Addin |
- Panas!! Adam Adli Di Ugut Polis
- MAS Bakal Gulung Tikar
- Terkini!! Hamid Othman Meninggal Dunia - Al-Fatihah
- Papagomo Mengaku Menjadi Liabiliti Kepada UMNO
- Arif Alfian Takut Pulang Ke Malaysia
- Gempar!! Pengerusi Harakah Akan Di Pecat?
Panas!! Adam Adli Di Ugut Polis Posted: 23 Dec 2011 10:00 AM PST Aktivis Pelajar yang dipercayai menurunkan kain rentang wajah Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi tempoh hari tampil membuat laporan polis atas insiden kecaman ditumbuk dan ugutan yang diterimanya daripada seorang anggota Polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.Adam Adli, 22, telah menerima ancaman ditumbuk oleh seorang anggota polis bernama Roslan Mokhtar ketika membuat laporan polis terhadap ugutan bunuh yang diterimanya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman minggu lalu. Dalam laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini, Adam (gambar) menyatakan polis berkenaan cuba menumbuknya di hadapan anggota polis yang lain tanpa dihalang mereka. "Jadi keterangan hari ini diambil berdasarkan insiden tersebut dan kita akan lihat sama ada anggota polis yang terlibat ini akan ambil tindakan kerana ia begitu jelas bahawa terdapat ugutan dari pihak polis," kata peguam yang mewakili Adam, Fadiah Nadwar. Menurut peguam daripada "Lawyer for Liberty" ini lagi, demonstrasi yang dilakukan kumpulan mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu tiada sebarang jenayah dilakukan, sebaliknya ini hanyalah satu pelanggaran norma masyarakat yang diterima masyarakat antarabangsa. "Oleh itu, tindakan kecaman daripada kerajaan dan pihak berkuasa ini harus dihentikan," tambahnya lagi. Sementara itu, Adam menjelaskan, isu menurunkan kain rentang itu hanyalah isu yang diputarkan oleh pihak yang takut terhadap gerakan mahasiswa. "Isu menurunkan bendera itu hanya mainan pihak yang takut dengan gerakan mahasiswa, sama dengan fitnah yang dibuat oleh Utusan Malaysia di dalam portalnya. "SMM dengan ini menuntut Naib Ketua Umno Kepala Batas, Reezal Merican memohon maaf dalam tempoh 24 jam atas pengeluaran artikel fitnah dalam Utusan Malaysia bertarikh 21 Disember yang mengatakan mahasiswa telah memijak bendera Perdana Menteri. "SMM menegaskan, bendera Datuk Seri Najib hanya diturunkan dalam lima minit dan kemudiannya dinaikkan semula, tiada insiden bendera tersebut dipijak," katanya lagi. Menurut Adam, sekiranya Reezal tidak mengeluarkan kenyataan maaf berkenaan, mahasiswa tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Kenyataan itu jelas Adam adalah cubaan untuk memburukkan SMM dan memberikan oersepsi negatif terhadap isu yang dibawa Bebas. SMM juga melihat kenyataan yang dikeluarkan tersebut terlalu dangkal dan hanya bersifat sentimen sokongan terhadap perdana menteri tanpa mengulas mengenai kebebasan akademik yang diutarakan mahasiswa. | ||
Posted: 23 Dec 2011 07:29 AM PST Malaysia Airlines (MAS) akan menggantung empat lagi laluan yang melibatkan rangkaian serantau Sabah awal tahun depan. Langkah berkenaan merupakan tambahan kepada pelaksanaan perasionalan yang melibatkan lapan laluan rangkaian antarabangsanya yang diumumkan minggu lepas. Penggantungan berkenaan meliputi perkhidmatan dua kali seminggu laluan Kota Kinabalu-Osaka mulai 6 Jan, perkhidmatan tiga kali seminggu bagi laluan Kota Kinabalu-Perth dari 31 Jan, penerbangan empat kali seminggu bagi Kota Kinabalu-Haneda mulai 1 Feb, dan penerbangan empat kali seminggu bagi laluan Kota Kinabalu-Seoul dari 21 Feb. "Penggantungan ini sehingga dimaklumkan kelak dan merupakan sebahagian daripada penyatuan rangkaian serantau yang melibatkan operasi pesawat satu lorong," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya dalam satu kenyataan. "Kami akan mengkaji semula keadaan ini dalam masa kira-kira tiga bulan dari tarikh penggantungan laluan pertama dan akan memutuskan selanjutnya menjelang awal April 2012," katanya. Semasa penggantungan itu, Ahmad Jauhari berkata MAS akan mengambil kesempatan daripada operasi perkongsian kod sedia adanya dengan Korean Air untuk menawarkan perkhidmatan penyambungan secara terus antara Sabah dan Korea Selatan menggunakan penerbangan terus pergi balik Seoul-Kota Kinablau. "Kami juga akan terus menawarkan sambungan antarabangsa secara langsung ke Kota Kinabalu melalui penerbangan harian B737 sedia ada kami dari Hong Kong dan Taipei." Di samping itu, beliau berkata, MAS juga akan menggunakan 86 penerbangan mingguan sedia ada antara Sabah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengadakan sambungan segera kepada penumpang yang memilih penerbangan perkhidmatan penuh antara Sabah dan bandar-bandar Perth, Tokyo dan Osaka. Dalam kenyataan itu, Malaysia Airlines menyatakan kekesalan di atas segala kesulitan penumpang akibat penggantungan laluan ini dan memberi jaminan akan memenuhi semua tempahan awal sehingga kini bagai laluan yang terlibat. Syarikat akan menawarkan syarikat penerbangan alternatif, yang ditanggung kosnya, untuk meminimumkan ketidakselesaan penumpang, katanya. Bagi operasi Sandakan-Kuala Lumpur, Malaysia Airlines akan terus menawarkan penyambungan ini melalui Kota Kinabalu, perkhidmatan 22 kali seminggu dari Sandakan dan 25 kali seminggu dari Kuala Lumpur, kedua-duanya dengan menggunakan penerbangan harian B737 dan perkhidmatan harian MASwings ATR yang kini beroperasi di antara Sandakan dan ibu negeri Sabah.~bernama Addin : MAS bakal gulung tikar.. | ||
Terkini!! Hamid Othman Meninggal Dunia - Al-Fatihah Posted: 23 Dec 2011 06:18 AM PST Bekas Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman meninggal dunia akibat strok di pejabat beliau di pusat membeli-belah Maju Junction, di sini hari ini. Difahamkan Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) itu telah mendapat serangan strok ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya dan meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang tadi. Sebelum ini, Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Agama Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tan Sri Haji Abdul Hamid Bin Haji Othman Tan Sri Dr. Haji Abdul Hamid b. Haji Othman dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sik sehingga tamat darjah lima pada tahun 1952. Kemudiannya menyambung pelajarannya di sekolah berpengantar Bahasa Arab di Madrasah AI-Nahdah Bukit Besar sehingga tahun 1954. Di bawah asuhan Tuan Shaik Othman Al-Yunusi atau lebih dikenali sebagai 'Pak Man Bukit Besar' ini, beliau telah terpilih untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, Perak sehingga tahun 1956. Kecemerlangannya sebagai pelajar telah membuka peluang kepada beliau untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Kelang pada tahun 1959 sehingga tahun 1962 dan berjaya memperolehi Sijil Tinggi Agama dan Diploma Pendidikan. Tan Sri Hj Abdul Hamid juga berjaya memperolehi 'Lower Certificate of Education' dan Sijil Senior Cambridge secara persendirian. Pada tahun 1961, beliau telah terpilih mendapat tawaran pertama biasiswa Kerajaan Malaysia untuk belajar di Universiti AI-Azhar bersama empat orang lagi pelajar Malaysia di dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perundangan Islam. Tan Sri Hj Abdul Hamid b. Hj Othman kemudiannya telah ditawarkan biasiswa di bawah Skim Latihan Tenaga Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di University of St. Andrew, Scotland dan memperolehi Ijazah Ph.D. Kerjaya: Guru di Sekolah Menengah Tunku Ampuan Rahimah Kelang Beliau telah ditukarkan untuk mengajar di Kolej Islam Kelang (1970-1971) Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia Beliau dengan rasminya dilantik menjadi Pengetua Maktab Perguruan Islam yang pertama (1977) Beliau telah diberi mandat untuk menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan(1981-1984) Mengetuai Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Penglibatan Politik : Memenangi Pilihanraya Kebangsaan (1990) Ahli Majlis Tertinggi UMNO Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional : Pengerusi Koperasi Muslimin Setiausaha Yayasan Nadwah, Akademi Islam (NADI) Berhad Pengerusi Jemaah Hakim Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa Mempunyai kegemaran bermain golf dan membaca, serta aktif dalam bidang penulisan. Sebagai mengenang sumbangan dan jasa bakti beliau terhadap negara beliau dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran iaitu P.P.T., K.M.N., J.S.M., S.M.G., D.S.D.K yang membawa gelaran Dato', D.H.M.S dan P.S.M yang membawa gelaran Tan Sri. ~bernama | ||
Papagomo Mengaku Menjadi Liabiliti Kepada UMNO Posted: 23 Dec 2011 04:45 AM PST Papagomo mengaku menjadi liabiti kepada UMNO? Sememangnya Papagomo sudah lama menjadi liabiliti kepada UMNO.. . Fitnah dan bahan lucah yang diketengahkan oleh Papagomo cukup membebankan UMNO... Dalam satu segi, memang Papagomo populer kerana artikelnya. Akan tetapi fitnah yang melampau-lampau tanpa asas yang kukuh membuatkan audien buka mata. Masyarakat kini sudah cerdik pandai bukannya macam UMNO bodoh macam lembu. Kini masyarakat seperti ini menolak politik fitnah dan jijik. Blogger seperti Papagomo hanya mempercepatkan dan mempermudahkan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya. Sekiranya Papagomo tidak menjadi liabiliti kepada UMNO, kenapa ketua UMB Tun Faisal cukup 'angin' dengan Papagomo... di gelarnya blogger ego dan lupa daratan.. Lu fikirlah sendiri.. Addin : Betul ke hang tak bertuan?? Blogger UMNO tak bertuan?? pembohong besar!! | ||
Arif Alfian Takut Pulang Ke Malaysia Posted: 22 Dec 2011 07:43 PM PST Ariff Alfian Rosli, pelajar Malaysia yang melangsungkan perkahwinan sejenis di Ireland menyatakan ketakutannya untuk pulang ke tanah air. Dalam kenyataannya kepada akhbar The Irish Times hari ini, Ariff Alfian berkata, dia bimbang dengan keselamatan dirinya jika pulang ke Malaysia. " Saya bimbang dengan keselamatan saya namun ingatan saya masih dengan keluarga dan rakan-rakan di sana. Saya tak pernah mahu perkara ini menjadi berita utama," katanya kepada akhbar itu. Dalam pada itu, Ariff Alfian menegaskan yang beliau tidak berhasrat untuk lari daripada tanggungjawabnya dalam melunaskan yuran pengajiannya dengan Petronas. Katanya, beliau masih berhubung dengan syarikat itu berhubung pembayaran balik yuran berkenaan yang mencecah 200,000 pound. Petronas sebelum ini mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom. Bagaimanapun ia ditamatkan berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman. Namun mereka mendakwa, sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar Petronas dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau. " Saya tidak mahu lari dari tanggungjawab tersebut atau melepaskannya dari bahu saya," ujarnya Menurut Ariff Alfian, antara perkara yang terkandung dalam kontrak pengajiannya dengan Petronas termasuklah berkhidmat dengan syarikat itu bila tamat pengajian, namun dia tidak yakin dapat berbuat demikian disebabkan penglibatannya dalam hubungan sejenis. ~mynewshub.my | ||
Gempar!! Pengerusi Harakah Akan Di Pecat? Posted: 22 Dec 2011 06:28 PM PST Addin bukanlah salah seorang pembaca Harakah yang tegar... lama jugak dah tak beli. Tambahan pulak, blogger seperti Addin ni selalu mengadap laptop. Lebih baik cari info dalam internet, lagi jimat, cepat dan mudah... itulah hakikatnya. Isu yang di timbulkan oleh blogger Suara Pakatan Rakyat amat signifikan buat masa ini, tambah-tambah lagi dekat PRU 13. Media PR perlu diperteguhkan. Apa sebabnya berlaku situasi ini? Satu persoalan yang kita harus kongsi bersama. Kepesatan teknologi maklumat sekarang menyebabkan ramai orang mencari maklumat yang "on time'. Sudah pasti internet lah jawapannya. Tetapi sekiranya maklumatnya tidak tepat dan samar-samar ketepatannya, pengunjung mungkin beralih arah. Dan ini yang terjadi kepada Harakah. Maklumatnya agak kurang tepat dan bersifat rambang. Portal mesra Pakatan Rakyat seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider lebih mendapat tempat. Lihat ranking alexa web Harakah di sini dan bandingkan ranking Malaysiakini di sini dan Malaysian Insider di sini. Dan ini juga berlaku pada jualan akhbar Harakah, dengan ramai pembaca beralih arah ke portal online yang merudumkan jualan akhbar penting arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya. Di tambah pula dengan akhbar Harakah yang hanya di terbitkan 2 minggu sekali serta terpaksa berperang dengan maklumat yang samar-samar serta rambang. Kemelut Harakah harus di tangani segera oleh pimpinan PAS.. pengerusi Harakah harus di pecat, kembalikan kegemilangan Harakah. Jangan dah gulung tikar baru nak bertindak.. maka pada itu nasi sudah menjadi bubur. Jualan Harakah Merundum, Siapa Harus Di Persalahkan? Oleh : Azman Ariffin Sumber dalaman memberitahu penulis satu berita yang amat membimbangkan mengenai perkembangan Harakah, iaitu akhbar rasmi parti PAS. Akhbar ini pernah mendapat sambutan hangat pada tahun 1999 dengan cetakan 400,000 nashkah sekali terbit kerana rakyat mendambakan berita alternatif yang lebih terbuka dan adil. Namun, akhir-akhir ini cetakan Harakah khabarnya hanya sekitar 100,000 naskhah bagi setiap keluaran manakala jualan bersih secara purata adalah sekitar 80,000 naskhah yang mana hampir sama dengan akhbar New Straits Times. Ini adalah sesuatu yang tidak sihat bagi Pakatan Rakyat terutama dalam keadaan pilihanraya umum yang semakin hampir. Kadar jualan bersih Harakah ini adalah jauh lebih rendah berbanding akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang lain seperti Utusan Malaysia (170,000 sehari), Berita Harian (160,000 sehari) dan Sinar Harian (180,000 sehari). Pastinya ini adalah tamparan hebat bagi Harakah setelah kempen menolak akhbar-akhbar perdana pro-kerajaan terus giat dijalankan. Ada yang menganggap bahawa perkembangan ini adalah berpunca dari trend pembacaan rakyat yang lebih gemarkan bahan ringan dan kurang minat lagi dengan berita-berita politik. Ini boleh dibuktikan dengan peningkatan berterusan jualan akhbar-akhbar tabloid seperti Harian Metro dan Kosmo di sebalik kemerosotan jualan akhbar-akhbar yang dianggap serius. Namun begitu, ini tidak bermakna yang pengurusan Harakah harus mengambil ringan perkembangan ini kerana ia mungkin berkait rapat dengan hasil kajiselidik beberapa pihak yang mendapati populariti pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) terus merosot dari sehari ke sehari. Penulis bimbang, trend kemerosotan jualan ini nanti dianggap sebagai petunjuk bahawa sokongan terhadap PAS dan PR juga semakin merosot. Melalui cakap-cakap santai di laman sosial, kita mendapati bahawa terdapat di kalangan rakyat yang membandingkan mutu berita-berita yang dipaparkan di Harakah yang dikatakan jauh lebih rendah dan kadangkala tidak boleh dijadikan sandaran berbanding Malaysiakini dan The Malaysian Insider. Ini kerana cara penulisan dan persembahan wartawan mereka yang disertai fakta-fakta yang lebih menyakinkan menyebabkan populariti kedua-dua portal tersebut terus kekal tinggi sedangkan Harakah lebih gemar menulis secara am dan rambang. Mungkin ini juga adalah petanda bahawa rakyat, terutama bangsa Melayu yang membaca Harakah kini terdiri dari generasi baru yang tidak lagi berminat dengan gaya penulisan akhbar itu yang tidak banyak berubah sejak 15 tahun dahulu. Selain itu, secara dasarnya, akhbar Harakah juga terlalu ekstrem dalam memaparkan berita politik melalui pandangan sehala semata-mata sedangkan rakyat lebih gemarkan akhbar yang kelihatan lebih terbuka dengan memaparkan berita dari kedua-dua belah pihak. Ini terbukti dengan tindakan Harakah yang seolah-olah menutup berita mengenai kemelut Dato' Dr. Hasan Ali walaupun beliau diberi tempat di Utusan Malaysia dan juga TV3 untuk menjelaskan kedudukannya di dalam parti. Selain dari faktor-faktor di atas, faktor keluaran dua kali seminggu juga mungkin perlu diambilkira oleh pengurusan Harakah dalam menangani masalah kemerosotan jualan. Apapun, Pengerusi Harakah, iaitu Datuk Mustafa Ali harus bertanggungjawab atas kemerosotan jualan akhbar rasmi parti ini. Jika perlu, mungkin beliau harus meletakkan jawatan bagi membolehkan rombakan besar-besaran dapat dilakukan untuk mengembalikan semula kegemilangan Harakah. ~suaraPR |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan