SharpShooter |
- Pendakwa gagal buktikan Anwar bersalah
- Bukan Islam terima hudud tapi malangnya umporno tolak hudud
- Anak Cina pun turut berkhatan
- RM100 sebulan untuk penarik beca Pulau Pinang
- Mai...jangan tak mai...
Pendakwa gagal buktikan Anwar bersalah Posted: 13 Dec 2011 02:54 AM PST Perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disambung pada Khamis ini, 15 Disember 2011. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika memutuskan perkara itu menjelaskan, sambungan perbicaraan kes itu akan bermula jam 9.30 pagi. Menurutnya, perbicaraan Khamis ini bagi membolehkan pihak pembelaan menggulung hujah mereka, sebelum keputusan kes tersebut dibuat. Sementara itu, peguam Sankara Nair berkata, pihak pendakwa bagi perbicaraan kes tersebut hari ini tetap gagal membuktikan Datuk Seri Anwar bersalah. "Hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pendakwa hari ini tetap memihak kepada kami dan kami yakin mampu mempertahankan hujah-hujah kami sebelum ini pada hari Khamis ini," katanya. Bercakap kepada pihak media pada sidang media di lobi Mahkamah Tinggi di sini petang ini, beliau berkata, sehingga kini pihak pendakwa juga turut gagal menafikan keterangan-keterangan saksi-saksi pembela. Sekitar jam 5.00 petang ini, hakim Datuk Mohamad Zabidin yang mendengar perbicaraan kes itu memutuskan untuk menyambung perbicaraan kes tersebut Khamis ini untuk memberikan peluang kepada pihak pembelaan pula menggulung hujah mereka. Sankara adalah peguam bela bagi pihak tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, manakala Karpal Singh adalah peguam utamanya. "Pada perbicaraan Khamis ini, pihak kami akan menggunakan segala peluang yang ada untuk mematahkan semua hujah pihak pendakwa dan kami tetap yakin keputusan tetap memihak kepada kami," tegas Sankara. Sejak mula kes itu disebut, tegas beliau, pihaknya telah menegaskan bahawa kes liwat 2 Anwar adalah fitnah dan konspirasi politik pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Anwar. "Sehingga hari ini, pihak pendakwaan tetap gagal menafikan hujah kami itu kerana ia sememangnya konspirasi politik ke atas Datuk Seri Anwar. "Kami sememangnya mempunyai bukti-bukti kukuh untuk dikemukakan pada bila-bila masa dan kami pasti akan turut membuktikan perkara itu pada perbicaraan Khamis ini," tegas beliau. Persekitaran lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sejak awal petang tadi turut didatangi ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara mereka yang datang termasuk ahli-ahli PKR dari Ipoh bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar yang juga Ketua Umum PKR, sejajar dengan keyakinan mereka terhadap kedudukan Anwar sebagai pihak yang tidak bersalah, sebaliknya teraniaya. Peguam Sankara Nair berkata, pendakwa raya kes Fitnah II masih gagal membuktikan tuduhan mereka terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, kata Sankara, pendakwa raya memilih untuk membuat tuduhan tidak berasas terhadap saksi pakar pembelaan dan mengelirukan mahkamah. "Mereka masih belum memenuhi beban pembuktian yang terletak di atas bahu mereka. "Mereka buat beberapa tuduhan terhadap saksi pakar kita dan mengelirukan mahkamah. "Itu tidak betul dan kita akan bidas hari Khamis ini," kata Sankara sejurus mahkamah ditangguhkan sebentar tadi. Sankara sewaktu ditanya tentang perjalanan kes setakat penggulungan ini berkata, setakat ini pasukan peguam bela berjaya membuktikan fitnah terhadap Anwar tidak pernah berlaku."Kita rasa kita memang ada kes dalam mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Hujah kami kuat dan kami buktikan kejadian itu tidak pernah berlaku. "Itu pendirian kita dan tohmahan yang dilemparkan tak pernah berlaku. "Ini semua satu konspirasi dan kami tetap tegas dengan pendirian kami," kata Sankara penuh yakin. Selesai penggulungan petang tadi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Khamis, 15 Disember jam 930 pagi sebagai tarikh untuk peguam bela membentangkan bidasan kepada hujah. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) |
Bukan Islam terima hudud tapi malangnya umporno tolak hudud Posted: 12 Dec 2011 11:46 PM PST Beberapa orang anggota masyarakat bukan Islam yang ditemui Malaysiakini di Kota Bharu menolak pandangan bahawa undang-undang hudud yang telahpun diluluskan di negeri itu akan menjejaskan kegiatan ekonomi mereka. Individu berkenaan sebaliknya berpandangan, undang-undang berkenaan akan dapat mengurangkan kadar jenayah seperti rompakan. Seorang daripada mereka, yang ingin dikenali sebagai Puan Gan berpendapat penjenayah akan lebih takut untuk melakukan perbuatan itu kerana hukuman berat yang boleh dikenakan melalui undang-undang berkenaan. Kedai kasutnya itu terletak berhampiran zon bersejarah Kota Bharu yang menempatkan bangunan dan lokasi bersejarah yang menjadi tarikan pelancong, termasuk Balai Syura, Istana Jahar dan Istana Batu. Malangnya, kawasan itu sunyi pada waktu malam dan beliau bimbang keadaan itu akan mengundang kegiatan jenayah. "Awal tahun ini, kedai emas (di hadapan kedainya) telah dirompak. Sebab itulah sekiranya undang-undang hudud ini dikuatkuasa, orang akan berfikir dua kali sebelum melakukan rompakan," katanya. Wanita kelahiran Selising, Pasir Puteh itu juga yakin hukuman hudud seperti potong tangan akan mengelakkan jenayah seperti itu berlaku. "Memanglah bunyinya sangat kejam (potong tangan). Tapi sekiranya seorang mangsa ragut terjatuh dan cedera parah, ia akan memberi kesan mendalam kepada keluarga... Mungkin lebih teruk," katanya lagi. Ditanya lanjut, Puan Gan juga berpandangan bahawa peraturan keislaman yang diperkenalkan pihak berkuasa tempatan – Majlis Perbandaran Kota Baru Bandaraya Islam – tidak menjejaskan beliau. Peraturan tersebut termasuk denda yang dikenakan ke atas wanita Islam untuk kesalahan tidak menutup aurat, termasuk tidak memakai baju berlengan panjang. "Saya tidak fikir ia memberi kesan sangat kepada kita, malah orang Cina di sini pun berpakaian sopan, mungkin kita lebih konservatif," katanya yang menambah peraturan itu tidak dikuatkuasakan dengan ketat. Beliau bagaimanapun terkejut apabila diberitahu bahawa ramai golongan bukan Islam di pantai barat Malaysia menentang hudud dan hukuman berkenaan. "Kadang-kadang saya rasa surat khabar mainkan isu ini banyak sangat," katanya lagi. SHARSHOOTER - RAKYAT TIDAK LUPA UCAPAN PEMIMPIN UMNO YANG MENGHINA ISLAM 1. Kenyataan Tun Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim : "Hukum rejam kepada penzina adalah primitive". 2. Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1993 kepada para wartawan : "Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan". 3. Ucapan Tun Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor : "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti". 4. Ucapan Tun Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan : "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". 5. Ucapan Tun Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan : "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" 6. Ucapan Tun Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan : "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik". 7. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994 : "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam." 8. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992 : "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja." 9. Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993 : "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan". 10. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994 : "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini." 11. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994 : "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud." 12. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir." 13. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." 14. Tun Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992 : "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam." 15. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991 : "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan." 16. Tun Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992 : "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak." 17. Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992 : "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu." 18. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992 : "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama." 19. Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio 3 Ibu Kota, 6 Mac 1994 : "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam." 20. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam." 23. Tun Abdullah Ahmad Badawi 13/11/99 : "Apa erti negara Islam jika mundur". UCAPAN MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK 1. Tun Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam". 2. Tun Mahathir Mohamad 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO : "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat". 3. Tun Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997 apabila tiga orang gadis Melayu Islam ditangkap oleh lima pegawai JAIS : "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa". UCAPAN MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA' 1. Tun Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu,yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih." 2. Tun Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC : "Ajaran ulama' inilah yangmenyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka". Lanjutan dari gesaan itu Dato' Ishak Baharom telah ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. MENGIZINKAN MAKSIAT & MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT 1. Tun Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : "Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya". 2. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : "Tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang". 3. Dato' Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub "The Ship" di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : "Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya," UCAPAN-UCAPAN LAIN 1. Dato' Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) dan diterbitkan di dalam infoline Majlis Peguam : "(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan." 2. Dato' Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam : "Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS". KITA TAK HAIRAN JIKA BUKAN ISLAM SEPERTI KARPAL SINGH ATAU CHUA SOI LEK MENOLAK HUKUM HUDUD SEBAB MEREKA BUKAN ISLAM... Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 12 Dec 2011 08:48 PM PST Siapa sangka seorang kanak-kanak berbangsa Cina pun mahu berkhatan.Malah, kanak-kanak itu langsung tidak menampakkan rasa gerun ketika menghadapi 'cabaran' khatan itu. Sebaliknya, dia sedia menunjukkan isyarat bagus selepas selesai dikhatankan oleh doktor. Ng Jun Hau, tujuh tahun, anak Setiausaha Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Cik Pauline Wong, adalah antara 39 kanak-kanak yang berkhatan beramai-ramai di Wisma Rozali di sini, kelmarin. Mereka adalah anak-anak anggota Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Peka), lapor akhbar Mingguan Metro, sambil memetik satu laporan agensi berita Bernama, semalam. Jun Hau tidak menunjukkan rasa sakit dan turut menunjukkan tanda bagus kepada jurukamera yang mengambil gambarnya selepas selesai dikhatankan oleh Dr Shahrizal Azwan Samsudin. Bapanya, Ng Wai Hoong, berkata beliau mengkhatankan anaknya kerana mengetahui kebaikan berkhatan daripada segi kebersihan dan kesihatan seseorang. 'Saya mula memujuk anak saya supaya berkhatan Khamis lalu. Mula-mula dia takut tetapi lama-lama dia teruja untuk datang,' katanya. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
RM100 sebulan untuk penarik beca Pulau Pinang Posted: 12 Dec 2011 07:58 PM PST Saya telah mengarahkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan YB Danny Law Heng Kiang untuk meningkatkan bantuan Kerajaan Negeri kepada penarik beca kepada RM100 sebulan daripada cadangan asalnya iaitu RM100 setiap dua bulan. Mereka akan dibayar RM100 sebulan jika mereka menghadiri penuh Hari Tanpa Kenderaan setiap Ahad dari 7 pagi hingga 5 petang di jalan-jalan terpilih di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town. Tiga bulan lalu, Kerajaan Negeri telah merancang bersama dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk mengadakan Hari Tanpa Kenderaan setiap hari Ahad di jalan-jalan terpilih di George Town mulai 11 Disember. Buat julung kali di negara Malaysia, Hari Tanpa Kenderaan George Town bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat dan mesra alam serta membantu para penarik beca untuk meningkatkan peluang pendapatan mereka. Tiada kenderaan atau pun motosikal yang akan dibenarkan dalam kawasan-kawasan Hari Tanpa Kenderaan melainkan basikal dan beca. Ini akan membantu menambahkan peluang pendapatan untuk para penarik beca. Untuk memastikan bahawa hanya penarik beca yang tulen akan dibantu, Kerajaan Negeri akan mencadangkan bahawa mereka mesti mendaftarkan diri dengan Jabatan Pelancongan Pulau Pinang di bawah naungan YB Danny Law. Tambahan pula, para penarik beca mestilah berhimpun di kawasan yang ditentukan untuk tempoh masa yang tertentu bagi melayakkan diri untuk RM20 yang akan dibayar setiap minggu. Bonus RM20 akan dibayar jika mereka hadir penuh setiap Hari Tanpa Kenderaan bagi sesuatu bulan. Ini akan memastikan kehadiran beca di kawasan-kawasan yang ditentukan untuk pelancong serta memastikan penarik beca yang tulen akan diberi bantuan. Hari Tanpa Kenderaan George Town merupakan lagi satu inisiatif hijau oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengurangkan kesan karbon dan penggunaan kereta di samping membantu golongan berpendapatan rendah di kalangan penarik beca untuk meningkatkan pendapatan mereka. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 12 Dec 2011 07:02 PM PST |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan