Jumaat, 9 Disember 2011

Komentar Kini

Komentar Kini


Bolehkah anak anak orang PAS meneruskan sesinambangan perjuangan Islam

Posted: 08 Dec 2011 10:39 PM PST

Mungkin ada orang PAS sendiri nampak anak anak mereka ada yang tak boleh meneruskan kesinambungan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh ibu bapanya.

Atas sebab itu ada yang bimbang lantas mencadangkan agar para Pejuang PAS khususnya para ulamak diseru supaya memastikan isteri,anak-anak dan kaum keluarga mereka meneruskan kesinambungan perjuangan Islam memastikan usaha dakwah ini berterusan di bumi Malaysia ini.

Barangkali hendak mengharapkan anak anak orang umno sudah tentu tidak boleh sama sekali, kerana mereka telah dididik dengan didikan ibubapa yang cenderung dengan rasuah dan riba.

Ini berdasarkan kepada satu kajian yang telah dibuat oleh institute penyelidikan belia Negara bahawa 50 peratus belia di negara ini cenderung disuap.

Bukan setakat itu saja, malah remaja atau belia hari ini kelihatan begitu ghairah memakan riba yang telah dihalalkan oleh kebanyakan ulamak dalam umno dan dijadikan amalan.

ulamak umno bukan saja menggalakkan rakyat negara memakan riba malah telah menghalalkan iaitu menyamakan jualbeli dengan riba yang diharakan dan dikatakan apabila jualbeli kereta dan rumah secara ansuran di akad atau ada akad jualbeli maka ia bukan riba.

Atas sebab itulah kebanyakan anak anak orang PAS mengambil peluang sama mengayakan diri dengan kereta baru lagi mewah yang dibeli dengan menggunakan kaedah faedah 3.6 peratus yang diakad jualbelinya sebagai tak apa, sedangkan ia miskipun satu sen tetap riba.

Pendek kata kebanyakan anak anak orang PAS menerima pendapat ulamak umno dengan lapan dada, termasuk ibu bapa mereka yang seolah olah setuju dengan kaedah itu dan berdiam diri dengan apa yang telah diharamkan oleh Allah.

Mungkin atas sebab ini juga, Ketua Dewan Ulamak PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussein mengulas dalam ucapan berkenaan peranan ahli PAS terutamanya para ulamak dalam memastikan risalah PAS terus disambung oleh ahli kaum keluarga dan zuriat para pejuang Islam.

Apakah akan jadi pada PAS apabila anak anak mereka yang bakal mawarisi perjuangan islam di Negara ini berperangai macam anak anak orang umno yang kelihatan semakin hari semakin jauh hubungannya dengan Allah.

Tiada ulasan: