shalehudin |
- Hassan woii, boleh tolong dak... tolong DIAM... kahkahkah...
- Selamat tinggal Aziz Bari
- ANEH!! KJ didapati hilang... kahkahkah...
- Perlu ka Anwar buat kalut pasai isu nih...
- Sumpah laknat ngan Mahathir dah macam mamak ngan tongkang... kahkahkah...
- Kembang tengkuk bila teringat benda alah nih... kahkahkah...
- Belajaq la jadi khadam yang baik...
- Jom kita pakat katok dari dalam...
- Hodohnya muka Hassan Ali teriak... haha...
- Khir Toyo didapati bersalah... kahkahkah...
- Nik Aziz nafi berkeadaan uzur, Alhamdulillah...
- Tok Guru Nik Aziz Nazak?
- Aura CheguBard jugak yang anak muda tagih...
- Kita ni semuanya khadam...
Hassan woii, boleh tolong dak... tolong DIAM... kahkahkah... Posted: 23 Dec 2011 09:30 AM PST Hasan diminta berhenti 'bercakap' Aziz Muda KUALA LUMPUR, 22 Dis: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Hasan Ali diingatkan agar berhenti bercakap bagi menamatkan kritikan-kritikannya yang tidak berasas terhadap parti dan dasar perjuangan parti. Ingatan tersebut amat perlu diberikan perhatian oleh beliau bagi mengelakkan pemimpin-peminpin PAS lain turut bercakap mengenainya untuk menjawab kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, sekiranya Hasan berhenti bercakap, beliau juga antara pemimpin PAS yang akan turut berhenti bercakap mengenainya kerana tidak lagi perlu menjawab kenyataan-kenyataan tidak berasas daripadanya. Menurutnya, kritikan-kritikan Hasan terhadap PAS seperti yang disiarkan media tempatan termasuk mengenai konsep Kepimpinan Ulama dan kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat, ternyata tidak berasas. Katanya, apabila kenyataan-kenyataan tidak berasas yang dikeluarkan oleh Hassan, ia pasti memaksa beliau dan pemimpin-pemimpin PAS lain menjawab balik kenyataan-kenyataannya itu bagi kepentingan parti. "Untuk menamatkan perkara ini, mudah saja. Datuk Hasan mestilah berhenti bercakap. Dengan itu, saya juga pasti akan berhenti bercakap kerana tak perlu lagi menjawab kenyataan-kenyataannya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. Dalam hubungan ini, beliau menasihatkan Hasan agar mengikuti tindakan bijak yang telah diambil oleh seorang lagi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasharudin Mat Isa yang kini telah menjauhkan dirinya daripada terus terperangkap ke dalam jerat musuh khususnya Umno atau BN. "Terima kasih saya ucapkan kepada Nasharudin kerana telah menjauhkan dirinya daripada terperangkap dalam agenda Umno. Saya nasihatkan Datuk Hassan juga akan mengambil tindakan yang sama," katanya. Beliau menjelaskan, setiap ahli PAS perlu faham dengan istilah 'perangkap' dan terperangkap dalam agenda Umno kerana perangkap politik mempunyai definisinya yang tersendiri dan berbeza dengan perangkap binatang seperti perangkap monyet dan tikus. "Terperangkap dalam agenda Umno bukan hanya bermaksud seseorang itu keluar PAS dan menyertai Umno. Jika ini yang dilakukan seperti yang dilakukan oleh sesetengah bekas pemimpin PAS, ia tidak akan memberikan kesan buruk kepada PAS. "Apabila seseorang itu dah keluar PAS dan menyertai Umno dan kemudian mengeluarkan pelbagai kritikan serta kenyataan tidak berasas terhadap PAS, ia tidak akan berjaya mempengaruhi ahli-ahli PAS kerana ahli-ahli PAS sudah tidak lagi mempercayainya, sejajar dengan prinsip ahli-ahli PAS sendiri yang berpegang kepada dasar perjuangan parti, bukannya individu," jelasnya. Sebaliknya, perangkap lain yang lebih bahaya dan perlu disedari oleh setiap pemimpin dan ahli-ahli PAS, apabila seseorang ahli terutama pemimpin PAS itu masih terus berada di dalam PAS, tetapi mengeluarkan pelbagai kritikan dan kenyataan-kenyataan tidak berasas terhadap PAS dan dasar perjuangan parti. "Dengan tindakan seperti itu, individu terbabit bukan sekadar boleh mempengaruhi pihak musuh, tetapi juga boleh mempengaruhi ahli-ahli PAS sendiri sehingga akhirnya masyarakat menjadi keliru ekoran kenyataan-kenyataannya yang tidak berasas," tegasnya. Beliau juga mengingatkan setiap ahli dan pemimpin PAS agar dapat membezakan antara kritikan terhadap seseorang pemimpin PAS dan terhadap parti. "Secara peribadi, saya mempunyai hubungan yang baik dengan Datuk Hasan. Begitu juga dengan Nasharudin. Malah, saya sayang kepada kedua-duanya. "Saya bersedia memaafkan Datuk Hasan walaupun dia ada mengatakan saya sombong dan bongkak, walaupun tanpa diminta. Tetapi apabila dia mengkritik dan membuat kenyataan-kenyataan tak berasas terhadap parti, saya tak boleh maafkan sebab itu hak parti dan saya juga tak boleh diamkan diri," tambahnya. Beliau turut menegaskan, berdasarkan pendirian dan bacaan politiknya, beliau tidak fikir Hassan akan masuk Umno dan Umno akan menerima kemasukan Hasan ke dalam parti itu. |
Posted: 23 Dec 2011 08:00 AM PST Selamat tinggal Aziz Bari, hilangnya permata UIA Harakahdaily KUALA LUMPUR, 22 Dis: Tanggal 31 Disember ini menjadi pilihan buat tokoh akademik kontroversi, Prof Dr Aziz Bari (gambar) yang akan meletakkan jawatan sebagai pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). "Seorang ahli akademik yang lantang bersuara berteraskan nilai keilmuan dan berpegang disiplin ilmu bahawa setiap ilmu mesti disampaikan," kata Pengerusi Pro-M (Wufi) UIA, Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor. Menurutnya, mahasiswa UIA berasa amat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku khususnya pentadbiran universiti itu. Baginya, memang benar keputusan terletak dalam tangan Prof Aziz sama ada mahu meletakkan jawatan atau tidak, namun pihak universiti perlulah menjadi tempat beliau mendapat sokongan, bukan tekanan. Katanya, isu Prof Aziz Bari ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga' apabila seolah-olah ada pihak luar yang mencucuk pihak pentadbiran UIA. Tambahnya, Aziz Bari bukan sahaja berhadapan dengan musuh di luar, bahkan dalam keluarga sendiri sedangkan beliau diiktiraf oleh seluruh masyarakat dengan kepakaran bidangnya dalam perlembagaan dan undang-undang. "Keputusan sudah dibuat oleh Prof Aziz, kita hanya mampu bersedih dan terasa kehilangan beliau," katanya. Namun, ujarnya masyarakat tetap dan sentiasa bersedia untuk mendengar respons dan pandangan Dr Aziz terhadap apa yang berlaku dalam negara khususnya berkaitan dengan perlembagaan Malaysia. |
ANEH!! KJ didapati hilang... kahkahkah... Posted: 23 Dec 2011 06:00 AM PST Apa khabar KJ ? Bantulah Awang Adek. Oleh Tok Pepijat Hari ini selepas Senator Shahrizat Jalil "ditelanjangi" dengan isu lembu dan kondo NFC, tiba giliran pula Senator Awang Adek "dibogel"kan dengan isu punyai 3 akaun peribadi untuk tadah sumbangan bagi kegiatan parti di Bachok. Semakin hampir PRU 13 semakin banyak skandal UMNO dibongkarkan. Siapa yang bongkarkan? Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Yang sebenarnya buat kerja ini ialah juak-juak UMNO juga. Mereka sesama UMNO bergelut untuk menjadi calon PRU 13 nanti. Antara caranya mencari modal untuk "memampuskan" karier politik orang yang disasarkan. Kes NFC, PKR sekadar penyambung kerja yang dibuat juak-juak UMNO yang mahu jatuhkan Shahrizat. Cuba tanya Raja Nong Chik dan UMNO Cheras. Begitu juga kes Awang Adek ini. Tentunya sesama juak UMNO Bachok juga punya kerja. Cumanya, antara kes Shahrizat dan Awang Adek, kes lembu dan kondo Shahrizat memberi "peluru" buat PMNajib untuk hadapi kemaraan TPMMuhyiddin.. Ini kerana kes NFC ini berlaku semasa zaman Pak Lah di mana TPMMuhyiddin menjadi Menteri Jaga Lembu dan Kerbau. Jadi tentunya isu NFC meletakkan Muhyiddin di "kandang orang salah". Muhyiddin juga boleh membalasnya dengan hidupkan semula isu Submarine. Tentunya PMNajib juga kepanasan. Ini kerana isu itu terjadi semasa PMNajib jadi Menteri Jaga C4. Berbalik kepada isu terkini Senator Awang Adek, tentunya barangkali Awang Adek juga minta pertolongan Khairy Jamaludin(KJ) untuk membelanya. Sama seperti pembelaan KJ terhadap Kak Ijat. Tentunya tiada memberi masalah kepada KJ. Ini kerana Bachok terkenal dengan pokok kelapa dan tentunya beruk-beruk banyak di Bachok untuk petik kelapa. Beruk sudah menjadi sinonim dalam hidup KJ. Jika Shahrizat gunakan RM250 juta untuk ternak lembu, bagaimana pula Awang Adek? Adakah duit-duit "sumbangan ikhlas" taukeh-taukeh di gunakan membeli beruk-beruk untuk petik kelapa di Bachok? KJ gunakan lembu untuk bela Shahrizat di KL dan kini KJ gunakan beruk untuk bela Awang Adek di Bachok. Bela KJ ...jangan tak bela ! http://tokpepijat.blogspot.com |
Perlu ka Anwar buat kalut pasai isu nih... Posted: 23 Dec 2011 04:30 AM PST Anwar Patut Kecam Perkahwinan Sejenis Arifff Alfian SEMALAMAN penulis memikirkan untung nasib umat Islam di akhir zaman ini sejak gambar-gambar 'perkahwinan gay' rakyat Malaysia yang kini menetap di Dublin, Ariff Alfian tersebar luas. Sangka penulis selepas menulis mengenainya dari sudut pandang laman ini semalam, sudah berakhir rasa kegusaran itu, tapi rupanya masih ada isu berkaitan yang menarik penulis untuk membuat coretan lanjut mengenainya lagi. Kaitan yang penulis maksudkan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Disebalik kejadian ini, penulis lihat ini adalah ia adalah satu peluang yang luas untuk Anwar membersihkan dirinya daripada label-label yang mengaitkannya dengan hubungan sejenis – dengan mengeluarkan kenyataan mengecam. Memang rata-rata rakyat tidak menerima tuduhan yang mengatakan Anwar terlibat dengan hubungan homoseksual tapi perlu juga diakui, masih ramai juga yang menganggapnya begitu – terima kasih kepada pembohongan berterusan UMNO sebelum ini. Dalam beberapa temubual yang diadakan dengan media antarabangsa sebelum ini, Anwar sering diajukan persoalan mengenai pandangannya mengenai hubungan sejenis. Dalam menjawab soalan sedemikian, Anwar telah memberikan jawapan yang bersifat 'menang-menang' dengan mengasingkan pandangan sebagai orang Islam dan pemimpin masyarakat pelbagai kaum dalam masa yang sama. Begitu juga halnya dengan program Seksualiti Merdeka yang mendapat bantahan keras PAS (tapi disokong DAP) sebelum ini dimana Anwar sekali lagi menjadi penyelamat dengan pemilihan ayat yang betul dalam menjawab soalan media. Itu kelebihan Datuk Seri yang tidak boleh disangkal sesiapa. Tapi dalam hal perkahwinan sejenis Ariff Alfian ini, penulis merasakan wujud keperluan untuk Anwar mengeluarkan kenyataan kecaman, kenyataan menang-menang apatah lagi menyokong tidak akan membantu. Penulis tidak rasa dengan mengeluarkan kenyataan itu akan mengganggu sensitiviti sesiapa kerana sebagai orang Islam adalah menjadi kewajipan untuk membidas kesilapan terbuka yang dilakukan orang Islam yang lain. Lebih lagi bila yang terlibat adalah rakyat Malaysia, berketurunan Melayu dan beragama Islam. Dengan mengeluarkan kenyataan mengecam Ariff Alfian, Anwar akan membuktikan ketegasannya sebagai pemimpin Islam yang dihormati rakyat sendiri dan dunia secara keseluruhannya. Ini sahaja sedikit sebanyak akan membantu menaikkan imej Anwar dikalangan orang Islam dan menguatkan lagi tanggapan bahawa segala perkara berkaitan dengan pendakwaan Anwar dalam kes meliwat Saiful Bukhari ini adalah fitnah semata-mata. Kegagalan Anwar memberikan respon negatif kepada perbuatan tersebut hanya akan membuka ruang dan peluang kepada para blogger UMNO untuk terus menerus melabelkan Anwar sebagai pengamal atau paling tidak penyokong hubungan sejenis. Dalam persekitaran politik persepsi mengatasi fakta hari ini, penipuan berterusan jika tidak dikawal dengan baik, akan menjadi tanggapan umum juga nanti. Dari apa yang penulis faham dengan taktik blogger UMNO, mereka sentiasa memerhati dengan dekat tindak tanduk Anwar dalam sebarang hal berkaitan dengan hubungan sejenis dan homoseksual. Jika semua masih ingat dalam tahun 2010, kedatangan seorang ahli Parlimen Australia bernama Nick Xenophon disini digunakan sepenuhnya oleh para blogger UMNO untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar dengan hubungan sejenis kerana secara kebetulan Nick Xenophon ialah antara ahli Parlimen di Australia yang aktif menyokong amalan hubungan sejenis disana. Pendekatan yang sama digunakan setiap kali. Jika ada perwakilan atau pemimpin asing yang bertemu dengan Anwar, latar belakang mereka dan kaitan dengan golongan LGBT ini akan dikaji dan digunakan kalau perlu untuk menyerang peribadi Anwar. Keadaan inilah yang perlu dielakkan oleh Anwar, lebih-lebih lagi kita sekarang berada dalam jangka masa kurang dari 3 minggu sebelum hakim membuat keputusan berhubung kes liwatnya. Demi kebaikan semua pihak, penulis mohon cadangan ini mendapat pertimbangan Datuk Seri. |
Sumpah laknat ngan Mahathir dah macam mamak ngan tongkang... kahkahkah... Posted: 23 Dec 2011 03:00 AM PST IMF, Mahathir saja bersumpah laknat Oleh Subky Latif DR. MAHATHIR mengajak Anwar Ibrahim bersumpah laknat kerana mendakwanya pernah minta bantuan kewangan dari IMF, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia. Antara punca Anwar disingkirkan dari kerajaan dan Umno selain dari tohmah liwat adalah juga bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa menjadi hamba kepada IMF dan Bank Dunia. Hampir 15 tahun setelah keduanya berpatah arang berkerat rotan, Anwar pula mendakwa Dr. Mahathir juga kaki penyembah Bank Dunia. Ertinya kedua-duanya lebih kurang saja dalam hubungan Bank Dunia dan IMF. Justeru itu Dr. Mahatahir mengajak Anwar bersumpah laknat. Nampaknya bertambah orang yang mahu bersumpah laknat dengan Anwar. Tetapi tiada yang memikirkan Datuk Seri Najib mesti bersumpah laknat atas kes Altantuya dan tidak yang memikirkan Sharizat Jalil wajar berumpah laknat atas isu skandal lembu dan kondo. Dr. Mahathir sepatutnya tidak terikut sangat dengan budak yang mendakwa dia diliwat Anwar dan geng Datuk T tentang video lucah yang cuba mengaiabkan Anwar. Jika Dr. Mahathir sebenar bersih dari sebarang hubungan dengan Bank Dunia, dia tidak perlu mencabar Anwar bersumpah laknat tetapi dia sendiri bersedia untuk bersumpah seorang diri. Apa yang Dr. Mahathir patut buat ialah meminta Anwar membuktikan dakwaan yang dibuat ke atasnya. Kalau Anwar benar, maka dia akan membuktikan tuduhan terhadap Mahathir, tetapi kalau benar Dr. Mahathir bersih dari sebarang hubungan dengan Bank Dunia, tentulah sukar malah mustahil untuk membuktikannya. Kalau Anwar dapat membutikannya tetapi Dr. Mahathir tidak dapat menerima kekterangan itu, dia berhak membela diri dan menafikannya. Dr. Mahathir kalau mahu boleh bersumpah. Dia tidak perlu menyuruh Anwar bersumpah. Dia sendiri saja yang bersumpah. Apakah Dr. Mahathir akan membuat sumpah palsu atau sebaliknya, ia adalah masalah antaranya dengan Allah. Allah saja yang tahu apakah dia bersumpah benar atau palsu. Orang lain tidak boleh takwil lagi. Termasuk Anwar sendiri dengan hujah dan buktinya yang kuat misalnya, tak perlu mengongketnya lagi. Bagi orang ramai pula mesti membebaskan fikirannya terhadap Dr. Mahahtir kerana dia sudah bersumpah. Kalau dia membuat sumpah palsa, maka biarlah Allah menentukan akibatnya. Allah tidak akan melepaskan sesiapa yang membuat sumpah palsu. Anwar tidak perlu membuat sumpah. Apakah kita hendak mempercayai Anwar atau mempercayai Dr. Mahathir, maka tidaklah perlu untuk memanjangkannya lagi kerana Dr. Mahatahir sudah bersumpah. Kes itu kira-kira ditutup setakat sumpah Dr. Mahathir itu. Tidak perlu dia hendak menyuuh Anwar mesti bersumpah juga. Jika Anwar pula hendak bersumpah sebagai yang dituntut oleh Dr. Mahathir, itu adalah masalah dirinya sendiri. Tetapi dia tidak dikehendaki menunaikan kemahuan Dr. Mahathir. Tugas dan tanggungjawab Anwar ialah membuktikan dakwaannya. Apakah kita dapat mempercayainya, bergantung pula kepada hujah penafian Dr. Mahathir dan apabila Dr. Mahathir berani bersumpah, kita serah saja kepada Yang Maha Hakim. Selagi Dr. Mahathir tidak bersumpah, kita boleh bandingkan keterangan dan bukti siapa yang kuat. Setakat ini Anwar tidak menapikan dia adalah hubungan yang baik dengan IMF. Dr. Mahathir pula tentulah dirasakan sebagai seorang yang tidak mahu terikat dengan IMF. Kalau dia juga ada hubungan dengan IMF, maka tidaklah dia wajar menempelak orang yang ada hubungan atau pernah berhubung dengan IMF. Apakah IMF itu berguna kepada manusia atau sebaliknya, ia bukan isu yang dibincangkan. Ada pro dan kontranya pinjaman IMF. Isu yang kita hadapi ialah hubungan kedua-duanya dengan IMF. Selama ini Anwar itu digambar buruk oleh Dr. Mahathir atas hubungannya yang baik dengan IMF. Anwar digambarkan hamba kepada IMF. Sekarang Anwar pula mengatakan Mahathir juga tidak bebas dari bahana IMF itu. Dakwaan Anwar itu boleh diterima kiranya Dr. Mahathir tidak membuat sumpah laknat. |
Kembang tengkuk bila teringat benda alah nih... kahkahkah... Posted: 23 Dec 2011 01:30 AM PST Mungkinkah akan ada Zulkifli Noordin versi PAS? Oleh: senik Assalamualaikum, Ketika membaca berita keputusan lajnah politik PAS pusat yang memutuskan untuk memanggil DHA, Ust Nasha dan Saari Sungib, terlintas dibenak akan kemungkinan DHA akan disingkir dari PAS seperti Zul Noordin disingkir dari PKR, apatah lagi seorang teman memberitahu mereka pernah bergabung dalam TV satu ketika dulu dengan nada ucapan yang hampir sama. Lintasan fikiran ini berkait dengan artikel yang baru saya tulis semalam bertajuk "Akibat terlalu Melayu, Dr. Hasan Ali mungkin menyesal". Nampaknya bukan saya sorang saja perasan persamaan DHA dan Zul Noordin, kerana ada artikel lain yang memperkatakan mengenainya dengan lebih mendalam. Aksi hebat DHA hampir sampai kepenghujung dan beliau sekarang terpaksa membuat pilihan, samaada berundur dan kekal dalam PAS atau ditunjukkan exit door dari PAS bagi membolehkannya mencari parti politik yang memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu. DHA yang mengambil sikap alang-alang mencelup pekasam biar sampai ke pangkal lengan nampaknya sudah melupakan wadah perjuangan yang beliau pilih dan ada kemungkinan tertipu dengan wadah baru yang didakwa memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu. DHA akan tertipu kalau memilih UMNO sebagai wadah itu dan kalau DHA mencari NGO lain seperti IKRAM atau HALUAN, maka perjuangannya tak akan ke mana. Tetapi DHA boleh terus mempromosikan summer campnya dengan IKRAM dan HALUAN dan masih boleh membuat RM yang lumayan namun untuk memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu tidak mungkin. Walaubagaimanapun, andaian DHA menyertai NGO yang terhad ruang lingkup perjuangannya mungkin tidak matang apatah lagi kalau mengandaikan DHA akan menyertai PERKASA. Untuk jadi bebas macam Zul Noordin, mungkin juga tidak wajar kerana DHA menegaskan dia akan bersama parti yang berjuang untuk Islam, Melayu dan Raja-raja melayu. Alternatif lain yang ada ialah parti KITA, namun apakah KITA memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu? Inilah antara persoalan yang bermain di kepala ketika membaca berita keputusan lajnah politik PAS pusat itu. Ust. Nasha sudah menjelaskan pendiriannya dan Saari Sungip diam membisu, yang tinggal hanya DHA menjadi star di TV dan media perdana. Tidak sukar untuk mengagak kes Ust. Nasha dan Saari Sungip mudah diselesaikan tetapi DHA agak komplikated kerana latahannya. Lagipun mana ada perjuangan untuk ISLAM, MELAYU DAN RAJA RAJA MELAYU? Apakah berjuang untuk menegakkan CARAHIDUP ISLAM ITU SUDAH MERANGKUMI KESEMUANYA? Kalau DHA terus dengan sikapnya "alang alang mencelup pekasam biar sampai ke pangkal lengan" maka keputusan akhir amat mudah bagi PAS untuk menunjukkan exit door kepadanya dan ketika itu Zul Noordin akan menyambut dengan ucapan "welcome to the desperado club". Sekali lagi DHA, berundurlah dan perbetulkanlah fokus perjuangan sementara ada kesempatan! |
Belajaq la jadi khadam yang baik... Posted: 23 Dec 2011 01:08 AM PST Tamatkan Persengketaan Akurlah Nasihat Presiden Oleh: wan_jtk Khadam Perjuang Islam yang mulia (Tuan Guru Presiden PAS) telah pulang dan meluangkan masanya dan sanggup menghadapi risiko tidak pupular pada mata sesetengah pihak yang mungkin berat menerima. Anggaplah kita dalam situasi perjanjian Hudaibiyah dan Taatilah Presiden... Tanggalkan Pakaian Ihram dan Sembelihlah binatang ternakan... Pulang lah bersama Presiden yang tercinta... Dr Hassan Ali, semoga Allah menyelamatkan mu dengan taufiq dan hidayah... POLITIK ISLAM ADA FEQAHNYA Ditulis oleh Presiden PASKhamis, 22 Disember 2011 16:50 Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini. Firman Allah : وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَافَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122) Sabda Rasulullah S.A.W. مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ (Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya. Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah. Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf. Mafhum bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khsusnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam. Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W. telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam. Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia juga. Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan. Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpehak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walau pun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain. Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya. Dalam perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman Nya yang bermaksud : وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ (Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya). Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walau pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik. Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari'yyah. Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi : Al Quran, Hadith, Ijmaa, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS. PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan : kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam. Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan. Perlu diingat, bahawa UMNO yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matmatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah ?. Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya walau pun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam. Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam. PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W. الشَّيْطَانُ ذِئْبُ ابْنِ آدَمَ كَذِئْبِ الْغَنَمِ ، فَإِنَّ الذِّئْبَ يَجِيءُ فَيَأْخُذُ الشَّاذَّةَ وَالنَّاحِيَةَ وَالْمُنْفَرِدَةَ ، فَالْزَمُوا الْعَامَّةَ (Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia , laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad. PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia. Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham. Khadam Perjuangan Islam PRESIDEN PAS |
Jom kita pakat katok dari dalam... Posted: 22 Dec 2011 11:47 PM PST Pemimpin Pas Bertelagah Patut Masuk Ke Dalam Dram PERNYATAAN Nasharudin Mat Isa bahawa beliau tidak mempunyai niat sebesar zaharah pun untuk meninggalkan Pas hendaklah diterima dengan penuh keikhlasan oleh semua ahli dan penyokong Pas. Hendaknya pernyataan itu bukan saja menjawab tanggapan Mustapa Ali kepada Nasharudin bahawa bekas timbalan presiden Pas itu terperangkap dalam jerat Umno, tetapi pernyataan untuk semua orang juga. Nasharudin dalam kenyataan akhbar bagi menjawab tanggapan Mustapa Ali berkata dia tetap bersama Pas untuk menyampaikan risalah Islam. Rasanya semua orang lega penjelasan Nasharudin itu. Sebenarnya bila Nasharudin membuat kenyataan berasingan dengan Hasan Ali berhubung kemelut dan tuduh menuduh yang berlaku sekarang ini, menunjukkan bekas setiausaha agung Pas di era Mohd Fadzil Nor (Allahyarham) itu masih sayangkan Pas. Mana-mana pemimpin Pas yang terbuku hati dengan sikap Nasharudin sebelum ini kerana beliau tidak menghadiri mesyuarat dan menerima perlantikan ketua lujnah antarabangsa hendaklah terima seadanya dan janganlah membuat pelbagai tuduhan lain lagi. Anggapan ketidakhadiran Nasharudin pada mesyuarat jawatankuasa agung Pas itu sebagai satu keterkejutan beliau kerana kalah dalam perlawanan yang dijangka akan mudah dimenang olehnya. Tentulah sebagai pemimpin muda yang sebelum ini menang menjulang, kemudian kalah dihina, merasa terkejut monyet bila tewas dalam perlawanan apa lagi lawannya orang yang dianggap canggung dengan perjuangan Pas yang berlandaskan Islam. Silap tanggap Nasharudin dan juga para penasihatnya telah meletakkan Nasharudin dalam keadaan serba salah. Nasharudin dalam hal ini kurang faham mengenai sepak terang politik. Di dalam politik sering saya katakan orang bodoh memerintah orang cerdik, begitu juga dalam konteks politik Pas sebab Pas juga menerima sistem yang sama dengan Umno. Dengan pernyataan Nasharudin itu juga selepas ini jangan ada sesiapa yang 'cepelak' mulut lagi. Yang nyatanya Nasharudin masih ahli Pas dan setia dengan Pas. Pengakuan itu anggaplah bai'ah beliau. Dalam konteks yang berlaku sekarang ini tidak boleh menyamakan sikap, pendirian dan pembelaan diri Hasan Ali adalah sama dengan dirinya. Nasharudin lebih bersikap tawakus dan merendah diri dan jangan pakejkan Nasharudin dengan Hasan Ali walaupun mereka berkawan baik. Apabila beliau menjawab terhadap tohmahan ke atas Mustapa Ali itu anggaplah itu adalah hak asasinya. Adalah tidak elok kalau dalam keadaan sekarang di mana Pas sedia untuk mengganti Umno tiba-tiba wujud kecelaruan dalam Pas. Pas dalam hal ini harus malu kepada DAP. Ironisnya apabila PKR selesai bertetak sesama sendiri Pas pula hendak 'berkelewang' sesama sendiri. Aduh... sakitnya. Kepada Nasharudin secara peribadi saya mengucapkan terima kasih kerana masih tetap dapat mengeluarkan kenyataan yang lunak, sedarhana dan tetap menggambarkan seorang pemimpin dari jemaah Islam. Semoga beliau akan istiqamah dan tenang menghadapi apa-apa juga celaan dan ingatlah sabar itu separuh daripada iman. Kekuatan dan keulitan seseorang pejuang ialah apabila ia dapat menghadapi tribulasi ke atas dirinya oleh kawan sendiri dan bukan musuh. Apa yang akan berlaku selepas ini jangan dibuat spekulasi yang sehinggakan akan dieksploitasikan oleh musuh. Pengakhiran babak yang berlaku dalam Pas kini hendaklah ditunggu bagaimana pengakhirannya pada saat dewan dibubar nanti. Saya yakin emosi orang-orang Pas termasuk yang bertelagah akan berubah bila parlimen dibubarkan. Sebaik-baik untuk menenangkan kemelut yang berlaku sekarang ini, Pas Bachok di mana Nasharudin menjadi ahli Parlimen di situ patut mengambil inisiatif melegakan keadaan membuat pernyataan mereka masih mahukan Nasharudin mewakili mereka. Saya percaya kalau ada sikap dan sifat berkorban seperti ini segalanya akan dapat diatasi. Tentu ramai orang Kelantan yang tidak setuju dengan cadangan itu, tetapi bagi saya itulah sebaik- baiknya kalau kita ikhlas dan jujur hendak mengatasi masalah yang berlaku. Apakah Pas Bachok mampu dan sanggup berbuat demikian. Sekali saya katakan hanya orang berjiwa besar dan berjiwa hamba kepada perjuangan sahaja boleh melakukan demikian. Bagi saya tidak ada sebab untuk Pas Bachok atau Pas Kelantan mahu menukarkan kerusi Bachok kepada orang lain. Saya tetap berkeyakinan dalam keadaan Awang Adek sedang diputar isu SPRM, Nasharudin mampu mengatasinya, dengan syarat Nasharudin akan terus berlunak selepas ini. Nasharudin juga perlu kembali kepada pangkuan para sahabat dan tidak menyisihkan diri kerana berbuat begitu menyebabkan syaitan banyak akan mencelah. Adapun sdr Hasan Ali yang saya lihat sudah terlebih syok untuk mengadakan sidang akhbar sudah agak terlajak jauh. Betul yang tergelecah dari ril perjuangan ialah Pas, tetapi beliau dalam hendak membetulkan Pas itu terlajak jauh kerana lebih lajak dari laju. Hasan juga harus membuang sifat mazmumah yang merasakan dia hebat, bijak dan kaya dengan idea politik. Sepatah sahaja saya nak kata di sini kalau Hasan ikhlas dan jujur hendak perbaiki Pas dengan keadaan yang ada hari ini dia harus tahu teknik yang betul untuk membaikinya. Saya lihat hari ini - merujuk kepada isu Hasan, Saari Sungib dan Mustapa Ali itu Pas sebenarnya kemek di bahagian luar sahaja bukan dari bahagian dalam. Kalau ibarat dram ia kemek di luar. Jadi kalau ia kemek di luar cara membaikinya ialah masuk ke dalam dram dan ketuk dari dalam. Seberapa kuat nak ketuk dari dalam nah lakukanlan kerana ia tidak akan membingitkan ahli di luar. Dengan apa yang Hasan buat mengetuk dram kemek dari luar ia tidak boleh menyempurnakan keadaan tetapi menambahkan lagi kekemekan dram berkenaan, dan yang 'rewelnya' juga ia menganggu ketenteraman orang lain. Berdoalah semoga selepas ini kita semua insaf, tidak saling berbalas tembak lagi. Janganlah memberi modal kepada media penjilat buntut. Lepas ini jangan ada lagi kenyataan akhbar dari mana-mana pihak. Khabarnya besok setiausaha agung akan membuat kenyataan akhbar, elok berhentilah kalau kenyataan itu untuk membalas kenyataan Hasan, melainkan kalau untuk mendamaikan keadaan. Dalam hal ini juga saya tertanya-tanya ke mana perginya sang presiden? Apakah kemelut yang berlaku kini tidak terlantas di telinganya. Kenapalah presiden diam membisu seolah apa yang berlaku tidak ada kena mengena dengan urusan dan tanggungjawabnya. Saya tenguk sikap presiden dalam hal ini tak ubah seperti badak tuli yang tidur tepi lebuhraya! Sepatut sebagai presiden beliau harus bersuara dan memanggil pihak bertelagah duduk semeja dan selesaikan kekusutan yang berlaku. Mungkin Abdul Hadi juga perlu bermahasabah sejauh mana relevansi beliau menjadi seorang presiden parti politik yang sudah mulai hilang punca untuk berdamai dan kabur untuk mencari hadith-hadith persaudaraan. Ingat pesan saya, kalau hendak baiki dram yang kemek di luar masuk ke dalam dan ketuk dari dalam. Bukan saja Mustapa, Hasan, Saari dan yang lain-lain Abdul Hadi juga kena masuk dan ketuklah dari dalam. Berdegung berdegang berdegung berdegang... tak mengapa. Belum sah tetapi ada berita mengatakan Ahmad Maslan tidak akan dicalonkan dalam pilihan raya akan datang |
Hodohnya muka Hassan Ali teriak... haha... Posted: 22 Dec 2011 08:25 PM PST Nak heran apa orang PAS, Zulkifli Nordin pun pernah jadi YDP kawasan Oleh Penarik Beca Selepas pilihan raya 1999 lalu, saya tak ingat tahun berapa, tahun 2000 ka, 2001 ka, tak ingat dah, seorang pengarang akhbar bercerita tentang seorang ahli politik kat saya. Dia kata, ahli politik tu ada banyak problem berkaitan tanah-tanahnya di Selangor, termasuk kat pusat bisnes air liur dia. Kata pengarang itu lagi, Menteri Besar Selangor waktu itu, Tan Sri Abu Hassan Omar ada membawa cadangan untuk mengambil tindakan ke atas ahli politik itu kepada Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Maklumlah, bukan dari kandang depa. Menurut pengarang akhbar itu, lebih kurang Dr Mahathir kata, "Biaqlah, orang Melayu". Saya pun tanya pengarang akhbar itu, "Ai, takkan Dr Mahathir baik sangat kot?!!" Dalam setahun dua lalu pula (tak ingat jugak tahun bila), pengarang dari akhbar lain pula pernah bercerita kat saya yang ahli politik yang sama menghadapi ancaman diisytiharkan bankrap. Katanya, "kalau dia jual semua harta dia pun untuk bayar hutang, ada banyak lagi hutang dia dan tetap boleh diisytihar bankrap jugak". Saya betul-betul tak ingat apa lagi kami sembang fasal bab tu masa tu. Dah tak ingat, takkan nak bubuh ajinomoto bagi sedap pulak. Tapi yang jelas, sampai la ni saya tertanya-tanya, "awat depa tak ambik tindakan kat dia?" Pindah kepada isu panas pulak. Sekarang masuk bab laporan media tentang isu yang tengah hangat la ni. Dalam berita bertajuk "Hasan Ali hits out at critics, says backed by Nik Aziz, ulama, Youth wing", The Malaysian Insieder semalam melaporkan: "People say Datuk Hasan is isolated. I'm not,"he told a news conference at his home here today, refuting allegations from senior partymen that his comments on championing Islam, the Malay race and the royal institution were damaging to the party's reputation. "Tuan Guru Nik Aziz, two nights ago in a speech in Jeli, praised me for being highly-qualified, with a degree from the US," Hasan told reporters, saying the PAS spiritual adviser had expressed sympathy and support for his stand in pushing the party's original fight to make Malaysia an Islamic state. He said he had received statements of support from the party's religious quarters, the head of the Ulamak Council, Datuk Harun Taib, and its Youth chief Nasrudin Tantawi Hassan. Dalam Facebook Rasmi Mursyidul Am PAS pula dinyatakan: [setiausaha akhbar] Merujuk kepada laporan muka hadapan The Star hari ini yang memetik bahawa pendirian Dato Dr Hassan Ali disokong oleh YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am, sukalah dinyatakan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan samada menyokong atau tidak pendirian Dato Dr Hassan Ali. Kenyataan terakhir YAB Tuan Guru dalam isu Dato Dr Hassan Ali ialah menyerahkan isu ini untuk dikendalikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan seterusnya pimpinan PAS peringkat pusat. Justeru, tidak timbul isu YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS menyokong pendirian terkini Dato Dr Hassan Ali. Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS masih berehat di dalam wad selepas dimasukkan ke sana pada hari Isnin, 19 Disember 2011. Keadaan beliau stabil dan insya-allah akan dibenarkan keluar sedikit masa lagi. Saya tak tau siapa yang cakap benar dan siapa yang cakap bohong. Yang saya tau, cakap bohong adalah antara ciri manusia hipokrit. Tapi saya teringat sangat orang tua-tua kata, "Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jadi pencuri". Pencuri yang paling kurang ajaq ialah pencuri wang rakyat seperti kerajaan celaka yang, sebagai contoh kecil, tibai duit rakyat sehingga RM250 juta untuk dijamu kepada keluarga salah seorang pemimpinnya. Itu baru pemimpin yang bukan terkanan. Keluarga pemimpin terkanan kerajaan yang la'nat itu entah berapa bilion depa rembat, mana kita tahu. Balik kepada pepatah lama tu. Zaman sekarang, orang ubah kata-kata itu kepada "Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jadi menteri". Ada juga orang kata "Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong fasal sakit hati tak jadi menteri". Menteri yang dimaksudkan dalam konteks kata-kata yang saya petik itu ialah menteri besar. Jauh la pulak melencong. Ni masuk balik kepada cerita Dr Hassan yang tengah panas la ni. Mamat tu sekurang-kurangnya jujur apabila dia gambarkan terus terang kepada kita bahawa punca dia menggelejat tak ketahuan hala tu ialah apabila Ketua Penerangan PAS Selangor, Haji Saari Sungip buka cerita yang bekas Pesuruhjaya PAS Selangor tu mendapat pencalonan yang ciput terlampau di Gombak untuk bertanding semula sebagai Adun Gombak Setia. Ada yang cerita kat saya dia tak dapat pencalonan langsung. Kalau sungguh begitu, kira Saari nak jaga maruah Dr Hassan jugak la bila dia kata Mamat tu dapat pencalonan yang sikit sangat. Bila Dr Hassan menggelejat tak ketahuan darat dengan laut, itu mungkin disebabkan dia dah bajet macam dia popular sangat kat kawan-kawan dia dalam Umno sebelum ini. Mungkin dia buat gitu. Maklumlah nak menaikkan harganya. Tiba-tiba si Saari pi pecah tembelang. Malu la dia kat orang-orang yang selama ini dok fkir dia macam bagus sangat dan popular sangat dalam PAS. Supaya tak la malu terlampau dan untuk tutup kudis dan tokak yang dah satu dunia nampak, dalam berita bertajuk "Hasan mahu Saari dirujuk ke Lembaga Disiplin", Free Malaysia Today melaporkan: Sehubungan itu, beliau menggesa agar satu siasatan terperinci dibuat ke atas proses pencalonan dan keputusan akhir bilangan pencalonan yang diterimanya di kawasan Gombak seperti yang dibuat oleh PAS kawasan itu. "Siasatan ini dicadangkan bagi melenyapkan sebarang spekulasi yang timbul berkaitan dengan pencalonan saya," katanya.Yang nak tergelaknya, Dr Hassan juga sebelum itu bertanya mana bukti dia masuk jerat Umno? Teringat la pulak cerita orang yang dirasuk syaitan dan bercakap pun macam syaitan tiba-tiba bertanya mana bukti dia dirasuk syaitan? Memang kita tak nampak duduk tang mana syaitan tu untuk kita buktikan dia dirasuk syaitan. Tetapi kita nampak kelaku syaitan dia tu. Tu la bukti kepada kita dia dirasuk syaitan. Apa-apa pun, kepada orang-orang PAS yang ada akal, hampa sepatutnya berterima kasih sangat-sangat kepada Saari kerana dia berjaya mengakibatkan Dr Hassan tidak dapat lagi mengawal dirinya sehingga dia merosakkan apa yang sepatutnya berlaku dengan cantik. Punyalah sentap si Dr Hassan tu sehingga dia meletup-letup bukan pada masanya. Bak kata P Ramlee, "rosak ana punya program". Sepatutya orang-orang PAS yang ada akal ramai-ramai menghantar ucapan terima kasih kepada Saari. Kalau Saari tak buat gitu, ca hampa bayangkan kalau Dr Hassan mengambil tindakan disiplin ke atas dirinya sendiri seperti yang dibuatnya sekarang apabila dewan dah dibubarkan nanti dan hampa sibuk sakan nak menghadapi pilihan raya. Kalau masa tu Dr Hassan buat apa yang Haji Mahfuz Omar anggap, iaitu isytihar perang terhadap PAS, mampoih hampa! Kepada orang-orang PAS yang tak dak akal dan taraf depa sama ja dengan lembu feedlot keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, tak payah ambik pot la fasal depa tu. Nak hairan apa depa tu. Kalau orang Umno boleh angkat jenis-jenis yang malas la nak cakap, orang PAS pun sama. Tahap Zulkifli Nordin pun pernah jadi Yang Dipertua PAS Bandar Tun Razak. Saya teringat lagi rungutan-rungutan beberapa pemimpin PAS waktu tu. Sampai tak larat nak dengar. Nasib baik Majlis Syura PAS tolak Zulkifli sebagai calon pilihan raya menjelang pilihan raya umum 2004. Ni yang tengah buat kelaku Zulkifli ni lagi la tinggi jawatan yang pernah dia capai (Selepas ini saya akan tulis tentang seorang yang digelar ustaz yang kalau dia jadi pemimpin PAS, alamat melingkuplah PAS. Bila dia bercakap dalam mesyuarat malam tadi, salah seorang ahli mesyuarat teringat kata-kata Ustaz Ismail Kamus, "bila diam nampak bangang, bila bercakap confirm bangang!" Ahli mesyuarat yang lain pula berterima kasih kepada Mamat tu bila dia bercakap sebab "kalau dia tak bercakap, kita tak tau yang dia tu bangang"). Sikit lagi, dalam berita Malaysiakini bertajuk "Mahfuz: It appears Hasan is declaring war on PAS" semalam dilaporkan bahawa: He also slammed Hasan as a hypocrite for claiming that the non-ulama are taking over the leadership of the party, hence deviating from its cause. Mahfuz stressed that the top leadership of PAS, president Abdul Hadi Awang and spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat, are both ulama. Hence the issue of non-ulama taking over the party has never arisen. (Sumber) |
Khir Toyo didapati bersalah... kahkahkah... Posted: 22 Dec 2011 07:52 PM PST SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, didapati bersalah terhadap pertuduhan menerima barangan berharga tanpa balasan, tujuh tahun lalu, di Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini. Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan, selepas menimbangkan semua keterangan bukti dan hujah pendakwaan dan pembelaan.- Berita Hairan |
Nik Aziz nafi berkeadaan uzur, Alhamdulillah... Posted: 22 Dec 2011 07:00 PM PST MB nafi berkeadaan uzur KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal dakwaan beliau berada dalam keadaaan uzur dan menerima rawatan intensif semasa berada di Hospital Universiti Malaysia (HUSM) baru-baru ini. Nik Aziz, 80 berkata, sudah menjadi rutin dia akan membuat pemeriksaan berkala di hospital terbabit supaya keadaan kesihatan sentiasa stabil dan memuaskan. "Sudah menjadi kebiasaan saya buat pemeriksaan di hospital tiga bulan, ada( dakwaan) kata saya sakit, itu kerja orang yang tidak kenal dosa, " katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, di sini semalam. Kelmarin, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd. Fadzli Shaari memaklumkan bahawa Nik Aziz telah dimasukkan ke hospital pada Isnin lalu untuk berehat dan dimaklumkan dibenarkan pulang pagi kelmarin. Ogos lalu, tersebar khabar angin bahawa Nik Aziz menghidap barah prostat bagaimanapun beliau menafikannya dan menjelaskan hanya menghadapi masalah saluran jantung yang tersumbat akibat kolestrol yang tinggi. Sebelum ini, biarpun dipertikaikan keadaan kesihatannya Nik Aziz berulang kali menegaskan beliau akan tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU-13) nanti. Sinar Harian |
Posted: 22 Dec 2011 06:35 PM PST Tok Guru Nik Aziz Dalam Keadaan Nazak? Betulkah kenyataan ini?? Jika benar sama-samalah kita mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik kepada tok guru.. Amin.. Berita Bertarikh: 22/12/2011 Berita yang menggemparkan buat pencinta dan pengikut arena politik tanah air apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, ICU Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, pagi tadi akibat diserang sakit jantung. Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob, Datuk Nik Aziz dikejarkan dengan ambulans ke hospital jam 6.30 pagi. Antara yang melawat Datuk Nik Aziz petang tadi, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid . Turut menziarahi, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan. Walau apa pun, tidak kira penyokong atau pengikut parti politik kerajaan mahupun pembangkang sama-samalah kita sedekahkan doa agarkan beliau sembuh seperti sediakala. sumber berita di sini |
Aura CheguBard jugak yang anak muda tagih... Posted: 22 Dec 2011 04:22 PM PST Gerakan Bebaskan Anwar 901: CheguBard Harus Ketuai Bukan Shamsul Oleh SuaraPakatan ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) pada 16hb Disember telah melancarkan Gerakan Membebaskan Anwar 901 (Gerakan 901), gerakan besar-besaran menandakan kebangkitan rakyat pada 9hb Januari 2012, tarikh dimana Hakim Dato Zabidi Md Diah dijangka membuat keputusan berhubung pertuduhan liwat yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim Penulis sambut baik dengan pelancaran gerakan ini kerana ia bakal memberi mesej yang keras kepada kerajaan bahawa rakyat menolak sebarang bentuk penyalahgunaan Mahkamah untuk menjatuhkan karier politik pemimpin pembangkang atau pendeknya, konspirasi politik melalui perundangan. Walaupun cuba dinafikan oleh ketua peguambela, Karpal Singh yang teori konspirasi itu wujud, tapi rakyat tahulah ini sememangnya konspirasi peringkat tertinggi. Sama seperti orang lain, penulis yakin bahawa Datuk Seri Anwar akan didapati bersalah oleh mahkamah, bukan kerana benar-benar terlibat tapi kerana semuanya sudah diatur sebegitu rupa untuk mewajarkan dirinya ke penjara. Disamping kelemahan pasukan pembelaan yang gagal sama sekali memfokus kepada fakta teknikal berhubung penemuan DNA di dalam dubor Saiful, sebaliknya lebih berminat mempertikaikan seksyen mana yang betul. Penulis mempunyai pengalaman terlibat dalam kebangkitan rakyat yang pertama pada tahun 1998/1999 dahulu. Jadi penulis tahu sedikit sebanyak karektor bagaimana yang diperlukan untuk mengetuai gerakan sebesar itu, yang kini mahu diadakan semula melalui Gerakan 901. Dahulu PKR tidak ada masalah ini kerana kita mempunyai Ezam, Zulkifli Nordin, Tien Chua dan Roslan Kasim untuk mengetuai gerakan di depan dan belakang tabir sehingga mencapai kejayaan yang dimahukan. Bagaimanapun selain Tien Chua, karektor lain yang disebutkan telah terpaling hatinya dari perjuangan akibat dari kegagalan menolak pengaruh wang ringgit yang ditabur UMNO. Disamping ganjaran pangkat dan kedudukan sebagai balasan kepada pengkhianatan. Terus terang, penulis tidak melihat karektor itu wujud dalam diri Shamsul Iskandar, merangkap Ketua AMK. Justeru penulis tidak tahu bagaimana Shamsul mampu memimpin gerakan itu nanti. Sekarang pun Shamsul gagal memastikan kehadiran ribuan pemuda PKR pimpinannya hadir memberi sokongan kepada Anwar di mahkamah. Tidak seperti yang berjaya dilakukan Ezam dalam perbicaraan fitnah pertama dahulu, ruang legar mahkamah dan kawasan sekitarnya akan dipenuhi oleh rakyat yang tidak boleh menerima penghinaan sedemikian dilakukan ke atas pemimpin seperti Datuk Seri Anwar. Kalau pun ada kelebihan Shamsul yang boleh disebut, beliau tidak pernah gagal menjadi yang terawal sampai ke mahkamah setiap kali prosiding Anwar berlangsung. Dan tidak lupa bergambar di sebelahnya sebaik prosiding berakhir, itu sajalah. Bagaimanapun penulis melihat ciri-ciri itu ada pada Badrul Shaharin atau Chegubard. Penulis tidak tahulah pandangan orang tapi bukan calang-calang orang yang boleh mengarahkan mahasiswa untuk menurunkan bendera dengan gambar Najib dibangunan keramat UMNO, PWTC, kalau bukan Chegubard. Begitu juga halnya dalam isu cincin jutaan ringgit Rosmah Mansor, siapa yang berani ke depan kalau bukan Chegubard. Sementara Shamsul pula tidak ada apa kelebihan lain yang boleh dicakapkan melainkan kepetahan berucap, sesuai dengan kerjayanya sebagai seorang peguam. Orang yang boleh mengetuai Gerakan sebesar ini perlu mempunyai 'jiwa revolusi' dan berani menghadapi semua cabaran yang datang. Tidak setakat itu, individu tersebut juga mampu mempengaruhi orang lain agar 'sejiwa' dengannya. Setakat pagi dimasukkan ke penjara tapi keluar sebelum senja, itu bukan gambaran kepada 'jiwa revolusi' yang penulis maksudkan. Ezam sebagai contoh, berulang kali di tahan dilokap, termasuk ditahan selama 2 tahun dibawah ISA kerana disyaki menjadi dalang yang pencetus kebangkitan rakyat pada 1999. Mungkin Chegubard tidak sampai ke tahap ditahan dibawah ISA sepertimana Ezam, tapi setakat yang penulis lihat Chegubard ada ciri-ciri keberanian yang hampir menyamai Ezam pada waktunya dulu. Lebih lagi beliau memimpin pelbagai gerakan orang muda seperti SAMM dan sebagainya disamping penglibatan aktif sebagai Ketua Cabang PKR Rembau. Selain kekurangan dari segi 'jiwa revolusi', Shamsul juga adalah pegawai mahkamah (peguam) dalam masa yang sama. Penglibatannya secara terang terangan membantah keputusan mahkamah hanya akan mendatangkan konflik kepentingan keadanya kerana ini bukan demonstrasi biasa tapi demonstrasi membantah keputusan mahkamah dan sistem disebaliknya, sistem sama dimana Shamsul telah bersumpah untuk melindunginya. Tidak hairan kenapa blogger Tukar Tiub melontarkan cabaran kepada Shamsul untuk menjayakan Gerakan ini, meniru kejayaan sama yang penah dicapai sekitar 1998 – 2001 dulu. Cabaran sedemikian tidak perlu sebenarnya kalau blogger Tukar Tiub (Hishamuddin Rais) yakin Shamsul mempunyai 'jiwa revolusi' yang penulis sebutkan. Sebagai antara tenaga penggerak reformasi 1998 bersama Ezam, Hishammudin tentu tahu yang Shamsul jauh dari layak untuk mengetuai gerakan sebegini. Perlu diakui, Ezam dulu telah meletakkan standard yang tinggi dalam soal mengadakan demonstrasi besar-besaran membela Anwar dan ini bukan mudah untuk Shamsul menjejakinya, lebih lagi dalam posisinya sekarang. Justeru lebih baik Shamsul menyerahkan Chegubard untuk menakhodai pergerakan ini sementara dia sendiri memainkan peranan dibelakang tabir sahaja. |
Posted: 22 Dec 2011 02:30 PM PST Tamatkan Persengketaan Akurlah Nasihat Presiden Oleh: wan_jtk Khadam Perjuang Islam yang mulia (Tuan Guru Presiden PAS) telah pulang dan meluangkan masanya dan sanggup menghadapi risiko tidak pupular pada mata sesetengah pihak yang mungkin berat menerima. Anggaplah kita dalam situasi perjanjian Hudaibiyah dan Taatilah Presiden... Tanggalkan Pakaian Ihram dan Sembelihlah binatang ternakan... Pulang lah bersama Presiden yang tercinta... Dr Hassan Ali, semoga Allah menyelamatkan mu dengan taufiq dan hidayah... POLITIK ISLAM ADA FEQAHNYA Ditulis oleh Presiden PASKhamis, 22 Disember 2011 16:50 Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini. Firman Allah : وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَافَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122) Sabda Rasulullah S.A.W. مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ (Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya. Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah. Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf. Mafhum bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khsusnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam. Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W. telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam. Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia juga. Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan. Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpehak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walau pun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain. Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya. Dalam perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman Nya yang bermaksud : وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ (Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya). Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walau pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik. Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari'yyah. Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi : Al Quran, Hadith, Ijmaa, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS. PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan : kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam. Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan. Perlu diingat, bahawa UMNO yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matmatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah ?. Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya walau pun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam. Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam. PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W. الشَّيْطَانُ ذِئْبُ ابْنِ آدَمَ كَذِئْبِ الْغَنَمِ ، فَإِنَّ الذِّئْبَ يَجِيءُ فَيَأْخُذُ الشَّاذَّةَ وَالنَّاحِيَةَ وَالْمُنْفَرِدَةَ ، فَالْزَمُوا الْعَامَّةَ (Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia , laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad. PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia. Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham. Khadam Perjuangan Islam PRESIDEN PAS |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan