shalehudin |
- Bangsa UMNO wajib baca artikel nih...
- Bangang sangat la sesapa yang tak nampak...
- Rambut Rosmah tak cukup kembang... kahkahkah...
- Ada sesapa dari bangsa UMNO boleh jawab ni...
- Menteri jaga Agama didakwa cacamarba... haha...
- Tak habih-habih hampa ni ngan misteri...
- PANAS!! Lagi gay Melayu kahwin, kali ini di Greece
- Toyo dah kena, kak Ijat tidoq tak lena... kahkahkah...
- Wajib tau nih...
- Sembelih Toyo pasai nak bunuh Anwar...
Bangsa UMNO wajib baca artikel nih... Posted: 26 Dec 2011 11:15 AM PST Mestikah kita berterima kasih kepada perompak yang merompak kita? Saya rasa sangat terpanggil untuk menulis tentang apa yang diperkatakan oleh pemimpin kerajaan BN yang tidak lepas dari menggunakan isu 'mengenang budi' sebagai modal kempen. Modal ini telah dijual kepada rakyat dari dulu sampailah sekarang, apatah lagi dalam situasi BN dalam keadaan defensif sekarang ini. Tentunya ini merupakan modal terbesar yang masih tinggal kepada UMNO terutamanya dan masih ada di antara pemimpinnya yang menyatakan bahawa sesiapa yang berfikiran yang berlainan dengan pemikiran pimpinan UMNO itu adalah mereka yang tidak mengenang budi. Berbagai-bagai budi yang UMNO telah taburkan, kata mereka. Pelajaran anak-anak, sampailah kepada subsidi gigi palsu kepada orang yang gigi yang sudah 'kelompong'. Kalaulah tidak ada UMNO, kepada mereka ramai rakyat yang 'kelompong' giginya. Kita mesti faham asas pembentukan sebuah negara seperti negara kita ini. Kita mengambil demokrasi sebagai cara rakyat memilih siapa yang mereka hendak berikan mandat itu. Memberikan undi kepada mana-mana pihak itu merupakan satu tanggungjawab yang asas dalam demokrasi. Asalkan parti-parti yang menawarkan kepimpinan itu adalah parti-parti yang halal disisi undang-undang negara, kita boleh memberikan undi kepadanya. Setakat ini hanya parti komunis Malaya sahaja yang telah diharamkan dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pilihanraya di negara ini. Saya memilih untuk menulis isu ini kerana ada seorang dua yang menulis email kepada saya dengan bahasa yang baik dan sopan supaya saya mengingati jasa-jasa UMNO dan terus sahaja menyokong parti itu. Saya menghormati pandangan mereka ini dan saya telah pun memberikan jawapan kepada mereka berdua ini juga dengan bahasa yang baik dan tertib, selari dengan adat serta adab sopan sebagai seorang Melayu.. Melayu ini sebenarnya adalah bangsa yang lembut budi bahasanya. Itulah sebabnya saya tidak memandang sebelah mata kepada mereka yang bercakap kasar dan menggunakan bahasa kotor dan jelek apabila bersalah-salahan dalam satu isu yang berbangkit. Perkataan kotor-kotor yang terhambur dari pihak UMNO dan penyokong-penyokongnya ini lah yang membuatkan ramai rakyat di atas pagar mengambil tindakan memberikan sokongan kepada pihak alternatif yang di hina dengan tiada perinya ini. Mereka mengambil sikap dan kelakuan penyokong UMNO ini sebagai alasan dan penyebab mereka tidak berminat untuk bersama UMNO lagi. 'Attribute' dan sikap Melayu itu sudah tidak ada lagi kepada penyokong-penyokong UMNO kini. Sikap dan perlakuan mereka terlalu 'un Malay'. Mereka terlupa yang bahasa itu adalah jiwa kepada bangsanya. Sesebuah negara yang berkerajaan mendapatkan sumber kewangan untuk memerintah itu datangnya dari rakyat. Rakyat yang membayar pihak yang memerintah itu melalui cukai pendapatan, cukai tanah serta cukai excise serta jualan dan bermacam-maca lagi sumber dan kesemuanya adalah dari rakyat. Ahli-ahli Legislatif serta pegawai-pegawai awam dibayar gaji oleh rakyat. Semua perbelanjaan kerajaan dan kakitangannya dibayar dari wang rakyat. Seperti di negara kita cukai pendapatan di kutip dari semua yang mempunyai pendapatan tidak kira mereka itu ahli UMNO, DAP, PKR, PAS atau mana-mana parti sekali pun. Sekarang ini rakyat telah memberikan mandat kepada UMNO dan BN untuk memerintah. Gaji menteri-menteri UMNO dan BN dibayar oleh rakyat. Pemimpin-pemimpin UMNO ini ditugaskan untuk memerintah dan mentadbir negara dengan baik dan jujur. Tetapi sekarang mereka yang diberi mandat ini telah banyak menyimpang dari tanggungjawab mereka kepada negara. Saat ini UMNO sedang menghadapi pertarungan yang sangat sengit dalam sejarahnya. Orang Melayu termasuk ahli-ahli UMNO sendiri sudah mula dengan deras meninggalkan UMNO ini dan pemimpin UMNO mula lah memberikan segala janji-janji yang sama sejak dulu sampai lah sekarang, iaitu agenda Melayu. Sampai sekarang UMNO hanya punya agenda Melayu tetapi tidak mampu melaksanakannya. Melayu terkebelakang juga. UMNO terus memaki hamun siapa yang tidak sebulu dengannya dan yang tidak dapat di tinggalkannya ialah sifat mengungkit-ngungkit dengan apa yang telah dilakukannya terhadap negara. Mereka memaki hamun kononnya yang tidak menyokong ini adalah mereka yang tidak berterima kasih. Tetapi hakikatnya mereka tidak berterima kasih terhadap rakyat yang telah memberikan mereka mentadbir negara selama ini. Menteri-menteri dibayar gaji oleh rakyat termasuk Perdana Menteri. Begitu jugalah MB MB setiap negeri serta semua ahli-ahli lagislatif itu dibayar gaji dan kemudahan oleh rakyat. Rakyat membayar gaji dan kemudahan itu ialah untuk mereka mentadbir negara dengan baik. Jangan rasuah, jangan menyalahgunakan kuasa dan tidak berdisiplin. Kalau jadi menteri jangan gunakan kedudukan untuk mempengaruhi kerajaan untuk membiayai projek suami dan anak-anak dengan begitu besar secara mudah. Jangan gunakan wang itu untuk membeli perkara-perkara yang tidak kena-mengena dengan tujuan pinjaman itu di berikan. Ikut undang-undang yang telah digubal dengan baik itu. Jika undang-undang kata tidak boleh jadi Pengerusi Koperasi jangan rampas kedudukan mereka yang layak duduk di situ sekian lama. Hormati rakyat tanpa mengira fahaman politik. Kalau telah menandatangani perjanjian royalty minyak dengan negeri-negeri berdaulat dalam persekutuan itu kita mest tunaikan janji itu. Jangan dipermain-mainkan rakyat yang telah lama bersabar melihat tahap kelakuan pemimpin yang terlalu buruk itu. UMNO mesti faham pembiayaan pembangunan negara itu dibiayai oleh pembayar cukai termasuk cukai dari ahli-ahli pembangkang. UMNO hanya menguruskan serta membuat perancangan untuk membangunkan negara dan rakyat telah membayar gaji mereka setiap bulan. Kalau dah begitu apa pasal UMNO sentiasa meminta rakyat berterima kasih kepada UMNO sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO dalam kerajaan itu telah dibayar gaji dan upah mengurus negara oleh rakyat. Oleh kerana salah laku pemimpin UMNO itulah yang menyebabkan ramai yang tidak lagi bersama parti itu dan lucunya UMNO pula yang meminta kita berterima kasih kepada mereka. UMNO nampaknya meminta kita berterima kasih kerana membohongi rakyat dan melakukan segala tindakan buruk seperti rasuah dalam segala bidang. Bagaimana UMNO mempunyai muka untuk meminta orang ramai berterima kasih kerana mereka menjahanamkan negara dan harta benda rakyat? Bacalah sebanyak mana pun ayat-ayat quran seperti yang dilakukan oleh TS Muhyiddin baru-baru ini untuk mengaburi mata rakyat dan menutup segala salah laku pemimpin-pemimpin. Tetapi rakyat tetap mengetahui segala keburukan yang dilakukan oleh pimpinan-pemimpin mereka. Ayat-ayat yang dibaca itu hanya mustajab bergantung kepada siapa yang membacanya. Pendeknya apa yang diberikan oleh UMNO kepada rakyat selama ini ialah duit rakyat sendiri, bukannya duit UMNO. Mereka pun telah dibayar dengan lumayan untuk mengendalikan kerja-kerja pembangunan negara dan rakyat. Kemarahan kepada mereka ialah kerana mereka telah mengambil lebih dari apa yang dibayar oleh rakyat itu melalui rasuah dan salah guna kuasa yang telah berlarutan sekian lama. Rakyat negara ini adalah insan biasa. Mereka ada had kesabarannya. Itulah ramai rakyat yang ingin mengupah pihak lain untuk mentadbir mereka kerana UMNO yang telah di upah mereka untuk menjaga kepentingan mereka telah banyak menyeleweng. Mereka tidak juga mahu berubah untuk menjadi pentadbir yang baik. Tetapi kita memahami juga kenapa mereka tidak mahu berubah: iaitu kerana sudah begitu ketagih dengan mencuri dam memakan rasuah secara besar-besaran. Penyakit ketagihan ini memang tidak boleh diubati dan rakyat tahu UMNO tidak mungkin dapat mengubati penyakit yang mereka hadapi ini. Itulah sebabnya rakyat memandang sepi kepada UMNO akhir-akhir ini. Mungkin rakyat akan bertindak mengupah pihak lain pula untuk mentadbir mereka dengan baik. Dalam sistem demokrasi tidak salah jika kita memberikan peluang kepada mana-mana pihak untuk diupah untuk mentadbir kita. Rakyat tidak mahu lagi pemimpin-pemimpin yang mengambil terlalu lebih daripada upah yang telah ditetapkan untuk mereka. Rakyat sudah terlalu sabar selama ini melihat mereka mencuri di sana dan mencuri di sini. Mereka semua ibarat 'mengharapkan pagar, pagar makan padi'. |
Bangang sangat la sesapa yang tak nampak... Posted: 26 Dec 2011 07:00 AM PST Pengajaran Dari Kes Khir Toyo WALAU apa tanggapan penulis mengenai kes yang melibatkan Khir Toyo semalam, itu tidak sepatutnya menyekat semua pimpinan Pakatan Rakyat yang memegang kuasa tampuk pemerintahan kerajaan negeri untuk belajar sesuatu daripadanya. Keputusan Hakim semalam (sehingga dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah yang lebih tinggi) menunjukkan bahawa seseorang pemimpin kerajaan tidak boleh mengadakan apa-apa transaksi dengan kenalan atau yang mempunyai hubung kait perniagaan dengan kerajaan yang dipimpin atau mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu keputusan. Jika mahu membeli harta sekalipun, gunalah saluran yang sah seperti melantik agen hartanah dan sebagainya serta elakkan daripada berhubung terus dengan pembeli dalam apa keadaan sekalipun. Disamping itu, elakkan juga membeli aset yang berada dibawah nilai pasaran semasa (walaupun pembeli tidak kisah dengan perkara tersebut). Politik tidak mengenal kawan dan lawan. Bila segala kuasa yang ada sudah hilang, sesiapa sahaja boleh mengambil kesempatan walaupun dalam kes ini Datuk Shamsudin Diman (saksi utama pendakwa) bukanlah orang yang mengadu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan dia dipaksa menjual hartanah tersebut kepada Khir Toyo dengan harga yang murah. Sebaliknya, semua bermula bila ADUN Sekinchan Ng Suee Lim membuat laporan kepada SPRM berkenaan nilai rumah Khir Toyo yang dikatakan bernilai RM 24 juta. SPRM gagal menemui bukti yang mengesahkan rumah tersebut adalah seperti nilai yang dikatakan tapi menemui bukti lain yang membawa kepada perbicaraan yang berakhir semalam. Itu juga bermaksud, memiliki rumah yang besar, seluas padang bola sekalipun tidak ada masalah kepada SPRM, asal saja proses pemilikan itu tidak ada sebarang keraguan. Keputusan hakim dalam kes ini, meletakkan pemimpin kerajaan negeri sekarang ini sudah mencapai tahap seperti hakim yang tidak boleh mempunyai kawan melainkan dikalangan mereka sahaja. Sukar penulis nak bayangkan bagaimana ini boleh dilakukan dalam situasi sebagai pemimpin politik. Sebagai orang politik memang kita perlu bercampur dengan ramai kalau tidak semua orang. Bagaimanapun, belum terlambat untuk semua pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat memeriksa kembali sebarang transaksi yang telah dibuat sepanjang dilantik memegang jawatan tersebut. Kalau ada yang serupa atau hampir sama seperti kes Khir Toyo maka belum terlambat untuk membuat pembetulan kerana kita tidak pasti apa yang akan berlaku dimasa depan. Walau pun begitu, penulis masih berpendapat ada banyak alasan penghakiman Datuk Mokhtarudin Baki yang menyebabkan kes ini cacat dengan sendirinya dan hanya membuka peluang kepada proses rayuan nanti untuk menyebelahi Khir Toyo. Itu yang dikatakan wujudnya tangan-tangan ghaib yang terlibat. Seperti mana semalam, penulis yakin keadaan ini hanya sementara bagi mengurangkan kecaman ke atas sistem kehakiman jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes liwatnya nanti. Khir Toyo sendiri nampaknya mengakui hal ini apabila menetapkan 9hb Januari sebagai tarikh untuk menentukan masa depannya dalam politik. Tidakkah semua ini kelihatannya terlalu ketara pada kita? |
Rambut Rosmah tak cukup kembang... kahkahkah... Posted: 26 Dec 2011 05:00 AM PST Deepak rakan Rosmah tinggalkan pasaran saham sebab Dr M tidak senang Written by Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Deepak Jaikishan yang dipopularkan oleh tuduhan 'toy boy' Rosmah Mansor telah membuat kejutan dengan menjual kepentingan beliau dalam syarikat yang ingin memasuki bidang minyak dan gas- Envair Holding Bhd. Tindakan beliau yang secara tiba-tiba itu setelah meyakinkan ramai pihak bahawa beliau mahu terlibat dengan syarikat itu untuk jangkamasa yang lama mengundang spekulasi bahawa mungkin ada orang di peringkat tertinggi UMNO yang tidak menyenangi penglibatan keluarga Najib dalam sektor minyak dan gas daripada firma petroleum negara Petronas. "Ada desas desus mengatakan bahawa Mahathir tidak senang dengan perkembangan itu. Pertamanya, beliau tidak mahu berkongsi faedah yang diperolehi daripada Petronas dan juga, orang-orang Mahathir mengatakan bahawa beliau idak layak mendapat kontrak kerajaan daripada Petronas," seorang pengurus pelaburan daripada firma saham tempatan memberitahu Malaysia Chronicle. Berjanji akan kekal untuk jangkamasa yang lama Keluarga bekas-bekas PM; Mahathir dan Abdullah Badawi masing-masing terlibat dalam sektor itu melalui Kencana dan Scomi dengan kontrak daripada Petronas memberi hasil terbesar buat kedua-dua firma tersebut. Memandangkan indeks rasuah Malaysia sudahpun semakin teruk, kemasukkan Najib ke dalam sektor minyak dan gas melalui Deepak adalah sesuatu amat dicurigai. Kemasukkan Deepak ke dalam sektor korporat Malaysia juga mencurigakan memandangkan ia telah menimbulkan kebimbangan bahawa ia juga akan membawa skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu dan rasuah pembelian kapal selam Scorpenes ke dalam dunia korporat Malaysia. Najib, Rosmah dan Deepak yang telah dikaitkan dengan pembunuhan itu telah menepis tuduhan mengenai penglibatan mereka. Saya telah, dengan mengumumkan kepentingan saya dalam Envair membuat keputusan untuk menjadi sebahagian daripada perusahaan ini (minyak dan gas) dan untuk beberapa bulan lagi dengan bergabung tenaga akan mengembangkannya," beritahu Deepak kepada sidang media awal bulan ini. "Saya berhasrat menjadi sebahagian daripada lembaga pengarah syarikat ini dan pengurusan. Saya sekali lagi menegaskan bahawa saya tidak akan menjual kepentingan saya dalam syarikat ini di masa hadapan dan berharap akan membinanya di hari-hari yang mendatang. Menghasilkan penapis udara dan air, Envair telah pada bulan lepas memasuki sektor minyak dan gas selepas menandatangani persefahaman dengan Resscom yang mempunyai lesen memperoleh diesel dan produk hasil minyak dan gas yang lain. Envair juga telah meyakinkan pelabur bahawa ia boleh membekalkan 2 juta tong minyak mentah untuk 60 bulan kepada syarikat di negera Cina, An Hong Shenzhen. Tidak dapat dipastikan lagi sama ada pengunduran Deepak juga menguburkan cita-cita ini. Keuntungan RM 750 000 sudah memadai untuk Deepak? Perkembangan ini telah menurunkan saham Envair, yang menjadi penurunan paling sengit mereka dalam jangkamasa lebih sebulan dengan kejatuhan lebih daripada 15 % kepada 26.5 sen pada hari Khamis. Ini merupakan hari keempat berturut-turut ia jatuh. Ia telah didagangkan kepada 39.5 sen pada awal minggu ini. Jumlah dagangan envair juga berkurang secara signifikan menjadikan ia sukar untuk peniaga meninggalkan belian mereka tanpa mendapat kerugian. Pada minggu ini, jumlah dagangan adalah 12.5 juta saham, lebih 60% rendah daripada purata 31.44 juta saham sebelum ini. Dokumen di Bursa Malaysia menunjukkan bahawa pada hari Rabu, Deepak telah menjual 6 juta sahamnya pada 14 Disember di pasaran terbuka. Pada hari itu, saham Envair didagangkan pada 34.5 sen dan 38 sen. Deepak tidak memberi penjelasan kepada Bursa Malaysia mengapa beliau menjual sahamnya. Ini bermaksud Deepak boleh menjana 56 % ROI (pulangan kepada pelaburan) atau minimum RM750 000. "Untuk seseorang seperti Deepak, RM 750 000 adalah jumlah yang sedikit. Adalah mustahil beliau memasuki dunia itu, membuat bising mengenainya dan bersetuju untuk keuntungan yang begitu kecil jumlahnya." Kata pengurus pelaburan itu lagi. Deepak telah membeli 6 juta saham pada 2 Disember untuk RM 1.32 juta atau 22 sen seunit dan mengumumkan bahawa beliau akan menambah kepentingan beliau kepada lebih 10 %. Sememangnya beliau diketahui mempunyai harta yang banyak untuk bergaul dengan orang seperti Rosmah. Deepak mengurus sebuah kedai karpet milik keluarganya di Kuala Lumpur dan beliau juga dituduh cuba memberi rasuah RM5 juta kepada penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menarik balik pengakuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib dengan kes Altantuya dan Scorpenes. Kemasukkan anak Najib Nazifuddin dalam Harvest Menurut Business Times, Deepak bukanlan pelabur pertama yang membeli sejumlah besar saham dalam Envair dan menjualnya tidak lama selepas itu. Pada 1 November, seorang warga negara Cina, Jiang Chuan Yi telah membeli 6.75 % kepentingan dalam syarikat itu dan kemudiannya menjualnya 3 minggu selepas itu. Usaha Deepak dalam Envair telah mendapat kritikan apabila saham-saham lemah yang lain yang berkaitan keluarga Najib- Harvest Court Industries Bhd. spekulasi bahawa Harvest dan Envair adalah semata-mata mendapatkan keuntungan peribadi atau membina dana untuk pilihanraya yang dijangka akan dilakukan Najib pada awal 2012. Saham dalam Harvest telah naik kepada yang tertinggi sejak 9 tahun apabila berita yang anak Najib Nazifuddin telah memasuki lembaga pengarah firma itu. Dalam kekecohan itu, Nazifuddin telah berundur daripada Harvest tetapi berjanji bahawa beliau akan terus berpegang kepada sahamnya untuk jangkamasa lama. Sama juga seperti yang dilakukan oleh Deepak pada Envair! Malaysia Chronicle |
Ada sesapa dari bangsa UMNO boleh jawab ni... Posted: 26 Dec 2011 03:00 AM PST Pernahkah Pemimpin Umno Memohon Maaf Kepada Orag Melayu ? Oleh Musli Oli Pada 19 November 2007, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia membuat kenyataan akhbar (rujuk New Straits Times 20 Disember 2007) bahawa usaha sedang ditumpukan untuk meneruskan DEB bagi meningkat ekuiti bumiputera daripada 2.4% kepada 30% yang disasarkan pada tahun 2020. Pendedahan kedudukan ekuiti bumiputera pada ketika itu amat memeranjatkan saya. Takkan selepas 50 tahun, parti UMNO sebagai peneraju kerajaan dan penggubal dasar hanya mampu pencapaian 2.4% untuk bangsa yang mendokong perjuangannya? Saya tidak persoalkan kemampuan Dato Seri Najib yang sekarang sebagai PM Malaysia mencapai matlamat 30% itu melalui dasar-dasar transformasi, GTP, ETP, NKRA, MBE dan bermacam-macam lagi yang telah dilancarkan. Tahun 2020 adalah tahun sasaran mencapai taraf negara maju bukan tahun sasaran mencapai matlamat akhir DEB. Tahun sasaran DEB ialah pada 1990 bukan tahun 2020. DEB dilancarkan ayah Najib pada 1971. DEB merupakan dasar ekonomi jangka panjang pertama negara (1972-1990) yang merangkumi 4 rancangan Malaysia. Bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua berakhir dalam Rancangan Malaysia Kelima. Sasaran serampang dua mata DEB: 1. Membasmi Kemiskinan tanpa mengira kaum dan, 2. Menysusn Semula Masyarakat Untuk Menghapuskan Pengenalan Kaum Mengikut Fungsi-Fungsi Ekonomi Matlamat akhir pada tahun 1990 ialah mencapai 30% saham atau ekuiti kekayaan negara dimiliki kaum bumiputera! Falsafah disebalik dasar yang diilham Tun Razak ialah membesarkan kek ekonomi dimana ini membolehkan penambahan saham bumiputera dilakukan tanpa perlu mengambil hak kaum-kaum bukan bumiputera dan warga asing. Tun Razak meninggal dunia sebelum Rancangan Malaysia Kedua berakhir. Tun Hussien Onn yang menggantikannya meneruskan DEB. Hussien berundur pada penghujung Rancangan Malaysia Kedua. Tanggungjawap menentukan kejayaan DEB diteruskan Tun Mahathir untuk tempuh dua rancangan Malaysia berikutnya (RM3 dan RM4). Ekonomi Malaysia begitu rancak semasa Tun Mahathir menjadi PM. Perindustrian berkembang dengan pesat. Kilang-kilang pembinaan menjadi penyumbang utama kepada KDNK. Malangnya tumpuan merealisasikan DEB hanya tertumpu kepada mencipta beberapa kerat Melayu menjadi bilioner. Dr Mahathir adalah seorang pemikir Melayu yang menulis THE MALAY DILEMMA pada tahun 1970. Mahathir tahu kelemahan dan kedaifan sikap bangsa Melayu untuk maju dalam bidang ekonomi. Malang sekali, 9 tahun terakhir tempuh DEB, the final thrust, tidak ditumpukan kepada soal ekonomi bumiputera sebaliknya tertumpu kepada soal mengekalkan kuasa politiknya. Tanggungjawap ekonomi termasuk urusan bumiputera dan DEB diserah hampir sepenuhnya kepada budi bicara Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang menggunakan segala kesempatan dan kemudahan daripada kerajaan untuk memperkayakan kroni dan kawan-kawannya. DEB gagal mencapai sasaran. Kerancakan ekonomi negara seperti diharapkan tidak meleleh (trickle effect)kepada kaum bumiputera. Kemiskinan terus menghimpit rakyat, terutama kaum bumiputera dan kaum India. Dr Mahathir tidak pernah mendedahkan kenapa DEB gagal mencapai matlamatnya pada 1990. Tun Mahathir pernah berkata bangsa Melayu "haprak" sewaktu beliau berucap kali terakhir sebagai presiden UMNO pada tahun 2003. Pada tahun sebelumnya Tun Mahathir berkata "Melayu Mudah Lupa". Tun Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO tidak pernah meminta maaf kepada orang Melayu dan kaum bumiputera diatas kegagalan DEB! Kenapa pemimpin UMNO tidak pernah rasa bersalah diatas kegagalan mereka? Sama-sama kita renungkan... |
Menteri jaga Agama didakwa cacamarba... haha... Posted: 26 Dec 2011 01:30 AM PST Menteri Agama Songlap Wang Zakat Oleh : MalaysiaTribune KUALA LUMPUR: Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom dan dua yang lain. Kos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden. Menurut laporan tersebut, Che Mat telah meluluskan bayaran interim berjumlah RM31,500 menggunakan peruntukan sumber am bagi perkhidmatan perundangan pada 28 Januari 2010, daripada peruntukan zakat terlebih dahulu kerana geran kerajaan belum diterima pada tarikh tersebut. Menurutnya lagi, pada 29 April 2010, MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman berjumlah RM32,150 juga menggunakan peruntukan sumber zakat terlebih dahulu, lapor Malaysiakini semalam. Jumlah itu hanya dikembalikan selepas MAIWP menerima geran RM700,000 pada Jun 2010 daripada kerajaan untuk perbelanjaan lain selain daripada agihan zakat, seperti perkhidmatan perundangan, pentadbiran, elaun mesyuarat dan penyenggaraan kenderaan. Laporan itu menyebut, MAIWP melantik firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir mewakili mereka atas pegangan jawatan mereka dalam MAIWP. Laporan Audit Negara menjawab soalan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) yang dipengerusikan Datuk Seri Azmi Khalid, oleh tiga ahli parlimen – Saifuddin Nasution Ismail (Machang), Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai). Jawapan Azmi yang melampirkan laporan Audit Negara itu bertarikh 14 Disember, dan disiarkan dalam blog Nurul Izzah. Laporan itu menyebut bahawa peruntukan wang zakat yang didahulukan itu, telah dibayar balik sebelum penutupan akuan MAIWP tahun 2010 dan telah disahkan oleh pihak audit. |
Tak habih-habih hampa ni ngan misteri... Posted: 26 Dec 2011 12:00 AM PST Misteri pertikaman lidah Hasan-Mustafa Fathi Aris Omar Dikenali sebagai penceramah motivasi dan kem pelajar musim cuti sekolah sejak awal 1990-an, Hasan Ali kelihatan masih berpengaruh luar biasa dalam dan luar PAS. Pengaruh inilah barang kali yang membimbangkan PAS untuk mengambil tindakan padanya walau bagaimana lantang beliau mengkritik dasar PAS dan pemimpin kanannya Mustafa Ali. Dalam sidang media keduanya minggu ini (ketiga, sejak minggu lalu), beliau bukan sahaja bermain sorong tarik dengan idealisme baru 'negara berkebajikan' tetapi turut memulangkan paku buah keras terhadap setiausaha agung PAS. Menyedari sudah tersilap mengungkit dasar (atau, nama?) baru PAS, Hasan kelihatan boleh menerima 'negara berkebajikan' tetapi dalam nafas yang sama terus mempersoalkan kenapa 'negara Islam' digugurkan semata-mata untuk projek merampas Putrajaya. Tidak cukup dengan itu, yang boleh membayangkan kesilapan dan 'keinsafannya', Hasan mendakwa Mustafa lebih kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno! Memakai kembali strategi Mustafa yang hanya mendedahkan beberapa maklumat asas -- selepas tarawih di Le Meredian -- Hasan juga enggan membongkar lebih lanjut kecuali terdesak. Hasan dan Mustafa, bersama beberapa pemimpin kanan parti termasuk beberapa tokoh ulama popular dalam PAS, sering dikaitkan dengan projek kerjasama Umno-PAS atau istilah popnya fraksi 'kerajaan perpaduan'. Jadi tidak hairan jika kedua-duanya pernah bertemu (berunding atau tidak --- itu soal kedua) dengan wakil-wakil Umno. Namun babak terakhir dan mengejutkan muncul apabila Mustafa mendakwa Hasan terperangkap dalam mainan Umno; dan exco Selangor itu pula mendakwa bekas timbalan menteri berkenaan sendiri tidak lebih suci daripadanya. Sekarang bola Hasan sudah jatuh ke gelanggang tokoh veteran, juga sering dianggap seorang ahli strategi PAS, dari Terengganu itu. Apakah Mustafa sanggup diperkecilkan oleh tokoh motivasi yang baru menyertai PAS dalam sedekad ini dengan segala karenahnya? Apakah Mustafa bersedia meneruskan permainan setelah diasak-asak oleh bekas pesuruhjaya Selangor yang kelihatan masih dipayungi beberapa tokoh ulama dalam parti dan kebal daripada tindakan disiplin? Babak-babak mencemaskan dalam episod inilah yang menentukan sama ada Mustafa benar-benar ahli strategi yang pintar dan berpengalaman luas dalam mengemudi bahtera PAS. Jika kenyataan Hasan pada Sabtu diambil kira, kelihatannya Mustafa sedang tercabar dengan tokoh baru dari Selangor itu. Mustafa sudah berjaya dipatahkan dan disudutkan. Jika Mustafa mewakili parti, dan juga barisan pemimpin parti, Hasan kelihatan sudah menang -- dan terus berjaya menangkis asakan garangnya minggu pertama. Minggu kedua: Hasan 1, Mustafa 0. (ii) Hasan sendiri, di satu sisi, memang penuh paradoks. Beliau menganggap PAS tergelincir daripada landasan perjuangannya apabila melupakan 'negara Islam' dan kini mempromosikan 'negara berkebajikan'. Bekas pegawai kanan kerajaan ini tidak dapat menerima hakikat itu. Baginya PAS sudah lari daripada asas Islam. Beliau sendiri bagaimanapun berpegang teguh dengan konsep tiga R (race, religion dan royalty) atau dalam konteks semasa 'Melayu, Islam dan raja'. Tiga R bukanlah 'negara Islam', syariah atau hudud yang selama ini menjadi idealisme PAS dan umumnya aktivis Islam. Tiga R, bagi Hasan, lebih Islamik atau lebih dekat dengan idealisme PAS yang difahaminya. Sebab itulah beliau berasa partinya sudah menyeleweng; sedangkan dirinya sendiri tidak lari daripada Islam atau idealisme parti! Tiga R, bagi PAS, tentulah konsep yang ganjil dan asing. Tiga R, walau didukung oleh PAS atas dasar menghormati Perlembagaan Persekutuan, tentulah datang bersama sejumlah curiga dan debat yang panjang. PAS sendiri dalam sejarahnya sering mempermasalahkan 'Melayu' dan 'perjuangan Melayu' khususnya dalam konteks idealisme Umno. Bagi parti ini, tiada yang konkrit dan sahih pada perjuangan bangsa -- jika baik ia menjadi semangat wataniah seperti dihurai dengan menarik oleh Hasan Albanna; tetapi jika tidak baik ia akan menjadi 'asabiyyah yang diperangi habis-habisan oleh parti itu. Begitu juga sistem beraja. Jika ditelusuri dalam teks klasik politik Islam, seperti dikaji oleh tokoh-tokoh PAS, parti ini dalam idealismenya tidak melihat kesetiaan pada monarki atau dinasti sebagai satu-satunya model pemerintahan Islam. Idealisme tertinggi politik Islam bukannya sistem beraja walau penyimpangan sejarah di tanah Arab dan tanah Melayu menghasilkan gejala politik seumpama itu. Tiada aktivis Islam di serata dunia, termasuk PAS, akan melihat R (raja) sebagai puncak idealisme politik kecuali Hasan! Namun hari ini beliau mengajak PAS bersamanya dengan tiga R. (iii) Ada misteri yang belum terungkai dalam babak-babak mutakhir ini: apakah motif dan motivasi Mustafa serta beberapa pemimpin PAS untuk bergeser terang-terangan dengan Hasan? Dan juga, apakah motif dan motivasi Hasan mempertikaikan parti yang pernah diterajuinya secara terbuka susulan kenyataan PAS Selangor berhubung ketiadaan pencalonan buatnya di Gombak Setia. Walaupun pelbagai akhbar cuba mendabik dada bahawa merekalah yang mencetuskan episod ini tetapi hakikatnya berita tersebut bermula daripada laporan pertama Malaysiakini -- dua hari sebelumUtusan Malaysia dan Sinar Harian -- yang memetik ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib. Ketua penerangan PAS Selangor itu, yang tersingkir bersama timbalan pesuruhjaya Khalid Samad pada era kepemimpinan Hasan, kini turut terseret dalam pertikaman lidah Mustafa dan Hasan. Saari ibarat pelanduk yang terjepit di antara dua ekor gajah PAS dan diminta tampil menjelaskan kenyataannya tersebut (termasuk mengesahkannya kepada beberapa media lain). Jika benar sasaran Hasan hanya pada Saari dan PAS Selangor, kenapa tidak dari awal kenyataannya ditujukan kepada mereka -- bukan dasar 'negara berkebajikan'? Jika kenyataan Hasan hanya sekadar 'ribut di dalam cawan' PAS seperti riuhnya isu kumpulan Erdogan bergeser dengan puak 'kerajaan perpaduan' sejak 2008, kenapa pula Mustafa mengaitkan Hasan dengan agenda Umno dan kemudiannya pertemuan tertutup di sebuah hotel terkemuka? Jika isu asasnya soal Hasan tidak mendapat sokongan mencukupi untuk bertanding semula di Selangor, dan PAS pusat masih boleh campur tangan bagi memastikan beliau kekal bertanding sejak 1999, kenapa kini ribut di dalam cawan sudah bertukar badai? Ada babak-babak lain dan watak-watak lain yang belum muncul setakat dua minggu ini. Ia menjadi satu misteri menjelang pilihan raya umum nanti. Misteri inilah yang ingin diketahui pengamat PAS dan terus menjadi buruan semua media. |
PANAS!! Lagi gay Melayu kahwin, kali ini di Greece Posted: 25 Dec 2011 10:00 PM PST Seorang lagi gay Melayu didakwa berkahwin dengan gay Mat Saleh, lebih dahulu sebelum seorang lelaki Melayu yang dilaporkan berkahwin sesama jantina di Dublin, baru-baru ini. Kali ini, lelaki berkenaan dipercayai melangsungkan perkahwinan songsang dan terlarang itu di Greece. Lebih 'menarik', lelaki terbabit juga mengenakan pakaian Melayu lengkap bersongkok dan bersamping (gambar) seperti gay Melayu yang berkahwin di Dublin – bertanjak dan bersamping. Beberapa jam lalu, beberapa blog tempatan dikesan menyiarkan artikel dan gambar gay Melayu itu, juga dikatakan pelajar, berkahwin di Greece. Antara blog awal yang menyiarkan artikel dan gambar yang didakwa membabitkan pelajar Malaysia di Greece ialah sozcyili.blogspot.com dan ar-rifke.com. Bagaimanapun tiada maklumat lengkap yang dapat mengesahkan perkara itu. Kedua-dua blog berkenaan menyatakan gambar terbabit diperolehi dari sebuah blog lain. Menurut sozcyili.blogspot.com, ia memperolehi maklumat mengenai perkahwinan gay Melayu di Greece itu dari sebuah blog yang diberikan sahabatnya ketika melayari Facebook. Bagaimanapun blog itu tidak menyebut dan memberikan link kepada blog yang dimaksudkannya itu. "Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb (Facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa arif alfian bukanlah lelaki Melayu Islam yang pertama kahwin dengan lelaki Mat Saleh di luar negara. Lihat bawah neh (ini)," catat sozcyili.blogspot.com merujuk kepada gambar seorang lelaki berpakaian lengkap bersongkok dan bersamping berpimpingan tangan dengan seorang lelaki Inggeris. Gambar berkenaan, menurutnya, diperolehi hasil carian di Google oleh pengendali blog yang menjadi sumber maklumat itu. Sementara itu, seperti ditulis sozcyili.blogspot.com, Ar-rifke.com mencatatkan: "Jika yang neh (ini) terbukti benar maka ternyata arif (gay pertama yang baru-baru ini dilaporkan berkahwin dengan lelaki Inggeris) adalah yang kedua, bukan yang pertama," catat ar-rifke.com. Ar-rifke.com memetik sumber berita berkenaan dari sozcyili.blogspot.com. Mereka mempersoalkan mengapa kerajaan belum bertindak berhubung perkara itu. |
Toyo dah kena, kak Ijat tidoq tak lena... kahkahkah... Posted: 25 Dec 2011 09:41 PM PST Kes Khir Toyo Selesai, Giliran Siapa Pula Selepas Ini..? Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melihat keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Dr Khir Toyo atas tuduhan rasuah membuktikan telahan rakyat selama ini bahawa benarlah beliau terlibat dengan rasuah semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor. Tiada yang memeranjatkan dalam kes Dr Khir Toyo kerana ramai telah menjangkakan lebih awal apakah nasib yang akan diterima beliau. Kes beliau juga adalah berat dan sukar dinafikan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Bagi DPP Malaysia, isu rasuah melibatkan pemimpin besar negara bukanlah suatu isu yang mengejutkan kerana telah acapkali kes rasuah dibicarakan di mahkamah terhadap pemimpin negara. Sehingga timbul persepsi rakyat, bahawa pemimpin negara hari ini adalah sinonim dengan kes-kes rasuah dan penyelewengan kuasa. Apa yang membimbangkan adalah akan berlakunya krisis kepercayaan rakyat terhadap kepemimpinan negara. Lama-kelamaan ia akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi dan pilihanraya di negara ini. Rakyat akan merasa muak untuk memilih dan mengangkat pemimpin negara yang akhirnya ditangkap kerana pelbagai kesalahan rasuah. Pemimpin negara dilihat seperti berjuang untuk kepentingan diri mereka sendiri, bukan untuk rakyat yang dipimpinnya. Dalam hal ini, DPP Malaysia menegaskan supaya pemimpin negara hari ini menjadikan kes Datuk Seri Dr Khir Toyo sebagai teladan bahawa amanah kepemimpinan perlu dijaga dan ditunaikan dengan baik. Kepemimpinan negara bukan suatu kesempatan untuk meraih sebanyak mungkin harta rakyat dan negara demi kepentingan diri sendiri. DPP Malaysia suka mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin negara agar menjaga diri mereka dari terpalit dengan apa juga skandal rasuah yang memalukan negara. Mutakhir ini telah ada desas-desus beberapa skandal besar yang melibatkan projek besar negara yang sedang dibicarakan rakyat. Pelbagai pembongkaran telah dibuat dan satu persatu skandal didedahkan. Untuk itu, DPP Malaysia meminta mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan skandal rasuah agar segera berundur sebelum mereka didakwa oleh mahkamah rakyat dalam pilihanraya umum ke 13 dan mahkamah sebenar yang akan menghukum mereka nanti. Kini rakyat sudah mula mencongak-congak kes siapa pula yang akan tersangkut pula selepas ini untuk dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. Mungkinkah ada lagi pemimpin negara akan menyusul Datuk Seri Dr Khir Toyo selepas ini? Disediakan oleh; DR RAJA AHMAD AL HISS Naib ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia |
Posted: 25 Dec 2011 07:20 PM PST Korang Nak Tau Harta Anak Tun Det Ada Berapa Juta? Oleh: siasahkini "RAKYAT KENA AMBIK TAUUUUU...??? SEKIAN LAMA UMNO MENIPU KITA...???? MAHATHIR DI USIA LELAKINYA KETURUNAN PENYAMUN NEGARA? INIKAH PEMIMPIN RAKYAT YG DI IMPIKAN KEDAH Alangkah angkuhnya anak MAHATHIR ini. Dalam usia hanya 37 tahun, kekayaan berbillion Ringgit yang digondolnya dikatakan hasil "usahanya" sendiri. Adakah usaha itu termasuk menipu rakyat, memaksa syarikat awam seperti PETRONAS membeli syarikat mereka yang hampir bankrap, memaksa pegawai kerajaan menganugerahkan tender kepada mereka dan memaksa para menteri tunduk menyembah mereka lantas memberi kontrak jabatan yang besar-besar? Mokhzani kini mempunyai harta yang dianggarkan berjumlah lebih RM 2 billion Ringgit, berdasarkan pegangan dirinya dan isterinya dalam 200 buah syarikat tempatan. Doa merupakan orang ketiga di Malaysia yang paling banyak memiliki syarikat-syarikat. (Orang yang kedua ialah abangnya Mirzan bin MAHATHIR dan "orang" yang pertama ialah Kementerian Kewangan Diperbadankan - Minister of Finance Inc.). Hartanya di luar negara tidak dikira lagi... Ini bermakna Mokhzani bin MAHATHIR mengumpulkan sebanyak RM 54 juta Ringgit bagi setiap tahun yang terkandung dalam umurnya! Semenjak dia keluar dari universiti, purata keuntungan yang diperolehinya adalah RM 167 juta SETAHUN. Ini adalah bersamaan dengan keuntungan MAS pada seluruh tahun 1998/9 dan lebih 350 kali ganda gaji TAHUNAN ayahandanya sebagai Perdana Menteri! Kekayaan ini lebih menjijikkan apabila kita meneliti bahawa isanya tidak termasuk kekayaan lima lagi anggota keluarga MAHATHIR-Siti Hasmah yang paling kaya iaitu: A. Mirzan bin MAHATHIR - tuanpunya Konsortium Perkapalan, Transmile, FOMEMA dll B. Muhriz bin MAHATHIR - tuanpunya lebih 55 syarikat C. Saleha binti Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - tuanpunya lebih 20 syarikat yang terlibat dalam program francais IPT D. Hashim bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengelola SUKOM98 yang gagal membawa keuntungan E. Ahmad Razali bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengurus Tabung Haji yang memesong wang penyimpan untuk menyelamatkan perniagaan anak-anak saudaranya Siapakah Mokhzani bin MAHATHIR hingga beliau "berjaya" merompak begitu banyak wang rakyat? Mokhzani adalah anak ketiga MAHATHIR. Dia mendapat pendidikan di universiti luar negara dan pernah bertugas dengan sebuah syarikat petroleum tempatan. Sewaktu di sana, MAHATHIR mendapati anaknya ini tidak berapa pandai, tetapi keras hati seperti ayahnya. Oleh itu MAHATHIR mengarahkan Qarun Malaysia Daim Zainuddin supaya "menghadiahkan" beberapa kontrak kepada anaknya. Pada masa itu, Daim merupakan Menteri Kewangan. Mokhzani diberi peluang mendapat "saham percuma" dalam beberapa projek yang dianjurkan oleh peniaga Cina yang baru diperniagakan di BSKL. (Ini dipanggil "pink form") Semua "kekayaan" Mokhzani adalah hasil kronisme dan penipuan MAHATHIR dan Daim Zainuddin. Daim Zainuddin melakukan pemesongan wamng rakyat ini bukan sahaja untuk anak-anak MAHATHIR tetapi juga kepada anak perempuan sulungnya (yang banyak mendapat habuan kontrak pembinaan kompleks kerajaan) dan adik serta anak Sanusi Junid dan Megat Junid Megat Ayob. Sebenarnya Mokhzani langsung tidak ada kebolehan berniaga. Dia mengupah orang lain untuk menguruskan "perniagaannya" dan tidak pernah membuahkan ideanya sendiri. Apabila kemelesetan ekonomi muncul, Mokhzani kerugian besar dan terpaksa meminta MAHATHIR merompak wang rakyat di KWSP, Tabung Haji dan PNB. Kebolehan politiknya juga tidak ada. Kemenangannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbuk adalah hasil usaha Cikgu Arzmi Abdul Hamid, Ketua Bahagian UMNO Merbuk yang juga Setiausaha Politik Daim. Cikgu Arzmi diarahkan membayar sebanyak RM 1.5 juta kepada calon-calon yang akan menentang Mokhzani. Aklhirnya anak perompak bermisai tebal itu menang tanpa bertanding! Mokhzani dilantik oleh Zahid Hamidi sebagai Bendahari Pemuda UMNO kerana dipaksa oleh MAHATHIR. MAHATHIR meminta Najib Tun Razak (bekas "boss") Zahid yang pernah mengambil Zahid sebagai Setiausaha Politiknya) untuk melantik Mokhzani. Zahid patuh, tetapi senjata makan tuan. Kini Zahid merupakan ahli politik yang tidak berparti, tidak berpenyokong dan tidak berpengaruh langsung! Mokhzani merupakan seorang anak MAHATHIR yang lupa daratan. Sebenarnya kekayaannya malah makanan yang disuapkan ke mulut anak dan isterinya setiap hari hasil daripada usaha ayahnya merompak wang rakyat! Mokhzani harus dikalahkan dalam pilihanraya umum nanti. Dia akan bertanding sebagai calon Parlimen Merbuk, menggantikan Qarun Malaysia Daim Zainuddin. Pastikan Mokhzani tersungkur! Pastikan si-angkuh ini makan tanah! |
Sembelih Toyo pasai nak bunuh Anwar... Posted: 25 Dec 2011 02:30 PM PST Khir Toyo Dikorban Untuk 'Wajarkan' Anwar Ke Penjara? KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang menyabitkan kesalahan ke atas mantan Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd Khir Toyo kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan sebuah hartanah dengan harga lebih rendah, membuktikan satu perkara yang pasti, Datuk Seri Anwar akan didapati bersalah dan dihumban ke penjara!! Justifikasinya, dengan keputusan ini, UMNO/BN mengharap rakyat tidak akan mempersoalkan sistem keadilan negara bila Anwar kelak didapati bersalah dan dihantar ke penjara kerana pemimpin UMNO sendiri seperti Khir Toyo juga didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman. Pendek kata, keputusan ke atas Khir Toyo hari ini adalah 'jawapan' UMNO/BN jika keputusan Anwar nanti dipersoalkan banyak pihak dari segi kebebasan hakim membuat keputusan. Tapi penulis ingin mengingatkan kerajaan bahawa rakyat bukan bodoh. Dengan informasi dihujung jari pada hari ini, semua maklumat mudah didapati tidak seperti dahulu. Pendakwaan ke atas Khir Toyo ini sebenarnya terlalu 'ringan' kerana dia dituduh dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, bukan Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang lebih berat hukumannya. Hukuman penjara pun maksimum 2 tahun sahaja selain denda. Selain dari itu, maklumat yang penulis perolehi dari mereka yang arif dengan soal perundangan, Khir Toyo tidak mungkin didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas kerana satu faktor yang utama – nilai hartanah itu tidak ditentukan oleh Khir Toyo tetapi penilai hartanah yang bertauliah, Rahim & Co. Justeru bila hakim Dato Mokhtarudin Baki masih mendapati Khir Toyo bersalah, penulis melihat adanya 'tangan-tangan ghaib' yang mempengaruhi hakim dalam membuat keputusan tersebut. Logik ini ada kerana campur tangan eksekutif dalam sistem perundangan dan kehakiman Malaysia bukanlah suatu perkara yang baru. Ia sudah menjadi rahsia umum sejak sekian lama dengan pertubuhan berkaitan keadilan seperti Majlis Peguam sendiri telah mengadakan beberapa siri bantahan menuntut proses kehakiman yang bebas daripada campur tangan eksekutif. Masalah ini telah mendapat perhatian antarabangsa dengan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melantik Pelapor Khas untuk memantau perjalanan sistem perundangan di Malaysia. Satu ketika dahulu, Hakim Datuk Muhamad Kamil Awang pernah membuat pengakuan terbuka ada menerima panggilan telefon dari pihak yang tidak dinamakan yang mengarahkannya menggugurkan petisyen pilihanraya Likas yang didakwa dicemari pengundi hantu. Jadi penulis tidak lihat keputusan mahkamah ini sebagai kebebasan sistem kehakiman yang diharapkan rakyat. Ia masih lagi percaturan politik bagi mewajarkan tindakan yang bakal dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertuduhan fitnah meliwat Saiful Bukhari. Khir Toyo masih mempunyai ruang untuk merayu ke mahkamah yang lebih tinggi, ditambah dengan latar belakang kesnya yang lemah, tidak mustahil dia akan dibebaskan di peringkat rayuan besok.- SPR |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan