Isnin, 26 Disember 2011

Addin

Addin


Bongkar!! Siapakah Dato' NFC Yang Di Tahan?

Posted: 26 Dec 2011 02:00 PM PST

Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC)pada malam Jumaat telah mengeluarkan kenyataan bahawa kehadiran pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) ke pejabat mereka bukanlah merupakan satu serbuan sebagaimana yang dilaporkan oleh hampir kesemua media massa. Sebaliknya kata kenyataan itu lagi, kehadiran pegawai-pegawai SPRM adalah sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung. "Sebenarnya, pihak pengurusan dan staf NFC mengalu-alukan kehadiran pegawai-pegawai SPRM ke pejabat kami dan segala kerjasama penuh telah diberikan kepada SPRM.

 "Oleh yang demikian, pada pandangan NFC, lawatan dan kedatangan kakitangan SPRM ke pejabat NFC bukanlah merupakan satu serbuan sebagaimana yang dilaporkan."Bagaimanapun, pihak syarikat berasa adalah tidak wajar sebarang kenyataan dikeluarkan pada masa ini kerana siasatan masih lagi diteruskan oleh pihak berkuasa," jelas kenyataan tersebut. Sebelum itu media massa dan pelbagai portal berita melaporkan, pegawai-pegawai SPRM telah menyerbu pejabat NFC yang terletak di Jalan Solaris, Mont Kiara, di sini pada tengah hari Jumaat.

Enam pegawai penguat kuasa yang berkunjung ke pejabat NFC itu adalah dari SPRM Putrajaya. Isu-isu dan kontroversi dalam NFC timbul berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada bulan Oktober, yang menyatakan bahawa NFC telah gagal untuk memenuhi sasaran penubuhannya, manakala pembangkang mendakwa terdapat penyelewengan dalam pengurusan dana NFC.

Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. SPRM juga sedang menyiasat sama ada Shahrizat turut terlibat dalam mana-mana bahagian yang melibatkan pinjaman RM250 juta oleh kerajaan kepada NFC.

Siapakah Datuk yang ditahan?

Seorang usahawan berusia 45 tahun yang ditahan polis, dilaporkan berhubung siasatan ke atas skandal National Feedlot Corporation, dipercayai memiliki beberapa syarikat.Antaranya, satu syarikat pengangkutan yang pada satu ketika pernah mempromosi perusahaan itu melalui iklan di saluran televisyen nasional.

Syarikat yang dikatakan mempunyai modal berbayar RM200,000 itu juga didakwa menyediakan perkhidmatan untuk bayaran bil dan juga cukai jalan melalui rangkaiannya di seluruh negeri. Usahawan yang didakwa bergelar 'Datuk' itu turut memiliki syarikat limosin yang menyediakan perkhidmatan di sekitar Kuala Lumpur.

Selain perkhidmatan pengangkutan biasa, profil syarikat berkenaan turut mendakwa menyediakan perkhidmatan limosin dilengkapi pengawal peribadi untuk pelanggan VVIP. Profil itu juga mendakwa lelaki (gambar) tersebut berpengalaman dalam menguruskan projek pemasaran berskala besar, antaranya bernilai lebih RM1.5 bilion. Menurut polis, suspek juga menjalankan perniagaan agensi pekerja asing.

Addin :

Yang pasti Dato' NFC hanya kambing hitam.. sepatutnya di tangkap kaum keluarga Shahrizat.


Contoh Terbaik Pergerakan Gaji SBPA?

Posted: 26 Dec 2011 01:24 AM PST


Ketika pekeliling SBPA 2012 dipaparkan kepada semua 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia melalui laman web JPA, ramai yang kurang senang tatkala lampiran C SBPA tidak disertakan sekali sedangkan lampiran C SBPA yang sangat mustahak dan penting untuk diperhatikan dan diteliti. 

Ramai yang tertanya-tanya, mengapa perlu mengambil jalan yang sukar sedangkan ia boleh menjadi lebih mudah. Mudah kepada kalangan :
  • pembuat dasar & skim SBPA 2012 mahupun
  • pengguna sistem skim SBPA 2012 (terbuka kepada 1.4 juta kakitangan awam)
Tetapi lain pula jadinya sekarang ini sehingga menyebabkan ramai kakitangan awam tertanya-tanya dan pembuat dasar terpaksa mengambil jalan sukar untuk memberikan pemahaman dan penjelasan kepada semua kakitangan awam.

lampiran c sbpa Lampiran C SBPA Lambat & Tangga Gaji Tidak Didedahkan Untuk Elak Manipulasi Harga Barang?

Tahukah anda terdapat insiden seorang pegawai daripada sebuah pasaraya telah meminta jadual gaji 2012 SBPA daripada kalangan kakitangan awam. Nah…inilah realiti yang berlaku sekarang ini. Adakah "menyorokkan lampiran C" dengan tujuan untuk mengelakkan peniaga-peniaga mengetahui tahap kenaikan gaji kakitangan awan adalah sesuatu yang baik? Kalau tanya kami, kami tidak bersetuju jika beginilah caranya.

P1 Cuma RM19 Sebulan! 1Mbps, 2GB, Modem Percuma, Tiada Kontrak. 
Apabila disebut manipulasi & kenaikan harga barang, tidak perlu tunggu lama sehingga keluarnya pekeliling SBPA 2012. Ini kerana sebaik sahaja selesai pembentangan Bajet 2012 yang lepas melibatkan terus sahaja kedengaran beberapa harga barang mula melambung tinggi dengan ramai peniaga ada yang mengambil kesempatan.

Sedangkan pada masa itu, tempias kenaikan gaji belum lagi diterima kakitangan awam tetapi harga barang dah mula naik. Bagi kami kurang sesuai untuk tidak menghebahkan lampiran C SBPA 2012 bagi mengelakkan harga barang dimanipulasi. Tetapi kita perlu ingat sekarang ini :
  • dunia tanpa sempadan
  • "bangkai gajah" tidak boleh ditutup lama, lambat-laun akan diketahui juga akhirnya
Bagi kami kalau sesuatu dasar hendak diperkenalkan hendaklah diterangkan dengan sejelas-jelasnya dan berikan ruang yang selesa supaya semua kakitangan awam dapat membuat keputusan yang terbaik bagi kakitangan awam yang memilih skim SBPA atau kekal dengan skim SSM.

Dan…kenaikan harga barang di Malaysia boleh dikawal jika penguatkuasaan dipertingkatkan sepanjang masa dan bukannya bermusim sahaja serta  pula ada kawalan harga barang asas yang munasabah. Sifirnya mudah, jikalau puncanya itu dinaikkan, kita tidak boleh sama sekali akan berlaku kenaikan harga barang apatah lagi manipulasi dikalangan peniaga. 

Bukannya dengan cara melambatkan penghebahan lampiran C SBPA 2012 ataupun menyekat akses meklumat tangga gaji kepada umum. Bagi kami itu bukan langkah yang baik. Itu pandangan kami. Adakah benar kenaikan harga barang dapat dibendung selepas ini? Apa pandangan anda pula tindakan sebegini? ~beritasemasa


Tiada ulasan: