAH DOLAH PUN BULEH..... kah kah kah... kah kah kah...BAWA MENTUA ... BAWAH BINI... PUN BOLEH...kah kah kah woit...TUNGGU SAMPAI LENGIT.... kah kah kah.. kah kah kah...TIBAI.... TETAM TIBAI.... kah kah kah.. INI MUSUH KITA INI KEMPEN KITA |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan