Pahang Daily Online |
- Panas: Fitnah Liwat II, Tuduhan Pendakwa Raya Tidak Berasas Serta Telah Kelirukan Mahkamah !
- Panas: Peneroka Berdemo 'Menyokong' Pengarah Besar Felda Serta Mendesak Isa Samad Berundur
- Terkini: 'Keadaan Banjir Berkurangan', Sebanyak 2,773 Mangsa Masih Berada Di Pusat Pemindahan
- Panas: Penyokong UMNO Desak MB Pahang Tidak Bermain Dengan Sumpah Untuk Pertahan Lynas!
- Eksklusif: 'Bantah Arahan Bercuti', ANAK Hantar Memo Sokongan Pengarah Besar Felda Petang Ini
- Video Ucaptama Di Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya Bersama Presiden Dan Juga Mursyidur Am PAS !!
- Kamaruddin Dakwa Jikalau Perbicaraan Berjalan Secara Adil 'Keputusan Memihak' Kepada Anwar !
- Panas: "Blogger Cucumatkilau Nafi Fitnah" ADUN PAS, Tapi Dakwa MB Yang Keluar Kenyataan Itu !
- Isu Lynas: Menteri Besar Pahang Nafi Beliau Serta Barisan Exconya 'Dapat Habuan' Projek Tersebut !
Panas: Fitnah Liwat II, Tuduhan Pendakwa Raya Tidak Berasas Serta Telah Kelirukan Mahkamah ! Posted: 13 Dec 2011 04:42 AM PST KUALA LUMPUR 13 Dis - Peguam Sankara Nair (foto) berkata, pendakwa raya kes Fitnah II masih gagal membuktikan tuduhan mereka terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, kata Sankara, pendakwa raya memilih untuk membuat tuduhan tidak berasas terhadap saksi pakar pembelaan dan mengelirukan mahkamah. "Mereka masih belum memenuhi beban pembuktian yang terletak di atas bahu mereka. "Mereka buat beberapa tuduhan terhadap saksi pakar kita dan mengelirukan mahkamah. "Itu tidak betul dan kita akan bidas hari Khamis ini," kata Sankara sejurus mahkamah ditangguhkan sebentar tadi. Perbicaraan Fitnah II kini memasuki peringkat penggulungan hujah. Semalam, ketiga-tiga peguam Anwar termasuk Karpal Singh dan Ram Karpal Singh menggulung hujah mereka. Hari ini pula adalah giliran pasukan pendakwa raya diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menggulung hujjah mereka Sankara sewaktu ditanya tentang perjalanan kes setakat penggulungan ini berkata, setakat ini pasukan peguam bela berjaya membuktikan fitnah terhadap Anwar tidak pernah berlaku. "Kita rasa kita memang ada kes dalam mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Hujah kami kuat dan kami buktikan kejadian itu tidak pernah berlaku. "Itu pendirian kita dan tohmahan yang dilemparkan tak pernah berlaku. "Ini semua satu konspirasi dan kami tetap tegas dengan pendirian kami," kata Sankara penuh yakin. Selesai penggulungan petang tadi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Khamis, 15 Disember jam 9.30 pagi sebagai tarikh peguambela membentangkan bidasan kepada hujjah. sumber [Ramai yang meramalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti akan dihantar semual ke Penjara Sungai Buloh sebelum pilihanraya umum ke-13 ini nanti. Malah, besar kemungkinan selewat-lewatnya menjelang bulan Februari 2012 kerana PRU-13 diramalkan akan diadakan pada bulan Mac 2012 ini. Apapun, jika keputusan tidak memihak kepada Anwar maka sudah pasti gelombang kebangkitan rakyat yang menyokong beliau akan bergema semula. Khabarnya, bantahan rakyat akan dapat disaksikan seperti zaman awal reformasi dulu. Malah, kemungkinan besar UMNO BN akan kehilangan lebih banyak kerusi pada PRU-13 nanti jika Anwar dipenjara. Inilah yang merungsingkan Perdana Menetri, Datuk Seri Najib Razak sebenarnya. Lantaran itulah, mereka perlu berhati-hati untuk menangani kes Anwar disaat-saat akhir ini. Jika dilihat kepada penghujahan dan bukti yang dikemukakan ternyata kes Liwat II ini sepatutnya sudah lama dibuang begitu sahaja. Terlalu banyak kemusykilan dan kekeliruan dalam kes ini!] |
Panas: Peneroka Berdemo 'Menyokong' Pengarah Besar Felda Serta Mendesak Isa Samad Berundur Posted: 13 Dec 2011 01:59 AM PST KUALA LUMPUR, 13 Dis - Kira-kira 50 wakil peneroka Felda daripada beberapa negeri hari ini menyerahkan memorandum menyokong Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab di Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney, dekat sini. Memorandum sokongan itu ekoran tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Dzulkifli bercuti dan mengikuti Kursus Pengurusan Lanjutan bagi meningkatkan prestasi untuk melakukan transformasi Felda. Ia merupakan cadangan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad melalui surat yang dihantar kepada Najib bertarikh 21 November. Arahan bercuti dikeluarkan melalui surat yang diikeluarkan Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri 25 November lalu. Difahamkan, Dzulkifli mula bercuti 25 November lalu dan telah berlepas ke London minggu lalu. Memorandum yang diserahkan kepada wakil Felda, Muhamad Ibrahim antaranya menuntut Perdana Menteri menarik balik arahan bercuti itu dan menggugurkan Isa daripada jawatannya. Mereka diketuai Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berarak kira-kira satu kilometer menuju ke bangunan Felda dengan diawasi kira-kira 30 anggota polis beruniform termasuk polis cawangan khas. Mereka melaungkan "undur Isa Samad", "hidup rakyat" sambil membawa sepanduk bertulis "kami sayang Dzul, benci Isa". Bercakap kepada media selepas penyerahan memorandum, Mazlan berkata, pihaknya amat kesal dengan tindakan yang dilakukan terhadap Zulkifli yang dianggap sebagai seorang yang sangat amanah dan berdedikasi dalam tugasnya. "Kami yakin tindakan ini sebenaranya penyingkiran kepada Datuk Dzul. "Ia tidak beretika dan biadap terhadap Ketua Eksekutif Kumpulan yang mempunyai 23 kakitangan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. Menurut Mazlan, Isa tidak senang dengan Dzulkifli kerana menganggap Dzulkifli menghalang usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia. "Dalam mesyuarat lembaga pengarah, Datuk Dzul pernah mempersoal di mana Felda nak cari duit untuk bayar gaji kakitangan Felda RM1.5 bilion bila FGVH melabur dalam Bursa Malaysia. Isa tidak senang kerana mengganggu usahanya untuk penyenaraian terbabit," jelas Mazlan Aliman lagi. [Amat tidak wajar tindakan Isa Samad mengarahkan Datuk Dzulkifli bercuti semata-mata mahu melempiaskan hawa nafsunya untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia. Ini kerja jahat dan sungguh memalukan sebenarnya. Malah, ia adalah satu strategi licik untuk beliau merompak hasil khazanah Felda itu sendiri. Apakah rasional orang yang sudah terpalit dengan rasuah seperti beliau ini diangkat sebagai Pengerusi Felda dan dalam masa yang sama Kerajaan UMNO BN berbangga kononnya mereka mahu membenteras rasuah. Inilah namanya "cakap tak serupa bikin" dan peneroka seluruh negara wajar menolak Isa Samad sebelum beliau terus menggunakan kuasanya untuk menipu mereka. Pastikan kawasan Felda tumbang pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti, jika tidak mahu nasib dan masa depan mereka diperlakukan sedemikian rupa. Fikirkanlah, Ayuh bangkitlah pertahankan hak anda]. |
Terkini: 'Keadaan Banjir Berkurangan', Sebanyak 2,773 Mangsa Masih Berada Di Pusat Pemindahan Posted: 13 Dec 2011 01:08 AM PST KUANTAN 13 Dis - Mangsa telah pun banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di dua daerah di Pahang berkurangan kepada 2,773 orang tengah hari ini berbanding 2,894 orang pagi tadi. Menurut jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga jam 2 petang ini, seramai 121 mangsa banjir di Pusat Bina Insan Jaya Gading, Kuantan telah dibenarkan pulang tengah hari ini. "Ketika ini mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan di daerah Kuantan ialah seramai 2,293 orang di 13 pusat pemindahan," kata jurucakap berkenaan di sini hari ini. Manakala di daerah Rompin, seramai 114 keluarga dengan jumlah seramai 480 orang masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir daerah itu. "Banjir di kawasan penempatan mereka telah didapati surut bagaimanapun mereka masih belum dibenarkan pulang kerana banjir masih belum pulih sepenuhnya," katanya. Sementara itu Jalan Bukit Serdang di Rompin, ditutup kepada semua kenderaan kerana terdapat runtuhan tanah di kawasan tersebut, manakala di KM38 Jalan Ibam-Rompin ditutup kepada kenderaan ringan kerana kawasan itu dinaiki air setinggi 0.5 meter. [Nampaknya musim tengkujuh sudah benar-benar melanda negeri Pahang sekarang ini. Hujan senantiasa turun sejak beberapa hari yang lalu di sana sini. Seluruh rakyat diminta bersabar dengan musibah yang melanda. Elakkan perbezaan fahaman politik dalam membantu mangsa-mangsa yang terbabit. Pastikan keselamatan keluarga diutamakan. Apa yang penting, bagi mereka yang tinggal di kawasan-kawasan yang berisiko banjir maka mereka harus bersedia untuk berpindah jika dikeluarkan arahan. Sikap sesetengah mangsa yang tidak mahu berpindah kerana mahu menjaga rumah masing-masing boleh memudaratkan diri sendiri sebenarnya. Oleh itu semua pihak diminta berhati-hati dengan keadaan banjir kali ini. Pastikan tidak ada mangsa yang terkorban semasa musim tengkujuh ini]. |
Panas: Penyokong UMNO Desak MB Pahang Tidak Bermain Dengan Sumpah Untuk Pertahan Lynas! Posted: 12 Dec 2011 05:05 PM PST KUANTAN, 13 Dis - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob digesa tidak bermain dengan "sumpah" dalam isu Lynas kerana ia dikhuatiri akan memakan diri tidak lama lagi. Demikian ditegaskan oleh seorang penyokong UMNO yang menghubungi kami semalam. Beliau terkejut bagaimana Adnan begitu berani bersumpah kononnya dia tidak terlibat langsung dengan pembinaan kilang itu. Malah kenyataan Adnan bahawa beliau menyokong projek pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) di negeri ini kerana ia memberi peluang pekerjaan kepada penduduk adalah tidak masuk dek akal sama sekali. Adnan juga memperjelaksan projek yang diluluskan oleh kerajaan Pusat itu bukan dilaksanakan demi kepentingannya seperti dakwaan sesetengah pihak. "Sumpah, saya tak makan duit Lynas walaupun satu sen. Saya menyokong projek ini kerana memberi peluang pekerjaan kepada orang Pahang. "Malah, projek ini diluluskan oleh kerajaan Pusat dan saya tidak ada kena-mengena seperti fitnah yang disebarkan pembangkang," katanya ketika menggulung perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri di sini semalam. Kenyataan sumpah Adnan ini tidak kena sebenarnya, kerana umum mengetahui bahawa selama ini apabila ada projek-projek tertentu mahu dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) setiap minggu, pasti akan ada "habuan-habuan" tertentu untuk Menteri Besar dan barisan exconya sendiri. Menurut pemimpin UMNO terbabit, Adnan jangan terlalu mendabik dada kononnya dia di pihak yang benar dan menuduh mereka yang membantah Lynas sebagai "tidak betul" dan sengaja mahu merosakkan fikiran rakyat. Padahal, rakyat sendiri boleh mendapatkan maklumat tentang bahaya "rare earth" menerusi internet setiap hari. "Saya sendiri terpaksa menggunakan proksi-proksi MB atau exconya untuk memohon kawasan lombong bijih besi. Kalau tidak permohonan saya sudah pasti akan ditolak kerana tiada bahagian untuk mereka. Bukan itu saja, malah banyak projek dan permohonan lain juga begitu. Malah ada exco-exco yang kaya raya dengan duit komisyen hasil sokongan terhadap sesuatu projek berkenaan. Jika exconya makan kecik, maka mana mungkin Adnan tidak makan besar. Inilah lumrah dan budaya hidup pemimpin UMNO. Mereka akan pastikan setiap projek itu ada bahagian untuk mereka dan UMNO sejak dulu lagi. Apatah lagi dengan projek Lynas yang jelas selama 12 tahun Kerajaan Negeri Pahang tidak dapat apa-apa hasil. Kalau setakat pekerjaan untuk beberap ratus orang, dalam masa yang sama memberi risiko kepada beribu orang itu sebenarnya tidak bermakna. Saya amat kecewa dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin kerajaan negeri dalam isu ini. Saya melihat sendiri, rakyat terutamanya kaum Cina menolak BN gara-gara isu ini. Maka lebih baik Adnan tutup mulut ", tambah beliau lagi. Adnan telah dibentang dengan projek oleh CEO Lynas sejak awal-awal lagi, mana mungkin beliau boleh mengatakan Kerajaan Negeri tidak terlibat? Adnan tidak sewajarnya lepas tangan dengan bersumpah semata-mata pertahankan dirinya, sedangkan dia ada bersama CEO Lynas ketika itu [Bermain dengan sumpah ini terkadang adalah satu cara untuk menyelamatkan diri kononnya kita tidak bersalah. Dalam keadaan terdesak atau darurat sesiapa sahaja akan bersumpah. Tapi, apakah rakyat boleh menerima sumpah tersebut sedangkan mereka sendiri tahu bagaimana caranya UMNO BN menguruskan hasil mahsul negeri ini. Adnan tidak dapat lari dari kenyataan, kerana rakyat melihat apa yang berlaku sejak sekian lamanya. Justeru, beliau harus berhati-hati agar tidak terperangkap dengan sumpah yang dikeluarkan itu hendaknya. Rakyat sebenarnya tidak terlalu "bodoh" untuk menilai projek ini. Namun, kenyataan Adnan yang "lepas tangan" kononnya Kerajaan Pusat yang berkuasa membawa masuk projek berkenaan membukti beliau seolah-olah tiada kuasa langsung dalam hal ini. Mana mungkin Menteri Besar tiada kuasa untuk sesuatu pembangunan yang berskala besar ke negerinya. Kenyataan Adnan ini adalah satu cubaan untuk memperbodohkan rakyat sekali lagi. Jika ini keadaannya, apakah rakyat boleh percaya apa yang disampaikan oleh beliau selama ini. Apa yang pasti rakyat pasti terpaksa mengubahnya]. |
Eksklusif: 'Bantah Arahan Bercuti', ANAK Hantar Memo Sokongan Pengarah Besar Felda Petang Ini Posted: 12 Dec 2011 01:44 PM PST KUALA LUMPUR, 13 Dis - Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan mengadakan satu demontrasi di hadapan Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney jam 2.30 petang ini bagi menyerahkan memorandum sokongan kepada Pengarah Besar Felda, Dato' Zulkifli Abd Wahab. Memo itu adalah bagi membantah tindakan arahan memaksa beliau bercuti sehingga Ogos 2012. Zulkifli diberikan arahan bercuti sembilan bulan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memberi peluang beliau melanjutkan pelajaran. Surat itu dilapor dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebelum ini manakala arahannya pula akan berkuatkuasa daripada 25 November ini hingga Ogos tahun depan. Menurut Pengerusi ANAK, NGO yang selama ini begitu lantang membangkitkan isu-isu Felda iaitu Mazlan Aliman (foto) berkata tindakan yang dilakukan terhadap Pengarah Besar Felda itu adalah petanda awal untuk menyingkirkan beliau dari agensi itu. "Dia (surat) tak kata berhenti. Tetapi hantar surat suruh sambung belajar. Hendak belajar apa? Datuk Zul (Zulkifli ) sudah 54 tahun."Kalau orang faham, fahamlah (maksud sebenarnya)," katanya. Mazlan yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS berkata, mereka dijadual menyerahkankan memorandum sokongan terhadap Zulkifli kerana berpendapat tindakan itu tidak wajar. "Walaupun dalam beberapa isu ANAK mengkritik kepimpinan Felda tetapi dalam hal kerja beliau bersikap profesional. Beliau sendiri bermula daripada bawah dan setia pada tugasnya," kata Mazlan Aliman lagi. [Tindakan yang dilakukan terhadap Pengarah Besar Felda itu sungguh mengejutkan kita sebenarnya. Ternyata, orang seperti Tan Sri Isa Samad cukup berbisa untuk memaksa Perdana Menteri, Najib Razak mengikut arahannya. Apakah ini kerana beliau masih memegang fail sulit Najib yang pernah didakwa tertangkap dengan seorang artis di Port Dickson ketika Isa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dulu agaknya?. Jika tidak, masakan Najib boleh melantik Isa yang jelas telah melakukan perbuatan rasuah ketika menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dulu. Malah, UMNO sendiri telah menggantung dan membuktikan dia bersalah, Tapi anehnya, bila Najib menjadi Perdana Menteri maka Isa Samad yang sudah tinggal "nyawa-nyawa ikan" dalam politik itu akhirnya diselamatkan dengan meletakkan beliau menjadi calon BN bagi Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang baru-baru ini. Dan akhinya, Isa diangkat sebagai Pengerusi Felda dalam satu suasana yang sungguh kontroversi. Kini Isa telah menggunakan kuasanya untuk memastikan keuntungan lumayan akibat penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia dilaksanakan juga. Maka, siapa sahaja yang menghalang pasti akan menjadi mangsa. Itulah yang terjadi kepada Dato' Zulkifli Wahab (foto) sebenarnya. Apakah semua ini harus dibiarkan?. Maka warga Felda dijemput hadir beramai-ramai memberi sokongan petang ini]. |
Video Ucaptama Di Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya Bersama Presiden Dan Juga Mursyidur Am PAS !! Posted: 12 Dec 2011 01:26 PM PST |
Kamaruddin Dakwa Jikalau Perbicaraan Berjalan Secara Adil 'Keputusan Memihak' Kepada Anwar ! Posted: 12 Dec 2011 11:58 AM PST KUALA LUMPUR, 13 Dis - Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar (foto) yang turut hadir mengikuti sesi penggulungan hujah kes liwat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam berkata, jika perbicaraan itu dilakukan secara adil akan memihak kepada Anwar. Beliau yang ditemui di perkarangan lobi mahkamah memberitahu peguam Anwar telah memberikan bukti yang begitu banyak dan dari segi teknikal amat mustahil untuk hakim membuktikan Anwar bersalah. "Bukti-bukti begitu terperinci telah dikemukakan oleh peguam-peguam Anwar dan segala hujah pihak pendakwa sebelum ini telah dapat dipatahkan oleh barisan peguamnya. "Begitu juga berkaitan dengan DNA ataupun bukti Saiful berada di kondominium sewaktu kejadian fitnah tersebut, malah bukti-bukti yang menimbulkan kesangsian," jelasnya. Beliau begitu yakin dengan pengadilan yang adil akan mendapati begitu banyak keraguan yang telah ditimbulkan oleh pihak pembela hari ini. "Sewaktu pihak pembela mengemukakan hujah pihak pendakwa tidak sedikit pun bangun untuk mencelah atau mencabar, sudah tentu mereka akan memberikan hujan mereka esok dan mereka mengatakan hanya memerlukan masa dua jam untuk mengemukakan hujah mereka. "Dalam pada itu saya amat yakin bahawa pembelaan yang dilakukan oleh barisan peguam Anwar itu amat berkesan," kata beliau lagi. [Keputusan akan memihak kepada Anwar Ibrahim jika pihak berkenaan membuat "skrip" yang telah disiapkan. Jika tidak, pasti Anwar akan dihantar semula ke Penjara Sg.Buloh. Semua ini bagi menghalang Ketua Pembangkang itu menyertai Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi. Jika perbicaraan dibuat secara adil, memang sejak awal-awal lagi kes liwat II ini sepatutnya dibuang begitu sahaja. Tambahan pula ia tiada lansgung nilai untuk dibicarakan apabila terlalu banyak kekeliruan dan kecelaruan yang mengundang keraguan terjadi sepanjang perbicaraa terseebut. Malah, sejak dari awal ia didedahkah sememangnya terdapat begitu banyak kepincangan terhadap pengadu iaiatu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Persoalannya, siapakah yang bakal jadi "mangsa" dalam kes ini agaknya?]. |
Panas: "Blogger Cucumatkilau Nafi Fitnah" ADUN PAS, Tapi Dakwa MB Yang Keluar Kenyataan Itu ! Posted: 12 Dec 2011 11:12 AM PST KUANTAN, 13 Dis - Blogger Cucumatkilau (foto) hari ini menafikan beliau menfitnah dua Ahli Dewan Undangan Negeri PAS Pahang iaitu YB Syed Mohamad Syed Lonik (Beserah) dan YB Syed Hamid Syed Mohamad (Kuala Semantan) berhubung dakwaan mereka terlibat dengan projek Lynas. Kenyataan beliau didalam blognya yang menafikan perkara itu dikeluarkan awal pagi tadi. Dalam kenyataan tersebut beliau merasa sungguh terkejut, bila dimaklumkan oleh sahabat bahawa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Pahang yang dikatakan turut mengaut keuntungan daripada projek Lynas menuduh seorang blogger pembangkang "fitnah" mereka dalam isu itu. Walau pun, blogger semuthitam tidak menamakan blogger pembangkang terbabit namun daripada paparan "wall facebook" pada blog beliau jelas sekali ia diambil daripada facebook CMK. "Persoalannya sekarang, dalam isu ini apakah benar CMK buat fitnah. Sedangkan CMK merujuk kepada kenyataan Menteri Besar selepas pembentangan Bajet 2012 pada Sidang DUN Pahang awal minggu lalu. Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh media arus perdana", katanya. Baca seterusnya kenyataan beliau di SINI. [Sungguh mengejutkan apabila ADUN terbabit menafikan perkara ini tetapi tidak pula mendakwa MB Pahang yang menfitnah mereka. Sedangkan MB telah keluarkan kenyataan kepada media arus perdana berkenaan isu berkenaan dan secara jelas mengatakan ADUN Pembangkang juga turut jadi rakan kongsi. Bukankah itu bermakna, ada sesuatu yang tidak kena dalam hal ini. Kita patut berbangga bila mana ada pihak yang berani mendedahkan isu ini. Jika ia dilakukan oleh puak UMNO BN, mungkin akan dikatakan fitnah serta sebaliknya. Namun, bila dilakukan oleh blogger yang menyokong perjuangan rakyat maka sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam hal ini. Masalahnya, kenapa ada orang PAS sanggup terlibat mengambil projek dan bekerja di kilang Lynas sedangkan mereka juga yang beriya-iya menentang projek itu selama ini. Ada sesuatu perlu dibongkar!]. |
Isu Lynas: Menteri Besar Pahang Nafi Beliau Serta Barisan Exconya 'Dapat Habuan' Projek Tersebut ! Posted: 12 Dec 2011 07:37 AM PST KUANTAN, 12 Dis - Menteri Besar Dato Sri Adnan Yaakob (foto) berkata beliau dan anggota Exco Kerajaan Negeri tidak mendapat sebarang habuan daripada syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd bagi membolehkan kilang memproses nadir bumi dibina di kawasan Perindustrian Gebeng di sini. "Demi Allah, Demi Rasul, saya tidak terima satu sen pun dari Lynas," kata Adnan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ketika menggulung perbahasan Bajet 2012 hari ini. Sebaliknya, "rakan-rakan" kepada wakil rakyat pembangkang yang memperoleh pelbagai projek pembinaan kilang berkenaan, kata Adnan sambil memegang satu dokumen bagi membuktikan bahawa terdapat projek pembinaan berjumlah RM35 juta, RM25 juta dan RM12.4 yang diberikan kepada mereka yang berkaitan dengan wakil rakyat pembangkang. Beliau berkata isu pembinaan kilang itu telah diputarbelitkan dengan pembohongan oleh pihak-pihak tertentu sehingga menimbulkan resah gelisah rakyat terutamanya penduduk di Kuantan. Adnan berkata tindakannya menerangkan panjang lebar pada sesi penggulungan pada Bajet 2012 yang menyentuh soal kilang berkenaan adalah kerana terdapat persepsi pihak tertentu kononnya beliau banyak "berdiam diri kerana takut" berhubung isu berkenaan. Katanya setakat ini beliau tidak berhasrat untuk mendedahkan sepenuhnya pihak yang menerima projek itu. "Tak eloklah dedah semua, dedah sedikit-sedikit baru seronok," kata beliau. Pada sesi penggulungan itu, Adnan turut menangkis tohmahan berhubung pembinaan kilang berkenaan yang disifatkan beliau sebagai pembohongan demi kepentingan politik sempit. Beliau berkata soal kesihatan dan keselamatan menjadi keutamaan kerajaan sebelum lesen praoperasi dikeluarkan kepada syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd bagi membolehkan kilang memproses nadir bumi itu dibina di kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan. Katanya Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) serta pakar-pakar luar negara telah mengesahkan bahawa pembinaan kilang itu selamat. "Malangnya, ianya masih diputar belitkan oleh pihak tertentu yang kononnya kilang berkenaan akan memudaratkan rakyat," tambah MB Pahang itu. [Kenyataan MB Pahang ini, walau ada kebenarannya namun ia terlalu sukar untuk diterima oleh rakyat yang menentang projek Lynas sebenarnya. Ini kerana fenomena semasa menyaksikan Adnan dan barisan exconya sering mendapat habuan daripada beberapa projek yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) itu sendiri. Lihat saja projek-projek seperti pembalakan, perlombongan (bijih besi), pertanian dan sebagainya. Malahan, ada exco-exco dan wakil rakyat UMNO BN yang bermewah-mewah dengan komisyen yang mereka perolehi akibat kelulusan sesuatu projek berkenaan. Ini tidak boleh disangkal oleh mereka sebenarnya. Malah, rakyat melihat apa yang berlaku di depan mata. Adnan tidak perlu menganggap semua rakyat "bodoh" seperti sebahagian daripada mereka. Rasional inilah yang menyebabkan, rakyat yakin yang Adnan dan barisan exconya mendapat habuan daripada projek berkenaan. Mungkin bukan atas nama masing-masing, tetapi proksi-proksi yang terlibat sebenarnya. Janji untuk mendedahkan nama-nama kontraktor perlu dilakukan segera kerana pengumuman sudah dibuat. Masalahnya, selain pemimpin pembangkang terbbait ramai lagi "orang kuat UMNO" yang mendapat habuan ratusan juta ringgit atas projek berkenaan. Inilah yang rakyat perlu tahu. Maka itu, kerajaan harus mendedahkan mana-nama kontraktor dengan segera sekarang. Rakyat amat ternanti-nanti siapakah mereka itu]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan